BAB
14
Sepi
sepanjang perjalanan menunggu teksi air. Tengku Ian selesa diam. Dan Medina
pulak jangan haraplah nak beramah mesra dengan Tengku Ian. Masing-masing selesa
memerhati orang lain yang turut menunggu teksi air. Boleh tahan ramai juga yang
nak ke Long Beach. Beberapa orang tempatan dan ramai juga pelancong asing.
Lama
lagi ke kena tunggu ni? Medina dah naik bosan. Rasanya nak dekat lima belas
minit juga mereka semua menunggu, bayang bot pun tak nampak. Medina kerling jam
di tangan. Dah pukul berapa? Gelap sangatlah pulak.
“Nampak
ke awak nak tengok jam?” tegur Tengku Ian. Mencari modal untuk berbual dengan
Medina.
Jamnya
aku nampak. Punyalah silver berkilat,
takkan tak nampak kut? Yang tak nampaknya pukul berapa! Grrr.. kalau aku tak
nampak, dia nak buat apa? Jadi lampu? Medina cuma diam.
“Kalau
awak tak nampak, letak depan muka saya. Orang cakap muka saya bercahaya.”
Tengku Ian gelak.
Ha.
Ha. Kelakar sangat la tu? Nak aku gelak guna mulut ke, nak aku gelak guna
tangan? Ada jugak kepala makan hempuk malam ni. Manalah tahu putus terus fius
cahaya muka dia tu. Oo.. nak loyar buruk dengan aku? Malas Medina nak layan.
Diam
lagi. Adoi.. Tengku Ian garu pelipis yang tak gatal. Mati segala spesis kutu
aku nak bercakap dengan budak ni. Macam ajak enjin bot bercakap! Kenapa susah
sangat nak berkawan dengan Medina ni?
Tengku
Ian pandang ke arah kanan. Dari tadi lagi dia perhatikan. Lelaki yang sedang
berdiri di bahagian sana sedari tadi lagi pandang ke arah sini. Atau belakang
dia? Tapi belakang dia cuma ada kayu. Atau dia kenal budak sebelah dia ni?
“Medina,”
panggil Tengku Ian. Tanpa menjawab, Medina mendongak pandang Tengku Ian di
sebelahnya.
“Lelaki
tu kawan awak ke?” soal Tengku Ian sambil menujukkan ke arah kanan dengan
isyarat matanya. Medina menoleh ke arah itu. Nampak seorang lelaki sedang
bercakap dengan kawannya.
Bukan.
Pelik. Kenapa disangka kawan dia?
“A’aa..
Nama dia Saiful.” Medina main petik nama yang terlintas dalam kepala.
“Oo..
patutlah.”
“Apa
yang patutlah?” Medina pelik.
“Awak
taknak tegur Saiful ke?” soal Tengku Ian balik tanpa menjawab pertanyaan
Medina.
“Buat
apa nak tegur?”
“Laa..
kata kawan. Takkan taknak tegur kut? Tak baik saudara sesama Islam tak bertegur
sapa kalau jumpa.” tegur Tengku Ian.
Dia
bukak ceramah pasal adab jumpa kawan pulak dah!
“Masalahnya
dia bukan kawan saya. Saya tipu je la. Mana ada saya kenal dia,” balas Medina
balik sebelum Tengku Ian sambung pulak pasal protokol nak tegur kawan.
Kenyataannya ini kali pertama Medina nampak lelaki itu.
Karang
aku tegur, tak pasal-pasal dia ingat nak mengurat pulak. Medina membebel dalam
hati.
Kening
Tengku Ian terangkat. Hmm?
“Dari
tadi lagi Saiful pandang awak. Saya ingat awak kenal dia,” kata Tengku Ian.
Kalau dah toleh ke sini, mestilah pandang Medina. Takkan pandang dia kut? Tegak
bulu roma kalau pandang dia macam tu!
Amboi..
menyindir ke apa ni? Mentang-mentang aku Saifulkan mamat tu, dia pun Saifulkan
juga mamat tu.
“Oo..
ya ke? Dia nak mengurat saya la tu,” balas Medina selamba.
Sekali
Medina balas macam tu, mati kata Tengku Ian. Macam tak percaya pun ada ayat
macam tu boleh keluar dari mulut comel Medina. Dalam diam, Tengku Ian tersenyum
lucu. Entah kenapa, dia rasa kelakar.
“Mengurat
pakai wi-fi ke?” Ada baur-baur sindiran dalam ayat Tengku Ian. Jauh betul jarak
nak menguratnya. Walaupun dia rasa memang betul apa yang dikata Medina. Dia
lelaki. Dia faham bila nampak pandangan dari lelaki lain terhadap seorang
wanita.
“Sebab
awak la.”
“Kenapa
saya pulak?” Tengku Ian pelik.
“Sebab
mesti dia ingat awak pakwe saya. Sebab tu dia tak berani nak dekat dengan
saya.”
Tengku
Ian ketawa. Yakin betul dia! Tengku Ian tahu Medina cuma main-main. Tapi Medina
tak tahu kata-katanya itu sebenarnya memang betul. ‘Saiful’ tu dari tadi lagi
dok jeling-menjeling ke sini. Dan bila dia pandang, ‘Saiful’ tu buat-buat
bercakap dengan kawannya. Kalau dia takde, rasanya mungkin ‘Saiful’ tu dah datang
dekat dengan Medina.
“Amboi,
bukan main! Nak saya report kat Datuk
ke?” ugut Tengku Ian. Medina mencebik. Tak heran! Sikit-sikit nak report.
“Reportlah. Kalau nak tengok ada bilik
kena bakar malam ni.”
Gelak
Tengku Ian lepas lagi.
Medina
tak faham. Asal dia bersuara, mesti lelaki depan dia ni ketawa. Tak tahu apa
yang kelakarnya.
“Teksi
air dah sampai.” Medina lega. Akhirnya! Berakhir juga penantian mereka. Semua
menanti untuk naik ke dalam teksi air itu.
Bila
Medina nak naik, ada tangan dihulurkan kepadanya. Dia angkat muka. Medina cuma
pandang tampang Tengku Ian di balik cahaya suram itu. Hai.. Ada jugak aku
tendang orang sampai Long Beach tak bertiket malam ni!
Tanpa
menghiraukan huluran tangan Tengku Ian, Medina naik teksi air itu sendiri. Tak
payah nak berlagak macho depan aku,
boleh? Jelik bila ingat balik. Memang mamat tu dah biasa hulur tangan nak
pegang perempuan ke? Sekalipun niat sebenar nak tolong. Tak payah terlebih baik
nak tolong kalau orang mampu buat sendiri. Gentleman
la sangat!
-----------------------
Malam
itu, suasana di Long Beach memang meriah. Ramai juga yang datang untuk
menyaksikan pertunjukan api. Ramai juga anak-anak muda yang datang melepak.
Memang Medina tahu Pulau Perhentian Kecil ni memang sesuai kalau untuk lebih bersosial.
Jadi jangan pelik kalau ternampak pasangan kekasih tengah bermadu kasih.
Sesekali
dengar orang ramai menepuk tangan. Macam-macam aksi yang dipertunjukkan dalam
pertunjukan api itu. Yang paling membuatkan semua bersorak adalah ketika api
dikeluarkan dari mulut. Dah macam naga jadian Medina tengok. Tapi seronok sebab
ini pertama kali dia melihat pertunjukan api seacara langsung macam ni.
Tengku
Ian pula lebih selesa memerhati sekelilingnya. Menilai suasana di tempat itu.
Ramai lelaki yang datang lepak. Ramai juga pasangan kekasih yang tengah dating.
Mat saleh dan minah saleh yang tengah berpelukan tak payah cakaplah. Pandangan
yang dah biasa ketika dia di LA dulu.
Macam
ni aku nak biarkan dia datang sini sorang-sorang? Sangat lega bila dia putuskan
untuk mengikut Medina tadi. Memang ada juga perempuan lain yang bertudung
datang lepak di situ. Tapi mereka datang berkumpulan.
“Awak
taknak jalan-jalan ke? Tak rasa musik kat sini makin bingit ke?” ajak Tengku
Ian lepas tamat pertunjukan api. Kurang selesa dengan suasana yang dia rasa
makin sosial itu.
Medina
pandang sekelilingnya. Memang betul pun kata-kata Tengku Ian. Semua orang pun
dah macam nak bukak langkah menari tengah-tengah alam tu. Tempat ni dah tak
sesuai lagi untuk mereka duduk. Gadis-gadis bertudung yang turut menyaksikan
pertunjukan api tadi pun nampaknya dah mula beransur pergi. Semua dah mula
aktiviti individu masing-masing.
Ikutkan
hati nak balik resort. Tapi waktu ni bukan waktu teksi air mengambil penumpang.
Masih ada lebih kurang empat puluh minit kalau ikutkan kata-kata abang yang
bawa teksi air tadi.
Nak
taknak, memang kena habiskan masa kat sini juga. Hai.. kalaulah berenang tu
boleh sampai Pulau Perhentian besar, dah lama dah dia ajak Tengku Ian ni kuak
lentang balik resort.
“Boleh
juga.” Medina setuju. Dia cuma mengikut Tengku Ian yang dah mula berjalan tanpa
menunggunya terlebih dahulu.
Jalan-jalan
tepi pantai. Makin jauh dari tempat tadi. Tak adalah bising sangat. Nampak juga
ada orang lain yang turut berjalan-jalan menghirup udara malam. Tiba-tiba
Medina rasa macam canggung gila dengan Tengku Ian. Yalah.. mana pernah dia
keluar berdua-duan dengan lelaki.
Mana
pulak dah mamat ni nak pergi? Kaki aku ni pulak, jujur je ikut kaki mamat tu.
Boleh percaya ke tak mamat ni? Medina mula syak wasangka. Memang Tengku Ian tak
pernah berkurang ajar dengannya. Tapi dia tak kenal sangat dengan Tengku Ian.
Kalau lelaki itu nak buat apa-apa, nak lari ke mana? Terjun laut? Masuk hutan? Dahlah
malam!
Tapi
tadikan dia cakap dia tak pernah ambil kesempatan tiap kali kami berdua? Siap
cakap nak jadi superman jadian lagi
sebab nak lindungi aku kalau jadi apa-apa. Erk, Medina! Sejak bila kau percaya
kata-kata mamat ni? Medina berperang dengan perasaan sendiri.
“Kenapa,
Medina?” Tengku Ian tiba-tiba bersuara. Medina berjalan agak jauh di
belakangnya.
“Tak..
tak ada apa-apa,” jawab Medina.
“Medina
takut saya buat apa-apa ke?” Tengku Ian bagaikan tahu apa dalam kepala Medina.
Medina senyap. Hanya berjalan mendekati Tengku Ian yang dah pegun beberapa inci
darinya.
“Medina
tak percayakan saya ke?” Suara Tengku Ian lebih serius.
“Tak
salah berjaga-jaga, kan? Saya bukan jenis yang senang nak percayakan orang,”
jawab Medina. Kenyataannya hanya beberapa orang yang dia betul-betul percaya.
Tengku
Ian senyum. “I’m a gentleman. Gentlemen
always respect ladies. So, please
trust me.”
Takdelah
nak terus percaya. Tapi Medina harap Tengku Ian berpegang dengan kata-katanya.
Mereka
berjalan lagi. Angin laut yang bertiup agak kuat itu buatkan Medina berpeluk
tubuh. Selamatkan hujung tudungnya yang nak terbang. Hujung tudung bawalnya
dibiarkan lepas. Salahnya juga tak pin kemas-kemas pada baju tadi. Sekarang ni
kalau ada angin kuat, memang boleh nampak pangkal dadanya.
“Medina
sejuk ke?” soal Tengku Ian prihatin. Memang cuaca hari ini dari pagi tadi agak
mendung. Mendung tanpa hujan.
“Kenapa
cakap saya sejuk?” soal Medina balik. Kalau aku sejuk, dia nak buat apa? Oh,
mohon jangan berlagak gentlemen
bukakan jaket dan sarungkan kat tubuh aku! Tolonglah! Medina membebel dalam
hati sambil jeling jaket mahal yang tersarung kat badan lelaki itu. Mohon tidak
cipta cekerama di bawah langit takde bulan ni.
“Saya
nampak Medina macam sejuk. Kalau Medina sejuk, kita pergi kat tempat bertutup,”
cadang Tengku Ian. Tiba-tiba risau. Demam anak orang ni, apa dia nak buat?
“Mana
ada saya sejuk.” Medina menjawab jujur.
Tengku
Ian diam. Hanya memandang Medina yang sedang berpeluk tubuh tiap kali angin
kuat bertiup. Kemudian dia terus bukakan zip jaket leather yang tersarung di tubuhnya.
Wei..
wei.. kau nak buat apa ni? Medina bermonolog dalam hati. Belum sempat Medina
nak bersuara, jaket itu dah selamat disarungkan ke bahunya. Baru tadi seronok
buat dialog sebal dalam hati, sekarang dah jadi nyata?
“Pakailah,”
suruh Tengku Ian.
“Tapi
saya tak sejuk.” Mamat ni tak dengar kut aku cakap apa tadi.
“Tahu.
Tapi saya suruh pakai bukan sebab sejuk. Sekurang-kurangnya kalau pakai jaket
ni, tudung awak tak terbang dah nanti. Saya cuma nak lindungi aurat awak,”
jawab Tengku Ian balik.
Terkedu
Medina mendengar jawapan Tengku Ian. Saya cuma nak lindungi aurat awak. Dia
perasan rupa-rupanya.
Hati
tiba-tiba rasa sesuatu. Antara lelaki
bagi jaket sebab sejuk dengan lelaki bagi jaket sebab nak lindungi aurat
wanita, yang mana lebih macho?
Medina
tak lagi bersuara. Cuma diam sebelum mengikut kata-kata Tengku Ian. Dia sarungkan
jaket kulit Tengku Ian ke badannya. Siap berzip sampai ke atas. Kini tudungnya
dah tak terbang lagi.
Meruap
bau minyak wangi yang selalu dipakai Tengku Ian menusuk hidung. Agaknya
tertumpah setengah botol kut tadi. Kuat gila bau minyak wangi mamat tu.
Silap-silap boleh masuk mimpi bau minyak wangi ni. Tapi, wangi. Minyak wangi
apa dia pakai ya? Sempat persoalan tu terlintas dalam kepala Medina.
Medina
pandang ke tubuh sendiri. Jaket itu agak besar dengan tubuhnya. Dah macam badut
pulak dia rasa! Tapi baguslah. Memang betul menutup aurat.
“It’s better, isn’t it?” Tengku Ian
senyum lagi. Cuba sembunyikan rasa lucu bila tengok jaket besarnya di tubuh
Medina itu. Lupa pulak Medina ni perempuan. Tapi serius Medina nampak comel.
“Awak
gelakkan saya?” Tajam Medina jeling Tengku Ian.
“Mana
ada gelak. Saya senyum je.” Tengku Ian berloyar buruk.
Dari
senyum terus jadi gelak. Bila tengok Tengku Ian gelak ikhlas macam tu, nak
marah pun tak jadi. Akhirnya Medina turut senyum.
“Anyway, thank you,” ucap Medina ikhlas.
Baru selesa nak berjalan walaupun rasa macam tengah pakai baju gergasi sekarang
ni.
“This gentleman bids you’re most welcome.”
Senyum manis.
Senyuman
menawan Tengku Ian buatkan dada Medina berdebar juga. Apa kena dengan jantung dia
ni? Tak pernah-pernah nak rasa macam ni walau semanis mana pun senyuman gula
mamat tu. Hai.. takkan terharu sebab jaket mamat ni kut?
“Pulau
Kecil ni cantik juga ya?” Tukar topik. Medina pandang sekeliling. Cuma cahaya
suram. Kalau siang, Medina yakin mesti Long Beach ni cantik.
“Kat
sini ada kampung. Dengar-dengar banyak jual souvenir.
Ada yang boleh buat sendiri.”
“Ya
ke? Apa lagi yang menarik kat sini?” selidik Medina lagi. Tak pernah berpeluang
lagi untuk jelajahi Pulau Kecil ni.
“Kat
sana ada ada kincir angin.” Tengku Ian menunjukkan ke satu arah. Medina turut berpaling.
Tapi sebab malam punya pasal, takde apa yang dia nampak. ‘Kat sana’ mamat tu
entah kat benua mana. Medina pun tak tahu.
“Boleh
hiking naik sana. Kat atas sana boleh
tengok pulau ni. Mesti cantik kalau tengok dari tempat tinggi,” sambung Tengku
Ian lagi sebelum pandang wajah Medina balik.
Kalau
perempuan lain, mungkin dia boleh cerita pasal segala jenis kedai cenderamata
yang menarik perhatian. Tapi melihat gaya Medina yang dah ala-ala penerjun
pagar berjaya depan dia dulu, rasanya ajak panjat kincir angin tu lagi sesuai
kut!
“Hmm.. menarik.” Medina macam berminat.
Haa..
kan dah cakap!
“Medina
nak cuba pergi sana ke? Kalau nak, kita boleh pergi sama-sama.”
Kita?
Senget mulut Medina mencebik.
“Apa
yang dah membuatkan awak yakin saya akan pergi sana dengan awak?” sinis Medina.
Macamlah aku nak ajak dia kalau pergi sana.
Tengku
Ian ketawa. Kalau Medina tak ajak pun, rasanya memang dia akan ikut Medina.
Betullah dia ni stalker macam dicop
Medina. Haha.
“Of course one day you will.”
Berkeyakinan sungguh Tengku Ian menjawab.
Baru
je Medina nak jawab, kedengaran bagaikan ada letupan dari atas. Tengku Ian dan
Medina terus mendongak memandang langit. Malam yang agak gelap itu diterangi
dengan pelbagai warna cantik. Bunga api.
“Wow..
cantik!” Medina dah teruja. Lupa terus apa yang nak dicakap kepada Tengku Ian tadi.
Dia memang sangat sukakan bunga api.
Tengku
Ian pandang wajah Medina yang sedang senyum teruja itu. Medina nampak gembira. Bersinar-sinar
mata anak gadis itu sebab teruja. Pasti Medina sukakan bunga api. Pertama kali
dia melihat Medina senyum ikhlas dan cantik seperti itu. Senyuman spontan yang
mungkin setahun sekali dia boleh tengok dari orang bernama Medina.
Dalam
diam, Tengku Ian turut senyum. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.
“Beautiful,” puji Medina. Mata tak lepas
memandang langit. Beberapa das bunga api dilepaskan sekali gus. Dada langit
sangat cantik ketika itu.
“Yup.. beautiful.” Tengku Ian turut memuji. Kedua-duanya. Bunga api dan si
tukang tengok bunga api yang berdiri di tepinya itu.
“Ala..
dah habis.” Suara Medina bagaikan tak puas hati. Suara yang lembut dan
kedengaran agak manja yang terkeluar secara spontan. Buatkan Tengku Ian terdiam
seketika. Begitukah sisi sebenar Medina? Alangkah indahnya kalau Medina selalu
macam tu. Tapi kerana kehidupannya, dia memilih untuk berlindung di sebalik
wajah sejuk bekunya itu. Sayang!
Medina
yang rasa dirinya bagaikan diperhatikan terus menoleh ke arah Tengku Ian. Tepat
mata cantik lelaki itu ke mukanya. Beast’s
stare! Terus menusuk ke dalam hati. Laju tiba-tiba jantungnya.
“Apa
awak tengok?” Suara Medina berubah tegas. Pandangan mata pun dah tajam mengalahkan
hujung pedang samurai. Macam biasa.
“Dah
bunga api dah habis, saya tengoklah muka awak.” Selamba jawapan Tengku Ian.
Huh…
dia ingat muka aku ni kaler hijau macam bunga api ke? Medina cebik bibir. Nasib
baik tak keluar ayat puji-pujian dari mamat tu. Kalau tak, lagi menyampah.
“My mom.. she loves fireworks,” luah
Tengku Ian tiba-tiba. Entah kenapa dia rindukan bonda dan ibunya sekarang ni.
Bonda mahupun ibu, kedua-duanya sukakan bunga api.
Medina
terdiam. Tiba-tiba teringat kembali apa yang diceritakan Farizzam petang tadi.
Dia dan Tengku Ian bagaikan senasib.
“Kalau
dekat US, lagi cantik bunga api. Boleh tengok dari macam-macam tempat. Times Square, Queen Mary cruise and Disney
Land. Kalau dekat Jepun biasanya masa summer.
Saya pernah tengok sekali dekat Lake Toya.”
Tengku Ian bercerita lagi.
“Bestnya,” komen Medina. Buatkan Tengku
Ian berpaling kepadanya.
“Apa
yang best?”
“Mesti
best jadi pilot, kan? Boleh travel
ke negara orang.” Tiba-tiba rasa cemburu dengan Tengku Ian. Dia nak sambung
belajar dulu pun kena dalam Malaysia. Tak tahu kenapa papanya tak lepaskan dia
belajar ke luar negara. Takut sangat dia tak balik Malaysia agaknya. Tapi,
kalau ikutkan memang itu yang bakal terjadi kalau dia belajar di luar negara. Lari
dan taknak kembali ke kehidupan yang seperti sekarang.
Tengku
Ian hanya senyum tanpa menjawab apa-apa. Biarkan Medina dengan persepsinya.
“Tapi
sedih bila terpaksa tinggalkan ibu lama-lama.” Itu yang selalu Farizzam luahkan
kepadanya. Farizzam bertugas untuk laluan antarabangsa. Sekali keluar bertugas,
mahu berhari-hari.
Giliran
Medina pula terdiam.
“Ayah
Ian kat mana sekarang ni?” Penuh berhati-hati Medina bertanya. Tengku Ian
senyum tawar. Serba-salah untuk menjawab bagi pihak Farizzam. Dia takut
terpecahkan rahsia Farizzam pula. Dia tahu yang Farizzam memang tak suka orang
ikut campur urusannya.
Tapi
cara Medina tanya dia macam perempuan itu tahu sesuatu.
“Zam
ada cakap sesuatu ke?” korek Tengku Ian.
“Err…”
Medina tak tahu nak balas apa. Alamak, aku tersalah cakap ke? Dia marah ke?
“Ayah
saya ada lagi.” Tengku Ian bersuara tanpa mendengar jawapan Medina. Kalau
tengok muka serba-salah Medina tu, dia yakin Medina dah tahu sesuatu. Maksudnya
Farizzam sendiri yang dah bercerita kepada Medina.
“Awak
marah ke?” soal Medina lagi. Takut Tengku Ian marah. Takut Tengku Ian gaduh
dengan Farizzam juga. Karang ada juga salah sorang keluar bilik dengan muka
lebam besok.
Tapi
Tengku Ian cuma senyum ikhlas. Marah? Farizzam sendiri yang bercerita, jadi
kenapa dia yang nak marah?
“Buat apa nak marah? Takde apa yang perlu
dimarahkan. Memang kenyataannya ayah saya masih hidup. Suatu hari nanti, saya
akan cari ayah saya,” azam Tengku Ian. Bagi pihak Farizzam walaupun dia yakin
Farizzam akan bagi jawapan sebaliknya kalau Farizzam di tempatnya sekarang.
“Eh,
sekarang dah pukul berapa?” Tengku Ian baru perasan. Kerling jam di tangan, ada
lebih kurang lima minit lagi sebelum waktu teksi air mengambil penumpang.
Medina
turut pandang jam di tangannya. Baru perasan juga.
“Jomlah,
tak pasal-pasal terlepas pulak,” ajak Medina. Nasib baik Tengku Ian perasan.
Kalau tak, tak pasal-pasal terlepas pula teksi air yang kena tunggu nak dekat
sekurun ni. Tak sanggup nak menunggu lama lagi sekali. Ada jugak karang berkampung
kat Long Beach ni.
Beriringan
Medina dan Tengku Ian berjalan meninggalkan tempat itu.
--------------
Oh, entry ni sebab dah janji dengan para facebookers dulu. Mohon tidak berharap apa2 entry diupload dengan cepat lepas ni. Huhu... Entry lepas ni kalau rajin atau rindu nak menaip baru ada. Kembali kepada hidup lama n Happy reading.
--------------
Oh, entry ni sebab dah janji dengan para facebookers dulu. Mohon tidak berharap apa2 entry diupload dengan cepat lepas ni. Huhu... Entry lepas ni kalau rajin atau rindu nak menaip baru ada. Kembali kepada hidup lama n Happy reading.
Best sangat!!!! Excited for the next entry... Sila rajinkan diri menaip yaa.. Huhu...
ReplyDeleteComel! Thanks for the post kali ni...
ReplyDeleteSweet sangat!! Thx dear! awaiting 4 next n3
ReplyDeleteBest best best.
ReplyDeleteTq
ReplyDeleterase ian sgt gentlemen....wahhh kan best kalau ian n medina together as loving couple. Kikikiki masih jauh lagi bab tu agak nye....
ReplyDeletebest n sweet..
ReplyDeletebest3 tq
ReplyDeleteWaaaa bila nak publish sis? Ai kennot waitt. Ai want to have this novel ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeletedh publish ke novel ni? best sgt2..
ReplyDeleteBest !!! Nak next en3....but don't push urself to do this..just luahan hati sy je.. : )
ReplyDeleteWhat next ? Can't wait can't wait .......
ReplyDelete