Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 2)

BAB 2

“Remember, Damia. Jangan cari pasal dengan Triumph Air. Kita betul-betul bergantung pada company tu. Kalau mereka tarik balik sponsor RM300 juta tu, boleh jatuh muflis kita. Ingat tu,” masih sempat Damia mengingat nasihat Cik Lucy, bosnya.

     Pertama kali datang ke syarikat gah penerbangan domestik dan international milik Triumph Air memang buat dia rasa kagum. Gila cantik. Mewah tahap tak ingat. Rasa macam bukan dok Malaysia je. Office tempat dia kerja pun, takde lah gempak cam ni.


Perabut mewah yang diatur cantik. Bilik pejabat pekerja yang selesa dan cantik. Semuanya membayangkan yang syarikat Triumph Air memang bukan calang-calang syarikat. Sudah pasti pemilik syarikat itu disegani ramai. Termasuklah syarikat tempatnya bekerja sekarang.

     Lamunan Damia terganggu apabila suara lunak gadis berskirt hitam merangkap setiausaha Tan Sri Tengku Ahmad Shah manyapanya.

     “Maaf lama menunggu. Cik Damia boleh masuk sekarang,” si setiausaha Tan Sri Tengku Ahmad Shah tersenyum manis.

     “Thanks,” ucap Damia. Senyuman diberi.

     Damia mengatur langkah ke bilik pemilik syarikat itu. Memang kedatangannya hari tu adalah sebagai wakil Raffi Holdings untuk mengucapkan terima kasih kepada Triumph Air. Kerana Triumph Air la mereka dapat meneruskan projek besar di Dubai. Arigato.. Tan Sri.

      “Assalamualaikum,” ucap Damia. Pintu kayu solid itu ditolak perlahan.

     “Shut up!” Damia terkedu mendengar suara keras itu. Damia angkat kepala.

     “You tak faham bahasa Melayu ke? I cakap, kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Faham tak?”

     Kedengaran suara 400 juta Volt sedang marah lagi. Bergegar rasanya bilik ni! Hendak luruh jantung Damia dibuatnya. Fuhh.. Nasib baik dia tengah call orang. Aku ingat dia marah aku. Tengah gaduh dengan awek la tu. Damia hanya melihat lelaki yang sedang membelakanginya sambil bercakap di telefon. Tak baik kacau. Tapi hati tertanya-tanya juga. Tan Sri ada skandal lain ke? Macam ni la kalau dah kaya. Tak cukup dengan yang ada kat rumah, nak jugak tambah cawangan lain. Hati Damia best mengutuk.

    “Jangan ganggu I lagi,” marah lelaki itu sebelum mematikan talian. Dia berpaling menghadap Damia. Buat seketika mata mereka bertentang sebelum Damia melarikan matanya. Senyuman manis dihulurkan.

     “Sorry lama tunggu..,”ucap lelaki itu. Senyuman versi pencair hati diberikan kepada Damia.

     “Tak.. takpe.”

    Atas bawah, atas bawah lelaki itu ditilik Damia. Wah, rambut macam kari tumpah sekilo. Kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai perak. Ewah-ewah,perak ori ya, bang?Erk, pakai subang macam lembu Tok Wan je aku tengok. Pemakaian seperti lelaki tapi pakai subang dan rantai? Hmm.. Status jantina diragui ni. Muda.. Dan…. handsome. Hansome tak handsome, memang aku blacklist la jadi laki aku ni.

    Eh, kejap! Ni Tan Sri ke? Mudanya.. biar betul. Dah lima minit Damia menghadap lelaki itu, baru dia perasan. Ke aku tersalah masuk bilik? Tolonglah jangan..

     “Tan Sri?”

     Lelaki tu gelak. Sakan nampak? Tak tahu apa yang lucu.

     “Am I looked too old sampai-sampai you nampak I macam daddy I?” soal Tengku Aaron. Lawak tak spontan perempuan di depannya itu buat dia rasa nak ketawa.

     Ek? Manala dia tahu, dah memang dia ada meeting dengan Tan Sri, takkan nak panggil orang lain?


    “Anyway.. I’m Aaron. Tengku Aaron Shah.” Tengku Aaron menghulurkan salam. Damia hanya mengangguk. Salam dengan lelaki? Heh! Kirim salam awal-awal la.

     Terangkat kedua-dua kening Tengku Aaron melihatnya. Perkara yang tak pernah berlaku sepanjang dia berkenalan dengan orang. Ooo.. Baru dia tahu! Wujud lagi rupanya perempuan yang tak salam dengan lelaki bukan muhrim. Tengku Aaron menarik balik tangannya. Malu sendiri Tengku Aaron.

     “Really sorry sebab tak cakap awal-awal yang I dah dua bulan ganti tempat daddy. Daddy I dah ditransfer ke SHAH Group.” Tengku Aaron membuka hikayatnya sekadar menutup malu. Damia hanya mendengar.

     “It’s okay..” jawab Damia senang. Ooo.. anak Tan Sri rupa-rupanya. Selamba badak air je dia cop Tan Sri. Tak pasal-pasal kurang pahalanya tadi sebab mengutuk Tan Sri. Agaknya tengah tersedak Tan Sri Tengku Ahmad sekarang.

     Kalau tadi Damia sakan meniliknya, sekarang gilirannya pula mengusha anak dara orang di depan matanya. Damia memakai baju kurung dan bertudung kelabu. Hmm.. boleh tahan cantiknya. Berwajah putih kemerah-merahan. Dagu dan bibir terbelahnya mesti memikat ramai lelaki. Tapi, nampak kolot je perempuan ni. Nyaris-nyaris terlepas di bibirnya satu soalan cepu mas, “Asal kampung mana?”

      Bukan taste aku tapi nampak senang nak ditundukkan. Dia tak tau kenapa, ada sesuatu yang menarik tentang Damia yang dia tak boleh nak didescribekan dengan kata-kata. Mungkin pelik dengan ‘spesis’ perempuan macam Damia yang disangkakan sudah pupus.

     “Damia..Damia Farisha. Civil engineer of Raffi Holdings.”

      Bermulalah sesi perkenalan..
     --------
Damia angkat muka. Dan ketika itulah Tengku Aaron sedang asyik merenungnya. Asal angkat muka, pasti bertentang mata dengan lelaki itu. Masuk kali ni dah tiga kali. Naik segan dibuatnya. Segan boleh dikira ampun lagi. Jangan sampai nanti dia perasan cantik dah la!

     “Kenapa Tengku tengok saya macam tu?” Damia ingin tau. Kot-kot la dia cantik sangat ke hari ni? Haa..kan dah perasan tu.

     Tengku Aaron senyum manis.

     “Kenapa? Nak tengok orang cantik pun tak boleh ke?”

     Cis, ayat! Confirm anak buah Don Juan ni. Damia buat bodoh. Umpama tidak terkesan langsung dengan ayat itu. Nak mengurat? Salah orang la, bro! Kasi tilik lu punya karat hairs dulu la brader..

     “You dah ada boyfriend?” berkerut dahi Tengku Aaron bertanya.

    Ek? Soalan jenis apa ni? Perlu ke tanya soalan macam tu? Hmm.. menarik soalan tu! Memang la dia tak de, tapi depan Mat Romeo kelas satu depannya ni, kenalah bukak hikayat panglipurlara sikit. Kumpul bohong sunat. Damia ingin mengangguk, tapi entah kenapa kepalanya terlebih jujur pula ingin menggeleng.

     “Wah, I ada can nampaknya.” Tengku Aaron kenyit mata.

     Eee.. gatal betul mamat ni! Damia cuba bersabar. Ikutkan hati mahu saja dilayangkan fail di tangan. Biar penyek rambut cacak dia tu!

     “Saya rasa discussion kita sampai sini kot untuk hari ni.” Fail di tangan ditutup. Damia bangun. Tawar hati nak layan anak raja gatal depan mata ni. Langsung tak selesa.

     “Wait, honey.. I tak habis bincang lagi..” Damia yang ingin berlalu terus terhenti apabila tangannya dipegang Tengku Aaron.

     Terus naik takat didih Damia. Kurang hajar! Dia paling benci apabila disentuh lelaki yang tiada hak ke atasnya. Kali ini dia betul-betul hilang sabar. Tangannya ditarik kasar. Dia ingat aku ni apa? Salah parking la bro kalau kau nak pegang perempuan! Terhambur keluar segala peluru marahnya.


“Apa ni, Tengku?! Main pegang tangan orang pulak. Ingat saya ni nenek Tengku ke?”marah Damia. Kali ini dia tak kira sekalipun anak Sultan Brunei di hadapannya. Hatinya betul-betul nak menggelegak. Apabila Damia mengamuk….

     “Aaron!!!”

    Baru saja Damia ingin Clorox Tengku Aaron kaw-kaw, pintu pejabat Tengku Aaron terbuka. Seorang wanita Cina menyerbu masuk dengan muka bengis macam harimau, wajah cantik seiras binatang itu. Diikuti oleh setiausaha Tengku Aaron. Damia tarik nafas, cuba tenangkan dirinya. Hish..potong line la perempuan ni! Damia geram kerana perempuan itu datang pada saat-saat yang tak tepat.

     "Sorry, Tengku. Saya dah halang tapi…,”

     “It’s okay, Mellisa. Awak boleh keluar.”

     “Aaron, you…,”

     “Shut up, Salmy Yang!”tengking Tengku Aaron lantang. Terus senyap perempuan itu. Bilik besar tu pun turut sepi. Hanya bunyi aircond yang kedengaran. Jangankan Salmy, Damia yang berada di sebelah Tengku Aaron lagilah terkedu kuasa dua! Mak oi… suara! Kalah suara uminya memekik. Garang giler!

     Dan sekarang, barulah Damia berasa betul-betul bersyukur Salmy menerjah sebentar tadi. Kalau tak, grenti tiga hari tiga malam dia trauma dengan suara 70juta Watt Tengku Aaron. Ngeri! Keberanian Damia dah naik flight entah ke mana. Dia betul-betul tidak berani pandang wajah serius maut Tengku Aaron. Nak bersuara apatah lagi.

     Muka Tengku Aaron betul-betul serius. Takut Damia memandangnya. Dah hilang dah ayat-ayatnya yang mengayat sebentar tadi. Gerun…

     “You nak apa lagi ni? Kan I dah cakap yang there is nothing more between us. It’s over. O.V.E.R!” kata Tengku Aaron. Suaranya rendah sikit daripada tadi. Sikit je la..

      “I sayang you, Aaron. I still love you. Faham tak? L.O.V.E,” balas Salmy. Sedikit merengek suaranya, buat Damia rasa sebal walaupun dia tak kenal Salmy.

     Damia hanya diam. Dalam hati menyimpan senyum. Dua orang ni, main eja-eja pulak. Tengah main Spell-It-Right ke? Adoii.. drama cinta apa pula yang sedang berlaku ni? Kenapa dia mesti wujud di tengah-tengah ni? Potong stim betulla!

     “I dah lupakan you, Salmy. I nak berubah. I will begin a new life. Lagipun.. I akan kahwin tak lama lagi.. I want to be the new Tengku Aaron Shah..”

    Damia masih mendengar. Oo.. dah nak kahwin rupanya. Tapi perangai masih menggatal dengan perempuan lain. Kesian sungguh bakal isteri Tengku Aaron ni. Tapi, takpe lah. Sekurang-kurangnya Damia sedikit lega. Bermaksud yang kata-katanya pada Damia sebentar tadi hanyalah satu gurauan. Fuh… Lega! Tapi.. memang salam takziahla pada perempuan yang jadi isteri lelaki tu.

     “…Meet my future wife, Damia Farisha.”

     “What?!” Suara Damia dan Salmy sama-sama naik. Sama-sama terkejut. Wei… melampau ni!

     “Cik..”

     Belum pun sempat Damia habis terkejut, terasa pinggangnya ditarik rapat ke dada Tengku Aaron. Bengang Damia dengannya. Macam kasi halal je tangan Tengku Aaron yang berada di pinggangnya. Melampau kuasa dua ni! Bila masa pula dia setuju nak kahwin ni? Baru sahaja Damia ingin mengamuk…

     “Try to loose yourself or you will lose this project?” kata Tengku Aaron rapat ke telinga Damia. Terus mati ayat Damia yang ingin menjelaskan perkara sebenar. Tangannya yang ingin menolak dada Tengu Aaron juga turut terhenti. Ugutankah ini?

     “No… It couldn’t be!” Salmy geleng kepala tanda tak percaya.

     “Up to you then. Tapi tu lah yang akan berlaku,” tegas Tengku Aaron.

     “You tipu, Aaron. She’s not your taste. Taste you tak buruk macam ni.”

    Berdesing telinga Damia mendengarnya. Amboi, sedari! Manis mulut berbicara, bahasa seindah pujangga nampak? Aku yang begini cun dibilangnya buruk? Mentang-mentang la aku pakai tudung, baju cukup kain. Dia tu yang sebenarnya tersesat dalam zon masa. Apa gaya praktik pakaian zaman Paleolitik ni? Setahu aku zaman tu je yang pakai baju dedah atas dedah bawah ni.

      Damia dah tak peduli dengan tangan Tengku Aaron yang selamba mendarat di pinggangnya. Yang penting, penghinaan Salmy mesti dibalas! Tak boleh dimaafkan ni!! Wajib balas!

     “Tapi… Aaron takkan pilih orang yang lebih buruk daripada I,” selamba Damia menjawab. Tapi, pedas tersirat. Puas hatinya!

     Berubah riak wajah Salmy. Tersenyum Tengku Aaron mendengarnya. Boleh tahan mulut perempuan ni.

     “You akan menyesal, Aaron!” marah Salmy sebelum keluar.

      Dengan langkah lenggang-lenggok macam orang baru dapat punggung je Damia lihat si Salmy keluar. Tak cukup dengan itu, dihempasnya pintu bilik. Nasib baik tak tercabut! Marah benar nampaknya.

      Damia menahan gelak dalam hati. Memang kena la nama Salmy dengan perangai dia yang sebenar. Salmiang..

7 comments:

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )