BAB
14
Sejak
majlis kesyukuran Hakimi, aku selalu fikirkan Ikram. Hari tu Ikram datang
dengan Hanna. Tapi, aku nampak Ikram sering termenung. Wajahnya kusut. Aku
memang dah hafal kalau muka Ikram kalau dia tengah berserabut. Ikram ada
masalah ke? Kalau ada, kenapa dia tak cakap?
Bila aku tanya, dia cakap nervous sebab
result akan keluar tak lama nanti. Ala.. pesal nak nervous? Tu namanya nervous
tak bertempat. Nak tahu kenapa? Sebab.. si Ikram ni 4 flatter. Penipu besar
kalau dia cakap dia nervous. Padahal masa nak ambik exam hari tu, pagi besok ada
exam, petang hari sebelumnya sempat main futsal. Malam pulak sempat pergi main
snooker.
Hari tu, Ikram telefon aku. Bila tanya
kenapa, dia cakap saja-saja. So, aku layan je la. Macam tak biasa pulak
sembang-sembang dengan Ikram. Tapi, dia tanya aku satu soalan pelik.
“Can you do me a favor?”
Aku berkerut kening. Apahal pulak mamat ni
tiba-tiba serius. Nak tinggal wasiat ke apa? Aku mula tak sedap hati.
“Sure. Kalau aku boleh buat, aku akan. Apa
dia?” Sebagai sahabat mithali, aku bersetuju.
Dia diam.
“Hmm.. takpelah.” Ikram tak jadi nak
cakap.
Pulak dah. Aku angkat bahu. Kalau Ikram
taknak cakap, aku taknak paksa. Sebab aku memang kenal Ikram. Kalau dia taknak
orang tahu, better don’t ask him. Tapi, aku masih tertanya-tanya. Apa yang sebenarnya
jadi pada Ikram ni?
“Aunty.. Jom tengok Boboiboy.” Aku
mendengar suara Hafiy.
Ni sorang lagi yang asyik bermain dalam
kepala aku. Maya! Hai.. tak sangka pulak kehadirannya beri kesan kepadaku. Aku
pun pelik kenapa. Mungkin sebab hubungan aku dan Hafiy dah agak renggang. Renggang
ke? Entahlah.. aku rasa macam takde yang berubah. Aku je yang kecik hati tak bertempat. Tapi, perasaan aku ni rasa
macam aku akan kehilangan Hafiy.
Sejak majlis keyukuran hari tu, Maya makin
kerap datang rumah Aunty Fatmah. Pantang hari minggu, mesti Maya datang rumah.
Mesti dia datang bawak benda-benda yang Hafiy suka. Dalam hati, aku senyum
melihat kemesraan antara dua manusia tu. Nampak Hafiy sayangkan Maya. Dan Maya
pun langsung tak nampak menipu dalam menunjukkan kasih sayang pada Hafiy.
Macam hari ni. Hari ni hari ahad. Maya datang
rumah Aunty Fatmah dengan membawa kereta mainan kawalan jauh kegemaran Hafiy.
Melompat-lompat Hafiy suka bila dia dapat apa yang dia nak. Teruja dia
berteriak padaku sambil menunjukkan kereta mainan baru. Aku pun sengih je la.
Izz pun nampak lebih ceria bila Maya
datang. Bagi aku, Maya umpama malaikat yang datang menyinari kehidupan Izz dan
Hafiy. Mungkin Izz dah luahkan perasaan pada Maya dan Maya pun sama? Boleh jadi
jugak. Aku angguk-angguk sendiri.
“Ni
yang angguk-angguk macam burung belatuk kena ketuk ni kenapa?”
Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik bulu
ayam di tangan tak terbang sebab terkejut yang amat. Hipotesis aku hilang
entah ke mana bila disergah seseorang. Hmm.. kalau kurang asam macam ni, tak
lain dan tak bukan. Mesti Hakimi.
“Sibuk je..” Aku mencebik.
“Pandang apa tu?” Hakimi turut pandang
pada arah pandanganku tadi.
“Haa.. mengintip abang Ngah, ek? Jelouslah
tu,” bisik Hakimi sebelum dia ketawa.
Nak kena front kick agaknya mamat ni.
Mulut lepas sungguh. Nak je aku berus guna bulu ayam di tanganku. Aku tak tahu
kenapa, mungkin jarak umur yang hanya beza setahun, aku agak rapat dengan Hakimi.
“Eh.. takde maknanya la! Orang tengok
Hafiy. Suka tengok Hafiy gembira macam tu. Macam keluarga bahagia, kan? Mesti
Hafiy suka kalau Kak Maya jadi mummy baru dia,” kataku.
Memang tulah dalam kepala aku. Langsung
aku tak fikirkan abang Ngah kesayangan dia tu. Aku sayang nyawa la wei. Taknak
la aku kena lempang dengan Maya.
Hakimi turut pandang pada mereka bertiga
yang sedang menonton TV di ruang tamu. Kemudian, dia pandang aku. Bila
bertentang mata, aku jegilkan mata. Sengaja nak tutup malu bila dia pandang
macam tu. Boleh luruh iman wei. Nasib baiklah aku tahu dia ni milik Hanna.
Hakimi gelak.
“Malu la tu.” Aku mencebik.
“Dia yang tenung orang macam kita ni takde
hidung. Kenapa tenung macam tu? Nak kena korek biji mata?” Aku marah Hakimi.
Tapi dia cuma gelak.
“Sya.. awak cantik sangat,” katanya.
Aku
tunjuk tanganku padanya.
“Tengok ni. Sembilan puluh darjah bulu
roma, tau tak? Huh.. geli.” Aku buat muka geli. Dia ketawa lagi.
“Betulla. Awak cantik. No wonder kalau ada
yang jatuh cinta,” komen Hakimi.
“Siapa?” soaku bodoh.
“Sayalah.”
Huh! Bagi penampo jepun karang. Aku memang
tak boleh layan sangat mamat buaya ni. Kembang hidung sendiri dibuatnya. Banyak
yang tak daripada ya.
“Mana nak campak Hanna?” soalku.
“Dalam longkang belakang rumah?”
Kami gelak. Sengal! Aku report kat Hanna
karang, siaplah kau. Malam ni jugak kau terbang UK sebab nak pujuk Hanna.
“Awak tak sedih ke kalau Maya jadi mummy
Hafiy?” soal Hakimi tiba-tiba. Dia pandang aku macam aku ni penjenayah. Nak
jadi detektif la tu.
Hai.. apa punya soalan ni?
“Sedih jugak. Tapi, yalah. Nak buat macam
mana. Cepat atau lambat, Hafiy akan dapat mummy baru jugak. Tak mungkin saya
jadi Hafiy’s mummy forever, kan?,” jawabku mendatar. Cepat atau lambat Izz
pasti akan kahwin jugak.
“Kalau macam tu, awak je la yang kahwin
dengan abang Ngah saya tu. Then you’ll be Hafiy’s mummy forever.” Hakimi
memberikan cadangan yang buat aku rasa nak sepak je dia.
“Baik punya rancangan. Kak Maya mahu
campak mana? Dalam longkang belakang rumah?” soalku.
“Mana boleh. Tak muat. Kan dah ada Hanna.”
Aku ketawa. Hakimi sengih.
“Abang Ngah nak yang mana, mana awak tahu?
Dia tu sanggup buat apa-apa demi Hafiy. Bercinta sakan tapi kalau Hafiy tak
suka perempuan tu, abang Ngah sanggup putus dengan permpuan tu. Awak pun tahu
Hafiy sayang awak, kan?” Hakimi ingatkan aku.
“Tapi Hafiy suka Kak Maya jugak, kan?”
soalku. Hakimi angkat bahu.
“And maybe abang Ngah pun sukakan orang
lain jugak.”
Hakimi senyum lagi sebelum meninggalkan
aku sorang-sorang. Aku berkerut kening. Pulak dah.. Izz cintakan orang lain
pulak ke? Dan perempuan tu tak disukai oleh Hafiy? Lepas tu Izz tinggalkan
perempuan tu macam cerita Hakimi tadi?
Tapi, aku nampak Izz okay je dengan Maya?
Atau mungkin sekarang ni Izz sedang dalam proses cintakan Maya sebab Hafiy suka
Maya. Dan macam cerita Hakimi, Izz akan pilih perempuan yang dipilih Hafiy?
Sebab tu dia cintakan Maya?
Haish.. Banyak sangat pulak dah persoalan
dalam kepala!
---------
Aku
sengih memanjang. Macam mana tak sengih. Hari ni result keluar. Orang yang aku
cari mestilah abang. Mana abang ni? Pintu bilikku diketuk. Mesti abang!
Cepat-cepat aku menyorok belakang pintu. Bila pintu dibuka, macam yang aku
agak. Abang Q. Mesti dia pelik bila tengok katil aku kosong. Hehe..
“Abang!!” jeritku kuat. Seraya itu, aku
lompat ke atas belakang abang. Leher abang aku peluk daripada belakang.
“Adoi..” Abang Qairul turut terjerit.
Pasti terkejut bila tiba-tiba aku lompat atas belakang dia.
“Oit, ingat awak tu ringan macam Hanum ke
nak kena abang gendong?”
Aku yang mendengar terus melompat turun.
Mata dibulatkan pandang abang.
“Oo.. dah pernah gendong Kak Hanum ya
sebelum ni? Nak cakap kat papa. Papa..”
Aku ingin berlari keluar bilik sambil
menjerit panggil nama papa. Tapi, abang Qairul cepat-cepat tarik tangan aku.
“Papa.. Abang kan..”
Abang tutup mulut aku dengan tangannya.
Nak lemas aku rasa. Terjerit-jerit aku. Tapi suara tenggelam dalam tangan
abang. Ha.. tahu pun takut kalau nak report kat papa. Aku tahu abang bergurau
je tadi. Mana mungkin dia gendong Kak Hanum. Pegang tangan pun tak pernah.
Bukan aku tak kenal abang. Hidup penuh pantang larang. Tahu dek papa aku rasa
mahu kena sula keliling bandar KL ni.
“Nak bunuh orang ke?” Aku marah abang bila
tangannya dilepaskan. Abang mencebik.
“Yang hyperaktif sangat ni kenapa?” soal
abang.
Bila dia tanya macam tu, makin sengih
lebar aku.
“Hari ni result keluar. Sya dapat 3.83.”
Aku bersorak gembira.
“So, gembira la tu?” Soalan abang buatkan
muka aku masam. Hsh.. dia ni! Adik dia gembira bukannya nak tumpang gembira.
“Mestilah.. Sakit kepala nak exam hari tu
berbaloi jugak. Ada hasilnya,” jawabku.
Walaupun tak dapat 4 flat, tapi aku tetap
gembira. Janji lepas dekan. Nak dapat yang ni pun seminggu aku tak tidur. Aku
ni bukanlah bijak sangat macam si Ikram. Huh.. Ikram tu, aku tak tanya pun dah
tahu. Konfom 4 flat. Malas aku nak dengar jawapan mamat tu. Takde nada langsung
kalau menjawab. Tak boleh nak agak. Gembira ke? Mestilah gembira. Bukan orang
namanya kalau tak gembira dapat result gempak macam tu. Hai.. tiba-tiba rindu
Ikram pulak.
“Ala.. la.. merajuk pulak intan payung
Avon ni. Abang tahu adik abang ni bijak macam abangnya jugak. Sebab tu lah
abang dah sediakan hadiah ni.”
Abang keluarkan sesuatu daripada poket
seluarnya. Aku nampak benda berkilau-kilau. Apa dia? Abang letakkan dalam
tanganku. Gelang perak campur berlian. Mak ai.. cantik gila! Aku senyum balik.
Tak jadi nak merajuk.
“Cantiknya.. Terima kasih. Saaaayangg
abang.” Aku peluk abang. Abang gelak.
“Pakailah.”
Aku hulurkan pergelangan tanagn kananku
pada abang.
“Nah.. pakaikan.” Aku sengih.
“Manja betul. Nak pakaikan suruh orang.
Ingat orang ni suami dia ke?” Abang membebel. Tapi tangannya tetap memakaikan
gelang itu. Bila dah berada di tanganku nampak sangat cantik. Aku sengih lagi
pada abang.
Sayang abang! Memang abanglah lelaki
terbaik pernah aku kenal. Lepas abang kahwin, mesti aku sedih. Kalau aku nak
kahwin, aku akan cari orang macam abang. Baik, penyanyang, memahami, pendek
kata sempurnalah. Tapi, ada lagi ke sekarang? Macam dah pupus je? Untunglah Kak
Hanum dapat abang. Huhu..
----------
Sedar
tak sedar, hampir dua bulan aku bekerja dengan Aunty Fatmah. Berada di rumah
Aunty Fatmah dan mengenali keluarga Aunty Fatmah adalah sebahagian daripada
aku. Mesti aku merindui semuanya nanti. Hafiy sudah tentu. Walaupun mungkin dia
akan dapat mummy Maya, tapi aku tetap nak jadi mummy dia. Tapi, aku tak tahu
Hafiy masih anggap aku sebagai mummy dia lagi atau dia sepenuhnya inginkan Maya
menjadi mummynya. Sebab aku nampak mereka berdua amat rapat.
Mak Mah, orang gaji lama Aunty Fatmah dah
habis bercuti. Bermakna, tamat sudah tugas aku di rumah Aunty Fatmah. Aunty
Fatmah ucapkan terima kasih sangat-sangat kepadaku sebab sudi membantunya. Akhirnya,
tiba juga hari terakhir aku bertugas di rumah besar ni. Banyak betul memori.
Tulah.. nak mula kerja dulu, bukan main payah. Tapi bila nak berpisah, sedih
pulak. Biasalah.. adab dunia.
Aku nak jumpa Hafiy, tapi Hafiy keluar
dengan Izz dan Maya. Mereka ajak aku. Tapi, aku malas nak ikut. Taknak kacau
daun. Lagipun aku sedang sibuk uruskan jadual kuliah yang bakal bermula
beberapa hari je lagi. Kali ni Hafiy tak merayu padaku lagi. Kalau
kebiasaannya, Hafiy akan buat muka comel, pujuk aku sampai aku cair. Sampai aku
nak ikut dia.
Kini tak lagi. Kecik hati aku! Hmm.. Aku
mengeluh sendiri. Aku rindukan saat-saat macam tu. Sebelum aku kenal Maya.
Melampau sangat ke kalau aku cakap yang Maya ni penyibuk? Mungkin aku yang
patut sedar yang sebenarnya akulah yang menyibuk. Antara Hafiy, Izz dan Maya
sepatutnya aku tak ada.
Aku tunggu sampai pukul 7.00 malam. Tapi,
mereka tetap tak pulang-pulang lagi. Gembira sangat keluar agaknya sampaikan
hari terakhir aku di rumah ni pun mereka tak ingat? Huhu.. sampainya hatimu.
Yang aku ni pulak touching berlagak macam nak pergi bulan je gayanya pe kes?
Haha.. Chill, Qisya. Tiap yang bertemu mesti ada perpisahan. Cewah..
“Bye, Aunty Fatmah.” Aku salam tangan
Aunty Fatmah. Dah nak balik dah. Abang dah menunggu dalam kereta.
“Terima kasih, Sya. For everything.” Aku
senyum. Dah berapa kali dah aku dengar daripada mulut Aunty Fatmah.
“Bye, Kimi.”
“Bye. Nice to meet you, Sya. I hope I can
know you better after this. Saya harap
lepas awak keluar daripada rumah ni, hubungan awak dengan keluarga ni takkan
terputus,” ujar Hakimi.
Aku senyum tawar. Mana mungkin aku lupakan
rumah ni. Lupakan keluarga ni. Lupakan Hafiy. Mungkin kekangan waktu nanti,
buatkan aku sibuk dan jarang dapat datang ke sini lagi. Lagipun, university aku
bukan di kawasan ni.
“Mestilah. Dan awak pulak, jangan pernah
lupa pulak rumah ni pernah ada bibik cantik macam saya.” Hakimi gelak.
Aku berjalan ke arah kereta abang. Abang
tunggu dalam kereta. Penat baru pulang bekerja. Tengah tidur dalam kereta
agaknya. Ketika itulah aku nampak kereta Izz masuk ke perkarangan rumah. Aku
yang nak buka pintu terus tak jadi.
“Mummy!”
Aku berpaling. Ketika itu Hafiy datang
peluk kakiku.
“Pak Su cakap hari ni mummy nak pergi. Pak
Su cakap mummy takkan datang lagi lepas ni. Betul ke?” soal Hafiy.
“A’a.. Nek Mah dah datang. Mummy pun nanti
nak sambung belajar.”
“Mummy janganlah pergi. Hafiy sayang mummy.”
Hafiy dah menangis. Aku yang tengok pun rasa macam nak nangis.
“Mummy sayang Hafiy jugak. Hafiy jangan
bimbang. Rumah mummy bukannya jauh pun dari sini. Nanti Hafiy datanglah rumah
mummy. Kalau mummy ada masa lepas ni, mummy datang jenguk Hafiy.” Aku pujuk
Hafiy.
“Hafiy, dengar daddy, sayang. Mummy Sya
bukannya nak pergi jauh. Nanti kita boleh jumpa dia lagi.” Giliran Izz pulak
pujuk Hafiy.
Tapi tak jalan. Makin kejap Hafiy peluk
kaki aku.
“Kalau mummy pergi, saper nak jadi mummy
Hafiy lagi?” soal Hafiy.
“Hafiy.. jangan sedih-sedih macam ni.
Kalau mummy Sya pergi, Aunty boleh jadi mummy baru Hafiy,” celah Maya. Cuba
nasib untuk pujuk Hafiy.
Aku pandang Maya. Ya.. Maya boleh jadi mummy
baru Hafiy. Mungkin Hafiy sedih nak berpisah denganku. Tapi tu pun kejap je la.
Lepas Maya jadi mummy dia, mesti dia gembira nanti. Mesti dia takkan sedih
lagi.
“Nanti Aunty Maya jadi mummy baru Hafiy.
Hafiykan sayang Aunty Maya,” kataku separuh ikhlas.
“Mari dekat Aunty, sayang.”
“Taknak! Hafiy taknak mummy lain. Hafiy
nak mummy je. Hafiy tak mahu orang lain jadi mummy Hafiy. Hafiy nak mummy Sya
je!” jerit Hafiy.
Aku pandang wajah Maya. Riak wajahnya agak beubah bila Hafiy berkata sebegitu.
“Okay.. Hafiy, masuk dulu dengan Aunty
Maya. Daddy janji yang mummy Sya akan terus jadi mummy Hafiy. Forever.”
Aku pandang Izz bila dia cakap macam tu.
Berani betul cakap macam tu. Cari nahas betul! Buatnya budak tu tuntut janji
macam mana? Izz ni cakap main lepas je.
“Daddy promise?” Hafiy pandang daddynya.
“Yes.. promise.” Izz tarik Hafiy daripada
peluk kakiku.
“Can I talk to you for a minute? Only both
of us.” Izz tanya aku.
Aku pandang tempat duduk abang. Macam yang
aku agak, dia tengah tidur. Lena betul dia tidur. Sampai-sampai drama satu
babak kat luar kereta dia dah habis pun tak perasan. Abang.. abang..
Aku angguk.
------------
“Tak
boleh ke awak terus jadi mummy Hafiy?” tanya Izz. Ketika itu kami cuma berdua
di taman rumah. Hafiy ikut Maya ke dalam rumah setelah dipujuk Izz tadi.
“Saya tak layak. Kak Maya boleh jadi mummy
baru Hafiy.”
“But, Hafiy only wants you.”
“And you only want Maya.” Izz pandang aku
bila aku cakap macam tu. Dia jeling aku tajam.
“How do you know?”
How do you know? Maksudnya memang betullah
telahanku sebelum ni.
“From your eyes,” jawabku yakin. Izz
tergelak. Tapi amat sinis pada mata aku.
“If you can see in the depth of my eyes,
tell me what do I feel right now?” cabarnya.
Aku pandang mata hijau-birunya. Tajam
pandangannya kali ni buatkan aku hanya bertahan tak sampai sepuluh saat. Panahan
matanya terus ke hati. Dadaku berdebar hebat. Tak.. tak mungkinlah kalau dia
ada hati padaku? Argh.. tidak! Teori aku selalu mengarut dan tak boleh pakai.
“I still love you, Maya?” Izz ketawa sinis
sebelum geleng kepala.
“Failure. Kalau tak tahu, jangan nak
memandai jump to a conclusion.”
Aku diam.
“Hafiy is my priority. Whatever makes him
happy, I’ll try to get it. Hafiy only wants you to be his mummy. Not Maya.”
“Habis, nak suruh saya buat apa? Marry
you?” Aku dah agak bengang. Buat gila la tu!
“Good idea. Marry me.”
“Jangan nak buat gila la. Awak sayang
Maya. Takkan awak nak tengok Maya sedih. Awak sanggup ke hilang Maya?” soalku. Aku
main-main je lah pasal kahwin tu. Huh.. macamlah aku nak kahwin dengan dia. Nak
kena kapak dengan papa?
“Three reasons. First, Saya dengan Maya
bukannya ada apa-apa. Second, demi Hafiy, I’ll do anything..”
“And third, maybe because I love you.”
Aku gelak. Apa terdesak sangat ke Izz nak suruh
aku bersetuju sampai sanggup cakap dah jatuh cinta dengan aku? Ingat aku
cairlah dengan ayat Leonardo DiCaprio dia tu? Ingat aku percaya lepas tu setuju
nak ikut idea gila dia tu? Huh.. malam sikit la! Macamlah aku tak dengar
perbualan dia dengan Hakimi hari tu. Macamlah aku tak faham bahasa mata antara
dia dan Maya.
“Don’t lie to me. Saya tak percaya. Jangan
sebab nak saya jadi mummy Hafiy, awak tipu hati awak sendiri. You go and marry
Maya and Hafiy will have a new mom. Sooner or later, Hafiy will accept Maya,”
balasku.
“I promised Hafiy to have you as his
forever mummy and I won’t break it. I’ll do anything to take you as wife, Qisya
Iris..” Dia pandang aku.
“Anything!”
--------
Dah
dua hari perkara tu berlalu. Tapi aku masih teringat lagi kata-kata terakhir
Izz. Bulu roma aku rasa macam berdiri. Macam mana kalau dia buat gila? Culik
aku contohnya. Aku cerita kat abang. Boleh dia gelakkan aku. Dia cakap tak
mungkin Izz buat macam tu. Dia kenal Izz. Izz takkan buat macam tu, percayalah.
Huh.. ingat aku percaya kata-kata abang tu?
Lupakan pasal Izz dulu.
Ikram call aku. Dia cakap nak jumpa di
KFC. Bila aku tanya kenapa, dia cakap sebab saja-saja nak lepak denganku
sebelum kuliah bermula dua hari lagi. Lagi, dia nak raikan kejayaan kami dapat
keputusan cemerlang untuk exam kali ni. Untuk aku je la sebenarnya sebab mamat
tu memang sepanjang sem dapat result gempak. Kali ni dia belanja.
“Ingatkan dah tak ingat kat aku. Lama
membisu,” tegurku bila tiba di KFC. Semasa aku tiba, Ikram dah tiba. Siap
orderkan makanan lagi.
“Buzy sikit la wei..” Dia sengih.
“Syuk mana?” soalku.
“Cancel last minute. Katanya balik kampung
kat Jitra nu ha.”
Oo.. Syuk balik kampung rupanya. Tak
khabarkan padaku pun.
“Pe kelas la kau ni. Belanja member masuk
KFC je?” ejekku. Ikram ketawa. Hmm.. baguslah. Aku nampak Ikram agak ceria
walaupun aura sedih tu tetap ada.
“Aku nak belanja kira cukup baik, tahu
tak?” Ikram marah. Aku gelak.
“Ikram, kenapa kau nampak sedih je?” selidikku.
Dia angkat bahu.
“Mungkin kita takkan jumpa lagi semester baru
ni.” Aku terkejut.
“Kenapa?”
Dia ketawa.
“Haa.. tahu pun takut. Sayang aku la tu.”
Aku mencebik. Main-main pulak mamat ni. Bimbang betul aku bila dia cakap macam
tu.
“Dah.. makan. Jangan tak habiskan pulak. Aku bukannya kaya macam kau,”
kata Ikram. Sempat pulak sindir aku.
“Aku hempuk dengan dulang ni karang,”
ugutku sambil pegang dulang coklat KFC. Ikram sengih.
“Kau ni garang sangat la.” Aku mencebik. Dah
tahu cari pasal jugak dengan aku.
Kami
makan-makan. Kami sembang-sembang. Tak sedar dah pukul lima petang.
“Kenyang perut aku makan orang belanja
ni.” Aku sengih pada Ikram. Kami keluar daripada KFC. Masing-masing dah nak
balik. Ikram berjalan ke tempat motornya diparking.
“Balik dulu beb. Kau balik dengan apa?”
“Driver datang ambil.” Abanglah driver tak
bergaji aku. Haha..
“Nak tumpang aku?” Aku jeling dia. Dah
tahu aku ni macam mana, saja nak kenakan aku, ya?
“Helmet takde,” balasku.
“Motor sebelah punya ada,” katanya sambil
muncungkan mulut pada motor Honda sebelah.
Aku ketawa. Sengal betul!
“Kau pilih, nak kena terajang dengan bapak
aku atau nak kena penampar jepun abang Q?” Aku angkat kening. Mahu aku jadi BBQ
kalau mereka tahu aku bonceng motor dengan lelaki. Ikram pulak yang ketawa.
“Patutlah kau tu takde boyfriend sampai
sekarang. Semua lelaki takut nak tackle kau. Takut kena hukum dengan tok
majistret. Takut kena varnish dengan lawyer.” Ikram geleng kepala. Aku
tersengih. Memang betul kata-kata Ikram.
“Takpelah. Aku cau dulu.” Ikram pakai
helmet.
“Jumpa Isnin nanti.” Dia angkat tangan
sebelum berlalu pergi.
Maka tinggallah aku sendirian. Aku
menelefon abang. Abang Qairul cakap mungkin dia lambat sikit. Dia suruh aku
tunggu di bus stop depan sana. Senang katanya. Tak payah masuk KFC yang tengah
sesak tu. Aku akur.
Aku berjalan menuju ke bus stop. Sampai
belakang bangunan, aku rasa tubuhku ditarik dan dipeluk dari belakang oleh
seseorang. Terus mulut dan hidungku ditutup oleh manusia itu. Aku cemas. Aku
cuba jerit minta tolong, tapi suara aku tenggelam di balik kain itu. Aku meronta
untuk lepaskan diri. Tapi, makin aku meronta, makin kejap tubuhku dipeluk.
Pergerakanku terkunci. Dia kejapkan lagi tekupan di mulut dan hidungku. Tanganku
cuba rungkaikan tekupan itu tapi aku terhidu sesuatu daripada kain itu. Sesuatu
yang buatkan tanganku yang cuba merungkai lemah. Sesuatu yang buatkan segala
otot tubuhku makin tak berdaya. Dan mataku pula makin memberat.
Akhirnya, gelap duniaku.
--- POOR TO MY READERS.. HARI NI MOOD SAYA BAIK..HUHU..SILALA LAYAN YA.. : )
--- POOR TO MY READERS.. HARI NI MOOD SAYA BAIK..HUHU..SILALA LAYAN YA.. : )
wah..suspen btul... update cpt2 ye anjel....
ReplyDeletenk lagi...
ReplyDeletehehe
suspen..i want more..wats next?i guess yang buat benda tu izz kan??
ReplyDeleteUuu...what a
ReplyDeleteSuprisee!!!
Izz kah itu? Cik writer, nexttt!! :p
Erkss... Wat happenn??? Sapa lak culik qisyya tuu.. Aduhaiiii.. Help!!
ReplyDeleteEh eh hafiy ni.. Tyme mummy ader wat tatau jer.. Dh last day br nnak sedey.. Kalo ai pon terasa yooo...
Wondering apa hbgn izz ngn maya.. Maya cm terrlebih jer ;p
hehehe,,,, x sbar nk thu smbngan,,,
ReplyDeletensb baik x btul2 lps raya,,,,hehehhe
Wah saspen betul ni.. Sape la yg berani2 buat kat qisya camtu? Adakah izz atau maya upah org?? Huhu x sbr nk tunggu next entry
ReplyDeleteBest2...plz anjell update cpt2...xsbr dh niiiiii
ReplyDeletesuspense!!!
ReplyDeleteBukan Izz tu... Mungkinkah sepupu x cukup kain tu punya akal?
ReplyDeleteRasanya mesti izz yg culik sya sbb tu sya marah sgt msa hari nikah. Btlkah andai ku ini?? Huhu. Cant wait!!!!
ReplyDeletesmbung lg plizzz...., jgn lame sgt. Tak sanggup tgu after raya
ReplyDeletenk lagiiii....
ReplyDeletewah n3 best sgt2 sya suka sy suka ... penuh mendebarkan di akhir n3 ni tak sabarnya nak lagi hihihi
ReplyDeletewoww!!! best..
ReplyDeleteapa terjdi ni???
suspen..tkut lak..
Oh nOOOO!!!!!!
ReplyDeleteApa dah jadi???
Qisya kena culik ke????
Waahh best cerita ni sampaikan saya ternanti2kan sambungannya....
ReplyDeletewhatttt kena culik sape yg culik ni...ayoooooo
ReplyDeletex kan izzzzzzzzz kot...hheheh
apa dah jadi... sap yang dok main tekup2 nie... suspen sggh la.
ReplyDeleteni ada kena mengena dengan Izz ke???
ReplyDeletecepat sambungggg....
Thanks thanks thanks! Wahhhhh. Hehe. apakah?!
ReplyDeletetolong la smbung yea... huhu.. suspen ni..
ReplyDeleteCEPATLAH SAMBUNG YA TQ.
ReplyDeleteeee..xkn izz smpai wt cm2 kot..tah2 maya yg clik x??suspen nie..
ReplyDeleteoh my.. what happen?
ReplyDeleteohoho, update cepat2 nanti tau. :3
oih apa nie suspen nyer anjell .. jgn lah buat sya menderita x tdor mlm nk tngu next entry nie.. huhuhu T_T
ReplyDeletesurprisee!!!
ReplyDeleteagk2 sape yg wat 2 ek??izz ke???
hoho...cpt2la update cik penulis...
Woohoo, ini yang buat makin tertanyatanya ni. :)
ReplyDeleteNak lagilah ...... cepat sambung.............
ReplyDeletewoooo suspen nieg...sapa ya culik QISYA ni..izz ka???hakimi ka??? or ikram..hehehe.. cik WRITER cpat2 taw smbong...
ReplyDeletebtol2 surprise...
ReplyDeleteklu ikut i, nak jew mntk anjell smbg tanpa henti..hehhe...
besh la...
sambung ag ae...
every secong sy stalk blog anjell sbb nk tw klu anjell ad post new n3...
plzzz...post ASAP ekkk...?
<3 <3 <3
suspen nyer.... xkan kena culik utk dinikahkan ... ish ish ish... suspen suspen...cik anjell sambung la cepat ... best best
ReplyDeleteYe anjel memg baik...so nak lagi okay...xkan nak tahan suspen smpi raya kan kan
ReplyDeleteaduh...suspen, suspen......
ReplyDeleteya Allah, aku pohon padamu di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Biarlah mood Anjel sentiasa ada untuk menyambung crita sps niee.. huhuuuu....hope2 cpt la dpt bce next n3.tq
ReplyDeleteaminnn...
Deleteamin..hehe
Deletetengkiu so much cik anjell for ths n3.. lebiu ! (xyah tggu raya.. hehe) the plots getting better and better.. izz mmg sweet, sgt sesuwai ngan tajuk novel ni.. hihihi.. and part Qisya's last day tu mmg best ! as a reader pon myself terasa hiba.. hehehe.. good job cik anjell !
ReplyDeletefuhhh!!!!suspen betul..
ReplyDeletethank you! thank you! thank you! cepat2 laa sambg next entry tauu. suspen betul. tak sabar ni. please! please! please! :D
ReplyDeletesiapakah penculik itu????..
ReplyDeletebagaimana...
apa pun tengkiu angel...best...sambung la lagi...
emmy
x sbr nk thu sapa yg culik qisya...
ReplyDeletesaapens btul.....
tq anjel nnti smbung lg ea...
Sambung lagi ekkk!!!!!!!
ReplyDeleteadusss...suspennye entry nih.. ape jadi kat qisya..mane abg izz hero ni. cepat le tolong qisya. ke abg izz yg culik??
ReplyDeleteuwaa...
salam. anjell nak lg~~~~~Ni yg saspens ni... =.=' Smbung cpat tawwww please~~~
ReplyDeletesedihnya waktu qisya last day :'( barulah hafiy nak layan qisya tu ye..ish ish ish.
ReplyDeletejangan-jangan lah kan, izz yang plot tuk culik c qisya ni sebab tu lah qisya benci kat izz waktu diaorang bernikah. mmmmm.. cik anjel,cepat2 lah update ye? hehehe. thank you for the awesome entry!
saya pon rasa izz atau org upahn izz yg culik qisya. cara licik nak jerat qisya supaya kawen ngan izz...ekekeke.. x sabo2 nak tggu next n3 dah ni.. ^__^
DeleteAssalamu'alaikum.anjell~~~nak lg~~~mmg saspens la.x dpt nak jangka siapa penculik tu.==’
ReplyDeleteI baru jumpa blog awk ni smalam lpas trbca blog awk d komen SPS ni kat p2u. sharian saya hbiskn jjak bsiar2 kat blog ni. EC gn SPS ni saya dh bca hbis.nk lg~~~ (^^,)'
Deletewaalaikummusalam..welcome to my blog then.. :)
DeleteTerbaek la bab14.. suke sgt2..
ReplyDeleteThe way u wrote mmg difrent la.. cool bebehh
Mmg species cm u ni da xde kt bumi.. only u.. =)
kenape lah ceritew nie best sgt
ReplyDeletecerita ni makin best...
ReplyDeletex sabar nak tau n3 seterusnya..
plsss sambung cpt2...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya baru je jumpa blog kak...
so saya baru je la baca novel ni...
n saya rasa ikram yg punya kerja...
I feel the same way 2.. But utk ape mmat 2 wat cmtu???
DeleteIes@-ro¢k
haa, sape buat tu? takkan Izz kot,
ReplyDeletesape punye angkara tu..sian nyer qisya..
ReplyDeleteErr. Silent reader smpi la tergerak hati nak komen sebab i saw JITRA! Bangga skjp ad jgak yg tahu my place. Aau! Aau! And this is a fact, u're a one good writer! :D
ReplyDelete