Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday, 16 August 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 25)

BAB 25

Pukul 7.45 malam, Harraz menjemput Nurin di rumahnya. Ketika tiba, dia disambut oleh abah dan umi Nurin. Harraz salam tangan abah Nurin. Pertama kali mereka bersua muka. Baru dia kenal rupa kawan baik daddynya itu.

“Baru pak cik kenal kamu sekarang. Kali terakhir pak cik tengok, kamu kecik lagi. Masa tu daddy kamu belum pindah ke New York.”

“Betul. Dah handsome dah sekarang ni. Berjaya macam ayahnya juga. Terima kasih ya, Harraz sebab sudi terima anak mak cik kerja kat tempat Harraz.” Kali ni Puan Norseha besuara.

Harraz senyum. Kalaulah mereka tahu apa yang dia dah buat pada Nurin, macam ni ke layanan mereka?

“Sama-sama, mak cik, pak cik. Nurin tu memang berbakat. Ikut apa yang saya suruh kat pejabat,” jawab Harraz jujur. Memang hakikat. Nurin buat muka, Nurin kenakan dia, itu belakang cerita. Apa-apa yang ditugaskan kepadanya, Nurin pasti akan bereskan juga.

“Takdelah risau sangat pak cik kalau Nurin kerja dengan Harraz. Sekurang-kurangnya pak cik dah kenal kamu dan ayah kamu.”

Encik Sufian rasa lega. Begitu juga dengan Puan Norseha. Bila tengok Harraz, takde la pulak nampak jahat. Tak macam yang Nurin cerita dulu. Mungkin hubungan mereka dah baik kut. Yalah.. tengok la sekarang. Sudi pula Harraz nak jemput Nurin malam ni. Takdelah mereka risau Nurin yang balik lewat malam nanti.

“Haa.. tu Nurin dah datang,” kata Puan Norseha bila melihat Nurin yang baru keluar rumah. Ditangannya tengah pegang kasut tumit tinggi berwarna hitam. Kemudian dia nampak Nurin terbongkok-bongkok untuk memakai kasut itu.

Cantik betul anak daranya malam ni. Susah nak tengok Nurin cantik-cantik macam ni kalau bukan nak ke majlis penting. Selalunya bila ada majlis makan malam je Nurin akan berhias cantik macam ni.

Sorry lama tunggu.” Nurin minta maaf. Dahlah orang datang jemput. Lambat pulak tu.

Dari hujung kepala ke hujung kaki Harraz pandang Nurin. Nurin ke ni? Nurin nampak lain malam ni. Imej yang tak pernah dia nampak bila Nurin ke pejabat. Sangat berbeza Nurin bila ke majlis penting. Mengingatkan dia tentang malam di Palace of The Golden Horses dulu. Cantik. Harraz mengakuinya dalam hati. Baru sekarang dia perasan yang Nurin cantik.

“Kami pergi dulu, mak cik, pak cik.” Harraz minta diri. Tangan Encik Sufian disalam sekali lagi.

“Ayong pergi dulu, umi, abah.” Nurin salam tangan orang tuanya.

“Yalah.. jaga diri tu. Harraz, hati-hati drive.” Sempat Puan Norseha berpesan. Mata menghantar mereka berdua ke kereta Harraz.

   ---------------

“Harraz dan Nurin. Akhirnya datang juga you berdua. Dah lama I tunggu.” Datuk Khalil menegur mereka. Tangan dihulurkan kepada Harraz.

Harraz menyambut huluran tangan Datuk Khalil. Bila tangan itu berubah pada Nurin, dia nampak muka Nurin serba-salah. Dia memang tahu Nurin tak pernah terima salam lelaki. Sangat menjaga batasan antara lelaki perempuan. Pasti Nurin nak menolakknya, tapi takut menyinggung hati Datuk Khalil.

Sorry, Datuk. Nurin tak salam dengan lelaki.” Harraz berkata.

Muka Datuk Khalil nampak sedikit terkejut.

“Oh, ya ke? Sorry, I tak tahu.” Datuk Khalil menarik balik tangannya.

Nurin ternyata terkejut dengan kata-kata Harraz. Dia baru je nak tolak tangan Datuk Khalil sebelum Harraz bersuara lagi. Nurin senyum pada Datuk Khalil. Nasib baik tak nampak riak tersinggung pada wajah lelaki itu.

Tapi, bagus juga kalau Harraz yang cakap. Pastinya kesannya lain antara dia yang cakap dengan Harraz yang cakap. Sebab Harraz orang berstatus tinggi. Pasti disegani ramai dan kata-katanya sentiasa betul. Apalah sangat dengan orang biasa macam dia?

Ayat yang sama, kalau diungkap oleh dua manusia yang berbeza status, pasti kesannya berbeza. Itulah dunia.

Dalam hati dia berterima kasih pada Harraz.

“You cantik malam ni, Nurin. Berbeza dengan kali pertama kita jumpa dulu. Nyaris-nyaris I tak kenal you,” puji Datuk Khalil. Nurin dipandang dari atas sampai bawah.

Hai.. lain macam je bunyinya! Kurang senang, tapi senyuman masih terukir di bibir Nurin. Dia tak suka bila mata tua Datuk Khalil pandang dia macam tu. Macam nak makan dia pun ada. Geli pun ada!

Huh! Nasib baik Datuk! Nurin buat tak kisah.

“Terima kasih, Datuk.” Nurin senyum plastik lagi. Takkanlah nak tunjuk depan-depan yang dia tak suka. Silap-silap kena halau balik. Dia ke sini bawa nama Harraz Holdings. Air muka Harraz kena jaga juga.

Thanks for inviting us, Datuk. We appreciate it,” kata Harraz pula.

“Mestilah I jemput. Sebab I pun nak jumpa Cik Nurin kita yang cantik ni.”

Nurin tak tahu la kalau Datuk Khalil bergurau ke apa, tapi dia tak suka. Ikutkan hati, nak je heret Harraz pergi jauh-jauh dari sini. Tapi dia lupa satu benda. Majlis ni majlis Datuk Khalil. Nak taknak, memang akan jumpa Datuk Khalil ni.

“Datuk, ada orang panggil you.” Harraz dapat akal bila nampak sesorang menggamit tangan ke arah mereka.

Oh, I’ve to go. Nanti ada masa, kita berborak lagi.”

Nurin lega bila Datuk Khalil akhirnya berlalu juga.

“Suka la kau kan sebab dapat perhatian Datuk? Lebar 360 darjah senyuman kau aku nampak?” sindir Harraz. Masam muka Harraz. Tak suka!

Tak tahu kenapa, dia tak suka bila dengar Datuk Khalil puji Nurin. Sakit betul hati bila tengok mata Datuk Khalil melihat Nurin tadi. Rasa nak cucuk je mata tu biar buta. Ikutkan hati tadi, nak je tarik tangan Nurin pergi jauh-jauh.

“Mana adalah. Saya tak suka. Tapi saya nak buat apa lagi? Takkanlah saya nak marah dia pulak? Nanti encik juga yang marah saya.” Nurin membela diri. Tak suka bila Harraz tuduh dia macam tu.

“Yalah tu. Padahal hati suka,” sinis Harraz lagi. Menyampah betul tengok senyuman Nurin pada Datuk Khalil tadi.

“Dahlah. Aku nak jumpa kawan-kawan aku.”

Harraz tinggalkan Nurin sorang-sorang.

    -------------

Geram betul Nurin. Tak sampai sepuluh minit majlis berjalan, Harraz tinggalkan dia lepas bertikam lidah tadi. Dan sekarang, Nurin rasa nak menangis sebab tiada siapa yang dia kenal dalam majlis ni.

Don’t worry, you have me konon! Pergi blah la! Bercakap je reti. Hari tu bukan main Harraz pujuk nak suruh dia pergi ke majlis ni. Sebab percayakan Harraz punya pasal, yang taknak pergi pun jadi pergi. Dan sekarang, hidung mancung Harraz pun tak nampak kat mana.

Majlis tari-menari bermula. Nurin ambil keputusan untuk duduk di satu meja. Cuma dia seorang di situ. Sebab ramai pasangan yang memilih untuk menari di bawah alunan musik sentimental itu.

Huh! Sebal betul rasa hati. Menyampah tengok setiap pasangan yang menari. Berpeluk-pelukan. Romantik sangat la tu? Duniawi je semua ni. Majlis ni memang tak ngam dengan jiwa dia. Hai.. macam manalah aku boleh tersesat masuk sini?

Dunia yang penuh keasyikan. Tua, muda, semua sama. Kalau tak kuat iman, memang boleh terpengaruh. Bila peluk-memeluk menjadi perkara biasa. Kalau orang pejabat agama tengok ni, mengucap habis semua.

Nasib baiklah tiada yang ajak dia menari. Kalau tak, memang dah bagi makan heels dia ni dah. Gila ke apa ajak aku yang bertudung ni menari? Tanpa sedar, tudung menjadi penyelamatnya. Tudung di kepalanya membuatkan semua lelaki tak berani untuk mempelawanya. Tak laku di mata lelaki tak apa. Asalkan laku untuk menerima reda Allah.

“Harraz mana?” Datuk Khalil menegur Nurin yang sedang duduk itu.

Nurin terkejut. Tapi tetap senyum dulu. Alahai.. kenapalah Datuk ni datang sini? Dahlah cuma dia sendirian.

Perut oh perut, sakitlah kau sekarang! Supaya senang aku nak lari. Datuk Khalil dah duduk semeja dengannya. Nak taknak, terpaksalah melayan.

“Entah. Tadi dia cakap nak jumpa kawan-kawan dia,” jawab Nurin. Itu cerita setengah jam lepas. Sekarang ni melingkup pergi mana entah. Entah-entah turut sama terjebak kat tengah dewan tu.

“You tak menari ke, Nurin?”

Hai.. Datuk ni, tak tahu ke buat-buat tak tahu? Aku ni nak sentuh tangan dia pun tak. Inikan pula nak bagi lelaki sentuh tempat lain? Pelempang la makannya nanti.

Hmm.. not interested. Saya memang tak suka benda-benda macam ni,” jawab Nurin jujur. Kadang-kadang dia kena tegas.

“You takut tunang you marah ya?”

Tunang? Nurin blur kejap. Namun baru teringat pasal ‘tunang’ yang Harraz cakap dulu.

“A’aa.. sebab tunang.” Senang Nurin jawab. Menidakkan karang, macam-macam yang bakal ditanya. Baik iyakan je.

Kalau dengan tunang saya pun, jangan haraplah dapat peluk-peluk macam tu. Itu namanya mintak nak kaki! Sekali pun tunang, tak mungkin akan berlaku.

“Dah lama ke you bertunang, Nurin?”

Arghh… sudah! Dah dibangkitkan pasal tunang tak wujud dia pulak. Nak goreng apa ni?

Err.. lama la juga. Nak dekat setahun dah.” Nurin layankan juga.

Oo.. bila cadang nak kahwin?”

“Entahlah. Dah sampai seru nanti, kahwinlah.” Senang Nurin jawab.

“Untungnya tunang you, Nurin. You dahlah cantik, bijak, menarik pulak tu. Kenapa dia nak lambat-lambatkan majlis? Kalau I la, I akan cepatkan sebab takut you kena kebas dengan orang.”

Nurin cuma mampu senyum. Tak ikhlas langsung rasanya. Kenapalah Datuk ni suka cakap macam ni dengan dia? Huh! Geli ketiak aku dengar. Bilalah Datuk ni nak pergi?

“Takpe.. janji saya setia.” Cewah! Macam betul-betul aku ni tunang orang. Haha. Nak tergelak Nurin rasa.

“You tunang dengan siapa Nurin?”

Tuh dia! Aku tunang dengan siapa? Siapa tunang aku? Nak goreng apa ni? Mata melilau sekeliling dewan. Mana Harraz? Cis! Gara-gara cerita dongeng mamat tu la, tunang bunian dia ni wujud. Tengok sekarang ni! Kan dah payah nak karang cerita.

“Err.. Dengan lelaki, Datuk.” Nurin tak tahu nak jawab apa.

Datuk Khalil ketawa mendengar jawapan Nurin.

“I tahu la, Nurin. Mesti la dengan lelaki. Takkanlah you tunang dengan perempuan pulak. Siapa tunang you? Nama apa? Kerja apa?” Datuk Khalil tak mengalah. Ingin tahu bagaimana rupa lelaki yang dah berjaya pikat hati Nurin.

“Saya tak boleh cakap, Datuk. Saya memang taknak orang tahu siapa tunang saya. Tunang saya pun sama. Kami memang pelik sikit. Kalau kami kahwin nanti, kami akan ajak Datuk. Jangan risau,” jawab Nurin.

Makin lama makin mengarut. Sampai dah tahap kahwin ni! Konfiden je nak ajak pergi majlis. Kau nak kahwin dengan siapa, Nurin? Kalau la beberapa tahun lagi, Datuk Khalil tak jugak dapat-dapat kad undangan kahwin dia, nak cakap apa? Ah, bukan susah! Aku cakap je la, tunang saya dah mati, Datuk.  Tak pun, kami putus tunang, Datuk.

“Datuk tak menari ke?” Nurin main tanya. Sebab dia taknak isu tunang tak wujud dia ni berterusan.

“Tiada yang nak temankan. You nak menari dengan I ke?”

Gulp! Nurin rasa macam tertelan pasir. Aku bukan main bercerita pasal tunang bunian aku tadi, selamba hippo je dia ajak? Tak dengar ke tadi?

Nurin tak tahu nak buat apa. Cuma mampu senyum tak ikhlas. Ikutkan hati, nak je dihalau orang tua ni. Tak senang dengan pandangan Datuk Khalil sekarang ni. Macam nak makan dia pun ada.

Hmm.. kenapalah perempuan menarik macam you ni dah bertunang?”

Nurin nampak Datuk Khalil bagaikan merapatkan jarak mereka. Dada Nurin berdebar laju. Takut apa yang ada dalam kepalanya jadi nyata. Janganlah Datuk Khalil buat benda pelik-pelik kat dia. Bila nampak tangan Datuk Khalil bergerak untuk memegang pahanya, Nurin cepat-cepat bangun.

Err.. I have to go to rest room. Excuse me, Datuk.”

 Nurin cepat-cepat angkat kaki. Dia nak lari dari sini. Ke mana-manalah. Asalkan jauh dari Datuk Khalil sekarang ni. Dia takut kalau lama lagi dia berdua dengan Datuk Khalil, sabar dia habis. Macam-macam boleh jadi.

Laju kaki melangkah keluar dewan. Rasa macam diekori orang. Nurin rasa takut tiba-tiba. Baru perasan tempat tu sunyi. Kalau jadi apa-apa, jerit pun belum tentu orang dengar.

Bau Harraz!

“Nurin!” Suara Harraz.

Nurin berpaling. Lega. Betul-betul Harraz di depannya. Harraz ke yang ikut dia tadi?

“Encik Harraz. Lega saya.” Nurin pegang dadanya. Degupan dada dah agak menurun.

“Kau pucat kenapa? Kena kejar hantu?” soal Harraz balik. Muka Nurin nampak sangat lega. Seperti takutkan sesuatu tadi.

“Encik Harraz, saya takut.”

“Takutkan apa?”

Nurin tak tahu nak ceritakan atau tak. Kalau dia cerita, dia takut Harraz tak percaya dan tuduh dia macam-macam. Yalah.. tengok tadi la. Tak pasal-pasal bertikam lidah mereka berdua. Percaya ke Harraz kalau dia cakap Datuk Khalil cuba mengambil kesempatan terhadapnya tadi? Entah-entah Harraz cakap dia syok sendiri. Tak pernah-pernah dia rasa takut macam ni.

“Apa jadi, Nurin?” desak Harraz pula. Menanti Nurin bercerita walaupun mata dah jadi saksi tadi.

Dia tahu kenapa Nurin rasa takut. Dia nampak apa yang terjadi tadi. Datuk Khalil mesti dah lakukan sesuatu pada Nurin sampaikan Nurin lari ke sini. Dia tak nampak dengan jelas. Dia cuma nampak Datuk Khalil dan Nurin sedang bercakap. Kemudian dia nampak Datuk Khalil bagaikan cuba duduk rapat dengan Nurin. Hati jadi tak sedap tiba-tiba. Otak cakap kat kaki supaya cepat-cepat pergi ke arah mereka. Tapi, baru je dia nak mencelah, dia nampak Nurin cepat-cepat bangun dan berlari ke sini. Dan dia pun turut mengikut Nurin ke sini.

“Takde apa-apa jadi. Saya cuma takut encik tinggalkan saya,” bohong Nurin.

Biarlah jadi rahsia dia je. Harraz tak perlu tahu. Tak penting pun Harraz tahu. Apa yang Harraz boleh buat kalau dia tahu? Datuk Khalil orang penting. Kalau jadi apa-apa, sanggup ke dia bertanggungjawab nanti? Lain kali dia kena berhati-hati.

Are you sure, Nurin? Kau tak bohong, kan?” soal Harraz.

“Betullah. Buat apa saya nak bohong?” Nurin yakinkan Harraz.

Harraz pandang Nurin lama-lama. Dia tahu Nurin berbohong dengannya. Pasti Nurin ada sebab kenapa dia tak jelaskan perkara sebenar pada Harraz.

“Kalau macam tu, jomlah masuk dewan balik,” ajak Harraz.

Masuk balik? Nanti jumpa Datuk Khalil lagi. Lepas tu entah apa yang dia cuba buat lagi. Nurin berat hati untuk masuk balik.

Don’t worry. You have me, Nurin,” pujuk Harraz. Bagaikan tahu Nurin yang enggan. Salahnya juga sebab tinggalkan Nurin sorang-sorang tadi. Dia takkan izinkan apa-apa berlaku pada Nurin.

“Encik takkan tinggalkan saya sorang-sorang lagi, kan?” Nurin minta kepastian. Dia taknak ditinggalkan sendirian lagi. Dengan Harraz, sekurang-kurangnya dia rasa selamat. Sekurang-kurangnya Harraz tak pernah berkurang ajar dengannya walaupun lelaki itu kaki perempuan.

“Ya, aku takkan tinggalkan kau sorang-sorang. Jom.”

     -------------

Majlis tari-menari masih berlangsung. Boleh dikatakan semua orang menyertai tak kira tua atau muda. Yang tak telibat pula lebih selesa duduk di meja yang berada di bahagian tepi dewan. Termasuk juga Nurin dan Harraz.

Huh! Bilalah boleh balik ni? Bosanlah duduk dalam majlis yang tak kena dengan jiwa ni. Jadi apa-apa sekarang ni, rasanya semua mati tak sempat bertaubat. Astaghfirullah! Nauzubillah!

Dipandang Harraz di sebelah. Muka Harraz pun nampak bosan. Macam terpaksa berada kat sini je? Mata Harraz nampak tepat pada tengah dewan. Tempat di mana semua orang asyik dalam dunia mereka. Tempat kekasih yang kononnya nak berromantica de amour.

Lupa pulak yang Harraz pun tergolong sama. Jiwa lelaki nampak nak sangat berlari ke tengah dewan.

“Kenapa encik tak menari sekali?” soal Nurin.

Rasa macam ikat Harraz pun ada. Tapi, bagus juga. Sekurang-kurangnya dia selamatkan Harraz daripada buat dosa.

Harraz cuma geleng kepala. Kenapa dia tak menari sekali? Kalau dulu, pantang ada majlis-majlis macam ni, memang ramai yang akan menyerah diri untuk dipelawanya. Dan wanita yang menjadi pasangannya akan rasa sangat beruntung sebab dapat menari dengannya.

Tapi hari ni, Harraz tak rasa nak menari. Dia ada sebab. Dia fobia. Kalau dia cakap dia takut untuk sentuh perempuan sekarang ni, percaya ke Nurin? Semuanya berlaku ketika dalam penerbangan ke London dulu.

Biarlah hanya dia yang tahu. Banyak perkara aneh yang terjadi dulu. Tapi dia tak pernah cerita pada orang. Entah kenapa satu perkara terlintas dalam kepala. Semua ini amaran Tuhan. Mengingatkan semua tu, kadang-kadang Harraz jadi takut sendiri.

Just not in a good mood. Dah bosan dah.”

“Kenapa bosan pulak? Tengok sana, ramai kut perempuan yang tunggu Encik ajak.” Nurin tunjukkan ke arah satu sudut. Banyak mata gadis memandang ke arah mereka. Bukan seorang dua. Terpaut dengan raut tampan Harraz la tu. Yang dah ada pasangan pun ada jugak yang menoleh ke arah Harraz. Hmm… untunglah handsome!

Tapi takde pulak perempuan yang datang nak berkenalan dengan Harraz. Sebab dia ada sekali ke? Entah-entah semua orang ingat dia ni kekasih Harraz.

“Itulah yang buatkan aku bosan. Aku ni suka cabaran. Aku nak lain dari yang lain.”

“Pergilah ajak pokok,” jawab Nurin. Memang lain daripada yang lain.

Ewah... gaya nak suruh aku ajak pokok macam pokok tu kawan dia!

“Itu bukan lain. Itu gila namanya. Maksud aku, aku nak menari dengan orang yang refuse nak menari dengan aku. Kalau aku ajak dorang, konfem dorang setuju.”

“Siapa?” soal Nurin.

“Kaulah. Kau nak menari dengan aku tak kalau aku ajak?” Saja Harraz bertanya walaupun dah tahu jawapan Nurin.

“Itu pun gila namanya, Encik. Kang ada jugak yang menari kepala kat bawah!” jawab Nurin selamba.

Harraz ketawa. Kata-kata selamba dan berani Nurin kadang-kadang menggeletek hatinya.

“Kau tahu menari tak?”

Nurin diam.

“Tak tahu la tu. Oo.. kau ke yang menari kepala kat bawah tu?” Harraz ketawa. Seronok kenakan Nurin.

“Ya.. ya.. memang saya tak reti pun. Buat apa nak belajar? Bukannya praktik pun.” Masam Nurin menjawab. Benci betul dengan Harraz. Suka sangat pandang rendah padanya.

“Nanti aku ajar kau, nak?” usik Harraz.

Malas Nurin nak layan Harraz. Nak ajar aku konon. Tak mungkinlah. Melainkan kalau mereka berdua kahwin. Mereka berdua kahwin? Haha. Itu adalah benda paling kelakar.



--------------

SEKIAN DAHULU UNTUK NOVEL INI DI ALAM MAYA.. SETIAP PERMULAAN PASTI ADA PENGAKHIRAN. CEWAHH... BUT HONESTLY, I'M A BIT SAD. BERAKHIR SUDAH. TIADA LAGI ENTRY SAYA YANG BAKAL MENGGANGGU HARI2 ANDA. DAN DENGAN INI, BERMULALAH HABUK2 BERKUMPUL DAN LABAH2 BERSARANG DI BLOG INI. HEHE...

TERIMA KASIH ATAS SEMUA SOKONGAN. SANGAT TERHARU DAN BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKUR DAN MACAM-MACAM LAGILAH..

DOAKAN SEMOGA SAYA BERJAYA SIAPKAN MANUSKRIP NOVEL INI. DOAKAN JUGA SAYA BERJAYA DALAM APA2 YANG SAYA CEBURI TERMASUK CHOICE OF STUDY. YEAH.. HONESTLY IT'S HARD. TRY TO DENY, BUT SERIOUSLY IT'S HARD...

NEW NOVEL?? HMMM..... (PENDING).. LET ALLAH DECIDE IT..

TERIMA KASIH SEKALI LAGI. I LOVE YOU ALL.. 

WILL BE MISSING TO WRITE. SEKIAN..


LOTS OF LOVE:
ANJELL :)

75 comments:

  1. Sedihnye dah last chapter...hopefully dapat peluk versi cetak secepat mungkin...all the best Anjell...

    ReplyDelete
  2. Dah abis ker... tp diarg x couple lg... :-(

    ReplyDelete
  3. Waa.. It's not over yet... Kami akn tggu smpai nvel ni dbukukn.. Klau prlu, bace entry nvel kak anjell sblom2 ni.. Thanks a lot sis..

    ReplyDelete
  4. pasti akan ditunggu, mohon sis anjell tagged atau maklumkan i dalam fb ye bila novelni dah diterbitkan, sebab nak kena cari jugak...

    id: ariffatri gerald mohammad...

    anyway, love your Eksperimen Cinta...

    memang lagend

    ReplyDelete
  5. sedeyyyyyynnnnnnnnyyyyaaaaaaaa

    >>k<<

    ReplyDelete
  6. I will miss u,harraz n nurin....T_T

    ReplyDelete
  7. GOnna miss harraz dan nurin..thx 4 da best entry anjell..semoga novel ini akan dinovelkan..xsbar nak tahu kesudahan novel ni..same goes to SPS..semoga berjaya dlm bidang penulisan serta pelajaran..gdluck anjell..😉😁

    ReplyDelete
  8. will miss mereka like crazy..hopefully dihjg penantian ni adalah versi cetak ya

    ReplyDelete
  9. Alaaaaa... Da tamat ke? Sob.. Sob.. Sob. T_T
    Sedih mmg sedih sbb dah takde apa yg boleh dibaca lg dah pasni.

    Cuma nk tnya cik Anjel, agak2 awak akan bg teaser kt blog x? Atau kt fb je? Sbb kalau bg kt fb je, nk p activate acc fb blk..

    Btw, hebat ah Nurin sampai dah boleh cam bau Harraz! ;p

    ReplyDelete
  10. thumbs up! hope to hold this novel soon. wish u all the best. may Allah ease ur ways. Insyallah :)

    ReplyDelete
  11. gud job anjell....u are the best..
    harap dpt jumpa lg dgn harraz n nurin secepat mungkin. penantian satu penyeksaan...

    ReplyDelete
  12. Alahai last n3.... Will gonna miss this couple....same as Sya & Izz....Hope u won't take long to finish the mss...

    ReplyDelete
  13. Ala...... bakal rindu sama depa nie. Moga dpt keluar versi cetak.

    ReplyDelete
  14. Semoga terus gigih untuk Tundukkan Playboy Itu. Semoga terus berkarya. X sabar menunggu SPS juga. Jgn biarkan blog bersawang anjell. Sambil2 meneruskan SPS dan TPI kan masih ade 7 lelaki. Selamat berkarya. Akan sentiasa follow your blog. Sesekali update teaser ye. Thanks.

    ReplyDelete
  15. ur choice of study xler susah mana,klau susah xkan ramai je jd _ _c_ _ _ saban tahun kan kan..rajin2 g wad jgn dok bilik study buku je..see real cases much better than dok hafal buku...peaceee

    ReplyDelete
  16. Aduh dah kast chapter will miss harris n nuryn hope terus sukses dlm semua bidang yg diceburi btw I luv yr writing muah3 he......

    ReplyDelete
  17. wish you all the best dik.sesekali keluarkanlah teaser ye.

    ReplyDelete
  18. Nak komen ape ek..
    Hmm teaser seketul dua anjell kalo rajin..N cambase la all the best in your future..doakan saye gak.. Xtaw nak buat pilihan tok stdy ni..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...Hai Kak Anjell..We will missing new entry of you..Pleaze find a times to finish your new novels..SPS n TPI is awesome and not forget Eksperimen Cinta..hope it that both TPI and SPS will coming to us in short time..maybe bfore 2015 PBKL@KLIBF???Please Kak Anjell..Kami nak sangat novel baru dri akak!!!

    ReplyDelete
  20. Hope to see harraz n nurin soon. May Allah bless you sis

    ReplyDelete
  21. Huwaaa x sabarnyer tggu novel

    ReplyDelete
  22. The final chapter in the blog.....haih, kene tunggu laa....Go, Kak Kak Anjell!

    ReplyDelete
  23. Sedihnya dah last entry.... :'(
    Semoga cepat² siapkan manuskrip & selamat maju jaya dlm semua yg diceburi ya Anjell

    ReplyDelete
  24. awesome n3 anjell….tapi mummy tetap tunggu the printed version..semoga dipermudahkan segala urusan bagi menyiapkan naskhah ini ya. Mummy doakan anjell cool dan happy selalu,

    ReplyDelete
  25. moga berjaya siapkn dn publish cite ni dn berjaya dlm semua yg diceburi. Amiin..
    akak setia mnunggu suamiku paling sweet.....sweetnyaaa.
    -dibah-

    ReplyDelete
  26. Waiting.....waiting.....waiting & waiting....luv u Anjell Homosapien....

    ReplyDelete
  27. wanna ccryy !! love this story .. gonna miss them ..
    xsabor nk dptkn novel ni .. soon .. insyaAllah ^^

    ReplyDelete
  28. Oh tidak...tidak...dapat baca sampai bab 25 aje..akan ku tggu ko di bukukan...anyway I enjoyed reading this story.....gd luck to you and keep writing....

    ReplyDelete
  29. Huhu....last n3.....rindu kat harraz n nurin....anjell..

    ReplyDelete
  30. we definitely need not new novel. we just need an ending to what has already begun.

    nevertheless.. good luck, whatever you do.

    we are not given a good life or a bad life. we are only given a life. it is up to us to make it good or bad. ^_^

    ReplyDelete
  31. WAAA DH HBES KE KAT BLOG? ;( teringin sgt nk tau apa yg brlaku wktu penerbangan harraz ke London :( nnti anjell upload la teaser okay ;( rindu la lpas ni dgn nurin and harraz. :( cant wait for their marriage story. goodluck in finishing the manuscript and nnti kalau SPS dh keluar versi cetak, pls inform us in blog. xx

    ReplyDelete
  32. Thank you Anjel. Best wishes n good luck to you

    ReplyDelete
  33. dh abis dh???
    alaa..xpa la...all the best ye anjell..tggu novel ni terbit nanti..:)

    ReplyDelete
  34. Best..tpi kne tggu versi cetak lak..

    ReplyDelete
  35. sedihnya..good luck...

    ReplyDelete
  36. Babai Cik Anjell. .. terima kasih layan permintaan EC versi raya. Tak sabar menunggu novel SPS dan TPI. Selamat menulis...

    ReplyDelete
  37. Alaaa,dah last chapter...g0nna miss harraz & nurin :'( Cpat2 lar keluar versi cetak :D x sbr nk peluk ketat2 :3

    ReplyDelete
  38. Cepat2 la kuar versi cetak...at least anjel bg la teaser2 yg leh bg senyuman kt kitaorg ni...kihkihh...anyway good luck for everythg anjel

    ReplyDelete
  39. Kaka Anjell best of luck for your printed version.Kak Anjell FIGHTING!!!

    ReplyDelete
  40. can't wait 4 printed version TPI.. please kak anjell jgn brenti berkarya.. klau bleh siap kan TPI ni dis year lgy best..xpon plg lmbt next year..hehe.. tapi ape2 pon gdluck kak anjell.. kluar ble2 pon sy HARUS dptkan dis TPI novel..already rindukan harraz n nurin !!

    ReplyDelete
  41. Alaaaaa.. boring la sy lps nie.. blog kak anjell je yg sy layan utk mgisi msa lpg sy cuti sem nie.. kak anjell skali2 jenguk la jgk blog nie with harraz & nurin..kikiki :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat2. Penyokong kuat anjell ni.

      Delete
  42. Alaaa akhirnya anjell akan bela labah-labah.. Jangankan biarkan bersawang lama sangat....

    ReplyDelete
  43. all the best utk manuskrip TPI
    btw, SPS x terbit lg ke versi cetak ? 0.o
    xsabar2 nak peluk SPS ngn TPI versi cetakk !!

    ReplyDelete
  44. Terima kasih tuk cite tundukkn Playboy ITU.semoga bjaya DLM ape jua bidang diceburi....

    ReplyDelete
  45. Kak anjel jangan lupa update teaser, pastu jangan lupa sambung 7 lelaki. Buat cerpen banyak banyak tauuu.

    ReplyDelete
  46. Ya buat cerpan(cerita panjang) banyak2. Doa kami sentiasa bersama mu anjell. Koga segala urusan dipermudahkan n dimurahkan rezeki. Berterusan le berkarya. Sedih hati akak bila anjell kata 'blog ni bakal berhabuk'. Please dik jgn buat mcm tu. Teruskan berkarya kat sini. Buat le cerita2 pendek atau cerpan yg boleh kami tatap setiap minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol betol betol..stuju sgt..

      Delete
  47. Jap....apa jd ek dgn harraz kat flight tu....ermmmmm fikir ni. Harraz dah dpt petunjuk dr Allah swt mungkin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa something bad was happen i think haha kak anjell saje nak dup dap jantung ni bagi curious arghh pa pe pun still waiting n penantian itu satu penyeksaan however gud luck for tpi anjell,sps still waiting i want grab sps novel ......all best of you anjell, jgn sawangkan blog ni huhahuha T.T

      Delete
  48. Alaaaaa dh habis...will miss harraz&nurin...harap2 cepatlah saya dpt peluk tpi versi cetak...good luck to you cik writer

    ReplyDelete
  49. Semakin misteri.... apa yg sebenarnya berlaku pada harraz???? Moga tpi cepat diterbitkan.... semoga cik writer terus berjaya dgn apa yg diingini...

    ReplyDelete
  50. nanti umumkan bertubi-tubi kt blog n fb keyh bla novel dh dipublishkan..

    ReplyDelete
  51. nanti umumkan bertubi-tubi kt blog n fb keyh bla novel dh dipublishkan..

    ReplyDelete
  52. Seddiihh..but akn tunggu dgn sabar..versi cetak...jgn lelama sgt ye..gud lac

    ReplyDelete
  53. Huhu da hbis sedihny... Gud luck anjell... Hop dpt pluk ur 2nd novel plak. Luv u

    ReplyDelete
  54. Suka awak dik....ģood luck 4ever.

    ReplyDelete
  55. ahhh im so sad ..tis is te last chapter..wanna buy tis novel best giler

    ReplyDelete
  56. Walau tau teda post yg baru entah kenapa perasaan ini mahu jugak buka blog ni. Dah menjadi kebiasaan jari ini membuka bookmarks blog ni.

    ReplyDelete
  57. Betul tu walaupun dah tau tapi nak juga ke blog ni...dah biasa. Jgnlah biarkan blog ni bersawang... sunyi kami nanti. Akak doakan anjell dpt idea untuk novel baru untuk memeriakan blog ni.
    Tak sabar nak tunggu kemunculan novel ni dan SUAMIKU PALING SWEET dalam pasaran.

    ~k.min~

    ReplyDelete
  58. hehehe... seronok baca walaupun dah berakhir diblog... jumpa Nurin dan Harraz dalam novel pulak... SUAMIKU PALING SWEET memang x sabar nak tunggu...

    ReplyDelete
  59. cpt2 lah kuo kan TPI versi cetak. x sbr nk bc...

    ReplyDelete
  60. Biler buku nie dipasarkan?
    ..rindu depa

    ReplyDelete
  61. Ala..dh habis? Baru je ushar blog akak semalam. Haha..n thanks jugak utk novel eksperiment cinta. Its bring me here~~ saya doakan semoga semua urusan akak dipermudhkan. N..next year msti dah ada dlm versi cetak e novel ni. Hahaha..tak pun akak buat la cerpen ke ape..hehe.takpe. Nanti kami baca even saya ni one of the silent reader.. Hehe. Goodluck! ;-)

    ReplyDelete
  62. never fails to make me laugh.. nice.

    ReplyDelete
  63. Alamaaaaak.... Dah habis?
    Tak sabar nak baca ending story nya..

    ReplyDelete
  64. Tak sabar nak tunggu versi cetak.

    ReplyDelete
  65. Bila nk kuar novel ni sis...x sabar nk tggu harraz n nurin...so sweet

    ReplyDelete
  66. Kenapa T_T tersekat tngh jlan...
    Btw suke sngt2 eksperimen cinta...baca 10 kali pon x jemu

    ReplyDelete
  67. sy suke bace blog sis anjell!!n novel sis paling2 sy suke #tundukkan playboy itu n #suamiku paling sweet!!!

    ReplyDelete
  68. Hi sis Salam kenal.. actually im a new reader that exist for 2-3 days ago.. Saye tergerak nk bce entry ni pon lps saye tgk ig Uqasha yg kate tgh shooting drama adaptasi #TundukkanPlayboyItu & congratss to u sbb br publish da nk diadaptasi..! n therefore im here to investigate what de story is.. n it's so great smpai saye terigt² crite ni n x sabar nk beli buku ni.. btw ur writting is good.. #Kipidap

    ReplyDelete
  69. Ya allah tak sabarnya nak tau endingnya...

    ReplyDelete
  70. Salam. Saya ada buat pesanan untuk beli versi cetak novel ini. Tapi saying masaih tak dapat dapat lagi. Tanya penghantar novel dia kata sudah dihantar ke pejabat saya. Hari ini sekali lagi saya akan periksa dengan seksyen pentadbiran di pejabat saya. Saya doakan semoga cik Anjel maju dan jaya dalam semua bidang yang cik Anjell ceburi. Sekian, terima kasih.
    Salam ikhlas dari,
    amutha a/p Vinayagam

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )