Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 20 August 2014

Tundukkan Playboy Itu (TEASER 1)



NEVER EXPECT TEASER NI SECEPAT INI. MY FB FRENS PASTI DAH TAHU REASONNYA KENAPA. KALAU TAK TAHU, NOTHING BIG DEAL PUN. ANYWAY, HAPPY READING. SEMOGA TEASER PENDEK INI MAMPU MENGUBAT RINDU PADA HARRAZ DAN NURIN.. :)




           ---------------
Seperti yang dijanjikan Nurin kepada Eves, selesai je kerjanya, Nurin ingin masuk ke dalam pejabat Harraz. Dah dikuatkan hati supaya kuat menghadap Harraz.

Pintu bilik diketuk. Tanpa tuan dari dalam mengizinkan, Nurin masuk. Macam yang selalu dilakukan.

Buka je pintu, Nurin nampak Harraz dan Elfira. Kedudukan mereka agak rapat. Entah kenapa, hati Nurin rasa sakit tiba-tiba. Entah kenapa juga, terbayang kembali apa yang berlaku depan mata dulu sedangkan kedudukan mereka berdua tak mencurigakan.

Sorry kacau. Nampaknya saya masuk salah masa.” Dingin suara Nurin.

Tanpa dengar jawapan daripada Harraz mahupun Elfira, Nurin angkat kaki. Panas hati kalau lama-lama dalam bilik tu. Terima kasih je la kalau Harraz suruh dia tunggu. Baik dia buat kerja lain.

Nurin tak terus kembali ke tempatnya. Kaki melangkah tanpa tujuan. Mencari tempat untuk sejukkan hati.

“Nurin!” Dengar suara Harraz. Makin Nurin lajukan kaki.

“Nurin!” Kali ni Nurin rasa tangannya dipegang Harraz.

“Lepaslah!” marah betul Nurin. Lagi marah sebab Harraz berani pegang tangan dia.

“Okey.. sorry.” Harraz minta maaf. Tangan Nurin dilepaskan. Dia pun tak sedar bila masa dia pegang tangan Nurin. Yang dia tahu, dia nak Nurin berhenti.

Nurin tenangkan jiwa. Kenapa marah sangat ni? Astaghfirullahalazim! Nurin beristighfar dalam hati banyak-banyak. Amarah itu syaitan. Makin dia marah, makin syaitan suka.

“Encik kenapa nak jumpa saya?” soal Nurin. Suara berubah lembut. Tapi masih kedengaran beku di telinga Harraz.

Dia kenapa nak jumpa Nurin? Ikutkan hati, mahu je dijawabnya, sebab aku rindukan kau.

Harraz tak segera menjawab. Sebaliknya wajah masam Nurin itu ditenungnya. Rindunya dengan Nurin. Dekat tapi jauh. Dah tiga hari Nurin dingin dengannya. Hari ni, walau apa pun terjadi, dia nak jernihkan semuanya. Dia pun tak faham kenapa Nurin marah sangat dengannya.

 “Kenapa kau keluar bilik aku? Bukan ke aku nak jumpa kau tadi?”
Memang Harraz Naufal, soalan ditanya tak pernah dijawab dengan ayat penyata. Balik-balik dia juga ditanya.

Huh! Nurin mendengus geram. Nak suruh aku tengok dia dengan Elfira berdrama? Huh.. terima kasih je la!

“Encik kan ada tetamu. Saya taknak jadi pengganggu,” jawab Nurin. Muka makin masam.

Are you jealous, Nurin?”

Muka Nurin tiba-tiba merah. Entah kenapa, dia rasa malu. Harraz yang melihat ketawa. Tapi Nurin tetap comel bila muka merah dan marah macam tu. Kalaulah halal, mahu je dia usap pipi Nurin tu.

“Mana adalah!” nafi Nurin.

Harraz tak lagi menjawab. Cuma bibir menguntum senyuman. Sakit hati Nurin tengok. Rasa nak je tonyoh bibir merah lelaki itu. Biar senget sembilan puluh darjah!

Dalam hati Harraz bagaikan ada taman. Taman bunga, taman permainan, taman rama-rama dan segala jenis tamanlah. Entah kenapa dia rasa gembira. Dia yakin Nurin cemburu. Kenapa Nurin cemburu? Cemburu tanda sayang. Nurin sayang dia ke?

Kalau ya, mahu dia lompat sampai ke Pluto.

“Kalau tak jealous, kau tak sepatutnya keluar macam tu. It’s kind of rude,” tegur Harraz.

Kalau tak cemburu, aku biadab? Cis! Suka hati dia nak tuduh aku macam tu? Oh, aku biadab ya? Okey.. aku akan tunjukkan biadab tu macam mana.

Yes, I’m rude. So what? Problem, Harraz?” kata Nurin.

Terkejut Harraz yang dengar. Nurin panggil dia tanpa Encik di depan. Panggil bos dengan nama je, itu memang biadap. Dia tahu Nurin sengaja. Tapi Harraz tak rasa marah. Malah kedengaran sangat mesra bila Nurin panggil dia macam tu.

Nurin mahu angkat kaki. Makin lama dia berduaan dengan Harraz, makin sakit hati.

“Ada aku izinkan kau pergi?” Harraz letak tangannya ke dinding. Menghalang Nurin dari melangkah.

Hmmm?” Satu tangan lagi diletakkan di dinding juga. Kini Nurin terperangkap di antara Harraz dan dinding.

Dada Nurin terus berdebar kencang. Sangat tak menduga tindakan gila Harraz. Nurin mendongakkan kepalanya memandang Harraz. Cuma beberapa inci. Gulp! Nurin telan liur. Kiri kanan Nurin pandang. Sunyi. Baru perasan mereka berada di lalulan ke tandas. Memang sini sunyi.

“En.. encik nak buat apa ni?” tergagap-gagap suara Nurin.

“Kau rasa?” Soalan Harraz makin menakutkan Nurin. Nurin telan liur lagi. Kalau Harraz berani kurang ajar dengan dia, memang dia nekad akan naikkan lutut ke celah kelengkang Harraz. Biar mati pucuk sekali pun, dia peduli apa?

“Ni balasannya sebab kau tak ikut arahan aku. Sekarang ni, baik kau ikut aku. Or else, I’ll kiss your lips.” Mata Harraz tepat pada bibir basah Nurin. “They look luscious.”

Nurin tergamam mendengarnya. Arghh… mamat ni memang gila! Baru je Nurin nak balas, Harraz kembali bersuara.

“Jangan cabar aku, Nurin. Sekarang ni, once I make a move, we’ll be kissing. Bila dah dapat, aku memang takkan lepaskan. Hobi aku memang cium perempuan.”

Terus tak jadi Nurin nak membantah.

“Okey.. I’ll follow you. Tapi, tolong duduk jauh-jauh dari saya!” Nurin mengalah.

Harraz menjarakkan wajahnya. Senyuman puas terukir. Gertak baru nak jalan. Tahu pun takut. Mana mungkin dia berani berkurang ajar dengan Nurin. Dia takkan lakukan apa yang dinyatakan tadi. Tidak selagi Nurin belum sah dengannya.

    -----------------

Harraz lebih selesa diam sambil memerhatikan tingkah Nurin. Nurin sekarang macam kucing nak beranak. Nampak resah. Dia tahu kenapa. Mesti Nurin tak selesa dan tak sabar untuk cepat-cepat keluar dari biliknya.

Nurin angkat muka. Tepat menusuk ke dalam mata cantik Harraz. Jantung kembali tak normal. Kenapa nampak pandangan Harraz lain macam kali ni?

Err.. Encik nak suruh saya duduk sini sampai besok ke? Sebab Encik nak tenung saya macam ni? Kalau Encik nak tenung saya macam ni, baik encik cakap awal-awal. Saya boleh bagi gambar passport zaman tadika saya dulu kat encik. Encik boleh tenung sampai Subuh lusa sekali pun.” Geram Nurin berkata.

Harraz ketawa. Ada je akal Nurin nak kenakan dia.

“Kau marah aku ke, Nurin?” soal Harraz.

“Buat apa saya nak marah Encik? Encik ada salah dengan saya ke? Salah apa?” bidas Nurin balik.

“Aku tahu kau marah pasal aku tipu kau dulu, kan? Sebab aku bawa kau jumpa Farhan dulu.”

Nurin diam. Tahu pun! Malas la nak ingat balik. Buat sakit hati. Kembali sedih bila kenangkan Harraz yang sanggup menghantarnya untuk dilamar lelaki lain.

“Kau.. terima Farhan ke?” soal Harraz.

Dada kembali berdebar. Kalau Nurin terima, sanggup ke dia terima kenyataan? Maksudnya  tak lama lagi  Nurin akan jadi sepupunya. Mampu ke dia anggap Nurin sebagai sepupu?

“Mestilah terima. Dah orang lamar. Farhan pun baik, handsome pulak tu. Perempuan mana nak tolak?” jawab Nurin geram.

Harraz terdiam. Kecewa kerana dia sangka Nurin betul-betul serius. Dia cuba berlagak tenang. Kononnya tak terkesan dengan berita itu.

“Oh, kalau macam tu, congratulation. Kita nanti akan jadi sepupu.” Dikawal suara supaya tak nampak terkesan sangat.

Sepupu hotak dia! Nurin yang dengar jadi sakit hati. Rasa nak je hempuk kepala Harraz dengan fail tebal atas meja ni. Biar kurang dua inci panjang leher dia tu! Harraz macam takde perasaan. Harraz memang suka dia dengan Farhan. Memang betullah Harraz takde perasaan padanya pun. Hubungan mereka berdua tak lebih dari seorang kawan. Macam dia dan Farhan.

“Saya tak terima la. Ingat saya ni apa? Lagi pun saya tak cintakan dia. Takkan sesenang tu saya nak terima lamaran lelaki. Lainlah kalau saya pun cintakan Farhan,” kata Nurin lagi.

Gembira! Tiba-tiba rasa sangat bahagia. Hampir je dia tersengih kalau dia tak kawal saraf mulut tadi. Harraz berdehem. Cuba menenteramkan jiwa yang rasa macam nak melompat kijang sekarang ni.

Peluang dirasakan kembali terbuka. Fuh.. nasib baik Nurin tolak! Bersimpati dia dengan Farhan. Tapi, dia tak boleh tipu yang dia rasa sangat bersyukur.

“La.. kau tak suka Farhan ke?”

“Saya suka dia. Tapi saya tak cintakan dia. Perasaan tak boleh dipaksa. Buat masa sekarang, saya tak cintakan dia. Tapi kalau dia berusaha, mungkin hati saya akan terima dia,” jawab Nurin.

Harraz kembali tak senang duduk. Sebelum Farhan bertindak lagi, dia kena cepat potong line. Kalau dia pun lamar Nurin macam Farhan, Nurin akan tolak dia juga ke?

“Kau nak suami yang macam mana? Manalah tahu aku boleh suruh Farhan jadi yang macam kau nak.” Pandai Harraz bercakap. Padahal untuk diri sendiri.

“Lelaki yang akan jaga saya. Terima kekurangan saya. Dan yang penting saya sayang dia dan dia pun sayang saya sangat-sangat.” Nurin fikir lagi. Apa lagi ya?

“Lagi.. dia kena jadi seorang imam yang hebat. Sebab dia adalah imam saya dan anak-anak saya nanti. Rupa tak penting. Yang penting hati dan akhlaknya. Dia tahu jaga maruah saya sebagai perempuan. Macam menjaga aurat saya sebab aurat saya hanya untuk dia.” Panjang lebar Nurin berkata.

“Bila saya ada masalah, dia akan selalu ada di sisi saya sebab dia hero saya. Yang penting, dia akan buatkan saya berasa selamat dengannya.”

Teliti Harraz mendengar. Oo.. macam tu ke yang Nurin cari?

Hmm… kalau macam tu, aku lepas tak nak jadi suami kau?” soal Harraz selamba.

Nurin ketawa. Harraz?

“Encik rasa?”

Sekarang ni Nurin rasa dia dah berjangkit dengan Harraz. Suka jawab soalan orang dengan soalan.

“Aku rasa aku lepas. Sebab, aku dah banyak kali selamatkan kau. Maksudnya, aku hero kau. Aku dah terlanjur tengok aurat kau dulu. Lelaki lain tak pernah kan? So maknanya memang aku la yang layak kahwin dengan kau, kan? Kau kahwin je la dengan aku, Nurin.”

Merah muka Nurin. Malu tiba-tiba. Baru teringat Harraz pernah lihat rambut dia dulu. Bukan lihat. Tapi TERlihat. Entah macam mana boleh terjadi walaupun dia tahu Harraz tak sengaja. Bukannya dia rela!

Gaya Harraz cakap macam dia dah tengok semua aurat Nurin. Kalau orang dengar, mesti salah sangka.

“Kalau aku ajak kau kahwin, kau nak kahwin dengan aku tak Nurin?” soal Harraz.

Laju jantung kedua-duanya rasa sekarang. Nurin apatah lagi. Dia tengok Harraz. Tak dapat diagak sama ada Harraz bergurau atau serius. Lamarankah ini? Akhirnya Nurin ketawa. Anggap Harraz bergurau. Feeling lebih-lebih karang, syok sendiri namanya. Ada jugak lepas ni dia jalan nampak bunga-bunga. Baik tersedar, sebelum tersungkur.

“Jangan nak bergurau la, Encik. Tak lawak. Encik lupa satu benda kut. Saya ni tak cantik dan tak seksi macam kekasih-kekasih jadian Encik tu. Saya tak layak untuk Encik,” jawab Nurin. Tahu hakikat itu. Oo.. sebab ni la kut Harraz tak pandang dia.

Harraz terdiam. Tiba-tiba memikirkan benda yang sama. Dan aku, dengan perangai macam ni, layakkah untuk bergandingan dengan perempuan sebaik Nurin? Auch.. Auch.. Sebab ni ke Nurin takde perasaan langsung padanya?

“Saya ada banyak kerja nak dibuat ni. Saya keluar dulu, ya encik?”

Nurin bangun sebelum keluar dari bilik Harraz.

Saturday 16 August 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 25)

BAB 25

Pukul 7.45 malam, Harraz menjemput Nurin di rumahnya. Ketika tiba, dia disambut oleh abah dan umi Nurin. Harraz salam tangan abah Nurin. Pertama kali mereka bersua muka. Baru dia kenal rupa kawan baik daddynya itu.

“Baru pak cik kenal kamu sekarang. Kali terakhir pak cik tengok, kamu kecik lagi. Masa tu daddy kamu belum pindah ke New York.”

“Betul. Dah handsome dah sekarang ni. Berjaya macam ayahnya juga. Terima kasih ya, Harraz sebab sudi terima anak mak cik kerja kat tempat Harraz.” Kali ni Puan Norseha besuara.

Harraz senyum. Kalaulah mereka tahu apa yang dia dah buat pada Nurin, macam ni ke layanan mereka?

“Sama-sama, mak cik, pak cik. Nurin tu memang berbakat. Ikut apa yang saya suruh kat pejabat,” jawab Harraz jujur. Memang hakikat. Nurin buat muka, Nurin kenakan dia, itu belakang cerita. Apa-apa yang ditugaskan kepadanya, Nurin pasti akan bereskan juga.

“Takdelah risau sangat pak cik kalau Nurin kerja dengan Harraz. Sekurang-kurangnya pak cik dah kenal kamu dan ayah kamu.”

Encik Sufian rasa lega. Begitu juga dengan Puan Norseha. Bila tengok Harraz, takde la pulak nampak jahat. Tak macam yang Nurin cerita dulu. Mungkin hubungan mereka dah baik kut. Yalah.. tengok la sekarang. Sudi pula Harraz nak jemput Nurin malam ni. Takdelah mereka risau Nurin yang balik lewat malam nanti.

“Haa.. tu Nurin dah datang,” kata Puan Norseha bila melihat Nurin yang baru keluar rumah. Ditangannya tengah pegang kasut tumit tinggi berwarna hitam. Kemudian dia nampak Nurin terbongkok-bongkok untuk memakai kasut itu.

Cantik betul anak daranya malam ni. Susah nak tengok Nurin cantik-cantik macam ni kalau bukan nak ke majlis penting. Selalunya bila ada majlis makan malam je Nurin akan berhias cantik macam ni.

Sorry lama tunggu.” Nurin minta maaf. Dahlah orang datang jemput. Lambat pulak tu.

Dari hujung kepala ke hujung kaki Harraz pandang Nurin. Nurin ke ni? Nurin nampak lain malam ni. Imej yang tak pernah dia nampak bila Nurin ke pejabat. Sangat berbeza Nurin bila ke majlis penting. Mengingatkan dia tentang malam di Palace of The Golden Horses dulu. Cantik. Harraz mengakuinya dalam hati. Baru sekarang dia perasan yang Nurin cantik.

“Kami pergi dulu, mak cik, pak cik.” Harraz minta diri. Tangan Encik Sufian disalam sekali lagi.

“Ayong pergi dulu, umi, abah.” Nurin salam tangan orang tuanya.

“Yalah.. jaga diri tu. Harraz, hati-hati drive.” Sempat Puan Norseha berpesan. Mata menghantar mereka berdua ke kereta Harraz.

   ---------------

“Harraz dan Nurin. Akhirnya datang juga you berdua. Dah lama I tunggu.” Datuk Khalil menegur mereka. Tangan dihulurkan kepada Harraz.

Harraz menyambut huluran tangan Datuk Khalil. Bila tangan itu berubah pada Nurin, dia nampak muka Nurin serba-salah. Dia memang tahu Nurin tak pernah terima salam lelaki. Sangat menjaga batasan antara lelaki perempuan. Pasti Nurin nak menolakknya, tapi takut menyinggung hati Datuk Khalil.

Sorry, Datuk. Nurin tak salam dengan lelaki.” Harraz berkata.

Muka Datuk Khalil nampak sedikit terkejut.

“Oh, ya ke? Sorry, I tak tahu.” Datuk Khalil menarik balik tangannya.

Nurin ternyata terkejut dengan kata-kata Harraz. Dia baru je nak tolak tangan Datuk Khalil sebelum Harraz bersuara lagi. Nurin senyum pada Datuk Khalil. Nasib baik tak nampak riak tersinggung pada wajah lelaki itu.

Tapi, bagus juga kalau Harraz yang cakap. Pastinya kesannya lain antara dia yang cakap dengan Harraz yang cakap. Sebab Harraz orang berstatus tinggi. Pasti disegani ramai dan kata-katanya sentiasa betul. Apalah sangat dengan orang biasa macam dia?

Ayat yang sama, kalau diungkap oleh dua manusia yang berbeza status, pasti kesannya berbeza. Itulah dunia.

Dalam hati dia berterima kasih pada Harraz.

“You cantik malam ni, Nurin. Berbeza dengan kali pertama kita jumpa dulu. Nyaris-nyaris I tak kenal you,” puji Datuk Khalil. Nurin dipandang dari atas sampai bawah.

Hai.. lain macam je bunyinya! Kurang senang, tapi senyuman masih terukir di bibir Nurin. Dia tak suka bila mata tua Datuk Khalil pandang dia macam tu. Macam nak makan dia pun ada. Geli pun ada!

Huh! Nasib baik Datuk! Nurin buat tak kisah.

“Terima kasih, Datuk.” Nurin senyum plastik lagi. Takkanlah nak tunjuk depan-depan yang dia tak suka. Silap-silap kena halau balik. Dia ke sini bawa nama Harraz Holdings. Air muka Harraz kena jaga juga.

Thanks for inviting us, Datuk. We appreciate it,” kata Harraz pula.

“Mestilah I jemput. Sebab I pun nak jumpa Cik Nurin kita yang cantik ni.”

Nurin tak tahu la kalau Datuk Khalil bergurau ke apa, tapi dia tak suka. Ikutkan hati, nak je heret Harraz pergi jauh-jauh dari sini. Tapi dia lupa satu benda. Majlis ni majlis Datuk Khalil. Nak taknak, memang akan jumpa Datuk Khalil ni.

“Datuk, ada orang panggil you.” Harraz dapat akal bila nampak sesorang menggamit tangan ke arah mereka.

Oh, I’ve to go. Nanti ada masa, kita berborak lagi.”

Nurin lega bila Datuk Khalil akhirnya berlalu juga.

“Suka la kau kan sebab dapat perhatian Datuk? Lebar 360 darjah senyuman kau aku nampak?” sindir Harraz. Masam muka Harraz. Tak suka!

Tak tahu kenapa, dia tak suka bila dengar Datuk Khalil puji Nurin. Sakit betul hati bila tengok mata Datuk Khalil melihat Nurin tadi. Rasa nak cucuk je mata tu biar buta. Ikutkan hati tadi, nak je tarik tangan Nurin pergi jauh-jauh.

“Mana adalah. Saya tak suka. Tapi saya nak buat apa lagi? Takkanlah saya nak marah dia pulak? Nanti encik juga yang marah saya.” Nurin membela diri. Tak suka bila Harraz tuduh dia macam tu.

“Yalah tu. Padahal hati suka,” sinis Harraz lagi. Menyampah betul tengok senyuman Nurin pada Datuk Khalil tadi.

“Dahlah. Aku nak jumpa kawan-kawan aku.”

Harraz tinggalkan Nurin sorang-sorang.

    -------------

Geram betul Nurin. Tak sampai sepuluh minit majlis berjalan, Harraz tinggalkan dia lepas bertikam lidah tadi. Dan sekarang, Nurin rasa nak menangis sebab tiada siapa yang dia kenal dalam majlis ni.

Don’t worry, you have me konon! Pergi blah la! Bercakap je reti. Hari tu bukan main Harraz pujuk nak suruh dia pergi ke majlis ni. Sebab percayakan Harraz punya pasal, yang taknak pergi pun jadi pergi. Dan sekarang, hidung mancung Harraz pun tak nampak kat mana.

Majlis tari-menari bermula. Nurin ambil keputusan untuk duduk di satu meja. Cuma dia seorang di situ. Sebab ramai pasangan yang memilih untuk menari di bawah alunan musik sentimental itu.

Huh! Sebal betul rasa hati. Menyampah tengok setiap pasangan yang menari. Berpeluk-pelukan. Romantik sangat la tu? Duniawi je semua ni. Majlis ni memang tak ngam dengan jiwa dia. Hai.. macam manalah aku boleh tersesat masuk sini?

Dunia yang penuh keasyikan. Tua, muda, semua sama. Kalau tak kuat iman, memang boleh terpengaruh. Bila peluk-memeluk menjadi perkara biasa. Kalau orang pejabat agama tengok ni, mengucap habis semua.

Nasib baiklah tiada yang ajak dia menari. Kalau tak, memang dah bagi makan heels dia ni dah. Gila ke apa ajak aku yang bertudung ni menari? Tanpa sedar, tudung menjadi penyelamatnya. Tudung di kepalanya membuatkan semua lelaki tak berani untuk mempelawanya. Tak laku di mata lelaki tak apa. Asalkan laku untuk menerima reda Allah.

“Harraz mana?” Datuk Khalil menegur Nurin yang sedang duduk itu.

Nurin terkejut. Tapi tetap senyum dulu. Alahai.. kenapalah Datuk ni datang sini? Dahlah cuma dia sendirian.

Perut oh perut, sakitlah kau sekarang! Supaya senang aku nak lari. Datuk Khalil dah duduk semeja dengannya. Nak taknak, terpaksalah melayan.

“Entah. Tadi dia cakap nak jumpa kawan-kawan dia,” jawab Nurin. Itu cerita setengah jam lepas. Sekarang ni melingkup pergi mana entah. Entah-entah turut sama terjebak kat tengah dewan tu.

“You tak menari ke, Nurin?”

Hai.. Datuk ni, tak tahu ke buat-buat tak tahu? Aku ni nak sentuh tangan dia pun tak. Inikan pula nak bagi lelaki sentuh tempat lain? Pelempang la makannya nanti.

Hmm.. not interested. Saya memang tak suka benda-benda macam ni,” jawab Nurin jujur. Kadang-kadang dia kena tegas.

“You takut tunang you marah ya?”

Tunang? Nurin blur kejap. Namun baru teringat pasal ‘tunang’ yang Harraz cakap dulu.

“A’aa.. sebab tunang.” Senang Nurin jawab. Menidakkan karang, macam-macam yang bakal ditanya. Baik iyakan je.

Kalau dengan tunang saya pun, jangan haraplah dapat peluk-peluk macam tu. Itu namanya mintak nak kaki! Sekali pun tunang, tak mungkin akan berlaku.

“Dah lama ke you bertunang, Nurin?”

Arghh… sudah! Dah dibangkitkan pasal tunang tak wujud dia pulak. Nak goreng apa ni?

Err.. lama la juga. Nak dekat setahun dah.” Nurin layankan juga.

Oo.. bila cadang nak kahwin?”

“Entahlah. Dah sampai seru nanti, kahwinlah.” Senang Nurin jawab.

“Untungnya tunang you, Nurin. You dahlah cantik, bijak, menarik pulak tu. Kenapa dia nak lambat-lambatkan majlis? Kalau I la, I akan cepatkan sebab takut you kena kebas dengan orang.”

Nurin cuma mampu senyum. Tak ikhlas langsung rasanya. Kenapalah Datuk ni suka cakap macam ni dengan dia? Huh! Geli ketiak aku dengar. Bilalah Datuk ni nak pergi?

“Takpe.. janji saya setia.” Cewah! Macam betul-betul aku ni tunang orang. Haha. Nak tergelak Nurin rasa.

“You tunang dengan siapa Nurin?”

Tuh dia! Aku tunang dengan siapa? Siapa tunang aku? Nak goreng apa ni? Mata melilau sekeliling dewan. Mana Harraz? Cis! Gara-gara cerita dongeng mamat tu la, tunang bunian dia ni wujud. Tengok sekarang ni! Kan dah payah nak karang cerita.

“Err.. Dengan lelaki, Datuk.” Nurin tak tahu nak jawab apa.

Datuk Khalil ketawa mendengar jawapan Nurin.

“I tahu la, Nurin. Mesti la dengan lelaki. Takkanlah you tunang dengan perempuan pulak. Siapa tunang you? Nama apa? Kerja apa?” Datuk Khalil tak mengalah. Ingin tahu bagaimana rupa lelaki yang dah berjaya pikat hati Nurin.

“Saya tak boleh cakap, Datuk. Saya memang taknak orang tahu siapa tunang saya. Tunang saya pun sama. Kami memang pelik sikit. Kalau kami kahwin nanti, kami akan ajak Datuk. Jangan risau,” jawab Nurin.

Makin lama makin mengarut. Sampai dah tahap kahwin ni! Konfiden je nak ajak pergi majlis. Kau nak kahwin dengan siapa, Nurin? Kalau la beberapa tahun lagi, Datuk Khalil tak jugak dapat-dapat kad undangan kahwin dia, nak cakap apa? Ah, bukan susah! Aku cakap je la, tunang saya dah mati, Datuk.  Tak pun, kami putus tunang, Datuk.

“Datuk tak menari ke?” Nurin main tanya. Sebab dia taknak isu tunang tak wujud dia ni berterusan.

“Tiada yang nak temankan. You nak menari dengan I ke?”

Gulp! Nurin rasa macam tertelan pasir. Aku bukan main bercerita pasal tunang bunian aku tadi, selamba hippo je dia ajak? Tak dengar ke tadi?

Nurin tak tahu nak buat apa. Cuma mampu senyum tak ikhlas. Ikutkan hati, nak je dihalau orang tua ni. Tak senang dengan pandangan Datuk Khalil sekarang ni. Macam nak makan dia pun ada.

Hmm.. kenapalah perempuan menarik macam you ni dah bertunang?”

Nurin nampak Datuk Khalil bagaikan merapatkan jarak mereka. Dada Nurin berdebar laju. Takut apa yang ada dalam kepalanya jadi nyata. Janganlah Datuk Khalil buat benda pelik-pelik kat dia. Bila nampak tangan Datuk Khalil bergerak untuk memegang pahanya, Nurin cepat-cepat bangun.

Err.. I have to go to rest room. Excuse me, Datuk.”

 Nurin cepat-cepat angkat kaki. Dia nak lari dari sini. Ke mana-manalah. Asalkan jauh dari Datuk Khalil sekarang ni. Dia takut kalau lama lagi dia berdua dengan Datuk Khalil, sabar dia habis. Macam-macam boleh jadi.

Laju kaki melangkah keluar dewan. Rasa macam diekori orang. Nurin rasa takut tiba-tiba. Baru perasan tempat tu sunyi. Kalau jadi apa-apa, jerit pun belum tentu orang dengar.

Bau Harraz!

“Nurin!” Suara Harraz.

Nurin berpaling. Lega. Betul-betul Harraz di depannya. Harraz ke yang ikut dia tadi?

“Encik Harraz. Lega saya.” Nurin pegang dadanya. Degupan dada dah agak menurun.

“Kau pucat kenapa? Kena kejar hantu?” soal Harraz balik. Muka Nurin nampak sangat lega. Seperti takutkan sesuatu tadi.

“Encik Harraz, saya takut.”

“Takutkan apa?”

Nurin tak tahu nak ceritakan atau tak. Kalau dia cerita, dia takut Harraz tak percaya dan tuduh dia macam-macam. Yalah.. tengok tadi la. Tak pasal-pasal bertikam lidah mereka berdua. Percaya ke Harraz kalau dia cakap Datuk Khalil cuba mengambil kesempatan terhadapnya tadi? Entah-entah Harraz cakap dia syok sendiri. Tak pernah-pernah dia rasa takut macam ni.

“Apa jadi, Nurin?” desak Harraz pula. Menanti Nurin bercerita walaupun mata dah jadi saksi tadi.

Dia tahu kenapa Nurin rasa takut. Dia nampak apa yang terjadi tadi. Datuk Khalil mesti dah lakukan sesuatu pada Nurin sampaikan Nurin lari ke sini. Dia tak nampak dengan jelas. Dia cuma nampak Datuk Khalil dan Nurin sedang bercakap. Kemudian dia nampak Datuk Khalil bagaikan cuba duduk rapat dengan Nurin. Hati jadi tak sedap tiba-tiba. Otak cakap kat kaki supaya cepat-cepat pergi ke arah mereka. Tapi, baru je dia nak mencelah, dia nampak Nurin cepat-cepat bangun dan berlari ke sini. Dan dia pun turut mengikut Nurin ke sini.

“Takde apa-apa jadi. Saya cuma takut encik tinggalkan saya,” bohong Nurin.

Biarlah jadi rahsia dia je. Harraz tak perlu tahu. Tak penting pun Harraz tahu. Apa yang Harraz boleh buat kalau dia tahu? Datuk Khalil orang penting. Kalau jadi apa-apa, sanggup ke dia bertanggungjawab nanti? Lain kali dia kena berhati-hati.

Are you sure, Nurin? Kau tak bohong, kan?” soal Harraz.

“Betullah. Buat apa saya nak bohong?” Nurin yakinkan Harraz.

Harraz pandang Nurin lama-lama. Dia tahu Nurin berbohong dengannya. Pasti Nurin ada sebab kenapa dia tak jelaskan perkara sebenar pada Harraz.

“Kalau macam tu, jomlah masuk dewan balik,” ajak Harraz.

Masuk balik? Nanti jumpa Datuk Khalil lagi. Lepas tu entah apa yang dia cuba buat lagi. Nurin berat hati untuk masuk balik.

Don’t worry. You have me, Nurin,” pujuk Harraz. Bagaikan tahu Nurin yang enggan. Salahnya juga sebab tinggalkan Nurin sorang-sorang tadi. Dia takkan izinkan apa-apa berlaku pada Nurin.

“Encik takkan tinggalkan saya sorang-sorang lagi, kan?” Nurin minta kepastian. Dia taknak ditinggalkan sendirian lagi. Dengan Harraz, sekurang-kurangnya dia rasa selamat. Sekurang-kurangnya Harraz tak pernah berkurang ajar dengannya walaupun lelaki itu kaki perempuan.

“Ya, aku takkan tinggalkan kau sorang-sorang. Jom.”

     -------------

Majlis tari-menari masih berlangsung. Boleh dikatakan semua orang menyertai tak kira tua atau muda. Yang tak telibat pula lebih selesa duduk di meja yang berada di bahagian tepi dewan. Termasuk juga Nurin dan Harraz.

Huh! Bilalah boleh balik ni? Bosanlah duduk dalam majlis yang tak kena dengan jiwa ni. Jadi apa-apa sekarang ni, rasanya semua mati tak sempat bertaubat. Astaghfirullah! Nauzubillah!

Dipandang Harraz di sebelah. Muka Harraz pun nampak bosan. Macam terpaksa berada kat sini je? Mata Harraz nampak tepat pada tengah dewan. Tempat di mana semua orang asyik dalam dunia mereka. Tempat kekasih yang kononnya nak berromantica de amour.

Lupa pulak yang Harraz pun tergolong sama. Jiwa lelaki nampak nak sangat berlari ke tengah dewan.

“Kenapa encik tak menari sekali?” soal Nurin.

Rasa macam ikat Harraz pun ada. Tapi, bagus juga. Sekurang-kurangnya dia selamatkan Harraz daripada buat dosa.

Harraz cuma geleng kepala. Kenapa dia tak menari sekali? Kalau dulu, pantang ada majlis-majlis macam ni, memang ramai yang akan menyerah diri untuk dipelawanya. Dan wanita yang menjadi pasangannya akan rasa sangat beruntung sebab dapat menari dengannya.

Tapi hari ni, Harraz tak rasa nak menari. Dia ada sebab. Dia fobia. Kalau dia cakap dia takut untuk sentuh perempuan sekarang ni, percaya ke Nurin? Semuanya berlaku ketika dalam penerbangan ke London dulu.

Biarlah hanya dia yang tahu. Banyak perkara aneh yang terjadi dulu. Tapi dia tak pernah cerita pada orang. Entah kenapa satu perkara terlintas dalam kepala. Semua ini amaran Tuhan. Mengingatkan semua tu, kadang-kadang Harraz jadi takut sendiri.

Just not in a good mood. Dah bosan dah.”

“Kenapa bosan pulak? Tengok sana, ramai kut perempuan yang tunggu Encik ajak.” Nurin tunjukkan ke arah satu sudut. Banyak mata gadis memandang ke arah mereka. Bukan seorang dua. Terpaut dengan raut tampan Harraz la tu. Yang dah ada pasangan pun ada jugak yang menoleh ke arah Harraz. Hmm… untunglah handsome!

Tapi takde pulak perempuan yang datang nak berkenalan dengan Harraz. Sebab dia ada sekali ke? Entah-entah semua orang ingat dia ni kekasih Harraz.

“Itulah yang buatkan aku bosan. Aku ni suka cabaran. Aku nak lain dari yang lain.”

“Pergilah ajak pokok,” jawab Nurin. Memang lain daripada yang lain.

Ewah... gaya nak suruh aku ajak pokok macam pokok tu kawan dia!

“Itu bukan lain. Itu gila namanya. Maksud aku, aku nak menari dengan orang yang refuse nak menari dengan aku. Kalau aku ajak dorang, konfem dorang setuju.”

“Siapa?” soal Nurin.

“Kaulah. Kau nak menari dengan aku tak kalau aku ajak?” Saja Harraz bertanya walaupun dah tahu jawapan Nurin.

“Itu pun gila namanya, Encik. Kang ada jugak yang menari kepala kat bawah!” jawab Nurin selamba.

Harraz ketawa. Kata-kata selamba dan berani Nurin kadang-kadang menggeletek hatinya.

“Kau tahu menari tak?”

Nurin diam.

“Tak tahu la tu. Oo.. kau ke yang menari kepala kat bawah tu?” Harraz ketawa. Seronok kenakan Nurin.

“Ya.. ya.. memang saya tak reti pun. Buat apa nak belajar? Bukannya praktik pun.” Masam Nurin menjawab. Benci betul dengan Harraz. Suka sangat pandang rendah padanya.

“Nanti aku ajar kau, nak?” usik Harraz.

Malas Nurin nak layan Harraz. Nak ajar aku konon. Tak mungkinlah. Melainkan kalau mereka berdua kahwin. Mereka berdua kahwin? Haha. Itu adalah benda paling kelakar.



--------------

SEKIAN DAHULU UNTUK NOVEL INI DI ALAM MAYA.. SETIAP PERMULAAN PASTI ADA PENGAKHIRAN. CEWAHH... BUT HONESTLY, I'M A BIT SAD. BERAKHIR SUDAH. TIADA LAGI ENTRY SAYA YANG BAKAL MENGGANGGU HARI2 ANDA. DAN DENGAN INI, BERMULALAH HABUK2 BERKUMPUL DAN LABAH2 BERSARANG DI BLOG INI. HEHE...

TERIMA KASIH ATAS SEMUA SOKONGAN. SANGAT TERHARU DAN BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKUR DAN MACAM-MACAM LAGILAH..

DOAKAN SEMOGA SAYA BERJAYA SIAPKAN MANUSKRIP NOVEL INI. DOAKAN JUGA SAYA BERJAYA DALAM APA2 YANG SAYA CEBURI TERMASUK CHOICE OF STUDY. YEAH.. HONESTLY IT'S HARD. TRY TO DENY, BUT SERIOUSLY IT'S HARD...

NEW NOVEL?? HMMM..... (PENDING).. LET ALLAH DECIDE IT..

TERIMA KASIH SEKALI LAGI. I LOVE YOU ALL.. 

WILL BE MISSING TO WRITE. SEKIAN..


LOTS OF LOVE:
ANJELL :)