Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday, 10 December 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 24)

BAB 24

Malam tu, pukul sembilan malam barulah Izz dan Hafiy pulang ke rumah. Pukul sembilan malam kau. Keluar sebelum makan tengah hari, pulang malam? Sampai-sampai tanya nak makan malam kat mana pun, jawab nak makan kat luar? Wah.. seronok betul mereka berseronok tanpa aku. Mentang-mentang aku suruh keluar, memang keluar betul-betul ni. Ke Izz nak balas dendam?

     Masa mereka balik, aku tengah tonton TV di ruang tamu dengan abang. Mama dengan papa entah ke mana. Dalam bilik kut. Aku buat muka biasa-biasa je. Macam tak kisah sangat. Egolah katakan. Masuk je rumah, terus aku dengar suara Hafiy yang berteriak memangggil namaku.

     “Mummy… Hafiy belikan cheese cake untuk mummy. Jomlah kita makan sama-sama.” Hafiy melompat duduk di sisiku. Dia tunjukkan satu kotak sederhana besar yang dibawa Izz.

     Tersenyum aku melayan karenah budak ni sorang. Dia betul-betul belikan aku cheese cake? Waa.. ingat jugak dia kat aku ya walaupun dah jumpa Maya. Terharu.. terharu.. Cheese cake? Yummy.. yummy.. lamanya tak makan makanan kegemaran aku kalau makan kat Secret Recipe tu.

      “Jomlah, mummy. Kita makan cheese cake. Hafiy dah lapar dah. Tengok.. perut Hafiy dah kecik dah.” Hafiy tayang muka comel sambil tayang perutnya. Aku tergelak. Apa yang kecik. Sama je aku tengok.

     “Yala.. mummy ambilkan sudu dulu ya. Kita makan ramai-ramai. Pergi panggilkan atuk dengan nenek..” Aku bongkokkan tubuh untuk berbisik dengan Hafiy.

     “Kalau tak, nanti dorang merajuk,” bisikku pada Hafiy.

     Hafiy pulak mendekatkan bibirnya ke telingaku.

     “Yake? Tapi.. Tak comellah orang tua merajuk,” bisiknya.

     Aku ketawa mendengar Hafiy berkata sebegitu. Hafiy jugak turut ketawa bila aku ketawa.

     “Apa pulak scandal dua orang ni? Musykil betul.” Abang gelengkan kepala melihat karenah aku dan Hafiy.

     “Biarlah. Jelouslah tu.” Aku jelir lidah pada abang.

     “Cepat.. panggilkan atuk, nenek dengan nek su sekali,” arahku pada Hafiy.

     “Ai’ai.. bos.” Hafiy tabik padaku sebelum berlari naik ke tingkat atas.

     Aku pula mengambil sudu, piring, beberapa biji gelas dan sebotol air kosong sejuk ke ruang tamu. Baru lepas makan nasi, makan pulak cheese cake. Makan pulak pukul sembilan malam. Hmm.. memang seimbang sangatlah diet aku. Pedulilah.. bukannya selalu buat macam ni. Hehe..

     Masa aku tiba di ruang tamu, Izz dan abang tengah bercakap pasal apa entah. Aku pun malas nak ambil tahu. Aku nampak Hafiy.

     “Atuk dengan nenek cakap dorang taknak. Dorang suruh kita makan dulu. Nek su pun cakap macam tu.” Hafiy menyampaikan laporan.

     Aku dah boleh agak sebenarnya. Memang taklah orang tuaku dan Mak Su tu nak makan benda-benda manis macam ni. Malam-malam macam ni pulak tu. Saja je aku suruh Hafiy panggil sekadar nak cukup syarat.

     Aku potong kek tu dan letakkan dalam piring. Pertama sekali aku serahkan kepada Hafiy. Kemudian kepada Izz, abang dan barulah untukku sendiri. Sesudu disuap. Emm.. yummy! Sedap sampai nak jilat sudu ni.

     “Hafiy.. seronok keluar?” Abang bertanya kepada Hafiy.

     “Seronok, Pak Long. Daddy bawak Hafiy pergi Times Square. Lepas tu pergi taman main gelongsor.” Hafiy bercerita.

     “Wah.. asyik main je la ya, Hafiy hari ni? Mesti tak bosan, kan?” korek abang lagi.

     “Bosan la, Pak Long. Asyik main sorang-sorang je. Tak seronok la. Kenapalah mummy tak ikut tadi? Kalau tak mesti seronok mummy teman main.”

     Dan buat sakit mata je tengok Izz dan Maya? Huh!

     “Aik.. daddy tak teman Hafiy main ke?” soal abang lagi. Aku selesa diam. Taknak bukak mulut. Kalau tak, mesti ada je yang tuduh aku jelous. Izz pun selesa tengok TV. Entah cerita apa la yang abang layan, aku pun tak tahu.

     “Tak.. asyik cakap dengan Aunty Maya je.” Hafiy mengadu lagi.

     “Haa.. kan ada Aunty Maya. Aunty Maya tak teman Hafiy main ke?”

     “Teman. Tapi kejap-kejap je. Sebab Aunty Maya cakap, dia tengah buat kerja dengan daddy.”

     Meskipun mata pandang TV, tapi aku sempat dengar perbualan antara abang dengan Hafiy tu. Oo.. betullah dia dan Maya buat kerja. Dalam hati aku rasa lega sikit.

     “Hmm… Aunty Maya cantik, tak?” soal abang lagi.

     Aku pandang abang. Hai.. lain macam je soalannya? Aku mula tak sedap hati. Adalah tu benda yang tak tercapai di akalmu dan hanya tercapai di akal Qairul yang dia nak buat.

     “Cantik. Kan, daddy?” Hafiy tanya Izz.
     Aku turut pandang Izz. Nak jugak aku tengok pandangan Izz pada Maya selama ni. Izz tak angguk dan tak jugak geleng.

     “Daddy.. Aunty Maya cantik, kan?” gesa Hafiy lagi bila daddynya tak bagi jawapan. Nak taknak, kau kena jawab, Izz. Jawab je cantik, Izz. Takde orang nak marah pun sebab Maya memang cantik. Dan penipu besarlah kalau jawab tak cantik. Ya tak?

     “Hmm.. cantik.” Haa.. kan aku dah cakap. Mesti dia cakap cantik punya. Kalau tanya mana yang lebih cantik antara aku dan Maya, agaknya memang aku dah kalah terlebih dahulu. Weh.. sejak bila kau perasan cantik, Qisya? Ahaks!

     Tapi, kenapa aku rasa sakit hati bila dia puji Maya cantik? Hai.. hati.. hati.. Selalu rasa pelik tak kena pada tempatnya. Tak layak kau rasa macam tu. Tukan hak Izz nak cakap siapa cantik pada matanya? Dah memang kenyataannya si Maya tu cantik, apa boleh buat?

     “Haa.. kan Hafiy dah cakap. Cantik, Pak Long.” Hafiy gembira bila Izz bersetuju dengannya. Dia tak tahu yang aku ni rasa macam mana. Waa.. kenapalah kebenaran ni memeritkan? Cewah… nak berjiwang karat empat belas pulak malam ni.

     “Kalau dengan mummy, siapa lebih cantik? Mummy ke, Aunty Maya?” Abang tanya lagi. Mata sempat jeling aku.

     Sekarang ni, aku rasa macam nak lempang je abang yang aku rasa macam sengaja nak naikkan darah aku. Cari nahas betul. Betul-betul soalan cepu mas ni! Tak sanggup rasanya tahu kebenaran yang buat sakit hati. Ikutkan hati memang aku nak lari masuk bilik sekarang ni jugak. Tapi, aku nak juga tahu jawapannya. Hai.. susah betul!

     “Emm…” Hafiy pandang aku. Jari telunjuk kanannya diletakkan di pipi kanannya. Macam sedang menilai aku. Cantik ke tak aku kalau nak dibandingkan dengan Maya. Oh, bukan! Sebenarnya, layak ke tak aku nak menandingi Maya? Haa.. tu baru betul!

     Aku rasa sekarang ni baik Hafiy jangan bukak mulut. Tak sanggup aku dengar dia puji Maya.

     Hafiy senyum lepas dia pandang aku.

     “Of course la mummy yang lagi cantik. Kan, daddy?” sekali lagi Hafiy minta pandangan daddynya. Huh.. aku tak rasa apa-apa sebab aku tahu yang dia cuma nak ambil hatiku kut.

     Izz tak jawab. Cuma mata pandang aku. Tayang muka kesian la tu. Aku terus alihkan mata untuk tengok TV. Kononnya langsung tak kisah dengan tajuk hot malam tu. ‘Siapa Lebih Cantik.’ Jom kita vote!

     “Mummy is the most beautiful mummy in the world. Mestilah mummy yang lebih cantik daripada Aunty Maya,” komen Hafiy lagi.

     “Huh… macam ni pun cantik ke? Hafiy tak payah tipu Pak Long. Cakap je yang betul. Mummy Hafiy tak cantik pun.” Abang macam cuba memprovokku.

     “Mana ada Hafiy tipu Pak Long. Memang mummy cantiklah. Daddy pun pernah cakap mummy cantik sebab daddy suka orang pakai tudung.”

     “Oh, ya ke?” Abang macam tak percaya. Kemudian, aku tengok dia pandang Izz.

     “Izz.. betul ke? Adik aku dengan Maya, mana satu lebih cantik?” Abang tanya Izz. Hish, tak boleh jadi ni! Abang ni sengaja nak cari nahas dengan aku. Tanya pasal cantik pulak dah. Sensitif tu! Tanya pulak kat laki aku.

     Aku bangun.

     “Sibuk la abang ni. Huh.. malas dah nak layan. Baik masuk bilik.”

     Aku terus berlalu. Tambah-tambah pulak aku memang nak siapkan kerja sikit malam ni. Ni semua kerja tergendala yang dibawa Syuk petang tadi.

     --------

Aku sibuk membelek nota yang dibawa oleh Syuk petang tadi di meja jepunku. Depan aku ada laptop. Nak study sikit malam ni. Kenapalah aku rasa semester ni semacam disaster sikit, hah? Adoi.. kena extra rajin ni kalau nak jaga pointer.

     Sedang aku sibuk membaca, aku dengar pintu bilik dikuak. Izz dah masuk bilik. Ya la.. masa ni memang afdal sangat la kalau nak tidur. Barulah cukup lapan jam waktu tidur. Orang tak sibuk, boleh la buat macam tu. Tapi, untuk seorang pelajar memang takkan tercapai hasrat murni macam tu.

     Aku tak pedulikannya. Tiba-tiba malas pulak nak study. Rest kejap. Terus aku tekan mouse pada folder games. Main game Plants vs. Zombies pun macam best je? Lama gila tak main. Nak habiskan survival. Menguji iman betul la zombi-zombi ni. Nak je aku cekik-cekik.

     Izz datang padaku. Hish.. dia ni. Nak kacau aku la tu! Sehari dia tak ganggu hidup aku, tak boleh ke? Tapi, aku diam je meskipun tak senang hati. Masih merajuk dengan peristiwa kat ruang tamu tadi. Tapi, kenapa pulak aku nak merajuk, hah? Rasanya dia takde buat apa-apa pun.

     “Buat apa?” Dia intai laptopku.

     “Main ragbi,” jawabku selamba. Masa tu zombi yang pakai baju ragbi tengah makan tall nut yang aku tanam.

     Haa.. kan dah kena! Bukannya dia tak dengar bunyi game ni kuat macam apa.

     “Sya marahkan abang ke?” soalnya selepas duduk sebelahku.


     “Saper marah awak?” soalku selamba. Mata masih tepat menatap tumbuhan-tumbahan yang aku tanam. Semuanya menanti masa nak kena makan. Kurang ajar kau zombi!

     “Abang minta maaf sebab keluar lama.” Dia minta maaf. Kenapa pulak nak minta maaf? Ada aku cakap aku marah dia ke?

     “Saper cakap saya marah? Hafiy pun gembira sebab boleh keluar. Dia pun enjoy, baguslah tu.” Mendatar aku jawab. Kau pun enjoy jugak.

     “Tadi kawan Sya datang buat apa?”

     “Dia bagi kerja untuk kelas yang saya tak datang.”

     Izz pandang kertas atas mejaku. Maaflah Izz.. meja aku ni tak sekemas meja kerja kau. Macam ni la kalau aku buat kerja. Kat mana-mana je ada kertas. Belum lagi tengok musim nak exam. Tak nampak lantai dah aku rasa sebab penuh dengan kertas. Masa tu jugaklah nak baca semua. Nasib kau la ya kahwin dengan student.

     Kemudian, aku nampak dia pegang satu kertas. Aku jeling sekilas. Hmm.. borang untuk projek Dr. Abdul Razi. Borang kebenaran untuk masuk ke syarikat Lawrence’s Lands & Properties.

     “Lawrence’s Lands & Properties?” Izz macam tanya aku.

     “Hmm.. kenal ke?” soalku. Izzkan punya syarikat sendiri. Manalah tahu kut-kut dia tahu kat mana letaknya syarikat ni.

     “Kenal.” Dia jawab sepatah.

     Haa.. kan dah aku dah agak. Terus bersinar-sinar mata aku. Senang sikit kerja aku nak korek serba-sedikit pasal syarikat ni.

     “Kenapa Sya ada surat syarikat ni?” Izz tanya aku. Jangan cakap tu syarikat musuh dia dah. Dalam businesskan banyak musuh.

     “Ada projek sikit. Untuk research dan practikal sekali. Ada sorang lecturer ni nak kitorang semua buat kerja outdoor sikit. Semua main undi je. Satu syarikat dua orang. Saya dengan Syuk. Saya tak datang, so Syuk tolong cabutkan undi. Dapat syarikat ni la. Syarikat apa entah. Tak kenal pun.”

     “Hmm..” dahinya berkerut sambil melihat kertas tu. Macam tengah memikirkan sesuatu.

     “Bila start projek ni?” soalnya.

     “Bulan depan.”

     “Hmm.. macam seronok je projek ni.” Dia senyum. Misteri nusantara betul aku tengok. Seronok dia cakap?

     “Seronok?”

     “Ya la.. seronok. Sebab abang dulu takde pun benda-benda macam ni. Sya bertuah. Sebab dah boleh expose dengan workers’ environment dah.” Izz keluarkan pendapatnya. Hmm.. ya la tu, Izz. Agaknya macam ni la pemikiran Dr. Abdul Razi tu.

  ------

Hari ni hari pertama aku akan menjejakkan kakiku di Lawrence’s Lands and Properties. Rasa berdebar pun ada jugak. Macam tak pernah praktikal je gayanya. Macam hari pertama nak masuk kerja pun ada. Aku dah cakap kat Izz yang hari ni merupakan hari pertama aku akan ke Lawrence’s Lands and Properties. Dia hanya mengucapkan good luck kepadaku.

     “Nak abang hantarkan ke? Abang tahu kat mana tempat tu.” Izz menawar budi. Masa tu kami di ruang tamu. Dia dah bersiap sedia untuk ke pejabatnya. Segak je dengan kameja ungu mudanya dengan seluar slack hitam.

     “Takpelah. Saya nak pergi dengan Syuk. Rasanya Syuk ada GPS. Awak pergilah kerja dulu. Nanti Pak Ayub hantar saya.” Aku menolak pelawaannya. Aku taknak susahkan dia. Manalah tahu dia akan masuk lambat gara-gara nak hantar aku. Tak pasal-pasal rosak disiplin dia gara-gara aku.

     “Hmm.. kalau macam tu, abang pergi dulu. Take care,” ucap Izz. Aku salam tangan Izz.

     Oo.. lupa nak cakap! Sejak akhir-akhir ni, hubungan aku dengan Izz dah agak baik. Nak cakap sampai tahap kamcing tu takdelah. Tapi, agak ada perubahan kalau nak dibandingkan dengan waktu mula-mula aku masuk rumah ni.

    Dan satu lagi perubahan adalah, aku dah mula bersalam dengannya bila nak keluar. Sebenarnya sebab kena brainwash kaw-kaw dengan mama. Sebab taknak dengar mama membebel panjang, aku ikut je. Tak luak pun setakat salam tangan.

     Macam biasa juga, lepas aku salam tangan dia, mesti dia akan cium dahi aku. Mula-mula dulu, nak melompat jugak aku. Nak lempang orang pun ada. Tapi, lepas lama-lama buat, dah jadi biasa dah. Dah immune orang kata.

     Pak Ayub menghantarku ke universiti macam biasa. Cuma bezanya kali ni, aku bukan nak pergi kuliah. Tapi, aku dah janji dengan Syuk untuk pergi dengannya. Syuk duduk kolej. Dia dah tawarkan budi untuk ambil aku di rumah tapi aku je yang taknak. Sebab aku rasa menyusahkan dia pulak. Lagipun aku taknak dia tahu rumah aku duduk sekarang.

     “Lawa je Qisya hari ni. Nak pergi mana?” Pak Ayub menegur aku. Aku ketawa.

     Aku pandang baju yang aku pakai. Biasa je? Kemeja biru muda, seluar slack hitam dan bertudung biru. Okay.. mungkin agak lain sikit sebab biasanya aku pergi kuliah pakai baju kurung.

     “Hari ni Sya kena keluar universiti. Ada kerja sikit. Sya kena pergi syarikat Lawrence’s Lands and Properties. Macam praktikal jugak la.” Aku bercerita kepada Pak Ayub.

     “Oo.. tapi, kenapa Sya tak pergi dengan Haikal je?” Pak Ayub pelik. Mesti dia fikir hari ni hari pertama aku masuk kerja, jadi Izz kena tunjuk sokongan dia. Macam tu la kut.

     “Sya taknak susahkan dia, Pak Ayub. Lagipun saya nak pergi dengan kawan saya.” Aku terangkan kepadanya.

     “Kalau macam tu, apa lagi yang Pak Ayub boleh cakap.”

     -------

Aku dan Syuk masuk ke pintu masuk utama syarikat itu. Tertera gah tulisan emas ‘Lawrence’s Lands and Properties’ di dinding dibelakangi oleh dua orang penyambut tetamu perempuan. Waa.. bapak besar syarikat ni! Segan aku nak lalu. Cantik dan nampak mewah. Dalam hati aku dah agak dah syarikat ni memang bukan calang-calang syarikat ni.

     “Weh, Syuk! Serius kau syarikat ni?” Aku berbisik pada Syuk. Kami berdua macam rusa masuk kampung dah aku rasa. Ke nak macam kambing masuk bandar? Ah.. mana-manalah. Hakikatnya aku dan Syuk memang dah macam kat dunia lain dah lepas masuk syarikat ni.

     “Betullah.. tengok surat ni. Kan sama dengan lambang kat belakang tu?” Syuk turut berbisik. Takut jugak kalau salah masuk syarikat. Malu wei!

     Aku tengok surat yang ditunjukkan Syuk. Memang sama lambang dalam surat tu dengan kat dinding penyambut tetamu tu.

     “Ya.. ada apa, Cik?” Agaknya lepas tengok aku dan Syuk macam takde arah nak dituju, penyambut tetamu yang manis tu menegur kami. Aku sempat jeling tag nama di dadanya. Haliza.

     Perkara pertama aku dan Syuk buat bila kena tegur macam tu adalah, sengih.

     “Err.. kami nak jumpa Encik Fitri.” Syuk mewakilkan kami. Encik Fitri merupakan instructor kami di sini.

     “Oo.. you all ni student UKM tu, kan?”

     “A’aa.. kitorang la tu.” Aku menyampuk.

     “Oo.. nanti saya call PA Encik Fitri. Saya rasa sekarang ni cik berdua boleh naik tingkat lima belas,” katanya. Haliza senyum. Haa.. kan bagus ada penambut tetamu yang baik hati dan peramah macam ni. Aku turut rasa senang dengan Haliza.

     “Okay.. terima kasih, ya Cik Haliza,” ucapku.

     Kami menapak ke lif. Tak tunggu banyak masa, cepat pulak lif sampai. Bila membolosi pintu lif, hanya kami berdua je. Nampaknya semua dah masuk kerja. Ya la.. kami berdua pun dah lambat sebenarnya. Ni semua sebab traffic jam punya pasal. Reda je la kalau kena marah.

     “Weh.. gila gempak company ni.” Syuk tayang muka kagum.

     “Betul.. bertuah betul kita dapat company besar macam ni. Bertuah betul tangan kau.” Aku setuju. Kalau bukan tangan Syuk yang cabut undi, memang melepas la peluang kami nak tengok syarikat gempak macam ni.

     “Well.. tengok jemari runcing aku ni la!” Syuk tayang muka berlagak sambil menunjukkan jemarinya. Buat aku rasa menyampah. Tapi, aku tetap gelak dengan perangai Syuk.

     “Baru sekarang aku rasa Dr. Abdul Razi tu hebat sebab boleh ambil company ni,” kata Syuk.

     Aku angguk-angguk setuju. Kalau tak hebat, mana mungkin dapat kepercayaan syarikat ni. Mana mungkin syarikat ni bagi student macam kami ni senang-senang masuk.

     -------

Aku dan Syuk akhirnya berjumpa dengan Encik Fitri. Aku ingatkan Encik Fitri ni dah tua sebaya dengan Dr. Abdul Razi. Tapi, muda gila. Dan Syuk sempat berbisik satu komen di telingaku.

     “Handsomenya.”

     Handsome ke? Hmm.. bolehlah. Senyum dia manis. Tapi aku memang langsung tak excited nampak lelaki handsome. Aku pun tak tahu kenapa sekarang ni aku macam tak berminat dengan lelaki lain. Mungkin sebab aku dah set dalam kepala yang aku ni dah kahwin, jadi aku memang tak pandang lelaki lain. Hmm.. boleh jadi juga.

     “Biasa je aku tengok,” balasku perlahan. Serius aku cakap yang aku rasa Encik Fitri tu tak handsome sangat. Masa tu Encik Fitri tengah bercakap apa entah dengan setiausahanya. Bagus punya plan. Encik Fitri tengah berbincang, aku dan Syuk tak jauh beberapa meter daripadanya seronok mengkritik. Dia tahu, mahu hari ni jugak kami dihalau keluar. Haha..

      “Aku tanya kau macam aku tanya pokok. Takde feeling. High taste sangat. Tahulah dia tak sekacak abang Haikal kau tu.” Syuk balas geram. Nak mengamuk jugak aku rasa dengan minah ni. Seret nama Izz sekali pulak tu.

     “Apa kaitan dengan dia pulak?” Aku tak puas hati.

     “Ya la.. dengan mamat kacak gila macam tu pun kau tak cair, apatah lagi orang macam Encik Fitri ni?” Hish.. Syuk ni! Sampai situ dia fikir.

     “Weh.. drop this subject wei. Nak kena tendang keluar kalau Encik Fitri ni tahu?” bisikku lagi. Masa tu Encik Fitri baru habis cakap dengan setiausaha dia. Dia jalan ke arah kami.

     “Sorry.. lama tunggu ya? Kat mana kita tadi?” tegur Encik Fitri. Dia senyum ke arah kami.

     “Encik cakap pasal carta organisasi tadi,” jawabku. Nasib baik masuk jugak dalam kepala aku apa yang dia cakap tadi.

     “Oo.. sampai situ ya tadi?” Dia tanya kami. Aku dan Syuk cuma angguk.

     “Okay.. memandangkan ni first time awak berdua masuk company ni, saya akan treat awak berdua macam awak berdua betul-betul staf baru kat company ni. So, first thing awak berdua kena buat adalah, berkenalan dengan staf-staf kat sini.”

     Kami angguk lagi. Jalan-jalan keliling syarikat ni? Macam seronok je.

     “Jom.. kita start dengan tingkat enam belas. Kalau ada rezeki boleh jumpa dengan ahli lembaga pengarah,” ajaknya.

     Kami menuju ke arah lif. Mahu naik ke tingkat enam belas. Bila tiba di tingkat enam belas, Encik Fitri memperkenalkan beberapa orang staf kepada kami. Aku dan Syuk angguk je la. Ingat ke tak lain cerita.

     Kemudian Encik Fitri tinggalkan kami berdua sekejap sebab dia ada kerja yang perlu diselesaikan dengan pengurus kewangan. Masa ni la aku dan Syuk ambil peluang untuk usha pejabat ni. Aku tengok semuanya tekun menghadap kerja masing-masing. Sunyi je. Serius gila. Bagus betul dan penuh disiplin.

     Aku duduk di atas sebuah soda kulit berwarna mustard yang dijadikan ruang menunggu. Penat berdiri dan nak berehat kejap. Mana pulak si Syuk ni? Mataku melilau-lilau mencari Syuk. Hai.. tempat kecik macam ni pun boleh hilang ke? Ke tengah sangkut dengan staf lelaki yang kacak-kacak? Syuk ni bukannya boleh percaya sangat. Pantang nampak lelaki kacak, mulalah nak jatuh kertas la.  Nak tanya tu la. Nak tanya ni la. Nak buat-buat rajin pun mungkin.

     Sedang mata melilau mencari, aku ternampak seseorang. Tengok rambut pun aku macam dah boleh kenal meskipun aku dah lama tak jumpa dia. Maya? Aku nampak Maya sedang melenggok berjalan tak berapa jauh daripadaku. Maya buat apa kat sini? Aku nak pastikan dia tu Maya atau bukan. Laju kaki aku bangun dan mencari gerangan perempuan itu.

     Hilang! Aku tak jumpa dah dia. Mana Maya? Ke aku salah tengok? Tapi aku memang yakin memang dia tadi. Tapi, bila fikir-fikir balik, apa motif aku kejar dia? Pelik..

     “Sya..” Aku berpaling. Syuk rupa-rupanya.

     “Kau cari siapa?” soalnya. Mungkin nampak macam aku tengah cari seseorang.

     “Cari kau la. Cari saper lagi? Ingatkan dah sesat dalam bilik lelaki kacak mana?” balasku. Sempat aku sindir seround. Nak cover.

     Syuk cuma sengih. “Sorry la wei. Pergi toilet jap.”

     “Dah.. jomlah. Encik Fitri dah panggil tu,” tambah Syuk lagi.

     Aku cuma angguk sebelum kaki mengikut Syuk. Tapi mata masih mencari-cari. Mana la tahu kalau betul aku nampak Maya. Kalau ya, dia buat apa kat sini? Bukan ke masa ni masa kerja? Dia kerja kat sini kut. Tapi, bukanke dia PA Izz? Aku macam boleh menangkap sesuatu. Kalau dia kerja kat sini, maknanya..

     Bukk

     “Adoi..” Aku mengaduh kesakitan bila dahi terlanggar seseorang. Hampir je aku terpelanting ke belakang kalau bukan sebab dia peluk pinggang aku. Tu la Qisya.. Berangan lagi!

     “Lain kali jalan, tengok depan.”

     Terus aku dongak kepala bila dengar suara itu. Mata terus menusuk ke dalam anak mata biru kehijauannya. Terkejut, tergamam, terkelu, terkedu dan nasib baik tak terpengsan je. Izz! Krdudukan kami begitu dekat sekali. Terus aku tolak dada dia untuk berdiri sendiri. Tak percaya yang sekarang ni Izz tengah peluk aku.

     “Maaf..” Aku tak tahu nak cakap apa je. Nak tengok muka dia pun rasanya tak sanggup. Malu campur tak percaya.

     Apa dia buat kat sini?

     “Encik Haikal..” Aku dengar suara Encik Fitri memanggil.

     “Haa.. Qisya dan Syukriah, ni la penolong pengarah urusan syarikat ni, Encik Izz Haikal. Ada rezeki jugak awak berdua nak jumpa dia.” Encik Fitri perkenalkan kami.

     Apa? Izz.. Oh, tidak! Katakan ni semua mimpi. Waa.. takkanlah aku dan Izz sepejabat kut? Tak mungkin.. rasa macam tak boleh nak terima kenyataan. Bila aku pandang Izz, wajah dia tenang macam biasa. Atau.. lebih senang kalau aku cakap yang dia macam berlagak tak kenal aku.

     Baru aku perasan yang bersama Encik Fitri, ada seorang lagi manusia yang dah lama aku tak jumpa. Bila aku pandang dia, dia angkat tangan padaku.

     “Hai.. kakak ipar.” Dia sengih.

     Aku rasa macam nak pengsan kat situ jugak. Oh, tidak!!

73 comments:

  1. lamanya tunggu dambungan at last tp mcm x puas.....

    ReplyDelete
  2. wah.. dah lame tunggu n3 terbaru !!
    x sabar nk tunggu smbungan hehe ~~
    thanks and good luck <3

    ReplyDelete
  3. Bestttt!lamanya nk tunggu n3 dr anjell...tp xpe berbaloi2 ...hehe

    ReplyDelete
  4. Salam, lepas rindu skit, nanti selalu-selalulah ada entri baru ya....

    ReplyDelete
  5. akhirnya dari nk lari2 dok stu syarikat lgi..siap pggil kak ipar lgi mmang kcoh jap nnnti

    ReplyDelete
  6. Mcm kurang puas tp takpe atleast ada gak n3..

    ReplyDelete
  7. punya la lma tggu.. last skali dpt jgk entry bru..hehe.. best! congrats.. :)

    -athirah-

    ReplyDelete
  8. yeayyy.. getting better.. tapi sampai bila la hubungan suami isteri tu nak semakin intim ya.. hikhikhik.. mcm malaikat lak rasa si Izz tu sbb sanggup tunggu lama bebenor.. by the way cik Anjell.. ayat worker's environment tu maybe could be change to working environment kot.. sounds better..

    ReplyDelete
  9. nk lgi....hmmmm..lma sngt untuk satu2 n3 nk muncul

    ReplyDelete
  10. Hahaha. Itu pasal izz nye senyum ala2 misteri nusantara ;p
    Kakak ipar?? Kantoiiiiiiiii...
    ~acu~

    ReplyDelete
  11. hahahahaha... lama tak bace .. mmg xcited

    ReplyDelete
  12. Pecah rahsia Sya pada Syuk yang Sya dah kahwin.... memang adik ipar x ada insuran betul mulut dia....
    dah agak mesti Izz punya company tu yang Izz x kisah Sya buat keje luar...
    bestttt...

    ReplyDelete
  13. thanks writer. akhirnya ada jugak entri baru. best la... best sangat2 !!! sambung lagi ye,, :)

    ReplyDelete
  14. hai kakak ipar... walawehhh... hahaha... kantoi qisya... tq penulis utk n3 nie... dah lama tertgu2... best sgt!!!

    ReplyDelete
  15. lama tunggu n3..
    dah terbongkar rahsia..
    best..best

    ReplyDelete
  16. Haha.. " hai kakak ipar".sungguh selamba.. I like!! Hehe. Haa..terperanjat ko qisya jumpa izz kat company ni, itulah company hasben sendiri pun x tau kan dah terkejut + termalu sendiri.siap ade adegan peluk pinggang lagi.mesti staf kat situ terjojol biji mata tgk adegan peluk tu + curious ayat "hai kakak ipar" (bcoz i'm believed izz mesti ramai peminat punya termasuk maya). X sabar tggu next n3. Thanks writer :)

    ReplyDelete
  17. best..best..x sabo tgu next n3..

    ReplyDelete
  18. Ah sudah!!! kantoi la plak... cik writer tlg la sambung cepat... tak sabar nak tau aper yg jadi... pretty please!!!!

    ReplyDelete
  19. Cik Writer, lama betul tggu n3 baru. Tapi xpe, berbaloi juga. Harap-2 selalulah upkan n3 baru supaya kami kat luar x tertanya-tanya.

    Thanks dear..

    ReplyDelete
  20. hahahaha.. kantoi dah... ada gak n3 bhru akhirnya..

    cepat2 nak new n3.. gud job & tahniah cik writer

    ReplyDelete
  21. wahhhh... best giler!!! teruja nak tahu mcm mana qisya n izz kat tempat keje... mesti interesting..:)

    ReplyDelete
  22. lama gile tunggu n3 baru. nak lagi cik writer!! :D

    ReplyDelete
  23. haha.. kan dah pecah rahsia.... best2, x sabar nak tgk si maya terkujat.. hihi..

    ReplyDelete
  24. ptut la izz cakap projek tu sronok...hahaha...

    ReplyDelete
  25. hahaha...kantoi dh si qisya ni agknya...cpt la smbng akak!!x sbr nk tau ksh selanjutnya!!!hehe....

    ReplyDelete
  26. hhahah..hai kakak ipar....cpt la smbg..hihi

    ReplyDelete
  27. OMG!!! lama sungguh tunggu cter ni bersmbg... best sambungan and plg suka part Izz peluk qisya.. cpt2 smbg K... dh x sbr menunggu ni

    ReplyDelete
  28. Eeeeeikkk...geramnye...anjell..smbg la lg....cpt..tak sabar nak tau.alkisahnye......

    ReplyDelete
  29. best giler..teruja....n3 baru cepat sikit ya...sbb tgh feeling nie...

    ReplyDelete
  30. Salam. lamanya baru dpt bc cite baru yer. sukanya. agak2 maya nampak tak Izz peluk Qisya. hehe

    ReplyDelete
  31. please anjell smbung nvel nie cpat skit...tak sbar nak tau apa yg jadi lepas tue...

    ReplyDelete
  32. haha best la kak anjell..boleh kimi kata 'hai kakak ipar' memang sah2 la kantoi
    sure peminat2 izz jeles termasuk maya..
    nak lagi sis..minta2 n3 yg akan dtg cpt ckt(cos i like it very much)

    ReplyDelete
  33. adoyaiii...
    "hai kakak ipar"....???
    baru je Qisya nak secreto de amor dah kantoi..
    pengsan je qisya..jalan terbaik..
    takpe, nanti kompem Izz sambut..:D

    ReplyDelete
  34. woah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! thousand clap to u kak........ :D serious best..... best gler part yg last tu "hai kakak ipar"... hehheheh kimi terbaik :D serious kak best gler.... anyway thanks kak anjell for this entry.....~~~~~~waiting for the anothr entry.....
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  35. best sesangat....hehe akhir nye pegi balik...still gak ngan Mr hubby...mane nk lari g qisya!!!

    ReplyDelete
  36. best...best...best....

    ReplyDelete
  37. BESTTTTTT GILERRRRR BAB NIE!!!! Cpt2 lah smbng nextn3 wahai kak writer :D :D :D

    ReplyDelete
  38. arhhhhhh!!!! best tersangat giler dah n3 kali nie. sambung cepat cepat yer kak..sy dah tersangat nak baca aper yg berlaku nanti.

    ReplyDelete
  39. anjel pls update cepat sikit

    ReplyDelete
  40. arghhhhh....xpuas ati...
    anjel, tlg la post next n3 dgn cepat...haha

    ReplyDelete
  41. best!!!
    tiap mlm buka 'page anjel' ni. intai2 kut ada n3
    baru. at last voila. cepat2 sambung ya anjel.
    kasi lah qisya cepat2 suka kat izz. haha.

    ReplyDelete
  42. Tak puas hati...sikit sgt isi. Dh lama sgt tgu n3 ni. Anjell kena update cpt skit next n3 yer...plizzzz....

    ReplyDelete
  43. thumbs up!!
    next.... next...
    plizzz...

    ReplyDelete
  44. cptla update ag..huhu..nak taw kisah izz gan qisya..xpuas bcer..

    ReplyDelete
  45. argh !!best gler la !cpt2 smbng tw writer ! xD

    ReplyDelete
  46. best sangat..xsabar nak tunggu sambungan.cpt2 la sambung :)

    ReplyDelete
  47. best sangat..xsabar nak tunggu sambungan.cpt2 la sambung :)

    ReplyDelete
  48. kak anjell, cpt2 laa update sps ni ye..
    ktorg dh tk sbar2 nk tgok smbungan qisya ngn izz kt tmpat keje. mesti qisya ni kne virus cmburu kan, haha ;) klo boley kasi yg sweet2 lebeh sket ye :)

    ReplyDelete
  49. nk lg...nk lg......
    x sbar dh nie

    ReplyDelete
  50. Oh. awak ! Cepat2 lah antar next chapter meh. setiap ari bukak tapi tade part baru. lama kena tunggu. memang best lah ! Chayok ! chayok !

    ReplyDelete
  51. Cpat2 la smbung..excited dh ni..best

    ReplyDelete
  52. waahhhhhh..bestnya. cpt2 sambung k.

    ReplyDelete
  53. hari2 2nggu entri terbaru nie..at last...jeng..jeng..jeng..ade..
    harap anjell dpt postkan entri baru cpt2..seksa 2nggu tau..
    study week pun bkk blog anjell..kot2 la ade :)
    good..keepit up 10/10..

    ReplyDelete
  54. ahhhhhhh....bez
    x saba nk bc en3 strusnya
    kak ipar...
    tkantoi sudah....^^

    ReplyDelete
  55. best nyer novel nie.. bila plak anjel nk smbung babak2 dlm novel ni??

    ReplyDelete
  56. wawawaaa... boleh pulak jadi mcmtu!! haha.. nice!!

    ReplyDelete
  57. Bila anjel nak post next entry ? Tak sabar nak baca. Hehe

    ReplyDelete
  58. BILA LAH NAK SAMBUNG CERITA NIE.... BAB 25 ..TAK SABAR NAK BACA...

    ReplyDelete
  59. x sabar nak tunggu sambungannya...

    ReplyDelete
  60. Nak tanya, citer ni dah keluar ka popular ke? Semalam pergi tada pun citer ni.

    ReplyDelete
  61. Hahaha sonoknya entry ni..... suka.. :-)

    ReplyDelete
  62. Best sgt. ...2 ari sy marathon baca cite ni. X sabar nak tgu next n3

    ReplyDelete
  63. anjell pls new n3... x sabar nak tau pastu camne.. pecah rahsia ke???

    ReplyDelete
  64. adoiiiiiiii lambat ag ke n3 sterusnya....rindu kat izz hahaha..cepatlah cik penulis...sambung plezzzzz...

    ReplyDelete
  65. Alahai anjel... Janganlah buat aku merana... Cepatlah masuk n3 baru... Sungguh aku tersiksa ni...

    ReplyDelete
  66. AnJel..lamenye nk tggu n3 baru..cepattt lee..from Hazalina

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum... Kak Anjel cpt la smbung~ Adik da xsabaq ni... Aja-aja hwaiting...! ^_^

    ReplyDelete
  68. Oh my..nk ngelat konon...tp kantoi sudah...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )