Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday 10 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 20)

BAB 20

Majlis akad nikah akan berlangsung di kediaman orang tua Damia. Segala persediaan telah dilakukan dan harap-haraplah semuanya akan berjalan dengan lancar nanti. Kalau tiada aral melintang, majlis akan bermula tepat jam 10.00 pagi. Suasana pagi itu agak kalut. Damia ayu dalam pakaian kurung moden yang berwarna putih. Semaksima mungkin wajah ceria ditunjukkan meskipun hati terasa teramat sedih.

      “Cantik kau, Mia.” Sejak dari tadi lagi Suraya asyik memujinya. Dengan hati yang tidak stabil emosi, Damia tak rasa kembang hati pun dek pujian tu.

     Dalam bilik Damia, ada Suraya dan juga beberapa wanita lain yang sibuk membetulkan penampilan Damia. Suraya pula teruja seperti dia yang akan berkahwin. Sejak semalam lagi Suraya menginap di rumahnya. Menolong apa-apa yang patut.


Selepas beberapa kali disolek, diandam dan dimekap akhirnya Damia lengkap dalam persalinan akad nikahnya.

     “Kakak… cantiknya!” Alia yang baru melangkah masuk ke dalam bilik Damia menjerit kuat.

     “Betulla kakak cantik macam adiknya.” Alia tergelak sendiri.

     “Ek ena… Lia tu yang cantik macam kakak, tahu?” Damia turut tergelak. Hilang sekejap gundah-gulananya gara-gara melayan karenah Alia.

     “Wah.. kalau macam ni, berdegup kencang hati Abang Aaron. Mesti tak sabar-sabar Abang Aaron tunggu malam,” sebaik sahaja Alia habis berkata, semua orang yang berada dalam bilik itu tergelak kuat. Suraya apatah lagi. Berair matanya gelakkan Damia.

     Geram yang amat! Ee… budak ni. Aku terajang hidup-hidup jugak, kang! Ingat aku pakai baju macam ni tak boleh keluar bunga silat ke? Geram betul Damia dengan Alia. SPM pun tak lulus lagi dah bercakap macam tu? Tapi, kenyataannya itulah yang menggerunkan Damia. Nauzubillah..

     “Tak senonoh betul. Tampar karang,” balas Damia. Ditayang muka garang sekadar menutup rasa bimbangnya. Alia menyorok belakang Suraya. Ek ena.. dengan Suraya sekali dia boleh libas sebenarnya. Dua kali lima je dua orang tu!

     “Betul.. bertambah sayang la Aaron nanti kat kau.” Suraya turut menambah.

     “Mak Long.. tengokla dua orang ni. Dah patah dah mood Mia.” Damia mengadu pada ibu saudaranya yang turut berada di dalam bilik tu.

     “Have a sweet first night,” kata Mak Long Damia sebelum meninggalkan bilik mereka.

     “Mak Long…” Damia geram.

     Alia dan Suraya dah sakan tergelak sebab Mak Long pun turut masuk dalam pakatan mereka.

     Arghh.. tensionnya! Geram betul. Kenapa semua orang asyik mengusiknya? Tambah-tambah lagi Suraya yang memang tahu hubungan dia dengan Tengku Aaron macam mana. Buat main-main pulak dengan isu yang paling ditakutkan itu. Damia cuba tenangkan diri. Nak pijak-pijak je rasanya dua orang itu.

     Ketawa Suraya dan Alia terhenti bila Puan Solehah menjenguk masuk bilik Damia.

     “Pengantin lelaki dah sampai. Bawa Damia keluar.”

     Makin tak keruan rentak jantung Damia. Dah rasa macam nak terlucut dari tangkainya pun ada. Kaki terasa macam tak cukup tenaga ketika Suraya dan Alia mengiringinya ke ruang tamu, tempat di mana majlis akad nikah akan berlangsung. Hanya doa tenangkan hati daripada gangguan syaitan dibaca dalam hati. Wajah tenang cuba ditayang. Damia duduk bersimpuh di atas permaidani lembut. Ditemani oleh Suraya dan juga ibunya.

     “Pengantin perempuan, Damia Farisha bt Razak, betul?” Lelaki berserban putih itu bertanya kepada Damia. Seakan cramp je otot lehernya untuk mengangguk.

     “Adakah Damia Farisha bersetuju untuk dinikahkan dengan Tengku Aaron Shah bin Tengku Ahmad Shah?” soalnya lagi.

     Kali ini fikiran Damia melayang entah ke mana. Sedar-sedar bahunya dicuit oleh Suraya. Damia mengangguk perlahan. Tapi, sempat pulak dia berfikir. Apa akan jadi jika dia geleng tadi?

     “Your hubby is so handsome,” bisik Suraya pada telinganya.

     Damia serius lupa akan kewujudan Tengku Aaron. Dia mengangkat muka untuk memandang Tengku Aaron yang sedang duduk bersila di hadapan abahnya. Tengku Aaron memakai baju Melayu cekak musang sedondon dengannya. Dan jujur dia katakan memang lelaki itu kacak maut. Tenang je riak wajah Tengku Aaron seakan-akan memang yakin lafaz Kabul nikah hanya sekali.

     Tengku Aaron yang tenang hanya Allah saja yang tahu hatinya. Semalaman dia tidak boleh tidur gara-gara ceramah free Adam semalam. Meskipun dia tidak cintakan Damia dan menganggap Damia hanyalah bahan eksperimen untuk perkahwinannya, dia belajar sesuatu hari ni. Akad nikah tidak boleh dibuat main. Tengku Aaron cuba untuk tidak memandang Damia. Bimbang dia akan rasa bersalah dan mengganggu semua perancangannya. Namun, melihat wajah Tengku Andrean dan Seri buatkan dia terasa sangat bangga berdepan dengan Tok Kadi. Dia ingin buktikan dia jauh lebih hebat dalam semua hal!

     “Aku terima nikahnya, Damia Farisha bt Razak dengan mas kahwinnya sebanyak RM180 tunai..” tenang Tengku Aaron melafazkannya.

     Menitis air mata Damia saat saksi mengesahkan pernikahan mereka. Dia sendiri tidak tahu kenapa air matanya boleh tumpah. Mungkin sebab sedar ikatan dia dan Tengku Aaron sudah berubah. Atau sebab khuatir dengan masa depannya dengan Tengku Aaron nanti? Maka dengan itu, sahlah lelaki itu sebagai suaminya. Berubah sudah status dirinya sekarang. Terasa semacam berat tanggungjawab yang digalas.

     “Mulai hari ni, abah serahkan tanggungjawab atas Damia Farisha kepada Aaron.” Encik Razak yang turut sebak berkata kepada Tengku Aaron. Lelaki itu hanya mengangguk. Semakin sedih hati Damia yang mendengar. Uminya juga sama. Merah matanya ketika memeluk Damia. Suraya juga sama. Apa ni? kenapa semua orang sedih? Bukan ke patut gembira ke?

     Damia hanya menunduk bila Tengku Aaron merapatinya. Sesi pembatalan air sembahyang. Buat pertama kalinya dia bertentang mata dengan Tengku Aaron untuk hari ni. Dia dapat rasakan tangannya yang sejuk bila dipegang oleh Tengku Aaron. Dia sudah tidak punya hak untuk membantah jika lelaki itu menyentuhnya. Dia salam dan cium tangan lelaki itu setelah Tengku Aaron siap menyarungkan cincin di jari manisnya.

     Sempat Damia pandang cincin platinum berlian di jari manisnya. Berkilau tahap tak ingat. Tengok gaya pun dah tahu dah harga macam boleh beli kereta sebuah. Kalau dia jual balik ni grenti tak kerja setahun pun takpe. Aik.. apa dah jadi dengan cincin lima ringgit hari tu? Damia tertanya-tanya sendiri.

     “Berhenti kejap masa cium tangan,” arah jurugambar khas yang diupah oleh Tengku Aaron. Nak tak nak Damia terpaksa mengikut. Buat beberapa saat hidungnya bersentuhan dengan tangan lelaki itu. Beberapa kali gambar mereka diambil. Belum dicampur dengan cameraman-cameraman tak bertauliah yang lain.

     Kemudian, Tengku Aaron mencium dahi Damia. Semacam kena renjatan elektrik Damia saat bibir Tengku Aaron hangat menyentuh dahinya. Kali pertama diperlakukan sebegitu oleh seorang lelaki. Seperti tadi, jurugambar itu mengarahkan Tengku Aaron untuk berhenti sekejap. Mereka hanya mengikut.

     Lamanya… Lebih lama dari masa dia cium tangan Tengku Aaron tadi. Damia sudah gelisah sendiri. Cepatlah… tak tahu ke jantung aku ni dah macam lepas lari pecut seratus meter? Rasa jantung dah macam nak keluar ke kerongkong pun ada. Punyalah kencang debarannya.

     Macam-macam gaya mereka bergambar. Bergambar bersama keluarga la.. dengan orang tu, orang ni la.. Tengku Aaron peluk pinggang dia la…. Dia peluk Tengku Aaron la… Sehingga Damia sendiri naik segan dibuatnya walaupun lelaki itu sudah bergelar suaminya. Sedangkan Tengku Aaron tenang sahaja. Macam orang tak berperasaan habis.

     -----------

Majlis persandingan diadakan pada malamnya. Kenapa pilih malam? Entahlah.. Hanya Tengku Aaron yang tahu sebabnya. Majlis persandingan mereka diadakan di Hotel Mandarin Orietal. Sengaja Tengku Aaron memlih lokasi yang menarik untuk diadakan majlis persandingannya. Konsep moden kontemporari menjadi pilihannya.

          “Oii.. Aaron!” suara yang memanggilnya membuatkan Tengku Aaron berpaling. Ada tangan melambai ke arahnya membuatkan Tengku Aaron meminta diri dari kumpulan perbincangan itu. Membuatkan dia tersenyum lebar. Laju kakinya melangkah ke arah mereka.

     “Lama gila tak jumpa. Mangkuk korang. Baru nampak muka!” lepak Tengku Aaron menegur kumpulan itu. Gaya menegur langsung tak menampakkan dia adalah pengantin malam ni. Macam menegur member tengah shopping je gayanya.

     Adam, Rezza dan Taufiq gelak.

     “Sorry, bro. Aku ada pembentangan kes kat mahkamah tadi. Betul-betul tak boleh nak join masa akad nikah tadi.” Taufiq yang memakai baju batik biru itu berkata.

     “Sama. Urgent. Tak boleh nak tinggal meeting Board of Directors tadi.” Rezza turut beralasan.

     “Ya la… orang kaya Malaysia la kan. Mesti buzy giler.” Tengku Aaron sempat menyindir Rezza. Tak sampai seminggu dunia business Malaysia kecoh dengan berita pemilik Cosmo Bank diiktiraf orang ketiga terkaya di Malaysia.

     “Tu bapak aku la, senget.” Rezza turut gelak. Nak hempuk je kepala Tengku Aaron ni.

     “Tadi tengah cerita apa dengan Datuk Hamid dengan Datuk Ilham?” Adam yang diam dari tadi mencelah.

     “Pasal ada satu syarikat US yang akan datang buat survey Triumph Air. Tapi, ada masalah schedule.”

     “Oi, kawan! Ni hari bahagia kau la! Cubala jangan dok fikirkan kerja sangat. Fikirkan isteri kau yang cun tu dahlah,” kata Taufiq.

     “Betul.. betul.. luar syllabus betul masa dapat kat undangan kahwin kau. Dahlah bertunang tak ajak aku! Tak sangka Mat Romeo GB dah kahwin sekarang ni. Hebat betul penangan cinta isteri kau sampai Aaron Shah yang ego setinggi KLCC macam kat sebelah ni pun boleh tewas.” Rezza menyokong sebelum ketawa.

     “Ingat kau sorang je reti kahwin? Terkejut ke aku kahwin? Tapi, tak seterkejut aku bila dapat tahu kau kahwin dengan Issa. Tak sangka mamat hati beku boleh kahwin. Dengan musuh tradisi tujuh keturunan pulak tu,” giliran Tengku Aaron pula menyindir Rezza.

     “Kurang haja betul! Kes aku lain la.” Rezza dah terangkat. Sempat belakang Tengku Aaron dihempuk geram.

     “Woi.. apa gaya dera pengantin ni? Keluar keris karang.” Tengku Aaron dah buat gaya seperti ingin menarik keris palsu yang berada di pinggangnya.

     Mereka semua gelak.

     “Rean mana, wei? Biasanya mana ada kau, situ ada dia,” soal Rezza lagi.

     “Entah.. tengah layan tetamu agaknya.” Pendek Tengku Aaron jawab. Sememangnya selain Adam, kawan-kawannya yang lain tidak tahu pergolakan yang berlaku antara mereka. Dan kalau boleh, dia malas nak hebohkan. Tiada keuntungan pun dapat.

     “Mana wife korang? Tak datang ke?”

     “Dorang cakap nak pergi berkenal-kenalan dengan wife kau.” Taufiq tolong jawab.

     --------

“Dah lama kenal Aaron?” wanita berbaju kebaya moden itu bertanya.

     Damia menelan liur. Mencari ilham nak reka hikayat baru kepada dua wanita yang berdiri di depannya. Kata mereka, mereka adalah isteri kepada kawan baik Tengku Aaron. Sorang Issabella dan sorang lagi Marini.

     “Lama jugalah.” Damia berfikir sekejap. Lebih pada dua hari, kira lama la tu.

     “Tapi, sorry sangat.. saya tak berapa nak kenal kawan-kawan Aaron,” jujur Damia jawab. Yang dia tahu, Adam je satu-satunya sahabat baik suaminya. Tu pun sebab Adam bekerja dengan Tengku Aaron. Dan hakikatnya memang Adam sorang je yang dia memang tahu wujud sebagai sahabat suaminya itu.

     “It’s okey then. Kami ni kawan-kawan Aaron sejak zaman sekolah lagi.” Issabella senyum. Lembut betul nampak isteri si Aaron ni.

     Damia hanya angguk. Jangan ditanya aku si Aaron sekolah mana dulu sudah! Memang keluar habislah senarai sekolah di seluruh Malaysia ni. Damia sedar sesuatu. Rasa macam dia tak tahu apa-apa pun tentang lelaki itu. Adoi.. payah betul! Yang dia tahu, nama penuh lelaki itu, umur, tempat kerja dan anak siapa. Soalan lebih daripada itu, jawapan memang di luar skema.

          “Buat lepak je dengan kitorang. Buat gaya macam dah kenal sepuluh tahun pun tak kisah,” kata Marini sebelum gelak. Damia turut senyum. Senang dengan keramahan mereka berdua.

     “Tiba-tiba rasa macam nak tahu kisah Aaron zaman sekolah dulu,” kata Damia.

     “Ni rasa semangat nak cerita ni.. Kalau kat kolej kami dulu, orang panggil dia Mat Romeo sebab dia kaki pelayar kelas satu…” Issabella mula bercerita.

     Damia hanya mendengar. Tahu.. kalau tak, takkanlah majlis malam ni penuh dengan kawan-kawan perempuan Tengku Aaron. Ada jugak yang tenung dia macam nak cincang lapan belas. Marah sebab Tengku Aaron dah dimiliki kot. Jangan bimbang la. Nak ngorat dia lepas ni, wa tak kisah aa..

     “Tapi sekarang ni dah tak la. Kalau tak, mesti dia tak kahwin lagi. Dia ni memang famous. Plus, dia headboy kitorang. Perangai gila-gila rasanya masih ada sampai sekarang.” Marini turut menambah.

     “Oit.. apa gaya mengumpat aku ni?” Entah dari mana Tengku Aaron datang menyampuk. Bersamanya turut ada Adam, Rezza dan Taufiq.

     Marini gelak.

     “Saja nak sound wife kau awal-awal tentang perangai luar bumi kau tu,” selamba Isabella mengutuk.

     “Nasib baik kau ni wife Rezza. Kalau tak, memang aku dah baling kasut.” Tengku Aaron tayang muka bengang. Dah lama tak bergaduh dengan Issabella.

      “Auu… takutnya! Macam lepas jumpa zombie.” Issabella buat muka.

     Damia turut tersenyum melihat kaletah mereka. Nampak erat gila tali persahabatan antara mereka berempat. Best betul.. Damia terkejut bila tetiba Tengku Aaron datang dan peluk pinggangnya. Nasib baik sempat dikawal kaki tangan agar tak keluar buah-buah kung fu.

     “Sayang.. ni bestfriend-bestfriend abang masa kat sekolah menengah.”

     Abang? Yeww.. nasib baik toilet jauh. Kalau tak memang dah berlari dia ke toilet sebab nak muntah hijau. Geli, siot!!

     “Yang pakai spec ni namanya Taufiq. Dia suami si Mar. Yang ni pulak Rezza, suami si Issabella ni.” Tengku Aaron perkenalkan mereka. Hanya senyuman dan anggukan saja yang Damia hulurkan kepada dua orang lelaki itu. Serius dia cakap yang bestfriend-bestfriend lelaki itu kacak maut. Termasuk Adam. Hai.. pandai betul cari kawan! Boleh tubuhkan gerakan lelaki kacak macam ni.

     “Wei.. tak payah la nak tunjuk kau sayang wife kau depan kitorang. Kitorang pun ada wife la…” Taufiq menyindir. Tengku Aaron ketawa. Damia dah merah mukanya.

     “Tah.. kesian Adam. Tak pasal-pasal malam ni jugak dia kahwin. Aku tak larat dah nak makan kenduri.” Rezza menyampuk.

     “Wei.. apa gaya aku jadi mangsa keadaan ni?” Adam dah terangkat. Mentang -mentang dia sorang je lagi yang tak kahwin.

     Dan ketawa semua orang pecah lepas lihat muka tak puas hati Adam.

     -------

Aduh.. penat gila! Rasa otot-otot dalam tubuh Damia semuanya dah macam memanjang. Letihnya. Walaupun bergelar raja sehari, tapi raja yang amat letih. Jalan sana, jalan sini. Tegur sana, tegur sini. Jumpa orang sana, jumpa orang sini. Semuanya kena ambil kira kalau taknak bergelar sombong. Tambah-tambah pulak rakan-rakan bussiness suaminya punyalah ramai.

     Suami? Ni rasa tak sedap hati ni! Tamat sudah majlis persandingan mereka yang disambut betul-betul mewah dan meriah. Tak sangka sebegitu grand rancangan Tengku Aaron. Membazir duit betul. Kahwn belum tentu kekal. Dan sekarang, nak taknak, dengan separuh jiwa yang ikhlas Damia terpaksa masuk ke bilik hotel mereka.

     First night? Arghh.. malas Damia ingat malam bodoh ni! Tak kira.. tak kira.. Dia dah setuju kahwin hari ni dah cukup baik dah! Kalau dipaksa dia jugak malam ni, memang mati pucuk Tengku Aaron dia kerjakan. Pedulilah.. Dia takkan mengalah sekali-kali. Tak akan! Kalau terpaksa, memang dia akan jerit!

     Damia meneguk liur bila Tengku Aaron baru melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Dah habis la tu lepak dengan kawan-kawan baiknya itu. Rasa macam tertelan ubat batuk je rasanya. Makin tak senang duduk Damia dibuatnya. First time kongsi bilik dengan lelaki!!

     Boleh tak kalau dia buat-buat pengsan? Tak boleh.. nanti terus dia Tengku Aaron kerjakan. Kalau nak pura-pura gila, boleh tak? Mana boleh.. Tak pasal-pasal memang betul-betul gila Tengku Aaron kerjakannya. Nak pura-pura apa lagi ni?? Arghh… susahnya!! Saper cakap menipu tu senang? Susah dowh..

     Selamba harimau bintang je Tengku Aaron bukak baju depan Damia. Sampai Damia pulak yang segan. Wei.. aurat tu! Aurat? Eh.. lupa pulak! Aurat tak aurat, tayang free pun aku tak nak tengok la! tapi, sekarang free apa? Pedulilah. Pokoknya dia tak nak tengok!

     Tak nak tengok.. tak nak tengok… tapi mata Damia tetap tepat pada tubuh tegap lelaki itu. Itulah namanya malu tapi mahu! Erk.. terus Damia alihkan matanya. Nasib baiklah dada kau tak berbulu. Kalau tak, malam ni jugak ku cukur! Ee.. geli aku!

     Damia je yang fikir negative lebih-lebih! Sedangkan Tengku Aaron cool, selamba badak Afrika je. Terasa berbahang je executive suite ni meskipun air-cond terpasang. Agaknya sebab tu kot dia bukak baju! Dan Damia harap Tengku Aaron hanya setakat buka baju!

     Tiba-tiba Tengku Aaron mendekati Damia yang tengah menghilangkan penat di birai katil. Terus berdiri Damia. Jantung berdebar tak payah nak cakap la. macam dah buat overtime pulak. Damia minta-mintalah somebody calls. Tak pun orang ketuk pintu. Tak pun Tengku Aaron sakit perut. Dia sakit perut pun kira jadilah! Hampa… tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah Tengku Aaron betul-betul di hadapan Damia. Dan Damia pula memang tak boleh nak lepaskan diri lagi.

     “Awak nak buat apa ni?” soal Damia buat-buat berani. Memang tak boleh nak ditutup lagi rasa takutnya. Suara pun dah bergetar macam tengah petik tali gitar. Memang bebal tahap sepuluh kuasa tiga belas la kalau itu pun tak boleh dikesan.

     Tengku Aaoron tersenyum sinis. Geli hati melihat muka pucat Damia. Ek ena.. acah sikit je dah macam ni? sengaja dia nak takutkan wanita itu.

     “Takut?” lembut suara Tengku Aaron betul-betul di hadapan wajah Damia.

     Takut? Takutlah bodoh! Kalau tanya monyet pun, monyet jawab benda sama la! Damia tak peduli dah dosa kutuk suami. Asal Tengku Aaaron lepaskan dia sudah. Tengku Aaron makin galak. Dirapatkan lagi jarak antara mereka sehingga Damia rasa macam nak nangis. Dinding.. kenapa kau perlu wujud belakang aku ni? Damia tiada tempat untuk lepaskan diri. Ha.. kau dekat lagi, Aaron, masuk ICU kau esok! Tak percaya, buatlah! Damia tak peduli.

     “Acah je…” Dia sengih.

     Tengku Aaron akhirnya jarakkan wajahnya daripada Damia. Jantung terasa laju berdegup. Haruman Damia menggugat kelelakiannya. Baik dia cegah daripada apa-apa yang akan berlaku malam ni. Sudahlah dia rasa ada sesuatu daripada Damia yang bagaikan menariknya. Tak boleh jadi ni! inilah agaknya kalau lelaki berdua-duaan dengan perempuan dalam bilik.

     Damia tarik nafas lega. Kurang asam kau! Buat main-main pulak menda macam ni! Sengaja nak test aku. Fuh.. nasib baik! Damia cuba tenangkan dada yang dah macam nak terkeluar.

     “Aku penatlah. Nak tidur. Anyway.. jangan bimbang la. Selera aku dah hilang dah dengan perempuan. Bagi aku semua perempuan sama je..” Tengku Aaron berkata.

     Takde selera dengan perempuan? Aku kahwin dengan gay ke? Yeww.. tapi, yang jadi girlfriend-girlfriend-girlfriend dia tu bukan perempuan ke? Huh! Ingat aku percaya sangat kata-kata dia tu? Kalau dah lelaki…

     “…Memandangkan aku ni seorang gentlemen yang amat, aku akan izinkan kau tidur kat katil dan aku akan tidur kat sofa,” sambung Tengku Aaron lagi.

     “Sofa?”

     “Kenapa? Nak soh aku peluk kau masa tidur ke?” soal Tangku Aaron.

     Laju Damia geleng. Gila punya soalan! Kapak hidung tu karang! Kemudian, Tengku Aaron merapatkan bibirnya ke telinga Damia.

     “Before that… rambut kau cantik. Aku suka,” perlahan sekali suara lelaki itu berbisik sebelum mencapai bantal dan berlalu ke sofa berdekatan.

     Sedangkan Damia dah terkaku di situ. Sembilan puluh darjah segala bulu dalam tubuh Damia gara-gara ayat Tengku Aaron. Ee.. gerun! Meremang bulu hidung.

     Tak de selera kat perempuan konon! Memang aku tak percaya!!!

5 comments:

  1. awesomeeeeeeeee !

    ReplyDelete
  2. hehehe...cutelaaa.....aaron suka sakat mia...

    ReplyDelete
  3. tersembur aq gelak...meremang bulu hidung???nice writer

    ReplyDelete
  4. semua novel sis bést²
    aňd yang paling best ňovel dia tetap sempurna omg i love it,harap novel yang akan ďátang lagi gémpak šis

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )