Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 20 April 2018

Dheo's (BAB 20)


BAB 20

Dan setelah itu, tiada lagi Shahril. Bagaikan lelaki bernama Shahril itu tak pernah wujud. Dan lagi tragis, kad nama lelaki itu hilang entah ke mana. Tercicir entah bila. Tak perasan. Aku rasa aku dah simpan dalam dompetku. Entahlah.. ilusi aku kut! Tak pun tercicir ketika aku buka tutup dompetku.

Tiada rezeki. Terkilan juga kad nama itu hilang. Walaupun aku tahu belum tentu aku hubungi dia sekalipun aku ada kad itu. Tapi, manalah tahu kalau-kalau aku berubah fikiran? Teringin juga aku nak tahu kehidupanku ketika di London dulu. Kalau dia tak reka cerita la.

Hari-hari berlalu seperti biasa. Fokus untuk peperiksaan. Kadang-kadang belajar di rumah. Kadang-kadang Fahim ajak aku belajar bersama kawan-kawan lain di perpustakaan universiti.

Hari berganti hari, sedar tak sedar berlalu juga peperiksaanku. Dengan itu, secara rasminya lunturlah gelaran pelajarku. Macam tak percaya aku dah habis belajar. Rasa macam kejap aje tiga tahun aku belajar.

Gara-gara kemalanganku, aku terpaksa mula dari bawah. Bermula dari semester satu balik. Sebab itulah aku habis belajar lambat sikit. Ketika usiaku dua puluh empat tahun. Orang lain yang sebaya aku mungkin dah lama kerja.

Dan bila dah habis urusan peperiksaanku, tibalah masanya untuk aku kembali berkhidmat di Hotel La Prince. Hampir tiga minggu aku tak bertemu dengan semua staf, serius aku rindu.

Rindu dengan staf ke, rindu dengan bos? Suara hati berbisik.

Okey.. jujurlah! Bos dia pun aku rindu jugak. Malah boleh dikatakan tiap-tiap hari aku asyik teringat. Nasib baik tak masuk mimpi. Bila cakap pasal Dheo, bibir tiba-tiba menguntum senyuman.

Aku masih ingat lagi hari pertama kertas peperiksaanku. Hati rasa macam nak meletup. Gundah aku nak jawab kertas peperiksaan. Maklumlah.. nak duduk peperiksaan, manusia normal mesti rasa gugup, kan?

Lima belas minit sebelum dipanggil masuk ke dalam dewan peperiksaan, hanya doa yang mampu dibaca. Nota dah tolak ke tepi. Hanya kepala cuba mengingat apa-apa yang perlu. Sekarang ni memang kena banyak berdoa. Kalau ada orang bagi kata-kata semangat lagi bagus.

Dan tiba-tiba telefonku bergetar. Biasalah, nak masuk dewan peperiksaan, telefon kena tutup atau senyap. Ada notifikasi baru masuk. Memandangkan masih sempat, hati terlintas untuk membukanya. Notifikasi untuk WhatsApps.

Dheo Han.  Lagi berdebar jantung nak buka. Macam tak percaya, dia boleh muncul. Dia nak apa? Bukan dia masih berada di Sicily ke? Laju tangan tekan ‘Open’.

Best of luck for today. Be calm n don’t be nervous

Dia bagi kata-kata semangat. Dheo bagi kata-kata semangat untuk aku! Rasa nak berjoget aje kat situ. Dia macam tahu-tahu aje aku dah rasa nak terkucil dah sekarang ni. Padahal sebelah kaki pun belum jejak dewan peperiksaan.

Anehnya.. kurang sikit rasa gundahku setelah membaca kata-kata semangatnya itu. Hati sedikit tenang. Aura Dheo Han ke? Dia tak ada depan mata pun, tapi aku tetap rasa macam kata-kata itu diungkapkan sendiri olehnya. Dah boleh bayang wajah dia, mata dinginnya bila sedang bercakap.

Kena betul masanya. Tak awal sangat, tak lambat sangat. Macam tahu-tahu aku akan memeriksa telefonku. Macam mana dia boleh tahu peperiksaan aku hari tu? Dan lebih spesifik lagi, macam mana dia tahu pukul berapa?

Aku dah berhenti bertanya soalan itu pada diri sendiri. Sebab aku dah tak pelik bila dia tahu.

Well.. let’s just say.. He’s Dheo Han!

   ------------

Pagi-pagi lagi aku keluar rumah. Bersemangat untuk masuk kerja. Maklumlah.. dah rehat panjang. Jadi rasa teruja nak bekerja tu lain macam sikitlah. Apatah lagi boleh tatap muka Encik Bos hari ni. Haha.

Baru aje nak kunci pagar, aku dah nampak dah Audi putih Arrayan. Dia siap berdiri dan bersandar pada depan keretanya itu. Siap senyum segaris kepadaku. Nak seram ke nak apa ni kalau Arrayan senyum?

Hai, Nurissa! Long time no see.”

Agak lama jugalah tak jumpa dia. Sebab kebiasaannya masaku dihabiskan dengan Fahim.

Aku senyum kepadanya. Berjalan merapatinya.

Driver saya?” soalku.

Dia angguk dua kali.

“Mana Lucca?” soalku. Berkerut sedikit keningku. Pelik. Bukankah dia dah balik dari Sicily ke?

Auch.. I’m hurt, Nurissa. Rasa macam kehadiranku tak diperlukan di sini.” Dia pegang kawasan jantungnya.

Aku ketawa mendengarnya. Sejak bila jadi dramatis ni?

“Saya tanya aje. Biasanya dia yang selalu ambil saya.”

“Dia jadi driver Dheo hari ni. Dheo kena pergi tempat lain dulu. Sebab tu saya ambil awak hari ni,” jelas Arrayan.

“Sepatutnya tak payah pun tak apa. Saya boleh pergi sendiri,” kataku balik. Aku tak suka betul susahkan orang.

It’s okay. Dheo’s command.”

Bercakap tentang kesetian! Huh! Setia betul dia dengan Dheo.

Let’s go. Nanti jem,” ajak Arrayan.

Aku angguk. Nak cakap apa lagi kalau dah si driver terpacak di depan rumah dari awal lagi?

   ---------

“Rissa.. lamanya tak jumpa. Rindu!” Arin memelukku kuat-kuat bila kami berjumpa. Sekali tengok macam aku baru balik dari planet Marikh. Macam berkurun lamanya tak jumpa.

“Bagilah budak tu bernafas. Nak putus nyawa dah budak tu aku tengok.” Kak Fizah yang turut berada di situ menegur.

Terbantut seketika sesi jejak kasih kami. Aku dan Arin renggangkan pelukan. Baru perasan bilik itu ada orang lain juga.

“Rissa pun rindukan semua,” akuiku jujur.

“Rindu semua ke rindu Encik Han?” Arin mengusik. Siap cucuk-cucuk pinggangku.

Berbahang wajahku tiba-tiba.

“Eh, mestilah semua! Apa kaitannya dengan Encik Han?” Kalau pun aku rindu Dheo, gila aku nak mengaku?

“Eleh.. ya la tu! Mengaku aje la. Kita orang okey aje,” kata Arin lagi.

Aku pandang muka-muka yang ada di situ. Semua senyum-simpul. Kenapa semua macam tak kesah? Semua ingat aku dan Dheo ada apa-apa ke?

“Eh, memang betullah! Rissa rindu semua orang.” Bersungguh-sungguh aku yakinkan mereka. Memang betul pun. Aku rindukan semua orang. Dan semua orang tu termasuk Dheo.

Semua orang gelak lepas tu.

“Rissa ni comellah.” Kak Fizah geleng kepala.

“Dah.. jangan kacau dia. Kesian dia. Bagilah dia tukar uniform dulu,” sambung Kak Fizah lagi.

Lega bila lepas tu semua orang dah diam. Walaupun masih ada yang senyum simpul. Aku juga turut berlalu ke lokerku. Pintu loker dibuka lalu kuambil uniform coklat keperangan itu. Dah lama tak pakai.

Lepas tukar uniform, aku kembali keluar. Arin tengah bersembang dengan Ainul. Kak Fizah tengah tengok telefon dia. Entah apa yang dia tengok. Mesej dari suami agaknya. Itu yang senyum simpul.

Aku berjalan ke arah Arin dan Ainul yang sedang duduk di atas kerusi panjang itu. Mati sekejap perbualan mereka bila nampak aku. Aku melabuhkan punggungku di atas kerusi berdekatan. Masih ada beberapa minit lagi sebelum shif bermula.

“Seronok cuti lama, Rissa?” Ainul bertanya kepadaku.

“Biasa-biasa aje. Bukannya cuti pun. Otak penat berfikir. So tak rasa cuti.” Aku mengeluh. Ni kesan terlebih kafien masih terasa. Bahananya kalau dah tiap hari teguk nescafe.

“Tak apalah.. semua dah lepas. Boleh jawab exam tak?” tanya Arin pula.

Aku sengih.

“Jawabnya boleh. Betul ke tak tu, tak tahu la.”

“Mesti boleh punya. Rissa bijak. Untung Rissa boleh belajar tinggi-tinggi. Kita-kita semua ni, semua tak pandai. Belajar takat SPM aje banyak.” Kak Fizah yang tiba-tiba muncul menyampuk.

“Jangan cakap macam tu, kak. Rezeki masing-masing. Yang belajar tinggi pun belum tentu dapat kerja. Allah tak bagi pandai, Allah bagi benda lain. Rissa pun bukannya pandai,” balasku.

“Ni semasa Rissa cuti, ada apa-apa yang menarik terjadi ke?” Aku kembali bertanya. Teringin juga nak tahu berita terkini tentang hotel ini.

“Tak ada apa-apa pun. Sebab Encik Han pun pergi Itali. Oh, ya! Lepas dia balik dari Itali. Dia ada datang sini. Dia bagi ole-ole kat kami semua. Semua staf dapat.”

“Semua?” soalku. Inginkan kepastian. Baru nak puji Dheo sebab ingat semua pekerja.

Tapi lain pula yang Arin faham. Wajahnya seakan-akan baru teringatkan sesuatu.

“Haahlah.. hari tu bagi ngam-ngam untuk staf yang ada. Lupa pulak pasal Rissa.” Nampak Arin macam cuba perah ingatan.

“Ainul, hari tu ada orang simpankan ole-ole Encik Han untuk Rissa tak?” Arin tanya Ainul.

“Tak pasti la pulak aku. Muka semua masa tu happy sebab dapat ole-ole. Maklumlah.. bukan selalu dapat barang dari luar negara. Tapi rasa macam cukup-cukup untuk yang ada di situ,” jawab Arin.

Wajahku sedikit muram. Bukan sebab sedih tak dapat ole-ole dari Itali. Tapi sebab Dheo Han lupa aku. Rasa sedikit kecewa dan kecil hati dengannya.

“Jangan sedih pulak, Rissa. Entah-entah Encik Han nak bagi sendiri pada Rissa.” Suara Arin seakan-akan memujuk. Suaranya bersalutkan simpati. Dia simpati denganku. Lagilah aku rasa menangis dengannya.

Ya la tu Dheo nak bagi sendiri ole-ole tu kepadaku. Apa istimewanya aku? Dia memang dah lupakan aku kut. Aku pun bukannya penting sangat. Kalau aku dah tak kerja kat hotel ni pun, tak jadi kudis pun. Entah-entah orang pun tak ingat kat aku.

 “Tak apalah. Mungkin sebab Rissa bukan staf tetap sini. So buat apa dia nak membazir duit belikan untuk Rissa, kan?” kataku. Dah kenapa rasa suara macam orang merajuk?

Tak apalah kalau aku bukan sesiapa di sini. Tak apa juga kalau tak dapat ole-ole itu. Yang penting Dheo pergi dan balik dengan selamat. Itu pun aku dah bersyukur.

“Jangan cakap macam tu, Rissa. Semua staf sini sama aje. Tetap ke tak tetap ke, tetap bagi sumbangan untuk hotel ni. Encik Han mungkin terlepas pandang kut. Maklumlah.. Rissakan tak ada hari tu. Dia pula beli untuk beratus-ratus staf dia. Jadi mungkin ada tercicir di mana-mana,” celah Kak Fizah. Suara mak-mak yang macam bagi nasihat. Lembut dan memujuk.

“Betul tu, Rissa. Hari ni tak dapat. Mungkin esok lusa, Encik Han bagi benda lagi istimewa untuk Rissa? Rissa kan personal housekeeper dia. So mungkin lagi special.” Kini Ainul pula yang berkata. Cuba terapkan unsur positif dalam kepala aku.

Dah kenapa semua macam nak pujuk aku ni? Nampak aku merajuk ke? Serius aku dah tak rasa apa-apa dah walaupun tak dapat ole-ole dari Itali. Macam yang aku cakap tadi, Dheo dah pergi dan balik dengan selamat pun, aku dah bersyukur.

   ---------

Aku berjalan menuju ke penthouse Dheo. Lama tak menapak ke sini, semuanya masih sama. Masih sunyi mengalahkan tanah perkuburan malam jumaat. Sunyi lagi sepi. Maklumlah.. kawasan persendirian Dheo, semua orang dilarang masuk kecuali tetamu yang berdaftar.

Lama tak jumpa Dheo, dada rasa berdebar. Tak tahu kenapa. Malah aku masih tak faham kenapa jantung aku ni macam nak kena sawan tiap kali berdepan dengan Dheo. Belum lagi mata bertentang mata, jantung rasa nak berhenti terus.

Serius.. ini kali pertama impak lelaki sehebat itu untuk diriku. Sedangkan aku sebelum ini tak pernah rasa tertarik dengan lelaki. Bila lelaki datang dekat, aku rasa bagaikan tiada chemistry. Sudahnya, kalau tak kena soalan maut dengan ayah, mesti lari sebab Fahim. Patutlah Fahim dah arwah ayah dulu boleh geng.

Tiada siapa yang berjaya buatkan hati aku rasa aneh. Sehinggalah aku jumpa Dheo!

Kaki berhenti betul-betul di depan pintu kayu itu. Dada pula makin laju berdebar. Aku tenung pintu kayu itu macam nak kasi tembus. D.T.H. Dheo Tyler Han. Aku baru tahu sekarang.  Agak-agak, Dheo ada ke tak kat dalam? Aku naik lambat sikit hari ni. Kalau ikutkan, waktu pejabat dah bermula. Lagi pun, setahu aku dia tidur di rumah banglonya semalam.

Nafas dalam-dalam ditarik untuk menenangkan diri. Passwords ditekan dan kunci eletronik dimasukkan. Setelah isyarat pintu dibuka kunci kedengaran, baru aku tarik tombol pintunya untuk masuk ke dalam rumah.

Rumah sunyi. Betullah dia dah pergi kerja. Hela nafas panjang-panjang. Nak rasa lega atau kecewa sekarang ni?

Aku memerhatikan sekeliling rumahnya itu. Walaupun dah lama aku bercuti, susun atur perabotnya masih sama. Nampak bersih juga. Terfikir. Sepanjang aku bercuti, siapa yang datang kemaskan rumahnya?

Aku berlalu ke bilik tidurnya. Nak tukarkan cadar dan sarung bantal. Memang tiap-tiap minggu dia akan suruh aku tukarkan cadar dan sarung bantalnya. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam biliknya, mataku tertumpu pada satu beg kertas sederhana besar yang terletak betul-betul di tengah katilnya.

Geleng kepala. Nak cepat sangat agaknya sampai-sampai tak sempat nak simpan barangnya itu. Aku berjalan ke arah katil. Mahu menyimpan barang itu di tempat sepatutnya. Mana-manalah, janji bukan atas katil.

Bila kaki dah dekat, baru perasan sesuatu. Ada sesuatu tertampal pada beg kertas itu. Macam kad.

Nurissa Rose

Nama aku? Barang ni untuk aku? Dada tiba-tiba berdebar laju.

Tak semestinya, Nurissa! Entah-entah dalam ni ada baju dia atau seluar dia. Pastu siap dengan nota, ‘Tolong basuh. Handle with care, please!’. Tak pun tulis, ‘Tolong bawa pergi tailor.’ Siapa tahukan? Maklumlah.. akukan budak suruhan dia.

Lepas rasa harapan menggunung tadi dah sedikit menurun, aku buka isi beg kertas itu. Tiada baju. Tiada seluar. Yang ada hanyalah satu bebola kristal. Di dalamnya ada sekuntum bunga ros berwarna emas. Bila bebola kristal digoncangkan, nampak serbuk berwarna keemasan di dalamnya.

Cantiknya! Aku ni dahlah pantang nampak benda-benda cantik. Ni untuk aku ke? Hati antara dua. Tak tahu nak percaya atau tak. Aku ambil kad lantas membukanya. Tulisan tangan Dheo.

Don’t worry, I don’t forget you. 
           Rose is for Rose
                                                    D.H


Sengih. Itu reaksiku sebaik sahaja membacanya. Aku tahu ini adalah ole-olenya dari Sicily. Tiba-tiba rasa nak berjoget. Teringat balik apa yang Arin tadi. Tak sangka pula betul.

Aku tenung balik ole-ole itu. Comel sangat. Kena pula isinya adalah ukiran bunga ros. Pandai dia cari. Aku goncang lagi sekali bebola itu. Nampak kilauan emas terapung-apung. Senyum lagi.

Kemudian aku simpan balik ke dalam beg kertas itu. Dengan penuh cermat. Ole-ole itu harus ditolak ke tepi itu. Aku ada tugas untuk disiapkan. Tapi cukup dengan itu, mood kerja yang merudum jatuh sikit tadi dah kembali.

Dan sepanjang hari, aku bekerja dengan senyuman di bibir.

Wednesday 18 April 2018

Dheo's (BAB 19)


BAB 19

Dua hari berlalu, aku hanya duduk di rumah. Belajar apa-apa yang patut. Dan bila bosan, marathon movie. Tapi bosan juga bila asyik terperuk di dalam rumah. Dan bila Fahim ajak aku keluar, terus aku setuju.

Aku dan Fahim hanya keluar berdua. Fahim mengajakku untuk menonton wayang. Biasalah mamat tu, pantang ada cerita aksi baru nak keluar, mesti dialah orang pertama yang beratur. Dan selalunya akulah orang yang dia cari untuk dijadikan teman. Kali ini, dia ajak aku untuk menonton cerita Maze Runner: The Death Cure. Siri terakhir untuk Maze Runner.

Aku hanya memakai seluar jeans hitam dan blouse ungu. Selendang ungu muda dililitkan ke kepala. Kalau janji Fahim bukan janji Melayu, mungkin pukul sepuluh pagi dia dah siap menunggu di depan rumahku.

Betul-betul pukul sepuluh pagi, Fahim WhatsApp aku. Menyatakan yang dia dah tiba. Nasib baiklah aku dah siap. Fahim kalau dah berjanji memang tepat. Itu yang aku kagum dengannya.

“Hai, Bunga! Lama tak nampak kau. Rindu,” tegur Fahim sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

Aku sekadar membalas hai balik. Malas nak layan dia. Fahim segak dengan seluar jeans dan baju t-shirt polo berwarna hitam. Dia ni, kalau diam mesti nampak macho. Apatah lagi dengan tubuhnya yang lean muscular. Tapi, sekali mulut dia berbunyi, terus lari semua awek mengusyar. Belum lagi tengok tangan menyotong.

Tapi aku tetap terima dia seadanya. Selesa dengannya. Kalau orang yang lari daripadanya hanya kerana sifat dia yang macam tu, orang tu yang rugi. Sebab Fahim seorang kawan yang sangat baik. Dari semester satu sampailah sekarang, tak pernah dia tak tolong aku bila aku dalam kesusahan. Kebaikan dia mengalahkan kawan-kawan perempuan lain. Sebab tu aku selesa dengannya.

“Kita nak pergi mana?” soalku. Tali pinggang keledar dipakai.

“Mid Valley.”

“Kau ni.. pergilah tempat lain. Pergi kuliah lalu situ. Balik kuliah nampak itu. Bertahun-tahun, situlah tempat permainan budak-budak UM. Pergilah tempat lain,” bebelku tak puas hati.

Bosanlah asyik pergi Mid Valley. Tiga tahun aku belajar, mahu beratus kali aku pergi situ. Peta pun aku dah hafal dalam kepala. Entah-entah pak guard situ pun dah kenal aku.

“Ya, Tuan Puteri. Kalau macam tu Tuan Puteri nak pergi mana?” soal Fahim. Sempat sindir aku sedas.

Aku berfikir sejenak.

“Haa.. kita pergi OU nak? Lepas tu, boleh singgah IKEA. Dapat juga merasa makan meatball.” Aku memberi cadangan. Bayangkan rupa meatball IKEA pun dah kecur liur. Sedapnya!

Sure ke tak alergik meatball? Aku tak nak kena sula dengan Dheo Han.” Sekali lagi Fahim menyindir.

Aku mencebik. Menyesal aku cerita kat dia dulu. Tak pasal-pasal dia marah aku sebab cuai. Kesian aku kena marah dengan Fahim hari tu. Nasib baik dia minta maaf balik. Sayang juga dia kat aku ya? Haha.

“Yalah.. aku alergi udang aje.” Juling mata ke atas. Aku dah tahu macam mana tindak balas alergiku dengan udang. Takkanlah aku bodoh nak makan udang lagi?

“Okey.. apa-apa demimu, bos. Saya yang menurut perintah. Jom kita ke OU.” Dia tabik hormat. Sindir aku lagi.

Kemudian gear ditukar. Memulakan perjalanan.

   ---------

“Sedihlah.. kenapa Newt mati?” Dari dalam panggung sampailah dah jalan keluar, itulah yang tak habis-habis Fahim bebelken.

Aku geleng kepala. Ni yang aku malas keluar tengok wayang dengan mamat ni. Review lepas tengok wayang dia tu, berjela-jela. Komen mengalahkan dia pengarah cerita tu.

“Biasalah.. dalam hidup ni, tak semua akan ada happy ending. Newt made a sacrifice. Kematian dia bukan yang sia-sia,” komenku.

Kalau ikutkan hati, tersentuh juga hatiku dengan persahabatan Thomas dan Newt dalam cerita itu. Dari mula mereka kenal sehinggalah ke hujung nyawanya, Newt selalu percayakan Thomas. Aku dapat rasakan nilai persahabatan yang diterapkan. Kira sampailah kepada penonton. Kalau tak, masakan aku dengar ada penonton teresak-esak menangis.

“Tapi aku kagum  dengan persahabatan mereka. Kira okeylah, hero tak mati.” Aku ketawa bila melihat jelingan tajam Fahim.

“Betul.. aku kagum dengan persahabatan mereka. Dan aku kagum dengan kesetiaan Newt ikut Thomas sampai dia mati. Berkorban demi sahabat.” Fahim juga berfikir benda yang sama.

“Kalau kau kat tempat Newt, kau sanggup tak berkorban untuk aku?” soalku berbaur gurauan.

“Mestilah sanggup. Kaukan kawan kesayangan aku.”

“Eleh.. ya lah tu! Entah-entah lepas dah habis belajar ni, ingat aku pun tak.” Aku tak percaya. Cebik bibir siap.

“Betullah.. tak percaya, tengok la nanti. Nanti kalau aku jadi macam Newt, kau jangan menangis pulak.”

Haish.. jangan cakap macam tu! Aku tak suka la kau cakap macam tu.” Suaraku bertukar serius. Tak suka!

“Rileks la, Bunga! Gurau aje la. Jangan risau. Apa yang nak jadi kat kita sampai kita nak macam tu?” jawab Fahim.

Betul jugak kata-kata dia.

“Pastu aku pulak? Apa aje yang aku boleh buat?” Fahim mencebik pada diri sendiri.

“Eh, kau banyak guna, Fahim! Kau boleh hiburkan aku. Besar peranan kau tu buatkan  aku gembira,” gurauku.

Fahim cuma ketawa mendengarnya.

“Dahagalah.. jom beli air!” ajakku bila lalu satu kiosk minuman. Kering pulak rasa tekak.

Kami berdua berjalan ke kiosk yang menjual beberapa jenis minuman itu. Mata melihat menu. Nak tengok apa yang sedap untuk hilangkan dahaga tekak. Fahim pula berada semeter di belakangku. Tengah tengok telefon dia. Katanya, dia tak nak. Maklumlah.. dah kenyang makan popcorn, minum pepsi masa wayang tadi.

“Hai, selamat datang, cik adik manis! Nak order apa?” soal pelayan lelaki itu kepadaku.

Hmm.. bagi saya chocolate ice blended satu.”

Aku buat bayaran sebelum menunggu minumanku disiapkan. Beberapa soalan ditanyakan kepadaku sementara menunggu. Ada yang aku jawab sekadar berbahasa. Dan bila rasa soalan yang agak peribadi, aku hanya senyum. Contohnya macam, “Awak dah ada boyfriend?”

Beberapa minit kemudian, satu cawan plastik sederhana besar dihulurkan kepadaku.

“Tahu tak apa beza awak dengan chocolate ice blended ni?”

Oh, jangan cakap dia nak bagi pick-up line kat aku pulak!

Err.. tak tahu?” Aku masih menjawab.

“Bezanya… manis-manis chocolate ice blended ni, manis lagi senyuman awak.”

Krikk.. krikk.. krikk…

Okey.. dia memang bagi pick-up line. Dan sekarang ni, apa aku nak jawab? Terima kasih? Senyum aje?

Pap!

Tak sempat bibir nak senyum, ada tangan menghentak kuat di atas kaunter di sebelahku. Terkejut sampai terangkat kedua-dua bahuku. Aku toleh sebelah. Fahim. Sebelah tangan atas kaunter, sebelah lagi pegang cermin mata besarnya itu. Mata mencerun ke arah lelaki itu. Garang.

“Kau tahu apa beza kau dengan kipas?” soal Fahim. Gaya macam gangster.

“Tak.. tak tahu bang.” Kira menjadi la gayanya sebab budak lelaki tu tergagap.

“Bezanya.. laju-laju kipas berpusing, laju lagi kepala kau berpusing aku lempang. Nak mengurat pun pandanglah kiri kanan.”

Muka budak tu macam dah hilang darah. Silap-silap kalau toreh, mahu orang ingat keturunan Mahsuri. Darah putih.

Sor.. sorry.. bang. Tak tahu!” Lelaki itu aku nampak macam dah nak terkencing dalam seluar aku tengok.

“Err.. sorry ya. Dia memang macam ni. Fahim, dahlah. Jom!” Aku heret baju Fahim.

Aku sempat dengar kawan-kawan lelaki itu gelak dan mengatakan itulah balasannya kalau dah mengurat kekasih orang. Salah orang nak bagi pick-up line.

“Kau ni kenapa? Nak terkencing budak tu aku tengok.” Aku marah Fahim bila kami dah jauh.

Fahim jongket sebelah bahu. Kembali kenakan cermin matanya. Fahim kalau dah buka cermin mata dia tu, memang nampak matang.

“Saja aje nak ajar budak tu. Dah tahu perempuan keluar dengan lelaki, janganlah berani nak ayat. Ni kalau pakwe orang lain ni, mesti dah bagi sebiji. Kira okeylah aku bagi pick-up line kat dia.” Fahim berkata. Sempat senyum sinis di hujungnya.

“Tengok.. aku pun ada aura jantan sebenarnya.” Fahim ketawa. Angkat kening beberapa kali ke arahku. Dah kembali ke Fahim yang aku kenal.

“Kau tu memang dah jantan, Fahim.” Juling mata ke atas.

Aku geleng kepala. Faham maksud Fahim sebenarnya.

“Lepas ni nak pergi mana?” soal Fahim.

“Aku nak pergi Popular. Nak cari buku la.”

“Jom.. aku pun nak cari komik! Tengah stres nak exam ni, baik baca komik sekali sekala,” jawab Fahim dengan riangnya. Dah kembali ke gaya asal.

   --------

Masuk aje kedai buku Popular, terus aku melangkah ke arah buku kategori English Fiction A-Z. Nak cari buku untuk bahan bacaan terbaru. Dah lama aku tak beli novel. Sekarang rasa macam nak membaca. Mungkin macam yang Fahim cakap, tengah stres nak exam, baik membaca sesuatu untuk hilangkan stres.

Cakap pasal Fahim, dia pun turut menghilang ke bahagian komik. Aku dah tahu dah komik apa yang bakal diambil Fahim nanti. Mesti Lawak Kampus. Fahim tu pengikut tetap siri komik Lawak Kampus itu. Kalau bukan Lawak Kampus, mesti komik lawak yang lain, yang boleh dibuat gelak bila baca. Kadang-kadang aku suka juga pinjam daripada dia.

Aku nak beli buku apa ya? Jodi Picoult ada keluarkan novel baru rasanya? Lantas aku mencari novel keluaran penulis Jodi Picoult itu. Baca buku dia kadang-kadang tangkap leleh. Dah lama aku tak baca buku yang sarat dengan emosi.

Mata khusyuk dilarikan dari satu buku ke satu buku. Melihat tajuknya. Gara-gara terlalu khusyuk, aku tak sedar yang bahuku terlanggar orang.

Auchh.. Sorry!” kataku laju. Takut jugak kena maki sebab memang dah salah aku.

Aku angkat kepala. Tak hairanlah kalau aku yang langgar tapi aku yang nak terbalik. Sebab yang aku langgar tu lelaki. Berkerut dahinya bila kena langgar.

Hanya seketika. Sebelum matanya membulat gara-gara terkejut. Bukan sikit. Sampaikan aku rasa macam dia kena sumpah. Wajahnya sarat dengan emosi.

“Nurissa?”

Aku terkaku. Dia sebut nama aku!

Lama aku pandang wajahnya. Cuba mengecam siapa. Tapi, tiada nama yang terlintas. Tapi.. wajahnya.. susuknya.. bagaikan pernah dilihat.

Oh my God! It’s really you!” Dia masih tak percaya. Aku ditenung dari atas sampai bawah.

“Kita.. kenal ke?” Aku ragu-ragu bertanya.

Of course. I’m Shahril. Kita sama-sama belajar di London dulu. Awak dah lupakan saya?” Dia tetap menjawabnya walaupun dengan dahi yang berkerut. Pasti pelik.

Nafas rasa tersekat tiba-tiba. Selama tiga tahun selepas aku sedar dari koma, hubunganku dengan London terputus terus. Aku tak pernah jumpa sesiapa yang kenal aku di London dulu. Seolah-olah kehidupan di London dulu bukan sebahagian daripada sejarah hidupku.

Sorry.. saya tak ingat apa-apa. Saya hilang ingatan lepas kemalangan.”

Wajahnya nampak terkejut.

“Awak tak ingat apa-apa yang jadi di London? Apa yang awak tahu ketika awak di London?

Aku geleng. Kosong.

Nothing at all?”  Dia meminta kepastian.

Aku angguk. Dia terdiam. Cuba menghadam maklumat itu agaknya.

I see. Patutlah awak menghilang. Rupanya awak kemalangan. Glad you are okay now.”

“Apa hubungan kita dulu?” Aku ingin tahu.

We used to be lovers.”

Meluas mataku mendengarnya. Terkejut.

“Macam mana saya tahu awak tak menipu?” Tiba-tiba aku jadi ragu dengannya.

Aku nampak dia capai dompetnya lalu dibukanya. Kemudian dia menyerahkan satu kad namanya kepadaku.

Take it. Di situ ada nombor telefon saya. I have to go now. But I’m really glad to see you, Nurissa. Bila awak rasa awak yakin, awak boleh contact saya melalui nombor itu. We can see each other again. For old time’s sake.”

Teragak-agak aku mengambilnya. Gayanya macam betul-betul tergesa. Sebaik sahaja tangan menyambut kad namanya itu, dia senyum segaris.

I really hope you will contact me in future, Nurissa. And for you to know, I miss you. And I still love you,” katanya sebelum dia berlalu.

Aku terkedu bila dia cakap macam tu. Terutama sekali bila bahagian ‘I stil love you’ itu. Melihat dia dengan selamba berkata sebegitu, dia mungkin seseorang yang penting dalam hidupku dulu. Adakah dia Encik Duri?

Kad nama di tangan ditenung. Shahril Azmir. Salah seorang staf di Kenyalang Enterprise. Ada nombor telefon disertakan. Seseorang dari masa silamku telah muncul. Semua ni pasti dah tersurat. Pasti ada hikmahnya.

“Siapa dia tu?” Suara Fahim buatkan aku tersedar ke alam nyata.

Fahim dah muncul di sebelahku. Langsung aku tak perasan. Di tangannya ada tiga buah komik yang dah dipilih. Wajahnya serius. Pasti dia nampak pertemuan aku dan Shahril itu.

“Aku tak kenal dia.”

“Habis tu kenapa dia datang dekat kau? Aku patut cepat tadi. Mamat tu pun patut merasa pick-up line aku!”

“Dia kata dia kenal aku. Kami kenal masa di London,” ceritaku. Tolak bahagian yang kami pernah bercinta.

“Kau percaya?”

Aku diam. Aku pun tak tahu. Hati antara dua.

I don’t trust him, Nurissa. He’s a bad news,” kata Fahim. Serius! Jarang dia panggil aku Nurissa.

“Macam mana kalau dia betul? Kalau dia kenal aku dulu? Inilah peluang kau untuk korek macam mana kehidupan aku dulu. Mana tahu aku dapat ingat?”

No, Nurissa! Aku tak rasa kau patut percayakan dia. You’re naïve and innocent. Kita tak tahu kalau dia sebenarnya menipu kau.” Bersungguh-sungguh Fahim membangkang.

Aku terdiam. Ragu-ragu aku itu memang dah lama wujud.

“Aku tahu. Aku pun tak adalah percayakan dia seratus peratus,” jawabku.

Sebab aku juga masih ingat kata-kata Dheo dulu.

“Suatu hari nanti, tak mustahil ada orang muncul dalam hidup awak, berkata dia adalah kawan awak. Padahal sebenarnya dia adalah musuh awak.”

Adakah masanya dah tiba? Adakah aku sedang melalui fasa itu? Kalau betul, aku harus ingat pesanan Dheo yang seterusnya.

“Selagi awak tak ingat, selagi itulah awak kena ragu dengan setiap status yang keluar dari mulut orang yang nyatakan dia kenal awak sebelum ni.”

Dan sebab itulah aku memilih untuk meraguinya sampailah aku betul-betul yakin.

I  might be looking innocent but I’m not stupid.