BAB
11
Aku
tutup buku. Kelas hari ini dah pun berlalu. Aku jeling jam di tangan. 12.00
tengah hari. Habis kelas, kena pergi kerja pula. Kerja shif petang la aku hari
ni. Sigh! Macam ni la kehidupan aku.
“Bunga!”
Fahim menjenguk dari belakang. Aku berpaling sedikit untuk memandangnya.
“Hari
ni kerja lagi ke?”
“Mestilah.”
Fahim dah hafal jadual aku. Hari-hari kena kerja. Buat masa sekarang, kelasku
semuanya sebelah pagi. Jadi, aku kena masuk kerja pada sebelah petangnya.
“Kesian
kau. Tak penat ke? Pagi belajar, petang kerja.”
Aku
jongket bahu. Awal-awal dulu, agak penat juga. Tapi lama-kelamaan, aku dah
biasa. Penat tubuh pun tak terasa sangat. Sebab kerja aku pun bukannya berat
sangat.
“Macam
ni la orang tak ada mak ayah. Kenalah cari duit sendiri.” Aku cuba bergurau.
Tapi
wajah Fahim tetap serius. Ada riak sedih.
“Aku
gurau aje la. Takyahlah tunjuk muka kesian macam tu.” Aku ketawa. Tapi jelas
hambar.
“Kau
buat aku sedih la, Bunga. Aku bangga jadi kawan kau. Kau kuat.”
Aku
senyum tawar. Orang nampak aku kuat. Tapi yang aku menangis dalam hati, tak
siapa tahu. Hari-hari menahan rindu kepada arwah ayah dan ibu. Tapi bila di
depan orang lain, topeng senyum tersarung di wajah.
“Itu
namanya, aku dah reda. Takdir aku dah tersurat macam ni. Aku menangis, meraung
pun aku takkan dapat ulang waktu. Aku tetap macam sekarang. Jadi, apa yang aku
boleh buat, aku kena bahagia. Jalani semuanya. Aku yakin Allah bagi ujian macam
ni sebab aku mampu,” kataku.
Memang
itu yang aku rasa. Ikhlas dari hati. Hanya itu yang aku mampu lakukan.
Melangkah ke depan, tapi kegembiraan di masa lepas tetap tersemat dalam memori
indah. Walaupun tak semua aku ingat.
“Kau
tahu, Bunga? Siapa yang jadi suami kau sangat beruntung.”
Aku
geleng kepala. Suami? Kahwin tu memang misi hidupku yang tercorot buat masa
sekarang. Aku punya banyak lagi agenda hidup yang perlu dicapai sebelum
berfikir tentang kahwin.
“Tak
payahlah cerita benda yang lambat lagi nak jadi.”
“Eh,
kita tak tahu! Jodoh datang bergolek. Entah-entah esok lusa, eh.. Nurissa dah
kahwin dengan Dheo Han?”
Dengar
nama Dheo Han, terus buku di tangan aku hempuk bahunya. Memangnya Fahim sendiri
dah lama tahu tentang Dheo Han. Aku selalu cerita tentang Dheo kepadanya. Tapi,
hanya secara umum. Apa-apa yang perlu dirahsiakan, aku tetap rahsiakan dari
Fahim.
Jadi,
bagi Fahim, Dheo adalah seorang yang hebat, kaya dan berpengaruh dalam dunia
perhotelan. Ikon terbaik untuk dijadikan idola bagi golongan muda. Yang itu
memang aku tak nafikan. Sebab walaupun aku cumalah housekeeper dia, tapi aku boleh nampak betapa workaholicnya cara dia bekerja.
“Kenapa
nak kena dia?” Aku julingkan mata ke atas.
Aku
dan Dheo? Bagai cicit pipit dengan moyang enggang. Macam tu la jurang kami sekarang
ni. Walapun aku dah tahu dia bukan gay.
Mengingatkan
tentang ‘gay’, kepala kembali
teringat pada peristiwa yang terjadi di dalam penthouse Dheo dulu. Ketika dia menyatakan yang dia bukanlah
seorang gay. Wajahku terasa tiba-tiba
membahang. Teringat kedudukan kami yang sangat rapat sebelum dia menjarakkan
dirinya. Dan lepas tu, dia senyum ala-ala boyish
kepadaku sebelum berdiri dan betulkan kot dia.
Kali
pertama aku melihat Dheo senyum seperti itu, jantung berdetak tak payah nak
cakap la. Kalau macam cerita kartun, confirm
nampak bentuk hati keluar masuk keluar masuk di dada kiriku.
“Hoi,
fikir apa? Apa pasal muka merah?” Tolakan Fahim buatkan aku kembali ke alam
nyata. Wajahnya dah di depan mata.
Fahim
senyum miang.
“Kau
fikir pasal Dheo. Kau fikir pasal Dheo, kan?” Dua kali dia tekankan.
“Mana
ada!” nafiku keras.
“Eleh..
tak payah nak tipu aku la. Kau fikir pasal mamat handsome tu kan? Nakal kau, Bunga. Apa kau fikir sampai merah muka
kau? Nurissa is being naughty.” Dia
tak habis-habis mengusik. Bahuku ditolak-tolak dengan pen. Bengang jugak aku.
“Kau
jangan nak mengarut la! Mana ada. Orang semua cakap dia gay la!” Aku terlepas cakap.
Muka
Fahim macam lepas tertelan cicak.
“What?” Fahim jerit kuat. Nasib baik
dewan kuliah dah hampir kosong. Adalah juga beberapa orang berpaling. Tapi
kawan aku tu mana nak tahu malu?
“Wei..
serius la?” Dia masih tak percaya.
Aku
jongket sebelah bahu. Tak pula aku cerita hal sebenar kali ni. Biarkan dia
dengan persepsinya. Lagipun, Dheo sendiri yang cakap rahsia yang dia cakap kat
aku aje kan? Jadi secara teknikalnya, aku jaga rahsia Dheo.
“Orang
kat hotel semua cakap macam tu. Aku dengar aje. Betul tak, tak tahu.” Lagi
sekali, aku tak menipu. Memang semuanya gosip macam tu.
“Kau
tak percaya, kan? Tu la kau. Jangan nak sangka golongan kunyit ni gayanya
ala-ala kau, Fahim. Yang segak, sado,
belum tentu selurus pembaris.” Aku bercakap tentang fakta. Zaman sekarang dah
memang macam tu.
“Hei..
aku bukan kunyit!” Fahim dah terangkat. Habis keluar gaya jantan dia.
Aku
gelak.
“Aku
cakap ‘gaya’. Aku tak cakap kau kunyit. Aku tahu kawan aku ni solat tak
tinggal, takkanlah suka abang misai, kan? Takkanlah kau nak jadi golongan yang
dilaknat Allah, kan?”
“Haa..
tahu tak apa! Geli aku, tahu tak?” Fahim tunjuk muka geli. Menggeliang macam
cacing kena strok.
Aku
gelak lagi. Kemudian teringat sesuatu.
“Eh,
aku dah lambat dah!” Asyik berbual dengan Fahim, lupa masa pun berjalan. Aku
kena sampai di hotel sebelum pukul dua petang. Aku tak nak ada rekod lambat.
------------
Aku
jalan keluar beriringan dengan Fahim. Fahim menawarkan diri untuk menghantarku
ke hotel tapi aku menolaknya. Sebabnya, Lucca terlebih dahulu datang untuk
menjemputku. Sejak akhir-akhir ni, Lucca dah jadi macam driver aku dah. Tapi ini kali pertama dia datang ambil aku di
universiti.
Dari
jauh, aku dah nampak Lucca. Macam mana aku tahu? Sebab Range Rover hitam
berkilat dia tu betul-betul menyerlah di kotak parking itu. Belum lagi dengan dia yang segak bergaya, sedang
bersandar di belakang kereta dengan cermin mata hitamnya.
Tiap
kali orang lalu, tak jeling dua kali tak sah. Perhatian yang diperolehnya bukan
sedikit. Aku pun teragak-agak nak jalan ke arahnya. Sebab aku tahu mesti akan
jadi tumpuan semua orang.
“Principessa.” Lucca tegakkan tubuhnya
bila nampak aku. Senyum manis di bibir merahnya.
Aku
turut senyum bila dia panggil aku. Aku rasa, aku dah tak pelik bila Lucca
panggil aku principessa. Dah terima
dengan rela hati.
“Wulawei.. tu ke drivernya? Mak ai. Tu driver
ke, model Georgio Armani?” Fahim berbisik ke telingaku. Jelas kekaguman di
wajahnya.
Aku
tahan gelak. Kelakar. Sebab Fahim fikir macam yang aku fikir dulu. Dia yang
lelaki pun fikir macam tu. Perempuan normal yang lain? Haruslah lebih lagi.
Silap-silap terbayang tengah bersanding sebelah dia. Punyalah hebat penangan
Lucca.
“Patutlah
kau dah tak sudi naik Swift aku. Dah ada driver
kacak maut. Pakai Range Rover pulak tu.”
Kali
ni aku rasa nak terajang si Fahim. Biarlah sembelit sebulan pun, aku peduli
apa. Dia ingat aku mintak ke semua ni? Macam tak tahu pulak. Aku paling tak
suka perhatian.
Kami
berhenti di hadapan Lucca.
“Hai,
Lucca! Ni kawan saya, Fahim. Fahim, Lucca.” Aku perkenalkan mereka.
Mereka
berpandangan. Lepas tu senyum. Dua-dua macam batu. Kaku. Kemudian teragak-agak
hulurkan tangan untuk berjabat. Nampak bebenor
kecanggungannya. Lelaki kalau nak berkenalan, memang macam ni, ya? Tak faham
aku!
“Err.. aku balik dululah! Kau pun
hati-hatilah, ya?” Fahim minta diri.
Aku
cuma angguk. Sempat nasihatkan dia supaya hati-hati memandu. Walaupun aku dah memang
tahu Fahim kalau memandu macam mana. Atas lebuhraya 110 km/jam pun dia bawak 80
km/jam. Mungkin dia rasa Swift dia tu spesis lori kayu balak kut.
Kemudian
tinggal aku dan Lucca. Dia pun tak banyak bicara dengan Fahim. Tapi.. sejak
bila pulak Lucca becok kalau bercakap dengan orang?
“Lain
kali awak tak payah la jemput saya. Saya tak nak jadi attention center. Semua orang tengok saya. Sebab ada driver jemput saya pakai Range Rover.”
Dan
melihat gaya Lucca, aku tak rasa semua ingat dia driver. Mesti orang anggap dia kekasih aku yang kaya-raya. Sebab
gaya Lucca sikit pun tak macam driver.
Dan aku baru tahu sebenarnya selain driver
Dheo, Lucca juga merupakan bodyguard
Dheo. Tak pelik la kalau tubuhnya tegap macam tu.
“Well.. it’s Dheo’s most favourite. Because
it’s bullet proof.”
Nak
pengsan bila dia cakap tentang bullet
proof.
“Itu
kalau Dheo. Kita di kawasan universiti. Bukannya sempadan Palestin-Israel yang
nak ada tembak-menembak. Lagipun, saya bukan sesiapa. Tak payahlah ya awak
jemput lain kali? Saya boleh minta tolong Fahim hantarkan.” Suara aku dah macam
memujuk dia.
“Kalau
tak selesa, saya boleh guna kereta lain. Dheo
owns many fancy cars.”
“No. No
fancy cars,” jawabku cepat.
Fancy cars!
Yang tu la aku tak nak. Semuanya grenti harga enam angka dan ke atas.
“Maksudnya
kalau guna kereta lain, awak okey?” soalnya.
Aku
terus angguk. Apa-apa janji bukan kereta mewah.
“So, tak payahlah ya jemput saya lain
kali? Awak cakap kat Encik Han, saya boleh pergi sendiri.” Lagipun aku tak nak
susahkan dia.
Lucca
cuma diam lepas tu.
--------
Aku
ingat bila Lucca diam semalam, kira dia setujulah untuk tidak menjemputku.
Tapi, boleh dikatakan terkejut juga aku bila tiba-tiba dia muncul di kawasan
universitiku. Parking kereta
betul-betul di tempat letak kereta berhadapan dengan dewan kuliahku. Tahu pula
dia bila aku habis dan di mana kelasku hari ni.
Oh,
lupa! Jadualku semua dalam tangan Dheo. Dah tentu Lucca akan tahu.
“Principessa,” sapanya.
Perlahan-lahan
aku mendekatinya. Range Rover hitam tak nampak bayang. Lucca cuma berdiri di sebelah kereta Honda City berwarna
hitam.
“I told Signor Han. And he asked me to use
this car. Is that okay, signora?”
Nasib
baik aku tak rebah bila dengar dia cakap macam tu.
“Awak
cakap apa kat dia?” Kuat suaraku bertanya.
“Apa
yang awak cakap kat saya semalam. Awak tak nak dijemput dengan kereta Range
Rover sebab tak nak jadi perhatian orang. Dan hari ni dia suruh jemput pakai
kereta ni. Kereta ni cuma kereta biasa.” Lucca berkata dengan tak bersalahnya.
Aku
pula rasa nak hantuk kepala ke dinding. Seriuslah Lucca cakap macam tu kat
Dheo? Apa aku nak cakap kalau menghadap dia nanti? Aku ni siapa nak demand dijemput pakai kereta apa?
“Saya
suruh awak jangan jemput saya lagi sebab saya nanti saya boleh pergi sendiri.
Bukannya suruh tukar jemput saya pakai kereta lain.”
“Arahan
bos.” Mudah jawapannya.
“Jom,
principessa,” pelawa Lucca lagi.
Pintu penumpang di bahagian depan dibuka. Sekurang-kurangnya dia tak suruh aku
duduk belakang, berlagak macam bos.
Separuh
hati, kaki mengikut. Dalam perjalanan ke hotel, cuma satu dalam kepalaku.
Apalah
aku nak cakap kalau berdepan Dheo nanti?
😍
ReplyDeleteLamanya tunggu 😂 terima kasih update anjell
ReplyDeleteThank you kak for posting the long-awaited chapter ehehe <3
ReplyDeletelamanya tunggu ; tapi tak pe! hasilnya tak pernah mengecewakan.
ReplyDeleteAlhamdulillah~ Dah lama tunggu chapter baru. Setiap hari entah berapa kali refresh blog ni. Huhu. Anyway stay strong and hwaiting Kak Anjell. I know you put you whole heart in finishing Dheo and not just siapkan Dheo last minute and cincai2 jer. Proof? Dr. Alpha Male is a really great novel before even siapkan last minute jugak kan? Also novel2 lain. I'll keep supporting you. Love you Kak Anjell! - Ain Qyara
ReplyDeleteOh my.. finally new entry kluar juga.. i keep waiting for ur new entry this whole week.. thanks for the new entry Anjell
ReplyDeleteAkhirnya....ada new entry.
ReplyDeleteGood luck cik penulis utk buku baru awak ni😘😘😘
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillag . Ada new update 😍 Thank you kak .
ReplyDelete😘😘😘 x sabar nk tgu publish...nak tmbh koleksi anjell
ReplyDeleteAkhirnya....😙😙😙
ReplyDeleteThanks sis anjell for the new post...luv u
ReplyDeleteTQ anjell ... penantian untuk bab 11 berakhir jugaa.. cant wait utk buku dheo kluar.. best best bestt.. love u anjell 😘😘😘
ReplyDeleteAkhirnya penantian yg lama berakhir. .. Xsbr next episode
ReplyDeleteYezza.....bab ni dheo x muncul pula😥😥😥
ReplyDeleteBaik je nurissa tuu....hailaaaa
Akhirnya...
ReplyDeletex sbar tnggu novel di keluarkn
ReplyDeleteTq sis
ReplyDeleteLagiiiii😘
ReplyDeletehuhuu.... happy walaupun watak dheo x muncul utk this n3...😁😄😃
ReplyDeleteTolong la keluar kan buku ni cepat.. x sabar rasa nk baca
ReplyDeleteYeay!!! dah lama tunggu new post kak anjell...😍😍😍
ReplyDeleteBestnyaa nk lagi
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم