Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 30 April 2012

Eksperimen Cinta (BAB 36)

BAB 36

Selalu macam ni. Bila Tengku Aaron yang bertindak sesuka hatinya, mesti Damia yang akan rasa seksanya. Arghh.. bencinya. Nak dekat sejam dia gosok gigi dan berkumur untuk hilangkan segala kesan. Kalaulah guna Clorox tu tak bahayakan nyawa, memang dia dah guna Clorox buat kumur. Bagi segala jenis virus pun dihapuskan.

     Taknak ingat dah. Rasanya nak je dia berdoa biar dia tergelincir dalam bilik air, kepala terhantuk kat bath tub, lepas tu hilang ingatan. Kalau mati cemana? Hish.. tak boleh! Tak sanggup.. tak sanggup..

     “Dream of me..” teringat kata-kata terakhir Tengku Aaron. Tak sangka pulak jadi kenyataan. Makbul pulak doa dia. Damia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh termimpikan lelaki itu. Itulah sebabnya dia boleh bangun seawal 4.30 pagi tanpa tidur semula. Terkejut dengan mimpi punya pasal. Tak pernah-pernah dia mimpikan dia dan Tengku Aaron berkejar-kejaran di dalam sebuah taman yang serba putih. Hish.. mengarut! Main kejar-kejar macam kanak-kanak riang ria ribena. Kalau tahu dek mamat tu, mati aku kena gula. Barulah aku pulak yang kejar dia guna parang.

     Damia.. Damia.. Lain kali tidur basuh kaki. Kan dah dapat mimpi ngeri tu.

     Seawal jam 6.00 pagi dia dah bersiap untuk pergi kerja. Kemudian, Damia melangkah ke bilik tepi. Maksudnya, tugasnya menjadi tukang kejut Tengku Aaron untuk solat Subuh juga kembali seperti biasa. Bukan sahaja sebagai tukang kejut tapi semuanya dah kembali seperti normal. Tukang gosok baju. Tukang buat breakfast. Dia terfikir. Seminggu Tengku Aaron berada di Kanada, siapa yang buat semuanya? Terutama sekali yang kejutkan bangun solat Subuh. Jangan sampai dia tak solat Subuh dahlah. Nauzubillah..

     “Aaron.. Aaron..” panggil Damia kuat berselang-selikan dengan ketukan pintu. Naik lenguh tangannya tapi pintunya tak juga terbuka-buka. Ni mesti kes malas nak bangun ni. Tengku Aaron penat sangat agaknya. Patutnya dia ambil je cuti hari ni. Tapi ni tak. Asyik nak kerja je. Damia geleng kepala sendiri.

     “Aaron.. bangunlah. Dah subuh ni.” Damia ketuk lagi.

     Kali ini baru pintu bilik Tengku Aaron dibuka dari dalam. Terjengul muka Tengku Aaron yang agak pucat dengan rambut kusut masai. Nampak muka Tengku Aaron, dengan automatiknya flashback kisah semalam. Malunya aku! Nak hantuk-hantuk je kepala orang depan ni rasanya. Tapi Damia cuba control bagaikan tiada apa yang berlaku. Umpamanya kisah semalam hanya mimpi ngeri dan dia telah mengalami amnesia.

     “Ada apa?” serak suara Tengku Aaron bertanya. Tanda dia memang baru jaga. Masih mamai sepuluh peratus. Kepalanya terasa berat.

     “Dah subuh. Awak kerja hari ni, kan?” Damia mengekor Tengku Aaron masuk ke biliknya.

     “A’a.. Yang kau ikut aku masuk bilik ni kenapa?” berkerut kening Tengku Aaron dengan Damia. Biasanya punyalah susah nak jejak kaki ke biliknya melainkan kalau ada sesuatu. Dah nak serah diri sebab semalam ke? Tersenyum sendiri Tengku Aaron mengingatkan semalam. Nak ketawa Tengku Aaron dengan pemikirannya sendiri. Kalau Damia tahu ni, mampus dia.

     Melihat senyum Tengku Aaron yang bagaikan nakal itu membuatkan Damia malu dan sakit hati. Mesti fikir yang bukan-bukan tu. Tak pun mesti pasal semalam punya. Hish.. bencinya aku! Eleh.. ingat aku ni kempunan nak masuk bilik kau ke?

     “Ingat saya teringin sangat ke nak masuk bilik awak ni? Saya nak gosok bajula.” Damia menjelaskan tujuan sebenar. Kakinya melangkah ke almari pakaian Tengku Aaron. Hatinya membebel. Kalau taknak aku masuk bilik kau, letak almari kau ni dekat luar. Kerja aku pun mudah.

     Tengku Aaron cuma diam. Kakinya melangkah ke sofa. Damia yang melihat suaminya kembali berbaring atas sofa hanya mampu geleng kepala. Nak sambung tidur la tu. Damia membiarkan Tengku Aaron.

     Selesai mengosok baju, Damia melihat Tengku Aaron masih berbaring. Cuma kali ini dah diupgrade sikit baring atas katil. Siap berbungkus gebar lagi. Ewah.. melampau! Dah solat Subuh ke belum ni? Selesai menyangkut pakaian Tengku Aaron yang sudah digosoknya, Damia berjalan ke katil. Nak kena mamat ni. Sejak bila pulak liat sangat nak bangun ni?

     “Aaron.. Aaron. Bangunlah. Dah solat ke belum?” panggil Damia. Tapi Tengku Aaron sikit pun tak beriak. Sudah dikuatkan suara tapi masih sama. Dia ni.. kalau Alia, memang aku dah cubit punggung tu! Damia geram dengan suaminya itu. Nak buat apa ni? Terpaksalah Damia guna tangan. Kalau masih tak sedar, memang kena guna kaki agaknya!

     “Aaron.. Dah solat ke belum?” Damia menggoncang bahu Tengku Aaron yang dibaluti gebar itu. Nasib baik ada gebar. Kali ini Tengku Aaron memberi reaksi. Tapi reaksi yang menyakitkan hati. Dia berpusing membelakangi Damia sambil merapatkan lagi gebar ke tubuhnya. Panas hati Damia. Kejutkan mamat ni bangun tidur amat-amat menguji kesabaran dan stamina.

     “Aaron.. bangunlah. Dah pukul berapa ni.” Goncangan di bahu Tengku Aaron dikuatkan.

     “Hihh.. kau ni! Bisinglah. Aku dah solat la,” omel Tengku Aaron dengan mata yang tertutup.

     Terasa kewujudan Damia di situ betul-betul mengganggunya. Tengku Aaron mengubah posisi tidurnya. Ketika itulah kepala Tengku Aaron jatuh atas tangan Damia. Terasa tangannya macam tengah pegang mug nescafe. Panas! Damia meraba-raba dahi Tengku Aaron. Betul panas. Ya Allah.. Tengku Aaron demam rupa-rupanya. Patutlah muka dia pucat semacam.

     “Aaron.. Awak sakit ke? Awak sedar tak ni?”

     Tengku Aaron tak menjawab. Yang kedengaran hanyalah erangan Tengku Aaron. Damia dah mula cemas. Sakit ke dia? Apa nak buat ni? Seumur hidupnya, mana pernah jaga orang sakit. Biasanya umi yang jaga dia yang sakit. Nak buat apa ni?

     “Mummy..” Damia mendengar Tengku Aaron memanggil mummy. Hah? Takkan nak panggil mummy datang sini kot? Habis aku sebagai isteri dia ni apa gunanya? Tak pasal-pasal sebakul dibebel mummy. Belum tambah dengan umi kalau umi tahu.

     “Awak tak payah pergi kerjalah hari ni. Nanti saya call Adam.”

     Damia mencapai android phone yang berada di kepala katil. Kali pertama dia mencabuli privasi Tengku Aaron. Tak pernah-pernah dia menyentuh telefon lelaki itu tanpa kebenaran. Tapi kali ni terpaksa. Sebab dia mana ada nombor telefon Adam.

     Damia scroll ke bawah senarai kenalan Tengku Aaron. Naik juling mata dia melihat senarai wanita. Baby Linda.. dan senarai baby-baby yang lain. Ish.. ish.. ish.. baby pun nak tackle ke? Honey Emelda.. dan honey seangkatan dengannya. Sweetheart Suzy dan macam-macam sweetheart lagi.

     Hish.. tak sanggup Damia nak tengok lagi. Cepat-cepat dia call Adam. Nasib baik Adam tersenarai paling atas. Selepas menelefon Adam, Damia menelefon pula Doktor Helmi, doctor peribadi keluarga Tengku Aaron. Dengan keadaan Tengku Aaron sebegitu, terpaksalah Damia turut sama mengambil cuti.

     -----

Jam di dinding berdenting sebanyak Sembilan kali menunjukan sudah pukul Sembilan pagi. Sejak keluar dari bilik Tengku Aaron, Damia tak pernah lagi menjenguk lelaki itu. Biarkan dia berehat dulu. Doctor Helmi juga yang cakap yang Tengku Aaron jatuh sakit sebab tak cukup rehat dan terlalu penat bekerja. Satu suntikan pun dah diberi.

     Damia memasak bubur khas untuk Tengku Aaron. Menu sarapan pagi itu iaitu nasi goreng terpaksa dibatalkan. Mak Som yang datang bekerja menyenangkan tugas Damia untuk menguruskan suami yang sakit. Tak perlu lagi susah hati nak kemaskan rumah.

     Semangkuk bubur ditatang masuk ke bilik Tengku Aaron. Lelaki itu masih lena.

     “Seri..” Meskipun tak berapa jelas, Damia sempat menangkapnya. Seri? Kenapa Tengku Aaron panggil Seri? Apa gaya igaukan isteri orang ni? Tak puas hati betul Damia.

     “Anith..”

     Anith? Siapa pulak Anith ni? Makwe baru ke? Damia tertanya-tanya sendiri. Damia memerhatikan mulut Tengku Aaron yang terkumat-kamit tapi tiada butir perkataan yang keluar. Tapi, Damia tiada niat untuk mengejutkan Tengku Aaron.

     “Anith.. jangan tinggalkan aku.”

     Kali ini ada cecair jernih mengalir dari celah mata Tengku Aaron yang terkatup rapat itu. Damia terpempan. Dia.. dia nangis? OMG! Kali pertama dia melihat air mata lelaki itu tumpah.

     “Anith!!” Tengku Aaron buka mata.

     “Astaghfirullahalazim.” Tengku Aaron raup muka. Baru sedar semuanya hanya mimpi. Ya Allah.. kenapa mimpi itu datang lagi? Tengku Aaron beristighfar lagi. Masih takut dengan mimpi itu.

     “Awak dah sedar?” pertanyaan Damia buatkan Tengku Aaron terkejut beruk.

     “Bila kau ada kat situ?” Tengku Aaron rasa sedikit bengang. Nasib baik tak terhenti jantungnya. Dia dengar ke aku panggil Anith tadi? Dadanya berdebar-debar. Tapi, Damia dilihatnya masih tenang.

     “Lepas saya bukak pintu, maka saya kat sinilah,” jawab Damia dengan loyar buruknya.

     “Kau dengar apa-apa ke?” Tengku Aaron menjeling tajam. Curiga dengan Damia.

     “Apa yang saya patut dengar? Awak cakaplah sekali lagi, InsyaAllah saya akan dengar.”

     Tengku Aaron merengus kasar. Malas nak bergaduh dengan Damia. Rasa macam tak cukup tenaga dah. Tak patut betul. Ada ke patut cari gaduh dengan orang sakit. Konfem yang sihat menang. Nak balas dendam la tu. Tak boleh jadi ni. Tahula macam mana aku nak ajar nanti!

     Damia pula tersengih. Kali pertama kemenangan menjadi miliknya bila berbalas kata dengan Tengku Aaron. Bagus jugak mamat tu demam. Haha..

     “Kau datang sini buat apa?”

     “Saya bawak bubur. Nak bagi orang sakit makan. Awak pun mesti dah lapar, kan? Saya letak sini. Nanti awak makan, ya?”

     “Amboi? Letak je? Aku ni sakit. Mana larat nak makan sendiri. Tenaga aku dah habis dah sebab berperang dengan kau. Salah kaulah aku jadi macam ni.” Tengku Aaron menyalahkan Damia.

     Aik.. aku pulak yang salah? Ragam orang sakit memang pelik macam ni ke? Sabar.. sabar..

     “Nanti saya panggil Mak Som suapkan awak.”

     “Apa kau ni? Kau tu isteri aku. Aku nak kau yang suapkan. Buat apa suruh orang luar? Dah jadi tanggungjawab isteri jaga suami yang sakit. Faham tak? Apa guna isteri kalau tak boleh jaga suami? Aku sakit sikit dah macam ni. Kalau aku lumpuh nanti agaknya memang tak dijelingnya aku.” Tengku Aaron dah bagi ceramah. Damia cuma mengangguk. Nak sangat lumpuh nampaknya? Kaukan kaya, upah je la nurse yang cun melecun. Grenti dua minggu dah boleh jalan.

     “Cepat.. aku dah lapar ni. Nanti kalau aku marah, kau pulak yang dapat dosa.” Tengku Aaron mula mengugut. Bersorak hatinya melihat Damia yang macam tak puas hati. Ingat aku demam aku tak boleh lawan ke? Tengku Aaron bermegah sendiri.

     Damia gigit bibir bawahnya. Geramnya dengan kata-kata Tengku Aaron yang ternyata tepat seratus peratus itu. Untuk melawan jauh sekali. Damia hanya mengikut. Makin kau demam makin naik minyak, ya? Dah gunakan kuasa veto dia sebagai suami pulak tu.

     Damia menyuap Tengku Aaron. Sakit pun nak ambil kesempatan ke?

     “Hmm.. sedap kau masak. Bijak.. bijak.. macam tulah isteri aku. Tapi kalau ada banyak ayam, aku lagi suka.”

     Amboi? Demand pulak dah. Nasib baik aku masak je tau. Sabar.. sabar.. Damia diam. Takde niat nak balas kata-kata lelaki itu.

     “Aku puji kau ni. Kau sepatutnya tunjuk muka manis depan suami yang sakit. Bila aku puji pulak, kau kena berterima kasih. Sebab setiap pujian dari suami adalah barakah untuk isteri.”

     Haa.. dah mula dah! Sejak bila pulak mamat ni suka bagi kuliah free ni? Bukanke tu tugas aku ke? Damia terus senyum manis kepada suaminya.

     “Terima kasih,” ucap Damia ikhlas. Ke patut aku tambah, pujilah lagi!

     “Good girl.. good girl..”

     “Sebagai isteri yang mithali, saya mengikut apa kata suami saya,” balas Damia.

     “Walaupun aku cakap nak kahwin lain?”

     Damia jeling Tengku Aaron. Apa kaitannya? Dia ni suka sangat melalut. Lantak kaulah nak kahwin lain ke apa. Entah-entah Anith tadi calonnya tak?

     “Ya.. walaupun awak cakap nak kahwin lain.”

     Tengku Aaron mengangkat keningnya. Eh, mudahnya? Dulu bukan main semangat nak pertahankan hak kewanitaan dia.

     “Tapi lepas saya sign surat cerai la. Banyak cantik nak madukan saya? Masuk ICU dululah cik abang.”

     Haa.. ni baru Damia yang dia kenal! Tengku Aaron ketawa sendiri dengan kata-kata berbaur ugutan itu. Memang takkan dia percaya kalau Damia bersetuju macam tu je. Satu je yang dia yakin terhadap Damia. Dia tak suka berkongsi suami. Tapi, perempuan mana je yang suka kongsi suami? Agaknya kalau aku bawak balik calon isteri baru, kalau perempuan tu tak kena bunuh dengan Damia, mungkin aku yang kena terajang sampai Afrika. Eh, Aaron! Bila pulak kau takut bini ni?

     “Nah.. makan.”

     Damia meneruskan tugasnya untuk menyuap Tengku Aaron. Tiba-tiba sahaja Tengku Aaron rasa makanan yang ditelannya bagaikan ingin melonjak keluar. Namun cuba ditahannya. Muka Tengku Aaron yang tiba-tiba berubah merah itu amat pelik sekali.

     “Kenapa?” soal Damia pelik. Tengku Aaron geleng kepala sambil menekup mulut.

     “Aku nak muntah. Uwekk..” terus Tengku Aaron muntah. Tepat atas riba Damia yang sedang duduk bersila disisi Tengku Aaron. Bulat mata Damia yang melihatnya secara live itu. Arghh.. tidak!

     “Umi.. Eee.. Yerk.” Damia cuba menahan loyanya melihat muntah Tengku Aaron. Siap baunya lagi buatkan Damia pun rasa pening. Dia cuba bertahan. Menjaga orang sakit tak senang rupa-rupanya. Ikutkan hati memang dia dah cabut awal-awal pergi bersihkan dirinya dulu. Tapi, mana mungkin ditinggalkan Tengku Aaron sendirian. Tangannya menggosok-gosok belakang Tengku Aaron yang sedang muntah untuk kali yang ketiga itu.

     “Awak dah okey ke?” soal Damia sambil melihat wajah Tengku Aaron yang merah. Tengku Aaron mengangguk lemah. Muntah menyebabkan tenaganya banyak hilang.

     “Ada rasa nak muntah lagi tak?” Damia meminta kepastian. Tengku Aaron geleng kepala.

     “Kalau macam tu, saya pergi cuci dulu, ya?” cepat-cepat Damia melangkah ke bilik air sebelum dia pulak yang muntah.

     Kesian Damia. Hati kecil Tengku Aaron sempat berdesis.

     Merah wajah Damia ketika mencuci muntah Tengku Aaron pada bajunya. Semangatnya dikuatkan untuk berperang dengan rasa hati yang nak muntah. Sabar.. sabar.. Jangan muntah, Damia. Sikit je tu. Damia pujuk diri sendiri. Siapa yang kuat tahan bau muntah? Anak orang biasa ke, anak raja ke, kalau dah muntah memang takde yang wangi.

     Selesai mencuci muntah yang melekat di pakaiannya, Damia meminta izin Tengku Aaron untuk menukar pakaiannya. Tak sanggup rasanya nak tahan dengan bau masam yang masih ada walaupun dah dicuci. Damia kembali semula ke bilik Tengku Aaron untuk mencuci sisa muntah yang masih melekat pada cadar katil.

18 comments:

  1. bila la si aaron tu nak jatuh cinta dgn damia??
    writer, continue please..

    ReplyDelete
  2. Hahahhahahaha.. Mcm2 hal! Get well soon Aaron!! Sian damia asik2 dia yg kena.. Cer ckp bebaik sket ngn bini tuu.. Awak pon skali dpt pahala ;)

    ReplyDelete
  3. Haha. Kesian ny damia. Aaron ni ssah sgt lh nk jtuh cinta dgn damia. Tp dyorg ttap sweet!
    Smbung lg smbung lg :D

    ReplyDelete
  4. entri kli nie best la ! sukaaaa sgtt !!!
    <3 <3 <3

    ReplyDelete
  5. ee yerk.. saya ada pengalamn kena muntah dekat kepala.. disaster! hahaha

    ReplyDelete
  6. Cpt laa smbg.....
    dh lama tggu n3 nie...!!!

    ReplyDelete
  7. baiknya damia jaga tengku aaron...
    bila agaknya tengku aaron akan terpikat dengan damia...dan dapatkan junior tengku pulak...
    sambung lagi best la..

    ReplyDelete
  8. best entry kali ni.nak lagi
    cepat tauu

    ReplyDelete
  9. Yup memg best.scara xlgsung ada seisi aron memahami/mendalami isi ati damia..sweet..xsbr nx n3

    ReplyDelete
  10. thnk anjel.....
    like2.....
    next2........

    ReplyDelete
  11. keras betui hati si aaron nii...hehe..sweet la damia ni..
    best cite nii..anjel,sambung tauu..pls pls pls

    ReplyDelete
  12. agk2 bla nk d trbitkan?

    ReplyDelete
  13. Hiss pandai pula T.Aron beri nasihat dosa la .. Yg dia Buat cam 2 kat wife dia x rasa dosa la pula ... Lain Kali balas shj ckp dia damia .. Yg dia siksa Zahir & batin wife dia x takut dosa ke?... Heeee emosi la pula saya ni kan2... Penulis cepat sambung ye...

    ReplyDelete
  14. best3..., nak lg panjang... tapi sape anith?.. awek lps seri ke?... kasi aaron jeles ngan damia...

    ReplyDelete
  15. bestnye cpt la smbg...^_^

    ReplyDelete
  16. Kalu aq jadi damia, dh lama aku tinggalkan Aaron. Dah lah mengada-gada, ego tinggi betul.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )