BAB 4
“Tak guna punya spesis. Sepatutnya spesis macam tu,
kena sumpah jadi biawak hidup.” Rasa marah Nurin dah lama dipendam sejak
mengadap Harraz Naufal lagi. Terbawa-bawa sampai rumah.
Nurin hempas tubuhnya atas katil.
Kemudian ambil bantal peluk patung anak harimau, letak atas muka. Tak tahu rasa
hati sekarang ni. Nak menangis pun ada mengenangkan usaha kerasnya yang
bagaikan langsung tak dihargai Harraz.
Harraz.. ya nama mamat tak guna tu
Harraz Naufal. Nama punyalah cun. Tak kena langsung dengan perangai! Agaknya Uncle
Mukhriz tersalah letak nama agaknya. Entah-entah mamat tu bukan anak kandung Uncle
Mukhriz. Sebab tu la perangai tak sama langsung.
Pejam mata. Terbayang terus muka kacak
maut Harraz tengah senyum sinis. Menempah maut betul! Buka balik mata! Ya
Allah.. sakitnya mata dan hati! Kenapa kena kenal mamat tu? Harap muka je handsome,
tapi perangai macam hantu Kak Limah balik Amerika!
Huh.. tak payah fikir, Nurin! Kau dah
takkan jumpa dia dah lepas ni.
-----------
Dum! Dum!
Puan Norseha yang baru jejak kaki masuk
rumah berhenti. Dia pandang anak keduanya yang tengah melayan cerita cina di
ruang tamu.
“Eh, Angah! Bunyi apa tu?” soal Puan
Norseha.
Dum! Dum! Sekali lagi dia dengar benda yang sama. Kali ni dia
yakin datang daripada bilik anak sulungnya. Eh.. dah balik ke?
“Anak sulung umi la tu. Dah cukup bulan
terang mengambang, sebab tu la dia jadi
macam tu.” Selamba Ariana menjawab. Dah cukup maklum dengan perangai kakak
sulungnya itu.
“Kenapa? Apa dah jadi dengan Ayong?”
Ariana angkat bahu. Tak tahu! Dia pun malas
nak tanya. Karang tersilap hari bulan, dia juga yang kena marah balik. Bukan
tak tahu angin monsun Barat Daya kakak dia tu. Sekali datang, memang kena libas
semua. Huh.. garang mengalahkan mak singa hilang anak!
“Umi tanyalah dia sendiri. Something
happened kut masa interview tadi,” balas Ariana.
-----------
Sekuat hati Nurin baling bola kecil berwarna hujau
kekuningan tu ke dinding. Tepat kena pada kertas A4 yang dah dilukis orang
lidi. Meskipun hanya orang lidi, tapi memang dah disetkan dalam kepalanya yang
tu adalah Harraz. Nurin baling bola tenis tu sekuat hati. Rasa macam dia tengah
baling betul-betul kat muka kacak Harraz Naufal.
Mamat
tu sombong sebab hidung dia tinggi kut. Ni kalau kena hidung tinggi mamat tu,
ada bagusnya jugak! Biar patah lepas tu rendah sikit. Barulah tak sombong.
Bunyi pintu ditolak dari luar. Masa tu
tepat bola tenis dalam tangannya. Nurin pandang uminya yang masuk. Terus
berhenti baling.
Puan Norseha mendekati anak sulungnya
yang tengah duduk bersila di tengah-tengah katil. Kalau tengok muka anaknya
tambah pula dengan bola tenis di tangan, dah dapat diagak anaknya tengah
melepas geram. Mesti fail interview ni!
“Dah takde rezeki, Ayong. Allah yang
tentukan setiap rezeki.” Puan Norseha duduk di tepi katil Nurin.
Huh.. Nurin mengeluh. Bola tenis diletakkan tepi meja.
Kalau setakat gagal tu dia takdelah kisah sangat. Tapi, dia rasa macam
dipermainkan sebab tu la dia rasa geram sangat.
“Ayong tahu. Ayong tak kisah sangat
kalau fail. Tapi perangai mamat tu yang Ayong geram. Umi tahu dia cakap apa? Kalau Ayong nak kerja
kat syarikat dia tu, Ayong kena bukak tudung. Lepas tu pakai baju entah
apa-apa,” cerita Nurin geram.
“Seriously?” Puan Norseha nampak
terkejut.
“Serious la, umi. Ayong rasa
mamat tu bukan anak Uncle Mukhriz la. Sebab tu la perangai macam melaun.
Tak sama langsung dengan Uncle Mukhriz. Ada gene yang terencat
agaknya dalam kromosom mamat tu. ” kutuk Nurin selamba.
“Hish..
budak ni. Tak baik cakap macam tu,” tegur Puan Norseha.
“Sorry.. geram sangat.”
“Mungkin takde rezeki Ayong kat situ. Mungkin
Mukhriz tak tahu anak dia akan buat Nurin macam tu.”
“Nurin pun memang taknak kerja kat situ.
Macam tak boleh ngam je lepas tengok staf-staf syarikat tu tadi. Memang
menderita zahir batin rasanya.” Terbayang balik suasana pelik syarikat Harraz
Holdings tadi. Tak kena dengan jiwanya dan gayanya yang muslimah.
“Dahlah.. rasa lapar la pulak, umi. Jom
Ayong tolong masak.” Nurin bangun.
Mood Nurin dah okay. Tersenyum Puan Norseha
tengok anaknya. Macam tu la perangainya. Kejap je dia akan marah. Lepas tu
semua akan kembali macam biasa.
------------
“Harraz.. masuk bilik kerja daddy sekarang!”
perintah Tan Sri Mukhriz mandatori. Belum sempat Harraz balas, daddynya
dah masuk balik bilik kerjanya.
Harraz yang baru nak keluar rumah terus
tak jadi. Mengeluh kejap. Huh.. terkurung lagi la aku malam ni! Dapat dirasakan
apa yang bakal daddynya katakan. Pasal budak Nurin tu agaknya. Cepat betul report sampai.
Tak sampai 24 jam pun lagi. Serius sangat agaknya sebab tu kena seru masuk bilik
kerja.
Nak taknak, Harraz ikut masuk bilik
kerja daddynya. Serius nampak muka daddynya.
“Ada apa daddy?” selamba si anak
bertanya.
“Apa kamu buat kat Nurin?” Tinggi suara
Tan Sri Mukhriz bertanya.
Sakit betul hatinya bila dia menelefon
Encik Sufian tadi. Memang sengaja dia menelefon sebab mahu tahu sama ada Nurin
diterima kerja atau tak. Panas rasa hati bila Nurin tak diterima kerja. Dia
berjanji yang Nurin akan diterima kerja di syarikat anaknya. Tapi, apa yang
dibalas Encik Sufian mengecewakannya.
“Takpelah.. Mukhriz. Dah takde rezeki
anak aku nak kerja kat sana. Anak aku cakap dia pun taknak kerja kat sana. Aku
pun tak tahu kenapa dia cakap macam tu…”
Tan Sri Mukhriz tahu kenapa. Sebab budak
depan matanya sekarang ni la! Mesti ada sesuatu yang Harraz lakukan
sampai-sampai Nurin dah macam serik nak jejakkan kaki ke syarikat tu. Apa yang
digerunkan adalah kalau-kalau Harraz cuba mengambil kesempatan kat Nurin.
Yalah.. Nurin tu cantik. Anaknya pulak pantang nampak perempuan cantik.
“Buat apa?” Harraz buat-buat tak tahu.
Memang dah dapat diagak dah mesti pasal Nurin. Apalah budak tu mengadu kat daddy
ni?
“Kenapa Nurin cakap dia dah taknak kerja
kat syarikat Harraz?”
“Manalah Harraz tahu. Memang dia gagal
dalam interview tadi. Apa boleh buat?”
“Harraz ada buat benda-benda tak senonoh
kat Nurin ke?” Mencerun mata pandang anaknya.
“Eyeww.. tolonglah daddy. Not
my taste.” Selamba Harraz jawab. Faham maksud daddynya.
“Habis tu? Apa yang Harraz buat?”
“Macam biasa je. Harraz cakap pasal
etika pakaian kerja kat syarikat Harraz. Mana boleh tutup-tutup kat syarikat
Harraz. Semua staf mesti pandai bergaya. Harraz cakap kat dia, kalau nak kerja,
kena bukak tudung. Tapi dia taknak. So, apa boleh buat?”
Ya Allah.. anak aku ni! Tan Sri Mukhriz
raup muka. Sabar je la hati. Rasa nak bagi penampar je kat muka anaknya tu.
Tapi, mengenangkan semuanya berpunca daripada didikannya, Tan Sri Mukhriz hanya
mampu mengeluh.
“Kamu ni makin melampau la Harraz. Daddy tak kira. Esok Nurin
masuk kerja kat syarikat kamu!” arah Tan Sri Mukhriz tegas.
“Daddykan dah janji yang daddy
akan terima keputusan Harraz sekali pun budak tu gagalkan?”
“Daddy tak kira. Daddy nak
Nurin kerja esok!”
“Kalau Harraz taknak? Tu bukan syarikat daddy,”
cabar Harraz.
“Ya.. memang bukan syarikat daddy.
Dan daddy pun rasa macam dah taknak terlibat langsung dengan syarikat
tu.”
“Apa maksud daddy?” Harraz rasa
macam dia faham apa yang dimaksudkan Tan Sri Mukhriz.
“Daddy akan tarik diri daripada
jadi share holder kalau Harraz tak ambil Nurin kerja. Kamu pun tahu
Harraz. Kalau daddy tarik diri atau jual kat orang lain, absolutely
you will say goodbye to your CEO of Harraz Holdings title.”
“Daddy ugut Harraz?”
“A’aa.. daddy tengah ugut
Harraz.”
“Daddy won’t dare..”
“Who says so? Besok juga daddy
boleh sign surat jual beli share tu. Dengar-dengar ramai yang
berminat. Apalah sangat kalau syarikat tu jatuh kat tangan orang lain. Syarikat
daddy ada. Selalu mengalu-alukan kedatangan Harraz.”
Harraz genggam penumbuk. Geram! Tak tahu
nak cakap apa dah sebab tahu apa yang dikatakan Tan Sri Mukhriz semuanya benar
belaka. Mana mungkin dia benarkan syarikat kesayangan dia tu jatuh ke tangan
orang lain.
“Kenapa beria-ia sangat daddy nak
budak tu kerja dengan Harraz? Sampai-sampai sanggup ugut Harraz demi dia?”
“Sebab daddy hutang nyawa dengan
keluarga Nurin. Dulu daddy pernah accident. Kalau bukan
disebabkan ayah Nurin yang sanggup menderma darah dulu, mungkin sekarang ni
Harraz dah tak jumpa daddy.”
Ternganga Harraz dengar. Tak pernah
pulak dia dengar pasal hutang nyawa ni. Another story line ke apa?
“So memang sepatutnya daddy
lakukan yang terbaik untuk anaknya pulak. Tak susah Harraz. Just let Nurin come
working tomorrow.”
“So, how?” Tan Sri Mukhriz dah
dapat rasakan kemenangan akan berpihak padanya. Yakin tak sampai seminit,
Harraz akan bersetuju. Harraz terdiam sekejap.
“9.30 am tomorrow. Sharp!”
Arghhh… terpaksa jilat ludah balik! Harraz terpaksa mengalah. Tan Sri
Mukhriz tersenyum kemenangan.
Lepas je Harraz berkata, dia terus
berlalu. Malam ni patutnya dia bergembira sakan sampai pagi supaya hilang semua
stress!
“Daddy memang tak sayangkan
Harraz!” Pintu bilik dihempas kuat sebagai tanda protes.
Menggeleng kepala Tan Sri Mukhriz
melayan perangai anak tunggalnya tu. Tengah panas, semua pun nak dihempasnya.
Tak berubah-ubah. Dasar anak muda. Ego! Kejap lagi sejuklah dia tu.
Sebab daddy sayangkan kamulah,
Harraz, daddy buat macam ni!
----------
“Kenapa dengan Harraz? Merah benar muka dia.”
Puan Sri Rosell yang baru nak menghantar
kopi ke bilik kerja suaminya bertanya. Kebetulan bertembung dengan anak
terunanya depan pintu masuk. Nasib baik tak terlucut piring cawan dari tangan
bila dengar pintu kena hempas depan mata. Belum sempat ditegur, anaknya terus
hilang dari pandangan.
“Anak awak.. biasalah. Ada benda yang
tak disuka, mana pernah nak cover-cover.”
“Pasal apa dia nak marah?”
“Pasal abang suruh dia ambik Nurin kerja
la. Pasal apa lagi?”
“So, jadi tak?” Puan Sri Rosell
pun berminat nak tahu.
“Mestilah jadi. Kena ugut baru boleh
jalan.”
“Abang cakap apa?”
“Abang cakap abang nak jual share
kat Harraz Holdings kalau dia taknak ambik Nurin bekerja.”
“Hah? Harraz tak fikir pelik-pelik ke
bila abang sanggup cakap macam tu hanya sebab Nurin?”
“Sebab abang cakap abang hutang nyawa
dengan Pian. Kalau bukan sebab Pian yang derma darah masa abang accident
dulu, mungkin dia takkan jumpa abang lagi. Sebab tu abang kena balas balik
kebaikan Pian kat anaknya pulak.”
“Abang pernah accident teruk ke?
Bila?” Puan Sri Rosell cuba mengingat balik.
“Awak rasa?” Tan Sri Mukhriz pandang
isterinya.
“Hish.. abang ni! Tak baik tipu
benda-benda macam tu! Jadi betul-betul karang!”
Tan Sri Mukhriz tergelak. “Saja nak ajar
budak Harraz tu sikit. Biar dia tahu kalau hutang nyawa, duit berjuta-juta pun
takkan pernah cukup. Apa yang penting, Nurin boleh kerja kat sana mulai besok.”
------------
Nurin bagaikan tak percaya dengan berita yang
didengarinya. Tengah-tengah tak boleh sembahyang, kena kejut awal-awal pagi
sangat-sangat menyebalkan hati. Kacau betul orang nak tidur! Beria-ia uminya
mengejutkannya bangun. Katanya, dia dipanggil kerja oleh syarikat Harraz
Holdings pagi ni.
Mata yang separuh tertutup terus bulat
360 darjah. Tak faham. Harraz Holdings? Bukan ke dia dah gagal semalam?
“Cepatlah bangun, Ayong. Dah pukul
berapa ni. Kena masuk hari ni 9.30 pagi. Cepat pergi mandi.” Puan Norseha masih
gigih mendudukkan anak sulungnya yang tengah nak terima kenyataan tu.
“Umi.. bukan ke semalam Ayong cakap
Ayong gagal ke?” Nurin masih terpinga-pinga.
“Semalam Mukhriz telefon abah. Cakap
Harraz dah setuju nak terima Nurin kerja. Abah kamulah ni. Boleh pulak dia lupa
nak cakap? Tak pasal-pasal dah kecoh pagi-pagi ni.”
“Tapi.. Ayong taknak kerja kat sana!”
Nurin berat hati. Hai.. tengah-tengah taknak ni la dapatkan? Selalu macam ni!
“Jangan nak mengada. Rezeki dah ada,
jangan ditolak. Baik Ayong pergi.” Puan Norseha cekak pinggang.
“Umi.. Ayong taknak jumpa mamat tak
cukup kromosom tu!”
“Ayong! Sekali pun taknak jumpa Harraz,
pergilah demi Uncle Mukhriz. Bersungguh-sungguh dia nak tolong Ayong.
Kalau tak terima, apa pulak katanya?”
Berbekalkan kata-kata itulah akhirnya
Nurin mandi dan bersiap. Akhirnya kakinya berpijak juga pada lantai berkilat
Harraz Holdings untuk kali kedua. Beratnya rasa hati hanya Allah saja yang
tahu! Kena pulak mengadap CEO sayrikat ni untuk kali kedua jugak.
“Masuk!”
Suara tu… dah dapat rasa betapa dingin dan
beku. Nurin dah memang tawakal dengan apa yang bakal terjadi. Pertama sekali,
wajah tenang mesti kena tayang.
Senyap antara mereka. Macam semalam,
atas bawah, atas bawah Harraz pandang Nurin. Huh.. dasar perempuan zaman batu!
Semalam pokok pisang bergerak. Hari ni dah jadi mascot Digi, kubersamamu
ke apa?
Harraz pandang jam mahal di pergelangan
kiri.
“9.32. Didn’t I tell you to come here
9.30 sharply, did I? What a bad record. First day pun dah ada
masalah disiplin ke?” sindir Harraz.
Eleh.. dua minit je pun! Tu pun sebab
aku melangut nak dekat sepuluh minit depan pintu bilik kau tadi.
“Kalau Encik Harraz nak buang saya
sekarang pun saya tak kisah,” selamba Nurin balas.
“Kalau ikutkan hati aku, memang dah lama
aku nak buang kau. Tapi bukan main daddy bela kau sampai-sampai aku tak
boleh nak buat apa. Apa hubungan kau dengan daddy aku? Kau ni perempuan
simpanan dia ke?”
Nurin dah tak heran bila dengar bahasa
Harraz yang dah berubah. Dah siap aku kau tu, memang dah nekad lancarkan perang
nampaknya. Nurin masih tayang muka tenang. Langsung tak berkutik dengan
kata-kata Harraz. Nak mengadap orang macam ni, satu je tipsnya. Jangan
tunjukkan muka takut!
“Saya tak tahu apa yang Uncle
Mukhriz buat kat awak, tapi saya dengan daddy awak takde apa-apa
hubungan. Dia cuma kawan abah saya.”
“Huh.. ingat aku nak percaya? Kau tahu..
kalau aku nak pecat kau tu memang dah tak boleh. So, aku akan pastikan
setiap hari kau kat sini kau akan rasa betapa menyesalnya sebab dah kenal aku.
Kau akan rasa dah taknak datang sini lagi lepas ni. Kau tak kenal perangai aku
macam mana, Nurin.” Harraz bagi amaran tsunami.
Nurin dah boleh rasa betapa kelamnya
hari-harinya lepas ni. Sanggup ke dia? Ikutkan hati memang nak lari balik. Nak
menangis atas riba umi. Tapi, uminya dah pesan awal-awal supaya bersabar dan
ingat Uncle Mukhriz. Macam mana ni? Nak diam dan mengaku kalah ke?
Harraz tersenyum sinis bila melihat
gadis itu cuma diam. Takutlah tu. Haha.. dasar perempuan lembik. Kena ugut
sikit dah takut. Tak proaktif langsung! Macam ni la kalau perempuan yang bukan
moden.
“Hai.. dah kecut perut ke?” sinis
Harraz.
Nurin cuma senyum balik. Mana boleh
mengaku kalah! Kalau Harraz nak dia menderita dan menyesal, dia cuma perlu
pastikan yang lelaki tu tak berjaya. Bukan susah pun. Betulkan niat, Nurin.
Kerja kerana Allah.
“Takde apa yang perlu nak kecut perut. Kalau
nak mati pun tak perlu rasa takut. Kalau awak buat perkara bukan-bukan kat
saya, bukannya susah. Saya report je la kat daddy awak. Daddy
awakkan sayang saya. Mestilah dia akan bela saya. Ya tak?” bidas Nurin balik
sebelum senyum.
Terus mati senyuman Harraz. Nurin
betul-betul bidas kepala dia ni! Mulut perempuan ni.. boleh tahan. Kali pertama
Harraz rasa dalam hidupnya dia tak dapat balas balik. Kali pertama dia rasa
macam anak tekaknya berikat riben sampai-sampai terkelu nak bersuara.
“Okay, Encik Harraz. On my first day,
what I need to do?” soal Nurin.
Tak dipedulikan pandangan tajam Harraz.
Nampak marah bebenor. Okay.. dengan ini, saya, Nurin Areesa
dengan rasminya menjadi musuh Harraz Naufal. Sekian. Bersedialah kau Nurin
dengan apa-apa yang mamat tu akan lakukan.
-------
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN..
JANGAN LUPA DAPATKAN NOVEL EKSPERIMEN CINTA SAYA..
TERIMA KASIH.. :)
Just nice ;)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kak Anjell, :DD terima aksih sebab update, lain kali update selalu nah :D
ReplyDeleteHEHEHe...jahat la laki tu
ReplyDeleteheee.... perangai tak semenggah. ad patut bg syarat camtu. huhu
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA JUGA CIK PENULIS. ^_^ EKSPERIMEN CINTA akan didapatkan di pesta buku terbesar kelantan nanti. hihi InsyaAllah. ;)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin......
ReplyDeletedh lama tggu n3 baru akhirnya dh ada....tq
^_____________^
selamat ary raya jugak..
ReplyDeletenovel kak writer memy best giller.
x sabo tnggu next n3...
Day habis baca experiment cinta.a fun read.keep up the good work.semoga terus mengasah pena menghiburkan kami dgn cerita yang lebih menarik
ReplyDeleteBest sgt..
ReplyDeleteSelamat hari raya jugak... eksperimen cinta dah ada dlm pelukan... dh abs bc pun... best x rugi beli hehehehe
ReplyDeleteeksperimen cinta dah beli..tapi x baca lg... xsempat..huhuhuhu
ReplyDeleteSelamat hari raya..
ReplyDeleteHazalina..
best...x sabar nak tunggu d bukukan....EC pun dah beli best...tahniah....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya sis......
ReplyDeletestory ni best...hope dapat update cepat-cepat.....
menarik...please jadikan ini second novel. hehe
ReplyDeleteselamat hari raya...kepada rakan2 d blog angell yg merayakannya juga kepada owner blog ni....miss angell...
ReplyDeleteu'r 1st baby (eksperimen cinta) saya sudah order dr karyaseni...minggu lepas...tp belum sampai d sabah lg...can't wait to hold it...
angell best sangat cerita tundukan playboy itu...sokong happy mind juga...silalah...tolonglah...haraplah jadikan ini second novel angell...
makasih sokong. so, apalagi? anjell manuskrip lain tu emm...letak tepi. fokus ini lebih...
Deleteps:tetiba nak reply. sebab ni 2nd time baca lagi entry ni
hd : kisah menarik...teruskan.. (Y)
ReplyDeletebuku bertemu ruas...
ReplyDeleteBEST SANGAT-2.
ReplyDeleteakhirnye dpt duit raye!! hehe
ReplyDeletethanks sis...
haruslahhh sy hepi ade update :)
mohon update lg kalau ade kesempatan... mohon :P
dah habis baca EC. Rindu le pulak
ReplyDeletethanks kak anjell...best sgt kak
ReplyDeleteterbaik laa Nurin. amik ko Harraz.. tak leh jawab. kakakakaka
ReplyDeleteopssss!!! dah abis baca EC. menarik sungguh. saya suka. tahniah anjell
ReplyDeletehihi.. get ready harraz.. hari2 mu akan tersiksa juga.. hahaha
ReplyDeletelama tunggu baru timbul... tapi memang bestttt
ReplyDeleteEGO tinggi melangi si playboy ni....
best jak nih.. tapi bila nak sambung nih..:) tak abah dah nih nak baca kesinambungannya..:)
ReplyDeletetypo error.. not abah tapi sabar..:) sorry..
ReplyDeleteLagi... lagi, go Harraz Naufal jangan kasi jatuh waterface bro... hahahah ;)
ReplyDeletebest gila...
ReplyDeletehahahaha.. best !! next n3, plezzz.. :)
ReplyDeleteselamat ari raya ...kta dah beli dah .... experimen cinta...dah habis baca dah pun...terbaik la kak anjell...
ReplyDeleteafzan shahida
Anjell, future entry kasi konflik dlm TP ni up sikit agar thrill dlm kisah cinta ni lg umphh.. Jadikan watak Harraz lebih kasar lg supaya bila ego dia jatuh, akan lebih impaknya. Slmt berjaya dgn n3 terbaru
ReplyDeleteI hate too much conflict..huhu
Delete..memang niatnya nk jadikan harraz tu jaht..tp xtau jd ke takk..hehe
Tak sbr tgk Nurin tundukkan Harraz. Dah baca EC....memang tak rugi beli. Good job!
ReplyDeletelamanya nak tggu continuation dia..
ReplyDeletenice story and can't wait for the next chapter
dah beli eksperimen cinta.. tak menghampakan
gigih membaca sbb nak abiskan cpt and nak tau what happened to tg aaron & damia in d end..
jalan cerita yg tak menghampakan
waiting anxiously for SPS pulak..
dh beli dn bc ec.....suka....tgh tunggu sps...tahniah.
ReplyDeletedibah
Yes2 akhrnya nurin keja ngn harraz..jgn cpt mengaku klh nurin.....dpt gk baca smbngn cite ni..selamat hari raya smua......x sbr nk th smbngn lps ni. ;-)
ReplyDeletekak anjell kc cepat lh kesinambungannya..best giler!!tq kak..
ReplyDeleteBila nk sbmg nih?
ReplyDeletepaling penting, bila nak publish??
ReplyDeleteeksperimen cinta!!dh bacedh 2 ari dh abes..best x ingat dunia!!hahaha
ReplyDeleteEC dah Khatam, TPI bila nak sambung nih???? galau dah jiwa ni, boleh meroyan hahahaha
ReplyDeletemana bab 5 cik adik.......rindu kat harraz dan nurin
ReplyDeleteAnja... tag line "terima kasih n sudilah jenguk lagi...." kami ni dh berhari2 menjenguk ke laman anja ni.... tp TPI x kunjung tiba gak..... mana playboy tu pergi....... xkan holiday kotttt....... hehehe...... atau g cari lembu untuk korban Aidil Adha... anyway...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA......
ReplyDeleteyup,tol kate aniraz28 tu...kite da hari hari jenguk ..tpi mlngnyer..xde..
ReplyDeleteSis...next n3 plizzz.. lg 1...sps bla nk publish????
ReplyDeletehmm...sedihnye..ya ke 3 x dpt buka lh...sedihnye..pls update yer..
ReplyDeleteBes nye klau tengku aaron dan andrean shah wujud. Klau wujud, waaa indahnye duniaa! kak anjell,, sye enjoy sgt bce ec. Taniah kak :)
ReplyDeletecerita ni x nak di publishkan ke kak Anjell??
ReplyDeleteAgak-agaknya lah Izz dengan harraz sape lagi handsome ek?
ReplyDeleteAgen Bola Terbaik & Agen Bonus Terbaik!
ReplyDeleteAgen Casino Menang Kalah Dapat Bonus!
Yuk langsung daftar!
BBM : DDA3CD23
WA : 085890911333
www.agen333.net
https://agen333bola.blogspot.com/