Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 26 April 2015

Hero Seorang Cinderella (BAB 14)

BAB 14

Sepi sepanjang perjalanan menunggu teksi air. Tengku Ian selesa diam. Dan Medina pulak jangan haraplah nak beramah mesra dengan Tengku Ian. Masing-masing selesa memerhati orang lain yang turut menunggu teksi air. Boleh tahan ramai juga yang nak ke Long Beach. Beberapa orang tempatan dan ramai juga pelancong asing.

Lama lagi ke kena tunggu ni? Medina dah naik bosan. Rasanya nak dekat lima belas minit juga mereka semua menunggu, bayang bot pun tak nampak. Medina kerling jam di tangan. Dah pukul berapa? Gelap sangatlah pulak.

“Nampak ke awak nak tengok jam?” tegur Tengku Ian. Mencari modal untuk berbual dengan Medina.

Jamnya aku nampak. Punyalah silver berkilat, takkan tak nampak kut? Yang tak nampaknya pukul berapa! Grrr.. kalau aku tak nampak, dia nak buat apa? Jadi lampu? Medina cuma diam.

“Kalau awak tak nampak, letak depan muka saya. Orang cakap muka saya bercahaya.” Tengku Ian gelak.

Ha. Ha. Kelakar sangat la tu? Nak aku gelak guna mulut ke, nak aku gelak guna tangan? Ada jugak kepala makan hempuk malam ni. Manalah tahu putus terus fius cahaya muka dia tu. Oo.. nak loyar buruk dengan aku? Malas Medina nak layan.

Diam lagi. Adoi.. Tengku Ian garu pelipis yang tak gatal. Mati segala spesis kutu aku nak bercakap dengan budak ni. Macam ajak enjin bot bercakap! Kenapa susah sangat nak berkawan dengan Medina ni?

Tengku Ian pandang ke arah kanan. Dari tadi lagi dia perhatikan. Lelaki yang sedang berdiri di bahagian sana sedari tadi lagi pandang ke arah sini. Atau belakang dia? Tapi belakang dia cuma ada kayu. Atau dia kenal budak sebelah dia ni?

“Medina,” panggil Tengku Ian. Tanpa menjawab, Medina mendongak pandang Tengku Ian di sebelahnya.

“Lelaki tu kawan awak ke?” soal Tengku Ian sambil menujukkan ke arah kanan dengan isyarat matanya. Medina menoleh ke arah itu. Nampak seorang lelaki sedang bercakap dengan kawannya.

Bukan. Pelik. Kenapa disangka kawan dia?

“A’aa.. Nama dia Saiful.” Medina main petik nama yang terlintas dalam kepala.

“Oo.. patutlah.”

“Apa yang patutlah?” Medina pelik.

“Awak taknak tegur Saiful ke?” soal Tengku Ian balik tanpa menjawab pertanyaan Medina.

“Buat apa nak tegur?”

“Laa.. kata kawan. Takkan taknak tegur kut? Tak baik saudara sesama Islam tak bertegur sapa kalau jumpa.” tegur Tengku Ian.

Dia bukak ceramah pasal adab jumpa kawan pulak dah!

“Masalahnya dia bukan kawan saya. Saya tipu je la. Mana ada saya kenal dia,” balas Medina balik sebelum Tengku Ian sambung pulak pasal protokol nak tegur kawan. Kenyataannya ini kali pertama Medina nampak lelaki itu.

Karang aku tegur, tak pasal-pasal dia ingat nak mengurat pulak. Medina membebel dalam hati.

Kening Tengku Ian terangkat. Hmm?

“Dari tadi lagi Saiful pandang awak. Saya ingat awak kenal dia,” kata Tengku Ian. Kalau dah toleh ke sini, mestilah pandang Medina. Takkan pandang dia kut? Tegak bulu roma kalau pandang dia macam tu!

Amboi.. menyindir ke apa ni? Mentang-mentang aku Saifulkan mamat tu, dia pun Saifulkan juga mamat tu. 

“Oo.. ya ke? Dia nak mengurat saya la tu,” balas Medina selamba.

Sekali Medina balas macam tu, mati kata Tengku Ian. Macam tak percaya pun ada ayat macam tu boleh keluar dari mulut comel Medina. Dalam diam, Tengku Ian tersenyum lucu. Entah kenapa, dia rasa kelakar.

“Mengurat pakai wi-fi ke?” Ada baur-baur sindiran dalam ayat Tengku Ian. Jauh betul jarak nak menguratnya. Walaupun dia rasa memang betul apa yang dikata Medina. Dia lelaki. Dia faham bila nampak pandangan dari lelaki lain terhadap seorang wanita.

“Sebab awak la.”

“Kenapa saya pulak?” Tengku Ian pelik.

“Sebab mesti dia ingat awak pakwe saya. Sebab tu dia tak berani nak dekat dengan saya.”

Tengku Ian ketawa. Yakin betul dia! Tengku Ian tahu Medina cuma main-main. Tapi Medina tak tahu kata-katanya itu sebenarnya memang betul. ‘Saiful’ tu dari tadi lagi dok jeling-menjeling ke sini. Dan bila dia pandang, ‘Saiful’ tu buat-buat bercakap dengan kawannya. Kalau dia takde, rasanya mungkin ‘Saiful’ tu dah datang dekat dengan Medina.

“Amboi, bukan main! Nak saya report kat Datuk ke?” ugut Tengku Ian. Medina mencebik. Tak heran! Sikit-sikit nak report.

Reportlah. Kalau nak tengok ada bilik kena bakar malam ni.”

Gelak Tengku Ian lepas lagi.

Medina tak faham. Asal dia bersuara, mesti lelaki depan dia ni ketawa. Tak tahu apa yang kelakarnya.

“Teksi air dah sampai.” Medina lega. Akhirnya! Berakhir juga penantian mereka. Semua menanti untuk naik ke dalam teksi air itu.

Bila Medina nak naik, ada tangan dihulurkan kepadanya. Dia angkat muka. Medina cuma pandang tampang Tengku Ian di balik cahaya suram itu. Hai.. Ada jugak aku tendang orang sampai Long Beach tak bertiket malam ni!

Tanpa menghiraukan huluran tangan Tengku Ian, Medina naik teksi air itu sendiri. Tak payah nak berlagak macho depan aku, boleh? Jelik bila ingat balik. Memang mamat tu dah biasa hulur tangan nak pegang perempuan ke? Sekalipun niat sebenar nak tolong. Tak payah terlebih baik nak tolong kalau orang mampu buat sendiri. Gentleman la sangat!

  -----------------------

Malam itu, suasana di Long Beach memang meriah. Ramai juga yang datang untuk menyaksikan pertunjukan api. Ramai juga anak-anak muda yang datang melepak. Memang Medina tahu Pulau Perhentian Kecil ni memang sesuai kalau untuk lebih bersosial. Jadi jangan pelik kalau ternampak pasangan kekasih tengah bermadu kasih.

Sesekali dengar orang ramai menepuk tangan. Macam-macam aksi yang dipertunjukkan dalam pertunjukan api itu. Yang paling membuatkan semua bersorak adalah ketika api dikeluarkan dari mulut. Dah macam naga jadian Medina tengok. Tapi seronok sebab ini pertama kali dia melihat pertunjukan api seacara langsung macam ni.

Tengku Ian pula lebih selesa memerhati sekelilingnya. Menilai suasana di tempat itu. Ramai lelaki yang datang lepak. Ramai juga pasangan kekasih yang tengah dating. Mat saleh dan minah saleh yang tengah berpelukan tak payah cakaplah. Pandangan yang dah biasa ketika dia di LA dulu.

Macam ni aku nak biarkan dia datang sini sorang-sorang? Sangat lega bila dia putuskan untuk mengikut Medina tadi. Memang ada juga perempuan lain yang bertudung datang lepak di situ. Tapi mereka datang berkumpulan.

“Awak taknak jalan-jalan ke? Tak rasa musik kat sini makin bingit ke?” ajak Tengku Ian lepas tamat pertunjukan api. Kurang selesa dengan suasana yang dia rasa makin sosial itu.

Medina pandang sekelilingnya. Memang betul pun kata-kata Tengku Ian. Semua orang pun dah macam nak bukak langkah menari tengah-tengah alam tu. Tempat ni dah tak sesuai lagi untuk mereka duduk. Gadis-gadis bertudung yang turut menyaksikan pertunjukan api tadi pun nampaknya dah mula beransur pergi. Semua dah mula aktiviti individu masing-masing.

Ikutkan hati nak balik resort. Tapi waktu ni bukan waktu teksi air mengambil penumpang. Masih ada lebih kurang empat puluh minit kalau ikutkan kata-kata abang yang bawa teksi air tadi.

Nak taknak, memang kena habiskan masa kat sini juga. Hai.. kalaulah berenang tu boleh sampai Pulau Perhentian besar, dah lama dah dia ajak Tengku Ian ni kuak lentang balik resort.

“Boleh juga.” Medina setuju. Dia cuma mengikut Tengku Ian yang dah mula berjalan tanpa menunggunya terlebih dahulu.

Jalan-jalan tepi pantai. Makin jauh dari tempat tadi. Tak adalah bising sangat. Nampak juga ada orang lain yang turut berjalan-jalan menghirup udara malam. Tiba-tiba Medina rasa macam canggung gila dengan Tengku Ian. Yalah.. mana pernah dia keluar berdua-duan dengan lelaki.

Mana pulak dah mamat ni nak pergi? Kaki aku ni pulak, jujur je ikut kaki mamat tu. Boleh percaya ke tak mamat ni? Medina mula syak wasangka. Memang Tengku Ian tak pernah berkurang ajar dengannya. Tapi dia tak kenal sangat dengan Tengku Ian. Kalau lelaki itu nak buat apa-apa, nak lari ke mana? Terjun laut? Masuk hutan? Dahlah malam!

Tapi tadikan dia cakap dia tak pernah ambil kesempatan tiap kali kami berdua? Siap cakap nak jadi superman jadian lagi sebab nak lindungi aku kalau jadi apa-apa. Erk, Medina! Sejak bila kau percaya kata-kata mamat ni? Medina berperang dengan perasaan sendiri.

“Kenapa, Medina?” Tengku Ian tiba-tiba bersuara. Medina berjalan agak jauh di belakangnya.

“Tak.. tak ada apa-apa,” jawab Medina.

“Medina takut saya buat apa-apa ke?” Tengku Ian bagaikan tahu apa dalam kepala Medina. Medina senyap. Hanya berjalan mendekati Tengku Ian yang dah pegun beberapa inci darinya.

“Medina tak percayakan saya ke?” Suara Tengku Ian lebih serius.

“Tak salah berjaga-jaga, kan? Saya bukan jenis yang senang nak percayakan orang,” jawab Medina. Kenyataannya hanya beberapa orang yang dia betul-betul percaya.

Tengku Ian senyum. “I’m a gentleman. Gentlemen always respect ladies. So, please trust me.

Takdelah nak terus percaya. Tapi Medina harap Tengku Ian berpegang dengan kata-katanya.

Mereka berjalan lagi. Angin laut yang bertiup agak kuat itu buatkan Medina berpeluk tubuh. Selamatkan hujung tudungnya yang nak terbang. Hujung tudung bawalnya dibiarkan lepas. Salahnya juga tak pin kemas-kemas pada baju tadi. Sekarang ni kalau ada angin kuat, memang boleh nampak pangkal dadanya.

“Medina sejuk ke?” soal Tengku Ian prihatin. Memang cuaca hari ini dari pagi tadi agak mendung. Mendung tanpa hujan.

“Kenapa cakap saya sejuk?” soal Medina balik. Kalau aku sejuk, dia nak buat apa? Oh, mohon jangan berlagak gentlemen bukakan jaket dan sarungkan kat tubuh aku! Tolonglah! Medina membebel dalam hati sambil jeling jaket mahal yang tersarung kat badan lelaki itu. Mohon tidak cipta cekerama di bawah langit takde bulan ni.

“Saya nampak Medina macam sejuk. Kalau Medina sejuk, kita pergi kat tempat bertutup,” cadang Tengku Ian. Tiba-tiba risau. Demam anak orang ni, apa dia nak buat?

“Mana ada saya sejuk.” Medina menjawab jujur.

Tengku Ian diam. Hanya memandang Medina yang sedang berpeluk tubuh tiap kali angin kuat bertiup. Kemudian dia terus bukakan zip jaket leather yang tersarung di tubuhnya.

Wei.. wei.. kau nak buat apa ni? Medina bermonolog dalam hati. Belum sempat Medina nak bersuara, jaket itu dah selamat disarungkan ke bahunya. Baru tadi seronok buat dialog sebal dalam hati, sekarang dah jadi nyata?

“Pakailah,” suruh Tengku Ian.

“Tapi saya tak sejuk.” Mamat ni tak dengar kut aku cakap apa tadi.

“Tahu. Tapi saya suruh pakai bukan sebab sejuk. Sekurang-kurangnya kalau pakai jaket ni, tudung awak tak terbang dah nanti. Saya cuma nak lindungi aurat awak,” jawab Tengku Ian balik.

Terkedu Medina mendengar jawapan Tengku Ian. Saya cuma nak lindungi aurat awak. Dia perasan rupa-rupanya.

Hati tiba-tiba rasa sesuatu. Antara  lelaki bagi jaket sebab sejuk dengan lelaki bagi jaket sebab nak lindungi aurat wanita, yang mana lebih macho?

Medina tak lagi bersuara. Cuma diam sebelum mengikut kata-kata Tengku Ian. Dia sarungkan jaket kulit Tengku Ian ke badannya. Siap berzip sampai ke atas. Kini tudungnya dah tak terbang lagi.

Meruap bau minyak wangi yang selalu dipakai Tengku Ian menusuk hidung. Agaknya tertumpah setengah botol kut tadi. Kuat gila bau minyak wangi mamat tu. Silap-silap boleh masuk mimpi bau minyak wangi ni. Tapi, wangi. Minyak wangi apa dia pakai ya? Sempat persoalan tu terlintas dalam kepala Medina.

Medina pandang ke tubuh sendiri. Jaket itu agak besar dengan tubuhnya. Dah macam badut pulak dia rasa! Tapi baguslah. Memang betul menutup aurat.

It’s better, isn’t it?” Tengku Ian senyum lagi. Cuba sembunyikan rasa lucu bila tengok jaket besarnya di tubuh Medina itu. Lupa pulak Medina ni perempuan. Tapi serius Medina nampak comel.

“Awak gelakkan saya?” Tajam Medina jeling Tengku Ian.

“Mana ada gelak. Saya senyum je.” Tengku Ian berloyar buruk.

Dari senyum terus jadi gelak. Bila tengok Tengku Ian gelak ikhlas macam tu, nak marah pun tak jadi. Akhirnya Medina turut senyum.

Anyway, thank you,” ucap Medina ikhlas. Baru selesa nak berjalan walaupun rasa macam tengah pakai baju gergasi sekarang ni.

This gentleman bids you’re most welcome.” Senyum manis.

Senyuman menawan Tengku Ian buatkan dada Medina berdebar juga. Apa kena dengan jantung dia ni? Tak pernah-pernah nak rasa macam ni walau semanis mana pun senyuman gula mamat tu. Hai.. takkan terharu sebab jaket mamat ni kut?

“Pulau Kecil ni cantik juga ya?” Tukar topik. Medina pandang sekeliling. Cuma cahaya suram. Kalau siang, Medina yakin mesti Long Beach ni cantik.

“Kat sini ada kampung. Dengar-dengar banyak jual souvenir. Ada yang boleh buat sendiri.”

“Ya ke? Apa lagi yang menarik kat sini?” selidik Medina lagi. Tak pernah berpeluang lagi untuk jelajahi Pulau Kecil ni.

“Kat sana ada ada kincir angin.” Tengku Ian menunjukkan ke satu arah. Medina turut berpaling. Tapi sebab malam punya pasal, takde apa yang dia nampak. ‘Kat sana’ mamat tu entah kat benua mana. Medina pun tak tahu.

“Boleh hiking naik sana. Kat atas sana boleh tengok pulau ni. Mesti cantik kalau tengok dari tempat tinggi,” sambung Tengku Ian lagi sebelum pandang wajah Medina balik.

Kalau perempuan lain, mungkin dia boleh cerita pasal segala jenis kedai cenderamata yang menarik perhatian. Tapi melihat gaya Medina yang dah ala-ala penerjun pagar berjaya depan dia dulu, rasanya ajak panjat kincir angin tu lagi sesuai kut!

Hmm.. menarik.” Medina macam berminat.

Haa.. kan dah cakap!

“Medina nak cuba pergi sana ke? Kalau nak, kita boleh pergi sama-sama.”

Kita? Senget mulut Medina mencebik.

“Apa yang dah membuatkan awak yakin saya akan pergi sana dengan awak?” sinis Medina. Macamlah aku nak ajak dia kalau pergi sana.

Tengku Ian ketawa. Kalau Medina tak ajak pun, rasanya memang dia akan ikut Medina. Betullah dia ni stalker macam dicop Medina. Haha.

Of course one day you will.” Berkeyakinan sungguh Tengku Ian menjawab.

Baru je Medina nak jawab, kedengaran bagaikan ada letupan dari atas. Tengku Ian dan Medina terus mendongak memandang langit. Malam yang agak gelap itu diterangi dengan pelbagai warna cantik. Bunga api.

“Wow.. cantik!” Medina dah teruja. Lupa terus apa yang nak dicakap kepada Tengku Ian tadi. Dia memang sangat sukakan bunga api.

Tengku Ian pandang wajah Medina yang sedang senyum teruja itu. Medina nampak gembira. Bersinar-sinar mata anak gadis itu sebab teruja. Pasti Medina sukakan bunga api. Pertama kali dia melihat Medina senyum ikhlas dan cantik seperti itu. Senyuman spontan yang mungkin setahun sekali dia boleh tengok dari orang bernama Medina.

Dalam diam, Tengku Ian turut senyum. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.

Beautiful,” puji Medina. Mata tak lepas memandang langit. Beberapa das bunga api dilepaskan sekali gus. Dada langit sangat cantik ketika itu.

Yup.. beautiful.” Tengku Ian turut memuji. Kedua-duanya. Bunga api dan si tukang tengok bunga api yang berdiri di tepinya itu.

“Ala.. dah habis.” Suara Medina bagaikan tak puas hati. Suara yang lembut dan kedengaran agak manja yang terkeluar secara spontan. Buatkan Tengku Ian terdiam seketika. Begitukah sisi sebenar Medina? Alangkah indahnya kalau Medina selalu macam tu. Tapi kerana kehidupannya, dia memilih untuk berlindung di sebalik wajah sejuk bekunya itu. Sayang!

Medina yang rasa dirinya bagaikan diperhatikan terus menoleh ke arah Tengku Ian. Tepat mata cantik lelaki itu ke mukanya. Beast’s stare! Terus menusuk ke dalam hati. Laju tiba-tiba jantungnya.

“Apa awak tengok?” Suara Medina berubah tegas. Pandangan mata pun dah tajam mengalahkan hujung pedang samurai. Macam biasa.

“Dah bunga api dah habis, saya tengoklah muka awak.” Selamba jawapan Tengku Ian.

Huh… dia ingat muka aku ni kaler hijau macam bunga api ke? Medina cebik bibir. Nasib baik tak keluar ayat puji-pujian dari mamat tu. Kalau tak, lagi menyampah.

My mom.. she loves fireworks,” luah Tengku Ian tiba-tiba. Entah kenapa dia rindukan bonda dan ibunya sekarang ni. Bonda mahupun ibu, kedua-duanya sukakan bunga api.

Medina terdiam. Tiba-tiba teringat kembali apa yang diceritakan Farizzam petang tadi. Dia dan Tengku Ian bagaikan senasib.

“Kalau dekat US, lagi cantik bunga api. Boleh tengok dari macam-macam tempat. Times Square, Queen Mary cruise and Disney Land. Kalau dekat Jepun biasanya masa summer. Saya pernah tengok sekali dekat Lake Toya.” Tengku Ian bercerita lagi.

Bestnya,” komen Medina. Buatkan Tengku Ian berpaling kepadanya.

“Apa yang best?”

“Mesti best jadi pilot, kan? Boleh travel ke negara orang.” Tiba-tiba rasa cemburu dengan Tengku Ian. Dia nak sambung belajar dulu pun kena dalam Malaysia. Tak tahu kenapa papanya tak lepaskan dia belajar ke luar negara. Takut sangat dia tak balik Malaysia agaknya. Tapi, kalau ikutkan memang itu yang bakal terjadi kalau dia belajar di luar negara. Lari dan taknak kembali ke kehidupan yang seperti sekarang.

Tengku Ian hanya senyum tanpa menjawab apa-apa. Biarkan Medina dengan persepsinya.

“Tapi sedih bila terpaksa tinggalkan ibu lama-lama.” Itu yang selalu Farizzam luahkan kepadanya. Farizzam bertugas untuk laluan antarabangsa. Sekali keluar bertugas, mahu berhari-hari.

Giliran Medina pula terdiam.

“Ayah Ian kat mana sekarang ni?” Penuh berhati-hati Medina bertanya. Tengku Ian senyum tawar. Serba-salah untuk menjawab bagi pihak Farizzam. Dia takut terpecahkan rahsia Farizzam pula. Dia tahu yang Farizzam memang tak suka orang ikut campur urusannya.

Tapi cara Medina tanya dia macam perempuan itu tahu sesuatu.

“Zam ada cakap sesuatu ke?” korek Tengku Ian.

“Err…” Medina tak tahu nak balas apa. Alamak, aku tersalah cakap ke? Dia marah ke?

“Ayah saya ada lagi.” Tengku Ian bersuara tanpa mendengar jawapan Medina. Kalau tengok muka serba-salah Medina tu, dia yakin Medina dah tahu sesuatu. Maksudnya Farizzam sendiri yang dah bercerita kepada Medina.

“Awak marah ke?” soal Medina lagi. Takut Tengku Ian marah. Takut Tengku Ian gaduh dengan Farizzam juga. Karang ada juga salah sorang keluar bilik dengan muka lebam besok.

Tapi Tengku Ian cuma senyum ikhlas. Marah? Farizzam sendiri yang bercerita, jadi kenapa dia yang nak marah?

 “Buat apa nak marah? Takde apa yang perlu dimarahkan. Memang kenyataannya ayah saya masih hidup. Suatu hari nanti, saya akan cari ayah saya,” azam Tengku Ian. Bagi pihak Farizzam walaupun dia yakin Farizzam akan bagi jawapan sebaliknya kalau Farizzam di tempatnya sekarang.

“Eh, sekarang dah pukul berapa?” Tengku Ian baru perasan. Kerling jam di tangan, ada lebih kurang lima minit lagi sebelum waktu teksi air mengambil penumpang.

Medina turut pandang jam di tangannya. Baru perasan juga.

“Jomlah, tak pasal-pasal terlepas pulak,” ajak Medina. Nasib baik Tengku Ian perasan. Kalau tak, tak pasal-pasal terlepas pula teksi air yang kena tunggu nak dekat sekurun ni. Tak sanggup nak menunggu lama lagi sekali. Ada jugak karang berkampung kat Long Beach ni.

Beriringan Medina dan Tengku Ian berjalan meninggalkan tempat itu.


      --------------
Oh, entry ni sebab dah janji dengan para facebookers dulu. Mohon tidak berharap apa2 entry diupload dengan cepat lepas ni. Huhu... Entry lepas ni kalau rajin atau rindu nak menaip baru ada. Kembali kepada hidup lama n Happy reading.

12 comments:

  1. Best sangat!!!! Excited for the next entry... Sila rajinkan diri menaip yaa.. Huhu...

    ReplyDelete
  2. Comel! Thanks for the post kali ni...

    ReplyDelete
  3. Sweet sangat!! Thx dear! awaiting 4 next n3

    ReplyDelete
  4. rase ian sgt gentlemen....wahhh kan best kalau ian n medina together as loving couple. Kikikiki masih jauh lagi bab tu agak nye....

    ReplyDelete
  5. Waaaa bila nak publish sis? Ai kennot waitt. Ai want to have this novel 😭😭😭😭

    ReplyDelete
  6. dh publish ke novel ni? best sgt2..

    ReplyDelete
  7. Best !!! Nak next en3....but don't push urself to do this..just luahan hati sy je.. : )

    ReplyDelete
  8. What next ? Can't wait can't wait .......

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )