BAB
13
“Hanna?”
Aku tak percaya.
“Qisya?” Hanna juga sama.
“Arghh…” Aku dan Hanna menjerit bagai
orang gila sambil berpelukan. Siap melompat-lompat lagi sebab tersangatlah
gembira. Tak sangka jejak kasih pulak kat KLIA ni. Dah beberapa tahun berlalu,
hari ni baru dapat jumpa Hanna.
“Ya Allah.. lama gila tak jumpa. Nak
tertanggal rahang aku tengok kau. Tak percaya. Berubah gila kot!” Aku bagi
komen.
Aku pandang atas bawah atas bawah berulang
kali. Serius berubah gila minah ni! Hanna gelak. Kalau bukan Hakimi berdehem,
memang aku lupa terus kewujudan-kewujudan homo sapien lain di sekeliling kami.
“Err.. sorry.. sorry.. Jumpa bestfriend
lama, pakwe kat sebelah pun tak perasan.” Hanna sengih. Aku tergelak. Walaupun
penampilan dah berubah, tapi gaya bercakap masih sama. Jadi inilah kekasih hati
Hakimi. Kecik betul dunia. Lupa pulak yang si Hanna pun belajar Architecture kat
UK jugak. Tak sangka sama tempat dengan Hakimi.
“Dah kenal ke?” soal Hakimi.
“Ya la.. ni bestfriend masa sekolah
menengah dulu. Lama gila tak jumpa.”
“Oo.. ya ke? Hanna, meet my parents. Ibu..
papa.. ni la buah hati pengarang jantung Kimi. Nurul Hanna Asyikin namanya.”
Hakimi perkenalkan Hanna pada Aunty Fatmah dan Uncle Manaf.
Sopan je aku tengok Hanna salam dengan
mereka. Aku senyum sendiri. Siapa sangka Hanna boleh berubah 360 darjah? Aku
dan Hanna belajar di sekolah menengah yang sama dulu. Kalau dulu, tayang je
Hanna tepi budak lelaki dan tanya mana satu lelaki, mana satu perempuan, memang
orang yang tengok akan cakap dua-dua lelaki. Nak tahu kenapa? Sebab Hanna ni
memang perangai macam lelaki. Rambut dah macam lelaki. Pakai pun dah macam
lelaki. Pendek kata dia macam lelakilah! Pernah Hanna gaduh dengan cikgu
penasihat kelab bola sepak sebab kelab itu hanya membenarkan lelaki sahaja
sedangkan Hanna nak masuk kelab tu.
Tapi tengoklah sekarang. Penampilan ayu. Bertudung
siap! Kali terakhir aku jumpa Hanna adalah masa ambil keputusan SPM. Lepas tu
masing-masing loss contact. Apatah lagi Hanna duduk di Terengganu. Study pulak
kat UK. Mana nak jumpa? Tak sangka hari ni boleh jumpa. Dan tak sangka pulak
jumpa Hanna yang baru. Macam ni lah kehidupan. Kalau nak berubah memang tak
mustahil. Aku geleng kepala. Hanna.. Hanna.. Makin cantik lepas dia bertudung.
Kalau aku bukak kisah silam Hanna, memang semua terngannga agaknya.
“Dan yang handsome ni, abang Ngah Kimi.
Nama dia Izz Haikal.” Kali ni Hakimi perkenalkan Izz pula. Mereka berbalas
senyuman.
“Yang comel ni pulak, anak saudara
kesayangan Kimi. Hafiy.”
“Hello, budak cute.” Hanna cubit pipi
Hafiy.
“Hye, kakak cun,” balas Hafiy.
Semua yang dengar ketawa. Aku pandang
Aunty Fatmah. Nampaknya dah berkenan dah kalau Hanna jadi menantu dia. Cinta
dah direstui nampaknya. Untunglah kalau betul Hanna jadi ahli baru keluarga tu.
Semuanya baik-baik.
“Hanna ni sama dengan Kimi ke? Baru habis
study?” soal Aunty Fatmah pada Hanna.
“Tak, Aunty. Hanna ni junior Kimi. Hanna
balik kejap je. Balik pun sebab lama dah tak jumpa parents.”
“Hanna tinggal kat mana?” Aunty Fatmah
mula berkenal-kenalan dengan Hanna.
“Kat Kuala Terengganu, Aunty.”
“Hai… rombongan ke Terengganu la ibu
nampaknya kita,” sampuk Izz.
Semua yang dengar tergelak. Hanna pun
malu-malu dia senyum.
“Berapa tahun dah bercinta? Tak
pernah-pernah pun Kimi cerita?” soal Uncle Manaf pula. Hakimi sengih.
“Dah dua tahun, papa. Saja taknak
hebohkan. Mahu bikin surprise. Hehe..” jawab Hakimi.
“Hanna bercinta dengan Kimi ni, tahu ke
sejarah purba kala dia ni? Tak menyesal ke pilih buaya buatan Malaysia ni?”
sindir Aunty Fatmah sambil jeling anak bongsunya.
“Tahu, Aunty. Tapi kalau dia tak berubah
lagi memang tahula macam mana Hanna nak ajar dia.” Semua ketawa dengar
kata-kata Hanna. Aku pun turut sama tersengih. Tak sangka minah hati batu boleh
jatuh cinta? Haha.. macam tak percaya pulak. Normal lagi rupanya kawan aku
sorang tu.
“Kimi dah berubahlah. Dah berlalu dah
zaman jahiliyah.” Masam muka Hakimi menjawab. Tak suka mungkin bila perangai
lamanya diungkit. Apa yang aku boleh putuskan ialah, Hakimi dulu seorang yang
sosial dan sekarang dah ada aura insaf. Dan mungkin semuanya terjadi lepas
jumpa Hanna? Hmm.. Entahlah, belalang..
Hanna pandang aku.
“Sya, tapi kan.. aku peliklah macam mana
kau ada sekali. Family Kimi ni saudara kau ke?” soal Hanna.
Aku sengih. Aku ceritakan hal sebenar,
memang terguling kau ketawakan aku. Baru je aku nak jawab, Hafiy dah tolong jawab.
“Ni mummy Hafiy..” Aku nampak Hanna
ternganga.
“Mummy? Sya.. kau dah kahwin ke? Anak kau
ke ni? Besarnya.. biar betul! Bila kau kahwin?”
Hanna terkejut. Nak ketawa aku dengar.
“Bukanlah.. aku tengah cuti sem sekarang
ni. Mama aku mintak aku tolong Aunty Fatmah. Aunty Fatmah ni kawan mama aku.”
“Minta tolong apa?” soal Hanna lagi.
“Jadi orang gaji.” Aku sengih. Hanna
ketawa sakan macam yang aku agak. Wei.. control la sikit! Bakal mak mentua kau
tengok la! Nak je aku siku minah ni.
“Terkejut aku kalau kau dah kahwin, tahu
tak? Nak kena pelangkung ni kahwin tak ajak aku.”
“Kau balik sini, saper ambik kau?” Aku
bertanya. Setahu aku keluarga Hanna tinggal di Terengganu. Melainkan kalau ayah
si Hanna ni memang dah datang dari semalam lagi.
“Ikram datang ambik. Aku balik rumah mak
cik aku dulu. Esok aku balik rumah mak aku,” jelas Hanna.
Ikram.. Aku senyum. Memang aku kenal Ikram
tu sejak aku kawan dengan Hanna lagi. Kenal sangat-sangat! Sebab semasa di asrama
dulu, Hanna selalu balik bermalam di rumah Ikram. Ikram tu sepupu Hanna. Sebab
kedua pulak, sepupu dia ni kawan baik aku jugak. Kawan baik lepas masuk UKM. Hai…
jumpa pulak dengan dia nampaknya hari ni!
Kemudian aku nampak satu susuk tubuh yang
dah lama aku tak jumpa berjalan ke arah kami. Aku senyum. Mesti bising gila
mulut dia kalau jumpa aku kat sini. Kalau aku cakap aku kahwin tengah-tengah
cuti sem ni mesti dia ternganga habis. Haha.. best jugak kenakan mamat tu!
“Oit, Qisya! Kau tahu, aku masuk je KLIA
ni, dari jauh lagi aku dah kenal tu kau. Lama tak jumpa.” Dia tegur aku.
Aku ketawa. Mamat ni.. bukan nak salam
dengan semua orang yang ada kat sekeliling kami. Buat perangai sengal dia pulak
dah. Aku side kick karang. Macam tahu-tahu kealpaan diri, Ikram cepat-cepat
salam dengan semua orang.
Kalau ikutkan hati, panjang aku nak borak
dengan dua orang tu. Tapi, memandangkan Hanna baru pulang dari penerbangan yang
panjang, aku rasa dia perlukan rehat. Mungkin lain masa kut kitorang boleh
berbual panjang. Aku mengikut Aunty Fatmah dan keluarganya pulang.
-------
Keluarga
Aunty Fatmah mengadakan majlis kesyukuran sempena dengan kepulangan Hakimi. Tak
menang tangan aku bekerja. Penat betul melayan ramai tetamu. Mestilah semuanya
aku tak kenal. Yang aku kenal keluarga aku je. Mama, papa dan abang Q. Hanna
dan Ikram pun turut datang. Tapi, sebab aku sibuk sangat membantu tuan rumah,
tak sempat aku nak melayan mereka berdua. Gaya aku sibuk mengalahkan tuan
rumah.
“Sya..” Hanna tahan aku ketika aku
menghidangkan lauk.
“Apa?”
“Kau ada nampak Kimi tak?” soal Hanna.
Aku pandang sekeliling. Tak nampak pun
bayang Hakimi.
“Tak nampak pulak kat sini.”
“Aku layang dulang atas kepala kau baru
tahu. Aku tahulah dia takde sini. Sebab tu aku tanya kau. Sengal betul!” marah
Hanna.
Aku gelak. Kalau dah bengang, terus keluar
aura Hanna versi lama.
“Kau nak jumpa dia, ya? Nanti aku cari.”
Aku tinggalkan Hanna. Adoi.. sejak bila
pulak aku jadi PA si Hakimi ni? Si Kimi ni pulak, dah tahu buah hati dia datang
sengaja pulak nak main sorok-sorok. Mana kau ni? Rasanya tadi aku nampak dia
tengah layan kawan-kawan lama dia. Dah hilang entah ke mana dah. Kalau aku
jumpa dia lepas ni, memang aku claim elaun dengan Hanna sebab berjaya jumpa
pakwe dia tu.
Aku panjat tangga untuk ke tingkat atas.
Kalau dah tingkat bawah takde, mungkin ada kat tingkat atas. Mungkin tengah
lepak dalam bilik. Nak curi tulang la tu. Orang sibuk layan tetamu, dia sibuk
buat tahi mata. Betul andaianku. Aku nampak bayang-bayang Hakimi dari luar
bilik. Kat sini rupa-rupanya mamat ni. Satu rumah aku tawaf. Hish.. geram
betul!
“Aku tahu kau cintakan dia, kan? Try to
deny it. Kau boleh tipu orang lain. Tapi bukan aku.”
Aku dengar suara Hakimi. Eh, ada orang
lain ke? Atau Hakimi sedang bercakap di telefon dengan seseorang? Aku yang nak
ketuk pintu terus tak jadi.
“Oh.. come on, Ngah. Aku pun lelaki la.
The way you look at her, I know you love her, kan? Belum lagi campur dengan
cerita-cerita yang kau ceritakan masa aku dok UK dulu.”
Dia sedang cakap dengan Izz? Izz jatuh
cinta? Entah kenapa hatiku berdebar-debar untuk dengar jawapan Izz. Aku menyorok
di balik dinding. Tak mahu mereka menyedari kewujudan aku. Rasa bersalah jugak
sebab curi dengar. Tapi, sebab aku ni memang dilahirkan dengan perasaan ingin
tahu yang tinggi, aku tolak ke tepi rasa bersalah tu. Aku tetap nak dengar
perbualan mereka. Terukkan? Memang teruk. So, janganlah contohi aku, ya?
“Ya.. aku mengaku. I love her. Dia
perempuan pertama yang berjaya buatkan aku jatuh cinta. Tapi aku tak rasa she
feels the same.” Aku dengar Izz mengeluh.
Hati bertambah berdebar. Dengan siapa dia
jatuh cinta? Siapa yang bakal jadi mummy Hafiy tu? Adakah tu maknanya Izz akan
kahwin tak lama lagi? Tapi.. kenapa Izz cakap yang dia tak rasa perempuan yang
dia suka tu ada perasaan yang sama padanya? Kiranya cinta bertepuk sebelah
tangan la ni? Aku mula buat andaian sendiri.
“You must fight, bro. Try to win her
heart. Make a move from now.” Aku dengar Hakimi beri kata-kata semangat pada
Izz.
“Kalau dia dah ada orang lain? Aku taknak
rosakkan hubungan orang, Kimi.”
“Ya Allah.. Kau ni slowlah, Ngah. Selagi
bukan isteri orang, try your best. Kalau aku jadi kau, dah lama aku ayat kasi
cair. Bagi aku, first man wins.”
Izz terdiam.
“Yang penting, Hafiy. Hafiy pun suka dia,
kan? Dengan siapa je Hafiy rapat? Qisya.. Maya.. Mak Mah..” Hakimi bersuara
lagi.
Maya! Adakah tu nama perempuan yang
dimaksudkan Izz? Kenapa aku tak pernah dengar nama itu? Ah.. lupa pulak. Aku bukannya
kenal sangat dengan Izz. Mesti Maya gadis bertuah yang dicintai Izz tu. Makin
aku nak jumpa perempuan bernama Maya tu.
“Aku sayang kau, Ngah. Kau dah banyak
berkorban demi abang Long dan Hafiy. Tapi kena ingat. Kau tu pun kena kahwin
juga. Jangan sebab tanggungjawab kau pada Hafiy dan janji kau pada abang Long,
kau lupa social life kau. Tak bermakna kau tak boleh bercinta. Abang Long tak
pernah cakap yang kau tak boleh kahwin, kan?”
“Kalau aku jadi kau, masa ni lah aku akan
tawan hati dia. Aku takkan lepaskan gadis yang aku cinta. Takkan sesekali.”
Hakimi berkata lagi. Dalam hati aku kagum. Hmm.. untunglah kau Hanna sebab
dapat Hakimi.
Aku nak dengar lagi, namun jeritan Hafiy
dari tangga betul-betul membuatkanku rasa terkejut. Hafiy sedang naik tangga.
Cepat-cepat aku lari ke tangga sebelum dua orang dalam bilik tu perasan. Sebelum
Hafiy perasan aku tengah curi-curi perbualan daddy dan Pak Sunya.
“Mummy..” Hafiy panggil riang.
“Baik-baik Hafiy, nanti jatuh,” pesanku
bila Hafiy melompat-lompat naik tangga. Risau betul aku tengok dari atas ni.
“Hafiy buat apa kat sini?” soalku bila
Hafiy dah sampai tingkat atas.
“Hafiy cari daddy. Mummy buat apa?” Hafiy
tanyaku balik. Tengah skodeng daddy dan Pak Su Hafiy. Hehe.. nak mati kalau aku
jawab macam tu?
“Mummy cari Pak Su. Kak Hanna nak jumpa
Pak Su. Hafiy tahu mana Pak Su? Puas mummy cari tapi tak jumpa.” Aku berbohong.
“Pak Su ada dengan daddy. Jom jumpa daddy
ngan Pak Su,” ajak Hafiy sambil tarik tanganku.
Aku akur. Kami jalan beriringan ke bilik
Hakimi. Aku berlagak selamba macam takde apa-apa yang berlaku. Wajah aku tayang
secool mungkin. Langsung takde iras kaki skodeng. Kononnya aku baru muncul
bersama Hafiy.
“Daddy..” panggil Hafiy.
Izz dan Hakimi terus berpaling ke arah
kami. Aku nampak berubah sedikit muka Izz bila dia pandang aku. Takut aku terdengar
perbualan dia la tu. Perbualan mereka terus mati separuh jalan. Izz mahupun
Kimi dua-dua terdiam. Rahsia sangat agaknya sampai-sampai tak boleh cakap depan
aku dan Hafiy. Eleh.. aku dah tahu la rahsia kau berdua tu!
“Kimi, Hanna cari awak.” Aku menyampaikan
laporan. Muka aku kekal selamba.
“Hafiy pulak kenapa cari daddy?” soal Izz
pada Hafiy.
“Aunty Maya datang. Dia nak jumpa daddy.”
Aku yang dengar sebaris nama itu turut
angkat muka. Maya!
-------
“Aunty
Maya..” sapa Hafiy riang sebaik kami tiba di laman rumah.
Aku hanya memerhati gelagat Hafiy.
Menarik! Pertama kali Hafiy melayan orang lain selain keluarganya dengan sangat
mesra. Tu maksudnya Hafiy sukakan Maya. Ni rupanya perempuan bernama Maya tu?
Cantik.. Tengok gaya rambut pun dah tahu dia mempunyai ciri-ciri perempuan
berkarier berjaya. Meskipun memakai baju kurung moden, rangginya tetap
terserlah. Berbeza sungguh dengan aku sekarang ni. Baju kurung aku rasa dah
kena lauk. Bau daging pulak tu. Tudung pun rasanya dah senget-benget. Main libas
kiri kanan je. Kalau cakap aku bibik betul rumah ni memang semua undi setuju.
Uih.. teruk betul penampilan aku.
“Hye,
Izz.”
“Hye.. lama dah datang?”
Aku dah tak ambil pusing dah perbualan
mereka lepas tu. Maya panggil Izz, Izz. Maksudnya Maya memang special la kan?
Hmm.. aku rasa andaian aku dah betul. Mayalah perempuan yang dimaksudkan oleh
Izz tadi. Nak je aku tanya. Tapi, nampak sangat la kan aku curi dengar tadi.
Cari nahas namanya tu.
“Ni siapa Izz?” Maya tanya Izz bila dia
pandang aku.
“Ni la mummy Hafiy.” Hafiy menyampuk. Aku
senyum pada Maya. Aku nampak riak wajah Maya agak berubah. Tentu dia ingat aku ada
apa-apa dengan Izz. Tentu dia ingat aku cuba rampas Izz daripada dia. Don’t
worry Cik Maya.. Saya bukan jenis yang macam tu.
“You jangan salah sangka pulak, Maya. Ni
Qisya, anak kawan ibu I. Hafiy ni dah anggap Sya macam mummy dia. Qisya, ni
Maya. PA saya.” Izz menjelaskan hal sebenar sebelum memperkenalkan kami. Alah..
cakap je la bakal isteri. Tak payah nak PA-PA sangatlah dengan aku!
“But she looks young.” Maya pandang aku atas
bawah sebelum tersenyum manis.
“Indeed. Younger than Kimi. You jangan
salah faham bila Hafiy panggil si Sya ni mummy. I dengan Qisya ni takde apa-apa
pun.” Aku nampak Izz jelaskan perkara sebenar kepada Maya dengan
bersungguh-sungguh. Mesti taknak Maya salah sangka.
Tapi, aku tak faham kenapa Izz cakap dia
mungkin bertepuk sebelah tangan? Aku nampak Maya ni pun macam sukakan Izz je?
Ni mesti kes masing-masing pendam perasaan dan tak berani nak luahkan. Pengecut
betul dua-dua ni. Patutlah bila Izz cakap perkara sebenar, muka Maya lega
semacam je. Tapi.. bila Izz jelaskan perkara sebenar, kenapa aku pulak yang
kecik hati? Bukan ke itu kenyataan? Apa dah jadi dengan aku ni? Tak
pernah-pernah Izz explain sebelum ni kalau Hafiy cakap aku mummy dia. Tapi dengan
Maya lain pulak. Mungkin Maya ni memang betul istimewa di hati Izz.
“Yeah.. don’t worry. Maybe Izz anggap saya
tak lebih daripada seorang adik je.” Aku menambah. Sengaja nak legakan lagi
hati pengarang jantung Izz ni. Izz pandang aku bila aku cakap macam tu.
“Kan, Izz?” Aku pandang Izz.
“Ya.. ya.. anggap adik je.” Aku dengar
suara Izz agak teragak-agak nak mengiakan kata-kataku. Dia ni, kalau ya pun tak
sudi nak anggap aku sebagai adik pun, janganlah nampak sangat. Kecik hati aku.
Izz senyum pada Maya. Tu pun nampak
terpaksa.
“Aunty ada bawakan Hafiy cheese cake. Suka
tak?” Maya keluarkan satu kotak kecil.
“Hoorey.. dapat cheese cake. Yummy..”
Hafiy melompat suka. Aku senyum tawar. Maya nampaknya calon mummy yang paling
sesuai untuk Hafiy. Favourite Hafiy pun dia tahu. Terasa keciknya aku kalau nak
bandingkan dengan Maya.
“You jangan layan sangat Hafiy ni. Nanti
asyik mintak nak pergi Secret Recipe je lepas ni.”
“Biarlah.. I kan sayang Hafiy. Mestilah I
bawak kalau dia nak pergi.”
“Daddy jelouslah tu, Aunty.” Hafiy
menyampuk.
“Oo.. kenakan daddy, ya?”
Mereka bertiga gelak. Kalau orang nampak,
mesti orang akan cakap keluarga bahagia. Tiba-tiba aku rasa macam orang asing
di antara mereka. Aku nampak Hafiy bahagia bila bersama Maya. Entah kenapa aku
rasa aku sedih melihat semua itu. Aku rasa macam aku akan kehilangan Hafiy.
Kenapa aku rasa tak sanggup kehilangan Hafiy. Kenapa aku rasa macam nak nangis
bila Hafiy dapat mummy lain?
“Saya ke dapur dulu. Nak tolong apa yang
patut.” Aku mintak diri. Tak sanggup aku terus saksikan suasana bahagia dan
harmoni itu.
Aku pandang Hafiy. Kalau biasanya, Hafiy
mesti halang aku pergi jauh daripadanya. Tapi kali ni Hafiy macam dah lupakan
aku bila ada Maya. Nampaknya Maya lebih hebat daripada aku. Semasa aku
berpusing untuk berlalu, mataku berlaga dengan Izz. Aku rasa canggung
tiba-tiba. Aku hanya mampu senyum tawar sebelum berjalan pergi.
Tapi kenapa aku rasa macam langkahku
diperhatikan Izz? Arghh.. andaian sendiri lagi! Banyak sangat tengok detektif
Conan la kau, Qisya. Sebab tu la asyik jadi detektif tak habis menuntut je hari
ni. Aku geleng kepala. Pergi tolong Aunty Fatmah la, Qisya..
**** SELAMAT BERBUKA SEMUA...NEXT ENTRY LEPAS RAYA..HEHE..
Erks.. Salah faham.. Tp yg sapa yg slh fhm ni.. Izz suka sapa sbnnrya..I tot dia suka qisya.. Huhhuuhuhuu..
ReplyDeletemahu tahu??tgu next entries..hehe
Deletealamak.. sambung lg...
ReplyDeleteizz suka qisya, an an ? xD
ReplyDeleteApalah si Izz tu, takut sgt nk luahkan perasaan. Meleoas baru tau!..
ReplyDeleteNext n3 lepas raya! wawaaaaaa
Betul kata Kimi kena berterus terang.....
ReplyDeleteNi kan dah dua-dua salah faham......
Nextttt....
next entry lpas raya???lamenyer...
ReplyDeleteHahaha lps rindu ngan qisya :-) sicomel dan daddy :-)
ReplyDeleteHahaha sian masing2 pendam dan masing2 ada tanggapan sendiri izz mesti ingat qisha anggap dia abg je kan??
ReplyDeletelama tu nak tunggu raya... jangan la lama sangat....
ReplyDeletekalo setiap minggu 2 kali penulis post boleh tak
apa2 pun best....cite ni
tak sabar nak tgk papa izz gorat mummy sya..
Banyak chantek lepas raya..tak kira..update every week hokays cik penulis!! :p
ReplyDeleteIzz suka Qisya. Got it. Next entry,kay! :)Selamat berbuka puase jugak cik Anjell <3
ReplyDeletelepas raya!!!oh no!!!haha
ReplyDeleteCik anjel..jangan nak ngada lepas raya ek,mesti cepat2 update next entry...nanti sasau tak dpt baca kisah izz ngan qisya ni..heheh..anyway Selamat Berbuka gak to u...
ReplyDeleteekk.. part hati lara la nie...huhuhuhu
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteSiapa yang Izz suka ni sebenarnya Qisya ke Maya????
Nak updated lepas raya???lamanya...:(
kesian qisya.. alaaaaaaaaaaa.. mintak2 izz tak sukekan maya! tak mau tk mau!! huhu..
ReplyDeleteWaaa........lepas raya...... Lambatnya
ReplyDeleteHehehe. janganla Maya jadi watak jahat sudaa. BIar dia reda jee ye :D
ReplyDeletelpas raya???oh tidak!!!meroyanlah saya.nsb baik bln pose..waaa..jgnlah lpas raya..cik anjell gurau je kan? kan? kan?? pndai cik anjell buat lawak..
ReplyDeletesedih la bila izz buat qisya macam ni...huaaaa...
ReplyDeleteWaaaaaa sedihnya.....kesian qisya,,,.xsabar nk tgu apa yg jadik lepas ni
ReplyDeleteLamanya nak tunggu nxt n3,
ReplyDeletePapepun best,
izz ni jgnlah buat qisya mcm tu..kesian kat qisya..maya ni betul2 baik ke tak ni..hmmmmm..hafiy dah tak 'nampak' qisya dah..sedihnyeee..qisya, lari!!!!!
ReplyDeletelamenye nk tgu nxt n3....huaawawawa...:(
ReplyDeletethis stories is getting better with each en3.. love it ! suka3... x sabar nak tggu next en3.. ^_^ (rita)
ReplyDeletelpas rya!!!oh no cik writer...msty daddy izz ngan mummy sya...tak mau ngan maya..tpi wtak maya mcm p'hlang izz ngan sya ja...hehhe..next n3 please...*_*
ReplyDeleteapesal lps raye cik pnulis???
ReplyDeleteolosss..lau update everyweek xley ke??
lmbat lg lps raye..
nt rndu la ngn daddy izz, mummy qisya n si comel hafiy..
cpt2 update n3 bru ek??
btw citer ni best sgt..
ala..lmbtnye entry bru lps raye..
ReplyDeleteBest3.... Taknak la Izz ngan maya... Nak Daddy Izz ngan Mummy Qisya..
ReplyDeleteWaaaa.... Izz.... Nape laa buat Qisya camtu.. ? Kan dah kecik hati
Qisya...
Haaa.. Next N3 lepas raya .. Oh noooo.... Lama dowh...
Nak tggu lepas raya tuuu....
Anjel.... Plsssss.... Seblm raya nak satuN3 lg...
Nnt x senang nak raya, asyik ingat kat daddy Izz.... Huhuhu...
best2..tak sbr nk tggu cerita selanjutnya..
ReplyDeletesetuju dgn Nuriesyazura..
ReplyDeletecian qisya..
x sbar nk tnggu smbungan cita nie..
mcm x sanggup je nak tggu pas raya for next n3.. hehehe.. dah addicted dah kat SPS ni.. pls cik anjel.. one more n3 la before raya ya... pls3....
ReplyDeleteHerm... Maya watak antagonis ke...memg maya baik?
ReplyDeleteknapa msti ada maya?? huhu.. jgnlh dia jdi penghalang... gonna miss them... terpaksa tunggu lps raya nak skodeng blog niey... huhu.. sedih..
ReplyDeletealahai..mcm tu plk ye?rasa2nyer dia tgh ckp psl qisya,kn?hemm.. slah phm la kot...
ReplyDeleteNice story writer! Keep it up! :)
ReplyDeletetak mungkinnnnn...hehe..
ReplyDeletejgn le lps raya..
before raya ea?ea?
^_^
si iz tu suka sya kan? kan? kan?... jgn la lps raya... dah la eksperimen cinta x de news lagi... sedih ni tau... nnt merajuk x nak follow dah... iskh..iskh.. boleh ke x nak follow??? dah meroyan cam ni mcm susah je...
ReplyDeletenk bab 14 please..
ReplyDeleteala lmenya lps rya..izz nie mmang tol kn suke kt sya npe x gtw je mst time kwin nnti sya igt izz nie x suke dia kn..
ReplyDeletemaya plak muncul...
ReplyDeletekan dah salah faham...
Tolonglaa bagitau yg Izz uh sukaa qisyaa
ReplyDelete