Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday, 10 March 2012

Eksperimen Cinta (BAB 29)

BAB 29

Kelam-kabut Damia berjalan macam tak cukup tanah. Cuba mengejar masa. Habis meeting dengan wakil Jaya Holdings, pada saat-saat akhir jugalah wakil Raya Corporation membuat temu janji dengannya. Sepatutnya tugas ini diberikan pada Asmah. Tapi memandangkan Asmah sedang cuti bersalin, separuh tugas diserahkan padanya dan separuh lagi diberikan pada Khalysq.

     Pertemuan akan diadakan di sebuah restoran di Setiawangsa. Ini kali pertama mereka bertemu. Bimbang juga sebab dia datang bersendirian. Tak tahu macam mana ragam pelanggan barunya. Harap-haraplah tak cerewet. Nama pun lupa nak tanya. Sebab yang bagi informasi ini adalah Nisha, setiasusaha Cik Lucy. Gila betul! Tak pernah dibuat orang jumpa client tak tahu nama. Macam nak blind date pulak. Macam mana la nak cari ni? Dah la nombor telefon lupa nak ambik dengan Nisha. adoi... asyik-asyik lupa. Semua benda nak lupa. Apa yang kau ingat Damia, oi??

     Damia pandang sekeliling restoran itu. Seorang pelayan datang menegurnya dan bertanyakan tujuan Damia yang bagaikan mencari-cari sesuatu. Tak lama kemudian, pelayan itu menunjukkan ke arah meja yang telah ditempah oleh seorang lelaki. Damia mengucapkan terima kasih sebelum berlalu. Dah lambat lima minit!

     “Hai.. Sorry, I’m late,” tegur Damia memandangkan lelaki itu nampak macam bukan Islam. Damia termengah-mengah macam tak cukup oksigen je gayanya.

     Lelaki itu ketawa. Damia pelik. Dia buat lawak ke? Ke salah orang? Rasanya ni yang pelayan tadi tunjukkan.

     “Tiap kali I jumpa you, mesti you macam tak cukup oksigen.” Dia geleng kepala.

     Damia makin pelik. Gaya mamat ni cakap macam dah sepuluh kali jumpa aku. Tapi.. mereka pernah berjumpa ke? Melihatkan lelaki itu yang tersenyum lucu, Damia teringatkan sesuatu. Lelaki yang ditemuinya di lif dulu! Yang kirim salam pada Encik Raffi tapi tak bagitahu nama siapa. Bila bertemu dengan Encik Raffi, tiba-tiba teringatkan salam yang dikirimkan lelaki itu. Tapi, sebab tak tahu nama, Damia hanya cakap, orang macam Daniel Wu yang kirim salam. Tergelak Encik Raffi yang dengar.

     “Encik Daniel Wu?” Damia agak terkejut. Tak sangka jumpa lagi!

     “Pardon?”

     Damia gigit bibir bawah. Ops.. terlepas cakap la pulak! Damia sengih.

     “Saya tak tahu nama encik. So, saya panggilla Daniel Wu sebab muka encik macam dia,” jawab Damia. Hai.. jujurnya kau, Damia! Harapnya dia tak marahlah. Ala.. buat apa nak marah. Aku samakan dia dengan actor sikit punya handsome la.

     Fuh.. nasib baik dia gelak! Damia lega bila lelaki itu hanya ketawa degar penjelasannya.

     “I’m Leo..”

     Leo who? Leonardo Dicaprio? Leonardo Da Vinci? Takkan Leo je kot..

     “Leo Isaac Yeoh. Nice to meet you,” sambung Leo bagaikan tahu-tahu apa dalam kepala Damia. Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Damia.

     “I’m Damia. Damia Farisha.” Damia hanya senyum seraya mengangguk.

     “Sorry.. but, saya tak shake hand dengan lelaki,” jawab Damia.

     “Oh, ya ke? Sorry.. sorry.. I tak tahu.” Leo memohon maaf. Tangannya ditarik.

     “It’s okay, Encik Leo. Before we begin our discussion, can you please excuse me for five to ten minutes? Saya nak solat Asar. Senang sikit nak bincang lepas ni.” Damia meminta izin. Harap-haraplah Leo mengizinkannya. Segan jugak dia meminta izin sebab Leo bukan Islam. Kang tak pasal-pasal dicopnya sengaja nak berlagak alim depan dia.

     Bukannya Damia tak boleh sembahyang selepas habis perbincangannya bersama Leo nanti, tapi Damia sengaja mengdahulukan solat fardu. Kalaulah perbincangan mereka nak habis lambat pun lepas ni dia dah tak kisah. Dia pun takdelah nak rasa gelisah sebab tak solat lagi.

     “Oo.. you nak solat? Pergilah.. I tak kisah.” Leo memberi izin. Lega Damia mendengarnya.

     Nasib baik restoran itu mempunyai surau. Lebih kurang sepuluh minit, barulah Damia muncul lagi. Ketika itu, makanan yang dipesan Leo sudah tiba. Lelaki itu sedang asyik membelek sebuah fail.

     “Maaf kalau Encik Leo lama menunggu.” Damia meminta maaf. Kerusi di depan Leo ditarik. Segan pulak rasanya. Dahlah datang lambat, Leo yang kena tunggu. Sekarang ni, Leo kena tunggu lagi. Nasib baik Leo hanya senyum.

     “Dah solat? Ni I dah pesan makanan. Tapi I tak tahu la selera you. Atau you nak order lain?”

     “Eh, tak payah. Ni dah cukup. Encik Leo makanlah. Saya dah kenyang. Saya baru je habis meeting tadi, terus berkejar ke sini,” kata Damia.

     “So sorry. Sebab call last-last minute macam ni. Nak buat macam mana, minggu depan ni I kena pergi Penang. Sebab tu I kena cepatkan semua meeting,” cerita Leo.

     “Encik Leo datang sorang je?” soal Damia. Dan dia pun datang sorang. Kalaulah orang lain nampak ni, memang dah gaya ala-ala tengah date.

     “Secretary I tengah sibuk dengan kerja dia kat office, so I datang sorang. Kesian pulak kalau I ajak dia. Makin bertambah-tambah kerja dia. I bukannya jenis yang tak boleh hidup tanpa secretary.”

     Untungnya setiausaha mamat tu sebab dapat bos macam Encik Leo. Bahagianya kalau semua bos macam dia. Takdelah tempat kerja aku tu hari-hari dengar setiausaha dok kutuk bos diorang.

     “Lagipun, hari ni tak banyak sangat yang I nak bincangkan. Yalah.. first time jumpa. I just nak kenal-kenal dengan my future business client,” sambung Leo.

     “You pun datang sorang ke? Bukan ada dua orang ke yang ganti Asmah? Tu apa yang Mr. Raffi cakap la,” soal Leo lagi.

     “Dia dah ke Seremban, Encik Leo. Dia handle separuh client, saya handle separuh,” jawab Damia. Pasti Khalysq yang dimaksudkannya.

     “Damia, can you please stop calling me Encik Leo? Just call me Leo. Drop the formality. I tak suka formal sangat kalau tengah bincang. Nanti rasa macam ada jurang.”

     “Saya tak biasa, Encik Leo. Nampak macam tak hormatkan Encik Leo pulak.” Damia berat hati.

     “I tak kisah. Malah, I lagi selesa.”

     “Kalau macam tu, InsyaAllah saya cuba.” Damia mengalah demi usaha sama dengan syarikat Leo. Karang Leo report tak puas hati kat Encik Raffi, mahu mati aku kena kapak.

     Macam ni la dalam business. Dalam menyenangi hati client, kadang-kadang Damia memang kena mengalah. Tapi, dalam semua hal prinsip Islam haruslah diletakkan paling atas. Selagi permintaan tak melampau, memang dia tak kisah. Tapi kalau melampau, maaf le kalau penumbuk yang jadi pengganti. Hehe..

     --------

Lebih satu jam mereka berbincang pasal kerja mereka. Akhirnya, tamat juga. Dah tiba masa untuk pulang. Dah tak sabar-sabar Damia nak pulang ke rumah. Sebab nak jumpa Tengku Aaron ke? Haha.. Memang kirim salam awal-awal la. Dia ada hal lain yang ingin dilakukan.

     “Nice cooperation, Damia. I like it,” puji Leo. Damia hanya senyum. Dia ni memang tak berapa nak makan puji. Tak kembang pun hatinya.

     “Leo pun sama,” puji Damia juga. Nasib baik Leo ni sporting orangnya. Buatnya cerewet tahap luar alam, memang kena bersabar je la.

     “Damia, kalau I tanya ni, you jangan marah ya.” Leo bersuara.

     “Apa?”

     “You memang tak shake tangan dengan lelaki bukan Islam ke?” soal Leo semacam berhati-hati. Bimbang timbul sensitivity agama kot. Damia senyum.

     “Dengan lelaki Islam pun saya tak shake,” jawab Damia. Tak mahu Leo salah anggap. Kang tak pasal-pasal prejudis dengan Islam pulak!

     “You memang tak salam dengan semua lelaki ke? Antithesis ya?”

     Damia ketawa. Ada ke patut cakap aku ni antithesis?

     “Eh, taklah! Ada jugak yang saya salam. Ayah saya, abang-abang saya, suami saya dan juga ayah mentua saya,” jawab Damia.

     “Oo.. you dah kahwin? What a surprise.” Leo agak terkejut. Damia cuma senyum.

     “But.. kenapa you boleh salam dorang? Agama you cakap boleh ya?” soal Leo lagi.

     “Ya.. agama saya yang cakap macam tu. Dorang semua tu mahram saya,” jelas Damia.

     “Mahram? What mahram? Sound like a name.” Leo ketawa. Gayanya macam betul-betul lucu.

     Berbahang jugak hati Damia yang melihatnya. Kalau dihadapannya kini lelaki Islam, memang diterajangnya sampai ke bawah tanah. Tapi, dia mengerti sebab Leo bukan Islam. Mungkin tak pernah dengar. Hanya senyuman yang diberikan.

     “Mahram bagi seorang perempuan kalau ikut Islam, golongan lelaki yang haram dikahwini bagi seorang perempuan. Macam ayah, adik-beradik lelaki kandung, adik-beradik lelaki seibu atau seayah, datuk, ayah saudara sebelah ibu atau ayah, dan anak saudara lelaki. Perempuan ni boleh bersentuhan kulit dengan mereka semua ni dan tak berdosa. Sebab hukumnya bukan haram. Kalau bersentuhan kulit pun tak batal air sembahyang,” panjang lebar Damia menerangkan. Dipandangnya muka kelam Leo.

     “Tak faham.” Leo sengih.

     Damia mengeluh. Macam mana aku nak bagitahu ni? Damia berfikir sejenak. Ni pun dikira berdakwah. Okeh! Mari sini Ustazah Damia nak bagi usrah free. Hehe..

     “Mahram ada tiga kategori iaitu mahram sebab nasab atau keturunan, sebab persusuan dan sebab perkahwinan. Saya cuba ringkaskan. Macam ni la. Saya ada ayah dan abang. Saya tak boleh kahwin dengan dorang dan kalau saya bersentuh kulit dengan dorang, air sembahyang saya tak batal. Sebab diorang mahram saya dari segi keturunan. Sama la juga dengan datuk saya, datuk saudara saya, ayah kandung saya dan anak saudara saya. You know, like close family members?” terang Damia.

     “Wait.. wait.. I ada dengar you cakap yang mahram tu haram dikahwini. But.. how come your husband…” Leo macam bingung.

     “Yang tu kes lain. Yang seterusnya, mahram disebabkan perkahwinan. Sebelum kahwin, saya dengan suami saya bukan mahram. Kami tak boleh bersentuh sebab agama melarangnya..” Terus terbayang Tengku Aaron sebelum berkahwin. Selalau dipegang tangannya. Arghh.. tu kes lain! Memang Tengku Aaron tu tak ikut hukum. Main bantai undang-undang dia je!

     “Then, kami kahwin. So, perkahwinan la yang menghalalkan kami untuk bersentuhan. Kami mahram sebab dah berkahwin. Sebab tu la tetap batal air sembahyang kalau bersentuhan kulit tanpa berlapik. Macam kita berdua. Leo bukan abang saya, atau ayah saya, atau datuk saya, atau ayah sedara saya. Kita takde apa-apa hubungan. Kalau bersentuh, batal air sembahyang. Berdosa lagi. Kalau ikut hukum pun kita boleh nikah. So, awak bukan mahram saya. Faham tak?”

     Panjang lebar Damia berhujah. Entah faham, entah tidak Leo dengan penerangannya. Sebab rasa macam susah nak terangkan secara ringkas. Memang kenyataannya mahram banyak jenis.

     “Tadi you cakap ayah mentua you pun mahram you jugak. Tapi, takde pun dalam penjelasan you tadi?” soal Leo lagi.

     Boleh tahan tajam telinga Leo. Tu maksudnya dia dengar la apa aku terangkan tadi. Baguih.. Baguih..

     “Macam saya cakap tadi, mahram banyak kategori. Yang ayah mentua saya ni pulak masih dalam kategori perkahwinan. Sebab saya dah kahwin dengan anak dia, so saya tak boleh kahwin dengan dia. So, dia dah jadi mahram saya lepas saya kahwin dengan anak dia,” terang Damia.

     “If your husband ada abang? Kira mahram jugak ke?”

     “Hanya sekadar mahram muaqqat. Mahram jenis ni hanyalah sementara. Sebab in case saya dah tiada jodoh dengan husband saya, then I can still marry his brother. Dia jadi mahram sepanjang saya masih bergelar isteri adik dia.”

     “Kalau sepupu?” soal Leo lagi.

     Damia panas punggung. Dah tak sabar nak balik. Tapi, melihat Leo yang bagaikan banyak persoalan lagi nak diutarakan, Damia cuba bertahan.

     “Awak boleh kahwin dengan sepupu awak tak?” duga Damia. Leo angguk.

     “Then dia bukan mahram awak.”

     Leo mengangguk-angguk kecil. Faham!

     “So, senang cerita.. mahram ni lebih kepada family members. And, kalau nak bercinta tu tak boleh sesama mahram la...” Leo cuba memahami sendiri.

     “Maksudnya couple tu bukan mahram. Then, dorang haram bersentuhan..” kata Leo lagi. Damia angguk-angguk.

     “But.. ada perempuan yang bersentuhan dengan lelaki lain tu macam mana pulak? Pegang-pegang tangan siap berpelukan lagi?” soal Leo.

     Damia terkelu sesaat. Aduss.. ni la orang Islam zaman sekarang. Hukum Islam dah kata haram, nak jugak dihalalkan. Tinggalkan hukum ala-ala tinggalkan rumah je. Mudah betul! Macam mana la nak bagi teladan baik pada orang bukan Islam kalau diri sendiri pun tak betul? Sekarang ni, apa aku nak jawab kat mamat ni?

     Damia tarik nafas sebelum kembali bersuara.

     “Di sebuah sekolah, undang-undang rambut lelaki kena pendek. Semua orang ikut ke? Tak, kan?” tiba-tiba Damia berkata. Cuba menyusun cerita dalam kepalanya.

     Tercengang-cengang Leo. Aku tanya pasal lain, tiba-tiba pulak keluar pasal sekolah? Apa kaitannya? Dia terus mendengar.

     “So, tanya pada tiga orang murid. Murid pertama ni jenis yang patuh, ikut undang-undang yang dibuat. Bila tanya kenapa dia ikut undang-undang, dia jawab, ‘saya ikut sebab ini sekolah. Sebagai seorang murid yang di bawah penjagaan sekolah, saya wajib ikut undang-undang tanpa banyak mengeluh. Sebab tu la rahsia murid berjaya. Saya yakin sekolah tahu kebaikannya kepada murid, sebab tu la sekolah tetapkan undang-undang.’ Tapi, ada pulak yang tak senang hati. Cakap dia ikut undang-undang sebab skema la, nak bodek cikgu la.

     Lepas tu, murid kedua pulak jenis keras hati, buat tak endah je dengan semua tu. Memang sengaja langgar undang-undang sebab nak cabar undang-undang. Bila ditanya kenapa tak ikut undang-undang, dia jawab, ‘undang-undang ni meyusahkan saya. Halang saya nak ikut trend rambut zaman sekarang. Saya tak peduli dengan undang-undang. Tak kisahlah kalau nak denda saya pun, saya tak takut.’

     Then, tanya pulak murid yang ketiga kenapa dia ikut undang-undang. Dia jawab, ‘saya ikut sebab orang lain pun ikut..” Leo mendengar.

     “So?”

     “So.. Macam tu lah jugak orang Islam zaman sekarang. Islam dah tetapkan halal haramnya. Golongan pertama, ikut semua hukum dengan hati yang ikhlas sebab sedar tanggungjawab sebagai seorang Islam yang wajib mengikut suruhan Allah. Itulah rahsia nak hidup diredai Allah. Mereka yakin setiap larangan itu sebab nak jaga umatnya. Tapi, adalah manusia-manusia dengki yang pandang serong niat suci golongan ini.

     Golongan kedua, jenis yang mengaku dirinya Islam tapi tak ikut hukum. Sebab menganggap hukum terlalu banyak halangan. Halang mereka daripada nak bersosial. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Sampaikan mereka langgar hukum tanpa rasa takut. Dah tak kisah balasan atas kesalahan mereka. Golongan yang ketiga, jenis yang ikut suruhan tanpa tahu hikmahnya. Jenis yang mengaku dirinya Islam tapi beramal kerana orang lain beramal. Dia tak tahu tujuan beramal. Golongan ini bahaya sikit sebab mudah terpengaruh,” kata Damia. Betullah dia jadi Ustazah Damia hari ni! Khusyuk Leo mendengar.

     “Dunia dah akhir zaman, Leo. Manusia makin sesat. Tak semua yang ikut hukum. Hanya Iman yang bezakan semuanya,” sambung Damia lagi. Agak kesal. Janganlah ditanya aku maksud iman pulak.

     “Iman? Apa iman ni? Yang ni betul macam nama kawan I sorang tu. Iman. Apa maksudnya Damia?” Leo ingin tahu.

     Ayoyo.. banyak soalan pulak Leo ni. Aku dahlah lambat ni!

     “Bukan saya nak taknak cakap maksud Iman tu. Tapi saya dah lambat ni. My husband is waiting for me at home,” jelas Damia. Betul, tak tipu! Memang Tengku Aaron sedang menunggunya di rumah. Sebab hari ni mereka akan balik ke rumah orang tua Damia. Sebab tu la bukan main gembira dia nak balik.

     “Oh, ya ke?” Leo pandang jam di tangan. Betul-betul tak perasan masa berlalu hampir setengah jam.

     “Macam ni la. Apa kata kalau Leo google maksud iman. Kita jumpa lain kali, saya cakap maksudnya.”

     “Sorry, Damia. I betul-betul khusyuk dengar explanation you tadi. Sampai lupa yang you dah nak balik.” Leo minta maaf.

     “It’s okay. Saya minta diri dulu ya, Leo.” Leo angguk.

8 comments:

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )