Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 8 August 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 22)

BAB 22

Harraz selak kalendar. Dua hari lagi dia bakal berlepas ke London. Ada meeting penting yang harus dihadirinya. Seminggu lamanya.

Tapi masalah baru pula timbul bila orang gaji yang kerja separuh masa dengannya lari. Tak menyempat lari balik Indonesia. Siap tinggalkan surat. Dalam bahasa Indonesia pulak tu. Banyak yang dia tak faham daripada faham. Sabar je la. Sebab ni la dia tak suka cari orang gaji warga asing. Nasib baik tiada barang rumahnya yang hilang.

Siapa nak jaga rumahnya nanti ya? Siapa nak kemas rumahnya sepanjang dia tiada nanti? Yang tu tak kisah sangat. Siapa nak bagi Ouro makan? Haa.. yang tu yang penting. Takkan nak harapkan orang gaji mummy dia? Kalau bagi orang gaji mummy dia yang kemas, takut terjumpa sesuatu yang tak terjangka pula. Tak pasal-pasal kena seru balik Malaysia mandatori. Baik cegah sebelum jadi.

Tapi dia memang kena cari cepat. Sebab rumah memang boleh tahan bersepah sekarang ni. Semuanya sebab dia yang sibuk sejak kebelakangan ni. Atas katil pun ada kertas. Baju pun rasanya satu mesen tak basuh. Tak sempat hantar dobi. Kalau rajin, biasanya Harraz akan kemas sendiri. Tapi tu la. Makin lama, makin banyak tertunggak kerja, makin sepah dan dia pun makin malas.

Upah orang senang. Takdelah penat dia nanti. Dah suruh Eves cari, tapi tak jumpa-jumpa lagi. Bukan senang nak cari orang gaji sekarang ni.

   ------

Harraz pandang Nurin yang berdiri di depannya. Gadis itu hanya senyap. Menunggu dia memulakan bicara. Baru beberapa minit berlalu selepas dia bagi arahan pada Eves untuk panggil Nurin berjumpanya.

Cadangan Eves suruh minta tolong staf pejabat ni kalau tak sempat nak cari pengganti baru. Dan tak tahu kenapa, bayang Nurin je yang ada dalam kepala. Hmm.. nampak Nurin macam boleh diharap.

“Kau pandai kemas rumah?” soal Harraz tiba-tiba. Nurin pelik. Tapi cuma angguk. Bukan perempuan namanya kalau tak reti kemas rumah.

“Reti basuh baju?” soal Harraz lagi. Nurin angguk lagi.

Kenapa Harraz tanya soalan-soalan pelik ni? Nak cari calon isteri ke apa mamat ni?

“Suka kucing?”

Kucing pulak? Bukak zoo ke apa ni? Weh, Nurin. Mana ada kucing dalam zoo la. Siapa cakap takde? Entah-entah Harraz maksudkan kucing hutan. Liar macam dia!

Nurin angguk lagi. Memang dia sangat sukakan kucing.

Then, kau dah lulus. Mulai Sabtu ni, kau jadi orang gaji aku.”

Ewah.. selambanya dia cakap! Gaya cakap macam nak suruh aku melompat gembira lepas menang cabutan bertuah. Seriang kanak-kanak ribena je dia nak jadikan orang orang gaji. Tak tanya setuju ke tak pulak tu.

“Eh, kenapa saya pulak?” Nurin membantah. Tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni jadi orang gaji dia.

“Kau je calon yang sesuai. Bukannya susah pun. Jaga rumah aku je. Tak lama pun. Seminggu je.”

“Tapi..”

“Ni arahan. Kau tak boleh tolak. Nak taknak, kau kena terima jugak!” Suara Harraz dah naik. Kalau kena guna kuasa veto, dia akan guna.

Huh.. tu dia! Bad boy Harraz dah kembali. Baru je feeling-feeling nak lancarkan genjatan senjata. Kena batalkan balik nampaknya. Masam muka Nurin.

Harraz mengeluh bila nampak muka masam Nurin. Jahat sangat la pulak pergi paksa budak tu.

“Tolong?” Suara Harraz bagaikan merayu.

Nurin pandang Harraz. Hai.. ni yang aku lemah ni kalau orang dah minta tolong. Kalau Harraz Naufal dah sebut perkataan tolong ni, maksudnya mesti dia betul-betul terdesak sekarang ni. Huh.. Nurin mengeluh.

“Kalau macam tu, yalah.” Nak taknak suara Nurin menerima. Apa boleh buat? Dulu dia juga pernah cakap kalau Harraz nak apa-apa pertolongan, cakap je kat dia. Kena tunaikanlah nampaknya.

Mengeluh dengan nasib diri. Memang dia manusia pelbagai guna ke? Kerani dah. Model pun dah. Kali ni orang gaji pulak. Jangan esok lusa disuruhnya jadi isteri orang pulak!

Good.” Lega Harraz mendengarnya.

     ------------

Dahlah mintak tolong orang. Banyak songeh pulak tu. Dua muka surat kertas kajang diberi Harraz. Isinya tentang apa yang perlu dibuat dan pantang larang nak masuk rumah dia. Ingat nak masuk istana Agong ke apa?

Macam-macam syarat Harraz. Antaranya, jangan usik barang dia. Pastikan semua barang berada di tempatnya. Pastikan semuanya kemas bila dia dah balik nanti. Keadaan rumah dia, rahsiakan daripada orang lain. Maksudnya, hanya Nurin dan Harraz je yang tahu.

Itu boleh diterima lagi. Yang tak boleh blahnya adalah bila Harraz tulis, selesaikan masalah kalau ada awek Harraz datang cari dia. Yang ni buat Nurin bengang. Dia ingat aku duduk dalam rumah dia dua puluh empat jam? Ingat aku ni jaga? Bini dia?

Dan yang paling buatkan Nurin rasa nak gumpal kertas tu masuk tong sampah adalah bila terbaca, kena bagi makan Ouro on time. Nanti kena gastrik. Mula-mula tertanya-tanya siapa Ouro ni? Perempuan simpanan dia ke? Rupa-rupanya Ouro adalah kucing parsi Harraz berwarna oren keemas-emasan yang sangat cantik.  Harraz suka kucing? Mula-mula sumpah dia gelak. Tak percaya.

Ada ke cakap kucing kena gastrik? Kenapa tak tulis, bagi Ouro minum low fat milk sebab nak jaga jantung? Aku ingat orang si Ouro ni.

    -------------

Dalam lebih kurang pukul sebelas pagi, Nurin bertemu dengan Farhan di Pavillion. Farhan beria-ia mengajak dia keluar sebab nak cari hadiah hari jadi mamanya yang jatuh beberapa hari lagi. Ikutkan hati, malas Nurin nak menempuh jem jalan raya pagi-pagi macam ni. Tapi sebab Farhan yang merayu, akhirnya dia akur. Tak sampai hati nak kecewakan Farhan.

Dia seret sekali adiknya, Ariana yang kebetulan balik bercuti hujung minggu. Adiknya yang sorang tu memang, tak ajak pun nak ikut. Tak malu betul.

“Ayong, kawan kau belum sampai ke?” soal Ariana. Dah hampir sepuluh minit berlalu, tapi batang hidung kawan Ayong dia ni pun tak nampak.

“Kejap lagi sampailah tu. Ni kan KL. Macam tak biasa pulak,” jawab Nurin.

Mereka janji nak bertemu di depan pintu masuk. Terpaksalah tegak depan pintu orang keluar masuk ni. Lagipun dia rasa kejap lagi mesti Farhan sampai.

Sorry lambat. Susah nak parking.” Tak berapa lama lepas tu, Farhan muncul dengan nafas agak tercungap-cungap. Macam baru lepas lari.

Nurin senyum dulu.

It’s okay. Kami pun takdelah tunggu lama sangat. Farhan, ni adik saya, Ariana.” Nurin tak lupa kenalkan adiknya kepada Farhan.

Mereka berdua bertukar senyuman.

“Hai, Ariana.”

“Hai, abang Farhan.”

“Jomlah kita mula jalan,” ajak Farhan.

Farhan jalan dulu.

“Ayong.. kenapa kau tak cakap kawan kau handsome nak mati macam ni?” bisik Ariana.

Nurin senyum. Dah agak dah reaksi normal perempuan macam adiknya ni. Adiknya ni dahlah pantang tengok lelaki kacak. Mulalah nak jatuh semua benda. Huh.. budak-budak zaman sekarang.

“Perlu ke? Dah, behave. Kau jangan nak malukan aku pulak,” jawab Nurin. Malu kalau adiknya buat perangai. Pertama, mulut adik dia ni boleh tahan lepas. Kedua, adiknya ni memang tak tahu malu.

Nurin tarik tangan Ariana untuk jalan bersama. Nasib baik ada adiknya. Kalau tak mesti pelik bila jalan berdua dengan Farhan. Jumpa orang dia kenal karang, free je berita pelik-pelik sampai ke telinga umi dan abah.

   ---------

“Awak nak beli apa untuk mama awak, Farhan?” soal Nurin.

Hmm.. tak tahulah. Saya memang tak tahu nak beli barang apa untuk mama saya. Dia boleh tahan cerewetnya,” cerita Farhan.

Beli hadiah untuk mama tak sama dengan beli hadiah untuk teman-teman wanita dia. Kalau teman wanita, beli je apa saja. Asalkan mahal dan berjenama. Grenti diterima. Mama dia pulak jenama mahal pun, kalau tak kena gaya memang tak suka. Sebab mama dia ada segalanya.

“Tahun lepas dah beli baju. Tahun ni saya tak tahu nak beli apa.” Farhan agak buntu.

“Ada cadangan, Nurin, Ariana?” Farhan minta pandangan. Biasanya perempuan tahu perempuan suka apa.

Hmm… rantai?” Ariana memberi cadangan.

“Hari tu abang dah bagi sempena hari ibu.”

Handbag?” cadang Nurin pula.

“A’aa.. handbag. Rasanya mama dah lama tak beli handbag. Thanks, Nurin.”

Nurin senyum. “Welcome. So, kita nak masuk kedai mana?”

“Kita survey dulu. Awak tak kisah ke kita jalan banyak?”

“Tak kisah,” jawab Nurin. Macam tak biasa. Dia ni memang kaki window shopping.

“Ariana?”

“Ariana pun tak kisah. Seronok jalan-jalan dalam mall ni,” jawab Ariana. Tambah-tambah pulak jalan dengan lelaki handsome. Haha.

Satu kedai demi satu kedai yang dimasuki mereka. Dari pandangan Nurin yang melihat, gaya Farhan berurusan dengan jurujual boleh tahan hebat. Macam dah biasa beli barang untuk perempuan. Siap boleh diamkan jurujual lagi. Oo.. lupa yang Farhan pun punya ramai teman wanita juga. Pernah kantoi sekali dengannya.

Akhirnya mereka masuk balik butik Prada. Nurin pun suka tengok barangan Prada ni. Cantik-cantik. Secantik harganya. Tali beg je dia rasa dah cecah ratusan ringgit. Kalau satu beg? Hmm.. Memang mampu tengok je la.

“Nurin, awak rasa yang mana cantik?” soal Farhan. Meminta pandangan Nurin.

Nurin meneliti beg-beg tangan yang berada depan mata. Ada yang berada dalam kotak kaca, dan ada yang berada di luar kotak kaca. Hati Nurin berkenan pada satu beg tangan berwarna kelabu yang berada dalam satu kotak kaca.

Taste mama awak macam mana? Suka warna macam mana? Terang atau gelap?” soal Nurin dulu. Kena tahu citarasa mama Farhan dulu. Manalah tahu mama Farhan suka yang lip-lap lip-lap? Karang main beli, masuk almari je nanti. Tak pasal-pasal Farhan salahkan dia.

Anything nice. Tapi saya rasa bukan yang terang-terang kut. My mom bukan jenis yang suka dazzling macam orang muda.”

Hmm.. saya rasa yang ni macam cantik. Sesuai kut untuk mama awak,” kata Nurin. Jari ditunjukkan pada beg tangan berwarna kelabu itu.

“Kan, Angah?” Nurin minta pandangan adiknya pula. Adiknya lebih hebat ilmu dalam fesyen-fesyen ni.

“Cantik. Ariana pun fikir macam Ayong.” Ariana menyokong kata-kata kakaknya.

I think so too. Miss, boleh keluarkan yang ni tak?” pinta Farhan kepada jurujual perempuan itu.

Jurujual itu patuh. Dikeluarkan beg tangan itu dan diberikan kepada kaca. Di luar lagi nampak kecantikannya. Farhan meneliti setiap inci beg tangan itu.

How much?” soal Farhan.

RM3000. This is the latest design. Hot stuff in Italy but still don’t reach Malaysia. This is the only one our store has. In Malaysia. Next will be restocking in next month,” jawab jurujual itu.

Tiga ribu? Tak tertelan air liur Nurin dengar. Beg tangan tiga ribu weh! Sebulan duit gaji pun tak mampu nak bayar. Tolak makan minum, minyak kereta lagi. Takpelah.. pakai beg tangan beli kat uptown pun jadilah. Tunggulah tahun depan kut ya pun nak bergaya sakan.

Hmm.. takdelah mahal sangat.”

Takdelah mahal sangat? Berpandangan sesama sendiri Nurin dan adiknya. Kedua-duanya macam cakap, ‘hmm.. kau ada? Orang kaya. Biasalah.’ Sakit jiwa juga tengok orang kaya shopping ni. Szrapp sana, szrapp sini. Beg kertas penuh di tangan.

Tunggu orang bagi je la kalau nak beg tangan mahal ni. Siapalah sudi nak bagi dia nanti?

Farhan belek lagi sekali. Mana tahu ada cela di mana-mana tapi semuanya nampak sempurna.

Okay.. I’ll take it,” putus Farhan.

     --------------

Lepas penat berjalan, perut pun mula rasa lapar. Farhan ajak mereka makan di restoran Kampong Kraver.

“Awak berdua taknak beli apa-apa ke?” soal Farhan bila Nurin dan Ariana lebih selesa mengikutnya.

Nurin sengih dulu. Kalau dia beli barang kat sini, kayuh beca la balik ni jawabnya. Tak mampu nak bayar parking dan duit minyak sebab semua duit dah habis. Mimpi je la nak shopping kat sini. Tengah-tengah bulan pulak tu. Ekonomi tak berapa nak stabil. Buat cuci mata, tengok wayang tu, bolehlah.

“Takde. Tak rasa nak beli apa-apa pun kat sini,” jawab Nurin.

“Awak dan Ariana tengok la menu dulu. Hari ni saya belanja. Sebagai terima kasih sebab sudi temankan saya belikan hadiah untuk mama saya.”

“Eh.. awak nak ke mana tu?” soal Nurin pelik bila Farhan bangun.

“Beli something. Kejap je. Awak dan Ariana duduk sini, ya?”

Nurin dan Ariana angguk. Ke mana lagi Farhan nak pergi? Beli barang apa lagi?

“Dahlah handsome, baik, kaya pulak tu,” komen Ariana bila susuk Farhan menjauhi mereka.

Crocodylus niloticus,” balas Nurin. Spesis buaya dia bagi. Kenapalah lelaki yang bajet kacak ni mesti buaya?

“Perempuan mana taknak pakej macam tu? Yang tak playboy pun jadi playboy. Untungnya siapa jadi makwe dia,” kata Ariana lagi.

“Kau jangan nak menggedik kat sini. Aku bagi kau lunch dengan siku karang, nak?” garang Nurin marah Ariana. Gedik betul adik aku sekor ni.

“Ayong, apa lagi? Ayatlah. Bertuah kut kalau dapat. Senang hidup. Tiap-tiap bulan dapat handbag tiga ribu.” Mata dah jadi saksi macam mana sesenang itu duit terbang. Telan liur dia yang dengar.

“Jangan nak mengarut. Dah, jangan bukak mulut lagi. Farhan dah datang.” Sempat Nurin sound adiknya bila nampak Farhan yang senyum berjalan ke arah mereka bersama dua beg kertas. Berani Ariana bukak mulut lagi, memang siku dialah makan tengah hari budak tu.

   -----------

“Nurin, saya dengar awak jaga rumah Harraz sekarang ni. Betul ke?” soal Farhan ketika mereka sedang menikmati makan tengah hari mereka.

“Mana tahu?” soal Nurin. Sedikit terkejut.

“Harraz yang cakap. Dia cakap awak setuju nak jaga rumah dia.”

Lupa pulak yang mereka ni sepupu. Harraz cakap dia setuju? Amboi… dengar macam aku nak sangat jaga rumah mamat tu! Harraz tak cakap macam mana dia boleh setuju?

“Awak macam tak tahu pulak perangai sepupu awak tu macam mana. Diakan memang suka susahkan hidup saya.”

“Awak rela hati ke?”

“Dulu tak rela. Tapi dah reda. Nak buat macam mana? Saya dah setuju. Kena ikhlas. Kalau tak ikhlas karang, free je pahala terbang.” Nurin menjawab. Itu kenyataan. Tambah lagi, dia memang hutang budi dengan Harraz. Dia sepatutnya buat baik dengan Harraz.

This is why I like you, Nurin. Awak baik.”

Uhukk! Terbatuk terus Nurin. Terkejut dengan kenyataan Farhan. Farhan ni cakap tak tengok kanan. Tu.. Ariana dah pandang pelik. Kejap lagi, mesti kena soal siasat macam-macam.

Nurin buat-buat gelak. Tak senonoh betul gelak masa makan. Tapi, nak buat macam mana. Taktik nak hidup la katakan.

“Takdelah. Nak hidup. Kenalah baik dengan bos.” Farhan tak tahu kenapa dia tak boleh buat jahat dengan Harraz.

“Kalau macam tu, apa kata awak kerja dengan saya? Saya takkan buli awak macam Harraz.” Farhan berani mempelawa. Dah lama dia pasang niat untuk mengambil Nurin berkerja. Mesti hari-hari dia boleh jumpa Nurin.

Nurin ketawa dulu. Menarik juga tawaran Farhan. Boleh lari dari Harraz. Baik kerja dengan Farhan yang baik daripada Harraz yang asyik nak menyinga je dengannya.

“Awak nak bayar saya berapa? Kalau mahal, saya pergi tempat awak,” gurau Nurin.

I can pay more. Awak nak berapa?” Farhan serius.

Eh, serius pulak mamat ni!

“Saya gurau je la. Saya tak rasa nak tukar kerja sekarang ni,” jawab Nurin.

Memanglah Harraz tu suka buli dia. Tapi dia tak rasa nak tukar kerja semata-mata kerana Harraz. Macam budak-budak. Lagi pun dia dengan Harraz sekarang ni bukannya gaduh 24 jam.

“Bukan ke awak tak suka tempat tu?”

“Dulu tak suka. Sekarang dah suka. Saya ni seorang yang setia, tahu? Saya setia pada Harraz Holdings.” Sempat Nurin bergurau di hujung ayatnya. Tapi dia memang serius maksudkannya.

Dia suka Harraz Holdings. Staf kadang-kadang kerek tapi mereka cekap. Kerja berjalan selaju mulut melaser. Tapi hasilnya, perghhh.. terangkat! Itu yang dia kagum. Lagipun, dia sukakan team dia sekarang ni. Sedar atau tak, Harraz yang telah banyak menolongnya.

“Saya mula dari bawah, Farhan. Masa tu saya bukan siapa-siapa. Harraz yang banyak tolong saya walaupun mulut dia boleh tahan sinis. Walaupun dia macam terpaksa pada mula, tapi dia tetap tolong saya. Sebab tu saya kena setia dengan dia,” tambah Nurin lagi.

Oh, my! Nurin puji Harraz?

Hmm.. kalau awak dah cakap macam tu, saya tak boleh paksa,” jawab Farhan. Sedikit kecewa dengan pilihan Nurin. Nurin pilih Harraz.

   ------------------

“Nah, Nurin, Ariana, take this.”

Sebelum berpisah, Farhan menyerahkan satu beg kertas kepada Nurin dan Ariana.

“Apa ni?” soal Nurin balik. Teragak-agak menerima huluran Farhan.

Farhan senyum manis.

“Hadiah sebab sudi temankan saya shopping.”

Nurin buka beg kertas itu. Ada satu blouse biru muda yang dia sempat main-main masa tunggu Farhan tadi. Nampak cantik. Tapi, bila tengok harga, rasa nak menangis. Dia memang tak bercita-cita pun nak beli blouse itu.

“Tapi.. ni..”

“Ambik je, Nurin. Hadiah dari seorang kawan. Tolonglah jangan tolak. Saya tahu awak suka baju tu, kan?” potong Farhan.

“Terima kasihlah, Farhan.” Nurin akhirnya terima.

“Ariana, abang tak tahu taste Ariana macam mana. Abang beli je yang mana abang nampak cantik. Haraplah Ariana suka.”

“Eh, cantik, abang Farhan. Terima kasih ya.” Ariana gembira bila dapat hadiah.

“Terima kasih sebab sudi temankan abang Farhan shopping. Hmm.. saya balik dulu, Nurin. Kita jumpa lain kali ya?” Farhan minta diri.

47 comments:

  1. as always... u make me wants more.....

    ReplyDelete
  2. Woooowwww, semakin interesting novel nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pun cam saye... among 6 spies kat blog ni. hihih... ap2 pun thumbs up kat kak anjell. seronok!! tq kak anjell!!! nk lagi;)

      Delete
  3. wah ! X sbar nk tunggu N3 bru :D
    (Thumbs up)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih for new n3..awesome...

    ReplyDelete
  5. Best sangat2.Thank you Anjel. Good job.

    ReplyDelete
  6. Best! Thanks...
    Bila la nak loving2 nih...

    ReplyDelete
  7. X sabar nak peluk cerita nih..
    Thanz anjell
    Akan rindu nurin areesa lepas nih..

    ReplyDelete
  8. Best woooo.... Kempunan laa Farhan. Hehe

    ReplyDelete
  9. gaya farhan buat teman touching la hehehe

    ReplyDelete
  10. Walaupon takde kisah harraz sangat tetap bestt..tapi takkan kot farhan end up dengan ariana sebab tak dapat nurin.heheh..nice anjel!!eksperimen cinta dah 5 kali ulang..cepat la keluar sps n tpi ni..

    ReplyDelete
  11. bkn nurin je gelak..sya pn gelak..mcm2 la harraz ni..kucing pn blh da gastrik eh..hihi..tq sbb update nurin harraz...bezzz...

    ReplyDelete
  12. Haishhhh awat sikit na part harraz-Nurin....Hope org kat London tu akan mula rasa rindu kat Nurin la....

    ReplyDelete
  13. Tgh syok baca tiba2...aik dah habis dah.....nak lagi best3

    ReplyDelete
  14. Farhan pun sweet jgk kannn

    ReplyDelete
  15. tiba2 jatuh hati kat farhan. hehehe

    ReplyDelete
  16. Yeayyyy dah ada n3 baru..thanks anjell..suka jugak dgn farhan ni..adui playgirl sungguh saya ni..

    ReplyDelete
  17. Tak saba nak tau cerita selanjutnya

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Anjell dengan entri ni. Rasanya Farhan vs Harraz sama jer kot. Cuma mungkin Harraz lebih kacak dan hebat di mata2 perempuan lain. Kesian plak Nurin jadi orang gaji tak bergaji Harraz selama seminggu. Harap2 kesemua GF Harraz tak serang Nurin. Kalau Nurin kantoi pun biarlah dengan mummy Harraz. Mana tau boleh buat menantu.

    ReplyDelete
  19. Adess.. hilang plak komen panjang lebar saya tadi!

    Btw, dah taktau nak komen apa lagi melainkan rasa Anjel sangat best sebab rajin update smlm walhal last saya visit blog ni dekat pukul 1 pg da..tapi takde pape new entri masa tu. huhuhu. Thank you Anjel! awak memang best!

    Ermm.. nampaknya kisah Nurin-Harraz-Farhan ni dah menampakkan yang Nurin akan tetap pilih Harraz at the end. Sebab kalau skang pun dia tetap setia dengan Harraz Holdings, tak mustahil nanti dia akan pilih Harraz jugak dalam soal cinta (of course la pilih Harraz kan sebab dia Hero utama.hahaaha)

    My prediction utk next entri, Nurin kantoi dengan mummy Harraz.. atau mungkin Harraz balik lebih awal dari seminggu dan jumpa Nurin kat rumah. Pastu kantoi dengan gf / mummy Harraz..hee..

    ReplyDelete
  20. waaaaaaaaaaaaaaaaaah ... i love this story ..... nk lgi .. nk lgi ... hahaha ..

    ReplyDelete
  21. good n3 anjell….dah berkobar-kobar nak tunggu next n3..tamak betul mummy ni kan? hahahahahahaha

    ReplyDelete
  22. bab kali ni memang besttt...
    kalau Nurin pilih keje kt Farhan mahu rasanya Harraz bertumbuk ni...
    kalau harraz bayak bunyi bila Nurin dah tolong jaga rumah tu... cakap ja nak berhenti keje... hihihi... I nak keje dgn Farhan..

    ReplyDelete
  23. Best...xpi yg xbestnya dah nak habis..uhuk..uhuk...:((

    ReplyDelete
  24. Kalau nak buat pembaca berangin, create satu lg watak 3rd hero n nurin pilih dia..hahaha

    ReplyDelete
  25. Mmg best tp sayang bab harraz dgn nurin ckit sgt...next n3 buat yg sweet2 psl nurin dgn harraz ye.

    ReplyDelete
  26. best.. sis,nnti bukukan ye, ntah2 nnti msuk tv..mana tahu kan?

    ReplyDelete
  27. x byk kisah haraz dn nuri.....

    ReplyDelete
  28. Thanks Anjell,n3 x ni kurang watak harraz n Nurin but still best,Farhan pun macam dah nak masuk line tu..tapi tabik spring kat Nurin sebab kesetiaan yang tinggi terhadap Harraz Holdings.Rasanya mesti Harraz balik awal dari jadual tu..mungkin rindu kat Nurin..hehehe
    Sis

    ReplyDelete
  29. Bila nak ada kisah menduga kesabaran ni..contoh si harraz jeles dgn farhan ke..

    ReplyDelete
  30. Bila SPS nak kuar......uwwwwaaaaawawaaa

    ReplyDelete
  31. Adui si harraz ni..condo dia pn nak nurin gak kemaskan..ngada2 sungguh bila siap suruh nurin taicikan kalau gf2 dia dtg..x suka..x suka..x suka..

    ReplyDelete
  32. Kesian pulak kat farhan huhuhu

    ReplyDelete
  33. Nak lagi!! Nak lagi!!! Hehehehehehe

    ReplyDelete
  34. Masih x nampak lg yg harraz jatuh cinta dgn nurin...mungkin baru suka ke kot atau tercabar sebab nurin x heran dgn dia..maklum le jejaka pujaan perempuan malaya..

    ReplyDelete
  35. Assalamu'alaikum. Terima kasih anjell for the new entry. Rezeki Ariana dan Nurin dapat hadiah mahal. Entah apalah yang akan jadi bila Nurin jaga rumah tu. Nurin jaga rumah Harraz tu, dia x masuk ofis la kan? Waiting part mama Harraz dapat tahu Harraz kata Nurin tu tunang dia kat ex-girlnya dalam entri lepas. (^_^)

    ReplyDelete
  36. Dalam diri harraz ada watak aaron (EC). Tak sabar nak tunggu part feeling feeling.....

    ReplyDelete
  37. X sabar nak tunggu haraz balik dari london..mesti makin menarik kisah derang ni..

    ReplyDelete
  38. Tak puas baca. Pendek dari biasa.

    ReplyDelete
  39. this story is getting more interesting...(mood nak komen gune bahase mat salleh)

    ReplyDelete
  40. Menunggu dgn sabarnya episode seterusnya..thank you anjell..

    ReplyDelete
  41. Ermmmm....not bad la farhan.but still vote for harraz...waiting anjell.next n3 plss...nurin vs harraz

    ReplyDelete
  42. Ariana dengan Farhan kah?

    ReplyDelete
  43. Alo cian farhan.... Xpsl2 jd maid smntr hehe.. Jgn ade fitnh psl nurin ngn hrz sudh sbb nurin kuar msuk rmh hraz.... Kn eric or spe nth yg pnh ckp no one walk out virgin klo kuar dr rmh harz... Ayt pun da x igt camne anjel write ritu hihihi... Anjell thumbs up

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )