BAB 1
Nurin memarkir kereta Myvi kuning cair milik uminya
di luar pintu rumah. Nampak satu kereta mewah hitam berkilat terletak cantik di
kawasan selalu tempatnya parking
sebelum ni. Dari jauh lagi dah boleh agak yang kereta tu jenama Mercedez Benz.
Kalau dah Mercedez tu, faham-fahamlah. Memang terangkatlah harganya. Satu je
persoalan dalam kepala Nurin. Milik siapa?
Nurin penasaran sendiri. Tak
pernah-pernah dia melihat kereta itu datang bertandang ke rumahnya. Ke memang
pernah datang tapi mereka tak pernah bertemu? Yalah.. Nurin pun bukannya selalu
ada di rumah. Hmm.. kawan abah kut. Tak
pun YB turun padang. Maklumlah.. musim pilihan raya. Haha..
Walaupun kepala sarat dengan persoalan,
Nurin tetap juga melangkah ke arah pintu masuk rumah.
“Assalamalaikum.” Macam biasa, salam
diberi.
“Waalaikumussalam. Ayong, dah balik?”
Puan Norseha tersenyum meyambut anak daranya pulang.
Pelik.. umi sambut dia balik? Tangan
uminya disalam dengan penuh lemah-lembut.
“A’aa.. umi. Kak Dayah tutup kedai awal
hari ni. Sebab tu Nurin balik cepat. Ada saudaranya nak kahwin esok,” jelas
Nurin.
“Umi.. siapa datang?” Nurin berbisik
kepada uminya. Taknak bagi tetamu dengar.
“Kawan abah, uncle Mukhriz. Masuklah. Jumpa dia dulu.”
Nurin cuma akur. Dia membontoti uminya
menuju ke ruang tamu rumah. Sampai di ruang tamu, Nurin nampak seorang lelaki
sebaya abahnya sedang duduk di atas sofa. Walaupun dah berumur, tapi masih
segak. Tak kenal, tapi senyuman manis tetap dihulurkan.
“Ayong dah balik?” Mesra Encik
Sufian menegur anak sulungnya. Nurin senyum
lagi sebelum bersalam dengan abahnya.
“Dah, abah.”
“Haa.. Mukhriz, ni la anak sulung aku
yang aku cerita. Nurin Areesa.”
“Dah besar rupanya anak kau ya, Pian.
Dulu aku tengok, comot je. Sekarang ni, dah besar panjang. Cantik pulak tu.”
Tan Sri Mukhriz puji Nurin.
Sejuk matanya melihat raut tenang dan
lembut anak sahabatya itu walaupun kali pertama bersua muka. Rasa macam hadir
ketenangan bila pandang wajah Nurin. Wajahnya berseri dan cantik. Yakin
akhlaknya pasti juga sama. Apa orang kata? Sekali pandang dah berkenan nak
dibuat menantu. Itulah yang dia rasa sekarang ni.
Nurin pulak rasa macam nak terbang ke
pluto bila kena puji macam tu. Aku cantik? Waa. Terima kasih, uncle.
“Nurin baru balik kerja ya?” ramah Tan
Sri Mukhriz bertanya.
“A’aa uncle. Balik awal sikit hari ni.”
“Anak aku ni macam ni la, Mukhriz. Kalau
dah lepas grad tu faham-fahamlah. Kalau tak tanam anggur memang tak sah.
Daripada tanam anggur tak berbuah-buah, baik jugaklah si Nurin ni kerja apa-apa
je dulu sementara nak dapat kerja tetap.” Encik Suffian menambah.
Nurin sengih. Apalah abah ni. Normallah
kalau orang tiga bulan baru lepas grad tu menganggur. Hehe..
“Nurin belum dapat apa-apa tawaran lagi
ke?” soal Tan Sri Mukhriz lagi.
Kali ni Nurin mengeluh berat. Dah
berpuluh-puluh.. kalau nak hiperbola sikit, dah beratus-ratus dah borang mohon
kerja dihantar. Tapi satu pun tak pernah beri jawapan positif. Sedih jugak bila
baca ‘dukacita dimaklumkan….’ Tak sanggup nak baca sampai habis surat tu. Huh!
Dugaan betul. Dia hanya mampu berdoa je supaya dimurahkan rezeki.
“Belum lagi, uncle. Belum ada rezeki, apa boleh buat? Dah hantar banyak borang
permohonan. Takde lagi yang berjaya sekarang ni. Salah satu sebab tak lulus
adalah sebab Nurin takde pengalaman kerja.”
“Hmm…
Nurin master holder dalam architecture,
kan?”
Nurin cuma angguk. Macam mana Tan Sri
Mukhriz tahu? Tak payah tanya. Sebab memang sah-sah la abah yang jadi tukang
cerita.
Apalah nasib ni. Pegang master pun masih menganggur. Buat malu
je. Haila… zaman sekarang ni, saingan
sengit sangat. Jangankan jawatan arkitek, jawatan assistant arkitek pun tak dapat. Huh! Mengeluh lagi. Belum ada
rezeki, Nurin. Nurin cuba pujuk diri sendiri.
“Kalau tak silap uncle, company anak uncle tengah cari arkitek sekarang ni.
Nurin nak kerja kat company anak uncle?”
Soalan tu.. jangan ditanya kepada
seorang yang tengah tunggu peluang macam dia ni. Ni peluang! Macam orang kata,
bagai bulan jatuh ke riba. Kalau dia dapat peluang ni, jangankan bulan, kalau matahari
jatuh pun dia sanggup nak riba.
Rasa macam cahaya harapan muncul.
“Boleh ke, uncle?” Nurin dah teruja. Seronok kalau dapat kerja. Tak kisahlah
gaji berapa pun. Dia nak kutip pengalaman. Barulah senang sekalipun dia nak
cari kerja baru nanti.
“Mestilah boleh. Nurin pun dah ada
kelulusan, kan? Memang layaklah mintak jawatan tu. Pasal pengalaman, Nurin
jangan bimbang. Anak uncle rasanya
tak kisah fresh ke otai ke, janji
yakin berkebolehan. Kalau uncle, uncle nak yang freshly graduated.
Pengalaman boleh dapat. Kalau kita tak bagi peluang, macam mana nak dapat
pengalaman. Betul tak?”
Waa.. Nurin suka cara Tan Sri Mukhriz
berfikir. Kenapalah syarikat lain tak fikir macam ni? Kalau tak, senang hidup
aku!
“Company
anak uncle kat mana?” Buatnya kat
Sabah Sarawak, jenuh jugak! Tak sanggup rasanya nak rentas laut China Selatan
dan berpisah dengan umi dan abah.
“Dekat area sini jugak. Ni kad dia,” kata Tan Sri Mukhriz seraya
menghulurkan satu kad kecil berwarna emas.
Nurin sambut dan pandang nama yang
terukir di atas kad tu.
Harraz
Naufal bin Tan Sri Mukhriz. CEO Harraz Holdings.
Hmm.. Harraz Holdings.
“Kalau Nurin berminat, uncle boleh tolong cakapkan dekat anak uncle. Biar dia aturkan interview untuk Nurin. Kalau ada rezeki
insyaAllah dapat.”
Peluang depan mata jangan tolak, Nurin.
Kalau terlepas ni sayang. Ni kira bagus dah uncle
Mukhriz nak tolong kau.
“Nurin berminat, uncle. Terima kasih sebab sudi tolong Nurin.”
“Kebetulan je, Nurin. Mungkin tu akan
jadi rezeki Nurin, kita mana tahu, kan? Apa-apa hal, nanti uncle inform balik kat
Nurin.”
“Pergilah, Nurin. Takdelah abah risau
sangat kalau kamu kerja dengan anak Mukhriz ni. Ada jugak uncle Mukhriz ni nak tengok-tengokkan kamu nanti,” sampuk Encik
Suffian lepas berdiam diri. Nurin cuma angguk.
“Tapi.. kalau Nurin dapat, uncle harap Nurin kuat semangat.”
Ek? Kenapa cakap macam tu? Nurin pelik. Syarikat tu
bela hantu ke apa?
“Kenapa uncle?”
“Takde apa-apa. Yalah.. Nurinkan baru
kerja. Anak uncle tu.. pelik sikit.”
“Pelik?” Nurin tanya balik.
“Err..
Maksud uncle, tegas orangnya. Uncle mintak kalau Nurin dapat kerja tu,
selalu sabar dan jangan patah semangat.” Tan Sri Mukhriz cepat-cepat betulkan
ayatnya yang hampir tersasul tadi. Satu je dalam kepalanya. Nurin kena dapat
kerja tu!
Nurin cuma angguk. Oo.. macam tu ke? Bila Tan Sri Mukhriz cakap anak dia pelik tadi,
ingatkan si lelaki nama Harraz tu ada tanduk ke apa. Tegas rupanya. Biasalah
kalau baru kerja kena marah. Memang kena reda je la. Ingat ke apalah tadi
sampai-sampai panjang lebar Tan Sri Mukhriz bagi pesanan penaja. Minta-mintalah
dia di dapat kerja ni. Haraplah si lelaki bernama Harraz Naufal tu baik hati
macam ayahnya juga.
----------
“Umi, baikkan uncle
Mukhriz tu,” kata Nurin tiba-tiba masa tengah tolong uminya masak makan tengah
hari. Turut turun padang kedua-dua adiknya, Nurin Ariana dan Nurin Alisa. Nurin
tahu kenapa dua orang tu rajin nak menolong. Mahu umi kejar dengan parang kalau
berat punggung. Memang pantang umi anak dara pemalas nak turun dapur. Tak
punggung kena cubit, telinga yang kena pulas. Tak turun dapur pun kena dera.
Kalau cerita kat orang lain mesti semua cakap ngeri.
Ariana yang dengar pujian Ayongnya terus
cebikkan bibir. “Eleh, Ayong tu. Mentang-mentang orang buat baik sekali, terus
dicopnya baik? Mudah nak terpengaruh betul.”
Nurin yang dengar rasa macam nak cekik
adiknya tu. “Amboi, sedap mulut kau mengata. Dengar dek abah nanti, ada jugak
yang kena sula dengan tiang lampu depan rumah tu.”
Ariana yang dengar terus sengih sebelum
tutup mulutnya. Ops! Terutuk kawan
abah pulak. Nasib baiklah abah dah keluar.
“Uncle
Mukhriz memang baiklah, Ayong, Angah. Aku tahulah sebab uncle Mukhriz selalu datang rumah masa korang berdua takde kat
rumah,” sampuk adik Nurin yang bongsu, Alisa. Yalah.. Ayongnya kerja dan
Angahnya pulak berada di UiTM Puncak Alam. Hari ni je cuti kedua-duanya ada kat
rumah.
“Siapa dia umi? Macam hebat je?” Nurin
berminat nak tahu.
Memang dia tak tahu latar belakang kawan
abah tu. Rasa macam tu kali pertama jumpa walaupun uncle Mukhriz cakap dia pernah jumpa Nurin kecik-kecik dulu.
Yalah.. zaman kecik. Faham-faham la. Hingus sendiri pun umi yang tolong
kesatkan. Manalah Nurin ingat?
“Uncle
Mukhriz tu kawan abah masa sekolah menengah dulu. Dorang memang kawan baik.
Sampailah si Mukhriz tu kena uruskan perniagaan perkapalan kat New York. Lepas
tu, lama tak berhubung. Sekarang ni baru jumpa balik.” Puan Norseha cerita
serba-sedikit tentang kawan suaminya tu.
“Oo..
mesti dia kayakan, umi?” Business
kapal tu! Mana tak terangkat?
“Kalau tak kaya, takkanlah ada title Tan Sri kat nama tu.”
“Uncle
Mukhriz ada Tan Sri? Waa..” Ariana dah teruja. Yalah.. golongan biasa-biasa
macam mereka, mana pernah punya kawan dari golongan berpangkat datuk ke, tan
sri ke. Tak sangka abahnya ada kawan berpangkat Tan Sri. Teruja!
“Tapi kenapa anak dia ada company lain?” Nurin teringat nama
Harraz Naufal tiba-tiba.
Puan Norseha angkat bahu. Manalah dia
tahu. “Tanya abah.” Senang dia jawab.
“Dia ada anak, Ayong? Lelaki ke? Bujang
lagi tak? Umi.. kalau bujang, suruhlah Ayong mengurat dia. Dapat menantu orang
kaya nanti. Umi nak tayang pun tak malu.”
“Amboi… cantik mulut kau? Aku cincang
guna pisau ni karang, nak?” Nurin dah naik angin. Adiknya yang sorang tu memang
celupar. Dasar mata materialistic betul! Nurin tunjuk pisau yang digunakan
untuk hiris daging tu. Nak buat daging masak kicap. Ada jugak karang aku gumpal
mulut budak ni buat mulut ball masak
kicap!
Tersengih Ariana bila Nurin naik angin.
Kalau dia celupar, kakak sulung dia tu pulak garang mengalahkan mak singa
tengah pantang. Tak boleh orang usik sikit, mulalah taring drakula tiga inci
dia tu nak keluar. Garang gila!
Puan Norseha geleng kepala melihat
kerenah anak-anak dara. Tiga orang tu je anak-anaknya dan semuanya perempuan.
Tak hairanlah kalau hubungan mereka semua rapat macam kawan. Jarak umur anak
mereka pun takdelah jauh sangat. Nurin dah 25 tahun. Ariana pula muda tiga
tahun daripada Nurin dan sekarang ni tengah belajar kat UiTM Puncak Alam dalam
bidang ijazah sarjana muda Farmasi. Manakala si bongsu pulak tengah tunggu
tawaran sambung belajar ijazah.
“Apa salahnya, Ayong? Dahlah kaya. Umi
rasa dia handsome la. Sebab Mukhriz
tu memang kacak habis masa zaman muda-muda dulu. Umi pun seronok kalau dapat
menantu handsome. Mesti comel
cucu-cucu umi nanti,” balas Puan Norseha.
“Umi ni..” Masam muka Nurin. Tak suka
betul bila umi masuk geng adiknya. Siap berangan sampai cucu. Entah macam mana
la orangnya lelaki nama Harraz tu. Dahlah tak kenal saper. Orang pun tak tengok
macam mana lagi. Entah-entah takde hidung. Entah-entah dah anak empat. Tak
pulak Tan Sri Mukhriz cakap tadi anak dia bujang ke tak.
“Yay..
umi! Kita geng.” Seronok macam cacing tengah aerobik budak tu bila umi sokong
dia. Haish.. tak puas hati betul
Nurin!
Nurin pandang pulak adik bongsunya yang
tengah potong sayur.
“Apa? Kalau dapat abang ipar handsome dan kaya, saper taknak weh?”
Dah.. cukup tu bagi jawapan yang
tunjukkan adik bongsunya tu dah masuk pakatan Axis sekali dengan umi dan
Ariana. Makin tak puas hati.
“Malas nak layan.” Pendek Nurin balas.
Aku rasa aku ni anak angkat la. Sebab tu
la dorang sanggup buat aku macam ni. Huhu.. sadisnya. Abah.. Masa ni la nak
baru nak cari abah.
Tergelak tiga orang tu bila dapat
kenakan Nurin.
---------
“Come in,
baby. Today is our heaven day.” Harraz hadiahkan senyuman pembunuh pembuluh
darah business class kepada perempuan
nama Qaseh tu.
Kalau nak tahu, Qaseh tu kekasihnya.
Yang ke berapa jangan tanya sebab dia pun tak ingat. Tapi, kalau Qaseh tanya
tu, mestilah dia cakap, “Youlah kekasih pertama I.” Hehe..
Tinggi, cantik, saiz badan 34-24-34 dan
yang penting seksi. Memang terus termasuk senarai calon-calon yang layak
menjadi kekasihnya.
Dan di ni Harrazlah. Siapa boleh berkata
tidak kalau dia merayu? Yang dah ada pakwe pun sanggup tinggalkan sebab dia. Dia
tak kisah kalau perempuan tu sanggup curang demi dia. Apa orang kata? The best man wins, bro! Cuma isteri
orang tu, tak pernah lagilah dia layan walaupun ada yang memang bagi hint nak berkenalan. Well.. tak minatlah! Lagipun dia tak
suka jadi peruntuh masjid orang ni. Macam lelaki dayus je.
Pantang dia senyum sikit, mulalah nak
melutut perempuan tu. Tak kiralah mana-mana perempuan pun. Memang tu yang akan
jadi. Nak-nak lagi kalau tengok lesung pipitnya. Memang pitam habis anak dara.
“Wow..
Harraz. Your house is absolutely gorgeous.”
Pujian Qaseh buatkan Harraz kembali ke alam nyata.
Qaseh pandang jejaka kacak tu. Rumah ni
serius cantik. Cantik dan mewah tahap tak ingat. Kondominium K Residence! Mana
tak cantik? Penthouse pulak tu! Mata
melilau pandang seluruh rumah yang kemas dan dipenuhi perabot mewah tu. Moden
dan sangat kena dengan gaya lelaki macam Harraz.
Qaseh keluar ke balkoni. Dari tingkat
paling atas kondominium ni, dia boleh nampak macam semut je kereta-kereta kat
bawah sana. Menghadap pulak KLCC yang tinggi ni, lagilah seronok. Pandai Harraz
cari rumah. Alahai.. lupa pulak lelaki tu anak jutawan. Apa sangatlah penthouse sebuah ni?
Harraz cuma tersenyum. Dalam bulan ni
je, entah berapa puluh kali dah pujian tu masuk telinga dia. Datangnya dari
pelbagai jenis perempuan. Koleksi perempuannya memang datang dari pelbagai
bangsa. Tak kira la melayu ke, cina ke, india ke, janji cantik dan seksi,
memang dia layan je. Kitakan satu Malaysia, tak gitu? Hehe.. Jangankan
Malaysia, perempuan serata dunia pun pernah jadi kekasihnya. US ada, German
ada. Jepun pun ada. Kalau susun atas rak, rasanya ada je kena jual second hand sebab dah tak cukup ruang.
“You suka?” soal Harraz lembut. Dah
masuk gear romantiknya. Rahsia kedua kenapa ramai perempuan tunduk dengannya.
Pantang suaranya bertukar lembut, mulalah goyang kepala lutut. Agaknya suara dia
ni ada virus yang boleh lemahkan sendi tulang perempuan.
“Mestilah suka. Cantik sangat. You patut
hadiahkan I kondo macam ni, tahu?” balas Qaseh seraya mencuit manja hidung
Harraz.
Huh.. dasar perempuan. Kalau tak
mengikis, tak sah! Tapi, takpelah.. sebab muka kau tu dah ala-ala miss universe, aku tak kisah sangat. Kira
aku bayar upahlah sebab kau dah sudi serahkan segala-galanya kat aku. Tak gitu?
Harraz senyum lagi. Bukannya kali pertama perempuan cakap macam tu kat dia. Okay.. kalau dia nak, Harraz boleh bagi.
Tak luak pun hartanya. Sebab tu je cara nak ikat perempuan.
“Hmm..
kalau suka, senanglah kerja I. Bolehlah you datang sini selalu,” kata Harraz
dengan pandangan penuh makna.
“You ni gatallah.” Qaseh gelak manja
sambil melirik pandangan menggoda pada Harraz. Faham dengan maksud Harraz.
Makin geram Harraz tengok.
Harraz mendekati Qaseh yang tengah
berdiri di tepi balkoni tu. Dengan rambut ikal mayang panjang paras pinggang,
tubuh tinggi, pakai pulak dress
separas lutut, memang Qaseh sangat cantik. Kulit pulak putih gebu. Mekap pulak
tu. Makin macam Barbie doll mukanya.
Tak menyesal rasanya hulurkan nombor telefon dulu.
Harraz mula mainkan peranannya.
Tangannya dilingkarkan ke pinggang Qaseh dari belakang. Tinggi Qaseh yang hanya
paras dagunya buatkan haruman rambut perempuan tu masuk ke dalam hidungnya.
Campur pulak dengan wangian yang disembur Qaseh entah berapa botol buatkan jiwa
lelakinya memberontak. Hmm..
wanginya! Harraz pejam mata sambil menhidu wangian Qaseh sedalam-dalamnya.
Suasana begitu sunyi. Berdua-duaan
antara lelaki dan perempuan pulak tu, faham-fahamlah apa nak jadi. Sememangnya
setan sedari tadi lagi nak tengok wayang free.
Tunggu masa nak tepuk tangan lepas wayang tamat je sekarang ni.
“You wangilah..” puji Harraz. Dah mula
terbuai.
Kali ni Qaseh pusing menghadap Harraz.
Dia senyum manis. Tangannya dilingkarkan ke leher Harraz. Pandang mata cantik
lelaki tu dengan pandangan penuh makna. Harraz tundukkan wajah. Cium pipi kanan
Qaseh. Cium pipi kiri Qaseh. Baru je dia nak bergerak ke tempat lain..
“My
songs know what you did in the dark.. my songs know what you did in the dark.. So
light em up-up-up.. light em up-up-up.. light em up-up-up.. I’m on fire..”
Haish.. saper pulak kurang asam kacau daun pada masa yang
sangat-sangat tak tepat ni? Terhenti segala apa yang Harraz nak lakukan pada
Qaseh tadi. Shit! Harraz mengeluh
keras. Qaseh juga mendengus geram. Kacaulah!
Rasa macam si pemanggil tu sengaja nak
sindir dia. My songs know what you did in
the dark. Memang my songs know what
you did in the dark betul la! Huh! Nak taknak, dia capai iPhone 5nya yang
tengah seronok buat konsert Fall Out Boy
dalam poket seluarnya tu. Lupa pulak nak matikan tak pun baling atas sofa tadi!
Si pemanggil kurang asam tu, Farhan
rupanya!
“Kau.. nak apa?” sergah Harraz bila dia
jawab panggilan sepupunya tu.
“Amboi, cantik bahasa? Takde masa nak
membebel panjang, aku cuma nak infrorm
kau yang mummy kau sekarang ni tengah
menapak ke kondo kau. So, sebelum aku
tengok perang antara mak dengan anak, sebelum kau mengadu macam-macam kat aku, baiklah
aku cakap kat kau cepat-cepat.”
“What?
Bila mummy aku datang?” kuat suara
Harraz. Terkejut semestinya.
“Tadi dia tanya aku mana kau. Aku
cakaplah kau kat rumah. So, kalau
ikut kiraannya, dalam lima minit lagi, dia sampai la tu.” Farhan buat kira-kira
dalam kepalanya.
What? Lima minit lagi?
“Damn!”
terus Harraz matikan talian. Tak tahu kepada siapa kata-kata tu. Harus cepat
selesaikan sesuatu kalau taknak tengok mummynya
terlantar kat CCU sebab kena heart attack.
Terus Harraz tarik tangan Qaseh keluar
dari rumahnya.
“Kenapa dengan you ni?” Qaseh sedikit
terkejut bila kena tarik macam lembu nak kena sembelih. Tapi tak macam lembu
yang memberontak, Qaseh cuma ikut Harraz.
“You keluar sekarang.” Selamba Harraz
menghalau.
Nganga kejap Qaseh bila dengar suara
Harraz yang keras tu. Hai.. tadi bukan main lembut, ajak dia datang rumah. Sekarang
ni dah bertukar? Tersalah tekan suis ke apa mamat ni?
“Cepatlah keluar. Kalau you taknak
keluar, kita putus.” Sekali lagi dengan selambanya Harraz berkata. Pintu
rumahnya dikuak besar-besar supaya Qaseh keluar. Jam ditoleh. Seminit dah
berlalu. Cepatlah kau keluar, perempuan!
Amboi, mudahnya! Qaseh geram tapi tak
berani nak membentak.
“Okay..
okay.. I keluar. Jumpa you nanti.”
Qaseh mengalah. Nak merajuk, nak marah pun takde guna. Sayang kalau terlepas
karung emas macam Harraz ni. Nak taknak, demi poket tebalnya, kenalah sabar.
Harraz memang macam ni. Mood tak
dijangka. Kalau datang musim mengawan dia tu, romantiknya ya ampun. Tapi kalau
datang taufan ribut petir dia tu, memang ngeri berganda-ganda.
“Hmm..
yalah.” Tak janji!
Lepas je Qaseh keluar, terus dia masuk
biliknya. Misi kedua. Hapuskan bukti! Pintu almari dalam biliknya dibuka. Semua
baju yang bukan miliknya, atau lebih spesifiknya adalah milik bekas-bekas
kekasihnya yang pernah ditinggalkan di dalam biliknya terus ditarik dan
dicampak ke dalam bilik persalinan mewahnya. Kunci supaya mummy tak boleh masuk!
Bunyi loceng. Nampaknya mummy dah sampai. Betul macam Farhan
cakap. Lima minit! Laju kaki melangkah ke arah pintu. Macam tekaannya, mummynya dah sampai.
“Eh, mummy!
Masuklah.” Tersengih-sengih Harraz pandang mummynya
yang dah macam sarjan lepas pencen yang berdiri tegak kat luar rumah. Tangan mummynya disalam.
Bulat mata Harraz bila nampak sebelah heels merah dua inci entah milik siapa
kat depan pintu masuk. Alamak! Laju je kaki Harraz menyepak masuk ke dalam stor
kasutnya. Bila tengah-tengah kecemasan ni, skill
menyepak pun rasanya hebat mengalahkan Cristiano Ronaldo yang nak sepak penalty. Kalau tak, takkanlah kasut tu boleh
masuk ke dalam stor sedangkan pintu stor terbuka sikit je. Haraplah mummy tak perasan.
Puan Sri Rosell pandang sekeliling
kondominium anak bujangnya. Mencari apa-apa yang tak patut dijumpanya. Alamak..
mummy dah buat spotcheck la!
“Mummy
kenapa tak cakap kat Harraz nak datang sini? Nasib baiklah Harraz ada kat
rumah.”
“Tak payah cakap. Sepupu kamu dah tolong
cakapkan, kan?” sindir Puan Sri Rosell.
Auchh.. mummy
sindir! Harraz sengih lagi. “Eh, Farhan tahu ke? Tak cakap pun kat Harraz.”
Menipu dan buat muka tak puas hati dengan Farhan. Taktik nak hidup, biasalah!
“Dia tak cakap ke?”
Geleng kepala lagi. “Mummy datang kenapa?” Cepat-cepat ubah
topik.
“Hai.. nak datang rumah anak sendiri pun
tak boleh ke? Nak harap kamu jenguk mummy
tu, jangan haraplah. Kalau tak sibuk dengan pejabat, sibuk layan perempuan,”
sinis Puan Sri Rosell lagi.
“Mana adalah, mummy. Harraz baru je nak balik hujung minggu ni.”
“Tak payah tunggu hujung minggu ni.
Balik dengan mummy sekarang. Daddy suruh Harraz balik. Katanya ada
benda nak bincang.”
“Bincang apa?” Harraz pelik. Takkan business kut? Janganlah dipujuknya aku
lagi untuk ambil alih syarikat perkapalan tu. Tolonglah! Tak minat langsung.
Harraz lebih suka cabaran. Hasil usaha sendiri lebih manis. Bila berjaya, baru rasa
sangat berbaloi sebab dah berpenat lelah.
Tak kut.. sebab kalaulah syarikat daddy tu jatuh ke tangannya, tak
mustahil syarikat tu tenggelam macam kapal titanic tu. Lagipun daddykan dah lama approve keputusannya untuk tubuhkan syarikat sendiri. Siap bagi
modal dan sudi jadi pemegang saham lagi. Jadi, apa yang daddy nak bincangkan?
“Mana mummy tahu. Kalau nak tahu, balik dengan mummy.”
Harraz tertanya-tanya. Pasal apa? Penting
sangat ke sampai dia kena seru balik mandatori? Sampai tak boleh tunggu hujung
minggu ni ke?
Menarik. . .
ReplyDeleteHahaha skill menyepak ye.
ReplyDeletehebat eh skil menyepak. kakakaka
ReplyDeleteGila playboy ini org...semua dia bedal..yg pntg seksi dan cantik....huh..bahaya betul....mmg betul2 watak jahat ni...
ReplyDeleteWah hebatnya si Harraz ni,... kena seru balik mandatori sebab Nurin ya...
ReplyDeleteWE WANT MOREEEEEEE!
ReplyDeletewah! sambung! sambung! sambung cepat2 tau!>_<
ReplyDeleteBest.....
ReplyDeleteBestla anjell.da lme sgt i tunggu cite ni
ReplyDelete-sweetheart87-
Nak lagi habis kat blogs ke?
ReplyDeleteUre using my name. heeee :-D Nurin
ReplyDeletealahai.bnyk je awek.smpai ke bilik tidur pulak tu.. hero mesti ad pnyakit hiv nnti..
ReplyDeletemenarik....good job akak :)
ReplyDeletei like :) :) :)
Hmm, interesting! Cpt2lah smbg eh :D
ReplyDeletetau takut...kelakar giler ..mamat ni..rasa rasa mummunya tak perasan ke...ada ke brg tertinggal kat situ..
ReplyDeletering tone dia yg xblh tahan...hehe...
ReplyDeletePergh.....best nie
ReplyDeleteBtul nyer playboy ni...
ReplyDeletewaduh...mmg best nyer playboy si harraz nih...cam bakal2 playboy akn meroyan ngan si nurin nih....smbg cecepat dek...
ReplyDeleteMenarik dn trs bkarya
ReplyDeleteGile harraz ni..dpt hiv baru tau..playboy le sangat...
ReplyDeleteNI BARU BETU-BETUL PLAYBOY SEDUNIA... SEBAB BERBILANG BANGSA... HEHEHE
ReplyDeleteBeeeeeest saaaaangat ! Dah lma tggu. Cepat sambung yer. Hihihii
ReplyDeletenaseb la enko harraz.... playboy sangat sampaikan
ReplyDeleteramai readers dah speculate harraz ni dpt hiv :-D haha
lionel messi lah...dia datang malaysia. tapi tak sepak bola. tu dia punya skill kena amik bagi Harraz...hahaha
ReplyDeleteanJell or anGel..smua dr anda mmg trBAEKKK
ReplyDelete25 dah ada master?? sounds impossible
ReplyDeletebut still enjoy reading :)
Hmmm... a friend of mine is a phD holder. He is 26..
ReplyDeleteI don't think it sounds impossible to have master if it is architechure..
nice story...layan...terbaik!
ReplyDeleteMenarik !
ReplyDeleteAnjell u gune gambar sape tu ekh??
ReplyDeleteAnjell u gune gambar sape sebagai harraz tu?
ReplyDeleteXsabar nk tngk drama ni...
ReplyDelete