BAB
17
“Macam
mana?”
Aku dengar suara mengeluh.
“No news. Masih tak jumpa Qisya. Dia tak
daftar kolej. Patutnya hari ni dia daftar kolej kediaman.”
Suara itu mengeluh lagi.
“Maybe dia taknak dok kolej kot?”
“Sebab tu la papa dah minta pengecualian
untuk tinggal luar kolej. Papa taknak semua orang tahu nanti. Papa cakap Sya
tak boleh dok kolej because of family’s matters.”
“Sabarlah, Q. Saya yakin Sya selamat. Awak
tak payahlah terlalu fikirkan sangat pasal Sya. Saya nampak awak macam dah
letih sangat. Be calm, Q.”
“Macam mana saya tak risau, Hanum? She’s
my only sis I have. My most beloved person. Saya boleh sasau kalau tak tahu
keadaan dia sekarang ni. Okay ke tak? Dah makan ke belum? Macam mana kalau dia
kena apa-apa?”
Aku nampak abang raup muka. Betul macam
yang Kak Hanum cakap. Abang nampak penat. Macam hilang semangat je aku tengok.
Dia betul-betul risaukan aku agaknya. Ternyata lari ke rumah Kak Hanum adalah
pilihan yang tepat. Pada mulanya, aku terus nak ke kolej untuk daftar Kolej
Ungku Omar. Tapi, aku yakin yang orang-orang dalam rumah aku takkan ikut
permintaan aku macam dalam surat tu. Papa dan mama mungkin ya, tapi kalau abang
aku sorang tu, memang tak faham bahasa. Sebab tu aku lari rumah Kak Hanum untuk
tinggal sementara waktu. Lagipun rumah Kak Hanum agak dekat dengan kawasan
universiti aku.
Baik punya plan. Gaduh dengan abang, tapi
lari rumah girlfriend dia. Bukan main aku merayu dengan Kak Hanum supaya jangan
cakap kat abang yang aku lari rumah dia. Nasib baik Kak Hanum boleh dipercayai.
“Saya yakin Sya selamat. Awak janganlah
bimbang sampai awak pulak yang jatuh sakit. Saya taknak awak sakit.” Aku dengar
Kak Hanum berkata. Bimbang dengan keadaan kekasih hati tersayang.
“Kita tak tahu, Hanum. Macam-macam boleh
jadi zaman sekarang. Sya tu perempuan. Merata dah saya cari dia hari ni. Tetap
tak jumpa.”
“Kenapa tak report polis?” Soalan Kak
Hanum buatkan dadaku turut berdebar. Macam mana kalau papa atau abang report
polis? Atau Izz ke? Tak keluar rumah aku. Hih.. ngeri. Tak pasal-pasal
dikehendaki polis.
“Qisya takkan pergi jauh. Dia cakap dia
akan pergi universiti dia. Sebab tu papa tak risau sangat. Lagi pun, papa
taknak libatkan orang luar dalam masalah keluarga kami. Cuma saya nak jumpa dia
sebab saya nak pujuk dia balik rumah. I’ll try to coax her. Poor Izz and
Hafiy.”
“Apa Izz cakap bila Qisya lari?” soalan
daripada Kak Hanum buatkan aku tak sabar-sabar nak dengar jawapannya. Memang tu
pun yang bermain dalam kepala aku. Nak jugak aku tahu respon Izz bila bini dia
lari.
“Izz tak kisah. Dia cakap dia takkan cari
Qisya. Dia akan ikut apa yang Qisya nak macam dalam surat tu… ”
Haish… panas pulak rasa hati. Campur
dengan tak puas hati sekali! Meskipun aku mintak semua orang supaya jangan cari
aku, tapi bila Izz taknak cari aku, aku rasa macam melampau. Bini lari pun buat
tak tahu ke? Ke memang dia suka aku jauh daripada dia? Bolehlah dia kembali
hidup membujang dan sambung kisah cinta sekerat jalannya dengan Maya.
Huh.. balik-balik nama Maya jugak yang
keluar. Hati aku jugak yang sakit. Aku pun tak tahu kenapa hati aku mesti
sakit. Walhal Maya tak pernah cari gaduh dengan aku. Hai.. hati busuk betullah
aku ni!
“Qisya ni pun satu hal. Sampai nekad lari
rumah. Tinggal surat segala bagai lagi. Taknak bagi orang cari la kononnya.
Ingat ni sinetron Indon ke? Macam budak-budak. Perangai tak boleh nak blah.”
Amboi.. seronok abang kutuk aku! Nak je
aku keluar sekarang ni pergi luku kepala dia. Tapi aku sabarkan hati. Aku
takkan munculkan diri untuk beberapa hari ni. Kuliah aku? Pandailah aku suruh
Syuk yang settlekan. Lagipun, dengan emosi tak berapa nak stabil, aku tak rasa
aku boleh belajar. Lagipun sem ni bukannya banyak lecture pun dalam seminggu.
Sem ni lebih banyak keluar kampus.
“Emosi perempuan, biasalah. Kadang-kadang
boleh buat keputusan tak masuk akal. Tak boleh salahkan Qisya seratus peratus.”
Kak Hanum bela aku.
“Saya tahu. Salah ke kalau saya nak dia kahwin
dengan Izz?”
“Perempuan tak suka dipaksa, Q. Kalau saya
pun mungkin akan buat benda yang sama macam Qisya. Kena paksa kahwin bukan
macam kena paksa makan ubat. Tambah-tambah lagi orang muda macam Sya tu.”
“Tapi saya cuma nak dia bahagia. Saya
yakin Izz boleh bahagiakan Sya.”
Aku yang mendengar terus cebik bibir.
Banyaklah yakin Izz boleh bahagiakan aku. Kamcing sangat dia dengan Izz. Aku
pun tak tahu sejak bila pulak dua orang tu jadi geng. Yalah.. nak buat macam
mana. Yang jadi adik dia bukan Qisya, tapi Izz. Huh.. menyampah!
“Dah jodoh dia sampai awal, apa boleh buat?”
Aku dengar abang menambah.
Aku tak tahu apa lagi yang dibincangkan
oleh abang dan Kak Hanum. Beberapa minit kemudian, aku dengar kereta abang
meninggalkan kawasan rumah Kak Hanum dan Kak Hanum pulak masuk rumah.
“Q dah balik. Keluarlah.. tak payah nak
menyorok belakang rak kasut tu lagi.”
Aku keluar daripada tempat persembunyian
aku. Kak Hanum geleng kepala. Letih nak jadi orang tengah agaknya.
“Abang cakap apa?” soalku.
“Dia cari Sya. Sya taknak jumpa dia ke?”
Aku geleng kepala. Bukan untuk masa
sekarang. Degillah abang aku sorang tu.
“Terima kasih, Kak Hanum sebab tak cakap
kat abang.” Dia angguk.
“Hmm.. yalah.. pergilah tenangkan fikiran
Sya dulu.”
---------
Aku
rasa dah rasa macam pesalah yang dikehandaki polis. Tengok kiri, tengok kanan
sebab aku rasa macam diperhatikan. Perasaan aku je sebenarnya sebab aku takut
abang tak putus asa mencari aku di universiti. Kalau abang aku boleh tahan
lagi. Kalau yang cari aku tu Izz? Free je kantoi kat universiti. Tapi.. tak
kot. Diakan dah cakap dia takkan cari aku.
Sebut pasal universiti ni, dah tiga hari
aku ponteng kuliah. Nasib baiklah jadual tak padat. Takpe.. ponteng jangan
sampai lebih daripada tiga kali. Aku baru ponteng sekali untuk setiap subjek.
Chilllah..
“Qisya!!”
Nak melompat aku dengar suara sejuta watt
tu. Aku urut dada. Nak kena sepak minah ni. Syuk yang melihat aku terkejut
sakan tergelak bukan main. Geram betul aku. Hempuk dengan beg karang, masuk
hospital jugak dua hari.
“Terkejut aku, senget!” marahku. Dia gelak
lagi.
“Kau terhendap-hendap ni pe kes?” soal
Syuk. Aku berlagak selamba. Nampak sangat ke?
“Mana adalah. Aku nampak semut hitam lalu.
Gigih betul. Pagi-pagi dah keluar cari makan. Teringat pulak aku dengan cerita
Doraemon.” Doraemon? Entah apa yang aku mengarut. Aku pun main tibai je. Syuk
ternganga tak faham. Nganga luas-luas la Syuk. Tapi jangan tanya aku balik
sebab aku pun tak tahu.
“Jom makan. Laparlah.” Aku heret tangan
Syuk sebelum minah tu lancarkan soalan. Mesti Syuk pelik dengan aku. Baru jumpa
hari ni dah heret dia makan. Rilekslah, Syuk! Bukannya kau tak kenal aku.
Aku heret dia ke cafeteria berdekatan.
Mungkin masih awal pagi, ramai juga para pelajar yang breakfast kat sini. Aku
duduk lepas beli sandwich tuna. Syuk pulak tak beli apa-apa. Hanya duduk
pandang aku. Pelik agaknya bila aku menghilang.
“Kau apa cer? Hari ni baru nampak muka.
Kenapa tak datang je minggu depan? Gigih aku nak copy signature kau. Dah star
dah sekarang ni, tahu tak?” Syuk membebel. Aku ketawa.
“Lek a wei.. Kot ya pun nak sedekahkan air
liur kau tu, tunggu aku habis makan ya? Lapar ni.” Aku suap sandwich ke dalam
mulut. Betul-betul lapar ni. Banyak hari dah selera aku hilang sebab stress.
“Weh.. kau kenapa tak daftar kolej? Apa
jadi?”
“Aku rasa mak cik ni letak tuna kurang la.
Kedekut betul. Dahlah roti keras.” Aku komen sambil lihat roti di tangan. Komen
tak komen, aku ngap jugak sesuap. Membazir weh.. dua ringgit tu!
“Sya.. aku ni depan kau tahu tak? Sengaja
buat bodoh pulak dia!” Syuk tahan geram. Membara agaknya bila aku tak layan satu
pun soalan dia. Aku sengih.
“Kau tanya apa tadi?” soalku balik.
“Aku tanya kau, kenapa kau tak daftar
kolej? Sedih aku tau tak dapat nak sebilik ngan kau.” Syuk tayang muka sedih.
Nak sepak je aku rasa dia ni.
“Ada masalah sikit la. Family’s matters.”
Aku menjawab pendek. Mana mungkin aku cakap kat Syuk yang aku ni dah kahwin.
“Oo.. ingatkan kau kahwin cuti sem ni.”
Syuk gelak. Sandwich yang melepasi oesophagus pun rasa macam nak terkeluar
balik. Terkejut. Aku yang dengar Syuk gelak turut sama buat-buat gelak. Apalah
Syuk akan rasa bila tahu gurauannya tu memang betul-betul terjadi?
“Habis tu, kalau tak dok kolej, kau
tinggal kat mana sekarang ni? Rumah mak kau jauh kan?”
“Aku tinggal kat rumah dekat kawasan ni
jugaklah.” Dengan siapa aku tinggal aku rahsiakan. Manalah tahu kalau ada orang
tanya Syuk nanti, free je kantoi.
Selesai makan, kami berjalan menuju ke
dewan kuliah. Subjek Engineering Management. Kelas pertama memang hari ni.
Entah apalah subjek ni. Aku kalau dengar pasal management ni, terus aku set
dalam kepala aku bosan. Nasib kaulah..
Pensyarah belum sampai. Aku pandang
keliling dewan kuliah. Mencari seseorang.
“Mana Ikram? Tak nampak pun dia?” soalku pada
Syuk yang duduk di sebelah.
“Haa.. tulah kau! Lama sangat tak datang
lecture. Aku dengar cerita yang Ikram dah berhenti dari UKM.”
“Seriously?” kuat suara aku. Terkejut yang
amat!
“Wei.. slowlah sikit suara tu. Semua dah
pandang sini. Segan dowh. Compact powder habis pagi tadi. Tak sempat nak touch
up.”
Aku rasa nak lempang je minah ni. Sengal
tak habis. Masa ni la nak keluarkan isu compact powder segala bagai. Takde
kaitan langsung dengan apa aku cakap!
“Seriuslah wei. Betul ke Ikram dah keluar
UKM?” Aku masih tak percaya.
“Betullah. Tengok wajahku yang cantik ini.
Ada aura menipu ke? Kalau tak percaya, kau tanya orang lain. Dah heboh kot.
Yalah.. diakan bijak. Lagi pun dah final year,” cerita Syuk lagi.
“Kenapa tiba-tiba wei? Aku tak tahu pun.”
Suaraku bertukar sedih. Hari tu aku jumpa dia okay je? Tiba-tiba teringat ayat
Ikram ketika kali terakhir kami berjumpa dulu. “Mungkin kita takkan jumpa sem
baru ni.”
Atau.. masa dia cakap tu dia betul-betul
maksudkannya? Ikram dah memang nekad ke?
“Manalah aku tahu. Aku call dia, tapi tak
pernah dapat. Macam dah tukar nombor je. Rumah dia pun manalah nak tahu.”
“Takkanlah persahabatan kita putus macam
tu je?” Aku sedih. Kenapalah sedih aku datang bertimpa-timpa? Adakah aku ni tak
layak nak bahagia?
Cewah.. ayat tak boleh blah! Drama habis. Hidup
mesti diteruskan, Qisya..
----------
Kini
dua minggu dah berlalu. Kehidupan aku rasa lebih tenang. Cukup tenang tanpa ada
yang mengganggu. Lepas hari yang abang datang rumah Kak Hanum hari tu, aku tak
pernah lagi dengar cerita pasal abang cari aku daripada Kak Hanum. Dah give up
cari aku agaknya. Izz? Hmm.. tak payah cakaplah. Memang langsung tak dengar
khabar. Hidup lagi ke tak? Agaknya dia pun dah lupa yang aku ni isteri dia.
Boleh jadi juga.
“Weh.. jangan lupa pukul dua petang
nanti.” Syuk ingatkan aku.
“Hmm.. yalah.”
Pukul dua nanti ada satu ceramah agama
anjuran pihak UKM. Aku ni memang lemah kalau bab-bab ceramah ni. Tak kena gaya,
boleh tersengguk masa ustaz bagi ceramah. Kalau bukan setiap fakulti kena
hantar wakil, memang tak la aku nak pergi. Biasalah.. kalau dah remaja. Ada
masa nak dengar ceramah. Ada masa taknak dengar. Mood tak berapa nak stabil.
“Tajuk apa wei? Best tak ustaz tu ceramah?
Kalau tak best nanti lepas lima minit
dengar aku dah ke syurga,” kataku. Syuk gelak.
“Entahlah.. lupa pulak nak tengok banner.
Alah.. pergi dengar je la. Ngantuk, tidur. Kalau tak, bawak novel. Apa susah?”
Bijak Syuk mengajar aku. Ada ke suruh aku bawak novel. Suruh bawak lecture
notes ada pekdahnya jugak! Tapi.. bagus jugak
idea tu. Haha..
Lepas solat Zohor, kami pergi ke sana.
Kuliah ini diadakan di salah satu dewan kuliah di Fakulti Undang-undang. Setiap
fakulti menghantar wakil. Sememangnya ramailah yang datang. Ketika aku dan Syuk
masuk pun, dewan hampir penuh. Yang aku herannya, yang penuhnya bahagian
belakang. Macam ni la manusia. Kalau bab ilmu agama, memang belakanglah yang
direbutnya dulu. Bukannya apa. Lepas ustaz cakap, kita sudahi majlis dengan
Suratul Asr, semua berebut-rebut lari ke pintu keluar. Hai.. manusia.. manusia.
Dan mungkin aku pun tergolong sama. Hehe..
Aku dan Syuk ambil tempat di bahagian
depan baris kelima. Penceramah dah sampai. Namanya Uztaz Saifullah. Bijak betul
kitorang punya timing. Novel ditangan pun dah dibukak satu page. Sedia bila
mengantuk.
Majlis bermula. Pengacara majlis membebel
entah apa-apa, aku tak ambil pusing. Aku baca novel di tangan. Tapi kena
pandai-pandai cover line. Kalau tak, hancus. Dahlah duduk depan. Apa pekdahnya
duduk depan tapi tak dengar ceramah? Entahlah.. Ala.. bukannya start lagi pun
ceramah. Dengar pengacara majlis membebel je.
“Assalamualaikum, semua anak-anak.” Ustaz
Saifullah memberi salam. Dewan bergema dengan suara menjawab salam.
“Alhamdulillah.. ramai jugak ya datang
hari ni. Penuh satu dewan ni. Agaknya semua tertarik dengan tajuk ceramah kita
hari ni, ya?”
Aku dengar semua orang gelak. Bukan tu la
ustaz. Kitorang semua ni terpaksa dan dipaksa pihak berwajib. Taknak kecilkan
hati ustaz la ni. Kalau pihak fakulti masing-masing tak paksa, agaknya berapa
kerat je yang datang ceramah ustaz ni. Anyway, apa tajuk ceramah hari ni?
“Seperti yang semua dah maklum, tajuk
ceramah yang ustaz akan berikan hari ni semestinya ramai yang suka. Kan?” Semua
orang gelak lagi.
“Hari ni, ustaz akan berikan ceramah pasal
Kahwin Awal: Aku dah jadi suami/isteri orang la…”
Aku yang dengar terus angkat muka. Novel
di tangan terus ditutup. Macam menarik tajuk ni! Aku mula berminat. Pihak UKM
nak kami kahwin awal ke? Ala.. tu kan hot topic zaman sekarang.
“Siapa di sini dah kahwin?”
Dewan senyap. Tiada seorang pun mengaku. Dan
memang kerja gilalah kalau aku angkat tangan, kan? Aku turut pandang ke
belakang. Berminat jugak aku nak tahu. Siapa yang dah kahwin ketika belajar?
“Semua malu-malu miow nampaknya…” Semua
gelak pecah.
“Saya tahu.. mesti ada je yang dah kahwin.
Kan? Student pengajian Islam biasanya ramai yang kahwin awal. Ya tak?”
“Ya…” Dan aku yakin yang jawab ya tu
adalah budak-budak daripada fakulti lain. Memandai je!
“Yang jawab ya ni, student pengajian
Islam la ya? Ramai betul ya yang dah kahwin?”
Aku tersengih dengar soalan ustaz. Sindir.
Macam yang ada dalam kepala aku.
“Dalam hal ni, kenapa nak malu kalau kita
dah kahwin? Kenapa manusia nak malu bila dah sah? Hai.. ustaz pelik betul
dengan budak-budak zaman sekarang. Kahwinnya belum. Tapi dah berma dan berpa.
Mana datang anak dorang pun, ustaz tak tahu. Dok ucap ‘Cayang, I lap you. You
lap me?’. Lepas tu bila dah perang, mak ai.. dah takde lap-lap dah. Kena slap
la pulak. Perempuan belajar karate, lelaki belajar silat. Cakap, See you in
court! Cewah.. Macam yang kat tv 3, hari ahad pukul 7.00 malam tu...”
Semua tercengang dengan kata-kata ustaz.
Cerita apa? Akasia? Samarinda?
“Boboiboy lawan Yaya.”
Semua ketawa dengan lawak ustaz. Aku pun
sama. Ingatkan cerita apa la tadi. Court yang ustaz maksudkan tadi
gelangganglah. Aku ingatkan mahkamah. Haha… uztaz pun layan Boboiboy la wei.
Sebut pasal Boboiboy, aku terus
teringatkan Hafiy. Rindunya aku kat dia. Serius aku rindu! Macam mana dia
sekarang? Hari tu Kak Hanum cakap yang Hafiy demam sebab rindukan aku. Aku
bimbang tapi aku tak boleh jumpa dia. Aku berdoa agar dia cepat sembuh.
“Ramai yang cakap kahwin awal ni boleh
jejaskan study. Betul ke?” Semua menunggu ustaz meneruskan kata.
Sedikit sebanyak kena atas batang hidung
sendiri. Itulah alasan yang aku fikirkan bila papa paksa aku kahwin dengan Izz.
Tengok… Tak pasal-pasal aku ingatkan Izz.
“Perkahwinan itu bukan sesuatu yang
membebankan. Tapi untuk meringankan. Alasan tipikal bila tanya kenapa kahwin
awal. Sebab nak elakkan daripada zina, kan? Sebenarnya bukan tu je alasannya.
Memang betul kahwin untuk elakkan zina dan mengekang nafsu syahwat. Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah bersabda: 'Wahai para pemuda,
sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah
dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara
kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah
dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'..”
“Jadi, apa yang kaitan dengan jejaskan
study? Tak payah nak risau dah. Semua dah halal. Tak payah nak risau nak peluk
ke, nak cium ke, semua ada depan mata. Kalau belum kahwin tu memanglah. Risau
cayang kena kebas dengan orang. Bila dah kahwin, bukan ke dah hilang dah
fikiran-fikiran macam tu? Bila kita pegang tangan masa keluar jalan-jalan,
kalau ada yang tengok pelik, bolehlah
cakap, bini I.. Haa.. tak ke bangga nak tunjuk yang kita dah beristeri?”
“Saya rasa kahwin awal boleh naikkan
semangat nak study adalah. Betul tak, abang baju kotak-kotak?” Ustaz Saifullah
bertanya kepada budak lelaki yang pakai baju kameja kotak-kotak. Duduknya baris
di depan aku. Tersengih budak tu kena dengan uztaz.
“Yalah… bila stress belajar, sayang… buatkan
abang kopi. Isteri mesti buat kopi sebab taat pada suami adalah kewajipan
isteri. Haa.. tak ke sejuk hati suami nanti? Tak pun bila kita penat buat
assignment, sayang.. urut belakang abang. Sayang.. itu. Sayang.. ini. Kan
senang? Dah ada bidadari dalam rumah.”
Aku dengar ramai lelaki bersorak. Hish..
tak puas hati betul aku! Macam ni untung lelaki je. Mana adil. Ni tambah stress
orang perempuan! Baik tak payah kahwin.
“Jangan gembira sangat cik abang semua.
Memanglah macam-macam layanan isteri yang dapat, tapi jangan lupa yang kamu
semua tu imam dalam rumah tangga. Macam mana kamu bentuk isteri kamu, kredit
kamu ke syurga atau neraka. Tugas kamu lagi besar. Kamu janganlah nak minta
macam-macam daripada isteri. Isteri pun penat jugak. Kenalah faham.”
Giliran perempuan pulak bersorak. Aku
tumpang sekaki. Haha..
“Kahwin awal takkan jadi masalah, kalau
kedua-dua pihak tak timbulkan masalah. Bila ada masalah pulak, kedua-duanya
mesti bekerjasama selesaikan masalah. Macam kata wonderpet, apa yang
penting?..”
“Kerjasama,” jawab semua orang serentak.
Aku tergelak sendiri. Tadi Boboiboy.
Sekarang ni wonderpet pulak? Jangan main ustaz Saifullah ni, ya? Kejap lagi
keluar Shin Chan pulak agaknya. Haha..
“Haa.. tahu pun. Saya rasa kalau pasangan
sesama muda ni, masalah pun sama. Mereka lebih faham macam mana hidup sebagai
pelajar.”
Tu kalau kahwin sesama pelajar. Kalau
pelajar kahwin dengan orang lebih tua macam mana? Aku contohnya. Aku tak rasa
sama dengan apa yang ustaz cakap.
“Perkahwinan adalah satu sunnah
Rasulullah. Berkahwin tak semestinya kena bercinta sakan sebelum tu. Kalau dah
beberapa bulan kenal, lepas tu yakin dengan agama dan kepimpinannya, boleh
terus berkahwin. Menghalalkan sesuatu lebih baik daripada terus hidup dalam
sesuatu yang diharamkan. Ada positif, ada negatif bila kahwin awal. Saya taknak
cerita yang negatif sebab yang negatif tu datang daripada pemikiran manusia.”
“Kalau kena paksa kahwin macam mana
pulak?”
Sunyi sepi rasa dewan tu bila aku
tiba-tiba bertanya. Yalah.. salam takde. Signal pun tak bagi, terus main rdah
soalan je? Semua pandang aku. Ustaz pandang aku. Orang depan pandang aku. Orang
belakang toksah nak ceritalah. Tak sanggup aku nak toleh. Syuk kat tepi pun dah
ternganga tengok aku.
Err.. salah ke aku nak tanya? Malulah
pulak.. Kenapalah mulut aku laju sangat nak bertanya ni?
“Nampaknya saudari bertudung biru ni ada
soalan nak tanya. Boleh perkenalkan diri dan daripada fakulti mana?” Ustaz
tanya aku.
Konfiden je aku bangun. Nasib baiklah aku
duduk agak depan. Takdelah nak malu sangat.
“Saya Qisya Iris binti Khalid dari Fakulti
Kejuruteraan. Saya nak tanya, kalau kena paksa kahwin dalam sesuatu perkahwinan
yang tak diredai macam mana?”
“Terima kasih ya, saudari Qisya. Saya
kagum dengan Qisya yang berani bertanya. Hmm.. menarik soalan tu. Kena paksa
kahwin dalam sesuatu yang tak diredai, ya?”
Dia pandang aku. Aku angguk. Tak pasal-pasal
aku popular hari ni.
“Bila sebut pasal kahwin, mana ada
perkahwinan yang tak diredai. Kalau ada pun, diri sendiri yang tak meredai.
Tapi di sisi Allah, selagi perkahwinan itu bukan berlandaskan maksiat, ia
diredai oleh Allah. Perkahwinan itu suci. Paksa atau rela, bila terucap je
lafaz daripada seorang lelaki, ‘Aku terima nikahnya..’ dan bila saksi sahkan
semuanya, maka wujudlah ikatan perkahwinan. Paksa atau rela, kahwin tetap
kahwin. Itu namanya jodoh sudah sampai..
“Tapi, kalau tak kena paksa bukan ke dia
takkan jadi jodoh kita?” soalku lagi.
Aku nak tahu. Si Syuk yang cubit-cubit aku
dah tak peduli dah. Semua pun rasanya dah pandang aku.
“Kita tak berhak pertikaikan takdir yang
Allah aturkan untuk kita.”
“Tapi tak mudah untuk terima semuanya,
ustaz. Saya rasa kadang-kadang macam tak adil pulak untuk yang kena paksa.”
Aku rasa sekarang ni dah bertukar kepada
debat pulak.
“Kita kena selalu ingat rukun Iman yang
keenam. Percaya kepada qada’ dan qadar Allah. Apa yang Allah aturkan tak berhak
dipertikaikan sebab Allah Maha Mengetahui. Jangan tanya kenapa. Sebab Allah
tahu apa yang kita tak tahu. Dalam surah Al-Baqarah, ayat 216: ‘…Boleh jadi
kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu
tidak mengetahui.’ Kita adalah umat Islam yang mempercayai kepada rukun-rukun
Islam dan Iman. Bila kita ragu-ragu kepada takdir, seumpamanya kita ragu-ragu
kepada rukun iman. Jangan sampai iman kita batal..”
Aku yang mendengar kata-kata ustaz itu
terus mengucap dua kalimah syahadah. Astaghfirullahalazim.. aku baru sedar
salahku yang menyalahkan takdir perkahwinanku dengan Izz. Tapi, untuk terima
semuanya tak semudah itu.
“Tak mudah nak terima hakikat, kan?” Ustaz
Saifullah bagaikan tahu apa dalam kepala aku.
“Tapi tak bermaksud tak boleh terima
semuanya. Cuba ajar hati macam mana nak terima semuanya. Jangan terlalu
keraskan hati. Hati adalah sesuatu yang lembut dah perlu selalu dilembutkan
dengan iman dan taqwa.”
“Janganlah pulak bencikan perkahwinan.
Sebab kahwin ni sunnah Rasulullah SAW. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim,
Rasulullah SAW pernah bersabda: ‘Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku
maka dia tidak termasuk golonganku.”
Terus terdiam aku dengan kata-kata Ustaz
Saifullah. Aku tak sanggup tak dianggap umat oleh Rasulullah SAW.
Astaghfirullahalazim..
“Bila seorang perempuan yakin dengan
pasangannya tentang ilmu dan agamanya, maka tiada sebab untuk seorang isteri
tak terimanya. Rasulullah SAW pernah bersabda: ‘Apabila datang kepadamu seorang
laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka
nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka
bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.’ Hadis riwayat
Tirmidzi dan Ahmad,” sambung ustaz tu lagi.
Terus aku terbayangkan Izz, suamiku. Redha
terhadap agama dan akhlaknya.. Izz yang aku kenal memang cukup solatnya.
Akhlaknya baik. Tapi aku tak berapa kenal dia sepenuhnya.
“Untuk seorang isteri, awak ada peranan
untuk bahagiakan suami walaupun suami tu bukannya pasangan pilihan hati. Bukan
pilihan hati tak bermaksud sesuka hati je nak anggap suami macam orang luar.
Macam mana taat kepada ibu bapa, macam tu la seorang isteri mesti taat kepada
suaminya. Gagal menjalankan tanggungjawab dan kewajipan yang sebagaimana
layaknya sebagai seorang isteri sama seperti menderhakai Allah.”
Kali ini aku rasa betul-betul kena atas
hidung aku. Tapi aku gerun dengan kata-kata terakhir ustaz. Teringat balik
macam-macam aku kutuk Izz. Betapa kasar aku padanya. Arghh.. teruknya aku!
Berdosanya aku.
“Tu kalau perempuan. Kalau lelaki pun
sama. Suami adalah pelindung isteri. Harus berikan nafkah kepada isteri. Mesti
melayan isteri dengan baik. Jangan sebab kena paksa kahwin, kita marahkan
isteri. Benci dengan isteri. Dalam hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn
Hibban, Sabda Rasulullah yang bermaksud : ‘Engkau (suami) harus memberinya
makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian.
Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan
pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.’ Rasulullah SAW sendiri menekankan
layanan baik untuk isteri. Ingat semua lelaki, isteri adalah amanah Allah. Dan langgar
amanah adalah munafik.”
“Firman Allah dalam surah An- Nisa, ayat
34 : Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian
mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.”
Terus terdiam seluruh isi dewan. Aku rasa
macam tengah hadiri kursus kahwin pulak!
“Khusyuk ya semua kalau bab paksa-paksa
kahwin ni? Penganjur, saya rasa kita kena tukar tajuklah. Kahwin paksa.” Kali
ni isi dewan kembali gamat dengan kata-kata ustaz. Aku pun senyum segaris.
Kata-katanya menyedarkan aku. Entah kenapa aku teringatkan raut tenang Izz.
“Woi, Qisya! Ni la effectnya kalau dah
banyak sangat baca novel. Siap keluarkan aura adik lawyer kau lagi nak berdebat
dengan ustaz.” Kata-kata Syuk buat aku tersedar daripada lamunan.
Aku cuma sengih. Cover line. Debat ada
makna, Syuk…
“Curious wei.. bila baca novel kahwin
paksa, asyik gaduh je. Tak pun mesti ada salah satu hero atau heroinnya yang
tak puas hati. Yang pukul-pukul jangan cakaplah. Sebab tu aku tanya,” autaku
lagi.
Entah kenapa, wajah Izz terbayang-bayang
di depan mata.
---------
Hari
dah menginjak malam. Dah nak dekat pukul sepuluh malam. Syuk nak hantar aku
balik, tapi aku taknak susahkan dia. Biarlah aku balik dengan bas atau teksi.
Kalau dah malam macam ni, alamatnya teksilah. Pokaiah aku kali ni. Kalau bukan
sebab ceramah tadi habis lambat, lepas tu lepak pulak kat bilik Syuk sebab bincang
pasal assignment yang lecturer bagi, memang aku dah sampai rumah Kak Hanum.
Lecturer aku pun satu hal. Awal-awal sem lagi dah bagi assignment. Kasi la can
nak enjoy dulu.
Laparlah pulak. Kak Hanum agaknya dah
makan sebab aku suruh dia makan dulu. Aku suruh pak cik teksi berhenti kat satu
kedai makan dekat kawasan rumah teres dua tingkat Kak Hanum. Kalau dari sini,
takdelah jauh sangat kalau aku nak jalan balik nanti. Boleh je kalau nak suruh
Kak Hanum yang tolong ambil. Tapi aku malas susahkan dia.
Banyak hikmah aku dapat bila lari rumah.
Aku belajar berdikari. Aku belajar hidup tanpa kemewahan. Aku tinggalkan rumah
tu tanpa bawa apa-apa keperluan hidup yang lain. Aku hanya reda dengan jumlah
yang ada dalam bank. Banyak ke, sikit ke, aku belajar berjimat-cermat. Aku
takkan mintak daripada papa atau abang. Tu janji aku. Aku terima semuanya.
Kalau aku habis duit, pandailah aku nak cari makan.
Kalau dulu, bila nak ke kuliah, ada kereta Syuk. Tapi Syuk tinggal di dalam
asrama. Aku taknak susahkan dia. Lagi pun aku taknak dia tahu aku tinggal di
mana sekarang ni. Aku belajar naik bas dan teksi. Aku nak belajar supaya tak
susahkan orang lain.
Lepas beli sebungkus nasi, aku berjalan ke
rumah. Jalan sorang-sorang ni bahaya. Ni KL. Mama selalu pesan macam tu.
Tiba-tiba rindukan keluarga aku. Rindu mama.. rindu papa.. rindu abang..
Kenapa rasa macam bulu roma menegak? Rasa
seram semacam pulak. Rasa macam ada orang ikut aku. Aku pandang belakang.
Kucing. Aku teruskan perjalanan. Cepat-cepat aku berjalan supaya cepat-cepat
sampai rumah.
Tiba-tiba ada lelaki menghalang jalanku.
Dia acukan pisau Rambo buatkan aku terkedu. Terus cramp rasa kakiku.
“Kalau kau nak selamat, bagi semua barang
berharga kau sekarang..” kata lelaki tu.
Aku
nampak macam lelaki tu penagih dadah. Lagilah aku bimbang. Kalau dah bawah
pengaruh dadah, macam-macam boleh jadi. Aku pandang kiri kanan. Sunyi. Jalan
pun agak gelap. Aku berdoa supaya ada orang datang selamatkan aku. Aku terus
ingatkan abang. Kalaulah abang ada..
“Nah..” Aku hulurkan beg tanganku. Kalau
orang macam ni jangan dilawan. Dahlah ada pisau. Aku memang dah tawakal pada
Allah.
“Takkanlah ni je kau ada?” soalnya tak
puas hati bila cuma tiga puluh runggit dalam beg duit aku.
“Tu je yang saya ada, bang. Saya pelajar.
Jangan apa-apakan saya, bang.” Aku bercakap lembut.
Dia pandang tangan aku.
“Gelang tu nampak mahal. Bagi aku gelang
tu.”
Aku terus sorokkan tanganku ke belakang.
Ni gelang abang bagi. Aku takkan bagi walau apa-apa pun terjadi. Nekad.
Ternyata tindakan aku buatkan dia bengang.
“Bagi akulah, bodoh.”
Dia hayunkan pisaunya. Tapi aku mengelak.
Bila dapat peluang, aku kilaskan tangannya ke belakang dan pisaunya terjatuh.
Aku terus sepak jauh-jauh pisaunya.
“Tolong…” jeritku sekuat hati.
“Tak guna punya perempuan.” Dia lawan.
Bila dia dapat lepaskan diri, terus dia
tolak aku. Tersungkur aku jatuh. Pedih rasanya kedua-dua tapak tanganku
gara-gara bergesel dengan jalan tar. Tak cukup dengan tu, dia tendang kaki aku.
Arghh… sakitnya! Boleh tahan kuat dia sepak. Sepakan tanpa belas kasihan. Aku
rasa kaki aku macam tak boleh nak berdiri. Dia cuba tarik gelang yang abang Q
bagi. Dengan kudrat yang ada, aku cuba pertahankan gelang itu. Dia makin
bengang. Sekali lagi dia sepak aku. Kali ni bahagian perut buatkan perut aku
senak.
Aku
rasa dah tak berdaya. Memang aku dah reda dengan apa yang dia nak buat.
“Woi.. apa kau buat tu, hah?!”
Mendengar ada orang datang menyergah,
lelaki itu lari tanpa sempat mengambil gelang tanganku. Syukurlah.. gelang aku
selamat. Lelaki yang datang menyergah itu datang ke arahku.
“Cik.. cik okay?” Dia menolong aku
bangun. Aku mengaduh kesakitan. Kaki aku sakit yang amat.
“Nak saya tolong cik pergi buat report
polis?” soalnya. Aku geleng kepala.
“Saya nak balik rumah dulu.” Aku akan buat
laporan polis dengan Kak Hanum. Lagi selesa. Aku tak kenal lelaki ni. Entah
baik, entah tak walaupun dia dah selamatkan aku.
Dia akur. Dia menghantarku pulang ke
rumah. Bila sampai je di rumah, Kak Hanum terkejut melihat keadaan aku yang terhincut-hincut
berjalan. Lagi pelik bila aku dihantar oleh lelaki yang tak dikenali.
“Apa dah jadi?” soal Kak Hanum cemas.
“Dia kena rompak masa nak balik rumah
tadi. Nasib baik saya sempat tolong dia tadi.” Lelaki itu jawab bagi pihak aku.
“Ya
Allah.. terima kasih ya, Encik..”
“Zikri.”
“Terima kasih, Encik Zikri,” ucap Kak
Hanum lagi.
Arghh.. sakit semua tempat rasanya. Nak
cakap pun takde mood. Sedihnya bila kena jalani semuanya sendirian. Rasa sebak
tiba-tiba.
“Abang rasa dah tiba masanya untuk Qisya
balik rumah kita..”
Aku tergamam bila mendengar suara itu
tiba-tiba menyergah. Apatah lagi mataku, Kak Hanum dan Zikri memandang tubuhnya
yang berdiri betul-betul di pintu rumah. Kami bertentang mata setelah lama kami
tak bertemu. Kenapa dia tiba-tiba muncul? Macam mana dia tahu aku ada kat sini?
Bila masa dia tahu aku tinggal rumah Kak Hanum? Takkan Kak Hanum yang cakap
kut?
“Sya kemas barang-barang Sya sekarang,
kita balik rumah kita!” Dia berkata, mengeluarkan arahan. Tegas!
ala..habis dah..nak lagiii :D
ReplyDeletebest :D
ReplyDeletetu mesti suara izz.. yeahhh, qisya dah nak blk umah!! best3 :)
ReplyDeleteAla tgh syok dah hbs dah . Nak n3 lg angell
ReplyDeleteWah best gila sapa yg suh balik tu abg q ke abg izz?:-)
ReplyDeletenak lagi nak lagi hehehe....
ReplyDeleteMesti izz pasang spy kot tu yg tau keadaan qisya.....best3,nak lg plez.....superb
ReplyDeletewah3..best3..tp jgn buat zikri jd watak ke3 plak..he3..
ReplyDeletehahahahaha... xpuas nak bace la..nak lagi nak lagi....heehehheeh
ReplyDeleteAkhirnya sang suami datang untuk mengajak si isteri pulang kepangkuannya. Sape kata Izz tak tahu apa yang berlaku, buktinya dia sudah pun sampai dihadapan rumah Kak Harum.
ReplyDeleteHarap-2 selepas ini Izz dapat pujuk Qisya semula. X sabar nk tggu n3 baru..
kantoi sudahhh.. nanak lagii
ReplyDeletehaha. lawak laa ustaz saifullah tu. terbaek !
ReplyDeletenak lagiiiii......best
ReplyDeletenak lgi...msty IZZ yg dtg 2 kan3....
ReplyDeleteheheh superb...
ANJEL nak lgi...
suka
ReplyDeletebest gila! sampai nak gila best dia tu..aha..nak lgi nak lgi...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..... Cepat2 Upadete Bab Yg Baru Ye.....
ReplyDeletenak lg.. X saba nak tau next citer..
ReplyDeletebest la...adakah izz akan menggunakan kuasa 'veto' nya? huhuhu...x sabar nak tau kisah selanjutnya
ReplyDeleteNak lagi & lagi22222222222.........:-)
ReplyDeleteadoiii..seksa jiwa baca2 pap habis....tlg la cepatkan yg next...hehhe...tens for this n3 syok hbs yg last tuee...hahhaha
ReplyDeletealaaa...suspen2... izz kot yg dtg...huhuhu.. nk lg la...xsbr dh ni..hehehe
ReplyDeleteAlaaaa nk lagi.....kak anjel ni study kt ukm eh? Huhu
ReplyDeletetak...haha..somewhere else.. : ) haha
DeleteOuh tapi kat white board Surau FEP tu Ada tulis blog kak anjel..sbb tu curious je,,Ingat kak anjel study kt ukm.huhu
Deletetak faham???
DeleteHmm sy ternampak Nama blog kak anjell dekat surau fakulti sy.sbb tu sy ingatkn kak anjell study ukm jugak.huhu
Deleteoo, ya ke??so weird..seriosly ive no idea saper yg letak blog sy tu..huhu..
DeleteKalu yg slamatkan td qisya abg izz lg best,ke saje nk wujudkan watak zikri tuk pencacau antara izz n Qisya uhh tidakkk
ReplyDeletecpat2 la n3 baru..
ReplyDeletexsabo da nie..
nk tau sape yg dtg..
hope Izz la..huhu
.yeay.new entry.tp letey la macam ni ternanti2 n sentiasa dlm mood menunggu buah yg gugur every week.agak2 bila nk jd buku eh???..senang skit nk control jiwa ragaku.hehehe. btw i'm will waiting d next entry.
ReplyDeletep/s: jgn makan lemang,ketupat,dodol dan sewaktu denganya bnyk2 sgt.. :)
Salam. Tq ANJELL dok tunggu n3 ni. Waa jgn laa Zikri ni jadi pengacau baru lak ye. Terbaekk laa ustaz Saifullah. Hero dah mai.. Izz. Mestinyer laa. hehe. Moga lembut laa hati Qisya erk. Selamat Hari Raya ANJELL.
ReplyDeletecepadd2 lha kuar an next n3 ! skt jiwa nak tgu next n3 ~!
ReplyDeletebest..best sgt2..sambung lagi please....
ReplyDeletebest...cpt2 la next n3..huhu..xsabar wei!!!
ReplyDeleteAnjell tak buat ke bumper raya? ala, macam majalah tu. heheh, 2post sehari ke, lepastu minggu depannya sambung seminggu sekali balik hohoho tak sabo nak tau ni.
ReplyDeletebtw, selamat berhari raya. dan entri kali ni best. hoho tak sabar nak tau izz marah qisya macam mana. (´・ω・`)
best, cepatlah keluarkan n3 baru ye. tak sabar nak tahu cerita seterusnya.
ReplyDeletetp kalo x buat tngkp bsh lg best..buat izz pujuk sta smpai kawen ngan dye..
ReplyDeleteBst gila.!!!!nk lagy..!!
ReplyDeleteble nk update niey , anjell ? tak sabo dh :(
ReplyDeletenak lagiii... nak lagiii :'(
ReplyDeletewa ... tak sabar nak tunggu cite selanjutnya...
ReplyDeletetak sabar nak tgk izz jaga dan bermanja dengan sya pulak lepas ni...
sape yg suh qisya blik 2??
ReplyDeleteizz ke abg q??
klau izz kompem izz dh gune kuasa veto die sbg suami pksa qisya blik umah...
huh..xreti la nk berteka-teki...
cpt2 update ye cik pnulis...
double thumbs up....
pasti Izz yang datang ajak Qisya balik. woo.. bestnyeeee
ReplyDeletehope izz la yg dtang bwk puteri bwk blik ke istana..hehehehehe..dan2 cramah psl khwin muda plak mmang kna la kn dgn Sya..hrp2 Sya nie cuba2 la bbaik dgn izz
ReplyDeletebest3...
ReplyDeleteterbaik la!!! cpt la next entry
ReplyDeletesuke3!!!cptla cik writer next entry plzzz
ReplyDeleteUstaz tu best gilerrr.. Idea penulis ni mmg best gilerrrr
ReplyDeletebest sgt...tk sabar nak tggu next n3...
ReplyDeletebest nak lagi tak sabar for next n3.
ReplyDeleteTerbaek n best sesangat cite nie.....
ReplyDeleteCpt laa smbg....
Senak jantung bace cite ni. Best sgt 2.
ReplyDeletebest2...
ReplyDeleteops....izz muncul kah?
ReplyDelete