Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday, 23 June 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 9)

BAB 9

Pukul 8.00 pagi baru aku bangun. Ni semua gara-gara tidur lambat semalam. Nasib baik bulan tengah mengambang sekarang ni. Takdelah terlepas Subuh aku pagi tadi. Kalau kat rumah sendiri memang boleh nak bangun tengah hari. Tapi ni rumah orang. Kena bangun awal! Kalau mama tahu ni, mati aku kena bebel. Huhu..

     Aku cepat-cepat bersiap sebelum keluar. Masa aku keluar, hidungku menangkap bau yang sangat wangi. Kueh tiew goreng! Waa.. favourite aku tu! Mesti aunty Fatmah yang tengah masak.  Baru aku perasan. Takde orang. Mesti semua tak bangun lagi. Takpun tengah lepak dalam bilik masing-masing.

     “Morning, aunty.” Aku menegur Aunty Fatmah yang sedang ligat menggoreng kueh tiew. Sedang memyiapkan breakfast rupa-rupanya. Hujung minggu memang sediakan breakfast agak lambat kot. Aku buat andaian sendiri.

     Aunty Fatmah senyum.

     “Morning, darling.”

     Aku duduk di kerusi. Bertuah punya orang gaji! Bukannya reti nak menolong. Hehe.. Bukannya aku taknak tolong. Tapi, kalau dalam bab memasak ni, apa yang den mampu buat adalah tolong tengok.

     “Macam mana malam tadi? Selesa tak?” soal Aunty Fatmah. Aku sengih.

     “Selesa, Aunty. Katil aunty best sangat. Sampai mimpi dating dengan prince charming semalam.”

     Aunty Fatmah ketawa mendengar kata-kataku. Ingat aku bohong ke apa? Memang betul, okey. Memang aku mimpi date dengan Lee Dong Wook. Haha.. mengarut habis mimpi aku. Nama pun mimpi. Ni semua gara-gara tengok cerita My Girl petang semalam. Sampai masuk mimpi mamat handsome tu. Cerita tu dah lama. Tapi, hero dia handsome sangat la wei. Perempuan normal mana yang takkan cair? Tengok banyak kali pun tak menyesal la.

     “Sya!”

     “Oh, Dong Wook sayang!” Aku terus melatah bila Aunty Fatmah sergah aku.

     “Ya, aunty?” aku control malu. Aku nampak Aunty Fatmah cuba tahan gelak. Aku buat muka selamba macam takde apa-apa yang berlaku.

     “Berkhayal pulak budak ni. Dari tadi aunty bercerita. Cakap dengan kuali je rupanya” Aku ketawa dengar ayat aunty Fatmah. Aku rasa kelakar.

     “Aunty cakap apa?” soalku balik.

     “Lupakan. Tak penting pun. Tolong aunty ambik pinggan dalam almari.”

     “Okeh, bos!” Aku tabik tanda patuh. Aunty Fatmah hanya geleng kepala. Memang dah maklum dah dengan perangai aku yang mature sikit je daripada Hafiy.

     Aku ambik empat pinggan, satu mangkuk dan lima cawan untuk dihidangkan di meja ruang makan. Tak lupa juga sudu dan garfu.

     “Sya, extra untuk sorang, ya?” Aku dengar suara Aunty Fatmah berkata.

     “Extra? Siapa nak datang, aunty?” Aku yang memang tak boleh hidup dalam keadaan tertanya-tanya menyoal. Sibuk je la aku ni.

     Aunty Fatmah hanya senyum.

     “Anak saudara aunty nak datang hari ni. Tak tahu samaada dia breakfast sini ke tak. Saja buat preparation.”

     “Ooo..” hanya tu je respon aku. Tak tau pun.

     Aku tak tanya lagi dah. Persoalan dah terjawab dan aku malas nak masuk campur dah. Aku menyediakan satu set lagi seperti yang diarahkan aunty Fatmah. Kemudian, aku menolong Aunty Fatmah mengemas dapur. Kueh tiaw goreng aku cedok dan masukkan ke dalam pinggan besar sebelum diangkat ke meja makan.

     Ketika aku sedang mencedok kueh tiaw goreng ke dalam pinggan setiap orang, aku nampak Izz mendukung Hafiy turun. Aunty Fatmah pulak dah hilang entah ke mana. Panggil suaminya turun makan agaknya.

     “Morning, kakak!” gembira Hafiy menyapaku. Dia turun daripada dukungan Izz. Aku senyum.

     “Morning, Hafiy,” sapaku balik. Sapaan yang biasa-biasa saja. Bukan sapaan gila-gila seperti yang aku selalu aku lakukan dengan Hafiy. Tiada lagi high five yang aku ajar pada Hafiy. Kalau aku berdua dengan Hafiy, memang aku dah tunjukkan perangai tiga suku aku tu. Tapi, sebab ada Izz, terpaksalah aku control.    

     “Morning.” Izz pulak menegurku.

     “Morning. Duduklah,” jemputku. Izz mengangguk sebelum menarik kerusi untuk Hafiy di sebelahnya.

     Kemudian, datang pula aunty Fatmah bersama uncle Manaf. Mereka duduk di tempat masing-masing.

     “Eh, Sya. Duduklah sekali,” pelawa aunty Fatmah.

     “Takpe.. Lepas ni Sya duduk,” kataku. Akukan orang gaji. Terpaksalah aku lakukan tugas sebagai orang gaji dulu.

     “Hafiy nak kokocrunch.” Hafiy tunjuk pada kotak kokokrunch di depannya.

     Aku menuangkan kokocrunch dan susu segar ke dalam sebuah mangkuk yang memang disediakan khas untuk Hafiy. Memang Hafiy akan breakfast dengan kokocrunch. Aku duduk di kerusiku bila semua dah bersedia nak makan.

     “Hafiy nak baca doa makan.” Hafiy angkat tangan.

     “Iya, sayang.” Aumty Fatmah layan cucunya.

     “Bismillahirrahmanirrahim..” Kami menadah tangan bila Hafiy mula membaca doa makan. Amin.. Aku mencapai sudu.

     “Hello.. Pak Long, Mak Long. Morning.. I’m coming!!”

     Nak bergegar rumah ni dengan suara yang tiba-tiba menegur itu. Aku tabik kat uncle Manaf sebab tiang rumah dia kukuh! Terus tak jadi semua yang nak makan. Semestimya terkejut dengan suara itu.

     Aku berpaling pada makhluk Allah yang tak reti tata tertib masuk rumah orang tu! Bukannya reti nak bagi salam. Aku nampak seorang perempuan muda yang memakai pakaian yang memang mengancam habis sedang berjalan masuk ke dapur. Muat pulak nak bukak langkah dengan skirt pendek sendat dia tu. Huh.. sebal hatiku!

     “Deena darling. Jemput masuk. Kami memang tunggu dari tadi lagi. Come and join our breakfast.” Aunty Fatmah dengan perempuan bernama Deena itu berpeluk-pelukan. Huh.. tak payah jemput masuk dah, aunty. Memang dah separuh rumah dah dia terjah.

     Oh.. now I get it! Ni la kot anak saudara yang Aunty Fatmah cakap tu. Tak lulus tata tertib betul. Seronok aku mengutuk dalam hati.

     “Pak Long.” Dia peluk pula uncle Manaf.

     “Abang Haikal..”

      Abang Haikal.. Grr.. geli ketiak aku dengar suara manja perempuan tu.

     Dia beralih pula pada Izz. Haish! Takkan nak peluk jugak kot? Mata aku terus membesar bila minah tu betul-betul peluk Izz. Izz pulak bukannya reti nak tepis. Menyampah betul!

     “Apa Deena ni. Kan abang dah cakap jangan buat macam ni lagi!” suara Izz tegas.

     Jangan buat macam ni lagi? Maksudnya memang selalu jugaklah mereka macam ni?

     “Ala.. kitakan sepupu. Nanti kita pun akan kahwin jugak, kan? Rilekslah, bang.”

     Aku hanya mendengar. Oo.. mereka ni selain sepupu, kekasih jugak la ya? Tapi kenapa pulak la muka Izz macam ikhlas tak ikhlas je aku tengok?

     “Memang sepupu. Tapi Deena tu perempuan. Abang ni lelaki. Mana boleh. Abang tak suka! Ingat kat US ke?” Izz berkata lagi. Izz nampak marah.

     “Mak Long.. abang Haikal marah Deena.” Deena mengadu pada Aunty Fatmah. Muka ditarik. Merajuk la tu konon-kononnya.

     “Dah la tu, Izz. Maafkan Deena ni. Dia tak sengaja.” Aunty Fatmah bela Deena.

     “Jom, makan. Laparnya perut Deena. Mak Long masak mesti sedap, kan?” Deena duduk di sebelah Izz.

     “Hye, Hafiy.” Deena menegur. Hafiy buat bodoh. Suapannya diteruskan macam Deena tu makhluk halus. Itu adalah Hafiy versi mula-mula aku jumpa dulu.

     “Budak ni memang bisu agaknya. Tak reti nak hormat orang tua betul!” selamba Deena mengutuk.

     “Beware of your words! Don’t curse my son!” suara Izz keras menegur. Deena dijeling tajam. Aku yang duduk bertentangan dengan mereka hanya menjadi saksi. Izz betul-betul marah.

     “Err.. sorry!” Tau pun takut. Aku yang nampak jelingan tajam Izz pun takut.

     Deena mengalih pandang. Masa tu la dia nampak aku.

     “Mak Long, saper ni?” soalnya. Aku yang duduk bukan main lama  kat kerusi ni, sekarang  baru dia perasan?

     “My wife.”

     “What!” Terkejut aku dengan jeritan Deena. Nasib baik tak tercekik kulit udang.

     Aku ketap bibir. Control, Qisya.. Jangan gelak. Jangan gelak. Haha.. aku hanya mampu gelak dalam hati. Serius kelakar muka minah tu bila Izz cakap macam tu. Mata bulat sebesar mungkin. Kalau takde otot yang pegang bebola mata, agaknya memang dah jatuh keluar dah biji matanya. Maha besar ciptaan Allah. Yang Izz ni pun satu. Suka hati dia je nak kenakan minah tu. Si minah tu pulak tahu pun takut kalau Izz dah berpunya. Aku pandang Izz. Dia bagi isyarat mata.

     “A’a.. dua minggu dah kahwin.” Aku pulak selamba menjadi tukang tambah cerita. Faham dengan isyarat Izz. Sekali sekala jadi jahat apa salahnya?

     “Betul ke, Mak Long? Pak Long?”

     “Betullah tu kalau tuan badan dah mengaku.” Uncle Manaf menyampuk. Haha.. Tak sangka uncle Manaf sekapal dengan aku dan Izz.

     Aku pandang muka Deena. Macam nak menangis dah. Aku pulak, kalau takde orang memang aku berguling-guling ketawa. Kelakarnya.

     “Hish, abang ni!” Aunty Fatmah marah suaminya.

     “Takdelah, Deena. Ni Qisya. Qisya ni anak kawan Mak Long. Dia jadi orang gaji sementara di rumah ni.” Aunty Fatmah yang kesiankan anak saudaranya tu menceritakan hal sebenar.

     “Oh… Thanks god!” Deena menarik nafas lega.

     “Suka hati je nak ngaku jadi isteri abang Haikal. Tak malu betul! Takde maruah ke?” Tak pasal-pasal dia marah aku.

     Shit, kau! Berasap punggung aku yang mendengarnya. Mulut kau, perempuan.. Minum air longkang ke pagi tadi? Hii.. geramnya hati! Kalau ikutkan hati yang dah nak mengamuk ni, memang aku dah bagi side kick. Biar otak kau yang senget tu betul sikit. Mengenangkan dia anak saudara Aunty Fatmah, aku sabarkan hati. Aku ketap bibir. Cuba menahan mulut yang memang nak bidas balik. Kalau perempuan ni sepupu aku, memang sampai menikus dia aku balas!

     “Janganla cakap macam tu. Kesian, Qisya. Dia saja-saja je tu.” Aunty Fatmah bela aku.

     “Biarlah, Aunty. Saper suruh dia berani mengaku jadi isteri abang Haikal?”

     Aku mencebik. Ek ena… tu pun nak kecoh ke? Karang aku kahwin betul-betul dengan Izz, berjoget-joget kau nangis nanti. Lima hari lima malam kau berkabung. Tengok.. pandang aku ni macam tengah tengok musuh. Berlipat-lipat kulit muka. Aku rasa si Deena ni dah set dalam kepala yang aku ni seteru dia.

     “Dia orang gaji je kan? Bik.. aku nak fresh orange satu.” Deena mengeluarkan arahan.

     Suhu yang menjunam naik balik. Rasa aku sekarang ni adalah macam tengah berada dalam oven. Panas je rasanya hati ni. Dia panggil aku bik? Kurang asam kau. Berlagak mengalahkan tuan rumah. Aunty Fatmah pun tak pernah mengarah maam tu. Tapi dia ni datang tak sampai lima minit tadi dah berani cari pasal dengan aku? Kau tak kenal lagi aku saper la, sis! Salah besar kalau kau nak cari mangsa nak buli.

     Semua orang pandang aku. Aku senyum selamba. Buat-buat tenang tapi hati rasa macam nak meletop melayan karenah tetamu tuan rumah ni.

     “Cepat, bik.” Dia senyum sinis.

     Bik.. bik.. aku tampar terberak kau karang!

     “Tak baik buat Qisya macam tu, Deena.” Aunty Fatmah memberi nasihat.

     “Biarlah Mak Long. Tugas orang gaji memang macam tu.”

     Aku nampak Aunty Fatmah macam serba salah. Antara anak saudara yang selalu diberi muka dengan anak kawan yang diamanahkan untuk dijaga.

     “Biar Aunty yang buat.”

     Kenapalah Aunty Fatmah ni lembut sangat orangnya? Kalau mama, dengan anak saudara sekali pun kalau dah melampau, mulut memang tak segan-segan membebel. Kaki buli betul minah ni. Takpe.. takpe.. hari ni hari kau. Nanti hari aku, kau tengok la macam mana.

     “Takpe, Aunty. Tugas orang gaji memang macam ni.”

     Aku halang Aunty Fatmah yang berdiri. Biar aku yang buat. Aku berjalan dengan selamba ke dapur. Kalau kau nak tengok aku bengang, salah besar kau. Sekalipun hati membengkak, tapi muka mesti selamba. Biar dia yang bengang. Tulah dipanggil reverse psychology.

     Huh.. apa dosa aku buat hari ni sampai kena layan anak saudara sengal Aunty Fatmah tu? Seharianlah aku kena menahan mulut daripada melaser. Ujian besar ni! Selagi aku boleh sabar, Alhamdulillah. Tapi kalau tak, maaf le kalau ada je yang menjerit.

30 comments:

  1. kuikui.. bedal aje mulut jemah deena tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. spoil la anty fatmah nie
    sian qisya

    ReplyDelete
  3. adoi..sbar je la sya klo x sbar nti bls je blik si minah gedik 2 ckp..sy skong k

    ReplyDelete
  4. asl pndek jer????!!!
    da la n3 lmbt..

    xpuas nk lpas rindu...(;D)
    ni nk marah nie..
    huhu

    ReplyDelete
  5. Emmm pendeknya...nape Izz diam aje x bela Qisya...auntie Fatmah ni pun satu nape gi inform Qisya tu maid...bukan Qisya tu tlg ganti bibik jap aje ke?

    ReplyDelete
  6. dong wook oppa:)
    best sgt n3 kali nie..ada watak baru yg menggedik

    ReplyDelete
  7. keke kellas la ko Qisya hehe

    ReplyDelete
  8. hoiiiiihh.. sakit ati eyh baca n3 nihh...
    yang auntie tu pon.. bia je laaa..dah izz yg ckp dlu tu wife dia.. ishh
    ptt qisya balik je xyah jaga hafiy.. bia si gedik tu yg jaa.. :P

    ReplyDelete
  9. Sya ltk jew julap dlm jus oren pompan 2.....
    Biar pdn gan mke ea......

    ReplyDelete
  10. Pendek....:(
    Apapun still best...#^_^
    Semak je si Deena ni....-_-#

    ReplyDelete
  11. Perkara tersebut betul2 memerlukan kesabaran yg tinggi. If me trus rasa nk berhenti kerja kt sana n rela tiggal kt umah sorang2. Apalah anak sdra aunty fatmah nyeh.... Aunty fatmah pun satu terrrlampauualahh baik..... Harap2 qisya dpt sekolahkn dya cukup2 nnty.......

    ReplyDelete
  12. 1st time bc cite ni..x sangka best sgt2...cpt2 update yer...


    -fiza-

    ReplyDelete
  13. saya pminat br blog ni, crita ni mmg best! Bukukn la,

    ReplyDelete
  14. Huhu rs cam x puas jer... Tp nsb bek dah ada entry baru... Ish celah mana plak muncul minah gedik ni... Papepun qisha mesti ada jln hahaha chaiyok..chaiyok

    ReplyDelete
  15. Kesian qisya, bengong si deena, kalau aku jadi qisya kat situ gak aku ganyang deena!
    tapi mak nya si izz tu ada ke patut panggil qisya orang gaji, tak boleh beza ke orang gaji dengan babysitter?? Bengang ni! Bengang ni! Dah la qisya tu anak member dia, ada ke patut buat gitu..
    Tak sabar untuk next entri :) keep it up anjell!!

    ReplyDelete
  16. hehe...sian plak kt qisya..nape plak izz x ckp pape..senang2 je sepupu dia mengata..

    ReplyDelete
  17. sungguh menyemak si deena ni.. geramnyee..

    ReplyDelete
  18. geramnya dgn deena ni klu saya sambil2 buat fresh orange tu saya ltk 3 sudu garam baru dia rasa penangan skit hehehe...

    ReplyDelete
  19. eeeeeee bencinya dgn deena tue menyibuk ajer apa pun thanks yer cik anjell untk bab 9 ska sngat2

    ReplyDelete
  20. nk lg..nk lg..

    ReplyDelete
  21. rase mcm qisya pedajal deena je..hehheheheh kene ko..

    ReplyDelete
  22. Kenapa dah lama takde post baru? :( anyway tak sabar tunggu your eksperimen cinta! BEST!

    ReplyDelete
  23. best crita ni...bile nk publish?

    ReplyDelete
  24. sket hati bt0lla ngn deena tu. tabik arh kt sya ngn aunty fatimah sbb sbar ngn minah gedik tu. klu saya dh jdi kentang lenyek dh saya krjakn deena tu

    ReplyDelete
  25. ei..x malu nyer deena ni..gediks sgt hokey...

    ReplyDelete
  26. ape punye mulut lh si deena tu. tak reti nak hormat org betol. bibik ke ape ke, die ttp kene hormat org..! emosi pulak baca bab ni --'

    ReplyDelete
  27. kalau ikut hatinaku,dh aku tapak je muka si deena tu..sakit pulak hati kita..

    ReplyDelete
  28. taruk garam dalam air tu! padan muka!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )