Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday 31 July 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 20)

BAB 20

“Tundukkan dia, Nurin. Tundukkan Harraz,” tekan Puan Sri Rosell lagi.

Dan Nurin nganga lagi. Rasanya kalau sekali lagi Puan Sri ulang benda yang sama, mahu cecah tanah rahang dia. Masih tak percaya permintaan Puan Sri Rosell.

Aku tundukkan Harraz? Aku?

Err..” Nurin tak tahu nak cakap apa. Susun kata-kata dalam kepala supaya Puan Sri Rosell tak berkecil hati dengan kata-katanya.

“Ubah dia, Nurin. Aunty nak sangat tengok Harraz berubah.”

Nurin terdiam. Ubah Harraz? Mampukah dia? Beria-ia Puan Sri Rosell meminta dia tundukkan Harraz. Kenapa dia? Muka dia ni ada iras-iras penunduk playboy sejati ke apa?

“Kenapa saya, aunty?” Nurin tak faham. Anak dia, pandang aku pun tak sudi. Inikan pulak nak bercita-cita nak tundukkan mamat tu?

“Sebab Nurin je yang aunty nampak baik kat sini. Aunty yakin Nurin tak macam perempuan-perempuan lain kat sini. In fact, Nurin satu-satunya perempuan yang paling baik yang pernah muncul dalam hidup Harraz.”

Nurin garu belakang leher dia. Buntu. Memang dia akui dia spesis paling pelik kat sini. Tapi tak bermaksud dia paling baik.

Saya dengan Harraz macam kucing nak berkarate dengan anjing, aunty. Dia benci saya dan saya pun tak suka dia. Tengok je la perangai Harraz. Fikir berapa juta kali saya nak tundukkan dia. Nak je Nurin cakap macam tu. Tapi nampak sangatlah dia macam mengadu kat Puan Sri Rosell. Kalau Harraz tahu, memang kenalah dia.

Aunty tak mintak lebih, Nurin. Aunty bukannya nak paksa Nurin suka Harraz atau kahwin dengan dia. Cukuplah jadi kawan Harraz. Sekurang-kurangnya aunty tak risau dia punya kawan yang baik macam Nurin.”

Perempuan baik macam Nurin nak ke digandingkan dengan anaknya? Puan Sri Rosell pun tak tahu. Kalau ikutkan, mahu saja dia kahwinkan Nurin dengan Harraz. Tapi apalah kuasa dia? Dia pun baru kenal Nurin. Entah-entah Nurin dah ada buah hati.

“Nurin tak suka Harraz ke? Sebab Harraz jenis yang macam tu? Sebab Harraz teruk?” soal Puan Sri Rosell bila Nurin cuma senyap. Ada nada sedih dalam ayat itu, buatkan Nurin tak sampai hati mendengarnya.

“Eh, takdelah macam tu, aunty. Dia bos saya. Mestilah saya suka dia,” jawab Nurin. Dapat dirasakan jawapannya yang tak berapa nak ikhlas.

“Baguslah kalau macam tu. Aunty ingat Nurin dah benci Harraz lepas tengok perangai sebenar dia.”

Itulah yang terjadi, aunty. Kalau perempuan normal lain pun mesti akan rasa macam dia.

“Tengah hari nanti, jom kita lunch sama-sama. Aunty nak kenal lagi rapat dengan Nurin.” Dia senyum manis pada Nurin.

Nurin balas senyuman itu. Rasa macam pahit sikit. Lunch sama-sama lagi? Sah-sahlah Harraz ada sekali. Semalam baru berperang dengan Harraz depan Farhan. Hari ni lagi sekali ke?

Hari tu dengan daddy dia. Hari ni dengan mummy dia pulak. Kenapalah Nurin selalu tersepit di tengah-tengah keluarga ni?

Nak taknak, Nurin angguk setuju. Tak sampai hati nak kecewakan hati Puan Sri Rosell.

    -------------------

“Nurin, apa jadi?”

Nampak je kasut Nurin, semua bertanya. Muka Nurin dilihat tenang, macam tiada apa-apa yang berlaku.

“Jadi apa?” Nurin buat-buat tak faham. Mestilah pasal dia yang kena soal siasat dengan mummy Harraz.

Macam resmi pulak. Setiap staf perempuan baru akan disiasat oleh mummy Harraz. Diikuti dengan amaran jangan cuba nak goda Harraz. Itu kata Liza.

“Mesti you kena warning, kan? Puan Sri cakap apa? Mesti dia tak kasi you rapat dengan bos, kan?” teka Liza.

Hmm.. Puan Sri pun takut si Nurin ni sambar anak dia. Memang kenalah warning awal-awal. Biar sedar diri sikit.” Dari kejauhan, Nurin sempat tangkap suara Elfira.

Haish.. minah ni kalau bukak mulut, mesti nak sakitkan hati orang! Tambahkan kerja malaikat Atid je tahu! Cuba mulut tu cakap benda yang baik sikit. Orang lain kumur pakai Listerine. Ada jugak karang aku bagi idea kat minah tu suruh kumur pakai Kiwi Kleen!

Kalaulah semua orang tahu yang Puan Sri Rosell suruh dia tundukkan Harraz, tak kena gelak dengan semua orang, kena terajang dengan Elfira. Mampukah dia? Dia pun rasa tak layak. Siapalah dia nak digandingkan dengan Harraz?

“You sabar ya, Nurin. I tahu perasaan you. I pun pernah kena dulu. Jangan sedih-sedih. Dah nak dekat lunch hour ni. You makan puas-puas untuk tenangkan hati you.” Liza bagaikan memujuk.

Baru je Nurin nak balas balik, dia nampak Harraz berjalan ke mejanya. Ni tak lain tak bukan, mesti nak jemput dia turun makan. Mesti Puan Sri Rosell dah cakap kat Harraz pasal ni. Habislah dia kena sumpah dengan mamat tu sebab dah buat Harraz datang jemput dia. Dulu dah dicop Puteri Santubong. Hari ni Puteri Sejinjang mungkin?

Harraz berdiri betul-betul depan meja Nurin. Muka selamba. Nurin tak boleh agak perasaan Harraz sekarang ni. Suka ke? Tak suka ke? Err.. suka tu rasanya tak mungkinlah kut.

Mummy ajak kau lunch kan? Apa lagi? Jomlah turun saing. Mummy tunggu kat bawah,” kata Harraz. Bernada biasa. Tanpa marah atau tak suka. Lagi Nurin pelik. Berbeza betul dengan semalam depan Farhan.

Harraz terus berjalan menuju ke arah lif tanpa menunggu Nurin terlebih dahulu. Nurin turut bangun. Tak peduli pandangan semua orang yang macam tak percaya lepas dengar apa yang dikatakan Harraz.

Err.. saya keluar lunch dulu ya?”

    -------------

“Hari ni Nurin nak makan apa? Aunty nak belanja,” soal Puan Sri Rosell bila berada dalam kereta.

“Eh, Nurin tak kisah mana-mana pun, aunty,” balas Nurin balik. Taknak dianggap mengada depan Harraz. Sempat mata kerling Harraz yang tengah memandu. Tak boleh diagak pandangan lelaki itu sebab Harraz kenakan cermin mata hitam. Tenang tapi dalam hati tak tahu ada apa. Entah-entah tengah seronok kutuk dia.

“Kalau macam tu, aunty bawak Nurin makan kat satu tempat ni. Tempat ni memang sedap. Kawan aunty punya. Mesti Nurin suka.”

“Mana-mana aunty, Nurin tak kisah.”

“Restoran anuty Manisah ke, mummy?” soal Harraz setelah sedari tadi berdiam diri.

Yup. Dah lama tak jumpa dia.”

“Harraz pun sama. Rindu pulak nak jumpa aunty Manisah.”

“Rindu dia ke, rindu anak dia?” sempat Puan Sri Rosell kenakan Harraz.

“Eh, mummy ni. Tu kan kisah lama. Harraz dah kosong-kosong dengan dia,” jawab Harraz balik. Tak suka bila sebut pasal tu depan Nurin. Dahlah dia dah macam-macam kantoi dengan Nurin. Satu lagi sejarah dia dah diketahui Nurin.

Nurin cuma jadi pendengar. Hmm.. bekas kekasih mamat tu la kut. Mesti cantik. Konfem! Kat mana-mana ada kekasih dia ke? Rasanya, kalau jumpa awek cun masa tengah jalan, nak je tanya, pernah jadi kekasih Harraz Naufal ke? Gila hebat tahap buaya lelaki bernama Harraz Naufal ni.

   -----------

“Rosell, lamanya tak nampak you!”

Nurin hanya melihat Datin Manisah yang anggun itu menegur Puan Sri Rosell. Mereka berdua bersalaman dan lepas tu berlaga-laga pipi.

“Tu la kan? Dah lama kita tak jumpa, kan? Hari ni pun sebab I dari syarikat Harraz. Dah lama tak makan sama-sama,” cerita Puan Sri Rosell.

Pandangan Datin Manisah terarah kepada Harraz yang tinggi itu.

“Kamu, Harraz. Dah lama aunty tak nampak. Makin handsome kamu sekarang, ya?”

Harraz cuma senyum.

Aunty pun apa kurangnya? Dah macam anak dara Harraz tengok.”

Sweet talker as usual. Patutlah ramai jatuh hati dengan kamu, Harraz.” Dan mereka berdua bergelak-ketawa.

Pandangan terarah pada gadis di tepi Harraz. Nurin yang sedar pandangan Datin Manisah terus hulurkan tangan untuk bersalam. Dengan lemah-lembut dia tunduk salam Datin Manisah.

“Siapa ni? Bakal isteri kamu ya, Harraz? Pandai betul kamu cari. Dahlah cantik, baik pulak tu. Macam nilah kalau nak cari calon isteri.”

Uhukk! Terbatuk Nurin dengar. Dia dan Harraz berpandangan. Entah kenapa, tiba-tiba rasa malu. Tak suka tapi malu. Baru semalam jadi ‘tunang’ Harraz. Hari ni nampaknya dah ada yang cakap dia calon isteri Harraz.

Pertama kali dia dicop bakal isteri Harraz. Apalah Harraz akan ingat nanti? Nurin cepat-cepat alihkan pandangan. Pandangan Harraz dah lain macam. Marah ke dia? Nurin buat-buat selamba macam biasa.

“Eh, takdelah. Ni pekerja Harraz.”

“Nama dia Nurin. Dia ni anak kawan Mukhriz. Sekarang kerja dengan Harraz,” tambah Puan Sri Rosell pula.

“La.. iya ke? Aunty ingat tadi bakal isteri kamu. Sebab nampak cocok benar. Sorry ya, Nurin. Salah sangka pulak.”

Nurin cuma mampu senyum. “Takpe, aunty.”

“Alah.. kalau ya pun, apa salahnya? Nampak serasi. Sama cantik, sama padan. Iya tak, Harraz?” giat Datin Manisah lagi.

Harraz pulak tak tahu nak senyum ke atau nak apa. Dia sendiri pun terkejut bila Nurin dicop sebagai bakal isterinya. Tak pernah terfikir sekali pun. Pertama kali perempuan disisinya dianggap bakal isteri. Mana pernah sepanjang dia keluar dengan teman-teman wanita lain sebelum ni. ‘Macam nilah nak cari calon isteri’ rasa terngiang-ngiang di telinga.

“Eh, duduklah. You order je apa-apa, Rosell. I bagi you special punya harga hari ni.”

        ---------------

Servis di restoran ini sangat bagus. Itu yang boleh Nurin putuskan bila makanan yang dipesan sampai dalam masa kurang sepuluh minit. Kata Puan Sri Rosell, pelayan-pelayan restoran ni sangat cekap. Datin Manisah memang pentingkan kepuasan pelanggan walau seramai mana pun pelanggan. Sebab tu Puan Sri Rosell suka tempat ni.

Menu tengah hari itu dipilih oleh Puan Sri Rosell. Kebanyakannya selera ala-ala kampung. Dah lama tak makan macam ni. Makanan melayu seratus peratus.

Harraz yang tengok menu itu tayang muka tak puas hati. Semua tak kena dengan seleranya.

Mummy ni, macam tak tahu pulak selera Harraz macam mana. Harrazkan tak suka makanan macam ni.” Harraz tayang muka masam. Pandang bermacam-macam ulam dan pucuk depan mata. Belum lagi sambal belacan yang merah tu.

“Apa? Sedap apa makanan kampung ni? Baru terasa keaslian melayunya. Kamu tu melayu asli. Jangan nak perasan jadi orang putih celup pulak. Sedar diri tu sikit!” bidas Puan Sri Rosell. Kesan besarkan Harraz diluar negara, macam ni la jadinya. Lupa asal usul. Kepala digelengkan beberapa kali.

Nurin yang dengar senyum dalam hati. Nak senyum depan-depan, takut Harraz marah nanti. Kelakar betul kata-kata Puan Sri Rosell.

‘Jangan nak perasan jadi orang putih celup pulak. Sedar diri tu sikit!’. Haha. Cuma mummynya yang mampu cakap macam tu kat Harraz. Pertama kali tengok Harraz kena macam tu. Seronok juga. Rasa macam dendam terbalas.

Nampaknya Puan Sri Rosell takdelah macam yang orang lain cakap. Nurin suka Puan Sri Rosell sebab tak nampak macam berlagak. Tak macam orang berstatus tinggi yang lain.

Aunty Rosell baik. Uncle Mukhriz pun baik. Kenapalah anaknya tak warisi salah sorang? Kalau tak mesti aman dunia aku ni.

“Makan, Nurin. Jangan malu-malu. Sedapkan?” Perhatian Puan Sri Rosell beralih pada Nurin yang dari tadi berdiam diri. Malas nak melayan anak lelaki yang banyak kerenah ni. Nurin tersedar dari mengelamun sendiri.

Hmm.. sedap, aunty. Nurin memang suka makanan macam ni,” jawab Nurin jujur. Orang melayu, mestilah suka makanan melayu. Tengah hari memang sedap pekena selera macam ni.

“Orang kampung betul.” Perlahan suara Harraz, tapi sempat ditangkap telinga Nurin.

Rasanya Puan Sri Rosell pun dengar sebab sedas penamparnya singgah di lengan Harraz. Siap dengan aura amaran lagi dari matanya. Maksudnya, sekali lagi Harraz cakap macam tu, memang naik tangan dia kat telinga Harraz pula.

“Aduh.. mummy. Sakitlah.” Berkerut wajah Harraz menahan sakit. Bukan dibuat-buat sebab tangan mummynya singgah betul-betul di tempat lukanya. Boleh tahan kuat pulak tu. Adoi.. malang betul lengannya. Baru je nak sembuh, ada je yang kacau. Kalau macam ni, bilalah boleh sembuh? Asyik terbantut je proses penyembuhan lukanya.

“Tangan kamu kenapa, Harraz?” Suara Puan Sri Rosell berubah prihatin. Harraz buat tak layan. Sibuk gosok tangannya yang sakit.

“Tangan dia kenapa, Nurin?” Bila Harraz tak jawab, Nurin pula disoalnya.

Err…” Nurin tak tahu nak cakap apa. Rasa bersalah sebab Harraz jadi macam tu sebab dia. Mesti Puan Sri Rosell marah dia sebab dah bahayakan nyawa anak dia.

Accident kat site, mummy. Ada besi jatuh. Tu yang kena ni,” jawab Harraz.

“Bahayanya. Lain kali hati-hati, Harraz. Mummy taknak terjadi sesuatu kat kamu. Kamu je yang mummy dan daddy ada. Macam mana kamu boleh cuai ni, Harraz? Mana pernah jadi macam ni sebelum ni.” Suara Puan Sri Rosell dah risau.

“Benda dah nak jadi, mummy. Apa boleh buat? Itulah.. kalau tak cuai, mesti benda ni tak jadi. Lain kali, dah tahu tempat tu bahaya, mata tu kena letak kat kepala. Pandang sekeliling dulu sebelum jalan.” Selamba suara Harraz.

Nurin tahu Harraz tengah mengata dia. Siap tinggalkan pesanan penaja lagi. Kalaulah masa boleh diulang, memang dia akan lebih berhati-hati. Padahal dia dah cakap kat Harraz tempat tu bahaya. Tapi dia juga yang cuai akhirnya.

“Lain kali jangan bahayakan diri lagi. Dah, Harraz. Makan.” Puan Sri ambil beberapa jenis makanan dan dihidangkan dalam pinggan Harraz.

Mummy..”

“Kamu kan suka salad. Ni The Salad of Malaysia. Makan!” arah Puan Sri Rosell tegas sebelum Harraz suarakan tak puas hatinya.

Harraz nak taknak suap ulam itu ke dalam mulutnya.

Good boy. Macam tu la anak mummy.” Puas hati!

“Harraz memang macam ni, Nurin. Mengada je lebih. Kadang-kadang memang kena paksa. Dari kecik lagi dah memilih. Bawak sampai ke besar pulak tu. Dulu lagilah. Tak suka langsung sayur. Sampai aunty dengan uncle kerjakan bagi makan. Pastu asyik menangis je tahu,” cerita Puan Sri Rosell.

Nurin pula tak tahu nak bagi reaksi apa. Akhirnya hanya mampu senyum. Kelakar juga dia tengok Harraz yang bawa imej lelaki macho itu kena macam ni bila dengan mummynya. Rakam masuk youtube pun idea bagus juga. Mesti semua nganga tak percaya.

“Hish.. mummy ni. Tak payahlah cerita zaman dulu-dulu. Masa tu kan Harraz kecik lagi.” Harraz tak puas hati.

Malu betul dia dengan Nurin. Entah apa yang Nurin fikir sekarang ni. Kalaulah Nurin cerita kat orang lain, memang jatuh imej dia.

“Yang kau senyum ni kenapa?” Tak pasal-pasal Nurin yang kena.

Hai.. senyum pun tak boleh? Nurin buat tak layan. Terus suapkan makanan ke mulutnya. Dia di sini sebab Puan Sri Rosell.

“Yang kamu nak marah ni kenapa? Mestilah senyum. Takkanlah nak menangis pulak. Bukannya sedih sangat kisah zaman kanak-kanak kamu tu.” Harraz kena marah balik.

Tak puas hati betul Harraz bila mummynya bela Nurin. Baru hari ni jumpa, mummynya dah macam jatuh hati kat Nurin. Yalah.. mana pernah mummynya keluar makan dengannya ajak perempuan lain. Rasanya, kalau dia dengan perempuan lain haramlah mummynya nak ajak. Tak perempuan tu kena halau balik, dia yang kena pulas telinga diseret mummy.

“Kamu Nurin, kalau Harraz buat pelik-pelik kat kamu, report kat aunty. Pandailah aunty nak sekolahkan Harraz balik.”

Arghhtensionnya Harraz rasa! Dulu daddy dah cakap benda sama. Hari ni mummy pulak. Nampaknya dia kena hati-hati lepas ni. Nurin bukak mulut, mati dia. Kalau Nurin ceritakan pasal kejadian dia dan Elfira di pejabat dulu, mahu gugur jantung mummynya.

Untung betul Nurin. Dah ada vote mummy dan daddy. Salah sikit, silap-silap dia yang kena. Sekarang ni dia kena fikir dua tiga kali kalau nak kenakan Nurin. Atau dah tiba masanya untuk dia sign kontrak pendamaian dengan Nurin?

Thursday 24 July 2014

Tundukkan Playboy (BAB 19)

BAB 19

“Hai, Nurin.” Teguran seseorang itu buatkan Nurin angkat kepala. Senyum dulu bila nampak Farhan yang berdiri di depannya.

“Hai, Farhan. Lama tak nampak awak,” sapa Nurin pula.

Sejak Farhan masuk kerja, dah jarang dia jumpa lelaki itu. Dia tahu Farhan mesti sibuk.

“Kenapa? Rindukan saya ke?” soal Farhan.

Nurin ketawa. Tahu Farhan cuma bergurau dengannya. Farhan ni.. boleh pulak melawak kat sini. Tak tahu ke tempat ni memang tempat kuarantin bergelak ketawa dengan lelaki? Hanya sah pada Nurin Areesa. Nak-nak lagi dengan sepupu big boss. Sebab mesti orang tanya macam-macam lepas ni.

“Datang jumpa bos ke?” soal Nurin pula. Mesti kedatangan Farhan ni atas sebab kerja.

Yup. Datang jumpa Harraz. Bincang something,” jawab Farhan. Kemudian dia pandang jam di tangan. “Dah nak lunch hour, jom kita lunch sama-sama nak? Dah lama kita tak keluar bersama.” Farhan mempelawa.

Makan tengah hari sama-sama? Tapi hari ni tiada Eves. Taknaklah dia keluar berdua dengan Farhan. Tapi nak heret siapa?

Don’t worry. Kita tak berdua,” jawab Farhan bila nampak muka enggan Nurin. Dia tahu Nurin memang tak suka keluar berdua dengannya. Dia pun tak tahu kenapa.

“Siapa lagi yang ikut?”

“Farhan, jom.”

Belum sempat Farhan jawab, ada suara yang terlebih dahulu menyampuk. Yang pasti suara yang cukup Nurin kenal. Mana tak kenal kalau hari-hari suara yang sama cecah koklea telinga dia. Siapa lagi? Sepupu kesayangan Farhan la.

Sepatutnya tak payah tanya. Sebab mestilah Harraz calon paling sesuai untuk dibawa bersama.

Nampak Harraz yang tegak di sisi Farhan dengan muka selambanya. Hai.. ni yang aku malas ni kalau ada mamat rimau tu. Malasnya Nurin nak ikut. Apatah lagi konflik dalaman  dia dan Harraz tak selesai lagi.

“Jom, Nurin,” ajak Farhan.

Betapa sekarang ni Nurin nak lari masuk tandas sebab taknak ikut mereka berdua. Dengan Farhan tak kisah sangat. Dengan yang sorang lagi yang dia alergi sikit. Macam mana nak makan nanti?

“Err.. saya..” Nurin cuba cari ayat terbaik untuk menolak.

“Bila dah err.. err… keluar dari mulut dia, maksudnya dia taknak la tu, Farhan. So, kalau kau nak dia ikut, satu je jalannya. Dia suruh kau dukung dia bawak turun bawah. Maklumlah.. tuan puteri..” potong Harraz. Saja nak menyindir.

Berasap telinga Nurin yang mendengarnya. Aku taknak ikut sebab ada kaulah! Cuba kalau kau tak ikut? Mesti aku dah setuju punya. Mamat ni kalau bersuara tak pernah nak senangkan hati orang!

Nurin buat tak layan dengan Harraz. Anggap je la mamat tu putera bunian baru turun ke bumi. Buat-buat tak nampak dia, Nurin.

“Jomlah kita makan sama-sama, Nurin. Dah lama saya tak jumpa awak. Takkan tak sudi nak makan dengan saya?” Farhan mula buat ayat kesian.

Huh.. ikut je la, Nurin! Sebab Farhan kawan kau.

Hmm.. yalah.” Mengalah akhirnya.

       -------------

“Kita nak makan apa ni?” soal Harraz dalam kereta Farhan.

Hmm.. makan apa ya? Nurin, awak nak makan apa?” soal Farhan pula. Sempat dikerling Nurin melalui cermin pandang belakang. Dari tadi Nurin selesa senyap.

“Apa-apalah. Saya tak kisah,” jawab Nurin. Dia makan apa-apa je. Takdelah pulak dapat mimpi semalam, hari ni kena mengidam nak makan apa.

“Teringin nak makan nasi Arab la. Kita makan nasi Arab, nak?” cadang Farhan.

Nasi Arab? Tak sukanya!

“Makan benda lainlah. Setahu aku, ada orang tu tak suka nasi Arab,” jawab Harraz. Selamba je suaranya.

“Siapa? Nurin, awak tak suka nasi Arab ke?” soal Farhan pula. Baru dia tahu hari ni. Macam mana Harraz boleh tahu apa yang Nurin tak suka? Pelik!

“A’aa.. kureng sikit,” akui Nurin.

Nurin pun sebenarnya agak terkejut bila dengar Harraz cakap macam tu. Tak sangka Harraz ingat yang dia tak suka nasi Arab.

“Oo.. kalau macam tu, kita makan benda lainlah. Western okey?” cadang Farhan lagi.

No hal.”

“Okey je.” Harraz dan Nurin menjawab serentak.

   ---------------

Masam muka Harraz. Dari tadi tangan mengacau ice blended dalam gelas tingginya dengan straw. Telinga dari tadi lagi hanya mendengar dua manusia depannya ni bercerita itu dan ini. Kemudian mereka bergelak ketawa. Padahal sikit pun dia rasa tak lucu.

Aku ni batu ke? Geram betul Harraz rasa bila dia macam tak wujud di tengah-tengah antara Farhan dan Nurin. Si Nurin tak payah cakap la memang dah lama dia bagaikan halimunan di depan perempuan itu. Farhan ni pulak, mentang-mentang jumpa Nurin, dia yang sepupu ni pun dilupakan. Huh!

Nurin yang sedang ketawa dijelingnya. Amboi-amboi, sukanya dia! Kelakar sangat la tu? Lawak bodoh Farhan macam tu pun nak gelak? Aku ni hari-hari dengar benda yang sama. Sikit pun tak kelakar la!

Sakit pula hati bila nampak Nurin ketawa. Dengan dia haramlah Nurin nak semesra itu. Tapi dengan Farhan, wah-wah.. bukan main ya? Ada apa-apa ke dua orang ni?

Eh.. eh.. makin menjadi-jadi pulak? Boleh pulak Nurin tambah lawak bodoh Farhan dan menjadikan lawak bodoh tu makin bodoh. Tak boleh jadi ni! Makin Harraz berdiam diri, makin dia rasa dipinggirkan.

Auchh…” jerit Harraz tiba-tiba.

Terus senyap Farhan dan Nurin. Kedua-duanya pandang Harraz. Harraz ni dah kenapa tiba-tiba mengaduh kesakitan?

“Kau kenapa? Tak makan ke, Harraz?” soal Farhan bila pinggan besar Harraz yang berisi chicken chop itu tak terusik sikit pun.

“Tangan aku sakit. Macam mana aku nak makan?” adu Harraz.

“Tangan kau kenapa?”

Injured. Kau taknak tolong aku ke? Kau je yang boleh tolong aku sekarang ni. Orang lain tak mungkin nak tolong aku ni,” kata Harraz selamba. Siapa lagi yang dia nak minta tolong? Mestilah Farhan sepupunya. Takkanlah Nurin pulak kut?

Nurin tahu Harraz tengah mengata dia. Dialah orang lain yang Harraz maksudkan. Nurin buat-buat tak dengar. Terus suap chicken chop depan mata masuk mulut. Rasa bersalah juga.

 Farhan pandang Nurin dan Harraz bergilir-gilir. Apa yang dah jadi dengan dua orang ni? Farhan tertanya-tanya. Asal Harraz bersuara, mesti Nurin buat tak dengar. Si Harraz pula, asal bercakap mesti pandang dia je. Macam Nurin tak wujud.

“Korang berdua ni, gaduh ke?” soal Farhan.

“Mana adalah!”

Hmm.. dua-dua jawab serentak! Tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni kena marah. Farhan pandang Harraz yang kemudiannya makan fries dan Nurin yang kemudiannya hiris ayam depan mata.

“Macam mana boleh injured?” Suara Farhan berubah prihatin.

Pinggan Harraz ditarik sikit supaya dekat dengannya. Tangan capai garfu dan pisau. Ayam dalam pinggan Harraz dipotong kecil-kecil supaya senang sepupunya itu makan.

“Adalah cerita dia. Malas aku nak cakap. Yang penting, tangan aku ni sakit sangat. Tak boleh gerak banyak-banyak.” Senang Harraz jawab. Padahal semua itu bukannya betul pun. Bukannya dia tak boleh guna tangannya. Saja nak menghancurkan suasana harmoni antara Farhan dan Nurin.

Pedulilah Farhan layan dia macam budak-budak. Pedulilah kalau Nurin cakap dia mengada. Puas hati dia buatkan perhatian Farhan beralih padanya. Bukannya dia dengkikan Farhan dengan Nurin, tapi entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Yang dia tahu, dia tak suka bila dia dipinggirkan.

“Farhan Badriz!”

Lepas Farhan habis memotong ayam Harraz, ada seorang gadis yang boleh tahan seksi menegur Farhan. Siap seru nama penuh Farhan. Mata Nurin, Harraz dan Farhan menala ke arah suara itu.

Gadis itu berdiri di tepi meja Farhan dengan muka masam. Tangan disilang di dada.

“Farhan, kat sini you rupanya. Puas I cari!” Suara perempuan itu naik sikit. Farhan ditenung macam nak dicincang jadi Farhan chop.

Atas bawah Nurin pandang dia. Allah.. siapa pulak ni? Kekasih Farhan ke? Nampak muka Farhan yang serba-salah dan Harraz pula selamba makan macam tiada apa-apa yang berlaku.

“Eh, Wana!” Farhan sangat terkejut sampai tak tahu nak cakap apa. Dah lama dia tak berhubung dengan Wana.

“You dah ada perempuan lain ya? Ni siapa?” soal Wana sambil jari tunjuk Nurin.

Nurin mengeluh. Huh! Apalah nasib aku ni? Asal makwe pakwe gaduh, mesti aku ada. Asal aku ada, mesti pakwe makwe nak gaduh. Dulu Harraz. Hari ni Farhan pulak kantoi dengan dia.

“Sebab dia kan? Sebab dia you dah tak layan I kan?” tuduh Wana sambil pandang marah pada Nurin.

Garangnya muka perempuan ni! Nurin rasa nak tarik je semua air atas meja ni, letak jauh-jauh dari Wana. Nurin bagaikan boleh baca masa depan. Beberapa minit lagi, mungkin baju kurung dia ni akan disimbahi chocolate ice blended? Atau honey dew ice blended? Atau latte milkshake?

“Macam ni ke taste you sekarang? Bukannya cantik pun. I tak boleh terima kalau you pilih dia. Sebab dia ke, Farhan?” Wana marah lagi.

Nurin tahan geram. Kenapalah wanita-wanita zaman sekarang ni gagal adab tatasusila? Mulut macam nak mintak kena berus dengan berus jamban! Cakap suka hati je. Kang ada jugak lepas ni ada orang kena kejar ke hospital gara-gara garfu terpacak kat anak tekak!

Sabar Nurin, sabar!

Err.. dia ni..”

“Dia tunang I.” Selamba Harraz menyampuk.

Nurin jeling Harraz. Tak suka! Bukan awek atau girlfriend yang dia bagi. Tapi terus tunang! Ewah.. macam la aku ni nak sangat jadi tunang dia! Nasib baik tak cakap bini.

Tapi, muka Harraz tak bersalah langsung lepas buat kenyataan ekslusif itu.

“Tunang you, Harraz?” Suara Wana dah agak kendur sikit.

Lagi sekali Harraz selamba mengangguk.

“Tapi bukan sekarang you couple dengan Kirana ke? Bila you tunang?”

“Oh, kami dah putus. Inilah pengganti barunya. Kami baru je tunang.” Cukup selamba Harraz jawab.

Ewah.. seronok dia karang cerita! Masam muka Nurin.

“Tak sangka taste you dah berubah sekarang, Harraz. But sorry to annoy you, but she’s not beautiful.”

Kurang ajar! Berasap rasa telinga Nurin rasa sekarang ni! Baru je dia nak jelaskan hal sebenar, Harraz bersuara.

Well, people can change. Beautiful or not it doesn’t matter as long as I choose her. Thanks for your comment anyway.” Harraz jawab dengan senyuman.

Nurin pandang Harraz. Status jaguh playboya, kalau dah keluar mesti perghhh… ‘Beautiful or not it doesn’t matter as long as I choose her’. Macam mana perempuan tak cair dengan mamat ni?

Harraz bagi isyarat mata pada Farhan supaya cepat-cepat tarik Wana keluar. Kalau Wana yang tak mengamuk, ni.. orang sebelah ni tunggu masa magma nak meletus. Tengok.. mata pun dah macam ada api. Kalau suruh tenung ice blended ni pun rasanya boleh cair.

“Kita cakap kat luar.” Farhan faham. Cepat-cepat ditarik tangan Wana sebelum Wana buat hal.

Maka tinggallah Harraz berdua dengan Nurin. Harraz teruskan makan macam tiada apa-apa yang berlaku tadi. Tak peduli dengan pandangan Nurin yang pandang dia sekarang ni, macam nak bagi dia makan pisau kat tangan perempuan tu.

“Suka hati encik je kan? Saya tak suka encik cakap macam tu!” Geram Nurin berkata.

“Kira aku ni baik sebab dah tolong kau tahu? Kalau aku tak cakap kau tu tunang aku, mandi ice blended la kau nanti. Kau nak?” jawab Harraz. Fikiran yang sama macam yang Nurin fikir tadi.

Betul juga kata Harraz. Kalau Harraz tiada tadi, agaknya memang kena simbah dengan ice blended dia. Ada hikmah juga dia tak makan berdua dengan Farhan.

“Kau pun rasa aku buat benda yang betul kan?” kata Harraz lagi bila Nurin diam.

Kemudian dia gelak. Sakit juga hati Nurin yang dengar gelak suka hati Harraz tu. Malas nak layan! Tapi, kenapa kena tunang? Bukan kekasih? Malas Nurin nak tanya.

“Kau taknak tahu ke siapa Wana tu?” soal Harraz. Pelik. Muka Nurin selamba.

Girlfriend Farhan la kut,” jawab Nurin malas.

“Kau tak jealous ke?” duga Farhan.

“Buat apa nak jealous? Bukannya kami ada apa-apa,” jawab Nurin jujur. Serius dia tak rasa cemburu. Sakit hati tu adalah sebab kena maki dengan perempuan tadi tak pasal-pasal.

Oo.. patutlah muka dia selamba. Dia takde perasaan kat Farhan rupanya. Entah kenapa, hati Harraz cukup senang dengan pengakuan Nurin.

Tak lama lepas tu, Farhan kembali ke tempatnya. Nasib baik bersendirian. Entah apa yang Farhan cakap pada Wana.

Sorry ya, Nurin. Tak pasal-pasal awak pulak yang kena.” Farhan minta maaf. Takut juga Nurin marah. Kalau Nurin tak layan dia macam dulu, tak tahulah dia nak buat apa pulak.

Nurin cuma senyum.

It’s okay. Saya tak kisah pun. Macam tak biasa pulak. Sekurang-kurangnya takdelah saya makan penampar dia tadi, kan?” Nak je sabdu cukup-cukup masa sebut penampar. Mohon Harraz terasa!

Harraz buat tak tahu bila Nurin mengungkit. Selamba garfu mencucuk ayam lalu disuapkan ke dalam mulut.  Buat tak dengar. Tahu Nurin cuma nak sindir dia.

Farhan pandang Harraz dan Nurin yang selamba meneruskan suapan mereka. Apa yang jadi dengan dua orang ni? Makin pelik Farhan rasa.

   ------------

Keeseokan harinya, Nurin rasa amat pelik bila melihat suasana pejabat yang tenang itu. Bukan tak pernah tenang suasana pejabat ni, tapi kali ni lain macam. Rasanya up sikit daripada tanah perkuburan. Sunyi. Semua duduk di tempat masing-masing. Hai.. virus skema bertebaran di udara ke apa ni?

“Kenapa ni? Ada apa?” soal Nurin pada Liza di sebelahnya. Juga khusyuk dengan kerja. Kali terakhir semua orang macam ni adalah ketika Tan Sri Mukhriz tunjuk muka.

“Puan Sri datang,” bisik Liza.

“Puan Sri tu, mak Encik Harraz ke?” soal Nurin balik. Liza angguk.

Melihat suasana pejabat ni, rasanya dah boleh agak Puan Sri tu macam mana orangnya. Mesti garang. Yang pasti lebih garang daripada Harraz.

“Kenapa? Dia garang ke?” korek Nurin lagi. Dia tak pernah kenal macam mana rupa ibu Harraz.

“Sangat. Lebih dari Tan Sri. Dia memang tak suka staf-staf kat sini. Especially perempuan. I pun tak tahu kenapa. Dia takut anak bujang dia tu kena tackle agaknya. Yalah.. orang kaya. Mana pandang kita-kita ni kalau nak jadi calon menantu.”

Oo.. macam tu ke? Macam dahsyat je mummy si Harraz ni? Tengok anaklah. Kalau anak dah hebat, maknya lagilah super duper hebat.

“Staf perempuan baru apatah lagi. Mesti kena warning. Baik you jaga-jaga Nurin.” Sempat Liza bagi pesanan penaja pada Nurin.

Nurin sambung kerja. Tiba-tiba jadi skema macam orang lain. Lepas dengar apa yang dikata Liza, secara automatiknya mulut duduk diam. Hanya otak yang bergerak sekarang ni. Sekurang-kurangnya kalau Puan Sri nampak dia, dia dah tinggalkan imej yang baik di mata Puan Sri.

Pap! Nampak beg tangan Gucci atas mejanya. Nurin angkat muka.

Tak payah tanya siapa, Nurin dah boleh agak walaupun itu kali pertama mereka bersua muka. Apatah lagi semua leher panjang menoleh ke arahnya. Nampak satu tanda seru besar jatuh depan mata. Amaran!

Air liur pun turut laju mengalir melepasi tekak. Pandangan wanita anggun yang berdiri di depannya macam ada pedang. Tajam dan beku tanpa senyuman. Macam anaknya juga.

“Nurin Areesa?”