Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 18 March 2012

Eksperimen Cinta (BAB 31)

BAB 31

Bulu tangkis dipukul sekuat hati. Gaya ala-ala Lin Dan menghantar smash pun ada. Smash terakhir yang membawa mata penamat bila Adam gagal menyambutnya. Permainan tamat bila Tengku Aaron menang 21-17 di set penentuan.

     “Rehat jap..” Adam bagi isyarat.

     Tengku Aaron angguk. Dia melangkah ke tepi gelanggang diikuti oleh Adam. Memang boleh dikatakan tiap-tiap hari Sabtu dia akan bermain badminton dengan Adam kalau jadualnya dan Adam free. Tuala kecil yang berada dekat beg galasnya dicapai untuk mengelap peluh yang membasahi muka. Botol air mineral yang dibaling Adam disambut cantik dengan sebelah tangan.

     “Thanks,” ucap Tengku Aaron. Air mineral diteguk rakus. Mengganti balik semua air yang dah tersejat melalui peluh tadi.

     “Kau tak kesian ke tinggalkan Damia sorang-sorang kat rumah?” soal Adam tiba-tiba. Terus ketawa Tengku Aaron mendengarnya.

     “Dia dok rumah mak mentua aku la,” jawab Tengku Aaron.

     Memang kebiasaanya Damia ditinggalkan bersendirian di rumah mereka kalau tiap-tiap hari sabtu. Damia pun bukannya selalu ada di rumah. Asyik minta izin nak keluar dengan Suraya je. Pasti Damia bosan ya amat tinggal di rumah besar itu sendirian. Macamlah tenang kalau dia dan Damia duduk bersama. Dekat tiga meter pun dapat dirasakan aura Undertaker jumpa John Cena dalam gelanggang WWE.

     “Lupa pulak kau cakap yang Damia tinggal rumah mak ayah dia masa kau takde nanti.” Adam baru teringat kata-kata temannya beberapa hari lalu. Tengku Aaron akan berangkat ke Kanada esok hari dan isterinya diberi izin untuk tinggal bersama keluarga mentuanya.

     “Yala.. rumah tu kan besar. Takkan la aku nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah tu. Memang security ketat, tapi aku tak rasa Damia biasa nak tinggal sorang kat rumah tu. Seminggu pulak tu. Lagipun ni first time aku tinggalkan dia,” hujah Tengku Aaron.

     Dan sebab itulah dia lebih galakkan Damia untuk tinggal di rumah orang tuanya sepanjang ketiadaannya nanti. Memang rumah mereka itu lengkap dengan CCTV setiap penjuru. Pak Guard yang jaga pun dua orang. Tapi, dia bimbang kerana Damia perempuan. Mungkin ini kali pertama dia meninggalkan Damia, sebab itulah kot dia terlebih risau.

     “Wah.. Tengku Aaron tries to protect Damia.” Adam mengusik.

     “Aku dah kahwin dengan dia. Kalau jadi apa-apa, apa aku nak jawab kat mak bapak dia?” Tengku Aaron menafikan.

     “Sayang jugak kau kat Damia, ya?” giat Adam lagi.

     “Blah la kau..” Tengku Aaron malas nak layan usikan Adam itu. Air mineral diteguk rakus.

     “Dah dekat tiga bulan korang kahwin. Takkan tak terjadi apa-apa kot?” Adam sengih mengusik.

     Tersedak air yang melepasi tekak Tengku Aaron. Merah muka Tengku Aaron sebab terbatuk-batuk. Nasib baik air tak masuk paru-paru. Adam ni memang nak kena. Tanya soalan tak kena masa. Ada ke masa aku tengah minum air jugak dia tanya!

     “Jadi apa?” Tengku Aaron buat-buat tak faham. Tekakknya berdehem. Cuba mencari ton suara yang hampir hilang tadi.

     “Bila ikan di depan mata, kucing mana yang boleh bertahan?” Adam dah berkias-kias. Keningnya diangkat beberapa kali.

     “Kucing ni makan friskies la. Tak layan la ikan-ikan ni,” jawab Tengku Aaron dengan berlagaknya.

     Tengku Aaron mengeluh dalam diam. Tapi ada masanya dia rasa macam nak tewas oleh Damia. Damia tak pernah godanya tapi kenapa dia rasa macam gadis itu menggodanya? Gila betul! Hubungan sah antaranya dan Damia buatkan dia makin bimbang jika dia tak dapat kawal diri suatu hari nanti.

     “Mana la tau kot-kot bibit cinta dah mula ada.” Adam mengorek lagi.

     “Cinta?” tiba-tiba Tengku Aaron ketawa.

     “Dah lama aku tak dengar benda yang menyakitkan hati tu. Cinta already dead after Seri went.” Suara Tengku Aaron seakan-akan berdendam. Terus terbayang peristiwa yang memang nak dilupakan seumur hidup itu.

     Adam geleng kepala kesal. Harulah kawan aku sorang ni. Hati beku macam terperangkap kat kutub utara. Rasa nak je disumbatnya bulu tangkis di tangan dalam mulut Tengku Aaron. Aaron.. Aaron.. bila dendam kau nak padam ni?

     Tengku Aaron pejam mata sekejap. Memori lama datang lagi…

     “Aku rindu dia…” luah Tengku Aaron tiba-tiba. Adam yang mendengar turut terdiam. Mengerti rasa hati sahabatnya itu.

     “Dia dah lama tiada, Aaron. Dah dua tahun dia tinggalkan kita.” Tengku Aaron bagaikan tidak mendengar kata-kata Adam itu. Katakanlah apa-apa pun. Hakikatnya dia sangat merindui gadis itu.

     “Kalau bukan sebab aku, mesti dia ada lagi sekarang ni, kan?” suara Tengku Aaron bagaikan sebak.

     “Dahlah, Aaron. Kau kena berhenti salahkan diri sendiri. Dah ditakdirkan Anith meninggal malam tu,” kata Adam lagi.

     Adam turut sedih dengan kematian Anith. Dah dua tahun kejadian itu terjadi. Dia sendiri pun tak dapat lupakan gadis itu. Sayangnya.. ketika gadis itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sudah hampir sebulan berada di Malaysia sebab studynya memang habis terlebih awal daripada Tengku Aaron.

     “Dan kalau bukan sebab dua ekor tu, aku takkan jadi macam ni. Anith pun takkan mati.”

     Adam diam. Tahu dua ekor yang dimaksudkan Tengku Aaron ialah Tengku Andrean dan Seri. Dan kenyataannya, dia turut rasa marah dengan mereka. Tapi, marahnya cuma sekejap. Sebab memang bukan salah mereka berdua yang jodohnya dah ditetapkan. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Tiada siapa yang harus dipersalahkan sebab semuanya memang dah tersurat.

     “Jangan kau sakitkan hati kau, Aaron. Mereka dah kahwin. Dah nak dapat anak pun. Kau pun dah ada isteri.”

     Tengku Aaron mengeluh. Memang ada isteri, tapi macam takde isteri. Rasa hambar.. tawar sekali rasa perkahwinan ini. Jadi, apa yang seronoknya sebuah perkahwinan?

     “Damia?”

     “Ya la.. Damia. Kenapa? Kau ada berapa orang isteri?” soal Adam. Tengku Aaron ketawa lucu.

     “Sorang pun dah buat aku pening kepala. Kenapa dengan dia?” soal Tengku Aaron balik.

     “Aku nampak Anith dalam dia.”

     Tengku Aaron tergamam. Dipandang Adam bagaikan tak percaya. Adam pun nampak? Maksudnya bukan dia seorang yang rasakan benda yang sama. Damia macam Anith. Segala-galanya. Cara bercakap, main hentam je. Kalau bersalah, tak segan minta maaf. Bila disuruh buat sesuatu, buat juga walau sering merungut. Selalu ceria. Yang menjadi beza adalah Damia bertudung. Dan Damia agak tegas orangnya. Degilnya boleh tahan. Sedangkan Anith, terlalu lemah-lembut. Marahkannya pun tak pernah.

     “Jangan nak mengarut la. Anith is Anith. Jauh macam langit dengan bumi. Damia takkan jadi Anith la,” sangkal Tengku Aaron.

     “And Damia is Damia. Dia ada istimewanya sendiri. Yang kau takkan jumpa pada perempuan lain. Even pada Anith dan Seri,” kata Adam.

     “Jangan nak sebut nama perempuan tak guna tu boleh tak?” Mendengar nama Seri, Tengku Aaron naik angin.

     Adam geleng kepala. Pantang dengar nama Seri, pasti meletup kawannya itu. Nama itu memang diharam terus dari muncul dibibir. Tapi Adam tahu dalam hati masih ada nama Seri. Sungguh ego manusia bernama Tengku Aaron Shah ni.

     “Kau tak cintakan Damia ke?” tiba-tiba soalan berani mati daripada Adam.

     “Tak.” Dan dengan penuh keyakinan Tengku Aaron menjawab.

     “Kau rasa kau akan jatuh cinta tak dengan Damia satu hari nanti?” soal Adam lagi.

      “Tak.” Dengan muka tak berperasaan pulak tu Tengku Aaron jawab. Buatkan Adam yang melihat pula yang sakit hati.

     “Takkan kau tak rasa sikit pun feeling kat dia?” Adam mula menjadi doctor cinta lagi.

     “Tak.”

     “Sikit pun tak?” duga Adam lagi.

     “Tak.”

     “Sikit pun?”

     “Aku cakap tak, taklah! Sikit pun aku takde feeling kat dia.” Tengku Aaron mula bengang dengan desakan Adam yang merimaskannya itu. Adam ketawa. Langsung tak percaya kata-kata Tengku Aaron. Sikit sebanyak dia yakin yang Tengku Aaron sayangkan isterinya itu. Paling tak pun sikit.

     “Yakin nampak?” perli Adam.

     “Aku berani bertaruh la yang aku takkan jatuh cinta pada Damia.” Yakin sekali Tengku Aaron berkata.

     “How percent? One percent? Two percent?” duga Adam.

     “99.99%.” Adam ketawa.

     “Dan aku yakin yang 0.01% yang akan terjadi.” Adam seakan menyinis Tengku Aaron. Sengaja mencabar sahabatnya itu.

     “Okey.. we’ll see. Kalau aku jatuh cinta dengan Damia, BMW M6 kesayangan aku tu, aku bagi free-free kat kau,” berani Tengku Aaron berkata.

     “Weh.. macam judi tu. Haram.” Adam ketawa. Jeratnya mengena.

     “Ni bukan judi. Tapi sebagai cagaran aku akan pegang janji aku. Aku cakap sekali lagi. Kalau aku jatuh cinta dengan Damia, BMW M6 tu aku bagi kau free-free.”

     “Wah.. bukan calang-calang pertaruhan. M6 tu.. Kau jangan menyesal, Aaron.” Adam mengingatkan.

     “Never! Aku berani bertaruh sebab aku yakin benda tu takkan terjadi.”

     “Jangan yakin sangat. Tuhan terbalikkan hati kau baru tahu!” Adam mengingatkan.

     “We’ll see then,” putus Tengku Aaron.

     Adam angkat bahu. Mengalah dengan Tengku Aaron yang cukup yakin itu. Dalam hati dia tergelak. Kau akan kalah nanti, Aaron. Percayalah.. Dia yakin dengan firasatnya.

     “Jomlah balik. Boring dah aku ngadap muka kau je!” Tengku Aaron mengajak Adam pulang.

     Adam mengangguk. Barang-barang mereka disimpan. Mereka berjalan beriringan ke kereta mereka yang diparking bersebelahan.

     “K.. cau dulu.” Adam membuka pintu kereta. Baru je dia nak masuk ke dalam kereta, dia berhenti. Ada satu persoalan yang mengganggu fikirannya tiba-tiba.

     “Damia pernah bercinta tak sebelum ni?” tiba-tiba Adam bertanya. Tengku Aaron angkat bahu.

     “Entah.”

     “Apa kata kau kau buat dia jatuh cinta dengan kau,” cadang Adam.

     “Mengarut la tu. Idea kau semua memang tak boleh pakai. Dah.. blah cepat. Tadi dah nak blah, kan?” Tengku Aaron bagaikan menghalau Adam.

     Adam menjungkit bahu. Taknak terima sudah. Dia bagi idea aje..

17 comments:

  1. awal2 episod dulu ada terbaca aaron akan buat perkahwinan diorg macam eksperimen...tp lama2 baca tak nampak pulak aaron nk move on utk baiki perkahwinan diorg? atau writer terlupa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont worry.. i never forget about my own plot.huhu..exp cinta masih panjang lagi, just wait n see..at the end of the chapter, u'll know about the truth of the 'experiment' creted by Tengku Aaron Shah.. : )

      Delete
  2. iskkk ... sadisnyer ... pity u Damia!
    but hope one day Aaron will regret his bet with Adam - coz Adam akan dpt BMW M6 FREE .... :)
    Aaron - once u go & in Canada then .... u will know tat u r going to MISS Damia!!! n tat is d sign of LOVE okayssss ....

    ~ جزمين ~

    ReplyDelete
  3. ala aaron.... bila nk buat eksperimen ni, mesti la buring pkhwinan tu kalo aaron xbuat apa2.... setuju nanti mesti dia windu damia

    ReplyDelete
  4. eei aaron ni..
    yakin sesangat jer..

    ReplyDelete
  5. waiting for the next chapter
    (loading_.........................)

    ReplyDelete
  6. nak lagi.... knape upload 1 je,,,,???

    ReplyDelete
  7. huhu..tak sabar nak tau citer selanjutnya..
    really love this story..

    ReplyDelete
  8. Adoiii.. Ketegaq sungguh la aaron nih! Haihh.. Xxpe2, nti ko tau langit tinggi ke rendah. Nti p kanada mesti rindu gila ngan damia.. Dh biasa bedua kan.. Hehe
    Err.. Who s anith? Galfren aaron ni dlu seri ke anith nii..

    ReplyDelete
  9. Bile nk smbg agi......???
    Makin best nie.........

    ReplyDelete
  10. Dear Anjell,

    tq for the n3! eagerly awaits for more...gr8!!

    ReplyDelete
  11. best nya......
    ego la aaron tu....
    xpe...nanti ada si chinese tu ngorat damia....
    baru la si aaron tu mla buat eksprmnt die...
    bmw die pun hilng.......
    thank anjel....

    ReplyDelete
  12. best sgt..nak lagi.....

    ReplyDelete
  13. Huh marathon dr bab petama..ur joke really unexpected..plot yg menarik.harap tgku akan sedar sygnya pd Damia bila kt kanada nanti k.thumbs up 2 writer! cant wait nx n3

    ReplyDelete
  14. alaaa....xpuas bace!slalu 2bab..hehehe..nk lgggggg..^_*

    ReplyDelete
  15. anjel memang creativelah :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )