Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday, 3 September 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 19)

BAB 19

Aku tersedar bila rasa tempat tidur sebelahku macam kena henyak dengan orang. Aku senyap. Masih pura-pura tidur. Izz? Sebab aku tahu bukan Izz la aku buat-buat tidur. Kalau tak, memang aku dah terajang dia sampai benua eropah. Kut-kut sampai Mexico free tak bertiket. Berani nak senyap-senyap merayap atas katil aku? Tak sayang nyawa la tu.

     Aku rasa tubuhku dipeluk dari belakang. Oleh tangan kecil.

     “Hafiy rindu mummy sangat-sangat.”

     Kata-kata itu cukup perlahan. Tapi aku rasa hati macam meresap sesuatu. Aku sebak bila dengar luahan hati Hafiy. Juga terharu.

    Aku masih senyap.

    “Hafiy.. Jom. Pak Ayub dah tunggu kat bawah. Nanti lambat pulak nak ke sekolah. Dah.. jangan kacau mummy. Mummy nak tidur tu.” Kali ni aku dengar suara Izz pulak. Juga perlahan. Taknak aku jaga la kononnya.

     Aku rasa dahiku kena cium.

     “Hafiy sayang mummy.” Dan lepas tu, aku dengar langkah Hafiy keluar daripada bilik aku.

     Aku bukak mata. Rasa sangat terharu sampai air mata aku keluar setitik. Arghh.. rasa bersalah dah menggunung. Rindu aku dengan Hafiy. Rindu nak peluk dia. Rasa macam tak layak aku jadi mummy dia. Kenapa dia sangat sayangkan aku?

     Mummy jahat, Hafiy. Tapi kenapa Hafiy sayang mummy lagi?

     Mata aku dah taknak lelap lepas tu. Aku terkejut bila pintu bilikku terbuka tiba-tiba. Kali ni bukan Hafiy tapi bapak Hafiy. Terkejut sakan aku bila lihat wajah Izz yang muncul dari pintu. Dia pakai baju kameja berwarna hitam, seluar slack berwarna hitam dan bertali leher berbelang kelabu, macam dah nak siap pergi kerja.

     Terus aku duduk daripada pembaringan.

     “Tak boleh ketuk pintu dulu ke?” marahku.

     “Sorry.. Abang ingat Sya tengah tidur tadi.” ucapnya. Tapi lepas tu dia senyum. Aku heran betul dia ni. Kena marah pun senyum ke? Ke muka aku nampak kelakar? Entah-entah ada air liur basi kat pipi. Aku sapu pipi. Takde!

     “Kenapa nak senyum? Apa yang kelakar?” soalku.

     “Sya la yang kelakar. Kenapa berbungkus macam kena demam kura-kura ni? Abang dah nampak la,” katanya selamba. Dia senyum lagi. Kali ni macam nak mengusik aku.

     Aku baru perasan yang aku sedang menutup kepala aku dengan selimut. Memang betul-betul involuntary reaction ni. Serius aku tak sedar bila masa aku berbungkus macam ni dengan selimut.

     Abang dah nampak la… Arghh.. sakit pulak hati bila dengar dia cakap macam tu.

     Oo.. dah nampak ya? Aku turunkan selimut yang tutup kepalaku. Baguslah.. aku pun malas nak tutup. Rimaslah kalau dalam rumah pun nak bertudung. Kira halallah dengan Izz. Err.. bukan kira halal, Qisya. Dah memang halal la! Kalau tak memang haramlah aku nak tayang rambut chantek aku ni!

     “Awak nak apa?” tanyaku lagi sambil meraup-raup rambutku ke belakang. Nak neutralkan balik mana-mana yang dah kusut sikit masa aku tutup rambut tadi.

     Nasib baik jugaklah genetik mama dan papa kedua-duanya bawak gene berambut lurus dan senang nak urus. Takdelah rambut macam singa kalau lepas bangun tidur. Aku tayang muka selamba sambil pandang dia. Kononnya macam dah biasa dah aku free hair depan dia.

     “Abang bawakkan breakfast untuk Sya.” Baru aku perasan Izz sedang tatang dulang.

    Mangai… Aku ni sedang dalam hotel ke apa sebenarnya ni? Special punya servis sampai-sampai breakfast pun kat bilik ke? Rasa-rasa aku bukan puteri raja. Tak tahu la kut-kut dua minggu aku menghilang ni rupa-rupanya ada Tengku ke, Raja ke depan nama aku. Rasa-rasanya tak. Ke sekarang ni Izz tengah part-time kerja hotel? Kut-kut nak bagi sewa bilik kat aku, mana la aku nak cekau duit nak bayar nanti?

     “Buat apa nak bawak sampai bilik? Saya tahulah nak turun sendiri,” kataku. Segan kut dia layan aku macam ni. Macam aku ni mengada tahap tak hengat dunia!

     “Sebab abang tahu Sya tak boleh turun sendiri la abang bawak breakfast ni kat bilik.”

     Auww… so touching! Terkedu aku dua saat bila dia cakap macam tu. Kenapa dia prihatin sangat dengan aku? Kenapa dia baik sangat dengan aku? Tapi, aku tak suka! Entahlah.. tapi aku tak suka!

     “Boleh tak awak jangan baik sangat dengan saya?” pintaku. Suara aku pun agak kuat.. Kenapa dia layan aku macam ni? Buat aku serba salah bila ingatkan perangai kurang ajar aku padanya sebelum ni.

     Tapi Izz cuma senyum. Dia ni memang takde modal lain kalau aku naik angin. Mesti senyum. Buatkan hati yang panas pun boleh sejuk. Arghh.. aku jugak yang sakit hati bila apa-apa yang aku cakap macam takde bagi effect apa-apa pun padanya. Dia ni hati batu ke hati kayu?

     “Abang bukan baik. Abang cuma lakukan apa yang abang patut lakukan.” Dia senyum lagi.

     “Mungkin kalau abang berada tempat Sya dan Sya berada di tempat abang, Sya pun akan buat benda yang sama.” Dan kali ni aku terus hilang kata-kata. Err.. ya ke?

     “Dah.. jangan lupa makan pulak.” Dia berkata lagi bila aku senyap. Dia letakkan dulang berisi pinggan mee goreng dan segelas susu di atas meja kecil di tepi katil.

     “Sya boleh makan sendiri ke?” soalnya memandangkan semalam dia dah suap aku.

     Aku pandang tangan doraemon aku. Apa pasal la nak luka kedua-kedua tapak tangan? Nak genggam jari pun sakit. Adoi.. lepas tu, doktor ni pulak balut tangan aku dah macam gaya aku nak hilang tangan. InsyaAllah boleh la kut. Takkan la nak susahkan dia lagi. Segan wei..

     Aku angguk.

     “Betul boleh ni?” Dia nampak kurang yakin. Aku angguk lagi. Tayang muka konfiden.

      “Kalau macam tu, abang pergi kerja dulu. Jangan lupa makan ubat pulak.” Aku cuma angguk. Makan ubat? Heh.. malam sikit!

     Dia berlalu.

     “Err.. Izz,” panggilku. Mati langkahnya di ambang pintu. Dia berpaling.

     “Apa dia?”

     “Err.. saya nak ucapkan terima kasih,” ucapku dengan rasa bersalah. Kejam pulak rasanya bila orang baik dengan kita, tapi kita tak berterima kasih.

     “Sebab?”

     “Atas semua kebaikan awak.”

     Izz senyum lagi.

     “Most welcome. And, back at you, Sya.”

     “Sebab?” Aku pelik. Apa yang aku buat?

     “Sudi tinggal bersama abang dan Hafiy.” Dia tutup pintu. Oo.. yang tu ke?

     “Welcome.” Aku jawab tapi dia dah takde.

     Maka, tinggallah aku sorang diri. Aku bersihkan diri dulu sebelum kembali menghadap dulang makanan yang dibawa Izz tadi. Orang kata mandi lepas makan perut jadi buncit. Sebab tu aku mandi dulu. Tapi, makan lepas mandi aku tak tahulah jadi apa pulak. Haha..

     Aku cuba pegang garfu. Sakit rasa tapak tangan. Adoi.. masalah.. masalah.. Aku terpaksa kepitkan garfu di celah antara ibu jari dan jari telunjuk. Serius seksa. Macam orang cacat pun ada. Macam mana la orang yang kudung tangan tu boleh makan? Memang kagum aku dengan diorang.

     Tapi, bila aku suap asyik nak jatuh je sebab tak stabil. Bencinya aku rasa dengan diriku sekarang. Rasa macam dah takde guna. Padahal sikit je. Bukannya aku hilang tangan. Kenapa la aku ni manja sangat? Huh.. benci!

     Mood nak makan aku dah patah. Tak sampai separuh aku makan. Tiba-tiba rasa sedih. Emosi aku ni tak berapa stabil tak tahu kenapa.

     Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk sebelum dibuka. Mak Mah.

     “Qisya dah makan?” soal Mak Mah. Aku tayang muka sedih.

     “Tak boleh nak makan, Mak Mah. Tangan Qisya sakit lagi.” Aku mengadu. Ya la.. luka aku tak sampai dua puluh empat jam pun lagi. Aku taknak orang cop aku mengada.

     “Oo.. baru Mak Mah faham.” Mak Mah senyum.

     Aku pelik. Baru Mak Mah faham? Apa dia?

     “Kenapa Mak Mah?” soalku.

     “Beria-ia si Haikal suruh Mak Mah tengokkan Qisya dah makan ke belum. Dia dah pesan supaya Mak Mah tolong suapkan Sya.”

     Malunya aku. Semalam Izz suap aku. Hari ni Mak Mah pulak? Apa pulak kata Mak Mah? Mesti dia ingat aku mengada tahap dewa. Patut ke aku buang salah satu angka dua kat umur aku?

     Tapi Mak Mah hanya rileks. Dia ambil garfu dalam pinggan aku dan mulakan suapan. Mungkin dia dah biasa buat kat Hafiy kut.

     “Dan dia pesan, sebelum Mak Mah keluar, pastikan Sya makan ubat.” Mak Mah berkata lepas aku habis makan. Aku pandang pek ubat yang ada dalam dulang yang dibawa Izz. Liur diteguk. Ni part yang aku paling lemah!

     “Eh, takpe! Lepas ni Sya makan, Mak Mah.” Mak Mah geleng kepala.

     “Haikal cakap Sya liat makan ubat…” Aku dah tension. Arghh… mana pulak Izz tahu aku liat nak makan ubat ni? Memandai je! Betul pulak tu.

     “Cepat makan, Sya. Nanti Mak Mah report kat Haikal.” Mak Mah mengugut aku.

     Waa… aku taknak!! Tapi, nak taknak, aku telan jugak ubat berwarna kuning dan putih itu. Ubat tahan sakit dan surut bengkak. Erk… rasa pahit! Kenapalah ahli-ahli farmasi ni tak cipta yang ubat rasa macam strawberry ke, epal hijau ke? Macam ubat cecair vitamin C yang warna dan rasa oren macam yang aku telan masa kecik-kecik dulu pun okay jugak! Tula Qisya! Apa pasal la kau tak belajar betul-betul lepas tu apply course farmasi dulu? Kalau tak dah boleh cipta ubat sendiri.

     ----------

Tiada apa yang aku boleh lakukan dalam rumah ni. Sepatutnya sekarang ni aku tengah kelam- kabut nak berkejar ke lecture hall untuk dengar lecture Prestressed Concrete oleh Prof. Dr. Aminuddin yang slow and membuai aku untuk tersengguk dalam kelas setengah jam lagi. Bosannya.. akhirnya aku bukak laptop. Nak layan movie rasa malas. Sekarang ni aku rasa mood aku macam nak online je. Aku capai broadband Celcom sebelum cucuk pada laptop. Tu la.. dok luar memang kena pakai broadband. Kan best kalau dok kolej. Heaven je pakai wi-fi dua puluh empat jam.

     Aku log in facebook. Nak tengok jugak status-status group yang aku join, iaitu group untuk kelas aku. Senang.. Kalau ada apa-apa, tak payah nak hello-hello sangat. Online sudah. Kredit pun jimat. Memang bukak facebook setiap hari adalah kerja semua bebudak kelas aku.

     Oo.. pagi ni ada class meeting. Nak bincang pasal projek final kami. Semalam aku tak online, jadi memang tak tahu la. Hoho.. miss lagi aku kali ni. Kena bebel besar aku dengan Syuk dan semua bebudak kelas aku rasa.

     Nurul Syukriah Halim: Hoi!!! Mana kamu pergi wahai artis?? Ada konsert kat UK ka?? Orang call, off phone pulak..

     Syuk tegur aku dekat chat. Aku sengih sendiri. Dah agak dah. Online pulak minah ni. Sempat lagi ya padahal kelas Prof. Dr. Aminuddin dah nak mula. Mentang-mentang la ada kereta, tak payah nak berebut-rebut dah.
     
     Qisya Iris Khalid: Aku kat rumah la.. MC.. :(

     Nurul Syukriah Halim: Asyik ponteng je… Kali ni apa cer? Takkan sakit sampai takleh nak angkat phone kot??
     
     Qisya Iris Khalid: Aku kena rompak wei masa on the way balik semalam.. Phone aku and semua barang aku hilang. Sebab tu tak dapat bila kau call..
     
     Nurul Syukriah Halim: Weh!!!! Serius kau?????
   
    Qisya Iris Khalid: Serius la (tayang muka serius.hehe)… Aku dah papa kedana dah. Tak pasal-pasal kena belasah dengan perompak tak guna tu. Dapat MC dua hari.. : (
     
     Nurul Syukriah Halim: Teruk tak kau cedera??
     
     Qisya Iris Khalid: Tak..
    
      Nurul Syukriah Halim: Apa taknya kalau dua hari MC?? Tu la kau.. aku nak anta semalam tanak.. Taknak susahkan aku la kononnya!!
     
     Qisya Iris Khalid: Menda dah nak jadi. Apa boleh buat? Kau ni heaven je macam takde kelas  je pe kes?
     
     Nurul Syukriah Halim: Haha.. dah nak out la ni.. Malam nanti online tau. Banyak aku nak ceritakan pasal projek tu..

     Qisya Iris Khalid: Orait.. Kim salam sayang aku kat prof tau.. haha..

      Nurul Syukriah Halim: Haha.. Kau tader sebelah aku, senanglah aku tersengguk pasni.. Okeh.. wa out dulu. Ariossss!!

     Syuk dah offline. Aku pun turut log out. Bosannya.. Aku tutup laptop. Siri Geng: Pengembaraan bermula dalam rumah ni pun macam best je? Hehe.. Semua orang takde. Masa ni la aku nak skodeng rumah ni. Apa jahat sangat aku ni? Tak sampai sehari tinggal kat rumah orang ni, dah buat perangai ke? Tak boleh la kalau gene sifat nak tahu aku ni memang dominant dalam kromosom aku. Apa boleh buat?

     Aku keluar bilik. Sunyi betul la rumah ni. Besar tapi sunyi. Agaknya sebab tu la aku rasa semalam rumah ni suram dan muram. Cewah… Dah nak start dah!

     Aku nak turun ke tingkat bawah, tapi suara Mak Mah yang bagaikan menjerit tu, menghalang kakiku daripada melangkah.

     “Sya nak pergi mana?” soal Mak Mah.

     “Err.. Sya nak turun bawah. Boring la Mak Mah duduk dalam bilik,” aduku.

     “Sya tak boleh turun bawah. Haikal dah warning Mak Mah jangan bagi Sya turun bawah. Dia cakap nanti Sya jatuh.” Arghh.. lagi-lagi Izz yang bagi arahan. Dah nak guna kuasa veto dia nampaknya?

     “Ala.. Sya bosan la Mak Mah asyik terkurung dalam bilik je. Sya nak tengok TV.” Aku tak puas hati.

     “Kat tingkat atas ni pun ada TV. Sya tak payah la turun bawah.”

     “Habis kalau Sya lapar, macam mana?” Aku tak puas hati. Izz ni pun satu hal. Kenapa la tak bagi aku turun bawah? Bukannya mati pun kalau turun bawah. Kalau aku jatuh tangga, bukannya sakit sangat pun.

     Err.. tak sakit sangat ke? Aku jeling anak tangga. Macam lebih dua puluh je. Kalau tergolek jatuh, silap-silap jadi arwah. Kalau tak jadi arwah, patah kaki tangan.

     “Kalau Sya lapar, Sya cakap je kat Mak Mah. Mak Mah boleh ambikkan.” Aku menarik muncung bila Mak Mah kata macam tu. Susahkan Mak Mah lagi! Tak sukanya aku hidup menyusahkan orang ni.

     “Lagipun kejap-kejap lagi Haikal balik. Kalau Sya nak turun masa tu, Mak Mah tak halang lagi.” Suara Mak Mah memujukku.

     “Izz balik? Bukan ke dia kerja?” Aku sedikit terkejut. Awat mamat tu balik pulak dah? Makin tak tenteram hidup aku kalau Izz ada sekali.

     “Entah.. Dia risaukan Sya la kut. Tadi pun dia cakap dia nak keluar kejap sebab tak boleh nak batalkan meeting penting. Lepas meeting tu dia balik,” jelas Mak Mah.

     Huh… suka hati dia je nak balik awal. Mentang-mentang kerja kat syarikat bapak sendiri!

     “Sya nak turun sangat ni kenapa? Sya lapar ya?” soal Mak Mah lembut.

     “Takdelah.. Sya bosan je. Ingat nak jalan-jalan keliling rumah cantik ni. Takpelah, Mak Mah. Sya tengok tingkat atas je la kalau macam tu. Ya la.. nak buat macam mana. Semua orang tak sayang Sya, taknak Sya jalan-jalan kat rumah yang cantik ni. Nak kurung Sya kat tingkat atas ni” Aku buat-buat merajuk.

     “Eh, budak ni!”

     Aku tersengih. “Gurau je, Mak Mah.”

     Mak Mah turut senyum. “Kalau macam tu, Mak Mah sambung kerja dulu, ya. Ingat Sya, jangan turun ke tingkat bawah.” Mak Mah sempat bagi warning.

     “Kalau separuh tangga kira boleh la kan?” Aku mengacah.

     “Suku pun tak boleh. Jangan sentuh langsung anak tangga tu. Ada faham?” Dah macam sarjan polis pulak arahan Mak Mah.

     “Faham.” Aku sengih.

     ----------------

Satu per satu siaran televisyen aku tekan. Takde apa-apa yang menarik. Siaran bukan main beratus-ratus, tapi satu pun tak menarik minat aku. Waa… boringnya! Tak betah rasanya duduk rumah baru ni. Rumah orang pulak tu. Last-last, aku tutup TV.

     Kalau ada Hafiykan best? Mesti seronok main dengan Hafiy. Tiba-tiba aku teringatkan Hafiy yang dah ke sekolah. Masih awal lagi.

     Alahai.. bosannya. Kenapala PSIII ada kat tingkat bawah? Kalau tak mesti seronok aku main sorang-sorang. Wahaha.. tamak.. tamak.. Macam mana nak main dengan tangan doraemon kau tu, Qisya?

     Boh-san! Aku bangun. Jalankan misi pengembaraan rumah ni sekarang! Aku berjalan ke sekeliling ruang tamu ni. Mata aku menangkap satu almari kaca. Dalam tu ada macam-macam perhiasan antik. Paling bawah pulak tersimpan beberapa buah album. Hmm… menarik. Laju je kaki aku melangkah ke almari itu dan ambil semua album itu. Dalam lima buah semuanya. Aku balik ke sofa.

     Aku tertarik dengan satu album berwarna perang yang tertulis ‘Dalam Kenangan, 2008’. Siapa? Lantas aku buka sehelai. Gambar perkahwinan.

     Izzul Hanif bin Manaf James dan Nurin Haslinda bt Abdullah.

      Aku tahu. Ni gambar arwah ibu bapa Hafiy. Baru sekarang aku kenal siapa mereka. Aku tenung gambar mereka berdua lama-lama. Aku tak tahu harus panggil mereka apa. Patut ke aku panggil abang Long dan Kak Long macam yang Izz panggil? Memang patutlah!

     Aku pandang lagi gambar itu. Macam yang aku agak, abang Long Izzul memang kacak. Di antara ketiga-tiga beradik, arwah abang Long Izzul la banyak mewarisi papanya. Arwah abang Long Izzul la nampak macam Mat Salleh terus. Langsung tak nampak pan asiannya macam Izz dan Hakimi. Aku pandang Kak Long Haslinda. Memang cantik dan lembut je. Dia pun bertudung.

     Aku belek seterusnya. Macam-macam gambar bahagia pasangan itu. Gambar ketika Kak Long Haslinda mengandungkan Hafiy pun ada. Gambar Hafiy masa bayi jugak banyak. Aku tertarik satu gambar abang Long Izzul mendukung Hafiy di depan sebuah rumah. Rumah ni. Dan sekarang baru aku faham kenapa Izz cakap rumah ni rumah Hafiiy.

     Kemudian ada satu gambar majlis hari jadi Hafiy yang pertama. Meskipun baru setahun, sumpah Hafiy comel. Tembam je dengan pipinya yang comot dengan aising cup cake. Masa majlis hari jadi ni memang Hafiy tak tahu apa-apa dan tak kenal apa-apa. Tapi, untuk ibu bapa yang baru punya anak, memang semuanya bermakna.

     Aku belek semua album sampai habis. Dan aku baru sedar sesuatu. Gambar Hafiy bersama mereka cuma itu. Dah tiada lagi majlis hari jadi Hafiy yang kedua dan seterusnya. Aku baru teringat yang mereka berdua meninggal dunia ketika Hafiy setahun lebih. Dengan ada semua gambar ini, sekurang-kurangnya Hafiy tahu yang ibu bapa kandungnya sangat sayangkannya.

     Tiba-tiba aku rasa sedih. Kesian Hafiy. Aku pulak yang kurang ajar dengannya. Sedangkan Allah sendiri menyuruh manusia berbuat baik kepada anak yatim. Jahatnya aku!!

     Tiba-tiba aku rasa rindu dengan mama dan papa. Tunggulah, aku akan cari masa terbaik untuk jumpa mereka.

     ------------

Aku tak sedar bila masa pulak aku terlena di atas sofa di ruang tamu tingkat atas. Sedar-sedar, aku rasa macam rasa ada tangan mengusap kepalaku. Terus aku bukak mata. Hafiy!

     Melihat aku dah sedar, Hafiy nampak macam takut-takut menyorok di belakang sofa yang aku baring sekarang ni.

     Senyap.

     “Err.. Hafiy dah balik?” soalku. Aku tak tahu nak mulakan macam mana.

     Hafiy cuma angguk. Aku pandang Hafiy. Tengok, Qisya.. Hafiy pun takut dengan kau la.

     “Kenapa duduk belakang sofa ni? Meh datang dekat mummy,” ajakku. Tangannya aku tarik biar berdepan denganku.

      Hafiy hanya mengikut. Tapi masih senyap. Arghh… Hafiy versi senyap ni bukannya yang aku nak jumpa. Aku nak Hafiy lama yang becok dan comel. Semuanya salah aku. Aku salahkan diri lagi.

     Aku pandang Hafiy. Hafiy pun pandang aku.

     “Kenapa Hafiy tengok mummy je? Hafiy taknak peluk mummy ke?” soalku. Aku buka pelukanku.

     Dia pandang aku lagi.

    “I can hug you?” Dia minta kepastian. Aku senyum sebelum angguk.

     “Come to hug me.”

     Hafiy terus peluk aku. Kuat sekali pelukannya macam taknak lepaskan aku. Aku pun sama.

     “Hafiy rindukan mummy.” Hafiy dah menangis. Awat la budak ni manja sangat?

     “Mummy pun rindukan Hafiy.” Aku pun rasa macam nak nangis. Awat jugak la aku ni manja sangat?

     “Hafiy ingat mummy dah benci Hafiy dengan daddy.” Aku terdiam sekejap mendengar kata-katanya. Aku tak pernah bencikannya. Izz? Dulu ya, tapi sekarang dah tak kut. Kalau aku benci, mana mungkin aku setuju tinggal di sini.

     “Mummy tak bencikan Hafiy.”

     “Daddy? Mummy bencikan daddy?” Matanya mengharapkan jawapanku.

     “Mummy pun tak bencikan daddy. Kalau tak, mummy takkan balik rumah ni.”

     Dia pandang aku lagi.

     “Mummy promise takkan tinggalkan Hafiy lagi, kan?” Matanya penuh mengharap.

     Aku angguk. “Mummy janji takkan tinggalkan Hafiy lagi.”

     “Mummy akan duduk sini dengan Hafiy, dengan daddy, kan?” tanyanya lagi.

     “Iya.. mummy akan duduk sini dengan Hafiy, dan dengan daddy sekali.” Aku dah janji dengan Izz dan sekarang dengan Hafiy pulak.

     Hafiy senyum lebar. Lega mungkin. Senyum yang aku nak tengok daripada wajah comelnya. Aku turut senyum. Kan comel senyum macam tu.

    “I love you, mummy.” Pelukan di leherku dieratkan.

     “Me too, darling.”

     Aku gosok belakang Hafiy.

     “Dah.. jangan nangis lagi. Tak macho la. Nanti awek tengok, lari.” Aku pujuk dia. Pastinya aku rindu untuk pujuknya seperti ini.

     ---------

Bila rasa macam diperhatikan, aku renggangkan pelukan Hafiy. Aku berpaling ke kiri. Patutlah.. Izz berdiri kat situ. Sejak bila lagi dia ada kat situ aku pun tak tahu. Dan aku pun tak tahu sama ada dia tengok kelakuan aku dengan Hafiy tadi atau tak. Aku pandang dia. Tak tahu nak senyum ke tak. Akhirnya aku buat bodoh je.

     “Bila awak balik?” soalku. Aku tengok dia dah tukar baju bergaya santai. Maksudnya memang dia dah lama balik rumah.

     “Abang balik dengan Hafiy.”

     “Mak Mah cakap awak tak kerja hari ni. Kenapa?” Aku tak tahu kenapa aku tanya. Sedangkan aku taknak dengar jawapan yang memang melibatkan aku.

     “Abang ambik cuti. Sya lebih perlukan abang.” Haa… kan aku dah cakap! Terkelu aku tak pasal-pasal.

     “Jom turun, Sya. Mak Mah dah sediakan lunch. Jom, Hafiy,” ajaknya.

     Turun makan? Turun tu sama maksud dengan guna tangga ke tingkat bawah la kan? Tu jugak bermaksud yang dia akan dukung aku la kan? Arghh… segannya! Belum sempat aku cakap apa-apa, tubuhku dah dicempungnya. Muka aku pun terus rasa panas.

     Malu tak tercakap. Apatah lagi Hafiy yang jadi penonton bertuah. Belum lagi tambah dengan Mak Mah yang menunggu di bawah, penonton bertuah kedua. Izz macam biasa. Mukanya tak beriak macam tengah angkat kapas je gayanya.

     Aku harap kaki aku cepat-cepat baik. Kalau nak cepat baik, kena selalu makan ubat, Qisya.


...**** Atas kesulitan yg akn blaku...sy percepatkan entry kali ni..huhuhu... maafkan saya semua... :(

64 comments:

  1. Sian Hafiy. tp, Hafiy memang comel la. Huhu.
    Nasib dah berbaik dah. Hehehe.
    Can't wait for the next enrti.
    thanks kak Anjell ;D
    -atiqah kasim-

    ReplyDelete
  2. terbaik la citer ni...teruskan berkarya....

    ReplyDelete
  3. oh hafiy yg comel sian nya dia
    kesulitan apa anjell, adakah next n3 akan sgt lmbt hu..hu..
    jgnlah....
    ~saza~

    ReplyDelete
  4. alaa... nak lagi.. sweet gila Izz.. :)

    ReplyDelete
  5. besh besh....sweet mweet...abih gigi kiter ada cavities byk lepas baca chapter ni....:D

    ReplyDelete
  6. bestlah nak lagi...cepat sambung tak sabar nk baca
    n3 yg baru.

    ReplyDelete
  7. Hafiy yg comel....kesian hafiy. Mummy jgn marah2 lagi. Semoga kesulitan cik penulis dpt diselesaikan dgn mudah & segera. Dapatlah kami baca cerita selanjutnya. ;-)

    ReplyDelete
  8. Thank you for the nice entry. Haify is so cute..... Qisya terimalar izz kay..... Next entry please

    ReplyDelete
  9. best, so sweet.tak sabar nak tunggu n3 baru. cepat-cepat ye...

    ReplyDelete
  10. Best...#^_^
    Marathon sekali 3 bab,mungkin terlepas pandang...hehehe XD

    ReplyDelete
  11. alahai izz..suka gila..q

    ReplyDelete
  12. sweetnye.. nk lg..nk lg..

    ReplyDelete
  13. thanks.. hari2 buka blog ni
    jgn lupa samb. lg yea..
    teruja bonar tiap kali selesai baca
    apa yea lps ni...

    ReplyDelete
  14. aauuww...sweetnye izz.dah cair dahhh....
    ciannye kat hafiy kan..anyway hafiy dah ader mummy sekarang

    ReplyDelete
  15. Oh my!!!!!!! Sweet giler.......izz sgt romantic okek!

    ReplyDelete
  16. best...tk sabar nak tggu next n3...

    ReplyDelete
  17. Izz yang sangat sweet.... Huhuhu thanx anjell... Semoga segala kesulitan di permudahkan olehNYA aminn...

    ReplyDelete
  18. best ... sweet nya pasangan ni...
    tak sabar lak nak tunggu pasangan ni dapat baby...

    nak lagi

    ReplyDelete
  19. Thanks for this n3 dear, sweet sgt...

    ReplyDelete
  20. thumb up for this entry...!! next entry please..

    ReplyDelete
  21. Betul-betul sweet suami Sya ni.... hahaha....
    x sabar nak tunggu next entry ......
    Sya sikit-sikit sayang ..... benci dah lepas, sat lagi sayang pula menyusul ok ....
    Sya tu suka juga dengan Izz tapi belum masih faham lagi tentang hati yang masih sakit lagi tu.... sabar ya.... Insyallah x lama lagi hati pun faham kan....

    ReplyDelete
  22. so sweettttttt.... anjell jgn take too long for new n3 ye.. nnt meroyan akak coz rindukan mereka ber3.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. U mmg peminat tegar novel, Norana! No doubt about it! Peace :)

      Delete
  23. huhu...mmg sweet la suami dia...

    ReplyDelete
  24. so sweet!cant wait for next entry, mesti best :D

    ReplyDelete
  25. sukenyerrr...huhu alahai memang sweet si Izz ni!! cian Hafiy..tp ok da mummy da xmarah la..
    thankz cik Anjell!! sbb suke kan Hafiy, baby akak yg br lahir ni akak beri nama Muhammad Irsyad Hafiy. teruja punye pasal.. Huhu.. akak memang ikut novel ni x pernah miz..cpt sbg yer?

    ReplyDelete
  26. wahhh... bestnyer dpt baca n3 baru... tqvm anjell... suka sgt2... :)

    ReplyDelete
  27. kesulitan apa yg akan berlaku tu?... jgn la x sambung n3 lg... best citer nie...:)

    ReplyDelete
  28. slm anjell,

    mcm EC gak, gaya bahasa yg sempoi n menarik utk dibaca. love both novels very much. nak tanya sikit, apa perkembangan EC? dah siap n hantar manuskrip to publisher ke blm? tentatively, bila EC nak kuar kat book stores?

    novelaholic.

    ReplyDelete
  29. first time comment..terbaik la...

    ReplyDelete
  30. assalamu'alaikum.mmg terbaikkk! bestttt :)

    ReplyDelete
  31. wooooooohhhhh!!!1 best.... nk lagi.... nk lagi........... XD
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  32. wahhh kenapa lah aku selalu lmbat baca n post komen...uhuhuhu dah panjang nanti sapa nak baca komen aku??? ni semua sebab hafiy n his mummy...cedihnya syahdu gituu....sob..sob..sob..cik penulis sambung lagi yer....

    ReplyDelete
  33. waaaaaaa!! tak puas lagi maa.. sweetny hafiy dengan mummy sya dia.. manja gitu..kadang2 bila baca rasa sya ney cumil poyo je.. anjell please update cepat2 ye..

    ReplyDelete
  34. Wow...best la boleh cepat2 sambung cik author tak sabar menunggu next n3☺

    ReplyDelete
  35. Sy suka sgt dgn karya anjel ni..bahasa yg santai..xde lah macam dibuat2..jln cerita sgt menarik..cuma kalau sempat maybe boleh semak balik sebab ada beberapa typo..episod sblm ni pun ada typo gak..tp kesimpulannya sy confirm akan jadi pembeli novel ni bila diterbitkan nnt..teruskan berkarya ye..keep up the good work..kita perlukan karya yg baik mcm ni dlm industri penerbitan (bila baca balik mcm poyo pulak comment ni..hehe)

    Btw..apa 1st novel anjel

    ReplyDelete
  36. suka gaya santai, isi plot menarik. Good job! Bila nak sambung??

    ReplyDelete
  37. jalan cerita yang sangat baik ! can't wait for the next en3 :)

    ReplyDelete
  38. nnt terus msuk 3 entry yee...diorg sweet bangat...
    best dpt hubby cmni..caring g2...
    dpt ank segera y comey mcm Hafiy..rase nk cubit2 jee..
    AnnjelLayan je upload foto diorg family..

    ara

    ReplyDelete
  39. Ble kua novel ni ? Nak bli .. :)

    ReplyDelete
  40. nk bace lg....xsaba tgu n3 strusny...hehehe.....cite yg sgt menarik la...thumbs up cik anjell

    ReplyDelete
  41. x kuar lg kan novel nie???adui sia2 pencarian aku lam masa dua hari nie...huk3...dah dua buah kedai aku cari patut la x jumpa... siap tebalkan muka lak tu tanya kt counter pasal novel nie....best giler la novel nie...aku yg nak study nie pown dah x leh study sbb asyik duk ingt citer novel nie...

    ReplyDelete
  42. best la entry nie,writer...
    x sbr nk tau ending dier...

    ReplyDelete
  43. anjell cepat2 la kasi new n3.. dah rindu kat hubbyku yg sweet tu..

    ReplyDelete
  44. Bila nk sambung lagi ni....? sweet sgt.

    ReplyDelete
  45. sambung la lg..nk tw kisah sterusnye..suka bace ttg qisya,hafiy n izz

    ReplyDelete
  46. next entry plez..jgn kak anjel msuk la entry trbaru cpt2..xsbr nk taw next story

    ReplyDelete
  47. alahai anjell... mana sambungan ni..? dah rindu kat suamiku yg sweet tu..

    ReplyDelete
  48. smbung please..
    best gila nvl nih..

    ReplyDelete
  49. cept smbng....
    udah kangan sm dia org...
    kapn msuk entry baru?
    x sbr nugunyee...

    ara

    ReplyDelete
  50. Sian hafiy..nk dkat2 pn dia takut..

    ReplyDelete
  51. terbaik lah..sungguh mnyayat hati..huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )