Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 18)

BAB 18

Seawal jam 6.00 pagi Damia dah terjaga. Rumah neneknya yang dekat dengan bukit membuatkan suasana sejuk yang mencengkam sampai tulang hitam. Dah macam dok Cameron Highlands pun ada. Terasa sangat segar selepas mandi. Walaupun sangat-sangat sejuk, tapi rasa sangat segar.

     “Lia, bangun solat subuh.” Damia kejutkan adiknya yang tengah lena tidur. Alia menggeliat kecil sebelum berpaling menghadap dinding, membelakangi Damia. Hish.. budak ni. Kalau bab sembahyang subuh, memang liat nak mati. Patutlah suara umi tak pernah low pitch kalau bab kejutkan budak ni bangun sembahyang subuh.

     “Hoi, bangunlah! Matahari dah nak naik dah.” Damia goyangkan tubuh Alia. Nak kejutkan budak ni memang tak boleh guna mulut. Hanya umi je yang punya kelebihan macam tu kalau nak kejutkan Alia.

     Damia cubit lengan Alia.

     “Apa ni, kak. Sakitlah..” rungut Alia. Gara-gara penyepit ketam Damia, terus bulat mata Alia. Hilang terus rasa mengantuknya.

     “Nak lagi? Report umi karang..” ugut Damia. Alia buat muka.

     “Buat muka lagi. Ingat cantik sangat? Macam cipan kena sembelit…”

     “Kak Mia…” Alia geram. Damia dah tergelak sendiri.

     “Dah.. pergi sembahyang cepat.” Kali ni Alia tak merungut. Hanya ikut arahan kakaknya.
------
“Assalamualaikum, Tok Wan..” ucap Damia.

     “Waalaikumussalam. Awal bangun. Mana Lia?”

     “Lia sambung tidur, Tok Wan.”

     Damia sendiri tak tahu kenapalah matanya tak boleh nak pejam. Padahal dah jadi satu kenikmatan untuknya kalau tidur balik lepas subuh. Memanglah ramai yang cakap tidur lepas Subuh tu tak elok. Otak jadi lembabla.. rezeki susah nak masuk la.. Tapi, nak buat macam mana. Manusia ni ada kelemahan masing-masing.

     “Tok Wan nak buat apa?” soal Damia bila melihat Hajah Aishah yang tengah mengopek bawang. Manalah tahu kot-kot ada yang dia boleh tolong.

     “Nak buat nasi goreng. Mia pergilah rehat. Kan semalam baru sampai. Mesti penat. Dahlah esok nak bawak kereta balik Kuala Lumpur.” Hajah Aishah menyuruh Damia.

     “Takpelah Tok Wan. Semalam kan dah cukup tidur. Serius badan dah hilang penat. Mia nak tolomg Tok Wan. Mia kan dah nak kahwin. Kenalah rajin buat kerja rumah.” Damia tergelak sendiri. Gelak sebab ingatkan rajin sangatlah dia nak buatkan kerja rumah di rumah Tengku Aaron nanti. Sebab Tengku Aaron dah cakap awal-awal yang mereka akan tinggal di rumah sendiri nanti.

     Damia tarik kerusi sebelah Tok Wan. Dia mula memotong sayur yang terletak dekat dengannya.

     “Dah basuh, Tok Wan?”

     “Dah.”

     “Macam mana rasa nak jadi isteri orang ni?” selidik Hajah Aahah.

     “Menyesal..” Damia terlepas cakap. Ops!

     “Menyesal?” Damia berdehem kecil. Mencari ayat.

     “Maksud Mia, menyesal tak cepatkan kahwin dulu. Kalau tak sekarang ni, mesti Mia dah jadi Mak orang dah.” Damia aci hentam je. Janji lepaskan leher yang rasa terjerut tu. Sorry ya Tok Wan. Terpaksa menipu.

     “Baguslah kalau dah fikirkan masa depan lepas kahwin dengan Aaron. Kahwin lepas tu dapatkan anak yang soleh dan solehah..” Damia hanya mendengar.

     Anak? Rasa nak terkencing sebab tahan gelak yang menggila. Tak mungkin Tok Wan kalau Tengku Aaron orangnya. Tak boleh bayang. Ngeri!

     “Lagipun, Tok Wan tengok Aaron tu baik budaknya. Pandai betul kamu cari, Mia.” Kali ni Damia tak mampu tahan lagi gelaknya. Kelakarnya! Maksudnya berkesan sekali lakonan Tengku Aaron. Kalau la Tok Wan jumpa Tengku Aaron macam yang dia jumpa dulu, memang mengucap habis rasanya Tok Wan. Dengan rantai peraknya yang berkilau kalah yang Tok Wan punya, dengan subang magnet macam lembu Tok Wan pakai, dengan rambut Tengku Aaron yang Tok Wan selalu cakap macam budak punah akhlak, memang grenti Tok Wan pangkah Tengku Aaron besar-besar. Adoi.. apasal la dia sorang je saksi sikap sebenar Tengku Aaron ni?

     “Kenapa kamu gelak, Mia?” Hajah Aishah pelik. Damia geleng kepala sebelum tersenyum.

     “Kelakarla. Kalau Aaron dengar ni, memang kembang hati dia. Tiga hari tiga malam dok perasan habis. Bukan Mia tak kenal dia.”

     “Hish… kamu ni. Dia tu bakal suami kamu. Tak baik cakap macam tu. Belajarlah kutuk suami macam tu. Nusyuz kamu nanti.” Damia terdiam. Tok Wan dah start bagi lecture free.

     “Lepas kahwin nanti, perjanjian bukan atas kertas saja. Masing-masing ada tanggungjawab yang besar. Isteri lagilah. Salah satu darpada tiga syarat wanita yang senang masuk syurga nanti ialah wanita yang taat pada suaminya. Syurga isteri bawah tapak kaki suami.” Damia hanya diam. Hanya mendengar nasihat Hajah Aishah.

     “Nak naikkan suara dengan suami pun haram hukumnya. Kalau nak keluar mana-mana, mintak izin suami dulu. Nak keluar rumah, ambik berkat suami dulu. Salam tangan suami dulu. Hidup pun jadi tenang nanti. Tok Wan harap Mia layan Aaron macam isteri orang lain layan suami dia. Jangan kamu ingat kamu kerja, kamu boleh lepas tangan kerja-kerja rumah. Isteri tetap isteri. Makan pakai suami wajib jaga. Jangan sampai suami mengeluh nanti.”

     “Mia tahu, Tok Wan,” perlahan saja suara Damia menjawab. Dia mengeluh perlahan.
-------
Kata-kata Hajah Aishah terngiang-ngiang di telinganya. Macam mana nak jadi isteri mithali kalau terpaksa kahwin dengan orang yang kita tak sayang? Terpaksa. Bahagia pun belum tentu, macam mana nak berlagak isteri mithali nanti? Semuanya Tengku Aaron punya pasal.

     Lepas makan pagi, Damia berjalan keluar rumah. Ambil udara segar dan nak tenangkan fikiran. Damia berjalan ke belakang rumah neneknya. Ada kandang binatang peliharaan Hajah Aishah. Ada itik, angsa, lembu dan juga kambing. Lama tak tengok menda-menda camni.

     Kepala kembali terbayangkan Tengku Aaron. Kenapalah kena ingat mamat tu! Terbayang kmebali kali pertama mereka berdua bertemu, peristiwa dia lukis muka Tengku Aaron dan juga peristiwa yang berlaku di depan bilik Encik Raffi. Semuanya rentetan-rentetan peristiwa yang membawa dia bersetuju ke alam perkahwinan nanti. Bodohnya.. hanya satu dalam kepala Damia! Menyesal!

     Macam mana la hidup aku nanti? Damia cuba bayangkan hidupnya lepas kahwin dengan Tengku Aaron nanti. Tengku Aaron yang serius maut dalam bab kerja. Pagi, petang, malam asyik kerja je. Lepas tu, buatnya perangai buaya Tengku belum hilang? Bila-bila masa Tengku Aaron bawak balik perempuan lain. Nangis la dia hari-hari lepas ni. Sedih dengan takdir hidup.

     “Ni semua kau punya pasal, Aaron. Kalau kau tak mulakan semua, mesti perkahwinan bodoh ni takkan terjadi. Kau memang tak guna la!” Damia melepaskan rasa yang terbuku dalam hati.

     Ranting kayu di kakinya diambil. Dipatah-patahkan macam dia nak patahkan tulang Tengku Aaron. Nasib baik tiada orang yang melihat gelagatnya. Damia angkat muka. Hanya seekor kambing hitam yang asyik merenungnya.

     “Apa tengok-tengok?” seakan orang tak betul Damia menjerkah kambing hitam itu. Kambing itu terus memandangnya.

     Tiba-tiba Damia tersenyum. Ada satu idea dalam kepalanya.

     “Haa… kau takde nama, kan? Kalau aku bagi nama Aaron, kau suka tak?”

     “Embekk..” Damia tergelak sendiri.

     “Aaron..”

    “Embekk.. embekk..” Damia tergelak kuat. Kelakarnya! Tak sangka kambing itu mengembek.

     Sedikit sebanyak karenah kambing hitam itu membuatkannya terlupa rasa sedihnya. Terima kasih pada kambing hitam bernama Aaron tu.
------
Esok dah nak balik KL. Damia mengeluh sendiri. Makin dekat dengan tarikh perkahwinannya. Rasa ini, kenapa rasa macam pesalah nak kena hukuman mati je? Damia berjalan ke arah meja solek yang terletak bertentanagan dengan katil. Rasa tak mengantuk la pulak. Dengki dia lihat Alia yang tengah lena. Siap berdengkur lagi. Lena benar nampaknya.

     Damia duduk di atas kerusi meja solek. Wajahnya di balik cermin dipandang. Meskipun dalam cahaya yang agak suram, dapat dirasakan wajahnya langsung tak berseri. Come on, Damia. Jadi Damia yang dulu! Damia cuba senyum. Jangan nampak sangat yang dia tak gembira dengan perkahwinan ini. Damia tampar-tampar pipinya berkali-kali. Cuba naikkan semangat.

     Beg tangannya yang terletak di atas meja solek disambar. Diselongkar isi tas tangannya untuk mencari plannernya. Sehelai kertas dikoyak. Lepaskan segala rasa pada kertas ini, wahai Damia Farisha. Damia capai pen hitam yang selalu ada dengan plannernya. Jam di dinding dipandang. 12.13 tengah malam.

     ‘Tengku Aaron… pejam mata nampak kau. Bukak mata pun nampak kau. Boleh tak cari satu sudut dalam dunia ni yang aku tak payah nampak kau? Muka punyalah kacak maut tapi ada perangai yang boleh bawak maut. Macam lanun hutan.. jembalang tanah.. Apa lagi yang aku nak describe mamat tu? Dahlah gila talak. Nak kahwin pun jangan jadikan aku sebagai mangsa. ingat aku teringin sangat nak kahwin dengan kau? Kacang hantu punya makhluk Bumi. Sepatutnya spesis macam kau ni hidup kat Neptune. Dasar paramecium tak cukup flagella. Tak cukup monosodium glutamate punya homo sapien. Masa aku tulis menda ni, tahap tak puas hati aku dan tahap menyampah aku dengan kau dah sampai tahap infiniti. Dah sampai otak aku dah saturated dah nak fikirkan perkahwinan bodoh ni. tahu tak aku tertekan. Tertekan!! Kadang-kadang nak je aku doa biar kau tu tak pernah wujud atas Bumi ni..’

     Panjang lebar pen itu bergerak atas kertas. Laju macam tengah karang esei untuk dihantar masa SPM dulu. Titik! Damia letak pen. Senyuman kecil terukir. Damia pandang puas kertas kecil itu. Luahan hatinya yang tak puas hati dengan Tengku Aaron. Dia ingin tinggalkan segala rasa tak puas hatinya pada malam ni. Lepas ni, dia dah taknak mengutuk Tengku Aaron lagi memandangkan Tengku Aaron akan menjadi duaminya nanti. Sementara mereka masih belum terikat lagi, dia nak kutuk lelaki itu habis-habisan.

     “Done,” omel Damia sendiri. Kemudian kertas itu direnyuk sebelum dimasukkan dalam tas tangannya. Dia nak buangkan dalam bakul sampah namun dibatalkan niatnya. Karang jumpa dek orang lain, free je terbongkar habis.

     Tidurlah.. Damia menguap. Matanya mula mengantuk. Sebab dah tenang sikit perasaannya mungkin.

2 comments:

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )