BAB
1
“Di
sebuah desa, ada seorang gadis yang sangat cantik bernama Cinderella.
Cinderella tinggal bersama bapa dan ibu tirinya. Ibu kandungnya telah lama
meninggal dunia. Oleh kerana bapa Cinderella selalu keluar berdagang,
Cinderella selalu ditinggalkan dengan ibu dan dua orang kakak tirinya. Mereka
tidak sukakan Cinderella dan selalu menyuruh Cinderella untuk melakukan
kerja-kerja rumah. Cinderella berasa…”
Pap!
Buku di tangan Zuyyin ditutup sebelum ditarik. Terus Zuyyin angkat muka.
Pandang muka selamba si tukang tarik buku itu.
“Wei..
kau dah kenapa?”Suara Zuyyin macam tak puas hati.
Medina
buat tak dengar.
“Cerita
tu cerita tipu. Una takyah dengar ya? Sekarang ni, nah Cik Dee bagi duit,
pergilah beli aiskrim ke, gula-gula ke. Ada pekdahnya jugak daripada dengar mak
su ni menipu.” Medina bagi lima ringgit pada Una yang tengah terkebil-kebil
memandangnya dan Zuyyin yang tengah gaduh-gaduh sayang tu.
Tak
sampai lima saat, Una dah bersorak gembira dan lari keluar.
“Amboi,
selambanya kau halau anak saudara aku ya? Aku ke kau mak sedara dia?” Zuyyin
bercekak pinggang pandang Medina.
Medina
buat tak dengar. Bukan tak biasa menghadap Zuyyin versi mak singa kena sembelit
ni. Sikit pun tak ngeri la. Perasaan takut dah lama dah lupus dalam kamus hidup
dia ni.
“Tak
baik menipu budak tahu? Ada ke cerita macam ni cerita kat budak? Nonsense.” Medina belek-belek buku
Cinderella yang nipis di tangannya itu. Kemudian dia mencebik sebelum campak atas
katil dekat dengan Zuyyin.
Siapalah
pereka cerita karut ni? Kalau aku kenal, memang aku dah brainwash seround sebab dah wujudkan cerita dongeng tak guna macam
tu!
“Apa
pulak yang menipu? Best tahu cerita
ni? Aku suka.” Kemudian Zuyyin ambil buku sebelahnya itu. Dibuka dan dibelek
pada muka surat terakhir.
“Putera
akhirnya berjumpa dengan pemilik kasut kaca itu. Putera rasa sangat gembira
kerana dapat bertemu dengan Cinderella yang dicintainya. Akhirnya, Cinderella
dan putera raja berkahwin dan hidup bahagia. Tamat.”
Tutup
buku balik. Bila pandang Medina, perempuan itu tengah tayang muka bosan tahap
maksima.
“Phuii..
Penipu gila. Macam la dalam dunia ni dia tu je yang ada saiz kaki macam tu.
Kasut kaca pulak tu? Tak logik langsung. Aku rasa belum sempat si Cinderella tu
pakai, dah masuk operation theatre
sebab nak buang kaca masuk kaki. Kalau aku jadi Cinderella tu, memang aku dah
mintak kasut emas daripada pari-pari. Boleh jugak dibuat gadai. Dapat duit,”
komen Medina.
“Haa..
lagi satu! Yang ni aku dok musykil sampai sekarang. Cinderella kena balik rumah
dia sebelum pukul dua belas tengah malam. Kalau tak, Cinderella akan berubah jadi
Cinderella yang lama. Kuda jadi tikus balik. Carriage pun jadi labu balik. Baju dia jadi buruk. Tapi, kenapa
kasut dia dengan putera tu tak hilang-hilang? Cun je dalam simpanan putera. Tak
ke pelik?”
Terus
tergelak Zuyyin dengar teori Medina. Jauh betul pemikirannya. Tak tercapai dek
akal manusia lain. Kalaulah wujudnya persatuan Belia Benci Cinderella, memang
dah tahu dah siapa yang terlebih layak jadi pengerusinya. Dia memang dah maklum
si Medina memang anti dengan cerita Cinderella tu tapi dia memang sengaja suka
mengusik perempuan itu.
“Biarlah,
nanti dapat kahwin dengan anak raja jugak. Happy.”
“Huh!
Tak semua kisah happy ending macam
tu,” jawab Medina.
“Alamak,
lupa pulak kat sini ada the real Cinderella
la.” Mengekek Zuyyin ketawa. Buat tak peduli dengan muka beku Medina yang
memang pantang dengar perkataan tu.
“Kau
pernah dengar tak cerita Cinderella versi thriller?
Macam.. dia bunuh kawan baik dia sendiri ke?”
Makin
kuat Zuyyin ketawa. Memang tak pernah dengar. Tapi kalau si Medina ni yang jadi
Cinderella memang tak mustahil.
Medina
memang Cinderella. Cinderella biasanya baik, polos dan reda je kalau kena buli.
Tapi, tu Cinderella dalam buku, dalam TV. Zaman dulu bolehlah. Si Medina ni
pulak Cinderella alaf 21. Buli dia? Itu namanya korek kubur sendiri. Memang Medina
takkan duduk diam kalau kena buli.
Itulah
yang Zuyyin nampak sejak bergelar kawan baik Medina. Yang jadi mangsa siapa
lagi kalau bukan kakak tiri Medina. Tak serik-serik nak cari pasal dengan Medina
walaupun Medina tak pernah nak kacau hidup dia. Dan lepas tu, mulalah nak
mengadu macam-macam kat mak dia. Akhirnya, mesti Medina yang kena balik.
Huh..
kesian rupanya hidup Medina ni! Macam manalah kawannya tu bertahan selama dua
puluh dua tahun ni?
“Okey..
okey.. itu cuma lawak tak kelakar aku. Sorry.”
Zuyyin akhirnya minta maaf.
“Benci.
Tak faham aku kenapa manusia ni suka sangat cerita-cerita dongeng macam tu?
Lepas tu bagi pengaruh buruk kat budak. Cuba cerita pasal kisah nabi ke, kisah
para sahabat ke. Ada pekdahnya jugak,” bebel Medina lagi.
“Ya..
ya.. Cik Dee. Cik Dee je betul.” Zuyyin mengalah. Malas nak berdebat pasal
Cinderella dengan the real Cinderella
ni. Penat.
“Dee,
kau memang taknak balik rumah kau ke?” soal Zuyyin pula. Dah dua hari dah
rasanya kawannya itu lepak dalam rumahnya.
Sekarang
dah cuti semester. Tapi si Medina ni dah sesat masuk rumah dia. Tak nampak
tanda-tanda nak balik rumah sendiri pulak tu!
“Alah..
sebelah je. Bukannya jauh,” jawab Medina malas.
“Pelik
la kau ni. Rumah bukan main besar. Tapi rumah buruk ni jugak la kau nak duduk.”
Zuyyin geleng-geleng kepala. Boleh dikira dengan jari berapa kali Medina tidur
rumah sendiri. Biasanya, malam je mesti dia datang sini. Nasib baiklah rumah
mereka cuma bersebelahan.
Sebelah-menyebelah.
Tapi bezanya macam langit dengan bumi. Rumah Medina macam istana raja, rumah dia
macam pondok tempat orang lepas penat. Yalah.. mak dia memang orang gaji rumah Medina.
Rumah dia ni pun papa Medina yang hadiahkan. Datuk Azizan baik. Macam Medina juga.
Tapi tak faham kenapa dua orang tu tak pernah nak ngam.
“Papa
aku bukannya ada. Lusa baru balik. Lusa la aku balik rumah tu,” kata Medina mendatar.
Malas
Medina nak balik rumah dia. Bosan sebab tak tahu nak buat apa. Paling tak
perdajalkan kakak tiri tak sedar diri dia tu. Lepas tu, kena sumpah-seranah segala
spesis atas muka bumi ni dengan mak tiri
dia pulak. Nasib baik la cuma bumi yang ada makhluk. Cuba kalau Zuhal atau Uranus
tu ada alien? Rasanya memang segala spesis alien tu sekali dia kena sumpah.
“Rumah tu kan rumah kau.”
“Memang
rumah aku. Tapi aku tak suka hidup dengan parasit. Menyemak je.” Benci betul Medina
rasa sekarang ni.
Istana
macam neraka. Macam tu la lebih kurang gambaran yang Medina gambarkan tentang
rumah dia. Besar tapi berpuaka sebab hidup dengan ibu dan kakak tirinya. Ibu
kandungnya? Kata papanya, dah meninggal dunia lepas lahirkannya. Sebab ni la
kut papa tak suka dia. Dia penyebab mamanya meninggal dunia.
Papa
dia? Jangan risau, papanya masih ada lagi. Alhamdulillah sihat walafiat. Tapi,
sayangnya hubungan dia dengan papanya tak pernah nak baik sejak dulu lagi.
Entahlah. Medina sendiri tak tahu kenapa. Ada je salahnya pada mata papa
sampai-sampai semua yang dibuatnya dibenci papa.
Dan
dia pun memang suka buat benda yang buat papa marah. Bila dia buat baik, tapi
ada pulak kaki penghasut, kaki dengki cakap dia jahat, baik dia jadi jahat
betul-betul. Senang! Bagus jugak sebenarnya. Tak payah dia nak berlagak baik
macam mereka. Hipokrit!
Siapa
mereka? Macam Cinderella, sorang mak tiri dan sorang lagi tu, kakak tiri dia.
Tapi tak macam Cinderella, kakak tiri dia sorang je. Sorang pun dah menyakitkan
hati, kalau ada dua ekor dan perangai macam tu, tak tahulah hidup dia macam
mana nanti. Nama je kakak tiri, tapi sebenarnya umur mereka sama. Perangai
jahat tahap ratu setan dia rasa. Mak tiri dia pun sama. Perangai macam…
Huh!
Malas nak sambung! Karang kalau dia cakap, kurang ajar sangat la pulak. Dikira derhaka
mandatori! Suka tak suka, dah jadi mak tiri dah. Sejak dia berumur dua tahun
lagi. Tapi, sepanjang dua puluh tahun dia beributirikan mak tiri dia, sekali
pun dia tak rasa mak tiri dia macam mak. Dia pun hormat sekadar hormat. Sebab
papa.
Dah
memang anak tiri, mana nak sayang? Dia pun tak pernah nak sayang mak tiri dia.
Masa kecik-kecik dulu, sayanglah jugak. Tapi bila dah besar ni, perasaan tu
hilang sikit demi sikit. Sebab layanan mak tiri dia pun bukannya baik. Baik
cuma bila depan papa. Cinderella sangat!
“Dahlah,
tak payah cakap pasal ni. Buat sakit hati aku je. Nak tidur. Okey, bye!” Medina terus baring atas katil
Zuyyin.
Dahlah
baring atas katil aku. Haish, budak
ni! Tak tahu nak cakap apa dah Zuyyin dengan Medina. Guna Bahasa Melayu, confirm budak tu balas balik guna bahasa
lain! Tak mungkin Medina dihalaunya. Pertama, Medina memang kawan baiknya.
Kedua, Medina anak Datuk Nor Azizan, majikan rumah ibunya bekerja. Halau anak
datuk tu karang, silap-silap ibunya hilang kerja.
Kalau
tengok rupa Medina, memang tak pernah nak sangka dia anak datuk. Tengok penampilan,
tengok perangai. Cukup nak dipangkah jadi calon orang-orang kaya. Dan
hakikatnya jarang orang tahu Medina anak Datuk Azizan kalau tak diperkenalkan. Tapi,
itulah Medina. Pelik. Tak terjangka. Lagi suka kalau orang tak tahu dia anak
datuk. Takde orang faham perangai sebenar gadis itu. Termasuklah dia yang kawan
baik ni.
----------------------
Dia
membetulkan jaket kulit yang tersarung pada tubuh tingginya. Cermin mata hitam
turut ditolak rapat ke muka. Biar betul kedudukannya. Kemudian rumah banglo
setingkat besar itu dipandangnya. Senyum manis menyerlahkan dua lekuk kecil di
setiap hujung bibirnya. Tak salah dan takkan pernah salah.
Akhirnya,
sampai juga dia ke rumah yang paling dirinduinya itu. Lepas kapal terbang
mendarat, memang rumah itu yang terbayang di matanya. Penat penerbangan melebihi
sehari pun langsung hilang. Mana pemilik rumah ini ya? Tengok kat porch ada sebuah kereta BMW berwarna
hitam. Maksudnya tuan rumah memang ada.
Loceng
rumah ditekan beberapa kali. Tak lama lepas itu, pintu kayu besar itu dibuka
dari dalam. Di depannya sekarang, berdiri seorang jejaka kacak. Mukanya
jelas-jelas terkejut macam baru lepas tengok pocong berjoget.
“Ian?” Suara macam tak percaya bila tengok dia
yang tegak berdiri di depan rumah.
Dia
buka cermin mata hitamnya. Kemudian sengih lebar-lebar.
“Surprise!”
------------------
“Kau?
Serius ni kau?” Farizzam masih tak percaya walaupun Tengku Ian tengah
tersengih-sengih depan dia.
“Aku
la ni. Betul. Siapa lagi kalau orang handsome
berdiri depan rumah kau ni kalau bukan Tengku Ian?”
Sah
Tengku Ian! Farizzam dan Tengku Ian terus berpelukan. Gembira betul Farizzam
dapat jumpa Tengku Ian. Tengku Ian lebih lagi. Rasa macam berkurun dah mereka
tak berjumpa.
“Ibu!
Cepatlah ibu. Tengok siapa datang ni,” panggil Farizzam kuat. Ibunya pun pasti
gembira.
“Kenapa
kamu jerit-jerit ni, Zam?” Ayana baru muncul dari dapur. Bila nampak tetamu
istimewa itu, Ayana turut sama terkejut.
“Ian?”
“Ibu.”
Tengku Ian senyum dulu. Kemudian dia salam tangan orang tua itu.
“Ya
Allah, kamu dah balik, Ian?” Ayana rasa nak menangis sekarang ni. Sebab terlalu
gembira.
“Ya,
ibu. Ian dah balik.”
“Masuk,
Ian. Jangan duduk kat luar. Kat luar tu panas.” Ayana menjemput Tengku Ian
masuk rumah.
“Kamu,
Izzam. Kenapa tak ajak Ian masuk?” Tak pasal-pasal Farizzam dimarah pula.
“Lupa
nak ajak, ibu. Tengah excited sebab
baru jumpa. Masuklah, Ian,” pelawa Farizzam pula. Tetamu penting tu!
Tengku
Ian cuma akur. Diangkut beg sederhana besarnya itu masuk ke dalam rumah itu.
-----------------
“Kenapa
tak cakap nak balik?” soal Farizzam. Ketika itu mereka berdua tengah duduk di
ruang tamu rumah.
Tengku
Ian sengih dulu.
“Saja.
Nak surprise. Terkejut tak?”
“Mana
tak terkejut? Nasib baik aku tak mati kering lepas bukak pintu tadi. Tapi,
kalau kau yang buat macam tu, apa nak pelik?”
“Ewah..
tu mengata ke, memuji?”
“Dua-dua
sekali. Kau duduk sini berapa lama?” soal Farizzam lagi.
Kali
terakhir mereka bertemu rasanya setahun yang lepas. Sebab itulah dia rindu gila
dengan Tengku Ian. Ibunya pasti sama. Dan dia harap kali ni, Tengku Ian akan
tinggal lebih lama di Malaysia.
“Selama-lamanya.”
“Serius?”
Farizzam tak percaya.
“Ya,
serius la. Kau juri America’s Got Talent ke, sampai-sampai aku kena tunjuk
bakat lawak aku depan kau?”
“Tapi
barang-barang kau tak nampak macam kau nak duduk Malaysia terus pun?” Farizzam
masih ragu-ragu.
“A’aa..
memang pun. Aku baru je putuskan tadi.” Tengku Ian sengih.
“Hah?”
Farizzam ternganga.
‘Tadi’
dia tu bila? Tiga saat yang lepas? Tiga minit yang lepas? Senangnya dia
putuskan. Macam baru lepas setuju nak order
air teh o ais je!
“Jangan
nak terkejut sangat. Aku memang nak pindah balik sini la. Selama-lamanya. Plannya bulan depan. Ni aku balik
sebenarnya sebab kerja. Sepatutnya sampai sini besok. Saja nak buat gila balik
sini awal. Dan aku ingat aku dah taknak balik L.A la lepas ni. Barang-barang
aku, nantilah aku suruh orang aku uruskan.”
“Bonda
dengan ayah kau tahu tak?” Dah agak dah kepala si Ian ni memang pelik. Suka
berubah-ubah ikut mood dia. Bahaya
betul!
“Nantilah
aku call dorang lepas ni. Kang tak pasal-pasal
tertayang muka kacak aku ni kat seluruh dunia. The most wanted.”
Farizzam
ketawa. Mengiakan kata-kata Tengku Ian. Kalau budak ni hilang, memang tak
mustahil jadi jenayah dunia. Silap-silap hari bulan besok Interpol singgah
rumah ni, datang menyiasat.
“So, memang serius la ni nak duduk sini
terus lepas ni?”
“Betullah.
Kan dah cakap tadi.”
“Gembira
aku dengar. Ibu aku pun mesti suka.”
Serius
Farizzam gembira. Sedar tak sedar, dah dua puluh tahun Tengku Ian dan
sekeluarga berhijrah ke Los Angeles. Dia dan ibunya dulu turut sama berhijrah
ke sana selepas diajak oleh Tengku Ismadi, ayah kepada Tengku Ian. Kerana
hutang budi yang tak terhingga dengan keluarga Tengku Ismadi, akhirnya mereka
akur. Tapi cuma sekejap. Cuma beberapa tahun sebelum dia dan ibunya balik ke
Malaysia. Itu pun Tengku Ismadi sekeluarga lepaskan dengan berat hati.
“Bonda
dengan ayah kau izinkan tak?” soal Farizzam lagi. Dah maklum satu perangai
keturunan Tengku Ian ni. Degil!
“Izinkan
je. Aku bukannya nak pergi mana. Balik tanah air sendiri. Bonda aku dulu tak
bagi jugak, tapi sebab aku degil, akhirnya dia bagi. Yalah.. sampai bila nak
duduk negara orang?” cerita Tengku Ian.
“Cuma..
tu lah. Kalau tahu aku plan pindah
Malaysia sekarang, memang berbakul-bakul kena bebel dengan bonda. Tapi, takpe.
Tahulah aku cara nak pujuk bonda tu.” Tengku Ian tiba-tiba teringatkan
bondanya.
“Kerja
kau macam mana??” soal Farizzam lagi.
“Hmm.. malas nak fikir. And now, I’m just thinking of enjoying the
real life. Sebulan ke, dua bulan ke. Biar aku hidup tanpa fikirkan kerja yang
berlambak-lambak tu.”
“Habis,
kau nak buat apa lepas ni?”
Hmm..
buat apa ya? Tengku Ian berfikir lagi. Dah lama dia tak bercuti.
“Something interesting, of course. Main-main
untuk lepaskan tension. Itu lain kali
kita cerita.”
Kemudian
teringat sesuatu.
“Hmm.. kau kenal Datuk Azizan?”
“Datuk
Azizan? Tak pernah kenal la pulak. Kenapa?” soal Farizzam balik.
Dia
bukannya tahu datuk-datuk, tan sri-tan sri ni. Dia pun tak berminat nak tahu. Kerja
dia pun bukannya memerlukan dia tahu siapa mereka semua. Kalau ada yang menegur
dan mengajaknya ke majlis-majlis pun, dia cuma mengikut. Dan dia pun bukannya
kaki sibuk.
“Kalau
nak tahu, Datuk Azizan tu pemilik company
Mercu Lands and Properties. Boleh tahan kaya jugak. Dia bakal business partner ayah aku. Entah apa mimpi ayah aku ni. Dia nak
try sektor perlancongan di Malaysia
pulak. Dia suruh aku wakilkan dia. Supposedly,
lusa aku ada dinner kat rumah Datuk
Azizan,” cerita Tengku Ian lagi.
Kemudian
pandang Farizzam.
“Kau
free tak malam lusa?”
“Hmm.. lusa?” Farizzam cuba mengingat
balik jadual kerjanya. Rasanya minggu ni dan minggu depan jadual penerbangan
dia kosong. Sebab sebelum ni dia asyik menggantikan orang lain.
“Free kut. Kenapa?” soal Farizzam balik.
“Apa
punya soalan daa. Aku sibuk membebel pasal Datuk Azizan tadi, mestilah aku nak
ajak kau dinner sekali. Bosanlah
pergi sorang-sorang.”
“Eh,
kenapa aku pulak?”
“Alah..
kau anak angkat ayah aku, kan? What’s so
weird? Ayah aku pun memang selalu bercerita pasal kau kat kawan-kawan dia. So memang ramai dah tahu ayah aku ada
anak angkat.”
“Okeh.
Kira settle. Kau ikut aku pergi dinner rumah Datuk Azizan.” Tengku Ian
buat keputusan sendiri walaupun tuan badan belum bersetuju.
Farizzam
tak bagi apa-apa jawapan. Dia tak kisah. Dulu pun memang selalu temankan Tengku
Ian ke majlis-majlis penting. Tengku Ismadi selalu bawa dia sekali supaya dia
dapat temankan Tengku Ian. Maklumlah, Tengku Ian memang anak tunggal.
Tengku
Ian pula rasa gembira sebab akhirnya dia boleh luangkan masa dengan Farizzam
dan Ayana. Sebulan sebelum ni lagi dia dah teruja nak balik Malaysia. Lepas ni
dah tak payah nak rindu mereka dah.
Hmm…
dia punya sebulan atau dua bulan untuk main-main sekarang ni. Nak buat apa? Melancong?
Melencong?
Nice beginning. Tunggu eps seterusnya. Hee
ReplyDeleteNice!! Sambung lagiiii
ReplyDeleteSounds great ! Sambung lagi *wink-2*
ReplyDeleteHmm new entri😏
ReplyDeleteNice...
ReplyDeleteNk lagi!!!! Hehehehe
ReplyDeleteYg start pon dah best,nk lagiii:D
ReplyDeleteHEHE RASE MCM TGK CERITA || aNOTHER cINDERELLA sTORY || LA PULAK.. :)
ReplyDeletexmo lambat... nak cepat2... N3 sterusnya :)
Cinderela versi thirller...hehe.i like!
ReplyDeleteInteresting...
ReplyDeleteLove it 😀
ReplyDeleteNice...project baru ke?...
ReplyDelete- ila..
best...
ReplyDeletebest
ReplyDeletemenarik n love it
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteNak lagi....sambung lagi.....next entry please....hahaha kepala nu asyik.berfikir bagaimana jalan cerita ni sbb kalau anjell yg buat mesti ada auranya yg tersendiri...
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteNice😊
ReplyDeletepermulaan yang best.....:) akak baca sambil tersenyum
ReplyDeleteterbaik ah kak anjell.BEST LUCK FOR YOU!!!.GANBATTE
ReplyDeleteBest new entry thanks anjel
ReplyDeleteYooo. Anjell buat novel baru. Tashabarnya nak tunggu the next entry.
ReplyDelete~Secretly♡Admire~
Dpt citer baru.best
ReplyDeletebest.........:)
ReplyDeleteWaaaw..... nice story!! Tak sabo nak tunggu next n3....>_<
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteYg lame xkuar lgi, abes laa.. Yg ni jdi fevret plak 9ti... Huhuuhu 😽
ReplyDeleteieså 😋
besttttttt
ReplyDeleteMenarik...
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteBagus��
ReplyDeleteNovel dia best sangat saya dh beli harap2 citer adaptasi pun best la sebab nnti tk best buat rugi novel best citer tk best.....
ReplyDeletekat maner nak beli online yea..saya cek kat mph takde :( Anjell ada jual online?
ReplyDelete