BAB
15
Lebih
kurang pukul sepuluh pagi, Medina keluar dari biliknya. Bosan juga kalau asyik
bertapa dalam bilik. Takde apa yang nak dibuat. Dahlah takde orang. Kalau ada
Zuyyin, boleh jugak diajak berbual.
“Assalamualaikum.
Pagi, Cik Medina.” Ada seorang gadis muda menegur Medina. Pekerja di situ.
Medina cuma senyum sekadar berbahasa.
“Waalaikumussalam.
Pagi juga.”
Apa
ya yang nak dilakukan hari ni? Mana semua orang pergi pun dia tak tahu. Tak
nampak bayang orang lain. Puteri dan Zuyyin entah dah bangun entah belum. Batang
hidung mancung tiga orang jejaka idaman Malaya tu pun dia tak nampak. Haipp, Medina! Pagi-pagi lagi dah cari
batang hidung anak teruna orang.
Medina
berjalan ke kaunter penyambut tetamu. Nampak seseorang, Medina terus senyum
nakal.
“Kak
Wiza!” sergah Medina.
“Wiza
yang cantik, Wiza yang menawan.” Nampak Kak Wiza melatah. Dah ala-ala penyajak negara je gayanya. Medina ketawa.
“Wiza
yang anggun lagi jelita.” Medina sempat menambah sebelum sambung ketawa.
“Haish, kamu ni, Dee! Akak tepuk karang,”
marah Wiza.
Medina
ketawa lagi. Dah berjaga-jaga nak lompat semeter bila Wiza dah angkat
tangannya. Serik! Bukan tak pernah kena tepuk dulu. Nasib tak lebam bahunya
masa kali pertama dia menyergah Wiza. Saja je nak mengusik sebab orang cakap
Wiza suka melatah.
“Amboi,
Kak Wiza! Bukan main melambung-lambung puji diri sendiri,” usik Medina lagi
bila ketawanya dah reda.
“Kamu
la ni, Dee. Malu akak, tahu. Nasib baik takde orang dengar.” Muka Wiza dah
merah.
“Alah,
akak. Bukan selalu saya nak tengok. Sebab takde oranglah saya sergah akak.
Kalau ada orang, takkan la saya nak buat macam tu,” balas Medina lagi.
“Apa-apalah.
Sorang je?”
“A’aa.
Sorang je. Akak, tengah buat apa?” Sibuk Medina bertanya. Dia sebenarnya dah
bosan. Baru seminggu dia di sini, dah rasa mati kutu. Walaupun baru seminggu,
tapi Medina dah boleh rapat dengan beberapa staf resort itu. Kira agak rapat la
kan kalau dah boleh hempuk-hempuk bahu sampai nak biru. Haha.
“Kamu
ni, kalau dah berdiri depan ni pakai baju ni, buat kerja la. Buat apa lagi?”
Medina
sengih bila Wiza berkata macam tu.
“Akak,
saya bosanlah,” adu Medina. Bosan punya pasal, sampaikan semua ceruk resort ni
dah diteroka. Dah tak tahu nak teroka tempat apa lagi. Beberapa kali dia
menyibuk masuk dapur sampaikan Pak Cik Rusdi, chef besar resort tu dah sampai
tahap halau dia keluar sebab dia rajin sangat nak buat kerja.
“Abangda mana?”
“Abangda?” soal Medina pelik.
“Yalah..
Abangda kesayangan la. Yang handsome, yang suka senyum tu.”
Hmph..
ingatkan siapa. Medina tayang muka bosan. Siapa lagi kalau bukan Tengku Ian?
Tapi.. abangda? Mana Kak Wiza dapat
perkataan tu? Eh, kejap. Abangda kesayangan?
Yuck!
“Kesayangan
siapa, Kak Wiza? Saya ke, Kak Wiza ni?” usik Medina balik. Bukan dia tak tahu
Wiza selalu memuji-muji Tengku Ian. Sebab Tengku Ian pun memang ramah menegur.
“Kesayangan
kamu la. Ke sana sini selalu dengan dia, takkanlah tak sayang kut.” Wiza pula sengaja
mengenakan Medina.
“Hish..
tegak bulu ketiak saya dengar, Kak Wiza. Tak suka la sayang-sayang ni. Kami
bukan ada apa-apa pun.” Medina tayang muka tak puas hati. Memang betul pun. Dia
tak suka orang kaitkan dia dengan Tengku Ian walaupun memang kenyataannya
lelaki itu suka sangat menyibuk ke mana-mana dia pergi.
“Dah..
dah.. tak payahlah cakap pasal dia lagi, Kak Wiza. Karang jatuh katil pulak dia
sebab kita asyik sebut pasal dia.”
“Hmm..
ya la. Kamu takde kerja, kan? Ni.. tolong akak jaga kaunter kejap. Nak pergi
tandas la. Sakit perut la pulak.”
“Eh..
eh.. akak nak saya buat apa? Kalau ada orang datang macam mana?”
“Cakap
je la selamat datang. Lepas tu senyum. Alah.. kejap je la. Akak pergi tandas
dulu. Duduk baik-baik tau.”
----------
“Kak
Wiza ni, buang isi perut ke, sekali dengan perut-perut ni? Lama betul.” Medina
membebel seorang diri di depan kaunter. Dahlah takde orang. Bosan punya pasal, akhirnya
Medina keluarkan telefon pintarnya. Main Clash
of Clans lagi seronok. Tak tahulah boleh main ke tak. Maklumlah, line telefon pun semput-semput nak
hidup, line internet lagilah macam
hidup segan mati tak mahu.
Medina
angkat muka bila ada orang duduk di sebelahnya. Ingatkan Kak Wiza, tapi bukan.
Perempuan yang menegurnya pagi tadi rupanya. Sempat dia kerling nama di baju
perempuan tu. Azra. Medina senyum sebelum kembali layan game dalam telefonnya.
“Hello, pretty.”
Medina
angkat muka. Kutlah mat salih ke, mamat Zimbabwe ke yang datang sebab tak reti
nak bagi salam. Tapi melayu. Ada seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam
sedang berdiri depan kaunter.
“Hai,
selamat datang. Boleh saya bantu?” Budak sebelah Medina menegur lelaki itu
dengan penuh ramah.
Bagus
juga ada budak sebelah ni. Takdelah dia yang kena layan mamat tu. Tengok gaya,
macam tak berapa nak faham bahasa. Dapat kat dia, memang adalah yang belajar
tatatertib dan tatabahasa hari ni.
“My name is Darius. Darius Datuk Mazlan.
Kalau tak silap I, dah ada reservation
atas nama I kat sini hari ni. Cuba you check.”
Medina
nampak Azra belek-belek kertas sebelum kembali menghadap Darius.
“Maaf,
Encik Darius. Kalau diikutkan, Encik Darius dah batalkan reservation ni. Jadi, bilik yang Encik Darius reserve tu dah diberikan kepada orang lain.”
“What? Macam mana boleh jadi macam ni? I
tak kira. I nak bilik tu juga.” Lelaki itu nampak bertegas.
“Maaf,
Encik Darius. Tapi bilik tu dah ada penghuni sekarang ni. Kami tak boleh
sewenang-wenangnya menghalau tetamu kami. Apa kata kalau saya beri Encik Darius
tinggal di bilik lain?” Azra masih cuba berhemah.
“You
ni pekak ke tak faham bahasa? I nak bilik tu jugak. You tahu tak yang anak
pemilik resort ni kawan I?..”
Medina
angkat muka. Tertarik dengan ayat terkahir lelaki itu. Sejak bila aku ada kawan
macam ni?
“…
Kalau you berani nak macam-macam dengan I, I suruh kawan I pecat you. Baru
padan muka sebab dah berani cari pasal dengan I. Baik you panggil bos you
sekarang!”
Tak
boleh jadi ni! Medina bangun.
“Apa
masalah ni?” soal Medina walaupun dia dengar dengan jelas tiap-tiap patah
perbualan antara mereka.
“Encik
ni nak bilik yang dia dah reserve.
Tapi kalau mengikut rekod, dia dah batalkan reservation
tu. Tapi masalahnya, bilik tu sekarang ni dah ada penghuninya,” cerita Azra
serba ringkas. “Cik Medina kenal ke dia ni?” Serba-salah Azra bertanya.
“Encik
ni?” soal Medina. Cuba mengecam lelaki itu. Manalah tahu kawan zaman tadika dia
ke sampai-sampai dia tak ingat.
“Yes. It’s me. Darius.” Dia buka cermin
mata hitam. Atas bawah atas bawah dia tenung Medina.
Eleh..
style sangat la tu kalau buka spec macam tu? Yes. It’s me. Darius? Gaya cakap macam aku kenal sangat dengan dia
tu. Medina turut memandang lelaki itu. Rupa boleh tahan. Tapi sayang, adab
bahasamu ke laut.
Siapa
dia ni? Sumpah Medina rasa dia tak pernah kenal dengan lelaki itu. Nampak muka
pun tak pernah. Dah tu kenapa tengok aku macam tak pernah tengok perempuan ni?
“Encik,
kami tak boleh sesenang macam tu untuk menghalau pelanggan kami. Kami cuma
mengikut prosedur. Encik sendiri dah batalkan reservation encik dulu, jadi saya tak nampak atas sebab apa kami
perlu menghalau pelanggan kami hanya kerana encik yang saya tak kenal pun
siapa,” balas Medina.
“Aku
anak Datuk Mazlan tahu?” Mencerun mata Darius pandang Medina. Bahasa perempuan
ni boleh tahan.
“So? What’s so great of being son of Datuk?”
bidas Medina balik. Darius nampak tercabar dengan bahasanya.
Nampak
mulut Darius terbuka, tapi tiada suara yang keluar. Medina senyum sinis. Nak
cakap apa? Aku kaya, aku banyak duit? Lame!
“Sekurang-kurangnya
aku tak macam korang yang kena bersusah payah kerja. Jadi counter girl je pun. Dulu, masa tengok ingatkan hebat sangat.
Rupanya penyambut tetamu je.”
Medina
tersentak mendengar kata-kata Darius yang dirasakan sangat keterlaluan. Mungkin
dia tak terasa, tapi orang lain yang mendengarnya? Medina pandang sebelah.
Nampak muka Azra agak muram. Mungkin terasa dengan kata-kata Darius yang memang
mintak nak kena sepak tu.
“Jangan
nak kurang ajar ya. Kau minta maaf sekarang!” Medina naik angin. Apa masalah
mamat ni. Pagi-pagi datang tempat orang, buat kacau. Mencerun mata pandang
Darius. Dalam hati berdoa supaya takde yang merasa penumbuk paginya hari ni.
Darius
senyum sinis. Suka dia tengok Medina marah.
“Kenapa?
Terasa ke? Buat apa nak minta maaf kalau benda betul? Dahlah miskin, ada hati
nak sekolahkan orang. Kalau dah miskin tu, miskin jugalah.” Darius gelak jahat.
Medina
genggam penumbuk. Laju tangannya singgah di muka Darius. Hilang terus
ketawanya. Darius terduduk jatuh sambil mengaduh kesakitan.
“Cik
Medina.” Azra terkejut. Tak sempat nak halang apa-apa, dah nampak Darius sujud
ke bumi.
Turun
naik dada Medina cuba menahan diri. Padan muka. Dia paling tak suka kalau ada
orang menghina. Apatah lagi menghina orang miskin. Tiga kali mamat tu seru
perkataan miskin, memang selayaknya muka makan buku lima. Lantaklah ada orang
berterabur gigi pun, dia peduli apa!
“Cik
Medina.”
“Dee.”
“Allah..
apa budak ni dah buat?”
Ketika
itu, nampak beberapa orang datang menghampiri mereka. Encik Tareq ada, Zuyyin
pun ada. Kak Wiza pun turut berkejar ke arahnya. Angkat muka lagi sekali,
nampak tiga muka jejaka yang mempunyai reaksi berlainan. Farizzam datang terus
membantu Darius. Luke dengan wajah tak percayanya. Bila dia nampak Tengku Ian,
pandangan Tengku Ian seolah-olah membawa maksud “What have you done?”
Alahai..
masa ni la semua orang nak datang, kan? Huh.. drama sangat!
-------------
“Tangan
macam mana?”
Medina
angkat muka apabila ditegur sebegitu. Nampak Tengku Ian duduk di sebelahnya. Huh..
malas nak bercakap! Tangan macam mana? Bila sebut pasal tangan, baru rasa
kesannya. Boleh tahan sakit jugalah. Mana tak sakit? Tulang pipi orang bukannya
lembut.
“Ni
saya bawakan ais. Letaklah. Boleh kurangkan sakit.” Tengku Ian bersuara lagi. Satu
plastik kecil yang berisi beberapa ketul ais dan dibalut dengan satu tuala
kecil diberikan kepada Medina.
Medina
tanpa menjawab tetap mengikut kata Tengku Ian. Khidmat ais memang diperlukan
sekarang ni untuk menghilangkan sakit.
“Medina,
awak tahu tak yang awak dah lakukan sesuatu yang tak patut?” soal Tengku Ian. Kemudian
geleng kepala.
Medina
cuma diam. Tahu. Memang dia dah lakukan sesuatu yang tak patut pun.
“Mamat
tu macam mana?” soal Medina pula. Buatnya dia nak saman papa, mampus aku! Tapi,
sungguh dia tak boleh tahan kalau ada yang suka menghina macam tu. Kerana mulut, badan binasa. Memang betul sangat pepatah tu!
“Tengah
berehat dalam bilik. InsyaAllah okey.”
Nak
pulak duduk kat bilik lain? Kan senang kalau awal-awal tadi dah setuju. Takdelah
makan penumbuk aku pagi-pagi ni. Ni la yang orang melayu cakap, sudah terhantuk, baru nak
tengadah.
“Tapi,
boleh tahan kuat juga ya penumbuk awak? Nasib baik dia tak hilang gigi tadi,”
komen Tengku Ian. Kalau tengokkan kesan lebam di pipi Darius, nampak macam
merana juga.
“Kalau
hilang pun apa susahnya? Pergilah buat gigi palsu. Kata kaya,” balas Medina. Entah.
Pasang je la gigi platinum ke, gigi tembaga ke. Tak pun gigi berlian kut nak
yang lebih kuat sikit. Senang. Sengih je berkilauan sampai sepuluh meter.
“Ya..
salah dia yang tak reti jaga mulut. Tapi, tak patut awak tumbuk dia tadi. Dia tu
pelanggan resort ni. Nama baik resort ni boleh tercemar nanti. Lebih-lebih lagi
kalau ada yang tengok tadi,” nasihat Tengku Ian. Medina cuma diam. Mengiakan apa
yang dikatakan Tengku Ian itu dalam hati.
“Yalah.
Nanti saya minta maaf dengan dia,” balas Medina pula. Dia tahu dia memang salah.
“Saya
rasa awak kena belajar kawal perasaan awak. Awak kena belajar untuk tidak
menghukum orang dengan cara awak sendiri. Mungkin awak masih muda dan tak faham
lagi dengan dunia perniagaan ni. Khidmat pelanggan. Kepuasan pelanggan. Itu yang
semua orang cuba jaga. Ragam manusia ni macam-macam. Kadang-kadang kena biarkan
hati sendiri sakit untuk jaga hati orang lain. Geram macam mana sekali pun, bahasa
kena jaga, adab mesti kena selalu kelas satu.
And absolutely no fist!” nasihat Tengku Ian lagi.
“Ya..
ya.. saya janji saya takkan buat lagi. Mulai hari ni, saya akan cuba kawal
perasaan dan tidak menghukum orang dengan cara saya.” Malas nak dengar Tengku Ian
membebel lagi.
Tengku
Ian senyum.
“Good girl. Anyway, awak tahu ke dia tu
siapa?” soal Tengku Ian lagi.
“Darius,
anak Datuk Mazlan.”
“Awak
tak rasa awak kenal dia ke?”
“Sorry to say la, tapi saya kawan-kawan
saya takde yang takde adab macam tu.”
“Itukan
Saiful awak.”
“Saiful?”
Medina blur. Saiful mana pulak dah ni?
“Malam
kita tengok pertunjukan api, kan awak kata nama dia Saiful.”
Medina
baru perasan. Tapi serius dia tak ingat muka lelaki tu. Tapi.. Saiful aku? Hempuk
karang! Suka hati dia je.
“Tak
penting pun saya ingat dia siapa. Lepas ni grenti dia dah tak boleh lupakan
saya.”
Tengku
Ian senyum mengiakan. Agaknya dah serik budak tu nak bertemu dengan Medina. Mahu
trauma kena tumbuk dengan perempuan. Grenti ingat seumur hidup.
“Dulu,
masa tengok ingatkan hebat sangat. Rupanya penyambut tetamu je.” Teringat balik
kata-kata Darius tadi. Laa.. dia maksudkan aku ke tadi?
“Nanti
teman saya minta maaf dengan dia, boleh?” pinta Medina.
Wah..
aku salah dengar ke apa ni? Pertama kali Medina minta sesuatu daripadanya. Baru
je nak sengih mengusik, Medina dah jeling tajam ke arahnya. Salah langkah,
memang tak mustahil dia pulak yang kena tempah gigi palsu baru besok.
“Yalah.
Nanti saya temankan awak.” Tengku Ian batalkan niatnya untuk mengusik. Masa tak
sesuai.
Medina
bukannya apa. Sekurang-kurangnya bila ada Tengku Ian, potensi untuk Darius
dapat penumbuk keduanya dah jatuh ke sifar. Manalah tahu kalau Darius tu cari pasal
dengan dia lagi. Nak menghadap orang macam Darius tu kena bawa orang yang
pandai berbahasa macam Tengku Ian ni. Lagi.. dia tak sukakan pandangan Darius padanya tadi. Sekurang-kurangnya, dengan Tengku Ian dia rasa selamat.
“Awak
tahu tak dia tu kawan Puteri?” soal Tengku Ian lagi.
Medina
diam. Baru faham Puteri yang Darius maksudkan tadi. Memang betullah dia
berkawan dengan anak pemilik resort ni. Patutlah takde adab macam Puteri. Memang
patut pun dua orang tu berkawan. Banyaknya kebetulan. Dan.. macam mana mamat ni
boleh tahu banyak benda?
“Tangan
dah okey ke belum? Nak saya bawakan ubat?”
Medina
memeriksa tangannya. Merah-merah pada tangannya dah agak berkurangan. Sakit pun
dah hilang.
“Tak
payahlah. Dah tak sakit dah. Nak tumbuk orang lagi sekali pun boleh ni. Nak rasa?”
Eh..
eh.. kasarnya budak ni bergurau.
“Kalau
awak tumbuk saya, macam mana saya nak temankan awak minta maaf lepas ni?” Tengku Ian senyum megusik.
Okey..
aku malas nak layan!
Sis,nk lgi...
ReplyDeleteX puas bca...
Tq..anjell.mmg tertunggu2. Rindu sgt kat medina n ian..
ReplyDeleteTq
ReplyDeletewaa!! bestnyer.. nk lagi sis.. tq
ReplyDeleteBe
ReplyDeleteBest2..
ReplyDeletewah !! bestnyer .. nk lagi nk lagi ..
ReplyDeleteBest3xx....sis habis kat blog ke Ada versi cetak@digital@pdf?
ReplyDeletesekian lama menanti..finally muncul jugak..sis nak lagi..best sngt..
ReplyDeletewhat a great and awesome story!!!
ReplyDeletebest giler...
ReplyDeletebest..nak lgi.x sbr nak tunggu next entry.
ReplyDeleteThanks Anjell untuk update ni.
ReplyDeletedaebakk . hehe ^_^
ReplyDeleteAnjel dah cuti? Lepas ni hari hari boleh?
ReplyDeleteAnjel dah cuti? Lepas ni hari hari boleh?
ReplyDeleteAnjel dah cuti? Lepas ni hari hari boleh?
ReplyDeleteAnjel dah cuti? Lepas ni hari hari boleh?
ReplyDeleteWahh..medina main coc..boleh geng ni..😊
ReplyDelete