Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday, 10 July 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 15)

BAB 15

“Ikut aku sekarang.” Hanya itu yang diucap Harraz ketika melintasi meja Nurin.

Ikut dia? Pergi mana? Nurin tertanya-tanya, namun dia bangun juga dari duduknya. Pantas kaki melangkah mengejar Harraz yang dah jauh. Huh! Tahulah kaki tu sama panjang dengan galah. Kut ya pun, kurangkanlah sikit kelajuan kaki dia tu. Nak kejar hantu ke apa? Sempat Nurin merungut.

Nurin pelik bila Harraz menuju ke arah lif.

“Eh, kita nak pergi mana, Encik Harraz?” soal Nurin. Sangkanya Harraz menyerunya ke bilik Harraz, macam biasa yang dilakukan Harraz untuk mendera fizikal dan mentalnya.

“Kenapa? Takut aku bawak lari kau pergi Siam ke?” Bukannya Harraz nak jawab. Tapi sempat pula dia sindir Nurin.

Nurin yang dengar panas hati. Huh! Inilah namanya orang tak lulus bahasa Melayu. Orang bagi ayat soalan, sepatutnya jawab dengan ayat penyata. Tak faham bahasa Melayu ke? Nak kena beli kamus Bahasa Urdu kasi translate dulu ke apa? Bengkak sungguh rasa hati. Padahal baru pagi tadi dia berazam akan cuba kurangkan perang dengan bosnya itu.

“Takdelah macam tu. Saya perlu tahu jugak. Kita nak ke mana?” Nurin cuba jawab dengan baik. Sekali lagi kemukakan soalan yang sama untuk orang yang tak faham bahasa Melayu ni. Malas nak lancarkan perang mulut. Penat otot orbicularis oris dia.

“Keluar.”

Tahulah keluar! Kaki ni baru lepas lalu pintu bertulis ‘EXIT’. Ingat orang tak tahu ke? Hish, mamat ni!

“Keluar? Tapi dah dekat lunch hour.” Nurin tak puas hati. Lima belas minit lagi pukul satu.

So, kita pergi lunch dulu baru sambung kerja,” balas Harraz balik.

“Tapi, saya ada janji lunch dengan orang.” Nurin ada janji dengan Farhan. Beria-ia Farhan mengajak untuk makan bersama.

Harraz tahu. Dia ada dengar perbualan antara Nurin dan Eves tadi. Nurin mempelawa Eves makan bersama dengan Farhan. Dan entah kenapa laju je mulutnya mencadangkan nama Nurin bila Eriq cakap dia tak dapat ikut serta tadi.

“Aku ke atau lunch kau yang lebih penting?”

Mestilah lunch saya. Apa punya soalan daa.. Tapi, dia cuma diam. Nak mati jawab macam tu kat Harraz?

“Kita nak pergi mana?” tanya Nurin.

“Lawat project site.”

Hah? Serius mamat ni nak bawak aku lawat project site? Biar betik! Nurin pandang pelik pada Harraz. Macam bukan Harraz je ni. Hoi.. kau siapa?

“Kenapa tengok aku macam tu? Pelik aku ajak kau?” Harraz ternyata bijak membaca apa dalam kepala Nurin.

“Tak payah pelik la. Aku kalau nak lawat project site, arkitek kena ikut. Orang lain semua tengah sibuk. Kau je yang takde kerja sekarang ni, sebab tu aku bawak kau,” kalentong Harraz.

Nurin mencebik dalam hati. Ingat aku ni first aids ke apa? Sedia dalam keadaan kecemasan dan darurat? Lupa pula dia yang sekarang ni pejabat tengah sibuk. Tiap masa ada orang berjalan. Yalah.. tengah nak rebut tander besar. Due date tinggal beberapa hari lagi. Sebab tu la semua orang dah macam zombi bekerja.

Huh.. patutlah mamat ni cari aku! Tapi, Nurin bersyukur juga. sekurang-kurangnya Harraz mula pandang dia sebagai seorang arkitek. Dah lama dia teringin nak keluar melawat tapak projek. Hampir dua bulan terperap dalam pejabat.

“Sekarang ni, kau nak ikut ke tak? Kalau taknak, baik kau naik balik?” Harraz buat-buat bengang. Dia yakin Nurin takkan menolak. Bukan senang nak dapat peluang keluar. Apatah lagi Nurin yang masih baru dan masih belum melukis apa-apa pelan bangunan lagi.

“Yalah.” Nurin mengalah. Terpaksa dia membatalkan janjinya dengan Farhan dan Eves.
  
  -------------

Nurin cuma mengikut langkah Harraz ke basement untuk ke tempat kereta Harraz diparkir. Kaki Nurin berhenti di sebuah kereta cantik warna merah. Tengok rekaan kereta ni, dah tahu dah mesti kereta mahal. Tengok lambang pula. Perghh… Lamborghini kut!

Kagum juga Nurin tengok kereta cantik macam tu. Pergi kerja pakai Lamborghini. Kau mampu? Dulu Audi, hari ni Lamborghini. Entah-entah besok bawak kapal pulak datang kerja. Alah.. orang kaya. Sepuluh buah boleh beli.

Merah menyala. Patutlah mamat ni garang nak mampus. Asyik nak mengaum macam harimau.

Harraz yang nak masuk ke keretanya tak jadi bila melihat Nurin tegak macam patung cendana di luar pintu kereta sebelah sana.

“Yang kau tercegat kat situ kenapa? Nak suruh aku bukak pintu dulu ke apa?” soal Harraz. Sempat disinisnya Nurin. Manalah tahu Nurin ni ada pasang angan-angan menantikan dia bukakan pintu kereta.

Err.. kita berdua je ke, Encik Harraz?” soal Nurin.

Bukannya apa. Tak pernah dia naik kereta berdua dengan lelaki. Keluar berdua pun tak pernah. Kalau ada pun dengan Lee. Keluar makan dengan Farhan pun mesti ada Eves yang diseret Nurin.

Okey.. sebenarnya pernah. Malam Harraz hantar dia pulang. Berdua dengan Harraz juga. Kali ni dengan Harraz lagi. Kenapalah Harraz?

“Kenapa takut keluar berdua dengan aku? Takut aku rogol kau ke?” Tak berlapik Harraz bertanya.

Nurin gigit bibir bila dengar Harraz macam tu. Mulut mamat ni.. kasi cium tayar Lamborghini baru tahu! Bukan tu la!

“Bukan tu maksud saya..”

“Dah tu, cepat masuk,” arah Harraz.

Sepanjang perjalanan senyap. Nurin rasa macam nak tercekik oksigen pun ada. Rasa lemas. Rasa lega yang teramat sangat bila Harraz berhenti di sebuah restoran. Macam perancangan Harraz. Makan dulu, barulah sambung kerja.

Tapi, yang tak seronoknya bila terbaca nama restoran itu. Tak payah tengok menu, Nurin dah tahu dah restoran tu menghidangkan masakan Arab lepas tengok nama restoran yang panjang tu. Waa… Nurin tak suka nasi Arab!

 Mata menatap menu besar itu. Satu pun dia tak berkenan. Dahlah lapar. Perut ni dah mula berdangdut dari tadi lagi. Kena makan juga kalau rasa taknak pengsan masa kerja lepas ni. Nurin tak tahu nak makan apa sebab tekaknya memang tak ngam dengan nasi Arab.

Lamb Mandy regular set and watermelon juice for me and…” Harraz pandang Nurin yang sedari tadi tengah tenung menu di tangan.

“Kau nak apa?”

“Ada makanan lain selain Arab tak?” soal Nurin.

Sorry, Miss. We don’t.” Pelayan itu minta maaf.

“Kalau macam tu, just give me Chicken Mandy small set and lychee ice,” pesan Nurin.

Okay, thanks,” ucap Harraz sebelum serahkan menu kepada pelayan.

“Kau ni, tak pernah masuk restoran Arab ke apa? Dah ni kedai makanan Arab, takkanlah jual makanan Sepanyol pulak?” sempat Harraz membebel.

“Saya tak suka nasi Arab,” jelas Nurin. Sedikit geram. Ingat orang tak tahu ke?

“Kenapa tak cakap sebelum kita masuk restoran ni tadi?”

Eleh.. kalau aku cakap, kau tu nak dengar ke? Lepas tu mulalah nak cop aku entah keturunan puteri mana pulak.

“Takpelah.. saya makan je,” jawab Nurin. Malas nak panjang bicara.

Dia ni bukan jenis yang bila dah tak suka bau pun tak sudi nak sedut. Dia ni jenis yang akan makan juga walaupun tak suka. Tetap akan habis sebab dia tak suka membazir. Cuma bezanya nikmat masa makan tu tiada.

“Tengah hari ni kau sepatutnya ada janji dengan siapa?” Harraz pura-pura bertanya. Sengaja nak hilangkan suasana canggung semacam tu. Kalau tak, memang dia rasa dia tengah makan dengan pokok. Tunngu Nurin tegur dia? Huh.. sampai subuh besok pun belum tentu jadi.

Nurin pelik. Sejak bila pulak Harraz berminat nak tahu pasal dia ni? Baru Nurin perasan. Inilah kali pertama Harraz bercakap dengan dia selain pasal kerja.

“Dengan Encik Farhan. Dia ajak saya makan sama-sama.” Nurin tetap jawab juga. Takpelah.. lagi pun Farhan tu kan sepupu dia jugak.

“Kau dengan Farhan ada apa-apa ke? Aku dengar tengah hot bercinta. Betul ke?” soal Harraz. Dia main tuduh je. Padahal semua tu tak betul pun.

“Eh, mana adalah. Saya dengan dia kawan je,” nafi Nurin.

Haish.. mana pulak mamat ni dengar pasal benda ni? Dia sendiri tak pernah dengar. Ke dia dengar daripada mulut Farhan? Yalah… mereka berduakan sepupu. Kalau betul Harraz dengar daripada Farhan, memang nak kena si Farhan ni. Berani dia cakap benda yang tak jadi!

“Betul ke?” Harraz masih curiga.

“Betullah. Saya dengan dia cuma kawan,” tekan Nurin lagi. Haish.. nak kawan pun tak boleh ke? Kena sign kontrak dengan big boss dulu ke apa?

Kemudian pandang Harraz. Yang kau sibuk tu kenapa? Ada kacau ketenangan hidup kau ke?

Harraz yang perasan pandangan lain macam Nurin terus buka mulut.

“Aku bukan apa. Aku tak suka staf aku bercinta sampai lupa kerja,” tegas Harraz.

Oo.. tak suka staf bercinta sampai lupa kerja ya? Yang kau dok melayan buah hati masa kerja tu takpe pulak? Dalam pejabat pulak tu! Malas Nurin nak bukak mulut. Yang salah nanti, dia juga.

“Kenapa tengok aku macam tu? Kau ingat aku main-main ke?” Harraz agak bengang melihat pandangan Nurin masih belum berubah.

“Ya, Encik Harraz. Ya..” Nurin angguk-angguk kepala. Ya.. Encik Harraz je betul.

Masa itulah hidangan yang dipesan sampai. Harraz yang nak balas terus tak jadi.

“Jemput makan, Encik Harraz. Jangan lupa baca doa pulak,” kata Nurin. Bersyukur bila kehadiran pelayan itu berjaya menamatkan perbualan dia dan Harraz pasal cinta masa berkerja tu.

Hish.. kali pertama makan berdua pun dah nak ajak aku buka pentas debat. Minta-mintalah ni kali terakhir mereka makan berdua. Tak boleh ngam!

  -------------

Tengah hari lawat tapak projek memang macam ni la jadinya. Panasnya! Tengah hari. Matahari memang sembilan puluh darjah atas kepala. Okey.. takdelah sembilan puluh darjah sangat. Senget sikitlah sebab dia boleh nampak bayang-bayangnya.

Hampir setengah jam dah dia berjalan tanpa henti. Ikut Harraz. Tapi lelaki itu hanya rileks tanpa mengeluh sikit pun. Nak taknak, Nurin terpaksa ikut Harraz. Nurin sempat duduk bila Harraz tengah baca pelan bangunan itu. Khusyuk betul sampai berkerut-kerut keningnya.

“Penat?” soal Harraz. Lebih ke arah nak menyinis sebenarnya.

Nurin diam. Malas nak mengeluh. Nanti nampak sangat dia ni lembik orangnya walaupun sekarang ni rasa sendi kaki dah macam memanjang dua inci.

“Lembik betul. Macam ni nak kerja tempat aku?” sinis Harraz lagi. Sengaja mendera fizikal Nurin. Bukan dia tak nampak betapa merah muka Nurin sekarang ni sebab mereka berjalan di bawah panas terik.

Masam muka Nurin. Tapi untuk membidas balik, dia tak berani. Tambah pula, dia hormatkan Harraz sebagai ketuanya. Apa yang Harraz cakap tu pun ada betulnya. Dia lembik.

Apatah lagi pakaian yang dipakainya agak tak sesuai untuk berjalan jauh. Kalau Harraz cakap awal-awal, takdelah dia nak berbaju kurung macam ni. Mesti dia dah pakai seluar dan bawa kasut sukan sekali. Kasut yang dipakai sekarang buatkan kakinya makin sakit.

“Jom, kita nak lawat sebelah sana pula,” kata Harraz sambil menunjukkan satu tempat dalam peta itu.

“Eh, Encik Harraz! Tapi, tempat tu saya rasa belum sesuai lagi untuk kita lawat.” Nurin bersuara.

Dalam penat-penat dia pun, matanya masih tajam memerhati. Tempat yang ditunjukkan Harraz masih dalam peringkat awal pembinaan. Bukan tak boleh dilawat, tapi agak berisiko tinggi.

“Kenapa?” Harraz pelik.

“Ni.. cuba encik tengok ni. Ni zon tiga. Masih baru lagi. Kalau ikutkan, masih tiada perubahan. Masih belum selamat saya rasa, encik. Kalau kita tak lawat pun, takpe.” Nurin mengemukakan pendapatnya.

“Aku ke kau bos? Dah.. ikut aku sekarang.” Harraz berdegil.

Laju kaki meninggalkan Nurin. Nak taknak, Nurin turut bangun. Hish.. tunggulah orang! Nak lumba lari dengan aku ke apa mamat ni? Dah tahu nak buat keputusan sendiri, baik tak payah bawak aku. Nurin membebel dalam hati sambil kaki laju mengejar Harraz.

  -------------

Nurin dan Harraz berdiri di kawasan zon tiga itu. Memang kalau mengikut jadual pembinaan, zon tiga itu masih dalam peringkat awal pembinaan. Lori keluar masuk dan para pekerja pula sibuk menaikkan bahan binaan ke tingkat atas.

Hmm.. Nurin betul. Harraz setuju dengan Nurin. Tempat tu berisiko tinggi. Kalau hari ni tak melawat pun, rasanya tiada bezanya. Laporan dari pengurus projek rasanya dah cukup.

“Kenapa, encik?” soal Nurin pelik bila Harraz pegun. Harraz geleng kepala.

“Kau pergi ambil pelan tadi. Lepas tu kita balik.”

Balik? Adakah itu maksudnya mereka akan keluar dari tempat ni? Akhirnya, boleh juga dia merehatkan kakinya.

Nurin patuh. Dia berpatah balik ke tempat tadi. Tempat di mana Harraz tinggalkan pelan tadi. Lepas ambil, Nurin berjalan balik ke tempat Harraz. Dia melihat Harraz tengah serius berbincang dengan seorang lelaki. Disebabkan Nurin masih baru, maka dia tak berapa kenal dengan lelaki itu.

Nurin malas nak kacau. Dia hanya berdiri beberapa meter daripada Harraz. Pelan ditangan dibuka. Baru berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelan bangunan itu. Sebab dari tadi lagi pelan itu dalam tangan Harraz.

Terperinci. Unik. Halus. Itu yang dapat Nurin putuskan. Pasti arkitek yang merekanya bukan calang-calang orang. Mesti dah bertahun-tahun pengalaman. Makin kagum Nurin. Makin rasa rendah diri Nurin. Dan makin bersemangat Nurin untuk bekerja keras supaya satu hari nanti dia berjaya hasilkan yang lebih hebat lagi.

Nurin pandang tempat Harraz berdiri. Eh, kosong? Mana Harraz? Nurin gulung-gulung balik kertas besar itu. Adoi.. mana pulak mamat ni pergi? Tadi ajak aku lumba lari. Sekarang ni, ajak aku main hide and seek ke apa?

Nurin pandang sekeliling. Tiada pula susuk tinggi Harraz. Kaki mula melangkah untuk mencari Harraz.

“Encik Harraz,” panggil Nurin sambil mata cari sekeliling. Dah tinggalkan aku sorang-sorang kat sini ke? Jangan weh! Menangis aku. Tapi, kalau orangnya Harraz, tak mustahil.

Nak telefon pun, bukannya ada nombor Harraz. Asyik gaduh je, apa barang nak bertukar-tukar nombor telefon? Tapi, bila dah jadi macam ni, telefonlah medium paling penting. Sekarang ni, terpaksalah guna kuasa tubuh badannya untuk mencari Harraz.

Nurin berhenti bila rasa kaki dah penat. Mata masih meneruskan misi mencari jejak Harraz.

“Cik.. hati-hati!”

Nurin dengar ada orang jerit dari atas. Nurin dongakkan kepalanya. Cahaya matahari yang terik buatkan matanya silau untuk melihat. Sempat dihalang silau itu dengan tangannya untuk melihatnya dengan lebih jelas. Terkejut dia bila nampak bagaikan ada benda sedang meluru ke arahnya.

Entah kenapa kaki rasa pegun untuk melangkah. Otak macam hilang fungsi untuk memberi arahan pada kaki untuk mengelak.

Pang!! Bunyi besi bertemu tanah. Sangat kuat sampaikan terangkat kedua-dua bahunya. Nurin nampak dengan kedua matanya macam mana besi yang panjang itu mencium tanah. Betul-betul di tepinya. Kuat tak kuat, sampai-sampai naik debu-debu tanah ke udara. Kecoh seketika suasana. Semua pekerja berkumpul di sekelilingnya.

You owe me really big for saving your life today.” Nurin dengar suara itu. Datangnya daripada manusia yang berdiri depannya sekarang.

Nurin angkat muka. Harraz! Baru sedar yang dia dalam pelukan Harraz sekarang ni. Terasa satu tangan Harraz memeluk bahunya dan satu lagi memeluk pinggangnya. Nurin masih terkejut. Hanya diam sehinggakan Harraz sendiri yang merungkaikan pelukannya.

Heart attack almost you gave me! Sistem refleks dalam tubuh kau ni terencat ke apa? Tak reti nak mengelak ke? Kalau aku takde tadi, kau dah mati, tahu?” marah betul Harraz. Dalam marahnya, dia lega sebab dia sempat tarik Nurin tadi. Berdebar dadanya kut-kut terjadi sesuatu yang tak diingini tadi. Fuh.. nasib baik selamat!

Nurin tak balas apa-apa. Mengiakan kata-kata Harraz. Kalaulah Harraz tak selamatkan dia tadi, dah jadi arwah dia hari ni rasanya. Kalau nasib baik, mahu dikejarkan ke hospital lepas tu terlantar dalam ICU entah berapa lama. Dalam diam, dia terhutang budi dengan Harraz.

“Kau okey tak? Ada cedera kat mana-mana?” soal Harraz. Dipandang Nurin dari atas sampai bawah. Takut juga kalau apa-apa terjadi pada Nurin. Walau apa pun terjadi, Nurin di bawah tanggungjawabnya. Lagi, apa dia mahu jawab dengan daddynya kalau Nurin kena apa-apa.

Nurin cuma angguk. Kekuatan kaki yang rasa terbang tadi, kembali berkumpul. Syukur.. dia selamat. Terima kasih pada Harraz.

“Bos.. darah!”

Salah seorang pekerja yang berkumpul di sekeliling mereka menegur. Ditunjukkan ke arah lengan kanan Harraz. Harraz pandang lengannya. Baju kameja biru mudanya sedikit koyak dan dicemari dengan tompokan merah pekat. Agak banyak juga. Muka Harraz terus berkerut. Baru terasa pedih.

38 comments:

  1. huhu..hero dh tunjuk gaya hero yg sbnr..but Nurin jgn percaya lbih2!!kak anjell awesome...bila nk kuar part kawan nurin tu..nk bg harraz tbeliak mata!!

    ReplyDelete
  2. Miss Anjell,
    tq for d new en3.. love it .. btw 'Heart attack almost you gave me' or 'You almost gave me a heart attack'? is it intended?

    ReplyDelete
  3. Miss anjell cpt smbung tau...suke sgt bca pasal haraz n nurin... sweet dlm diam wlupon haraz eho n blagak skit...hehehehe

    ReplyDelete
  4. A knight in shinning amour dah dtg tuk selamatkan a damsel in distress...
    Nurin dah terhutang budi...jgn tergadai hati lak ye...

    ReplyDelete
  5. X pasal2 jadi hero hindustan si harraz nii.. haha

    ReplyDelete
  6. Tq anjell
    Harraz saje je kan...nk potong line ke
    But still a hero

    ReplyDelete
  7. Best... tq Anjell...

    ReplyDelete
  8. best nyer harraz...jadik hero...penyelamat nurin...mula nyer bunga2 hati akn terbit nyer buah2 cinta...hehe...makin menterujakan...

    ReplyDelete
  9. Heart Attack bila ending bab ni mendebarkan. huhu

    ReplyDelete
  10. Huh.. berdebar rasa. ingat nurin tercedera td. nasib ada en. harraz , sampai lengan sendiri cedera nak selamatkan nurin..

    Anjell.. ku tunggu entry yg seterusnya...

    ReplyDelete
  11. Ooohooo..pndai harraz gagalkn plan nurin n farhan lunch date ye! Ad akai tu klentong ajak nurin lawat project site..
    Harraz degil betuii naaa..nurin dh inform dh site tu lum bole boleh lawat..eh ehhh nk g gak..haa kn dh xpsl2 nurin nyaris2 timpa kemalangan..syukur nasib xde pape! Thx harraz slmtkn nurin..
    Agk2 harraz sedar x ekk situation tu sama ms nk selamatkan nurin dr jatuh tersungkur mlm tu..
    Love would feel like a heart attack Harraz! Org yg awk cari ad dpn mata kot! (Emo lebihhh, hee)

    ReplyDelete
  12. Perggggg..cerita baru bermula..
    Ha makin menarik tertarik ko de bomb..
    Thanks anjell..

    ReplyDelete
  13. Cept la smbung. Best sgt2

    ReplyDelete
  14. Thanks best cpt sambung

    ReplyDelete
  15. Petanda " bunga2 cinta" .klu fahan tahu habiss...

    ReplyDelete
  16. BARU NAK KELUAR PUTIK BUNGA-BUNGA TU...
    Besttt

    ReplyDelete
  17. 2 x diselamatkan ..ada makna tu...hrmm

    ReplyDelete
  18. Addicted!!! What ever frm Anjell makes me need more... More.. And more!!!

    ReplyDelete
  19. Hi Anjel.. Kalau saya jadi Nurin mesti saya bengang gila dengan Harraz.. Nurin patut lancarkan perang dingin dengan Harraz.. Sebab nyaris-nyaris ditimpa besi kat site. Takyah rasa terharu sangat bila Harraz selamatkan dia sebab dari awal lagi Nurin dah cakap situ bahaya. Mujur tak jadi apa-apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...biar harraz terasa miss something kalau nurin mendinginkan diri

      Delete
  20. Bestnyaaaaaaa....rasanya I suka harraz hehehe

    ReplyDelete
  21. I stuju dgn u ixora. Selagi Haraz tak tahu model tu Nurin rasanya susah sikit dia nak tunjuk feeling dia yang sebenar. Playboykan mesti ada taste tersendiri. Bila nak ada acara kejar mengejar dan test mengetes hati?Hai mesti lambat lagi dia orang nak show their feelings towards each other.

    ReplyDelete
  22. Harraz cemburu...sebab tu awal2 dah bawak lari si nurin...hah darah..sape yang cedera harraz kah..nurin mesti risau lepas ni...

    ReplyDelete
  23. Cerita makin menarik..
    X sabar nak nunggu reaksi harraz kalau dia tau wanita yg di cari adalah nurin..

    ReplyDelete
  24. Tersekat pengudaraan time baca..ffuuhhh berdebar sungguh!!

    ReplyDelete
  25. Bestnya!! nak lagi! can't wait!

    ReplyDelete
  26. Amboi..garangnya harraz.. "kau ke aku boss".. Nasib baik nurin x di timpa besi..walaupn harraz selamatkan nurin, harraz tetap bersalah sebab dah di nasihatkan oleh nurin..

    ReplyDelete
  27. I need more anjell...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )