Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 14 September 2012

Eksperimen Cinta (TEASER 3)

TEASER 3 (LAST)

Ni teaser last untuk EC. Ada yang request nak saya jadkan teaser kali ni pasal 2 orang tu yang dah/sedang bercinta. Ni dia anjell dah bg entry baru.huhu.. Memandangkan ni dah last teaser, anjell panjangkan sikit entry ni. Panjang je?? Entahle.. Bolehla kut. Ahajs!! 
     
      Entry kali ni pasal surat yang Damia pernah tulis untuk luahkan isi hatinya sebelum dia kahwin dengan Tengku Aaron. Masih ingatkah anda?? Kalau tak ingat, ni dia saya dah selitkan isi surat tu.

Tengku Aaron… pejam mata nampak kau. Bukak mata pun nampak kau. Boleh tak cari satu sudut dalam dunia ni yang aku tak payah nampak kau? Muka punyalah kacak maut tapi ada perangai yang boleh bawak maut. Macam lanun hutan.. jembalang tanah.. Apa lagi yang aku nak describe mamat tu? Dahlah gila talak. Nak kahwin pun jangan jadikan aku sebagai mangsa. Ingat aku teringin sangat nak kahwin dengan kau? Kacang hantu punya makhluk Bumi. Sepatutnya spesis macam kau ni hidup kat Neptune. Dasar paramecium tak cukup flagella. Tak cukup monosodium glutamate punya homo sapien. Masa aku tulis menda ni, tahap tak puas hati aku dan tahap menyampah aku dengan kau dah sampai tahap infiniti. Dah sampai otak aku dah saturated dah nak fikirkan perkahwinan bodoh ni. tahu tak aku tertekan. Tertekan!! Kadang-kadang nak je aku doa biar kau tu tak pernah wujud atas Bumi ni..



----------

Malam tu Damia kena migrain teruk. Semuanya sebab dia tidur terlalu lama petang tadi. Sampai-sampai sakit belakang kepalanya. Yang paling bimbang pastinya Tengku Aaron. Tengok wajah pucat Damia pun dah buatkan hatinya risau. Damia terbaring di atas katil.

     “Mia, sakit lagi ke?” soal Tengku Aaron lagi.

      Dia panjat katil Damia. Kepala Damia dibaringkan di atas pahanya. Mahu mengurut kepala Damia. Damia dah tak berdaya nak melawan. Hanya mengikut je tangan Tengku Aaron yang pegang kepalanya.

   “Saya rasa nak muntah.”

     Tekak Damia tiba-tiba rasa loya habis. Isi perut bagaikan berebut-rebut nak keluar. Damia cuba menahannya. Cepat-cepat dia bangun. Tengku Aaron membantu Damia. Tubuh Damia terus dicempung untuk ke tandas.

     “Uwekk..” Dari luar bilik air, Tengku Aaron dapat dengar bunyi Damia muntah. Teruk sangat migrain Damia kali ni sampai-sampai boleh muntah.

     “Mia.. okay ke?” soal Tengku Aaron bimbang bila Damia terlalu lama berada dalam bilik air.

     Tak lama kemudian pintu bilik air terbuka. Wajah Damia begitu pucat. Lembik terasa kakinya. Nasib baik Tengku Aaron sempat menyambutnya. Lantas tubuh Damia dicempung balik ke atas katil.

     “Teruk ni, Mia. Kita pergi klinik, jom?” Tengku Aaron cuba memujuk Damia. Damia geleng kepala.

     “Kejap je ni. Biasanya lepas tidur dah lega,” jawab Damia. Bukannya dia tak pernah kena macam ni. Ni mesti migrain sebab terlalu lama tidur petang tadi, tambah pulak dia tak makan sejak pagi. Cuma dia tak cakap pada Tengku Aaron yang dia tak makan. Kalau tak, pasti kena bebel.

     “At least makan panadol dulu. Kejap.. abang ambilkan air.”
     Sekejap je Tengku Aaron menghilang. Beberapa minit kemudian, dia datang kembali bersama segelas air kosong dan juga sebungkus roti berperisa blueberry. Sebagai alas perut sebelum Damia makan ubat.

     “Nah, makan roti ni dulu.” Tengku Aaron mencubit sedikit roti itu sebelum disuakan di depan mulut Damia. Damia geleng kepala. Serius selera hilang.

     “Makan, Mia.”  Tengku Aaron memujuk. Lembut tapi tegas. Tapi cukup untuk buatkan Damia akur. Perlahan-lahan suapan Tengku Aaron disambutnya.

     Tengku Aaron tersenyum lega. Sekurang-kurangnya Damia nak juga makan.

     “Mana Mia letak panadol?” soal Tengku Aaron lagi.

     “Dalam handbag saya. Cuba la cari.”

     Tengku Aaron berdiri. Meja solek Damia dirapati. Beg tangan Damia diselongkar untuk mencari penadol. Damia pulak selesa berbaring sambil memicit kepalanya. Mata dipejam agar sedikit lega.

     Kenapa Aaron ni lama sangat nak cari ubat? Tak jumpa ke? Damia pelik bila beberapa minit berlalu tapi Tengku Aaron masih tak datang-datang lagi padanya. Damia buka mata. Tengku Aaron masih berdiri di depan cermin bersama handbagnya. Juga bersama satu kertas di tangan. Tengku Aaron macam tengah baca kertas itu.

     Kertas? Rasa macam kenal je kertas tu. Mata Damia terus membulat. Terus ingatkan sesuatu pasal kertas tu. Terkejut punya pasal, hilang sekejap migrainnya untuk 0.05 saat. Tu kan…. Gulp! Damia telan liur. Matilah aku. Mengamuk ke dia nanti?

     Tengku Aaron pandang Damia.

     “Macam ni sekali ke Mia tak sukakan abang?” Suara Tengku Aaron macam kecewa. Wajahnya pun sama. Buatkan hati Damia berdebar-debar. Saya bukannya tak sukakan awak la!! Nak je dia jerit tapi dia tak mampu.

     “Err… kertas tu dah lama.” Damia menjawab. Tak tahu Tengku Aaron percaya atau tak.

     Betul.. Kertas tu dah lama. Kertas tu adalah isi hatinya yang diluahkan masa kat kampung hari tu. Isi hatinya yang menyatakan betapa dia taknak kahwin dengan Tengku Aaron. Ala.. aku ni pun satu hal. Pesal la tak koyak je? Rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala mengenangkan kebodohan diri. Serius dia lupa yang kertas tu berkurun lamanya dalam tas tangannya.

     Tengku Aaron mengeluh dalam. Tas tangan serta kertas itu diletakkan balik ke atas meja solek. Dia merapati Damia dengan satu papan panadol.

     “Nah.. makan ubat ni. Biar lega sikit kepala tu.” Tengku Aaron menyuakan air kosong itu kepada Damia.

     Dia panjat katil Damia. Ingin mengurut kepala Damia.

     “Pasal surat tu, saya..”

     “Dah.. tidur, Mia. Mia kena banyak rehat.”

     Damia tak jadi nak teruskan kata-kata. Cukup tak selesa rasa sekarang ni. Dia pandang Tengku Aaron. Tapi, Tengku Aaron hanya mengurut-urut kepalanya tanpa senyum pada wajahnya. Buatkan Damia makin susah hati. Tengku Aaron marah ke? Ke sebab dia sakit maka Tengku Aaron tak jadi nak marahkannya?

     Tapi.. dia rela Tengku Aaron mengamuk atau marah padanya daripada Tengku Aaron yang keruh wajahnya seperti berkecil hati dengan kelakuannya. Damia rasa sangat berdosa. Tengku Aaron dah salah sangka ni!

     Damia pejam mata dengan hati gundah-gulananya. Hatinya betul-betul rasa bersalah. Tengku Aaron merajuk ke? Marah ke? Apa nak buat ni?

     -------------

Sah Tengku Aaron merajuk. Sepanjang perkahwinan mereka, inilah kali pertama Tengku Aaron merajuk dengannya. Damia susah hati bila kenangkan Tengku Aaron. Macam mana ni? Nak kena pujuk ke? Dia tak reti la nak pujuk-pujuk orang ni.

     Semua salah kau, Mia. Bila Aaron merajuk, kau pulak yang tak senang duduk.

     Pagi ni Tengku Aaron tak bercakap satu patah perkataan pun dengannya. Bila nak breakfast pulak, Tengku Aaron tinggalkannya tanpa menyentuh air tangannya. Pertama kali Tengku Aaron tak breakfast di rumah. Dia kecik hati, tapi dia tahu Tengku Aaron lagi kecik hati dengannya.

     Apa nak buat ni? Damia fikirkan cara. Nak pujuk Tengku Aaron ke? Tapi macam mana? Haish… tak pernah-pernah dia pujuk anak teruna orang merajuk.

     ---------------

Tengku Aaron mengeluh berat. Perutnya ditekan. Laparnya.. Jam tangan dijeling sekilas. Baru pukul 8.00 pagi. Memang awal sangat. Pertama kali dia tiba seawal itu. Staffnya pun masih ramai yang belum datang. Awal sangat sampai-sampai pak guard yang tengah jaga kat bawah pun boleh ternganga tiga saat.

     Kriukk… Perutnya berbunyi lagi. Semuanya sebab dia tak makan breakfast tadi. Pertama kali dia tak sentuh breakfast yang dibuat Damia. Bukannya apa. Sengaja dia lancarkan mogok lapar. Kononnya nak merajuk dengan Damia pasal semalam. Tapi, nampak gayanya mogok yang memakan diri. Dah la dia tu ada gastrik. Janganlah gastrik dia menyerang pagi ni.

     Bila sebut pasal semalam, serius dia cakap dia tak kecik hati langsung. Err.. tak kecik hati langsung ke? Okay… dia kecik hati sikit. Tu pun sebab terkejut. Panjang lebar Damia mengata dia. Terkelu jugak dua millisecond. Tapi tu pun kejap je sebab Damia tengah sakit. Dan dia masih ingat janjinya yang menyatakan apa-apa yang terjadi sebelum perkahwinan mereka kalau sekadar untuk menggoyahkan hubungan mereka, dia akan lupakan.

     Bukannya apa lancarkan mogok. Saja je nak merajuk sayang dengan Damia. Asyik dia je yang memujuk Damia sebelum ni. Sekarang ni nak jugak dia rasa kena pujuk dengan isteri sendiri. Nak jugak dia tahu macam mana cara Damia pujuk suaminya. Boleh cair ke Tengku Aaron nanti?

     Kau tu, Aaron. Tak perlu Damia bentang skrip sepuluh kajang kertas. Cukup hanya Damia senyum, tu pun dah cair la.

     Tengku Aaron gelak sendiri. Betul.. betul.. setuju dengan suara hatinya.

     Tapi, cair tak cair, perut ni rasa laparlah. Tak boleh jadi ni. Silap perhintungan memang boleh kena gastrik. Tengku Aaron bangun sebelum melangkah keluar biliknya. Tentu Adam yang akan diheretnya. Adam dah makan ke belum, memang dia akan heret Adam jugak.

     “Oh.. pagi, Tengku.” Salah seorang pekerjanya terkejut melihat Tengku Aaron. Terkejut sebab Tengku Aaron tak pernah sampai ke pejabat sepagi tu.

     Tengku Aaron cuma tersenyum hambar sebelum mengangguk kepala sebagai tanda hormat.

     “Adam dah datang tak?” sempat Tengku Aaron bertanya.

     “Dah.”

     Hmm… baguslah!

     “Thanks..”

     Belum sempat Tengku Aaron melangkah ke bilik Adam, lelaki itu terlebih dahulu keluar. Macam tahu-tahu pulak Tengku Aaron mencarinya.

     “Good kau dah datang, Dam. Jom.. teman aku breakfast.”

     Terus tangan Adam ditariknya. Adam tak sempat berkata apa-apa bila diheret sahabatnya tu. Pelik jugak. Rasanya dah lama kawannya tu tak makan breakfast kat luar. Rasanya tak pernah sepanjang kahwin.

     ---------

Adam tenung kawannya yang sedang makan mee goreng itu. Lapar benar gayanya macam tak makan setahun. Dia pelik. Damia tak bagi makan ke? Ke kawan isterinya tu lari lagi? Kalau betul Damia lari lagi, dia rasa dia perlu cadangkan kat Tengku Aaron supaya beli tali dan ikat Damia.

     “Kau tak makan ke Dam?” Tengku Aaron bertanya pada Adam yang hanya memesan teh panas. Adam geleng kepala.

     “Aku dah makan rumah ibu aku la. Dah kenyang ni, tahu tak?”

     “Oo.. kau balik rumah ibu kau ke?” Adam angguk. Kemudian dia pandang Tengku Aaron lagi.

     “Anyway, kau pesal makan luar hari ni? Bini kau tak bagi makan ke?”

     “Aku sekarang ni dalam mood merajuk ni, tahu tak? Sengaja aku tak makan breakfast kat rumah tadi.”

     Adam ketawa lepas Tengku Aaron habis bercerita. Oo.. merajuk!

     “Merajuk sangat la kan sampai-sampai makan macam orang kebulur je aku tengok.” Adam ketawa lagi. Merajuk tak kena tempat.

     “Tunggu Mia pujuk kau la ni?” soal Adam. Tengku Aaron sengih. Haruslah.. Bukanke tujuan merajuk adalah untuk dipujuk. Iya tak?

     “Dia tahu kau merajuk ke? Kalau dia taknak pujuk macam mana? Kau pun tak tahukan hati dia macam mana lagi?” Adam cuba menakutkannya.

     “Aku yakin dia akan pujuk aku.” Tengku Aaron membalas yakin.

     “Yakin nampak?”

     Tengku Aaron mengelap bibirnya dengan tisu lepas habis makan. Air teh o limau yang masih belum terusik diteguk sampai habis.

     “Mestilah. Sebab aku kenal siapa Damia. Hati dia lembut. Lagipun, dia sayang aku.” Tengku Aaron sengih. Macam yakin sangat Damia sayangkan dia.

     “Dahlah.. jom balik. Kenyang dah.” Tengku Aaron sengih lagi. Adam geleng kepala.

     ---------------

“Err… siapa Tengku Aaron Shah?”

     Tengku Aaron berpaling bila melihat seorang lelaki sedang bercakap dengan salah seorang pekerjanya menyebut namanya. Di tangan lelaki tu ada sejambak bunga.

     “Tu dia Tengku.” Pekerjanya menunjukkan ke arah Tengku Aaron yang baru masuk bersama Adam.

     “Tengku Aaron Shah?” Lelaki itu meminta kepastian di antara kedua-dua lelaki segak di depannya.

     “Saya Tengku Aaron Shah,” jawab Tengku Aaron.

     “Saya Adam Hariz.” Adam sengih.

     “Dia cari aku la, sengal. Bukan kau.” Adam ketawa. Tahu.. saja nak menyibuk. Joke pagi-pagi ni pun tak boleh ke? Serius maut la kawan aku ni. Emo.. mentang-mentang merajuk dengan bini dia.

     “Ada penghantaran bunga untuk Tengku.” Lelaki itu menunjukkan bunga di tangannya.

    “Untuk saya?” Tengku Aaron dah terlopong.

     Adam dah gelak sakan. Para pekerjanya juga turut berpandangan sesama sendiri. Semuanya macam tertanya-tanya bila bos mereka dapat bunga. Nampak gayanya pemberita TV3 harus dijemput untuk berita hangat ni. Letak tajuk, “Pecah Rekod: Lelaki Pertama di Triumph Air Terima Bunga adalah CEOnya Sendiri..”

     “Sure untuk saya?” Tengku Aaron meminta kepastian.

     Lelaki itu angguk.

     “Tengku boleh tandatangan sebagai tanda Tengku dah terima?” Lelaki itu menyerahkan satu kad kepada Tengku Aaron.

     Tengku Aaron teragak-agak untuk menandatanginya. Sebab dia mana pernah dapat bunga sepanjang dia hidup ni. Yang ada, dia yang bagi bunga kat orang. Haish.. siapa pulak yang bagi bunga ni? Terlintas satu wajah dalam benaknya. Rasa-rasanya dia boleh agak siapa. Hatinya tersenyum sendiri.

     “Thanks.” Lelaki itu berlalu pergi.
     Tengku Aaron  menilik-nilik bunga yang berada dalam tangannya. Cari kad. Dia membacanya. Tersenyum. Damia.. Damia..

     “Pink carnations? Pink?” Adam gelakkannya. Lelaki dapat bunga pun dah tak macho. Dapat warna pink lagilah tak macho kuasa dua. Tapi dia dah tak peduli bila dah tahu siapa penghantarnya.

     “So what? Cantik apa?”

     Tengku Aaron pandang bunganya lagi. Kalau Damia yang bagi, bunga tahi ayam pun tak kisah. Bagi pasu bunga je pun takpe. Memang dia akan sengih sampai tengah hari agaknya. Tengku Aaron berjalan ke biliknya dengan bunga di tangan. Tak peduli dah dengan Adam. Tak peduli dah dengan semua orang yang pandang pelik padanya.

     Adam geleng kepala. Dah boleh agak dah siapa pengirimnya kalau senyum sampai telinga macam tu. Hai.. dah nak terpujuk la tu! Aaron.. Aaron..

     -----------

Bilik itu sepi tak bersuara. Yang dengar hanyalah bunyi pensel kayu yang terlakar pada sekeping kertas dan sesekali bunyi pemadam yang bergesel dengan kertas. Damia pandang pada lukisannya. Berkerut keningnya meneliti setiap kelemahan pada lukisan itu.

     Tak lama kemudian, tangannya kembali ligat melakarkan kembali apa yang ada dalam kepalanya. Apa-apa pun terjadi, lukisannya mesti siap hari ni jugak. Mesti!

     Pintu bilik diketuk.

     “Assalamualaikum. Boleh saya masuk?” Damia pandang pintu. Hmph.. Suraya rupanya.

     “Weh, buat apa?” soal Suraya lepas duduk di depan Damia. Pelik bila sahabatnya tu langsung tak keluar bilik hari ni. Sibuk sangat nampaknya.

     Suraya pandang lukisan Damia.

     “Hmph… patutlah busy sangat. Busy melukis gambar hubby dia rupanya.” Suara Suraya menyindir Damia. Punyalah khusyuk melukis. Ingatkan lukis bangunan ke apa.

     Lukisan itu ditarik. Hmm… sempurna. Suraya tenung lukisan tu macam sedang menilai berapa bintang yang harus diberikan kepada Damia.

     “Handsome.” Suraya puji selamba. Kenyataan yang memang tak boleh nak tolak.

     “Lukiskan aku satu, boleh?” usik Suraya.

     “Weh.. laki aku tu!”
     Suraya ketawa. Tahu pun jelous. Damia mencebik. Sibuk je si Su ni.

     “Alah… bukannya dia sorang je yang ada muka macam ni, kan?” Kata-kata Suraya macam misteri. Damia kerutkan keningnya. Cuba mencerna kata-kata Suraya.

     “Memanglah.. Abang Rean, kembar dia.” Damia teringatkan kembar Tengku Aaron. Suraya senyum.

     “Kau senyum ni, kenapa?” Damia curiga. Dahlah tiba-tiba keluarkan pasal Tengku Andrean. Senyum-senyum pulak tu. Musykil.. musykil..

     “Nak senyum pun tak boleh ke? Aku cuma rasa pelik bila kau tiba-tiba lukis gambar Aaron ni. Kenapa?” Suraya alih topik.

     “Adalah.. bukan urusan kau.” Damia sengih.

     Mana mungkin dia cakap kat Suraya yang dia lukis gambar tu sebagai satu strategi nak pujuk Tengku Aaron. Kemuncaknya malam ni. Haha.. Dia akan pastikan yang Tengku Aaron takkan marahkannya lagi. Menjadi ke strateginya ni? Arghh.. cuba la dulu.

     -------------------

Damia pulang agak awal hari ni untuk memasak makan malam. Dia dah rancangkan mahu masak apa malam ni. Mestilah lauk kegemaran Tengku Aaron. Tom Yam kaw-kaw punya. Tapi.. satu je yang dia tak tahu. Tengku Aaron balik awal ke tak hari ni. Minta-mintalah jangan balik lambat hari ni. Kalau tak, hancur programnya.

     Lebih kurang pukul 7.00 malam, kedengaran bunyi enjen kereta Tengku Aaron. Damia tarik nafas lega.

     “Awak dah balik?” Damia menyambut kepulangan Tengku Aaron.

     “Emm..” hanya itu yang dibalas Tengku Aaron. Dia terus naik tangga.

     Huh.. marah lagi nampaknya? Damia sedikit kecewa.

     Lepas isyak, Damia mengetuk pintu bilik Tengku Aaron. Ingin mengajak Tengku Aaron makan malam. Tengku Aaron langsung tak keluar bilik sebelum tu. Buatkan hati Damia makin rasa bersalah. Naik lenguh tangan Damia mengetuk pintu, tapi tetap tak berjawab.

     Apa nak dibuat ni?

     “Aaron.. awak marahkan saya lagi ke?” tanya Damia dari luar pintu. Senyap. Damia mengeluh.

     Tengku Aaron keluar dari bilik air bila mendengar pintu biliknya diketuk beberapa kali. Baru je dia nak pulas tombol pintu, dia melihat di bawah pintunya bagaikan satu kertas ditolak masuk ke dalam biliknya. Dia tak jadi nak bukak pintu.

     Kertas? Tengku Aaron tunduk mengambilnya. Tulisan Damia.

     Awak marahkan saya lagi ke? Saya minta maaf. Bukaklah pintu..

     Tengku Aaron tersengih sendiri bila membacanya. Macam budak-budak. Kemudian, kertas kedua ditolak masuk ke dalam biliknya.

     Saya boleh explain pasal surat tu. Bukak pintu. Please..

     Tengku Aaron tergelak sendiri. Tapi cuba ditahan supaya Damia kat luar tak dengar. Nampaknya Damia nak main balas-balas surat dengannya? Okay.. kita layan. Tengku Aaron mengambil pen dan buku kecilnya. Dia duduk bersila di depan pintu. Sekarang ni, cuma ada pintu yang memisahkan kedudukan mereka berdua.

     Abang sedih dengan Mia.. L

     Kertas itu ditolak keluar. Damia nampak. Haish.. balas-balas surat pulak dah? Sekurang-kurangnya ada respons. Kertas itu dibacanya. Cewah.. smiley siap! Dia tulis lagi.

     Saya minta maaf sangat-sangat. Surat tu dah lama la. Bagila peluang
   untuk saya explain. Awak bukak la pintu.

     Tengku Aaron tersengih sendiri. Di setiap surat Damia, mesti akan ada pujukan supaya dia bukak pintu.

     Abang tak merajuk la, sayang. Abang bukannya taknak bukak pintu. Tapi, abang dalam toilet tadi. Apalah.. mesti Damia dah salah sangka. Sekarang ni pulak, memang dia sengaja taknak bukak pintu lepas dapat surat daripada Damia. Sengaja nak lancarkan perang psikologi.

     Explain apa lagi? Dulu Mia bagi nama abang kat kambing. Sekarang
     ni macam-macam Mia kata abang. Cakap je la yang Mia memang
     tak suka abang, kan? Mia memang tak pernah sayang abang, kan?

     Kali ni Tengku Aaron buat ayat touching sikit. Hehe.. Sengaja nak gundah-gulanakan hati Damia. Surat itu ditolak keluar bilik.

     Damia mengambilnya? Haish… Tengku Aaron sedih sangat ke? Damia gigit bibir bawahnya. Memikirkan ayat yang paling sesuai untuk dikarang kepada Tengku Aaron.

     Jangan la cakap macam tu. Masa tu tak sayang.. Kalau nak tahu,
     awak bukaklah pintu ni.

     Masa tu tak sayang. Wah! Menarik ni.. Tengku Aaron sengih sendiri. Kalau masa tu tak sayang, macam mana sekarang ni? Laju tangannya menulis apa dalam kepala. Kertas itu ditolak keluar.

     Kalau masa tu tak sayang, habis tu macam mana sekarang ni?

     Damia gigit bibir bawah lagi. Apa nak jawab ni? Damia betul-betul tak tahu nak jawab apa. Ambik kau, Damia. Cakap macam-macam lagi. Lain kali susun ayat betul-betullah! Tak pasal-pasal sekarang ni rasa terjerat. Apa mahu cakap ni? Damia cuba susun ayat dalam kepalanya.

     Kalau masa tu tak sayang, maksudnya saya sayang la sekarang ni…

     Hish.. tak boleh.. tak boleh… Direct sangat la pulak. Damia potong apa yang ditulis.

     Dulu lain, sekarang lain.. tu pun tak faham-faham lagi ke?

     Damia potong lagi. Macam kasar pulak bunyinya.

     Damia fikir lagi. Tapi, terkejut sakan dia bila pintu bilik Tengku Aaron terbuka dari dalam. Damia yang sedang duduk bersila terus bangun. Terus gagap kalau Tengku Aaron depan mata. Pasal apa pulak mamat ni nak keluar masa ni?

     Tengku Aaron bersandar pada pintu sambil bersilang tangan. Mukanya selamba. Tak marah. Tak jugak senyum. Tapi, dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa dia nak ketawa melihat Damia yang macam pesalah je mukanya. Tengku Aaron cuba kawal saraf mulut agar tak tersenyum.

     Penat menunggu dalam bilik, akhirnya Tengku Aaron membuka pintu. Lama sangat la Mia ni.

     “Abang dah bukak pintu. Apa yang Mia nak explain?” Tengku Aaron berkata serius. Damia ditenungnya.

     Damia diam. Mahu karang ayat apa ni? Nafas ditarik dalam-dalam.

     “Pasal surat tu, saya tengah marah masa tu. Macam yang pasal kambing hari tu, saya tulis sebab nak lepaskan rasa hati. Tu je.. saya pun tak ingat dah yang surat tu ada dalam handbag saya. Dah lama dah.” Damia menjelaskan kepada Tengku Aaron.

     “So?” tanya Tengku Aaron selamba. Macam tak kisah apa yang nak dikata Damia. Muka masih bajet merajuk sayang.

     “Dulu lain. Sekarang lain..”

     “Apa yang lainnya?” soal Tengku Aaron.

     “Dulukan saya takde perasaan apa-apa. Dulukan rasa marah. Dulukan tak sayang..”

     “Dulu tak sayang? Sekarang ni?” Kali ni Tengku Aaron tersenyum nakal. Muka Damia dah merah.

     “Sekarang ni.. macam tu la.” Damia pandang tangga. Tak sanggup rasanya nak cakap. Malu! Muka pun dah rasa macam colour traffic light masa tengah berhenti dah.

     “Macam mana apa?” Tengku Aaron buat-buat tak tahu. Tapi bibirnya tersenyum nakal. Nasib baik Damia tak nampak senyumannya.

     “Kalau dulu tak sayang, maksudnya sekarang ni berlawanan dengan tak sayang.” Damia masih putar-belitkan fakta.

     Tengku Aaron nak tergelak mendengar kata-kata Damia. Tapi cuba ditahannya.

     “Abang faillah sinonim antonim ni. Abang tak tahu. Kalau berlawanan dengan tak sayang tu apa?” Tengku Aaron buat-buat tak tahu. Dia mahu dengar daripada mulut isterinya sendiri.

     “Kalau dulu tak rasa sayang. Sekarang ni dah rasa sayang,” kata Damia perlahan. Tunduk habis dia sebab terlalu malu. Makin lebar senyum Tengku Aaron.

     “Mia cakap apa? Abang tak dengarla.” Tengku Aaron sengaja mengusik Damia. Damia gigit bibir bawahnya.

     “Kalau dulu tak sayang, sekarang ni dah sayang.” Damia kuatkan suaranya.

     Tengku Aaron ketawa lepas. Cukup gembira dengan luahan hati isterinya yang sememangnya ditunggu-tunggu selama ni.

     “Mia nak abang maafkan Mia ke?” soal Tengku Aaron sambil sengih.

      Damia angkat muka sebelum angguk. Aik… cakap sayang terus baik? Tapi.. kira okaylah daripada menghadap Tengku Aaron yang merajuk. Tak tenang hidup. Dia baru sedar yang dia rindukan senyuman dan lesung pipit Tengku Aaron.

     “Tapi abang ada syaratnya.” Tengku Aaron mula tawar menawar.

     “Apa dia?”

     “Abang cuma akan maafkan kalau ada orang peluk abang.” Tengku Aaron depakan tangannya.

      Ewah… nak peluk siap? Damia teragak-agak. Segan!

     “Err.. nak saya panggilkan pak cik jaga ke?”

     “Mia…” Tengku Aaron geram. Sempat lagi Damia nak berloyar buruk dengannya?

     “Ya la.. ya la..” Damia mengalah.

    Perlahan-lahan kakinya merapati Tengku Aaron. Kemudian, kedua-dua tangannya perlahan-lahan memeluk Tengku Aaron. Malu tak malu, buat muka toya dah. Tengku Aaron terus menarik Damia erat ke dalam pelukannya. Gembira!

     “Abang pun sayangkan Mia.”

     Damia angkat muka pandang Tengku Aaron. Senyum manis terukir pada bibir merah itu.

     “Awak dah tak marahkan saya?” soal Damia.

     “Mana pernah abang marahkan Mia la. Abang tak ambil hati pun dengan apa yang Mia tulis hari tu. Abang saja je nak uji Mia. Saja nak Mia pujuk abang. Asyik abang je yang kena pujuk Mia,” jelas Tengku Aaron.

     “Anyway, kalau Mia pakai baju macam semalam nak pujuk abang, lagi abang suka.” Tengku Aaron senyum mengusik.

     Makin merah muka Damia. Taknak ingat dah pasal baju tu. Malu kut!

     “Huh.. kalau macam tu, awak sambung la rajuk awak tu. Tak ingin saya nak pujuk awak.” Damia berkata geram. Tangan menolak dada Tengku Aaron. Tapi Tengku Aaron terlebih dahulu menarik Damia ke dalam pelukannya.

     “Okay.. abang mintak maaf. Jangan la merajuk, sayang.” Dalam beberapa minit je, semuanya dah terbalik. Dia pulak yang pujuk Damia yang merajuk.

     “Satu je abang tak faham pasal surat tu? Seharian abang fikirkan benda tu.” Tengku Aaron tayang muka bingung.

     “Apa dia?” Dada Damia berdebar. Apa lagi yang tak kena dengan surat tu? Dia ada cakap yang teruk-teruk ke? Ada keluarkan nama lelaki lain ke? Dia sendiri tak ingat apa yang ditulisnya sebab dah lama sangat.

     “Paramecium tak cukup flagella tu apa?”
     Damia ternganga. Perlu ke Tengku Aaron tanya dia pasal benda tu?

     “Tak kenal Paramecium tu apa?” soal Damia. Dengan muka yang penuh tak bersalah, Tengku Aaron geleng.

     “Awak cari sendiri. Google paramecium tu apa. Mengarut je awak ni, kan? Ingat ke apa tadi. Berdebar-debar saya sebab takut awak salah faham lagi.” Damia berkata geram.

     Tengku Aaron sengih.

     “Jom turun makan. Saya masak special untuk suami saya yang merajuk ni.” Damia jeling manja kepada Tengku Aaron.

     Tengku Aaron sengih. Baguslah… perut dia pun dah lapar ni.

     -------------

Tengku Aaron makan dengan berselera sekali. Kan dah cakap. Tom Yam yang dibuat Damia pasti buat dia terangkat. Sedap gila! Satu periuk dia sanggup hirup.

     “Sedap?”

     Tengku Aaron angguk. Jangan ditanya, Damia.

     “Saya ada satu hadiah untuk awak.”

     “Hadiah? Bunga lagi?” Tengku Aaron senyum mengusik.

     Menggeleng kepala dia bila membaca kad yang ditulis Damia pagi tadi. Kelakar. Macam mana la Damia boleh terfikirkan ayat macam tu?

     “Bunga yang cantik, untuk lelaki yang handsome yang selalu tersenyum, hah?” Tengku Aaron mengajuk kata-kata yang tertulis atas kad itu.

     Damia gelak.

     “Kali pertama perempuan bagi abang bunga. Kalau sebelum ni abang yang selalu bagi perempuan bunga.” Tengku Aaron ketawa lagi bila teringatkan bunga teluki pink yang dikirim Damia.

     “Anyway, kenapa bagi pink carnations?” Tengku Aaron ingin tahu.

     “Err… sebab saya tahu bunga apa yang sesuai dan saya tahu lelaki tak suka bunga, so saya bagilah pink carnations. Bunga tu favourite saya.” Damia sengih. Apa daa.. Bagi bunga kat orang pakai bunga kegemaran sendiri ke?

     “Oo.. ya ke?” Tengku Aaron baru tahu. Dia tak pernah tahu bunga kegemaran Damia. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

     “Macam yang Khalysq bagi hari tu, kan? Nampaknya dia lebih tahu kegemaran Mia daripada abang.” Tengku Aaron tayang muka sedih.

     “Apa awak ni. Tu kan dah berlalu. Kita dah kosong-kosong hari tu, kan?” pujuk Damia. Tengku Aaron senyum dalam hati. Nampaknya Damia dah maju sekarang ni. Dah boleh nak pujuk-memujuk dah.

     “Apa hadiah abang?”

     “Saya taknak tengok Tengku Aaron yang sedih, marah atau berserabut..”

     “So?”

     “Saya cuma nak tengok Tengku Aaron yang macam ni.”

     Damia keluarkan satu kertas dari bawah meja sebelum ditunjukkan pada Tengku Aaron. Tengku Aaron memandang lukisan itu. Tersenyum sendiri. Sebijik macam yang ada dalam lukisan itu.

     “Hmm.. handsome, kan?” Tengku Aaron perasan sendiri. Damia mencebik. Malas nak jawab soalan yang memang dah tahu jawapannya.

     “Thanks, sayang. I love it.”

     Tengku Aaron senyum lagi. Tak puas memandang lukisan Damia. Apatah lagi pandang potret sendiri. Ahaks.. makin tak puas. Damia memang berbakat. Halus seninya. Bila potretnya dilukis oleh isteri tersayang, memang rasa sayang yang teramat pkepada lukisan itu.

     “Bila Mia lukis?”

     “Pagi tadi. Gigih tahu semata-mata nak gembirakan hati orang yang tak merajuk tapi buat-buat merajuk ni.” Dia jeling Tengku Aaron.

     Tengku Aaron ketawa. Bahagia.

     “Sorry.. tapi berbaloi jugak sebab dapat dengar orang tu sayang kita.” Damia malu campur geram. Laju tangannya mencubit pinggang Tengku Aaron.

     “Adoi..” Tengku Aaron menggosok pinggangnya. Tu la.. cari pasal lagi.
     Tengku Aaron cuma sengih sebelum sambung menghirup tom yam buatan Damia.



****SEKIAN UNTUK TEASER..HOPE ULL ENJOY THIS ENTRY.APA2 TYPO HRP MAAF.. KALAU XBEST ENTRY NI, HARAP MAAF..HUHU..SEGALA KOMEN DAN SOKONGAN ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAI..HUHU..TQ

77 comments:

  1. sangat cuteeeeeeee...sangat cuteeeee....hehehe....

    ReplyDelete
  2. wooow ... dorang dh baik ye ... sayang & sayang, suke le!
    hmm ... tapi masih x sebilik ke?... ayooooyoo
    sgt suka bila Damia dh berani cakap sayang
    Aaron pon dh sayang ...
    suke suke suke .....

    ~sayang A&D~

    ReplyDelete
  3. Comel sgt dua2 org ni. Tp lmbtnya progress nk jd suami isteri yg sebenar2nya. Dh syg tp masih Tidur asing. Huhuhu. Btw bila EC nk keluar? X sbr nk beli.

    ReplyDelete
  4. love it very much ! terbaeeek . Anyway , thanks bab kuar kan teaser nih . cepaad2 siap kan manuskrip . x sabaa nak tunggu novel nih kuaar .

    ReplyDelete
  5. Best!!! lambtnye nak tggu November huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. november baru nk anta manuskrip la yang..kalau dah publish maybe awal thn dpn kut...wallahualam...

      Delete
  6. tiap2 hari jenguk sini kot2 ada n3 story iz & sha, tp ada si aaron & damia.. wah teruja sgt2.. mcm dpt bonus gitu... anjell bila nak kuar novel ni... dah lama menanti tau... suruh publisher kuarkan cepat2 ye..

    ReplyDelete
  7. wahhh... like it soooo much!!! dah sayang menyayang la damia dgn aaron... love it...

    ReplyDelete
  8. anjell SPS bila nk update??lma dh tnggu

    ReplyDelete
  9. Waahbhhhhhhhhh So sweet !!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. so sweet aaron & damia...
    x sabar nak tunggu sambungan SPS...

    ReplyDelete
  11. Sweet je aaron bahasakn diri dia "abang"...
    Damia dh mula sayangkn aaron...
    Best2!!!

    ReplyDelete
  12. kan dah cakap mesti si Aaron yang jatuh hati pada Damia dulu...
    so sweetttt aaron dan damia ni....
    rindu kat Sya dan Izz...... sambungggg....

    ReplyDelete
  13. wahh, so sweet dorg ni_ publish november kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahualam...november ni baru janji nk anta manuskrip penuh la...publish maybe taon dpan kot..huhu

      Delete
    2. lamanya tunggu sampai thun dpn...x sabar ni...di sabah skrg jualan buku paling laris adalah dr penerbit PF dan KS...mostly novel yg ada publish e-novel/blog/penulisan2u..saya harap sgt novel EC dari angel sempat saya beli nti...

      Delete
  14. lme nyee tnggu entri sps ........ :')

    ReplyDelete
  15. so sweet x sabar nak beli novel ni

    ReplyDelete
  16. ohhhh my ..... siapa ni??? tengku aaroon ke?? mamat hati batu tu.... kyahhhh giler sweet.... brbaloi memang brbaloi

    ReplyDelete
  17. yes yes yes....finally kuar jgk teaser ec nie..thanks kak Anjell...bestttt....ble novel ni kuar insya-Allah sy bli.... gud luck utk kat kak Anjell....ikhlas dr..pembace setia blog Anjelllayan...ahakss...

    ReplyDelete
  18. baru je baca....terubt jgk rindu kt Damia dng Aoron..thnks AnjelLayan...sabr je la dulu...dpt bce full lg syok...info bile dh kuar nnti...

    ara

    ReplyDelete
  19. cuma nak komen satu je bila cite Damian dgn Tengku ni
    nak keluar dipasaran dh tak sabar dah nk baca.

    ReplyDelete
  20. haaaaaaaaaaaaaaaaa.... sweeeeeet!! bleh kne diabetes nie.... XD
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  21. hahaha.... best giler la novel yg nie pown... igt ka suami ku paling sweet ja yg best.... dah tak ada sambungan ka???? bila novel ec n suamiku paling sweet nak ada dipasaran??? tak sabarnya nak beliii

    ReplyDelete
  22. 3x dh bc teaser ni...ayoo anjel kaSI cepatla anta itu manuscript..then minta publish cepat2 laa

    ReplyDelete
  23. Ala....so sweet....cpt2 ye siapkan n hope publish pun cpt..hehehe

    ReplyDelete
  24. Kalo dh nk publish tu ... tlg laa bgtau kitorng yeee!

    ReplyDelete
  25. Tahun dpn baru dia update blog ni huhuhu

    ReplyDelete
  26. hmm ... T.Aaron dh sayang kat Damia ye!
    So ade chance le kawan dia dpt PERCUMA BMW yg jadi taruhan dulu tu kan kan! ....

    -BMW

    ReplyDelete
  27. Anjel, kalu lmbt lg nj anta manuscript@pblish apakata satu lg teaser...windulah kt aron n Damia

    ReplyDelete
  28. Anjell ! Ceriter ni beautiful.......beautiful. Thank you.

    ReplyDelete
  29. Anjell dear ! Bila agaknya ceriter ni akan keluar di pasaran.Tak sabar tunggu.

    ReplyDelete
  30. sweet gleeee aaron n damia !!! wah x sbr nk tggu bku ni d publish !!! anjell mmg terbaek !!! =)

    ReplyDelete
  31. Tak sabar betol la nak tunggu novel EC ni. terbaik sangat. Thumbs up. bagi la teaser lg. pengubat rindu kat Damia annd Aaron. :D

    ReplyDelete
  32. ANJELL xsabar sgt nk tggu novel ni kuar.... bile da kuar immediately announce yea... miz tengku Aroon n Damia... so sweet...good jobs..

    ReplyDelete
  33. so sweeeeeeetttttttttt....bestnya cerita ni

    ReplyDelete
  34. Fiz Eil-
    Ok ah thun dpn ni. Bile kluar ?? [:

    ReplyDelete
  35. bila nk kuar... best giler kot nov nie.. kalo lambat sgt juak ebook pon ok ape.. huhuhu

    ReplyDelete
  36. ahah..bila nk kuar novel ni....

    ReplyDelete
  37. Bila nk kuar novel ni?? ker dh kuarr???? x sabar nk baca smpai abis...

    ReplyDelete
  38. x sabar nya nk baca cter nie smpai hbs...cpt la publish kn...

    ReplyDelete
  39. Adakah novel ini dah diterbitkan dan apa penerbitnya..karya seni atau kaki novel..
    .xsbr nak beli novel ni....

    ReplyDelete
  40. Bila nak kuar novel niee...
    x sabar nak tau aper kesudahannya...

    ReplyDelete
  41. ni dah tahun depan..dah kuar lum novel ni...

    ReplyDelete
  42. huhu..tolongla..kuarkan cite ni ngan suamiku yang sweet tu cepat...rindu nak tau ending..love your writing

    ReplyDelete
  43. EC EC OH EC! LAMANYA AKU TUNGGU OII!

    ReplyDelete
  44. Bila nak publish EC ni...it's quite awhile isn't it..tan sabar

    ReplyDelete
  45. Best! Walaupun sy baca skip2 tp ttp best..anyway, memang cutelah cara Damia pujuk aaron. So sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh my!!! Anda baca skip2?? Tersangatlah rugi sebab every words of this novel are so precious..novel ni termasuk dlm kategori novel yg xboleh skip baca..hihi.

      Pengunjung

      Delete
  46. ble nk publish..da lme tunggu ni...xsbr nk peluk this novel..huhu..

    ReplyDelete
  47. Dah kuar ke nvel ni? X sabar nk baca sbb mnarik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. I... love it so mucccchhhhhh..... bila nak kelur dlm novel

      Delete
  48. Salam....baru je jumpa your blog...tupun sebab tertgk kat KS ada 2 novel baru.... so saya google your name.... dari pagi membaca EC ni..apa yg dpt saya katakan, saya akan beli your novel sbb nak tau kisah penuhnya....saya suka cara u menulis...best! tak boring! I'lll definitely buy EC novel...

    ReplyDelete
  49. Bestlah novel akak ni..mesti akk pandai menulis kan..akak mmg berbakat lain kali kalau ada karya baru cpt2 bg tau ye..hehehe

    ReplyDelete
  50. Bestnyer meroyan baca buku ni!!!!

    ReplyDelete
  51. saya dah beli novel ni! sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaattt bes!! thumbs up!!

    ReplyDelete
  52. saya dah beli novel nie.!!! memang terbaik!!

    ReplyDelete
  53. salam.... erm, dr start crite novel niey dh tgu bila nk publish novel ni.....to the writer, thumbs up! keep it up! i like your story..... trtgu2 bile laa dpt jumpa novel nieyh.... tup2 bace komen kt ats dh da yg beli? masa pg Popular isnin tuh xde pulak jumpa..... uwaaargh............ bila laa nk tau ending cter nie.... btw, your story very nice, kena dgn jiwa... hehehe.... hope you succes in future...... =)

    ReplyDelete
  54. gila x best??senyum sampai x cukup lebar bibir nk senyum ni..hahaks!anyway...the best novel stakat ni yg pernah saya baca..

    ReplyDelete
  55. waaa cutenya crita nie....bst gilerrrrrrrrrr...........'

    ReplyDelete
  56. STORYLINE YANG SANTAI..SIMPLE DAN LUCU

    ReplyDelete
  57. Sweet je aaron dan damia ni,hehe,bru jumpa blog akak btw bru je beli n0vel ni.best sgt,heee....Thumbs up :D

    ReplyDelete
  58. best novel ni..kalau diadaptasi drama kat tv3 lagi meletop..

    ReplyDelete
  59. Baca balik2 tak jemu. Baru td baca edisi raya. Teringin nak baca sementara tggu cerpen yg anjell nak post. Novel EC tinggal kat makmal sekolah. Baca sikit kat sini pun jd lah. Rindu Aaron n Damia.

    ReplyDelete
  60. anjell, saya suka novel karya anjell, saya nak ke KL tanggal 25 Januari 2015, di toko buku mana di KL saya bisa beli novel-novel karya anjell. terutama eksperimen cinta & suamiku paling swett

    ReplyDelete
  61. Crte nie ble start di tv3?

    ReplyDelete
  62. Huhu... Nape x smbg update yg baru

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )