BAB
13
“Mr.
Han?” Sapaan itu buatkan Dheo berpaling. Putus terus momen antara kami tadi.
Hilang semua mod serius.
Ada
dua orang lelaki menghampiri kami. Atau lebih spesifiknya adalah menghampiri
Dheo. Seorang lelaki separuh umur dan seorang lagi lebih kurang sebaya
dengannya. Rakan-rakan business dia
kut.
Melihat
Dheo mula berjabat tangan dengan dua lelaki itu, aku mengundur setapak. Bagi
ruang untuk mereka berbual. Tak nak kacau. Kalau aku berdiri di sebelah Dheo
pun, bukan aku faham bahasa business
ni. Tak pasal-pasal kena tanya pasal untung rugi di Bursa Saham hari ni,
hikayat apa aku nak karang nanti?
Aku
melihat sekeliling. Sementara menunggu Dheo, aku mula melihat-lihat pameran
lukisan di situ. Lucca mengikut di belakangku. Kaki berhenti di depan sebuah
lukisan separuh besar yang bertemakan bunga ros. Tapi ros itu dibentuk menjadi
seakan-akan susuk wajah seorang wanita. Ton warna yang digunakannya juga sangat
unik. Putih dan biru pucat. Medium yang digunakan cumalah kanvas dan oil color. Jeling pada nama lukisan itu.
Rose
Is She
Rose
Is She? Unik nama dia. Dia guna ‘She’ bukan ‘Her’, maka ianya bukanlah sesuatu
yang common. Orang pasti akan tahu,
itulah lukisan dia. Bagaikan identiti.
“Cantik,
kan?” Aku soal Lucca. Mata masih terpaku pada lukisan itu. Jatuh hati. Aku memang
sukakan biru. Biru itu penuh ketenangan.
Lucca
tak beri apa-apa reaksi. Hanya mata menatap lama lukisan itu. Mungkin tengah
cari, apa yang aku nampak cantik sangat? Mungkin di matanya, lukisan itu
cumalah biasa-biasa.
“Bila
saya tengok, nampak tenang. Pelukis dia mesti seorang yang tenang juga,”
komenku.
“Berapa
agaknya harga lukisan ni?” soalku pula. Macam la Lucca tahu.
Harganya
pasti mahal. Lukisan yang dah siap memang nampak cantik dan mudah. Tapi masa
yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu lukisan yang sempurna mahu memakan
masa lebih dua puluh jam.
“Lukisan
ni tak ada harga, signora. This is for auction. See..” Lucca
tunjukkan satu tag kecil yang menunjukkan lukisan itu untuk dilelong.
Hai..
kalaulah aku kaya, mesti aku dah ikut serta. Dapatkan lukisan itu. Letak di I’s
Café pun cun juga. Tapi dalam mimpilah. Sebab aku tahu harga sebuah lukisan
macam ni mahu makan harga empat hingga lima angka.
“Jom..
Signor Han cari kita. Rasanya dia pun
ikut serta dalam auction nanti.”
Dan
Lucca betul. Sebaik sahaja kami jumpa Dheo, Dheo dah siap ambil tag nombor
peserta. Nombor 3. Kebetulan pula sesi lelong-melelong itu pun bakal
berlangsung dalam beberapa minit lagi. Dapatlah aku menyaksikan macam mana
orang melelong secara langsung.
Orang
ramai mula berkumpul. Semuanya pasti peminat seni. Yang sanggup habiskan
beribu-ribu ringgit demi sekeping lukisan. Pendek kata, orang kaya-raya.
Selebihnya pasti penonton. Macam aku.
Dheo
juga mengambil tempat. Berdiri sedikit belakang dan tersorot. Cukup untuk
dijadikan benteng untuk berselindung tapi masih dapat melihat semuanya dengan
jelas. Mungkin Dheo tak nak jadi perhatian orang.
Beberapa
lama lepas tu, juruacara majlis mulakan acara. Satu demi satu barangan seni
diambil untuk dijual. Barang pertama, lukisan pasir. Terjual dengan harga RM25 000.
Entah pak cik mana yang beli. Barang kedua pula adalah lukisan spray. Kalau
jual, mahu RM20 000 ke atas. Dan bila dilelong, ada seorang datin yang beli
dengan harga RM35 000.
Tiap
kali aku dengar mereka naikkan harga, rasa sesak nafas. Orang kaya berurusan.
Duit keluar macam air. Nasib baiklah auction
ni adalah untuk tujuan beramal. Dua puluh peratus hasil bakal disalurkan untuk
pesakit kanser dan dua puluh peratus lagi akan digunakan untuk disedekahkan
kepada anak-anak yatim.
Kini
tiba giliran barang ketiga untuk dilelong. Lukisan Rose Is She. Kedengaran
juruacara menceritakan sedikit latar belakang tentang lukisan itu. Lukisan itu
dilukis oleh seorang pelukis yang kudung kedua-dua tangannya.
Maha
Besar kuasa Allah. Walaupun cacat, itu tidak mematahkan semangatnya. Malah
hasilnya sangat sempurna. Buatkan aku jadi kagum dengan pelukisnya. Patutlah
aku dapat rasakan keikhlasan dalam lukisannya. Lukisan adalah jiwa pelukisnya.
Harga
dibuka dengan RM15 000. Aku dapat lihat ramai penggemar lukisan dah macam tak
sabar-sabar nak membida lukisan itu. Seorang yang berjiwa seni, pasti
berfikiran macam aku. Rasa macam aku. Sebab itulah kalau dah miliki lukisan
itu, rasa puas hati yang amat.
“RM17
000.” Aku dengar nombor 5 membida.
“RM20
000.” No 19 membida pula.
“RM30
000.” Aku tak tahu la siapa pula kali ni.
Dan
seterusnya harga makin naik. Harga dah cecah RM50 000. Tapi semuanya masih tak
nak kalah. Dan aku rasa nak tercekik tiap kali dengar harga dinaikkan sedikit
demi sedikit. Bila dah cecah RM60 000, tiada lagi yang berbunyi. No 5 yang
membida itu senyum lebar.
“RM60
000… satu. RM60 000.. dua..”
“RM65
000.” Aku dengar orang sebelahku bersuara. Dheo angkat tag nombornya.
Semua
kepala tertumpu ke arah kami. Mana taknya? Sepanjang majlis berlangsung, Dheo
hanya berdiam diri.
“RM67
000.” No 5 tak nak kalah.
“RM70
000.” Dheo juga tak nak kalah.
“RM75
000.” No 5 berbunyi lagi. Betul-betul nekad.
“RM100
000.”
Kali
ini sunyi. Ini lukisan pertama yang cecah enam angka. Tak siapa lagi yang
berani naikkan harga. Bukan main bersungguh-sungguh Dheo mahu dapatkan lukisan
itu. Akhirnya, lukisan itu jadi milik dia juga. Mungkin lukisan itu bakal
diletakkan dalam Galeri The Dheo’s.
Untunglah..
lukisan itu memang memikat hati. Kalau aku punya duit, aku pun teringin untuk
membelinya. Tapi takkan semampu Dheo. Dheo selalu memiliki apa yang aku ingin miliki.
Beza aku dan Dheo. Dheo berduit. Dia mampu dapatkan apa yang dia nak. Tapi aku,
aku hanya mampu melihat aje la.
-----------
“Jin
Hai!” Aku dapat lihat tubuh Dheo sedikit mengeras.
Jin
Hai?
Aku
nampak ada seorang wanita cina berambut pendek melambai-lambai ke arah Dheo.
Wajah penuh kegembiraan. Kalau melihat dari gayanya, nampak macam wanita itu
dalam lingkungan awal dua puluhan.
Aku
nampak Dheo berpaling ke arah Lucca. Tiada apa yang dikatakan. Hanya dengan
isyarat mata. Tapi itu cukup untuk membuatkan Lucca faham. Tiba-tiba Lucca dah
berdiri di sebelahku.
“Jom,
principessa.” Lucca ajak aku. Dia nak
aku beredar dari situ.
Teragak-agak
aku angguk. Mula meninggalkan Dheo.
“Xiu
Ying.” Aku dengar suara Dheo.
Kepala
menoleh ke belakang. Ketika itu, aku nampak perempuan itu dah melompat ke dalam
pelukan Dheo. Tangannya merangkul erat leher Dheo. Dan aku tengok tak ada pula
Dheo membantah.
Hanya
itu yang sempat aku tengok sebelum mereka berdua hilang dari pandangan. Kaki
dah jauh melangkah dari mereka.
Tapi,
aku tertanya-tanya. Siapakah perempuan itu? Entah kenapa aku rasa cemburu
melihat Dheo semesra itu dengan perempuan lain.
“Siapa
perempuan tu?” soalku. Suaraku tahan daripada kedengaran agak cemburu. Aku pun
tak tahu kenapa aku rasa cemburu.
Dulu
Nancy, sekarang makhluk bernama Xiu Ying itu. Tapi kali ini lebih dahsyat dari
Nancy. Dengan Nancy dulu paling tidak aku tak pernah nampak dia dan Nancy
berpelukan. Tapi sekarang ni? Tengah-tengah umum pulak tu.
Taste
Dheo memang ala-ala cina ke apa? Tiba-tiba sebal.
“Emm.. I don’t know whether I should be telling
you this or not.” Aku lihat Lucca gosok belakang lehernya. Wajah
serba-salah.
“Kenapa?
Tu kekasih Encik Han ke?”
“Eh,
mana ada!” Kali ini cepat Lucca menjawab.
Nampak
dia berfikir sejenak.
“Itu
sepupu Dheo.”
“Dia
orang nampak rapat dan mesra.”
“That’s because they share the same blood.
Macam adik-beradik. Apa orang Melayu cakap kalau Dheo dan Xiu Ying minum susu
dari perempuan yang sama?”
“Adik-beradik
susuan.”
“Yes.. that’s the word. Mereka berdua
adik-beradik susuan. Dulu masa kecil, ibu Xiu Ying sempat jaga dan susukan
Dheo. Ibu Xiu Ying adalah adik kepada ayah Dheo.” Lucca mula bercerita.
Jadi,
Dheo ada darah cina? Tak percaya juga. Sebab wajah Dheo tak nampak cina
langsung. Mata pun tak sepet. Kulit pun tak adalah putih melepak macam
cina. Kulit Dheo nampak lebih kepada
kesan dari banyak berjemur matahari. Tanned.
Tapi bukannya legam tahap macam bontot
kuali rentung. Boleh jadi juga dia berkulit putih.
Oh,
lupa! Nama dia ‘Han’. Kalau bukan surname
dia ‘Han’ orang takkan tahu dia cina.
“Jin
Hai tu nama Encik Han?”
Lucca
angguk.
“Tapi
Encik Han tak nampak macam cina.”
“That’s
because he’s half Italian. Ibu dia.”
Itali
dan Cina? Gabungan yang unik.
“Tapi
kenapa dulu ibu Encik Han tak susukan dia?”
“Hmm.. that is not my story to tell. Yang
tu saya tak boleh cakap lebih. Apa yang boleh saya ceritakan, tak semua childhood seseorang itu indah. Ada
sejarah masing-masing.” Hanya itu yang Lucca berkata.
Dan
aku tahu salah seorangnya adalah Dheo. Zaman kanak-kanak Dheo pasti perit.
Adakah semua itu buatkan terhasilnya Dheo yang sekarang? Aku tertanya-tanya
apakah yang dia pernah lalui dulu?
Tapi..
siapalah aku?
Kami
berjalan-jalan lagi di kawasan itu. Masih teruja untuk melihat beberapa lukisan
di situ. Aku aje la. Lucca tak payah cakaplah. Memang muka bosan.
“Lucca,
saya dahagalah!” Tekak mula rasa haus. Mana tak haus kalau dah berjalan dalam
dewan yang besar ini.
“Hmm..
saya tak tahulah kita boleh keluar ke tak. Saya pergi minta izin dari Dheo
dulu.”
Aku
cuma angguk. Dheo mungkin belum habis berbual lagi dengan sepupunya itu. Tak
lama kemudian, Lucca muncul kembali.
“Jom,”
ajak Lucca. Maksudnya dah dapat green
light.
“Encik
Han macam mana?”
“Nanti
jumpa dia kat luar. Encik Han nak uruskan tentang lukisan yang dia beli tu
dulu.”
Aku
akur. Beriringan dengan Lucca keluar dari dewan itu. Bila tiba di luar dewan,
banyak booth kecil dibuka dan menjual
beberapa jenis makanan dan minuman. Lucca meminta aku untuk tunggu dia di satu
sudut sebelum dia menghilang untuk membeli minuman. Lucca ni kadang-kadang
layan aku mengalahkan tuan Puteri.
Seketika
kemudian, Lucca muncul bersama dua bekas air minuman. Aku nampak siap ada
plastik. Keropok dan beberapa jenis makanan bergoreng. Dihulurkan kepada aku.
“Awak
beli untuk saya ke? Buat susah-susah aje.”
“Dah
penat berjalan, mesti awak lapar.” Itu jawapannya.
Aww.. so sweet!
Terharu juga aku. Baiknya Lucca.
“Terima
kasih. Awak pun makanlah sekali.”
Tapi
dia cuma geleng. Hanya suruh aku makan.
“Lucca!”
Aku mendengar ada satu suara memanggil. Bukan setakat Lucca. Dengan aku-aku
sekali berpaling ke arah suara itu.
Apa
ni? Memang hari ni semua orang nak kena terserempak dengan orang ke? Tadi Dheo.
Sekarang ni Lucca pula. Hari ni Hari Reunion Sedunia kut. Tak ada ke orang nak
datang tegur aku?
Ada
seorang lelaki yang tinggi datang ke arah kami. Sekali tengok macam gaya gangster.
Kalau tak ada Lucca, mahu aku lari. Tapi.. tak baik nilai buku dari kulitnya.
Entah-entah lelaki ni orang baik.
“Haziq!”
Sepatah Lucca berkata.
“Tak
sangka jumpa kau kat sini.” Lelaki bernama Haziq itu bersuara.
“Aku
lagi tak sangka kalau jumpa kau kat sini.” Kalau telinga tak salah dengar,
cukup sabdu masa Lucca sebut ‘kau’ itu.
Lelaki
itu pun mungkin perasan. Sebab itulah dia gelak. Tapi nampak tak tersinggung
pun dengan kata-kata Lucca. Dia sengih.
“Aku
jual buah kat sini. Tu hujung gerai sana,” kata Haziq sambil menunjukkan ke
arah gerainya.
“Baguslah.
Sekurang-kurangnya, jadi orang sikit kau tu.”
Aku
yang dengar rasa nak tersedak. Selamba betul Lucca bercakap.
Tapi
lelaki itu pulak nampak jauh dari rasa tersinggung. Sekali lagi cuma gelak. Dah
macam imun dengan serangan Lucca.
“Well.. terima kasih pada D.H. Kalau dia
tak selamatkan dulu, mesti aku dah mati kena sembelih dengan Dragon.” Kata-kata
itu terus buatkan aku rasa tersedak. Terbatuk-batuk aku menahan perit di tekak.
Kena
sembelih? Kita bercakap tentang orang ke lembu ni? Siapa lelaki ni?
“Principessa, are you okay?” Suara Lucca
berbaur kerisauan. Dia hulurkan tisu untukku.
Laju
aku angguk. Gara-gara aku, perbualan mereka berdua terhenti.
“Siapa
awek kau, Lucca? Cun. Pandai kau cari.” Mata Haziq terarah kepadaku.
Aku
dah tak senang duduk. Dahlah kata aku awek Lucca. Nampak aku dan Lucca ni
tengah bercinta ke? Teringat balik kata-katanya yang buatkan aku tersedak tadi.
Lelaki ni dari kumpulan samseng mana? Dan macam mana ada kaitan dengan Dheo?
Aku yakin D.H tu adalah Dheo Han.
“Dia
bukan awek aku.”
“Wah..
kalau macam tu, bagilah aku! Aku pun nak try
gak ayat awek cun.”
Amboi..
bercakap macam aku tak ada di sini! Ingat aku ni apa? Buah yang dia jual tu ke?
“Hati-hati,
budak. She’s off-limits. She’s D.H’s.”
Suara Lucca berang bila berkata. Telan liur jugak aku. Sepanjang aku kenal, ini
kali pertama aku tengok Lucca marah.
“Yeah.. she’s mine!” Suara itu mencuri
tumpuan kami.
Tubuhku
mengeras. Haziq pula macam lepas tertelan cicak. Pucat.
Dheo
melangkah ke arah kami. Suasana tiba-tiba sunyi. Tension in the air. Apatah lagi dengan wajah Dheo yang
sangat-sangat beku. Sesiapa yang melihat mahu menggigil kesejukan. Walaupun aku
dah beberapa kali nampak muka dia versi ni, tapi aku tetap akan telan liur.
Dheo
berdiri di sebelahku. Sebelah tangannya mendarat di pinggangku. Bagaikan satu
cara untuk menanda aku sebagai hak miliknya. Serius aku nak melompat. Kurang
selesa. Cukup tak suka kalau ada lelaki pegang aku tanpa izin. Aku mahu
menjarakkan diri. Mahu menolak tangannya itu. Tapi bila aku mula bergerak, dia
jeling aku tajam.
Terus
aku kaku. Telan liur. Gara-gara sayangkan nyawa, aku terpaksa pilih untuk
membiarkannya. Tak berani nak bergerak. Jangan cakap bergerak. Nak bernafas pun
aku takut. Lutut pun rasa lembik. Aku sangat tak suka bila menghadap Dheo yang
macam ni. Gerun!
Aku
pandang depan. Haziq tundukkan pandangan wajahnya. Seakan-akan hormatkan Dheo.
Seakan-akan Dheo adalah ketuanya. Hilang terus segala sifat gatalnya tadi. Dia
sekarang ni nak tenung aku pun dia tak berani.
“Sorry, D.H. Sorry, Cik Puan,” kata Haziq. Kali ni, serius aku kata. Memang dia
dah tak berani nak jeling ke arahku pun. Bukan sembarangan aura Dheo ni.
Tapi..
Cik Puan? Cik Puan?! Sejak bila aku kahwin dengan Dheo? Kalau panggil Cik tanpa
Puan tu tak boleh ke? Macam mem besar pulak aku rasa.
Dheo
angguk sekali.
“Kau
buat apa kat sini?”
“Kerja.
Jual-jual sikit. Bolehlah.”
“Good. Hidup biar berguna. Jangan
disia-siakan.” Dheo berkata. Macam Lucca tapi lain versi. Tapi masih deep.
Bagaikan
anak buah yang patuh, Haziq angguk.
“Semuanya
terima kasih pada kau, D.H. Okey.. Cau dulu. Seronok jumpa kau, D.H, Lucca.
Kalau ada apa-apa nak mintak tolong, roger
aje aku. Jangan risau. Aku akan tolong.”
Kali
ini Dheo pula angguk. Kemudian Haziq tinggalkan kami semua. Aku masih keras di
sisi Dheo. Bersyukur bila tangannya dah turun dari pinggangku. Kenapa dia suka
pegang aku sesuka hati datuknda dia?
Hmm..
tiada siapa ke nak cerita kat aku apa yang baru terjadi tadi? Contoh macam,
siapa lelaki itu sebenarnya? Dan yang paling penting, siapa Dheo sebenarnya?
“Let’s go,” ajak Dheo.
std comment bestnyaaaa....😅😅 nak lg...suka versi sejuk beku tu...
ReplyDeleteterbaik ......
ReplyDeleteCepatlah keluar versi buku
ReplyDeleteTu la... X sabar tunggu verso vetak ni
DeleteWuuuu she's mine tuuu 😍😍😍
ReplyDeleteMcm biasa. Kak anjell x pernah menghampakan. Best!!! Cpt² la kluar novel
ReplyDeleteNi yang tak sabar tunggu novel ni....
ReplyDeletearrggghhh she mine.. kenapa i jeles dgn nurissa?? arrrgghhh dheo is mine 🤣🤣🤣🤣🤣🤣
ReplyDeleteAuww she's minee
ReplyDeleteHuhuhuhuhu... nak versi cetak.. dah x sanggup tunggu...
ReplyDeleteDaebakkkkkk...!!!!!!..trbaik sis.x sbr nak tnggu buku kluar..
ReplyDeleteYes rissa mmg nak citer...tp sy pun masih tertanya2 siapa dheo
ReplyDeleteketagih betul nak baca sambungan bab baru. srs best gila 💓😂😍
ReplyDeleteX sabar nak tunggu novel Dheo😍😍😍
ReplyDeleteOuh myyy!!!!! How sweet of Dheo!! 😍😍 Please update..... X sabar nk tunggu n peluk novel niiii!!! 😍😍😍😍❤🙈😍😍❤🔥
ReplyDeleteNext epi pleaseee..😍
ReplyDeletesweet dlm beku la dheo ni... haha.. love it k anjell
ReplyDeleteNsib baik smpat baca sblum balik asrama
ReplyDeleteRissa ni pkai tdung ka tak? Sbb sya imagine dia tk pkai tdung. Btw crita ni best gila. Truskan usaha akak. Break a leg.
ReplyDeleteFuuhhhh...Alhamdulillah akhirnya ada entry. .punya dok tunggu sampai akak demam. Mesti DH ni smart , brilliant & dambaan wanita ni..good job cik writer..love all your novels
ReplyDeleteExcited gila dpt tau cerita ni dah update.. Suka dgn reaksi rose..
ReplyDeleteOmg..omg..im melting..😍😍😍😍
ReplyDeleteSeriously.. Dheo is like a dangerous person, full of secrets. And yet still caring..
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم
Wow, excellent post. To find top account on instagram, please go to site webstagram
ReplyDelete