Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday, 24 July 2014

Tundukkan Playboy (BAB 19)

BAB 19

“Hai, Nurin.” Teguran seseorang itu buatkan Nurin angkat kepala. Senyum dulu bila nampak Farhan yang berdiri di depannya.

“Hai, Farhan. Lama tak nampak awak,” sapa Nurin pula.

Sejak Farhan masuk kerja, dah jarang dia jumpa lelaki itu. Dia tahu Farhan mesti sibuk.

“Kenapa? Rindukan saya ke?” soal Farhan.

Nurin ketawa. Tahu Farhan cuma bergurau dengannya. Farhan ni.. boleh pulak melawak kat sini. Tak tahu ke tempat ni memang tempat kuarantin bergelak ketawa dengan lelaki? Hanya sah pada Nurin Areesa. Nak-nak lagi dengan sepupu big boss. Sebab mesti orang tanya macam-macam lepas ni.

“Datang jumpa bos ke?” soal Nurin pula. Mesti kedatangan Farhan ni atas sebab kerja.

Yup. Datang jumpa Harraz. Bincang something,” jawab Farhan. Kemudian dia pandang jam di tangan. “Dah nak lunch hour, jom kita lunch sama-sama nak? Dah lama kita tak keluar bersama.” Farhan mempelawa.

Makan tengah hari sama-sama? Tapi hari ni tiada Eves. Taknaklah dia keluar berdua dengan Farhan. Tapi nak heret siapa?

Don’t worry. Kita tak berdua,” jawab Farhan bila nampak muka enggan Nurin. Dia tahu Nurin memang tak suka keluar berdua dengannya. Dia pun tak tahu kenapa.

“Siapa lagi yang ikut?”

“Farhan, jom.”

Belum sempat Farhan jawab, ada suara yang terlebih dahulu menyampuk. Yang pasti suara yang cukup Nurin kenal. Mana tak kenal kalau hari-hari suara yang sama cecah koklea telinga dia. Siapa lagi? Sepupu kesayangan Farhan la.

Sepatutnya tak payah tanya. Sebab mestilah Harraz calon paling sesuai untuk dibawa bersama.

Nampak Harraz yang tegak di sisi Farhan dengan muka selambanya. Hai.. ni yang aku malas ni kalau ada mamat rimau tu. Malasnya Nurin nak ikut. Apatah lagi konflik dalaman  dia dan Harraz tak selesai lagi.

“Jom, Nurin,” ajak Farhan.

Betapa sekarang ni Nurin nak lari masuk tandas sebab taknak ikut mereka berdua. Dengan Farhan tak kisah sangat. Dengan yang sorang lagi yang dia alergi sikit. Macam mana nak makan nanti?

“Err.. saya..” Nurin cuba cari ayat terbaik untuk menolak.

“Bila dah err.. err… keluar dari mulut dia, maksudnya dia taknak la tu, Farhan. So, kalau kau nak dia ikut, satu je jalannya. Dia suruh kau dukung dia bawak turun bawah. Maklumlah.. tuan puteri..” potong Harraz. Saja nak menyindir.

Berasap telinga Nurin yang mendengarnya. Aku taknak ikut sebab ada kaulah! Cuba kalau kau tak ikut? Mesti aku dah setuju punya. Mamat ni kalau bersuara tak pernah nak senangkan hati orang!

Nurin buat tak layan dengan Harraz. Anggap je la mamat tu putera bunian baru turun ke bumi. Buat-buat tak nampak dia, Nurin.

“Jomlah kita makan sama-sama, Nurin. Dah lama saya tak jumpa awak. Takkan tak sudi nak makan dengan saya?” Farhan mula buat ayat kesian.

Huh.. ikut je la, Nurin! Sebab Farhan kawan kau.

Hmm.. yalah.” Mengalah akhirnya.

       -------------

“Kita nak makan apa ni?” soal Harraz dalam kereta Farhan.

Hmm.. makan apa ya? Nurin, awak nak makan apa?” soal Farhan pula. Sempat dikerling Nurin melalui cermin pandang belakang. Dari tadi Nurin selesa senyap.

“Apa-apalah. Saya tak kisah,” jawab Nurin. Dia makan apa-apa je. Takdelah pulak dapat mimpi semalam, hari ni kena mengidam nak makan apa.

“Teringin nak makan nasi Arab la. Kita makan nasi Arab, nak?” cadang Farhan.

Nasi Arab? Tak sukanya!

“Makan benda lainlah. Setahu aku, ada orang tu tak suka nasi Arab,” jawab Harraz. Selamba je suaranya.

“Siapa? Nurin, awak tak suka nasi Arab ke?” soal Farhan pula. Baru dia tahu hari ni. Macam mana Harraz boleh tahu apa yang Nurin tak suka? Pelik!

“A’aa.. kureng sikit,” akui Nurin.

Nurin pun sebenarnya agak terkejut bila dengar Harraz cakap macam tu. Tak sangka Harraz ingat yang dia tak suka nasi Arab.

“Oo.. kalau macam tu, kita makan benda lainlah. Western okey?” cadang Farhan lagi.

No hal.”

“Okey je.” Harraz dan Nurin menjawab serentak.

   ---------------

Masam muka Harraz. Dari tadi tangan mengacau ice blended dalam gelas tingginya dengan straw. Telinga dari tadi lagi hanya mendengar dua manusia depannya ni bercerita itu dan ini. Kemudian mereka bergelak ketawa. Padahal sikit pun dia rasa tak lucu.

Aku ni batu ke? Geram betul Harraz rasa bila dia macam tak wujud di tengah-tengah antara Farhan dan Nurin. Si Nurin tak payah cakap la memang dah lama dia bagaikan halimunan di depan perempuan itu. Farhan ni pulak, mentang-mentang jumpa Nurin, dia yang sepupu ni pun dilupakan. Huh!

Nurin yang sedang ketawa dijelingnya. Amboi-amboi, sukanya dia! Kelakar sangat la tu? Lawak bodoh Farhan macam tu pun nak gelak? Aku ni hari-hari dengar benda yang sama. Sikit pun tak kelakar la!

Sakit pula hati bila nampak Nurin ketawa. Dengan dia haramlah Nurin nak semesra itu. Tapi dengan Farhan, wah-wah.. bukan main ya? Ada apa-apa ke dua orang ni?

Eh.. eh.. makin menjadi-jadi pulak? Boleh pulak Nurin tambah lawak bodoh Farhan dan menjadikan lawak bodoh tu makin bodoh. Tak boleh jadi ni! Makin Harraz berdiam diri, makin dia rasa dipinggirkan.

Auchh…” jerit Harraz tiba-tiba.

Terus senyap Farhan dan Nurin. Kedua-duanya pandang Harraz. Harraz ni dah kenapa tiba-tiba mengaduh kesakitan?

“Kau kenapa? Tak makan ke, Harraz?” soal Farhan bila pinggan besar Harraz yang berisi chicken chop itu tak terusik sikit pun.

“Tangan aku sakit. Macam mana aku nak makan?” adu Harraz.

“Tangan kau kenapa?”

Injured. Kau taknak tolong aku ke? Kau je yang boleh tolong aku sekarang ni. Orang lain tak mungkin nak tolong aku ni,” kata Harraz selamba. Siapa lagi yang dia nak minta tolong? Mestilah Farhan sepupunya. Takkanlah Nurin pulak kut?

Nurin tahu Harraz tengah mengata dia. Dialah orang lain yang Harraz maksudkan. Nurin buat-buat tak dengar. Terus suap chicken chop depan mata masuk mulut. Rasa bersalah juga.

 Farhan pandang Nurin dan Harraz bergilir-gilir. Apa yang dah jadi dengan dua orang ni? Farhan tertanya-tanya. Asal Harraz bersuara, mesti Nurin buat tak dengar. Si Harraz pula, asal bercakap mesti pandang dia je. Macam Nurin tak wujud.

“Korang berdua ni, gaduh ke?” soal Farhan.

“Mana adalah!”

Hmm.. dua-dua jawab serentak! Tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni kena marah. Farhan pandang Harraz yang kemudiannya makan fries dan Nurin yang kemudiannya hiris ayam depan mata.

“Macam mana boleh injured?” Suara Farhan berubah prihatin.

Pinggan Harraz ditarik sikit supaya dekat dengannya. Tangan capai garfu dan pisau. Ayam dalam pinggan Harraz dipotong kecil-kecil supaya senang sepupunya itu makan.

“Adalah cerita dia. Malas aku nak cakap. Yang penting, tangan aku ni sakit sangat. Tak boleh gerak banyak-banyak.” Senang Harraz jawab. Padahal semua itu bukannya betul pun. Bukannya dia tak boleh guna tangannya. Saja nak menghancurkan suasana harmoni antara Farhan dan Nurin.

Pedulilah Farhan layan dia macam budak-budak. Pedulilah kalau Nurin cakap dia mengada. Puas hati dia buatkan perhatian Farhan beralih padanya. Bukannya dia dengkikan Farhan dengan Nurin, tapi entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Yang dia tahu, dia tak suka bila dia dipinggirkan.

“Farhan Badriz!”

Lepas Farhan habis memotong ayam Harraz, ada seorang gadis yang boleh tahan seksi menegur Farhan. Siap seru nama penuh Farhan. Mata Nurin, Harraz dan Farhan menala ke arah suara itu.

Gadis itu berdiri di tepi meja Farhan dengan muka masam. Tangan disilang di dada.

“Farhan, kat sini you rupanya. Puas I cari!” Suara perempuan itu naik sikit. Farhan ditenung macam nak dicincang jadi Farhan chop.

Atas bawah Nurin pandang dia. Allah.. siapa pulak ni? Kekasih Farhan ke? Nampak muka Farhan yang serba-salah dan Harraz pula selamba makan macam tiada apa-apa yang berlaku.

“Eh, Wana!” Farhan sangat terkejut sampai tak tahu nak cakap apa. Dah lama dia tak berhubung dengan Wana.

“You dah ada perempuan lain ya? Ni siapa?” soal Wana sambil jari tunjuk Nurin.

Nurin mengeluh. Huh! Apalah nasib aku ni? Asal makwe pakwe gaduh, mesti aku ada. Asal aku ada, mesti pakwe makwe nak gaduh. Dulu Harraz. Hari ni Farhan pulak kantoi dengan dia.

“Sebab dia kan? Sebab dia you dah tak layan I kan?” tuduh Wana sambil pandang marah pada Nurin.

Garangnya muka perempuan ni! Nurin rasa nak tarik je semua air atas meja ni, letak jauh-jauh dari Wana. Nurin bagaikan boleh baca masa depan. Beberapa minit lagi, mungkin baju kurung dia ni akan disimbahi chocolate ice blended? Atau honey dew ice blended? Atau latte milkshake?

“Macam ni ke taste you sekarang? Bukannya cantik pun. I tak boleh terima kalau you pilih dia. Sebab dia ke, Farhan?” Wana marah lagi.

Nurin tahan geram. Kenapalah wanita-wanita zaman sekarang ni gagal adab tatasusila? Mulut macam nak mintak kena berus dengan berus jamban! Cakap suka hati je. Kang ada jugak lepas ni ada orang kena kejar ke hospital gara-gara garfu terpacak kat anak tekak!

Sabar Nurin, sabar!

Err.. dia ni..”

“Dia tunang I.” Selamba Harraz menyampuk.

Nurin jeling Harraz. Tak suka! Bukan awek atau girlfriend yang dia bagi. Tapi terus tunang! Ewah.. macam la aku ni nak sangat jadi tunang dia! Nasib baik tak cakap bini.

Tapi, muka Harraz tak bersalah langsung lepas buat kenyataan ekslusif itu.

“Tunang you, Harraz?” Suara Wana dah agak kendur sikit.

Lagi sekali Harraz selamba mengangguk.

“Tapi bukan sekarang you couple dengan Kirana ke? Bila you tunang?”

“Oh, kami dah putus. Inilah pengganti barunya. Kami baru je tunang.” Cukup selamba Harraz jawab.

Ewah.. seronok dia karang cerita! Masam muka Nurin.

“Tak sangka taste you dah berubah sekarang, Harraz. But sorry to annoy you, but she’s not beautiful.”

Kurang ajar! Berasap rasa telinga Nurin rasa sekarang ni! Baru je dia nak jelaskan hal sebenar, Harraz bersuara.

Well, people can change. Beautiful or not it doesn’t matter as long as I choose her. Thanks for your comment anyway.” Harraz jawab dengan senyuman.

Nurin pandang Harraz. Status jaguh playboya, kalau dah keluar mesti perghhh… ‘Beautiful or not it doesn’t matter as long as I choose her’. Macam mana perempuan tak cair dengan mamat ni?

Harraz bagi isyarat mata pada Farhan supaya cepat-cepat tarik Wana keluar. Kalau Wana yang tak mengamuk, ni.. orang sebelah ni tunggu masa magma nak meletus. Tengok.. mata pun dah macam ada api. Kalau suruh tenung ice blended ni pun rasanya boleh cair.

“Kita cakap kat luar.” Farhan faham. Cepat-cepat ditarik tangan Wana sebelum Wana buat hal.

Maka tinggallah Harraz berdua dengan Nurin. Harraz teruskan makan macam tiada apa-apa yang berlaku tadi. Tak peduli dengan pandangan Nurin yang pandang dia sekarang ni, macam nak bagi dia makan pisau kat tangan perempuan tu.

“Suka hati encik je kan? Saya tak suka encik cakap macam tu!” Geram Nurin berkata.

“Kira aku ni baik sebab dah tolong kau tahu? Kalau aku tak cakap kau tu tunang aku, mandi ice blended la kau nanti. Kau nak?” jawab Harraz. Fikiran yang sama macam yang Nurin fikir tadi.

Betul juga kata Harraz. Kalau Harraz tiada tadi, agaknya memang kena simbah dengan ice blended dia. Ada hikmah juga dia tak makan berdua dengan Farhan.

“Kau pun rasa aku buat benda yang betul kan?” kata Harraz lagi bila Nurin diam.

Kemudian dia gelak. Sakit juga hati Nurin yang dengar gelak suka hati Harraz tu. Malas nak layan! Tapi, kenapa kena tunang? Bukan kekasih? Malas Nurin nak tanya.

“Kau taknak tahu ke siapa Wana tu?” soal Harraz. Pelik. Muka Nurin selamba.

Girlfriend Farhan la kut,” jawab Nurin malas.

“Kau tak jealous ke?” duga Farhan.

“Buat apa nak jealous? Bukannya kami ada apa-apa,” jawab Nurin jujur. Serius dia tak rasa cemburu. Sakit hati tu adalah sebab kena maki dengan perempuan tadi tak pasal-pasal.

Oo.. patutlah muka dia selamba. Dia takde perasaan kat Farhan rupanya. Entah kenapa, hati Harraz cukup senang dengan pengakuan Nurin.

Tak lama lepas tu, Farhan kembali ke tempatnya. Nasib baik bersendirian. Entah apa yang Farhan cakap pada Wana.

Sorry ya, Nurin. Tak pasal-pasal awak pulak yang kena.” Farhan minta maaf. Takut juga Nurin marah. Kalau Nurin tak layan dia macam dulu, tak tahulah dia nak buat apa pulak.

Nurin cuma senyum.

It’s okay. Saya tak kisah pun. Macam tak biasa pulak. Sekurang-kurangnya takdelah saya makan penampar dia tadi, kan?” Nak je sabdu cukup-cukup masa sebut penampar. Mohon Harraz terasa!

Harraz buat tak tahu bila Nurin mengungkit. Selamba garfu mencucuk ayam lalu disuapkan ke dalam mulut.  Buat tak dengar. Tahu Nurin cuma nak sindir dia.

Farhan pandang Harraz dan Nurin yang selamba meneruskan suapan mereka. Apa yang jadi dengan dua orang ni? Makin pelik Farhan rasa.

   ------------

Keeseokan harinya, Nurin rasa amat pelik bila melihat suasana pejabat yang tenang itu. Bukan tak pernah tenang suasana pejabat ni, tapi kali ni lain macam. Rasanya up sikit daripada tanah perkuburan. Sunyi. Semua duduk di tempat masing-masing. Hai.. virus skema bertebaran di udara ke apa ni?

“Kenapa ni? Ada apa?” soal Nurin pada Liza di sebelahnya. Juga khusyuk dengan kerja. Kali terakhir semua orang macam ni adalah ketika Tan Sri Mukhriz tunjuk muka.

“Puan Sri datang,” bisik Liza.

“Puan Sri tu, mak Encik Harraz ke?” soal Nurin balik. Liza angguk.

Melihat suasana pejabat ni, rasanya dah boleh agak Puan Sri tu macam mana orangnya. Mesti garang. Yang pasti lebih garang daripada Harraz.

“Kenapa? Dia garang ke?” korek Nurin lagi. Dia tak pernah kenal macam mana rupa ibu Harraz.

“Sangat. Lebih dari Tan Sri. Dia memang tak suka staf-staf kat sini. Especially perempuan. I pun tak tahu kenapa. Dia takut anak bujang dia tu kena tackle agaknya. Yalah.. orang kaya. Mana pandang kita-kita ni kalau nak jadi calon menantu.”

Oo.. macam tu ke? Macam dahsyat je mummy si Harraz ni? Tengok anaklah. Kalau anak dah hebat, maknya lagilah super duper hebat.

“Staf perempuan baru apatah lagi. Mesti kena warning. Baik you jaga-jaga Nurin.” Sempat Liza bagi pesanan penaja pada Nurin.

Nurin sambung kerja. Tiba-tiba jadi skema macam orang lain. Lepas dengar apa yang dikata Liza, secara automatiknya mulut duduk diam. Hanya otak yang bergerak sekarang ni. Sekurang-kurangnya kalau Puan Sri nampak dia, dia dah tinggalkan imej yang baik di mata Puan Sri.

Pap! Nampak beg tangan Gucci atas mejanya. Nurin angkat muka.

Tak payah tanya siapa, Nurin dah boleh agak walaupun itu kali pertama mereka bersua muka. Apatah lagi semua leher panjang menoleh ke arahnya. Nampak satu tanda seru besar jatuh depan mata. Amaran!

Air liur pun turut laju mengalir melepasi tekak. Pandangan wanita anggun yang berdiri di depannya macam ada pedang. Tajam dan beku tanpa senyuman. Macam anaknya juga.

“Nurin Areesa?”

50 comments:

  1. Alaa..tetiba macam lost pulak part mak Harraz dtg ofis tu. Memang Nurin tak penah kenal dgn mak Harraz ke? Lupa la pulak.. -_-!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. betul tu. Dah jumpa kan before this? Baru teringat. Kan Nurin dah dapat cop mohor 'approved' dari parents Harraz as calon bakal menantu

      Delete
    2. Yg da pnah jmpe nurin juz bpak harraz.. Mak harraz pnah jmpe wktu nurin kecik ''beringus' je lagi.. Ble da besa ni xpnah jmpe lgi.. Haihh korg ni prolog "TPI" xbace ke?? Prolog 2, smbungan bab lpas ni.. Means prolog 2 mcm bab 20 la.. Err

      Delete
    3. Cik Ano 10:16, jangan la marah.. time sy komen ni sy betul2 x ingat ni part dlm prolog TPI.. Once da submit smlm baru teringat part tu. hehe

      Delete
    4. Ye Anon 10:16. Lepas ulangkaji balik bab2 dan prolog baru ingat semula yg dtg rumah Nurin tu only Tan Sri... ni makan tahun punya online novel, ada la ingat2 lupa sikit... sebab dalam pada tu banyak lagi novel yg dibaca. Mix up dgn Tan Sri & Puan Sri lain gamak nyer. ... lol - Anon 06:04.

      Delete
    5. Xmara ok cik ixora 01:22 n anon 06:04.. Slamat hari raya, maaf zahir batin... Huhuhu, excited nk tggu bab sterusnya.. Nvel2 lain mmg da xbole msuk ngan sye ni.. So mmg slalu usha blog ni jer la.. Haha

      Delete
    6. Hehehe smlm elok2 msuk tido nmpk Anjel up bab ni.. terlebih excited sampai terkomen laju2 ;p Sy pn sama mcm cik Anon 06:04, ingat2 lupa part ni.. sbb kebetulan baru lps ulang baca EC sblm tido smlm tu yg lost skit.. hee..

      Btw, selamat hari raya jugak buat cik Anon berdua.. maaf andai ada terkasar bahasa tanpa sengaja.. Selamat bercuti =)

      Delete
    7. Wah... sama kita cik Ixora. Skrg pub rajin ulangkaji EC... angau dah dengan kisah cinta Tg Aaron & Damia. Lol.

      Cik Anon 10:16... should try shamien a basit. Baru jumpa kisah kiah. Lawak gila.

      Selamat hari raya, maaf zahir batin cik Ixora & cik Anon -@

      Delete
  2. Eh bukan ke parents Harraz suka dan kenal Nurin? Atau sbb gossip Harraz dan Nurin bertunang tu mummy Harraz nak tahu...

    ReplyDelete
  3. I think you guys should know what PROLOG means. Is this means that this chapter took place before the prolog? And perhaps the next chapter will be telling the event after his mommy pleads Nurin to 'tundukkan' Harraz? This is only my opinion. Am I right miss writer anjell?? -cik epilog-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Prolog 2 mnunjukkn ape yg brlaku wktu nurin n harraz mother meet (which means lps nurin n mother harraz kluar ke cafe 'board of directors').. Mybe lps ni kte akn taw mcm mane nurin cbe bwk harraz kluar dri dosa silam dia ats request mak harraz mcm dlm prolog hri 2.. Cewwahh, ayat!

      ies@

      Delete
    2. Prolog yg dah post tu ialah bab seterusnyer lepas bab ni. Harap anjell boleh post 2 bab terus termasuk bab prolog tu. Hehe

      Delete
  4. mesti mummy harraz dtg nak kenal2 bkl menantu... hihi

    ReplyDelete
  5. ala potong la...anjel tmbh la lg...jgn raya lama2 ye....up raya pertama.....penasaran dah ni

    ReplyDelete
  6. Waaaa...haha mak harazz dtg..mesti mak harazz berkenan ngan nurin ni..kak anjell bila lepa nk kawin ni..x sabar la..haha..nk next entry. .

    ReplyDelete
  7. Yeay...Farhan enter frame :)


    Cliffhanger... mesti Mama Harraz buat kezutan ni. Tan Sri pun dah berkenan...

    Hopefully apa yg Harraz cakap kat Wana tu menjerut diri sendiri... hehe... jerut paksa rela ;)

    ReplyDelete
  8. jeng jeng jeng…mak harraz sudah mari…hahahahahaha…part yg mummy tunggu lama nak timbul ni anjel…wah dah x sabar nak tunggu n3 seterusnya

    ReplyDelete
  9. Anjel ibu harraz garang tapi baik ngan nurin kan sbb nurin tak sama spedis ngan yg lain.best sambung teruja

    ReplyDelete
  10. thanks kak anjel.

    ReplyDelete
  11. Cepattt next n3 anjellllll

    ReplyDelete
  12. Mungkin puan sri kenal baik dgn ibu wana..bila wana balik mungkin dia nak confirmkan betul ke harraz dah bertunang..ibu wana pn tanya puan sri..tu agaknya puan sri dah pagi2 sampai di opis..ni saya main agak je la..hehehe

    Papepn terima kasih anjell..terbaekk la kali ni..farhan pn kantoi dgn awek sexy...harraz kemain mengada2 lagi..dah sah2 le awak sukakan nurin bang ooii dalam x sedar tu..bagus nurin..membeku diri tu lg biar sampai harraz yg dtg memujuk rayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko bace prolog 'TPI' skarang

      Delete
  13. Hahaha..sweetnya
    Dalam sorang beku, sorang lg tu selamba, bila dah bertemu muka mmg kelakar sangat
    Mulut harraz ni boleh tahan gak kan
    Tgh berdebar2 ni nak tunggu apa kisah puan sri dan juga reaksi si harraz kalau dia tahu siapa tuan punya mata yg dicari2 selama ini

    ReplyDelete
  14. Adui memasing..
    Sorang puteri dari sentubung..
    Sorang putera bunian dari ntah mana..
    Hahahha..lawak..
    Memang best citer ni..
    Gaya penulisan anjell sangat mantap..
    Macam2 rasa ada..
    Lawak, sedih, marah dan happy..
    Tahniah anjell..
    Anda mmg seorang penulis yg berjaya
    Saya ada koleksi novel EC sebab tertarik dgn gaya penulisan anda yg berbagai rasa itu..
    Dan x sabar untuk memiliki lagi sekiranya ada yg terbaru..

    ReplyDelete
  15. Thanks anjell..akhirnya terubat rindu..nurin mmg tak lawa ke sampai minah tu dok kutuk2 dia berulang kali..alaaa bagila rupa heroin tu cantik jelita..saya kalau baca novel suka membayangkan hero hensem n heroin cantik..kena pulak bila harraz cakap x kisah rupa cantik atau tak asalkan dah pilih dia..sian kat nurin nnt kalau couple dgn idaman malaya mesti asik kena kutuk je sebab tak sesuwei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ok cik adik syg.. Nurin is very beautiful.. Parents harraz approve, kwan die si lee 2 pon ckp nurin ni cantik.. Sbb 2 die jdi model express kat show ari 2.. Mata die bulat bundar, kulit cerah mcm harraz.. Yg si wana senget 2 kate nurin xlawa mybe sbb die 'bertudung'.. Fhm2 jela org bertudung ni kan mcm 'out of date' pde org yg pkai bju xckup kain ni... Hmm2

      Delete
    2. Ok..ok..adik paham kakakku sayang..maklumla baca pagi2 tgh ngantukkannnn...kira nurin natural beauty la kan..tak mcm girl2 haraz yg lain bedak berkepuk cam tepung gomak..

      Delete
  16. erk...kenapa macam Pn Sri tu sentap..ek... teruja nak tahu...

    ReplyDelete
  17. Mesti Puan Sri layan baik dengan Nurin. Makin membuatkan kawan2 ofis tu curious tejojol biji mata. Membuatkan si El makin panas hati.

    ReplyDelete
  18. Alamak...sekali emak dia dah....ape agaknya soalan yg nak keluar dari mulut Puan Seri tu ek?...

    ReplyDelete
  19. Puan Sri saja nak tahu Harraz baik x layan Nurin kat pejbt... Puan Sri layan baik punya ... bagi org kt office tu terkedu sikit....

    ReplyDelete
  20. Msti puan sri lyan baek pnye..kan nurin ti ank kwn dia...

    ReplyDelete
  21. Sape nak tau next sambungan boleh baca prolog. Korek2 la entri blkg2. Hehe.

    ReplyDelete
  22. Miss new en3 alwaz.. ni dh brape kali ulang..beessttt

    ReplyDelete
  23. Malampau tak kalau nak request special edition raya utk EC? Nak juga tahu pasal anak2 Tg Aaron n Damia... Ratna... Suraya n Tg Andrean... Adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err...setuju. Rindu pulak pada diorang. Nak jugak tahu Suraya jadi kawin ke tidak dengan Tg Andrean.. Hehe.. Harap cik Anjel dapat mempertimbangkan rayuan kitorang ni.. Hehehe

      Delete
    2. Setuju sangat! Harap kak anjell dapat pertimbangkan rayuan kita ni..pleasee kak anjell pleasee..

      Delete
  24. da bomb as always kak anjell...sepupu sepapat saye pun rupanye layan jugak karya kak anjell ni...best sangatlah!

    ReplyDelete
  25. ibu mertua ku...menjengah bakal menantu pilihan hati...itu lh ibu mertua nurin...hehe... terjerat dn menjerat hati masing2...hehe hati harraz dn hati nurin...dn merjerat jugak hati pembaca...tk sabar...makin suspen bila soal hati sama2 tk sedar milik siapa...sapa menyapa dlm diam...getar mengetar tampa sedar...yg ia nyer dlm hati ade cinta...ego lh yg menolak rase...hehe

    ReplyDelete
  26. Di saat2 org membuat persiapan rya...sya xjemu2 menjenguk blog ni..takut tertinggl atau termiss bab2..ghindunya nk bca new n3..nway..selamat ari rya..

    ReplyDelete
  27. nasib baik tak terlepas. semakin best.

    ReplyDelete
  28. Semakin lama semakin teruja nak tahu apa kisah seterusnya..nasib baik watak nurin di create seorang yg berjiwa kental..selalu geram bila baca cerita heroinnya lembik sangat..tahniah anjell...saya memang minat dgn gaya penceritaan anjell..

    ReplyDelete
  29. 'klo sruh tenung ice blended ni uin cair' hahaha. Agk2 klo tenung haraz bole tembus ke hti x?
    Anjell i mkinxsbar nk tggu next n3 dear... Skunk da tau gen spe haraz ikut hahaha ank mak ....

    ReplyDelete
  30. Assalam anjell...makin berdebar nak tau apa berlaku antara puan sri dan nurin..ni tgh nak buat rendang pn teringat2 nak masuk sini sebab perasan gak n3 anjell masuk hari ahad n hari khamis..owh tersiksa jiwa n raga di buatnya..

    Apa2 pn selamat hari raya utk anjell n keluarga..terima kasih kerana selalu n sudi membuatkan hati kita semua gembira..

    ReplyDelete
  31. SELAMAT HARI RAYA KAK ANJELL!Nak entry baru utk citer ni. Pleaseee. .kak anjell buat la EC raya. .nk tau apa jadi ngan anak2 damia ngan hubungan damia dan t.aaron ngan suraya sekali.harap kak anjell boleh pertimbangkan ye...

    ReplyDelete
  32. Bkan nk komen apa tp sya lebih ska watak nurin seakan damia yg pertahankan hak dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )