Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday, 27 March 2018

Dheo's (BAB 14)


BAB 14

Bunyi nada dering telefon pintarku itu membingitkan telinga. Menyedarkan aku dari lena yang baru bertamu. Dalam kegelapan, tangan meraba-raba. Nampak telefonku bercahaya. Baru nak tengok siapa pemanggil, panggilan itu mati. Tak sempat nak jawab.

Beberapa saat kemudian, telefonku kembali berdering. Aku melihat nama si pemanggil.

Lucca? Ada apa dia telefon aku malam-malam macam ni? Bukan malam dah ni. Dah pagi. Jam satu pagi. Janganlah dia cakap Dheo buat kerja gila suruh aku pergi kemas rumah dia. Maklumlah.. perjanjianku dan Dheo menyatakan kerjaku merangkumi housekeeping whatever, whenever and wherever dia nak.

Walaupun bermacam soalan menggasak kepala, ikon hijau tetap kugesek. Telefon dilekapkan di telinga.

“Helo. Salam satu pagi.” Dalam mamai, aku masih menyapa. Sempat juga aku kenakan Lucca. Mohon dia sedar dan tengok jam berapa dia telefon aku ni.

Signora, please open the door.” Suara Lucca bagaikan tergesa-gesa. Macam tengah semput pun ada.

Open the door? Door mana? Rumah saya?” soalku. Mataku dah luas. Alert. Dah hilang segala rasa ngantukku tadi.

Si, signora. Open the door. We are outside.”

Dan talian diputuskan. Aku tenung telefonku.

We? Siapa lagi yang ada bersama Lucca? Yang penting, kenapa datang rumah aku awal pagi macam ni?

Tanpa menghiraukan soalan yang tak berjawab, aku tetap menggeliat bangun. Capai kardigan hitam dan selendang hitam untuk menutup auratku. Lepas siap, aku menapak turun ke bawah.

Tangan capai segugus kunci yang tersangkut di tepi tangga. Aku mencari-cari kunci pintu utama rumah. Bila dah jumpa, aku masukkan ke lubang kunci sebelum tombol pintu rumah ditarik. Daun pintu aku kuak perlahan.

Hampir terbeliak mataku bila melihat Lucca dan Dheo yang berada di depan rumahku. Bukan itu yang buatkan aku terkejut. Tapi keadaan mereka berdua. Peluh jelas merinik di dahi masing-masing. Rambut kedua-duanya macam baru lepas bergaduh. Berserabai. Dahi Lucca pun aku nampak sedikit berdarah.

Lucca sedang memapah Dheo. Dan bila mataku melorot pada tubuh Dheo, tangan Lucca yang mendarat di situ jelas kemerahan. Apa tu? Darah? Rasa macam nak putus nyawa aku melihatnya. Reaksi spontanku, aku mahu menjerit.

Don’t scream.” Amaran keras dari Dheo. Dia bagaikan tahu apa yang aku mahu lakukan.

Terus aku tekup mulut dengan tapak tangan. Cuba kawal nafas yang dah mula tak teratur. Ya lah.. kita tak selalunya terima tetamu yang berlumuran darah. Pukul satu pagi pulak tu.

Wajah Dheo berkerut kesakitan. Dheo sakit! Tapi aku masih kaku. Tak tahu nak buat apa.

Please help me.” Kata-kata Lucca itu buatkan aku tersedar dari fasa pegunku. Laju aku angguk.

Daun pintu aku kuak makin luas. Memberi ruang kepada mereka berdua untuk masuk. Lucca memapah tubuh tinggi Dheo ke sofa. Bila tiba di sofa, perlahan-lahan Dheo didudukkan. Wajah Dheo sesekali berkerut kesakitan.

“Apa jadi?”

Lucca tidak mempedulikan pertanyaanku. Dia hanya fokus kepada Dheo. Bagaikan aku tak wujud. Aku tengok Lucca pantas bertindak. Baju kameja Dheo yang dah tak nampak warna itu dikoyak dengan rakus, mendedahkan kawasan tepi perut Dheo.

Sekali lagi aku tekup tangan ke mulut. Mata melihat darah merah masih mengalir keluar dari tempat itu. Lucca pula tekap tempat itu dengan baju Dheo. Menghalang Dheo dari hilang darah.

Nak pengsan!

“Dia kena tembak!” kataku.

 “Correct. You get ten mark, Tesoro.” Dalam kesakitannya, sempat lagi Dheo menyindirku. 

“Dia harus segera dirawat. Kita kena hantar dia ke hospital.”

No, signora! Kalau luka tembakan nanti akan jadi kes polis,” bantah Lucca.

Tak nak jadi kes polis? Tak nak libatkan polis? Ya Allah.. apalah yang mereka dah lakukan ni?

“Habis, macam mana nak rawat Encik Han?” soalku berbaur risau.

Tolak tepi semua cerita, keselematan Dheo harus diutamakan. Aku harap dia akan baik. Aku tak suka tengok wajahnya berkerut kesakitan itu. Hati rasa macam ditarik-tarik. Rasa macam nak usap-usap aje wajahnya sebagai sokongan. Supaya hilang kerutan di wajahnya. Supaya dia tahu aku ada di sampingnya.

“Kalau jadi apa-apa, macam mana?” Kali ini aku rasa nak menangis. Cemas. Sebab aku terlalu risaukan Dheo. Tak boleh bayang kalau Dheo tak dapat diselamatkan.

I’ve been shot, Tesoro. Not dying. Don’t cry, please.” Perlahan suara Dheo. Bagaikan tahu-tahu air mataku hanya tunggu masa untuk keluar.

Kami berbalas pandangan. Renungannya kali ini lembut. Bagaikan sedang memujukku. Bagaikan sedang menenangkanku.

“Nanti Doktor Arrazi, doktor peribadi Dheo sampai. Saya dah call dia,” kata Lucca, langsung mengalihkan pandanganku daripada Dheo.

Aku haraplah cepat Doktor Arrazi tu sampai. Sebab masa berdetik. Setiap masa yang berlalu, nyawa Dheo mungkin dalam bahaya. Tak sanggup aku bayangkan apa-apa yang buruk terjadi pada Dheo.

Bagaikan doaku dimakbulkan, kedengaran loceng rumah kedengaran. Aku terus berlari untuk membuka pagar automatik. Tak beberapa lama lepas tu, muncul seorang lelaki tinggi melangkah masuk. Ada satu beg sederhana besar di tangannya. Pasti ini Doktor Arrazi.

Doktor Arrazi terus menghampiri Dheo. Begnya dibuka. Kemudian dia mengambil sepasang sarung tangan getah sebelum disarungkan ke kedua-dua tangannya. Diperiksa keadaan Dheo dulu.

“Ya Allah.. Apa pulak yang kau dah buat kali ni, Dheo?” Sambil memeriksa, aku dengar Doktor Arrazi membebel. Suara dia macam dah kalis. Macam ni bukan kali pertama Dheo seperti itu.

Doktor Arrazi menekan kawasan luka di perut Dheo. Terus Dheo menjerit kesakitan. Kemudian aku nampak Dheo menggigit bibirnya. Jelas kesakitan. Apatah lagi dahinya yang dah lencun dengan peluh.

“Nasib baik peluru ni tak kena organ penting, tahu tak? Kau memang nasib baik, Dheo. Kalau teruk, memang tak ada pilihan lain. Major operation. Kena hantar hospital.” Doktor Arrazi geleng kepala.

“Tapi luka kali ni agak teruk juga. I need assistance. I cannot do it alone.”

“Aku dah call Arrayan. Kejap lagi Arrayan sampai.” Lucca bersuara. Siapa pula Arrayan? Yang pasti aku tak kenal.

Hmm.. membantunya Arrayan tu!” Suara sarkastik dari Doktor Arrazi. Kemudian wajahnya serius berkerut. Melakukan tugasnya untuk menyelamatkan Dheo.

Belum sempat Lucca membalas, aku dengar pintu rumah diketuk lagi. Laju saja kaki menapak ke pintu. Bila aku buka pintu, seorang lelaki meluru masuk bersama seorang perempuan cantik.

“Bos!” Lelaki itu menyapa Dheo.

Dheo cuma angguk sekali. Tengah-tengah bertarung nyawa, sempat lagikan nak berbalas sapa?

“Abang, Dheo macam mana?” Perhatian diberikan kepada Doktor Arrazi. Walaupun wajahnya nampak serius, tapi suaranya tetap bersalut kerisauan. Dia  kesahkan Dheo.

Trying to take out the bullet. I need an assistant.” Kepala Doktor Arrazi menoleh ke sekelilingnya.

“Ada sesiapa yang ada medical experience?” Empat orang di situ ditanya. Termasuklah aku. Semua saling berpandangan.

Ketika ini betapa aku harapkan aku adalah seseorang yang pakar dalam bidang perubatan. Aku nak tolong Dheo tapi aku tak mampu.

“Lucca cakap kau boleh tolong, Ryan?” Pandangan Doktor Arrazi kini tertumpu kepada lelaki yang baru muncul tadi. Oh, dialah Arrayan!

Tiba-tiba Arrayan tarik lengan perempuan yang datang bersama dengannya tadi. Melihat muka berkerut perempuan itu dan gaya ingin melepaskan dirinya, aku rasa dia dan Arrayan macam tengah bergaduh. Not in good terms. Tapi cukup Arrayan jeling sekali, terus telan liur perempuan tu.

Entah kenapa situasi mereka mengingatkan tentang aku dan lelaki yang tengah berkerut menahan kesakitan itu. Sama tapi tak serupa.

“Aku tak boleh tolong. Tapi dia boleh.” Ditolak perlahan perempuan itu ke hadapan.

Perempuan itu jeling tajam ke arah Arrayan. Takut-takut pun, masih ada taringnya. Mulut diam. Tapi berbicara melalui bahasa mata. Tapi wajah Arrayan pula macam tak berperasaan. Tak peduli.

“Paramedik? Nurse? Doktor?” soal Doktor Arrazi kepada perempuan itu.

Aku nampak perempuan itu telan liur sekali sebelum menjawab.

“Doktor.”

“HO?”

“Baru aje habis final exam. Belum posting lagi.”

Kali ini Doktor Arrazi berpaling kepada Arrayan.

“Kau culik student, Ryan?” Suara dia macam marah Arrayan. Kemudian geleng kepala. Wajah Arrayan pula sama macam tadi. Tak berperasaan.

Aku yang dengar rasa macam nak terkecik. Culik? Perempuan tu berada di sini tanpa keinginannya? Adakah aku sekarang ni dikira bersubahat?

Bagaikan tahu-tahu dah terlalu banyak masa yang dibazirkan, wajah Doktor Arrazi kembali serius. Perempuan itu dipandang tepat.

I need you to assist me. Pernah assist surgeon?”

Perempuan itu angguk. Nampak teragak-agak tapi dia cuba yakin.

Good.”

Kemudian aku nampak mereka mula bekerja. Entah apa yang mereka lakukan, aku pun tak tahu. Sesekali wajah Dheo merah menahan kesakitan. Sampai timbul urat di dahinya. Doktor Arrazi cekap melakukan kerjanya. Perempuan itu juga turut pantas walaupun bekerja di bawah arahan Doktor Arrazi.

Aku pula hanya mampu berdoa semoga Dheo selamat.

   ----------

Entah berapa lama masa diambil, akhirnya peluru berjaya dikeluarkan. Gara-gara peralatan yang terhad, Doktor Arrazi kena pantas berfikir. Alhamdulillah, Dheo selamat. Walaupun aku tak tahu apakah punca dia ditembak.

Jam di dinding menunjukkan pukul empat pagi. Terkejut juga aku melihatnya. Mata terbuka luas tapi badan penat. Itulah tandanya kita tak cukup tidur. Bila aku melihat sekeliling, ternyata semua orang pun sama. Masing-masing penat.

“Pergilah tidur. Semua mesti penat, kan?” Aku berkata kepada mereka. Apa-apa persoalan, boleh tunggu besok.

Aku menyiapkan bilik untuk mereka. Nasib baiklah dalam rumah ni ada lima bilik. Tolak bilik tidurku, bilik kerja arwah ayah dan bilik yang sedang didiami Dheo, tinggal lagi dua bilik. Perempuan yang kuketahui namanya Nafisha boleh tidur di dalam bilikku. Selebihnya, pandai-pandailah bawa diri.

Aku membawa Nafisha ke bilik. Dia lebih banyak berdiam diri. Mungkin tak biasa lagi denganku. Bila tiba di bilikku, aku memberikan dia pakaian untuk ditukar. Kalau dia nak. Walaupun aku lebih tinggi darinya, bolehlah kalau setakat nak pakai untuk tidur.

“Fisha nak mandi ke? Kalau nak mandi, ni tualanya,” kataku lagi. Dia dah bermain darah. Aku kira mesti dia nak bersihkan dirinya dulu.

“Terima kasih.” Dia senyum kepadaku meskipun wajahnya jelas kepenatan.

Nafisha pandang sekeliling.

“Rissa pun tawanan di sini ke?” Soalannya itu buatkan aku sedikit terkejut. Tawanan?

“Eh, mana ada! Rissa tinggal di sini.”

“Rissa memang tinggal seorang ke dalam rumah ni? Beraninya.”

Aku senyum tawar. Hanya angguk. Dia tak tahu yang aku baru aje tinggal sendirian. Tak pernah rasa gerun bila tinggal sendirian di sini. Entahlah, ini rumahku. Aku hanya mampu tawakal kepada Allah kalau ada apa-apa berlaku.

“Ingatkan Rissa pun tawanan mereka. Sebab mereka datang di rumah Rissa. Rissa kenal mereka?”

Aku angguk. Dheo dan Lucca aje la.

“Berkawan dengan gangster macam dia orang?” Dia pula terkejut.

“Gangster?” Aku blur. Mereka semua gangster ke?

“Rissa tak tahu?”

“Tahu apa?”

“Fisha tak tahu yang lain macam mana, tapi Arrayan tu.. Fisha rasa dia ketua kongsi gelap.”

Rasa nak tercekik air liur aku dengar.

What? Mana tahu? Pernah nampak dia buat jahat ke?” soalku. Aku tak suka kalau tuduh orang sesuka hati. Baik siasat betul-betul. Sahkan fakta.

“Fisha rasa aje. Sebab perahsia sangat. Pastu semua orang macam tunduk hormat kat dia.”

“Tak baik cakap macam tu. Entah-entah Arrayan tu baik.” Aku menjawab. Aku rasa tak adil kalau Arrayan diadili secara membabi buta.

Macam Dheo. Aku tahu Dheo bukan sembarangan orang. Firasat menyatakannya walaupun aku tak tahu dia sebenarnya siapa. Aku nampak kekasaran yang Dheo lakukan. Tapi aku tak tahu puncanya. Siapa tahu semuanya atas alasan yang baik? Pendek kata, selagi belum ada bukti, jangan menuduh. Apa yang kita nampak, belum tentu itu yang jadi. Kadang-kadang pasti ada cerita di sebaliknya.

“Kalau tak, kenapa dia tak lepaskan Fisha lagi? Dahlah tak kenang diuntung. Rissa tahu tak yang sebelum ni Fisha dah pernah selamatkan nyawa dia. Tiba-tiba muncul depan rumah Fisha, penuh darah.”

Err… Kenapa cerita dia tu lebih kurang apa yang aku lalui tadi?

“Tapi, tengok apa yang dia balas? Dia culik Fisha. Geram aje rasa. Bila tanya, bukannya reti nak jawab.” Nafisha tiba-tiba pula jadi banyak cakap.

“Mungkin sebab Arrayan fikir semuanya tak ada kaitan dengan Fisha. Ataupun something confidential. Ada dia dera Fisha? Tak bagi makan kat Fisha?”

Kali ini nampak dia macam berfikir. Mungkin dia fikirkan perkara yang sama.

“Bukannya Rissa nak bela Arrayan. Cuma tak nak judge dia. Buruk-buruk dia, pasti ada sisi dia yang baik, kan? Kalau kita dah tak suka, mesti yang buruk aje kita nampak. Apa kata kalau kita jadikan yang buruk dia tu sebagai kelemahan dia dan kita cuba terima?” nasihatku.

Rasa macam nasihatkan diri sendiri. Teringatkan Dheo. Aku tahu dia punya sisi gelap yang dirahsiakan dari mata umum. Tapi dia tak pernah layan aku teruk. Malah semua staf dia dilayan dengan baik.

 “Nanti Fisha tidurlah ya. Anggaplah macam bilik sendiri. Rissa nak pergi bawah kejap,” ujarku lagi.

Nafisha cuma angguk.

Friday, 23 March 2018

Dheo's (BAB 13)


BAB 13

“Mr. Han?” Sapaan itu buatkan Dheo berpaling. Putus terus momen antara kami tadi. Hilang semua mod serius.

Ada dua orang lelaki menghampiri kami. Atau lebih spesifiknya adalah menghampiri Dheo. Seorang lelaki separuh umur dan seorang lagi lebih kurang sebaya dengannya. Rakan-rakan business dia kut.

Melihat Dheo mula berjabat tangan dengan dua lelaki itu, aku mengundur setapak. Bagi ruang untuk mereka berbual. Tak nak kacau. Kalau aku berdiri di sebelah Dheo pun, bukan aku faham bahasa business ni. Tak pasal-pasal kena tanya pasal untung rugi di Bursa Saham hari ni, hikayat apa aku nak karang nanti?

Aku melihat sekeliling. Sementara menunggu Dheo, aku mula melihat-lihat pameran lukisan di situ. Lucca mengikut di belakangku. Kaki berhenti di depan sebuah lukisan separuh besar yang bertemakan bunga ros. Tapi ros itu dibentuk menjadi seakan-akan susuk wajah seorang wanita. Ton warna yang digunakannya juga sangat unik. Putih dan biru pucat. Medium yang digunakan cumalah kanvas dan oil color. Jeling pada nama lukisan itu.

Rose Is She

Rose Is She? Unik nama dia. Dia guna ‘She’ bukan ‘Her’, maka ianya bukanlah sesuatu yang common. Orang pasti akan tahu, itulah lukisan dia. Bagaikan identiti.

“Cantik, kan?” Aku soal Lucca. Mata masih terpaku pada lukisan itu. Jatuh hati. Aku memang sukakan biru. Biru itu penuh ketenangan.

Lucca tak beri apa-apa reaksi. Hanya mata menatap lama lukisan itu. Mungkin tengah cari, apa yang aku nampak cantik sangat? Mungkin di matanya, lukisan itu cumalah biasa-biasa.

“Bila saya tengok, nampak tenang. Pelukis dia mesti seorang yang tenang juga,” komenku.

“Berapa agaknya harga lukisan ni?” soalku pula. Macam la Lucca tahu.

Harganya pasti mahal. Lukisan yang dah siap memang nampak cantik dan mudah. Tapi masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu lukisan yang sempurna mahu memakan masa lebih dua puluh jam.

“Lukisan ni tak ada harga, signora. This is for auction. See..” Lucca tunjukkan satu tag kecil yang menunjukkan lukisan itu untuk dilelong.

Hai.. kalaulah aku kaya, mesti aku dah ikut serta. Dapatkan lukisan itu. Letak di I’s CafĂ© pun cun juga. Tapi dalam mimpilah. Sebab aku tahu harga sebuah lukisan macam ni mahu makan harga empat hingga lima angka.

“Jom.. Signor Han cari kita. Rasanya dia pun ikut serta dalam auction nanti.”

Dan Lucca betul. Sebaik sahaja kami jumpa Dheo, Dheo dah siap ambil tag nombor peserta. Nombor 3. Kebetulan pula sesi lelong-melelong itu pun bakal berlangsung dalam beberapa minit lagi. Dapatlah aku menyaksikan macam mana orang melelong secara langsung.

Orang ramai mula berkumpul. Semuanya pasti peminat seni. Yang sanggup habiskan beribu-ribu ringgit demi sekeping lukisan. Pendek kata, orang kaya-raya. Selebihnya pasti penonton. Macam aku.

Dheo juga mengambil tempat. Berdiri sedikit belakang dan tersorot. Cukup untuk dijadikan benteng untuk berselindung tapi masih dapat melihat semuanya dengan jelas. Mungkin Dheo tak nak jadi perhatian orang.

Beberapa lama lepas tu, juruacara majlis mulakan acara. Satu demi satu barangan seni diambil untuk dijual. Barang pertama, lukisan pasir. Terjual dengan harga RM25 000. Entah pak cik mana yang beli. Barang kedua pula adalah lukisan spray. Kalau jual, mahu RM20 000 ke atas. Dan bila dilelong, ada seorang datin yang beli dengan harga RM35 000.

Tiap kali aku dengar mereka naikkan harga, rasa sesak nafas. Orang kaya berurusan. Duit keluar macam air. Nasib baiklah auction ni adalah untuk tujuan beramal. Dua puluh peratus hasil bakal disalurkan untuk pesakit kanser dan dua puluh peratus lagi akan digunakan untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim.

Kini tiba giliran barang ketiga untuk dilelong. Lukisan Rose Is She. Kedengaran juruacara menceritakan sedikit latar belakang tentang lukisan itu. Lukisan itu dilukis oleh seorang pelukis yang kudung kedua-dua tangannya.

Maha Besar kuasa Allah. Walaupun cacat, itu tidak mematahkan semangatnya. Malah hasilnya sangat sempurna. Buatkan aku jadi kagum dengan pelukisnya. Patutlah aku dapat rasakan keikhlasan dalam lukisannya. Lukisan adalah jiwa pelukisnya.

Harga dibuka dengan RM15 000. Aku dapat lihat ramai penggemar lukisan dah macam tak sabar-sabar nak membida lukisan itu. Seorang yang berjiwa seni, pasti berfikiran macam aku. Rasa macam aku. Sebab itulah kalau dah miliki lukisan itu, rasa puas hati yang amat.

“RM17 000.” Aku dengar nombor 5 membida.

“RM20 000.” No 19 membida pula.

“RM30 000.” Aku tak tahu la siapa pula kali ni.

Dan seterusnya harga makin naik. Harga dah cecah RM50 000. Tapi semuanya masih tak nak kalah. Dan aku rasa nak tercekik tiap kali dengar harga dinaikkan sedikit demi sedikit. Bila dah cecah RM60 000, tiada lagi yang berbunyi. No 5 yang membida itu senyum lebar.

“RM60 000… satu. RM60 000.. dua..”

“RM65 000.” Aku dengar orang sebelahku bersuara. Dheo angkat tag nombornya.

Semua kepala tertumpu ke arah kami. Mana taknya? Sepanjang majlis berlangsung, Dheo hanya berdiam diri.

“RM67 000.” No 5 tak nak kalah.

“RM70 000.” Dheo juga tak nak kalah.

“RM75 000.” No 5 berbunyi lagi. Betul-betul nekad.

“RM100 000.”

Kali ini sunyi. Ini lukisan pertama yang cecah enam angka. Tak siapa lagi yang berani naikkan harga. Bukan main bersungguh-sungguh Dheo mahu dapatkan lukisan itu. Akhirnya, lukisan itu jadi milik dia juga. Mungkin lukisan itu bakal diletakkan dalam Galeri The Dheo’s.

Untunglah.. lukisan itu memang memikat hati. Kalau aku punya duit, aku pun teringin untuk membelinya. Tapi takkan semampu Dheo. Dheo selalu memiliki apa yang aku ingin miliki. Beza aku dan Dheo. Dheo berduit. Dia mampu dapatkan apa yang dia nak. Tapi aku, aku hanya mampu melihat aje la.

   -----------

“Jin Hai!” Aku dapat lihat tubuh Dheo sedikit mengeras.

Jin Hai?

Aku nampak ada seorang wanita cina berambut pendek melambai-lambai ke arah Dheo. Wajah penuh kegembiraan. Kalau melihat dari gayanya, nampak macam wanita itu dalam lingkungan awal dua puluhan.

Aku nampak Dheo berpaling ke arah Lucca. Tiada apa yang dikatakan. Hanya dengan isyarat mata. Tapi itu cukup untuk membuatkan Lucca faham. Tiba-tiba Lucca dah berdiri di sebelahku.

“Jom, principessa.” Lucca ajak aku. Dia nak aku beredar dari situ.

Teragak-agak aku angguk. Mula meninggalkan Dheo.

“Xiu Ying.” Aku dengar suara Dheo.

Kepala menoleh ke belakang. Ketika itu, aku nampak perempuan itu dah melompat ke dalam pelukan Dheo. Tangannya merangkul erat leher Dheo. Dan aku tengok tak ada pula Dheo membantah.

Hanya itu yang sempat aku tengok sebelum mereka berdua hilang dari pandangan. Kaki dah jauh melangkah dari mereka.

Tapi, aku tertanya-tanya. Siapakah perempuan itu? Entah kenapa aku rasa cemburu melihat Dheo semesra itu dengan perempuan lain.

“Siapa perempuan tu?” soalku. Suaraku tahan daripada kedengaran agak cemburu. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa cemburu.

Dulu Nancy, sekarang makhluk bernama Xiu Ying itu. Tapi kali ini lebih dahsyat dari Nancy. Dengan Nancy dulu paling tidak aku tak pernah nampak dia dan Nancy berpelukan. Tapi sekarang ni? Tengah-tengah umum pulak tu.

Taste Dheo memang ala-ala cina ke apa? Tiba-tiba sebal.

“Emm.. I don’t know whether I should be telling you this or not.” Aku lihat Lucca gosok belakang lehernya. Wajah serba-salah.

“Kenapa? Tu kekasih Encik Han ke?”

“Eh, mana ada!” Kali ini cepat Lucca menjawab.

Nampak dia berfikir sejenak.

“Itu sepupu Dheo.”

“Dia orang nampak rapat dan mesra.”

That’s because they share the same blood. Macam adik-beradik. Apa orang Melayu cakap kalau Dheo dan Xiu Ying minum susu dari perempuan yang sama?”

“Adik-beradik susuan.”

Yes.. that’s the word. Mereka berdua adik-beradik susuan. Dulu masa kecil, ibu Xiu Ying sempat jaga dan susukan Dheo. Ibu Xiu Ying adalah adik kepada ayah Dheo.” Lucca mula bercerita.

Jadi, Dheo ada darah cina? Tak percaya juga. Sebab wajah Dheo tak nampak cina langsung. Mata pun tak sepet. Kulit pun tak adalah putih melepak macam cina.  Kulit Dheo nampak lebih kepada kesan dari banyak berjemur matahari. Tanned. Tapi  bukannya legam tahap macam bontot kuali rentung. Boleh jadi juga dia berkulit putih.

Oh, lupa! Nama dia ‘Han’. Kalau bukan surname dia ‘Han’ orang takkan tahu dia cina.

“Jin Hai tu nama Encik Han?”

Lucca angguk.

“Tapi Encik Han tak nampak macam cina.”

 “That’s because he’s half Italian. Ibu dia.”

Itali dan Cina? Gabungan yang unik.

“Tapi kenapa dulu ibu Encik Han tak susukan dia?”

Hmm.. that is not my story to tell. Yang tu saya tak boleh cakap lebih. Apa yang boleh saya ceritakan, tak semua childhood seseorang itu indah. Ada sejarah masing-masing.” Hanya itu yang Lucca berkata.

Dan aku tahu salah seorangnya adalah Dheo. Zaman kanak-kanak Dheo pasti perit. Adakah semua itu buatkan terhasilnya Dheo yang sekarang? Aku tertanya-tanya apakah yang dia pernah lalui dulu?

Tapi.. siapalah aku?

Kami berjalan-jalan lagi di kawasan itu. Masih teruja untuk melihat beberapa lukisan di situ. Aku aje la. Lucca tak payah cakaplah. Memang muka bosan.

“Lucca, saya dahagalah!” Tekak mula rasa haus. Mana tak haus kalau dah berjalan dalam dewan yang besar ini.

“Hmm.. saya tak tahulah kita boleh keluar ke tak. Saya pergi minta izin dari Dheo dulu.”

Aku cuma angguk. Dheo mungkin belum habis berbual lagi dengan sepupunya itu. Tak lama kemudian, Lucca muncul kembali.

“Jom,” ajak Lucca. Maksudnya dah dapat green light.

“Encik Han macam mana?”

“Nanti jumpa dia kat luar. Encik Han nak uruskan tentang lukisan yang dia beli tu dulu.”

Aku akur. Beriringan dengan Lucca keluar dari dewan itu. Bila tiba di luar dewan, banyak booth kecil dibuka dan menjual beberapa jenis makanan dan minuman. Lucca meminta aku untuk tunggu dia di satu sudut sebelum dia menghilang untuk membeli minuman. Lucca ni kadang-kadang layan aku mengalahkan tuan Puteri.

Seketika kemudian, Lucca muncul bersama dua bekas air minuman. Aku nampak siap ada plastik. Keropok dan beberapa jenis makanan bergoreng. Dihulurkan kepada aku.

“Awak beli untuk saya ke? Buat susah-susah aje.”

“Dah penat berjalan, mesti awak lapar.” Itu jawapannya.

Aww.. so sweet! Terharu juga aku. Baiknya Lucca.

“Terima kasih. Awak pun makanlah sekali.”

Tapi dia cuma geleng. Hanya suruh aku makan.

“Lucca!” Aku mendengar ada satu suara memanggil. Bukan setakat Lucca. Dengan aku-aku sekali berpaling ke arah suara itu.

Apa ni? Memang hari ni semua orang nak kena terserempak dengan orang ke? Tadi Dheo. Sekarang ni Lucca pula. Hari ni Hari Reunion Sedunia kut. Tak ada ke orang nak datang tegur aku?

Ada seorang lelaki yang tinggi datang ke arah kami. Sekali tengok macam gaya gangster. Kalau tak ada Lucca, mahu aku lari. Tapi.. tak baik nilai buku dari kulitnya. Entah-entah lelaki ni orang baik.

“Haziq!” Sepatah Lucca berkata.

“Tak sangka jumpa kau kat sini.” Lelaki bernama Haziq itu bersuara.

“Aku lagi tak sangka kalau jumpa kau kat sini.” Kalau telinga tak salah dengar, cukup sabdu masa Lucca sebut ‘kau’ itu.

Lelaki itu pun mungkin perasan. Sebab itulah dia gelak. Tapi nampak tak tersinggung pun dengan kata-kata Lucca. Dia sengih.

“Aku jual buah kat sini. Tu hujung gerai sana,” kata Haziq sambil menunjukkan ke arah gerainya.

“Baguslah. Sekurang-kurangnya, jadi orang sikit kau tu.”

Aku yang dengar rasa nak tersedak. Selamba betul Lucca bercakap.

Tapi lelaki itu pulak nampak jauh dari rasa tersinggung. Sekali lagi cuma gelak. Dah macam imun dengan serangan Lucca.

Well.. terima kasih pada D.H. Kalau dia tak selamatkan dulu, mesti aku dah mati kena sembelih dengan Dragon.” Kata-kata itu terus buatkan aku rasa tersedak. Terbatuk-batuk aku menahan perit di tekak.

Kena sembelih? Kita bercakap tentang orang ke lembu ni? Siapa lelaki ni?

Principessa, are you okay?” Suara Lucca berbaur kerisauan. Dia hulurkan tisu untukku.

Laju aku angguk. Gara-gara aku, perbualan mereka berdua terhenti.

“Siapa awek kau, Lucca? Cun. Pandai kau cari.” Mata Haziq terarah kepadaku.

Aku dah tak senang duduk. Dahlah kata aku awek Lucca. Nampak aku dan Lucca ni tengah bercinta ke? Teringat balik kata-katanya yang buatkan aku tersedak tadi. Lelaki ni dari kumpulan samseng mana? Dan macam mana ada kaitan dengan Dheo? Aku yakin D.H tu adalah Dheo Han.

“Dia bukan awek aku.”

“Wah.. kalau macam tu, bagilah aku! Aku pun nak try gak ayat awek cun.”

Amboi.. bercakap macam aku tak ada di sini! Ingat aku ni apa? Buah yang dia jual tu ke?

“Hati-hati, budak. She’s off-limits. She’s D.H’s.” Suara Lucca berang bila berkata. Telan liur jugak aku. Sepanjang aku kenal, ini kali pertama aku tengok Lucca marah.

Yeah.. she’s mine!” Suara itu mencuri tumpuan kami.

Tubuhku mengeras. Haziq pula macam lepas tertelan cicak. Pucat.

Dheo melangkah ke arah kami. Suasana tiba-tiba sunyi. Tension in the air. Apatah lagi dengan wajah Dheo yang sangat-sangat beku. Sesiapa yang melihat mahu menggigil kesejukan. Walaupun aku dah beberapa kali nampak muka dia versi ni, tapi aku tetap akan telan liur.

Dheo berdiri di sebelahku. Sebelah tangannya mendarat di pinggangku. Bagaikan satu cara untuk menanda aku sebagai hak miliknya. Serius aku nak melompat. Kurang selesa. Cukup tak suka kalau ada lelaki pegang aku tanpa izin. Aku mahu menjarakkan diri. Mahu menolak tangannya itu. Tapi bila aku mula bergerak, dia jeling aku tajam.

Terus aku kaku. Telan liur. Gara-gara sayangkan nyawa, aku terpaksa pilih untuk membiarkannya. Tak berani nak bergerak. Jangan cakap bergerak. Nak bernafas pun aku takut. Lutut pun rasa lembik. Aku sangat tak suka bila menghadap Dheo yang macam ni. Gerun!

Aku pandang depan. Haziq tundukkan pandangan wajahnya. Seakan-akan hormatkan Dheo. Seakan-akan Dheo adalah ketuanya. Hilang terus segala sifat gatalnya tadi. Dia sekarang ni nak tenung aku pun dia tak berani.

Sorry, D.H. Sorry, Cik Puan,” kata Haziq. Kali ni, serius aku kata. Memang dia dah tak berani nak jeling ke arahku pun. Bukan sembarangan aura Dheo ni.

Tapi.. Cik Puan? Cik Puan?! Sejak bila aku kahwin dengan Dheo? Kalau panggil Cik tanpa Puan tu tak boleh ke? Macam mem besar pulak aku rasa.

Dheo angguk sekali.

“Kau buat apa kat sini?”

“Kerja. Jual-jual sikit. Bolehlah.”

Good. Hidup biar berguna. Jangan disia-siakan.” Dheo berkata. Macam Lucca tapi lain versi. Tapi masih deep.

Bagaikan anak buah yang patuh, Haziq angguk.

“Semuanya terima kasih pada kau, D.H. Okey.. Cau dulu. Seronok jumpa kau, D.H, Lucca. Kalau ada apa-apa nak mintak tolong, roger aje aku. Jangan risau. Aku akan tolong.”

Kali ini Dheo pula angguk. Kemudian Haziq tinggalkan kami semua. Aku masih keras di sisi Dheo. Bersyukur bila tangannya dah turun dari pinggangku. Kenapa dia suka pegang aku sesuka hati datuknda dia?

Hmm.. tiada siapa ke nak cerita kat aku apa yang baru terjadi tadi? Contoh macam, siapa lelaki itu sebenarnya? Dan yang paling penting, siapa Dheo sebenarnya?

Let’s go,” ajak Dheo.