BAB
5
“Abang,
baikkan Ku Zam? Dahlah ada rupa, budi bahasa pun ada.” Malam itu, Datin Mawar
bertanya kepada suaminya. Kepala masih teringatkan pertemuan mereka dengan Ku
Zam yang baru sejam berlalu.
“Hmm.. baik. Saya suka walaupun kita baru
jumpa dia,” jawab Datuk Azizan pula. Jujur. Dia senang dengan perilaku Ku Zam.
Didikan
Tengku Ismadi yang betul membentuk peribadi Ku Zam. Walaupun jauh dari negara
asal, gaya melayu tak dilupakan. Masih belum lupa daratan. Bahasa melayunya pun
lancar. Anak angkat Tengku Ismadi pun sama. Dia tahu Tengku Ismadi sayangkan anak
angkatnya. Hubungan Ku Zam dan Ian pun nampak rapat. Dah macam adik-beradik
kandung.
Baik
sungguh hati Tengku Ismadi kerana sudi besarkan anak angkat macam Ian. Sebab
inilah agaknya hidup Tengku Ismadi makin kaya-raya. Rezeki kian bertambah. Dia
baik hati membela anak angkat. Membantu orang yang dalam kesusahan. Tengku
Ismadi pandai mendidik anak. Tak macam dia ni.
Datuk
Azizan mengeluh. Berbeza dia dengan Tengku Ismadi. Dua anak perempuan yang dia
bela dari kecil lagi. Tapi entah kenapa dia rasa dia gagal. Tak tahu di mana
silapnya.
Pertama,
Medina. Anak kandungnya. Makin anak gadisnya itu membesar, makin dia rasa
mereka makin jauh. Makin Medina suka bawa hal sendiri. Dia pun tak tahu kenapa
mereka boleh jadi macam tu. Dah macam biseksual pun ada anak dara yang sorang
itu. Kejap jadi lelaki, kejap jadi perempuan. Tapi sekurang-kurangnya anak dia
tak bergaul dengan orang yang pelik-pelik. Untuk yang itu, dia rasa bersyukur.
Kedua,
Puteri. Anak tirinya yang dijaga sejak kecil lagi. Tapi dia sayang Puteri macam
dia sayangkan Medina. Anak yang ini pula terlalu manja. Terlalu dibanjiri
dengan kemewahan. Isterinya inilah terlalu ikutkan kemahuan anaknya yang itu.
Tapi dia tak sedegil Medina. Sekurang-kurangnya Puteri akan mengikut
kata-katanya. Begitu kontra dengan Medina.
“Agak-agak abanglah, dia dah ada girlfriend tak? Kalau takde, bolehlah
kita jodohkan dengan Puteri.”
Datuk Azizan pandang isterinya. Hai.. baru
jumpa dah fikir pasal kahwin?
“Dengan
Puteri?”
“Yalah..
dengan Puteri. Takkan dengan Medina kut? Nak ke anak abang tu nanti? Anak abang
tu degil. Kalau Puteri, saya yakin dia memang nak. Puteri pun dah cakap kat
saya dia suka Ku Zam,” cerita Datin Mawar bersungguh-sungguh.
Datuk
Azizan tergelak tiba-tiba. Entah kenapa, dia rasa kelakar.
“Nak
ke Ku Zam dengan anak awak tu?” sinis Datuk Azizan. Sering kali isterinya
memanggil Medina dengan ‘anak abang’. Kadang-kadang dia rasa isterinya tak
ikhlas terima Medina sebagai anak. Tapi, tak boleh salahkan dia juga. Medina
sendiri pun memang terang lagi bersuluh tak terima isterinya sebagai mak. Sampaikan
dia dah tak tahu nak buat apa walaupun dah dua puluh tahun berlalu.
“Takkan
taknak? Abang tak tengok tadi? Mereka nampak mesra. Puterikan cantik. Takkan Ku
Zam tak tergoda?” Datin Mawar menangkan anaknya. Tak puas hati.
“Hentikan
cita-cita awak tu, Mawar. Kita baru kenal Ku Zam. Entah-entah dah ada calon.
Orang kacak macam dia tu, takkan belum ada yang berpunya? Tak payah petik, dah
berbaris anak dara nakkan dia. Lagipun, Ku Zam tu jutawan. Jauh lebih kaya
kalau nak dibandingkan dengan kita ni. Nak ke dia?”
Datuk
Azizan geleng-geleng kepala. Usah tinggi sangat kalau nak bercita-cita. Dia pun
tak pernah terfikir nak jodohkan mana-mana anaknya dengan Ku Zam. Kahwin dan business, dua perkara berbeza. Dia
taknak campurkan. Dia bukannya pentingkan diri sendiri nak pertaruhkan masa
depan anak-anaknya.
“Manalah
kita nak tahu? Kita kena cuba nasib. Untung-untuk Ku Zam jadi menantu kita.
Kalau betul Ku Zam jadi menantu kita, siapa yang untung? Kita jugak,” bahas
Datin Mawar pula.
Berkobar-kobar
semangat nak bermenantukan Ku Zam. Ku Zam pulak tu! Mana-mana mak dalam dunia
yang pandang lelaki macam Ku Zam, pasti punya fikiran yang sama macam dia. Calon
menantu mithali. Untungnya badan kalau dapat menantu kaya-raya macam tu.
Terbayang-bayang pun dah rasa macam ke kayangan. Kalau jadi nyata? Bahagianya
hidup!
“Puteri
tu baru dua puluh dua tahun. Belajar pun tak habis lagi. Hal rumah tangga ni
lagilah. Basuh baju tak tahu reti ke tak. Entah kenal entah tak mesen basuh tu
macam mana,” balas Datuk Azizan lagi.
“Habis
tu, anak abang tak macam tu la?” Panas hati Datin Mawar yang dengar bila anak
kesayangannya dikutuk.
“Awak
ni kan Mawar, kenapa selalu cakap Medina tu anak abang?” Datuk Azizan dah
hilang sabar. Isterinya ni kadang-kadang memang suka mencabar kelelakiannya.
Tapi dia selalu mengalah sebab taknak berperang besar.
“Dah
memang anak abang pun kan?”
Datuk
Azizan mengeluh. Malas nak gaduh!
“Dahlah,
malas abang nak cakap pasal ni dengan awak. Gaduh pasal Ku Zam yang baru kita
kenal tak sampai sehari tadi. Jangan nak bercita-cita sangat, Mawar. Abang tak
pernah terfikir pun nak kahwinkan mana-mana anak kita dengan Ku Zam.”
“Entah-entah
Ku Is pun dah ada calon untuk Ku Zam. Dan kalaulah dia ada niat nak
bermenantukan anak abang, mestilah abang calonkan Medina. Yalah, sebab Medina
kan anak abang!” bidas Datuk Azizan.
Terkelu
Datin Mawar tak tahu nak cakap apa.
Bila
nampak mulut Datin Mawar terbuka macam nak cakap sesuatu, terus Datuk Azizan
bersuara.
“Tapi
ya, abang kenal anak abang tu macam mana. Tak mungkinlah cita-cita nak kenenkan
Medina dengan Ku Zam tu tercapai. Tak sampai sehari abang suarakan, entah
sampai benua mana budak tu lari.” Datuk Azizan sendiri faham anak daranya macam
mana. Yang dia nak itulah yang Medina akan bantah.
“Jadi,
kuburkanlah semua cita-cita tu, ya? Abang tidur dulu. Selamat malam.”
Hish!
Geram pulak Datin Mawar tengok suaminya. Tadi dah menyindir sedas. Lepas tu nak
tidur. Sengaja mengelak!
Takpe..
takpe.. walaupun suaminya tak pernah terfikirkan untuk bermenantukan Ku Zam, tapi
dia dah terfikirkannya sejak kali pertama pandang Ku Zam berbual mesra dengan
Puteri. Ini demi masa depan Puteri. Sekurang-kurangnya masa depan Puteri nanti
terjamin kalau kahwin dengan Ku Zam.
Sebelum ni, selalu dia risau kalau-kalau Puteri tak dapat harta Datuk Azizan
kalau suaminya tu meninggal dunia sebab Puteri cuma anak tiri. Tapi, kalau Puteri dapat kahwin dengan Ku Zam, semua tu dah tak jadi masalah. Harta suaminya tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan harta Ku Zam. Dah tak heran kalau semua harta suaminya diwarisi Medina.
Kepala
mula merencana. Puteri dan Ku Zam.
--------------
“Haa..
puas hati kau? Dah dapat rentak dah dalam permainan dunia kau tu?” Ada nada
sindir dalam ayat Farizzam. Ketika itu, mereka berdua baru je sampai di rumah.
Jam menunjukkan tepat-tepat satu pagi.
Tengku
Ian ketawa. Tak hilang-hilang lagi rupanya marah Farizzam padanya.
“Kau
nak marah, marahlah aku, Zam. Tapi aku nak ucapkan thanks. Sebab berjaya jadi Ku Zam malam ni. Cool jugak kau bila dah jadi Ku Zam. Grenti semua anak dara sangkut
dengan kau.” Tengku Ian sengih sesudah berkata.
Huh!
Kalaulah Tengku Ian tu bukan abang angkat dia, jangan haraplah dia nak buat
kerja gila macam ni. Tapi, nama je abang. Kadang-kadang dia rasa Tengku Ian ni
tak matang langsung.
“Menangis
juara ABPBH tengok aku berlakon tadi. Tahu tak?”
“AB what? Apa tu?” soal Tengku Ian blur.
Macam pernah dengar.
Lupa
pulak mamat ni bajet mat saleh.
“Abaikan.”
Malas Farizzam nak terangkan.
“Anyway, aku memang cool sekali pun tak jadi Ku Zam,” tambah Farizzam lagi.
Tengku
Ian sengih lagi. Ya.. dia tahu. Latar belakang Farizzam sekarang ni pun dah
hebat. Abang pilot kut! Kalau tengok
dalam uniform dia tu lagilah, kena tarik graviti semua jantung anak dara yang
lalu kat sebelah.
“Ya..
sampai anak dara Datuk Azizan boleh sangkut?”
Farizzam
terdiam sekejap. Itu kerana dia adalah Ku Zam. Bukan dirinya yang sebenar.
Melampau sangat ke cara dia layan anak perempuan Datuk Azizan tadi?
“Aku
melampau sangat ke tadi?” soal Farizzam balik. Risau juga dia. Sebab dia bawa identiti
Ku Zam.
“Mana
adalah. Macam lelaki layan perempuan. Apa yang aku nampak, Puteri macam dah
sangkut dengan kau je?” Konklusi untuk malam ni. Dia kenal ramai perempuan. Dia
tahu macam mana cara perempuan bila dia dah suka lelaki.
“Itu
sebab aku Ku Zam la, sengal. Kalau kau berada kat tempat aku malam ni, mesti
dia pun akan buat benda yang sama dekat kau.”
Tengku
Ian ketawa. Tahu. Dan sebab itulah dia rasa gembira. Sekurang-kurangnya dia
bukan dia malam ni.
Hanya
kerana sifat-sifat mereka sama, Farizzam berjaya jadi Ku Zam malam ni. Mata sama,
tinggi sama, saiz badan pun sama. Nasib baik rupa Tengku Ian tak sama dengan ayahnya,
jadi Datuk Azizan tak syak dia adalah Ku Zam yang sebenar. Dan kalau orang tak tahu,
mesti orang akan syak dia dan Farizzam adalah adik-beradik kandung.
“Tapi,
kau tahu tak, Zam? For the first time in
my life, I felt free in that sort of occasions. Biasanya, aku jadi tumpuan
orang. Tapi malam ni, aku bebas nak ke mana-mana,” kata Tengku Ian jujur.
Perasaan yang tak boleh digambarkan.
Farizzam
faham apa yang Tengku Ian rasa. Kerana dia adalah Tengku Ian Uzzam alias Ku Zam. Ke mana-mana majlis
penting, pasti menjadi tumpuan. Pantang bergerak sikit, ada je yang menegur. Tak
bebas.
“Oo..
sebab tu la boleh sampai nak mengayat anak dara Datuk Azizan yang lagi sorang tu?” bidas Farizzam pula.
Tengku
Ian gelak lagi. Medina ke?
“Bila
masa aku mengayat? Aku cuma nak berkenalan dengan dia. Dah kau sapu kakak, aku
ambillah adik.” Tengku Ian sengih pula.
“Yalah
tu. Masam je muka budak tu masa aku datang tadi,” ungkit Farizzam.
“Dan
bila kau datang, tiba-tiba dia jadi patuh. Pelik.” Tengku Ian pandang Farizzam.
“Kau
dah kenal dia ke sebelum ni?” siasat Tengku Ian.
“Tak
pernah. Tadi kali pertama.”
“Kau
dengan dia macam dah kenal lama. Kau suka dia ke?” duga Tengku Ian lagi.
Farizzam
pula ketawa.
“Apa
ni? Lawak pukul satu lima minit pagi ke ni?” Kemudian Farizzam geleng-geleng
kepala. Sekali jumpa dah suka? Ingat ni kisah cinta pandang pertama ke apa?
Tapi,
kenapa Farizzam rasa senang dengan Medina? Berbeza bila dia dengan Puteri. Bila
dengan Puteri tadi, dia rasa macam canggung gila. Tapi sebab taknak dicop
sombong, dia layankan semua. Bila dengan Medina, dia tak rasa semua tu walaupun
Medina tak seperamah kakak dia. Dia bagaikan punya chemistry yang kuat dengan Medina.
“Manalah
tahu. Ke dia suka kau?” soal Tengku Ian lagi.
“Mana
adalah. Yang kau cakap aku ni, kau tu suka Medina ke? Dia macam tak layan pun,
kau still kacau dia.” Farizzam kenakan
Tengku Ian pula.
Tengku
Ian ketawa lagi. Kau still kacau dia? Haha. Pertama kali dia dengar ayat tu. Biasanya
dia yang kena kacau dengan perempuan. Bila ingatkan balik, memang betul pun apa
yang dikata Farizzam. Dia tetap kacau Medina walaupun perempuan tu macam tak layan
dia.
“Aku
dengan dia, kami ada something.”
“Apa
dia?”
“Adalah.
Mana boleh cakap. Rahsia kut!”
Eleh…
nak rahsia-rahsia pulak! Farizzam mencebik.
“Apa
yang kamu berdua bisingkan ni?”
Tengku
Ian dan Farizzam beralih pandang. Nampak Ayana yang macam baru bangun tidur
muncul di depan mereka.
“Takde
apa-apa, ibu. Eh, ibu tak tidur lagi ke? Dah lewat ni,” tegur Farizzam.
“Ibu
terjaga sebab dengar kamu berdua ni bising. Kamu berdua ni gaduh ke?”
Tengku
Ian dan Farizzam berpandangan sesama mereka.
“Eh,
mana ada kami gaduh, ibu,” jawab Tengku Ian. Memang mereka tak gaduh pun.
“Baguslah
kalau macam tu. Ibu tak suka gaduh-gaduh ni. Zam, Ian, pergi masuk tidur. Dah
lewat ni. Jangan lupa solat isyak dulu kalau belum solat lagi,” kata Ayana.
“Baik,
ibu!” jawab Tengku Ian dan Farizzam serentak.
Kemudian
Ayana pun turut berlalu ke bilik tidurnya.
“Tak
selamanya aku boleh jadi Ku Zam, Ian. Lusa aku kerja tahu? Flight ke Jepun. Tiba-tiba je kena ganti orang. And in between, if anything happens and
needs Ku Zam’s appearance, pandai-pandailah kau cover ya?” kata Farizzam sebelum berlalu.
Farizzam
kerja. Kalau pilot dah pergi kerja,
entah berapa hari baru balik. Alahai.. bosanlah dia nanti.
------------
Tengku
Ian masuk ke dalam biliknya. Baru je badan dihempaskan ke tilam, telefonnya
berdering kuat. Siapa yang telefon di awal pagi macam ni?
Nama
si pemanggil dijeling sekilas. Ayah.
“Ayah?”
Tengku Ian pelik. Namun skrin yang sedang bernyala-nyala itu digesek juga.
Salam diberi, pembuka bicara.
“Waalaikumussalam.
Belum tidur?” Dari nan jauh, Tengku Ismadi bertanya khabar anak bujangnya.
“Baru
je balik dari dinner, ayah,” lapor
Tengku Ian. Sememangnya ayahnya tak lupa malam ni dia punya dinner dengan Datuk Azizan.
“So, how’s dinner?”
“Okey.
Datuk Azizan baik. Family dia pun
baik,” cerita Tengku Ian serba ringkas.
“Medina?
How’s she?”
Medina.
Terus terbayang wajah anak dara Datuk Azizan yang itu. Macam mana layanan
Medina padanya.
“Very well grown up lady. And of course, beautiful,” puji Tengku
Ian. Walaupun dengan muka tanpa senyuman dia pun, Medina nampak cantik.
“But ayah, why do I sense something is wrong
with her? Dia macam tak suka semua orang yang dekat dengan dia.” Tengku Ian
bertanya bagaikan ayahnya punya jawapan.
Tengku
Ismadi cuma diam.
“And ayah, why don’t you tell me she’s living
with step mom and sister?”
Macam
Cinderella. Tak sangka zaman sekarang ada lagi hidup macam Cinderella. Kalaulah
tekaan dia ni betul. Tapi masih terlalu awal untuk membuat konklusi. Dia belum
kenal sepenuhnya keluarga Datuk Azizan.
Tengku
Ismadi diam lagi.
“Dengan
Izzam, Medina macam mana?” Tanpa menjawab soalan Tengku Ian, Tengku Ismadi
bertanya.
“Hmm.. first time jumpa, macam sombong. Tapi bila dah lama kenal, I think she felt comfortable with him. Maybe dia suka Izzam kut. Izzamkan
memang baik dengan semua orang. Both can
sense their chemistry between each other, I guess.”
“No, Ian. You can’t let it happen. I don’t want something special occurs
between Izzam and Medina. That’s not
the purpose I send you back Malaysia.” Cepat Tengku Ismadi berkata.
“I know, ayah. You told me already. I will
make sure that thing won’t happen. Don’t worry.” Janji yang membawanya ke
Malaysia. Ayah membenarnya pulang ke Malaysia selama-lamanya dengan syarat dia
patuh dengan janji ini.
Lega
Tengku Ismadi mendengarnya. Dia yakin anaknya itu akan tunaikan janjinya.
Tengku
Ian menguap. Penat yang sangat.
“Ayah,
Ian dah mengantuk. Kat sini dah satu pagi.”
“Hmm.. yalah. Lupa pulak kamu kat sana
dah awal pagi. Jaga diri, jaga Izzam, jaga ibu Ayana. Kamu tu abang. Ingat
pesan ayah, Ian. Jangan sampai Izzam perasan pulak. Ini antara kita. Ayah
taknak Izzam atau ibu Ayana tahu pasal ni.”
“Ya..
Ian tahu.”
“Kirim
salam kat mereka semua.”
“Okey.
InsyaAllah. Ayah kirim salam rindu peluk dan cium pada bonda juga. Assalamualaikum, ayah.”
“Waalaikumussalam.”
Dan
talian mati. Tengku Ian pandang telefon. Aduhai… makin besar pulak
tanggungjawab dia sekarang ni. Mampu ke dia nak jalankan amanah ayah dia?
Entahlah. Kita tengoklah nanti.
Tengku
Ian menguap sekali lagi. Nak sangat tidur sekarang ni. Tapi belum mandi lagi.
Belum solat isyak lagi. Tengku Ian bangun dari katil. Langkah diatur malas ke
bilik air.
Mandi, solat lepas tu tidur.
Ork. Farizam tu adik beradik medina ke? Ian dgn ayahdanya ada rahsia?
ReplyDeletesy pun rse mcm tu..
Deletefarrizam dgn medina adik bradik..
sama ayah n sama ibu..
makin excited baca crite ni..
Best..trase pendek je n3 ni..~alisa~
ReplyDeleteWait... syarat? What syarat? BTW... best!
ReplyDeleteHoho .. saspensss ^^
ReplyDeleteAlahaiii saspen pulak nk tumggu next entry..dpt rasakan farizzam n medina adik bradik
ReplyDeleteAlahaiii saspen pulak nk tumggu next entry..dpt rasakan farizzam n medina adik bradik
ReplyDeleteSemakin menarik ni.. Tak sabar tunggu entri seterusnya :)
ReplyDeleteIsh kompleks nyer ape kene mengena medina dgn ayh ian, klau ayana xpe jgk.Hmmmmm anyway good story
ReplyDeleteMaybe farizam n medina adk beradik..thats y muke diorg same.. Hmm..misteri nvel anjell kali ni
ReplyDeleteBest!! Rse cm pendek la pulak ntry ni..looking foward 4 da next ntry.
ReplyDelete-niarahim
Alamak...pe janji tu..berdebor rsanya...n3 plliisss...dh xsabaq nk bca..heheh
ReplyDeleteEèeeeee...nak lg
ReplyDeleteY so short la anjell.....
ReplyDeleteThanks :)
~hayiwada~
I can't wait for the next entry
ReplyDeleteSy cdgkan hero seorang cinderella ni dinovelkan cepat....heheheh...sbb penceritaan yg menarik...tq
ReplyDeleteThx a lot!! Lma da tggu. Best la kak anjell~ smua pnulisn kak anjell hbt n terbaik!! Xsbr nk bc part yg strusnya.. :')
ReplyDeleteArghhh,,nak lagi kak anjell,best sgt,x sbr nk tnggu next n3
ReplyDeleteDah ada agenda rupanya
ReplyDeleteapakah tengku ismadi n tengku ian tanak tgk kesenangan farizzam? :'(
ReplyDeleteApalah rashsia sangat tu...hmmm....kenapa tgku ismadi x nak medina rapat dengan farizzam....ni yang nak jadi detektif conan...hehehe...tahniah anjell
ReplyDeletewwannurr...
ReplyDeletemedina farizam adk beradik kembar, ibu medina, ayana telah dihalau keluar rumah angkara mak tiri medina yakni kawan baiknya sendiri. dan ayana bawa farizam keluar dan ayah ian tg. ismadi telah menyelamatkan mereka.... that itss... hehehehe pandainya akuuu
Bestnya, ada misteri. cepat sambung ye. Kalau ke versi cetak lagi cepat lagi bagus.
ReplyDeletebest... semakin menarik ada misteri yang tersembunyi.... cepat sambung ya... tq.
ReplyDeleteDah kompompompom kot yg medina n farizzam tu adik badik...
ReplyDelete-me
Best...
ReplyDeleteSuspend pulak dgn hubungan antara Farizzam n Medina...
Rasa mcm Izzam n Medina tu mmg siblings sebab masa mula2 tak ada pulak mention yg mak Medina dah tak ada.. hehehehe.. Tak sabar nak baca next bab >_<
ReplyDeletekak anjell selalu sgt bg saspen time akhir2 bab. seteghesssss.
ReplyDeleteApa agak2nya hubungan medina n izzam...suspense btl
ReplyDeleteAnjelll... bl nk cont cite ni lg...x sabar dh..best sgt cite ni...
ReplyDeletebila nak sambung.....
ReplyDeleteBest sgt2
ReplyDeleteanjell cptla smbung..xsabarnye nk tau cter mereka ni..:)
ReplyDeleteSeriusly... nk sngt cite ny dibukukn cpt... hope cepat smbung...dh lme tk dengar cite
ReplyDelete