BAB
9
“Hoi..
tengah buat apa?”
Tengku
Ian pandang Farizzam yang baru lepas tepuk bahunya itu. Baru beberapa hari
balik dari penerbangan jauhnya.
“Kau
ni.. asal aku bukak laptop, tanya aku
tengah buat apa. Mestilah tengah basuh baju.”
Jawapan
selamba Tengku Ian buatkan Farizzam tergelak sekejap. Nak loyar buruk pulak dah
mamat ni! Malas nak layan.
“How were your days without me?” soal
Farizzam. Dia duduk berhadapan dengan Tengku Ian yang tengah duduk menghadap laptop putihnya itu.
“Boring.
Pagi jogging. Petang jogging. Tak tahu nak buat apa.”
Farizzam
ketawa. Gaya hidup terlebih sihat sungguh. Adoi.. dah tahu bosan, bukannya reti
nak masuk pejabat dia tu. Nak berehat sebulan dua konon.
“Hari
tu aku jumpa Medina,” sambung Tengku Ian lagi.
“Medina,
anak Datuk Azizan tu ke?” soal Farizzam pelik.
Hai..
lain macam je bunyi soalan mamat ni? Tengku Ian pandang muka adik angkatnya
yang tengah tayang muka pelik kat dia tu.
“Yalah..
Medina tu la, Medina mana lagi? Aku kenal sepuluh Medina ke kat Malaysia ni? Anyway.. kenapa soalan kau tu, bunyi macam
pelik sangat bila aku jumpa Medina?”
“Peliklah.
Macam mana kau boleh terjumpa dia?”
Tengku
Ian senyum dulu. Terjumpa. Terjumpa yang membawa kepada satu perjumpaan baru.
Farizzam
pula dah berkerut kening bila tengok Tengku Ian senyum macam tu. Lain macam je?
Ada apa-apa ke ni?
“Something happened ke masa aku takde
dulu?” korek Farizzam. Tengku Ian ni pun bukannya boleh percaya sangat
kepalanya. Entah-entah dah dikacaunya ketenangan hidup budak tu.
“Takde
apa-apa pun. Just having a friendly
meeting.” Tengku Ian malas nak mengulas panjang.
“Lain
macam aku tengok kau ni. Kau dah terjatuh hati kat budak tu ke?”
Kali
ni Tengku Ian gelak. Terjatuh hati? Rasaya tak kut. Tersuka? Mungkin. Sebab
Medina perempuan pelik yang dia pernah jumpa. Aura dia lain daripada yang lain.
“Haha.. Come on la. Baru beberapa kali aku
jumpa dia. Takkanlah dah jatuh hati kut?”
“Manalah
aku tahu. Kau tu ramai sangat kawan perempuan.”
“Apa
ni? Bau hangit-hangit orang menyindir ni.” Kemudian Tengku Ian gelak. Tak dapat
dinafikan dia memang punya ramai kawan perempuan. Memang kenyataannya perempuan
suka berkawan dengan dia, nak buat macam mana? Yalah.. kawan je pun. Apa orang
kata? Berkawan biar seribu, berkasih biar satu? Ecewah.. Entah betul entah tak
ni. Rasa macam dah betul. Haha.
“Kalau
kenyataan, orang tak panggil menyindir.” Farizzam kenakan Tengku Ian balik.
“Well.. kat LA mungkin bersepah. Tapi
bukan kat Malaysia. Kat Malaysia ni aku kenal Medina sorang je. Kesian kan kat
aku?” Tengku Ian sengih pada Farizzam.
Tak
payah nak kesian sangat. Bajet nak jadi anak angkat Tengku Ismadi siapa suruh?
Kan dah terkengkang semua benda. Nak buat semua benda kena fikir masak-masak
dulu sebab taknak rahsia yang tersimpannya tu pecah.
Sebut
pasal rahsia ni, tiba-tiba terlintas sesuatu.
“Ian,
bila kau nak cakap kau Ku Zam?”
Tengku
Ian senyum. Bila?
“Bukan
dalam masa terdekat. Tunggulah bila aku dah jumpa apa yang aku cari. Bila aku
berjaya buktikan sesuatu.”
Farizzam
tak faham.
“Jumpa
apa? Buktikan apa?”
Tengku
Ian senyum lagi. Tak rasa nak cakap pada Farizzam pun.
“Buktikan
sesuatu yang aku nak buktikan la. Sesuatu yang akan dibuktikan bila aku bukan
Ku Zam. Entah-entah kau pun nanti akan berterima kasih kat aku.”
Makin
Farizzam tak faham.
“Tak
faham aku. Malas aku nak tanya lagi. Kau tengah buat apa sekarang ni?” Farizzam
tanya soalan yang sama macam tadi. Kemudian tarik laptop Tengku Ian sikit supaya menghadapnya.
Tengku
Ian tengah melayari internet. Tengah guna khidmat kekanda google.
“Kau
cari apa?” soal Farizzam lagi. Kemudian nampak sesuatu yang dibuka Tengku Ian.
“Pulau
Perhentian?”
Tengku
Ian senyum. Alang-alang abang pilot
ni dah tanya, bagus juga dia berbincang sekarang pasal hal ni.
“Hmm… minggu depan kau cuti tak?” soal
Tengku Ian.
“Cuti.
The whole two weeks. Kenapa?” tanya
Farizzam balik. Bila dipandang wajah Tengku Ian yang sengih makin lebar tu,
cepat je dalam kepala terlintas sesuatu.
“Don’t say that…”
“Yup.. we will be going to Perhentian Island.”
Keputusan dah dibuat.
“Kenapa
tiba-tiba?”
“Apa
yang tiba-tiba? Saja nak bercuti sebulan dua ni.”
“Amboi..
cuti sampai dua bulan. Pantang lepas beranak ke apa ni?” Malas Farizzam nak
komen panjang. Sebab syarikat Tengku Ian bekerja tu pun memang bapak dia yang
punya. Jadi memang suka hati Tengku Ian la nak bercuti sepuluh tahun sekali
pun.
Tengku
Ian ketawa mendengar kata-kata Farizzam itu.
“Aku
cuti bukan saja-saja cuti tahu? I’ll be
killing two birds with one stone. Sambil menyelam, makan burger.”
“Maksud?”
Tengku
Ian ketuk-ketuk papan kekunci laptopnya
itu. Tak sampai seminit, dia pusingkan laptopnya
menghadap Farizzam. Laju mata Farizzam baca apa yang tertulis di depan matanya
itu.
Aurora Seaview Resort.
“So?” soal Farizzam balik.
Tengku
Ian skrol pula ke bawah.
Mercu Lands and Properties.
Mercu?
Macam pernah dengar je. Kemudian kepala cepat menangkap.
“Mercu
ni..”
“Bingo.
Datuk Azizan punya. Dia yang pelawa aku try
chalet tu sebenarnya, lepas aku cakap aku nak pergi bercuti. Kau pernah pergi
Pulau Perhentian?”
“Tak
pernah,” jawab Farizzam. Dia yang duduk Malaysia ni pun tak pernah jejak kaki
kat Pulau Perhentian.
“Lagi
seronok. Sama-sama first experience.”
Tengku Ian dah seronok. Dah terbayang dia dan Farizzam bakal menginap di sebuah
pulau. Lamanya tak bercuti ke pulau. Mesti seronok.
------------------
“Pulau
Redang?” soal Zuyyin kuat. Dipandang muka selamba Medina yang tengah kunyah
karipap yang baru lepas digoreng tu.
“Suara
kau tu.. nak aku carikan loud speaker
tak? Biar satu taman perumahan ni boleh dengar,” sindir Medina. Tersengih
Zuyyin bila kena sindir macam tu.
“Hari
tu kan dah pergi Pulau Redang. Kenapa sem ni kena lagi?” tanya Zuyyin. Macam
tak puas hati.
“Amboi,
kau! Kau ingat ni apa? Pergi posting
untuk clinical practice ke?” sindir Medina lagi. Bukan main tak puas hati si
Zuyyin ni.
“Kau
kena pergi la?”
“Correction. Kita. Ya.. kita kena pergi.”
Alamak..
lupa la pulak. Ke mana Medina pergi, Zuyyin akan ikut. Itulah syarat wajib yang
Medina letakkan bila dia diarah papanya untuk bercuti ke mana-mana. Tiap-tiap
kali cuti semester. Dan terima kasih pada Medina, dia dah banyak kenal
tempat-tempat menarik di Malaysia ni.
Kemudian
Zuyyin dengar Medina mengeluh.
“Kenapa?”
“Bosan.
Dua bulan la aku kena bertapa kat pulau tu.” Medina tayang muka bosan.
Zuyyin
geleng-geleng kepala. Medina ni kadang-kadang macam kena hukuman buang negeri
pun ada. Tiap-tiap kali balik cuti semester, mesti kena campak ke pulau. Tak
pulau, bukit. Tak bukit, hutan.
Mentang-mentanglah
papa Medina ni salah seorang yang berpengaruh dalam industri perlancongan di
Malaysia ni, senang-senang je Medina kena campak ke mana-mana. Alasan Datuk
Azizan adalah nak Medina berjinak-jinak dengan pengurusan walaupun tak banyak.
Janji ilmu tu ada walaupun Medina ni tak minat langsung dalam business. Tengoklah bidang pengajian
Medina sekarang. Jauh bersimpang dengan dunia perniagaan.
“Puteri
ke mana?” soal Zuyyin pula.
“Puteri
lilin tu mana tahu nak keluar rumah. Nak ke mama dia lepas anak dia tu keluar
pergi pulau? Takut sangat nak kena baham dengan ikan yu.”
Medina
mencebik. Bila ingat balik peristiwa yang baru terjadi tadi, nak je
dilenyek-lenyek kakak tiyinya tu jadi inti karipap ni. Drama entah episod
berapa.
Tadi,
bila papa mencadangkan supaya dia dan Puteri pergi ke Pulau Redang bersama-sama,
cepat je si mama berbunyi. Alasan apa tadi ya dia guna? Oh.. cakap Puteri mabuk
laut rasanya. Mabuk yang kronik, yang sampai-sampai boleh lembik satu badan
kalau tak kena gayanya. Entah ya, entah tak.
Tapi
bagus juga. Macamlah dia nak sangat pergi dengan Puteri. Kang tak pasal-pasal
pergi berdua, balik sorang-sorang. Tak pun ada jugak yang kena tendang masuk
laut nanti kalau berani cari pasal dengannya. Lagi dia rela tarik Zuyyin
daripada pergi berdua dengan kakak tirinya itu.
“Seronok
apa jadi kau? Tiap-tiap tahun boleh pergi melancong. Lain-lain tempat. Percuma
pulak tu.”
Medina
buat muka. Tak suka.
“Kau
ingat aku pergi suka-suka? Aku pergi kerja tahu?” jawab Medina balik.
Memang
itulah hakikatnya. Dia bukannya pergi suka-suka walaupun banyak masa adalah
untuk bersuka-suka. Papa suruh dia belajar bahagian management. Kenal bagaimana hidupnya suatu pusat perlancongan.
Huh.. bosan. Umur baru dua puluh dua, tapi dah kena paksa buat benda-benda
macam ni.
Kenapa
dia yang kena? Kenapa Puteri tak payah? Kalau bab-bab nak menyusahkan diri,
masa ni la semua setuju aku je anak papa!
“Tapi..
bukan ke hari tu kau dah excited nak
ke Pulau Perhentian ke?” Berhati-hati Zuyyin tanya. Takut Medina marah.
Dengar
je Pulau Perhentian, terus Medina rasa kecewa. Dah takde rezeki. Nak buat macam
mana? Sedih. Tapi, lain kali boleh pergi. Dah papa hantar dia ke tempat lain,
nak buat macam mana?
“Dahlah..
malas aku nak cakap pasal ni. Tenangkan fikiran lagi bagus.”
-------------
Pukul
enam petang. Waktu di mana Medina suka sangat melepak di tempat kegemarannya.
Tempat yang selalu dia cari bila kepala berserabut. Tak pun bila hati tengah
sedih.
Taman
rekreasi berdekatan dengan rumahnya. Mata melilau tengok orang ramai yang
tengah beriadah. Ada yang tengah main badminton dengan ahli keluarga. Ada yang
tengah bawa anak dalam baby stroller
jalan-jalan. Tak kurang juga ramai yang tengah jogging.
Jogging.
Dah lama dia tak jogging. Dulu rajin.
Sekarang rasa malas sikit. Tunggulah bila dia rajin nanti.
Bila
sebut pasal jogging, entah kenapa
boleh terbayangkan Tengku Ian. Dah hampir seminggu berlalu sejak kali terakhir
mereka berdua bertemu dulu. Dan sekarang, Tengku Ian senyap tanpa berita.
Baguslah..
makbul jugak doa dia yang nak semuanya terputus. Dia tak mahu ada apa-apa
kaitan dengan Ku Zam dan abang angkatnya itu.
“Tips.
Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.” Entah kenapa
masa ni la nak teringatkan ayat tu.
Haish…
macam mana ayat tu boleh lekat dalam kepala dia? Medina geleng-geleng kepala.
Kemudian kedua-dua matanya dipejamkan untuk mencari ketenangan sekejap.
“Cuma
pejamkan mata, saya pasti akan muncul.” Muncul pula ayat Tengku Ian yang lain. Haipp! Apa ni?
Medina
buka mata. Terkejut yang amat bila melihat Tengku Ian yang tengah tundukkan
sedikit badannya supaya sama tinggi dengan Medina yang tengah duduk atas bangku
itu. Wajah Tengku Ian betul-betul di depannya buatkan Medina lagi super
terkejut. Terus Medina mengundur ke belakang dan..
Bukk!
Medina jatuh daripada bangku itu. Melungkup dia jatuh atas rumput hijau di
sebelahnya itu.
Adoi!
Damn! Sakit gila tangannya sekarang
ni. Malunya sebab jatuh. Tengah-tengah stabil duduk atas kerusi pun boleh
tersungkur ke? Semuanya sebab terkejut gajah dengan kemunculan Tengku Ian.
Bila
teringatkan Tengku Ian, Medina angkat kepala. Lagi merah muka bila nampak muka
Tengku Ian yang dah jadi saksi sah dia jatuh bangku. Belum lagi pandangan semua
orang sekelilingnya yang turut menjadi penonton. Malu. Malu!!
“Are you okay?” soal Tengku Ian. Rasa
bersalah bila Medina jatuh sebab dia. Lucu masa Medina jatuh. Tapi nak gelak
tak sampai hati. Sumpah dia tak jangka sebegitu terkejutnya Medina bila
nampaknya. Takkanlah nampak muka kacaknya ni dah macam mengalahkan nampak
hantu?
Tengku
Ian hulurkan tangan untuk tolong Medina bangun. Tapi Medina bangun sendiri
tanpa menerima bantuan Tengku Ian. Medina tepuk-tepuk seluarnya. Adoi.. tangan
sakit, punggung sakit. Tak pasal-pasal dapat sakit free hari ni.
“Nak
suruh orang mati kejung ke apa buat macam tu? Terkejut tahu?” marah Medina.
Geram bila ingatkan balik muka Tengku Ian yang berada depan mukanya tadi
walaupun jaraknya takdelah dekat sangat.
“Okay.. I’m sorry. Awak okey tak?”
prihatin Tengku Ian bertanya. Dipandang Medina di depannya itu. Jadi apa-apa
kat anak dara Datuk Azizan ni, apa nak jawab nanti? Lebih-lebih lagi kat
ayahnya.
“Okey.”
Kemudian
mereka bertentang mata. Mereka bertemu lagi. Kebetulankah?
“And today, you fell in front of me.”
Asal jumpa budak ni, mesti ada benda jatuh depan Tengku Ian.
Medina
cuma diam.
And again, you’re jogging.
“Anyway.. kenapa boleh sampai terkejut
macam tu bila nampak saya? Atau awak memang tengah ingatkan saya?” soal Tengku
Ian.
“Perasan.
Daripada saya ingat awak, baik saya ingat abang handsome yang tengah jogging
sana.” Medina main petik nama entah lelaki mana yang kebetulan tengah jogging melepasi mereka. Gila! Sedar tak
sedar, kata-kata Tengku Ian itu ada betulnya juga.
“Oo.. ingatkan tengah rindu nak jumpa saya.
Kalau tak, memang cepat Allah kabulkan doa tu.” Tengku Ian gelak sendiri.
Apahal
mamat ni? Perasan gila! Medina buat muka menyampah. Mengundang gelak sang
jejaka.
Okey..
lupa! Depan budak ni, memang zon dilarang senyum gelak dan ketawa. Mood serius!
“Kenapa
datang sini? Something happened again? Or
again, having trouble with step sister?” Soalan yang mengundang jelingan
tajam Medina.
“Kena
ada masalah dulu ke baru boleh datang sini?” balas Medina balik.
Tengku
Ian senyum dulu. Ya.. kalau Medina orangnya. Tapi tak pula Tengku Ian berniat
untuk jawab macam tu.
“Kalau
takde masalah, maksudnya memang rindukan saya la kut.” Tengku Ian gelak lagi.
“Ian.”
Gelak
Tengku Ian mati. Nampak Farizzam termengah-mengah mencari nafas, berhenti di
depan mereka.
“Kat
sini rupanya. Dah dua round aku tawaf
tasik ni, baru aku perasan aku tengah jogging
sorang-sorang,” bebel Farizzam. Kemudian baru perasan Medina di depan mereka.
“Medina?”
soal Farizzam. Walaupun baru sekali berjumpa dulu, dia masih ingat raut Medina.
Medina
senyum tawar melihat Farizzam.
Ku
Zam.
“Baru
saya nampak Ku Zam. Biasanya saya nampak Ian je,” kata Medina.
Farizzam
pandang Tengku Ian. Biasanya saya nampak Ian je? Bunyi macam banyak kali je dua
orang ni berjumpa. Hai.. seminggu dia terbang, dah jadi macam-macam ke?
Farizzam
senyum lagi.
“Saya
overseas. Maklumlah, sibuk sikit.
Medina buat apa kat sini?”
“Tenangkan
fikiran. Kalau perasan, rumah saya dekat je dengan kawasan ni.”
“Oh,
ya ke? Tak perasanlah pulak. Sebab datang sini pun, Ian yang heret.”
Farizzam
gelak, Medina senyum.
Tengku
Ian kat tengah-tengah hanya tengok gelagat dua orang tu. Medina bila depan
Farizzam, ringan je mulut nak bercakap. Senyum pun murah. Apakah ini?
“Dah
lewat ni, saya balik dululah.” Medina minta diri.
“Hati-hati.”
“Take care, bye.”
Farizzam
dan Tengku Ian berkata serentak. Kemudian mata mereka menghantar pemergian
Medina.
Farizzam
pandang Tengku Ian.
“Oo..
patutlah beria-ia heret aku ke sini. Ada janji ke apa ni?” usik Farizzam.
Tengku
Ian tayang muka tak tahu.
“Janji
apa? Aku pun tak sangka terjumpa Medina kat sini,” jawab Tengku Ian. Jawapan
jujur. Dia sendiri terkejut tadi. Tengah-tengah jogging, tiba-tiba nampak Medina yang tengah duduk. Dia pula memang
rajin nak menegur.
“Tapi
kan, kenapa dia layan kau tak macam dia layan aku?” soal Tengku Ian.
Farizzam
ketawa kuat.
“Apa
ni? Nak tanya sikit kat tong sampah sebelah ni. Ada orang cemburu ke?” Gelak
lagi.
“Bukan
pasal cemburu la. Just wonder. Dia
rasa selesa dengan kau. Kau tak rasa ke?” soal Tengku Ian.
“Apa
nak pelik? Aku pun rasa selesa dengan dia. Macam kitorang dah kenal lama.
Entahlah.”
Farizzam
mula rasa dari kali pertama dia jumpa Medina lagi. Dia dan Medina bagaikan
punya ikatan yang kuat.
Tengku
Ian pandang Farizzam bila dia cakap macam tu. Farizzam mula perasankan sesuatu
ke?
“Haha.
Nonsense kan? Dahlah.. jom sambung jogging.”
Adik beradik ke medina dgn farizam ?
ReplyDeleteAnjell, knp arituh x dpt msuk blog nie ? Kena minta permission dulu ?
ReplyDeleteBest3 x sbr utk entri seterusnya
ReplyDeletebest nye!!
ReplyDeleteanjell bestlah... sambunglah lagi.
ReplyDeleteBesttt!
ReplyDeleteJgn lama sgt rehat
ReplyDeleteSabar Ian, medina tak selesa ngan Ian sbb hati dia sentiasa berdegup2 bila berdepan dgn Ian. Mcm mana ni Ian ke Pulau Perhentian, medina k Pulau Redang....
ReplyDeleteGahh... best as always... >_<
ReplyDeleteYess...sempena besday sya arini..akhirnya xsia2 bukak blog ni
ReplyDeleteAnjell, setiap hari saya bukak blog ni mengharapkan entry baru from you. And haah la kenapa haritu tak boleh bukak eh? Btw suka sangat dgn HSC! Medina dgn Farizzam adik beradik kan? ;)
ReplyDeleteMedina n Ian... ada jodoh je ni... serasi
ReplyDeleteMedina n Farizzam.. maybe adik beradik
BEST.
ReplyDeleteKlu dah jodoh x kemana ...
ReplyDeleteSaya rasa Farizzam and Medina ni adk bradk lah.
ReplyDeleteTak sabar tunggu next entry :)
medina n farizzam...hermmm something fishy here.Sibling mybe?
ReplyDeleteLarrr,ptutlar trgerak hati nk bkak blog,ade entry bruu,best sgt,heheh btw next entry please :D ASAP...X Sbr nk thu smbungan...😁
ReplyDeletebest nak lg
ReplyDeleteBest akak =)) Semangat menulis akak!
ReplyDeleteteruskan lagi usaha ye anjel.. suka baca HSC :*
ReplyDeletesonok sangat..hehehe..
ReplyDeletebestttt.......
ReplyDeleteRasanya Medina dan Farizzam adik beradik tetapi Datuk Azizan tak tahu.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteHabis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )
Wa'alaikumsalam..
Dah habis baca..
mMemang nak jenguk lagi..cepat2 sambung bike free yea.. :)
Tq sis!
Best..x sbr nk baca lagi..good job!!
ReplyDeleteBestnyaa...tah tah farizzam n medina adik beradik kot.but anyway best.nk lagi nk lagi.
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteMedina dengan Farizzam adik beradik ke? Kalau betul, saya suka...! Tak sabar nak baca part konflik and klimaks
ReplyDelete