Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 27 February 2012

Eksperimen Cinta (BAB 28)

BAB 28 

Usai solat maghrib bersendirian di kamarnya, Damia mula bersiap. Tengku Aaron dah berpesan awal-awal yang mereka akan berangkat ke rumah Mak Su pada pukul 7.45 malam. Nak pakai baju mana ya? Damia buka almari bajunya. Baju kurung moden yang berwarna merah jambu berbunga oren dan siap bergosok itu dicapai.

     Tengku Aaron yang dah siap lebih awal terlebih dahulu keluar bilik. Melihat Damia yang masih tiada di luar bilik membuatkan dia yakin wanita itu belum siap lagi. Tengku Aaron pandang jam Rolex di tangan. Dah pukul 7.43 malam.

     Hih! Ni yang aku lemah kalau nak tunggu perempuan bersiap. Kalau dah perempuan tu memang. Dia cukup tahu. Mummy dengan adiknya sorang dah cukup membuktikannya. Kalau nak pergi pukul 8.00 malam, memang daddynya sengaja cakap nak pergi 7.30 malam.

     “Woi.. lambat lagi ke? Aku tunggu kau kat bawah!” Tengku Aaron ketuk bilik Damia. Ketika itu Damia sedang membelit selendangnya.

     Tengku Aaron turun tangga. Dia menunggu Damia di ruang tamu, berdepan dengan tangga.

     “Perempuan memang… Nak sapu sana. Calit sini..” Tengku Aaron tak habis-habis membebel. Kunci kereta di tangan dipusing-pusing dengan jari telunjuk kanannya.

     “Sorry.. saya lambat,” ucap Damia sambil kakinya laju menuruni tangga. Bimbang Tengku Aaron yang sedang membelakanginya marah.

     Mendengar suara Damia dari belakang membuatkan Tengku Aaron serta-merta berpaling menghadap Damia. Ketika itu Damia sudahpun berada di anak tangga paling bawah. Tinggal beberapa langkah lagi mendekati Tengku Aaron.

     Cantik.. desis hati kecil Tengku Aaron. Bagaikan terpukau dengan penampilan Damia yang agak berlainan dengan sebelum ini, kunci kereta yang diputar tadi turut sama terjatuh. Wajah Damia yang bermekap tipis dipandangnya. Namun, kecantikannya aslinya tetap terserlah. Turun pada bibir terbelah Damia yang dikenakan lipstick pink muda membuatkan mata Tengku Aaron terpaku di situ.

     Melihat Tengku Aaron yang memandangnya bagaikan tak pernah tengok perempuan itu membuatkan Damia sedikit segan. Terus tertunduk Damia. Melampau sangat ke cara dia bermake up? Bedak terlalu putih ke? Ke lipstick comot?

     “Awak pandang saya macam tu kenapa?” soal Damia.

     Tengku Aaron tersedar. Kantoi.. tapi cuba dikawalnya. Kunci kereta yang terjatuh tadi diambil. Cuba mengawal rentak jantungnya yang dah macam overtime tadi.

     “Saper tengok kau, perasan? Aku tengok baju kau. Cantik betul. Tak sia-sia aku beli dari Milan,” jawab Tengku Aaron berlagak.

     Sememangnya baju yang dipakai Damia itu dibuat oleh sepasang kain yang dijadikan salah satu barang hantaran untuk perkahwinan mereka dahulu. Tengku Aaron membelinya di Milan. Kerana tidak mahu digelar penipu, syarat Damia yang inginkan semua barang hantarannya dari barangan luar negara telah dipenuhi meskipun dia tak tahu Damia betul-betul maksudkannya dulu atau tak. Janji apa yang telah dijanjikan dilaksanakan.

     Cis! Baju aku dipujinya? Bukannya nak puji aku cantik. Sedikit-sebanyak dia kecil hati Tengku Aaron tidak memujinya. Apa kau mengarut ni, Damia? Kenapa pulak kau nak nampak cantik di depan Tengku Aaron? Gila betul!

     “Dah.. jom pergi.”

     --------

Rumah mereka dengan rumah Mak Su memakan masa lebih kurang sejam lebih perjalanan. Sewaktu tiba di rumah Mak Su, Mak Su dan Pak Su telah bersedia menjemput mereka. Tangan kedua-dua orang tua itu disalam. Gembira mereka dengan kedatangan Tengku Aaron dan Damia.

     “Woi, pengantin baru! Lama gila tak nampak kau. Sombong ya sekarang.” Tengku Aaron tergelak mendengar suara itu.

     “Macam ni ke sambut tetamu? Takde adab langsung.” Tengku Aaron turut membalas.

     Kemudian, kedua-duanya saling ketawa sebelum berpelukan.

     “Welcome home, buddy,” ucap Tengku Aaron.

     “Yeah.. really miss Malaysia,” balasnya.

     “Dua orang ni kalau jumpa memang macam ni. Kot ya pun, ajaklah Aaron ni masuk dulu. Kesian dah isteri dia ni,” Tengku Rosmah, Mak Su Tengku Aaron mencelah sambil menggeleng kepala.

     Kedua-dua lelaki itu sengih.

     “Excited, ma. Lama gila tak berborak dengan Aaron ni,” jawab Tengku Danish.

     Tengku Danish mengajak pasangan suami isteri itu masuk. Mama dan papanya dah menghilang entah ke mana. Dipandang Tengku Aaron dan isterinya. Lupa pulak yang Tengku Aaron dah ada isteri.

     “Hye.. lupa nak perkenalkan diri. Saya Danish. Panggil Dean. Nak panggil Abang Dean pun okey jugak. Tapi kena jeling orang sebelah dululah. Kalau tak, tak pasal-pasal lebam biji mata ni.” Mesra Tengku Danish memperkenalkan diri pada Damia. Sempat pulak dia begurau.

     Damia ketawa mendengar kata-kata Tengku Danish. Rasanya, sepupu Tengku Aaron yang sorang ni memang tak pernah dilihatnya sebelum ni. Kelakar la sepupu Tengku Aaron ni. Happy-go-lucky.

     “Damia.” Senyuman perkenalan diberikan pada Tengku Danish.

     “Eh.. nama kita sama-sama start dengan D la. Ada jodoh ni,” sempat Tengku Danish buat lawak lagi bagaikan Tengku Aaron tak wujud di situ. Damia ketawa lagi. Serius lawak sepupu Tengku Aaron ni!

     Tengku Aaron yang melihat pula yang bengkak hati. Geram rasanya melihat Damia yang ketawa dengan lawak sepupunya yang tak berapa nak lawak itu. Dengannya sendiri rasanya tak pernah Damia ketawa seikhlas itu.

     Si Dean ni nak kena cepuk agaknya. Ada ke cakap macam tu. Apa A dengan D takde jodoh ke? Jelous punya pasal, Tengku Aaron berfikir macam budak-budak. Terasa hati bagaikan dicucuk melihat Damia yang senang dengan lelaki lain. Macam ni ke rasa cemburu? Serius Tengku Aaron tak pernah rasa cemburu kerana perempuan. Sekali pun dengan Seri dulu.

     “Bro, jelous ke?” soal Tengku Danish pada Tengku Aaron. Tengku Aaron berlagak cool.

     “Tak jelous pun. Sebab aku memang kenal perangai kau yang mesra alam dengan tak kira orang,” jawab Tengku Aaron berlagak tenang. Wajah tak berperasaan cuba ditayangnya.

     Tengku Danish ketawa lagi. Asyik ketawa je lelaki itu. Bibir tak henti-henti daripada manis tersenyum. Sebab itulah Tengku Danish memang disenangi ramai tak kira di mana dia berada.

     Damia di sebelah hanya memerhati. Dipandang muka Tengku Aaron yang macam tiada perasaan. Huh! Dah agak dah. Tak mungkin dia jelous. Aku berani potong kukula kalau dia jelous. Kalau jelous tu, rasanya memang bukan Tengku Aaron depan aku sekarang ni.

     “Mia nak pergi tolong Mak Su kat dapur.” Damia meminta izin daripada Tengku Aaron. Sengaja ingin tinggalkan lelaki dua orang tu yang dah lama tak berjumpa. Pasti banyak cerita nak dikongsi. Tengku Aaron mengangguk.

     -----

“Mak Su, kenapa sunyi je rumah ni?” soal Damia sambil membantu Tengku Rosmah mengelap pinggan dan gelas di dapur. Hanya mereka berdua di dapur. Orang gaji keluarga itu pun tak tahu menghilang ke mana.

     “Mak Su buat makan adik-beradik. Kecil-kecil je. Yalah.. Mia kan tahu Pak Su dengan daddy Aaron tu dua beradik je. Adik-beradik Mak Su pulak ramai yang duduk Johor. Jadi, Mak Su ajak keluarga Aaron je la,” jelas Tengku Rosmah.

     Damia baru faham. Oo.. macam tu. Tapi, kenapa Tengku Aaron je yang ada?

     “Tapi.. yang lain mana? Tak nampak pun orang lain?” soal Damia.

     “Aaron je yang free. Daddy dan mummy Aaron takde kat Malaysia. Diorang pergi melawat Ammelisa kat Australia.”

     Oh, lupa! Damia baru teringat. Sememangnya mak dan bapa mentuanya dah cakap awal-awal yang mereka akan pergi melawat puteri bongsu mereka. Baru je minggu lepas mereka berangkat. Dia dan Tengku Aaron sempat melawat mereka sebelum itu.

     “Mak Su adalah jugak ajak Rean ngan Seri. Diorang cakap okey je. Lepas tu, last-last minute cancel pulak sebab Seri tak sihat. Maklumlah.. orang mengandung la katakan,” sambung Tengku Rosmah. Damia hanya mendengar.

     Kemudian, Tengku Rosmah mengeluh. Tangannya yang baru basuh dilap di tuala yang tersangkut di tepi sinki. Tengku Rosmah duduk di depan Damia.

     “Kenapa, Mak Su?” soal Damia.

     “Dah lebih dua tahun dah Aaron dengan Rean ni bergaduh. Pantang jumpa, nak bertekak. Mak Su nak jugak tolong baikkan hubungan diorang tu. Sedih hati Mak Su tengok diorang tu. Kalau dulu, diorang selalu bersama. Rapat. Yalah.. kembar la katakan. Mak Su ingatkan lepas Aaron kahwin ni. Bolehlah dia lupakan semua. Maafkan Rean dengan Seri.” Tengku Rosmah meluah rasa lagi.

     Damia terus mendengar. Hatinya turut berfikir. Kenapa Tengku Aaron terlalu marahkan Tengku Andrean dan Seri? Apa yang dah berlaku dua tahun lepas? Cinta tiga segi ke? Ke cinta Tengku Aaron tak bersambut? Ke Seri menolak Tengku Aaron dan menerima Tengku Andrean? Damia buat andaian sendiri.

     “Sebenarnya.. apa yang dah terjadi dua tahun lepas?” soal Damia.

     Tengku Rosmah memandang wajah Damia. Nampaknya Damia belum tahu lagi hal itu. Eloklah dia jangan cerita. Kalaupun yang bercerita, haruslah daripada tuan punya diri, iaitu Tengku Aaron sendiri.

     “Tengku, makanan dah siap semua.” Lela, orang gaji di rumah Tengku Rosmah memberi laporan.

     “Lupakan semua. Benda dah jadi. Tak payah nak dikenang. Dahlah.. jom kita makan. Lela dah siap hidang tu. Pergi panggilkan Aaron dengan Danish. Mak Su nak pergi panggil Pak Su kamu ni,” arah Tengku Rosmah kepada Damia. Cuba mengelak daripada menjawab soalan Damia. Berterima kasih pada Lela yang mencelah tadi.

     Damia mengangguk. Terus lupa pertanyaannya pada Tengku Rosmah. Kakinya mengorak langkah ke ruang tamu, tempat di mana Tengku Aaron dan Tengku Danish sedang rancak berborak. Asyik ketawa je dua orang tu. Sampai dapur tadi pun boleh didengarnya.

     Nak panggil Tengku Aaron? Ni bukan rumah dia. Kalau kat rumahnya memang dihentamnya panggil nama. Tak pun saya awak je. Tapi ni rumah orang. Dahlah Abang Dean pun ada sekali. Tengok.. kalau Abang Dean pun aku panggil abang, takkan la Aaron aku nak hentam nama je? Kena berlakon ni. Nak panggil apa? Ayang.. anja.. darling.. mana satu aku boleh tahan loya sikit?

     Kaki makin merapati mereka. Hmm.. terpaksalah..

     “Abang.” Rasa macam anak tekak Damia nak luruh. Terus terhenti ketawa Tengku Aaron dan Tengku Danish. Arghh.. taknak tengok senyum Tengku Aaron yang sinis sekali!

     “Ya, sayang?” Sarkastik sekali suara Tengku Aaron menjawab. Boleh tak aku nak pergi Afrika malam ni? Taknak tengok senyum sinis dia!

     “Dinner dah siap. Jomlah.. ajak Abang Dean sekali,” separuh ikhlas Damia mengajak. Hati cuba menahan rasa sakit hati dengan senyuman Tengku Aaron. Nasib baik ada Tengku Danish. Kalau tak memang masaklah dia kena dengan Tengku Aaron.

     “Aku pun dah lapar ni. Jomlah..”

     Tengku Danish terlebih dahulu membuka langkah. Tengku Aaron mengekori dari belakang. Ketika melintasi Damia, sempat pulak dia berbisik.

     “Tiga wayar dah terputus ke?” Suara yang cukup perlahan. Hanya cukup didengari oleh mereka berdua. Tengku Aaron tergelak sinis.

     Muka Damia bertukar merah. Malu dan geram. Ingin saja dia terajang kepala Tengku Aaron. Biar kepala dia pulak yang putus. Sakit hati Damia mendengar ketawa sinis Tengku Aaron meskipun perlahan.

     Okey.. memang patutnya aku tambah ‘ngang’ kalau nak panggilnya lain kali biar jadi abangang!

     ------

Meja makan itu hanya dipenuhi oleh keluarga Tengku Amin. Itupun hanya tiga orang sebab Tengku Danish merupakan anak tunggal dalam keluarga. Campur dengan Tengku Aaron dan Damia, baru lima orang. Meskipun agak kecil tapi itu tak menghalang mereka semua menjamu selera dengan riang.

     “Aaron, Mia. Jemputlah makan. Jangan malu-malu,” jemput Tengku Amin.

     “ Ya lah, Pak Su. Wah.. nampak sedap betul lauk Mak Su masak ni,” puji Tengku Aaron.

     Damia memandang hidangan atas meja. Macam yang Tengku Aaron cakap. Nampak lazat betul. Lapar pulak rasa perut. Sedang Damia asyik melihat hidangan itu, tiba-tiba rasa macam tangannya digenggam Tengku Aaron yang duduk disebelah. Terkejut Damia dibuatnya. Nasib baik tak terbalik kerusi.

     Apa kena dengan mamat ni? Mengigau ke? Main-main pegang tangan orang bawah meja pulak. Damia cuba tarik. Tapi makin kemas rasa tangan Tengku Aaron. Hish.. tak boleh jadi ni!

     Damia terus tegak berdiri. Tengku Aaron yang turut terkejut dengan tindakan Damia terus lepaskan tangan Damia. Perempuan ni… aku usik sikit pun dah terangkat. Damia lega bila tangannya dilepaskan. Tapi, itu tak penting! Apa yang penting sekarang ni adalah semua mata memandangnya yang tegak berdiri tiba-tiba. Tengku Danish yang ingin menyuap terus berhenti. Tengku Rosmah yang sedang melayan Tengku Amin pun turut terhenti.

     Damia sendiri pun turut tergamam. Err…

     “Abang nak rasa lauk apa dulu? Blackpaper beaf atau siakap tiga rasa?”

     Tengku Aaron dipandang. Kau ni memang, Damia! Janji boleh lepas, main hentam je! Damia tak peduli dah. Nak control keadaan la kononnya. Kononnya nak bagi Tengku Aaron layanan superb daripada isteri la ni! Sebab tu sampai terbangun Damia. Kononnya la.. Entah kenapa idea tu muncul bila melihat Tengku Amin dan Tengku Rosmah tadi.

     “Yang mana terbaik untuk isteri abang, itulah yang terbaik untuk abang. Abang makan apa yang tangan isteri abang hidangkan…”

     Perghh.. ayat! Kalau Ahmad Idham dengar ni, memang tak teragak-agak nak tawarkan watak hero dalam filem romantic terbaru ni! Entah dipetik daripada agaknya ayat berbunga tak berapa nak kembang tu. Berguru dengan A. Samad Said tiga hari tiga malam agaknya.

     Sekali ayat keluar daripada mulut Tengku Aaron memang jiwang habis. Ayat daripada playboy sejati la katakan. Tengku Aaron dah mainkan wataknya. Sekarang gilirannya pula. Damia tersenyum malu. Malula kononnya didengari oleh seisi rumah ni. Kononnya dia dan Tengku Aaron adalah pasangan paling bahagia dalam alam Galaksi Bima Sakti ni.

     “Kalau macam tu, abang ambil siakap tiga rasa.” Damia meletakkan siakap tiga rasa dalam pinggan Tengku Aaron sebelum dia kembali duduk.

     “Tengokla, ma.. pengantin baru. Bahagia macam dalam syurga,” sakat Tengku Danish. Tengku Aaron ketawa.

     “Apa yang barunya. Nak dekat dua bulan dah kahwin. Nampak macam kena ada pengantin baru yang bakal menyusul. Ya tak, Mak su? Dean, Mak Su dah teringin tu,” giliran Tengku Aaron pula menyakat sepupunya sorang tu.

     “Aku lambat lagi la. Nampak macam kena cari wife macam wife kau la. Package.”

     Damia yang mendengar pula yang malu. Carilah wife macam aku. Hari-hari bertikam lidah je kerjanya. Hehe..

     ------

“Mana Aaron?”

     Damia tersenyum mendengar teguran Tengku Danish. Ketika itu mereka berada di luar rumah. Tiada sesiapa di situ. Hanya Damia yang sedang menunggu Tengku Aaron yang sedang menjawab panggilan telefon. Entah apa yang sulit sangat sampai nak kena jauh sepuluh batu baru boleh jawab telefon. Ketika itu memang mereka dah nak pulang.

     “Dia jawab call,” jawab Damia pendek. Nasib baik lampu di situ terang. Takde la nampak mencurigakan mereka sedang bercakap berdua.

     “Aaron bertuah sebab dapat isteri macam Damia. Damia juga bertuah sebab dapat husband macam Tengku Aaron,” kata Tengku Danish tiba-tiba.

     Damia yang mendengar tersenyum. Ek? Ayat pertama Tengku Danish dia setuju. Tapi ayat kedua itu, dia tak berapa nak setuju.

     “Kenapa Aaron bertuah? Mia rasa Mia biasa-biasa je. Ada mulut satu, hidung pun bukan dua. Macam perempuan lain jugak. Tiada apa-apa keistimewaan pun,” jawab Damia. Bukannya nak merendah diri ke apa. Tapi, itulah kenyataannya.

     “Salah. Abang Dean tak tahu samaada Mia dah tahu atau tak tentang masa lalu Aaron. Tapi, Mia memang istimewa sebab dah berjaya lembutkan keras kepala dia dan bawa dia kepada perkahwinan.”

     Hendak tergelak Damia mendengarnya. Oo.. macam tu ke semua orang nampak pada dirinya sebelum ni? Berjaya bawa Tengku Aaron yang buaya darat tu ke alam perkahwinan? Padahal Tengku Aaron la yang heretnya. Tertanya-tanya dia tentang masa lalu Tengku Aaron.

     “Kisah lalu Aaron? Apa yang dah jadi?” Damia ingin tahu. Ada kaitan dengan Tengku Andrean dan Seri ke?

     “Haa.. yang tu saya tak berani nak bukak cerita. Tanyalah Tengku Aaron sendiri..” damia kecewa mendengarnya. Kenapa semua orang tak pernah nak cerita padanya? Nak tanya pada lelaki tu sendiri? Memang cari nahas la tu.

     “..Tapi, nampak macam Aaron makin lupakannya sebab tu la dia cintakan Mia,” sambung Tengku Danish.

     Cinta? Kalaulah tiada Tengku Danish depannya sekarang ni, nak je dia menari kuda kepang. Serius lawak! Kelakar tahap dewa. Kalaulah itu yang semua orang nampak, memang bemutu sekali lakonan dia dan Tengku Aaron.

     “You are so lucky to have Aaron.”

     “Why?”

     “Sebab.. bila Tengku Aaron jatuh cinta, wanita itu akan menjdi wanita paling beruntung dalam dunia ni.”

     Damia diam. Ya ke? Tapi bukan dia orang bertuah itu. Tidak lama kemudian, Tengku Aaron muncul. Pelik dia melihat Tengku Danish dan isterinya.

     “Aku balik dulu, Dean.” Tengku Aaron bersalam dengan Tengku Danish

     Tengku Aaron dan Damia meminta diri.

     -----

“Kau cakap apa dengan Dean? Rancak nampak,” soal Tengku Aaron ketika mereka dah lima belas minit perjalanan. Damia disebelah dijeling.

     “Adalah..” Damia berdalih. Masakan nak cerita kepada Tengku Aaron yang Tengku Danish cakap dia bertuah ada suami macam Tengku Aaron? Huh! Mahu kembang hidung lima inci. Baik dia tak payah cerita.

     “Mengumpat aku la tu! Cepat cakap apa yang Dean cakap tadi.” Tengku Aaron menuduh. Dan memang tepat pun.

     “Dah nama pun mengumpat, mestilah awak tak boleh tahu. Barulah namanya cakap belakang,” jawab Damia. Langsung tak menjawab persoalan Tengku Aaron. Makin bengang Tengku Aaron.

     “Pandai menjawab ya sekarang?” Tengku Aaron menjeling Damia.

     “Dah awak tanya, saya jawab la,” jawab Damia yang tak mahu kalah.

     “Oo.. kalau aku tanya kau cintakan aku, kau jawab ya la?”

     “Kenapa nak jawab ya kalau masih ada jawapan tidak?” laju Damia balas. Cinta cinta jangan main ya.

     Tengku Aaron pula yang panas hati dengan jawapan Damia. Tak puas hati rasanya. Kenapa dia rasa geram Damia jawab tak?

     “Malas aku nak cakap dengan kau. Aku pun taknak tahu apa yang kau mengumpat pasal aku dengan Dean tadi. Tak nak cakap sudah. Kalau dah taknak cakap baik tak payah cakap terus. Dah..sekarang ni diam. Jangan nak ganggu konsentrasi aku nak drive kereta,” arah Tengku Aaron.

     “Kenapa pulak saya kena diam?” Damia pula tak puas hati. Kenapa pula dia yang kena? Lelaki tu yang mulakan segala-galanya. Senang-senang je nak suruh mulut orang diam.

     “Betulla kau ni tak sayang nyawa. One more word out, I’ll kiss you,” ugut Tengku Aaron.

     Main ugut-ugut pulak! Melampau. Macam la dia berani nak buat. Tengah drive pulak tu. Damia mencebik. Ingat aku takut ke?

     “Cubalah kalau…” kata-kata Damia berhenti. Dipandang Tengku Aaron dengan pandangan tak percaya. Tergamam dua saat.

     “Tu baru pipi. Kalau bising lagi, aku cium tempat lain pulak! Ingat aku tak berani ke? Jangan cabar aku,” ugut Tengku Aaron.

     Damia tak berani buka mulut. Kali ini dia takut dengan ugutan Tengku Aaron. Damia memejam mata sambil membelakangkan Tengku Aaron. Nak tidur. Dada tetap berdebar dengan ciuman itu.

     Tengku Aaron tersenyum puas melihat kebisuan Damia. Tahu pun takut.

     ------

Hampir pukul 12.00 tengah malam barulah Tengku Aaron dan Damia tiba di rumah mereka. Bila dijeling di tepi, Tengku Aaron melihat Damia yang masih belum bergerak. Tidur lagi ke? Tengku Aaron membuka tali pinggang keledarnya.

     “Wei.. bangunlah!” Tengku Aaron memanggil Damia. Tapi Damia tetap kaku.

     “Wei.. bangunlah!” suara dikuatkan. Tangannya mula mengoncangkan sedikit bahu Damia yang sedang membelakanginya itu. Damia menggeliat sikit. Tapi, kemudian dia kembali diam.

     Tengku Aaron garu kepalanya yang tak gatal. Ee.. dia ni kalau dah tidur aku letak bom pun tak sedar! Bukannya Tengku Aaron tak tahu. Damia kalau dah tidur memang liat nak bangun kalau bukan dia bangun sendiri. Tengku Aaron teringat balik ketika malam mereka tidur di rumah orang tuanya. Melihat Damia yang menggigil sejuk di atas sofa membuatkan dia tak sampai hati. Suhu aircond dah dinaikkan paling tinggi, tapi Damia tetap menggigil sejuk. Karang demam susah! Jadi, dia bertukar tempat dengan Damia. Sewaktu mendukung Damia ke atas katil, langsung Damia tak tersedar. Kalaulah dia tak boleh kawal diri malam tu, agaknya memang Damia takkan sedar juga kalau terjadi apa-apa.

     Tapi.. ni dalam kereta. Tidur lena jugak ke? Tengku Aaron tak faham. Letih sangat agaknya. Kan macam-macam jadi hari ni.

     “Bangunlah.. aku tinggal dalam kereta ni karang, barulah menyanyi lagu keroncong tak cukup tajwid kau besok!” Tengku Aaron mula bengang. Dia merapati Damia. Tangannya menggoncang bahu Damia agak kuat.

     Kali ini Damia bergerak sedikit. Mungkin terasa ada sesuatu bagaikan mengganggunya, Damia memusingkan badannya menghadap Tengku Aaron. Tengku Aaron tergamam. Terus terhenti gerakan tangannya. Terpaku dengan wajah Damia yang betul-betul tak sampai seinci dengan wajahnya. Dada Tengku Aaron berdebar bukan main. Diteliti wajah Damia yang betul-betul berdepan dengannya. Turun pada bibir Damia, Tengku Aaron meneguk liur. Sekali dia bergerak, memang dia akan mencium gadis itu. Jantung makin berdebar bila perlahan-lahan dia menggerakkan wajah.

     Ketika itulah Damia perlahan-lahan membuka mata. Bagaikan terasa nafas hangat seseorang yang begitu dekat dengan wajahnya, terus meluas mata Damia. Memang tindakan reflex. Dada Tengku Aaron yang dekat dengannya ditolak kuat.

     “Awak buat apa ni?” Damia cuba mengawal dada yang bagaikan nak pecah.

     “Adoi.. sakitlah!” marah Tengku Aaron. Gara-gara ditolak Damia, kepalanya terhantuk pada cermin tingkap kereta bahagian tempat duduknya. Kuat betul. Sampai-sampai sakit kepalanya.

     “Nak bunuh aku ke? Nasib baik tak pecah cermin kereta aku ni!” Tengku Aaron mengurut kepalanya.

     “Dah awak tu dekat sangat dengan saya kenapa?”

     “Dah lama sampai. Puas aku kejutkan kau. Kau tu yang tak bangun-bangun. Jangan nak perasan sangat yang aku nak apa-apakan kau la. Gelilah..” bebel Tengku Aaron.

     “Sorry,” ucap Damia.

     “Aku ngantuk dah. Nak tidur.”

     Tengku Aaron keluar daripada kereta. Dalam hati dia menyumpah seranah dengan dirinya yang hampir saja mencium Damia. Menyesal kerana dia hanpir gagal mengawal keinginan yang tiba-tiba muncul. Gila betul! Nasib baik Damia tersedar.

Eksperimen Cinta (BAB 27)

BAB 27

Tengku Aaron membuka kot hitamnya dan membalutkannya pada kerusi empuknya. Dia duduk sambil memusingkan kerusinya. Kejap ke kiri. Kejap ke kanan. Dan ada masanya dia diam kejap sebelum kembali memusingkan kerusinya kiri dan kanan. Dokumen-dokumen penting yang perlu ditandatangan terbuka depannya. Dibaca tulisan hitam putih itu tapi satu pun tak masuk dalam kepalanya.

     Dipandang lukisan senja di dinding bilik pejabatnya. Lukisan yang simple tapi halus. Hanya bermodalkan kertas lukisan dan cat air yang ditinggalkan secara tidak sengaja oleh seorang pekerjanya di biliknya ketika membincangkan lakaran untuk iklan Triumph Air suatu ketika dahulu. Dan pelukisnya adalah Damia. Lukisan itu dilukis oleh Damia ketika dia meminta wanita itu untuk menemaninya dulu. Kononnya untuk diletakkan di bilik mesyuarat. Memang betul dia ingin meletakkan lukisan di bilik mesyuarat. Tapi dia tak berniat nak letakkan lukisan yang dilukis Damia.

     Dua hari selepas itu, ada seorang pemuda menghantarkan bungkusan untuknya. Ingatkan apa. Rupa-rupanya lukisan Damia yang dah siap dilukis dan dah dikenakan ton warna. Sangat cantik. Siap difremkan lagi. Dan yang anehnya, dia sanggup menukarkan lukisan bunga matahari yang selama ini tergantung cantik di dinding pejabatnya dan dibeli dengan harga hampir RM20 000 di Jerman dengan lukisan itu untuk diletakkan di bilik mesyuarat.

     Ingatkan Damia, jiwanya jadi tak tenteram. Teringat peristiwa pagi tadi.

     “Hadiah..”

     Dan selepas itu dengan suka lagi rela dia menghadiahkan satu ciuman lembut pada dahi Damia. Bukan dia tak nampak wajah Damia yang jelas-jelas terkejut. Tergamam habis sambil mata tepat memandang wajah Tengku Aaron. Pastinya tak percaya yang dia berani mencium perempuan itu. Dan nyatanya dia sendiri terkejut sebenarnya. Tak sangka dia betul-betul mencium dahi Damia. Siap dengan senyuman manis lagi! Betul-betul luar jangkaannya. Tapi senyuman manis selepas itu adalah memang lahir dari hatinya yang ikhlas.

     Tengku Aaron pejam mata. Kembali teringat peristiwa lepas sarapan tadi. Isterinya sedang khusyuk mengikat tali lehernya sehingga Damia sendiri tak sedar yang dirinya sedang asyik direnung oleh Tengku Aaron walaupun cuma sekejap. Comel sungguh wajah Damia yang seakan-akan sedang berfikir tadi. Jarak yang dekat antara mereka membuatkan haruman Damia menusuk hidungnya. Dia suka dengan haruman itu. Terasa tenang dan damai.

     Wajah Damia yang begitu dekat dengannya membuatkan tangannya hampir saja mengusap pipi Damia. Entah bila keinginan itu muncul. Gila betul! Dia tak pernah rasa macam ni dengan mana-mana perempuan. Nasib baik sempat dikawal tangannya. Tapi.. entah kenapa ciumannya boleh terlepas tadi. Terasa semuanya berlaku diluar kawalannya. Hatinya bagai ditarik untuk mencium dahi wanita itu. Apa yang dia tahu, dalam hatinya terasa bahagia memperlakukan Damia sebegitu.

     Tiba-tiba Tengku Aaron geleng kepala. Gila! Apa kena dengan aku ni? Dah kena sampuk ke nak kena hempuk? Dapat dirasakan yang dirinya sedikit berubah. Berubah kenapa? Kerana perkahwinan dengan Damia ke? Atau kerana Damia yang tak pernah membangkang cakapnya walaupun wanita itu sendiri tak rela? Bila difikirkan balik, memang Damia tak pernah membantah cakapnya walaupun kadang-kadang dia memang sengaja nak kenakan Damia. Kalaupun isterinya itu menolak, itu pun cuma sekejap. Sudahnya tetap akan dilaksanakan walaupun mungkin Damia sendiri tak puas hati dengannya.

     Kenapa kau polos sangat Damia? Kepolosan yang mengingatkan dia pada seseorang yang dah lama meninggalkannya. Dan dia begitu merinduinya. Insan yang membuatkannya rasa bersalah sampai sekarang. Juga penyebab dia makin berdendam dengan Tengku Andrean dan Seri.

     Kenapa Tengku Aaron rasa dirinya makin lemah sekarang ni? Mana Tengku Aaron yang dulu ni?

     “Arghh.. buat malu je! Mesti dia ingat aku suka dia.”

     Tengku Aaron meraup muka. Takkan la aku nak suka perempuan macam tu. Tak boleh! Aku tak boleh ada apa-apa perasaan pada Damia. Perempuan semua sama la. Mula-mula mengaku cinta. Lepas tu mulalah nak berlaku curang. Depan nampak baik, belakang mulalah tumbuh tanduk. Dendam dan ego mula menguasai diri. Cuba menghalang hati dari mengingati Damia.

     Pen hitam yang terbiar bersama kertas-kertas di atas meja dicapai. Masa kerja tak boleh campur aduk dengan perkara peribadi. Tengku Aaron seorang yang professional. Tengku Aaron cuba kembalikan mood bekerjanya. Dia tak boleh terlalu asyik fikirkan perempuan itu. Apa yang dia perlu buat sekarang adalah cuba menjadi Tengku Aaron yang dulu. Tengku Aaron yang tinggi egonya dan menganggap Damia tidak mempunyai apa-apa makna padanya.

     Dia harus cuba menjauhi Damia..

     -------

Dah seminggu perkara tu terjadi. Damia mahupun Tengku Aaron kedua-duanya berlagak macam tiada apa-apa berlaku. Seminggu yang sibuk ini telah meminimakan jumlah mereka bertentang mata. Boleh dikira berapa kali dalam seminggu mereka bersua muka. Kalau bukan tugas Damia mengejutkan Tengku Aaron bangun pagi dan menyediakan sarapan, rasanya memang mereka tak akan bertemu. Sebab bila pulang dari kerja, kedua-duanya perut dah kenyang. Kedua-duanya lebih senang terperap dalam bilik. Kadang-kadang pula Tengku Aaron balik bila jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Tertanya-tanya juga Damia ke mana Tengku Aaron pergi. Mungkin keluar dengan perempuan lain untuk berhibur? Entahlah.. Damia tak nak masuk campur urusan lelaki itu.

     Bila hujung minggu pula, kedua-duanya lesap entah ke mana meninggalkan rumah besar mereka macam rumah puaka. Sunyi. Hidup kedua-duanya bagaikan bujang. Sangat membosankan tapi itulah yang berlaku. Sedikit sebanyak rancangan Tengku Aaron untuk menjauhi Damia dah terlaksana.

     Tapi kali ini kedua-duanya tak boleh mengelak…

     “Malam ni kita ada dinner rumah Mak Su. Ingat tak?” soal Tengku Aaron pada Damia. Sedikit hairan melihat Damia di rumah. Tak keluar ke hari ni?

     Ketika itu Damia sedang membaca majalah Wanita di buaian kayu di tepi kolam renang. Gara-gara disindir Tengku Aaron, Damia mula membaca majalah Wanita daripada Remaja. Biar nampak matang sikit. Tapi.. tak sebest Remaja la..

     Damia angkat muka. Tengku Aaron baru balik dari bermain badminton berdiri di depannya. Bila masa mamat ni balik pulak? Tak dengar bunyi kereta pun.

“Ingat la..”

     “Hmm.. baguslah. Bukan apa. Kau tu biasanya nyanyuk tak cukup ubat.”

     Sekali ayat pedas keluar daripada mulut Tengku Aaron, Damia hanya mampu menahan rasa. Memekakkan kedua-dua telinga agar hati tak rasa sakit. Damia cuba untuk tidak berkurang ajar dengan suaminya. Insyaallah selagi dia boleh sabar. Majalah Wanita itu dibelek lagi.

     Melihat Damia yang diam, Tengku Aaron malas nak ganggu. Nampak khusyuk benar baca majalah. Tenung majalah sampai nak naik juling mata aku tengok! Tengku Aaron tahu yang Damia dah malas nak layan dia. Dia ingin berlalu ke kamarnya. Tapi, air biru yang tenang beralun di depannya bagaikan memanggilnya. Hmm.. dah lama dia tak berenang.

     T-shirt hitam yang dipakainya ditanggalkan sebelum dia terjun ke dalam kolam renang dengan gaya ala-ala penerjun professional. Berdecit bunyi air sewaktu tubuh Tengku Aaron menimpa permukaan air.

     Konsentrasi Damia terganggu dengan adegan itu. Dilihatnya Tengku Aaron yang sedang berenang di kolam. Pertama kali dia melihat Tengku Aaron berenang. Tengku Aaron selamba berenang bagaikan tiada orang disitu. Kejap-kejap kuak dada. Lepas tu kuak lentang. Bestnya nampak Tengku Aaron mandi kolam. Nak harapkan dia memang takkan berlaku la. Sebab dia tak reti berenang. Tak pasal-pasal ada yang mati lemas. Dahlah kolam renang tu nampak agak dalam.

     Ahh.. tak boleh jadi ni! Rasanya Tengku Aaron yang sedang asyik berenang itu dah berjaya mengalihkan perhatiannya. Kejap-kejap dia curi pandang pada lelaki itu. Kejap-kejap dijelingnya Tengku Aaron. Majalah Wanita di tangannya dah tak menarik dah.

     Damia bangun. Baik dia cepat-cepat berlalu sebelum lelaki tu perasan yang dia jelling-jeling dari tadi lagi. Majalah Wanita ditutup. Nak balik bilik.

     “Mia..” panggilan Tengku Aaron membuatkan langkah Damia terhenti. Apa dia nak ni? Jangan diajaknya aku berenang sudah!

     “Apa dia?” soal Damia balik. Ketika itu dilihatnya Tengku Aaron berenang ke tepi kolam sambil menongkatkan tangannya agar tak tenggelam. Rambutnya yang dah jatuh berjuntai diraup ke belakang.

     “Boleh ambilkan towel tak? Aku lupa nak ambil,” pinta Tengku Aaron.

     Macam mana nak ingat ambil towel kalau dah nampak kolam terus terjun? Hii.. dia ni! Suka sangat kacau kerja aku. Damia tak puas hati. Rasa macam malas nak ambilkan tuala untuk lelaki itu. Nak tak nak tetap kena ambil. Kalau tak ambil, memang macam kena landa tsunami la lantai rumah mereka. Yang kena lap dia jugak! Jadi, demi tak menyusahkan diri sendiri dan atas kepentingan diri sendiri, kakinya laju melangkah ke bilik lelaki itu. Ingin mengambil tuala seperti yang diminta Tengku Aaron.

     “Nah..” Damia hulurkan tuala putih itu kepada Tengku Aaron.

     “Thanks..” Tengku Aaron tersenyum sambil tangan mencapai tuala yang dihulurkan Damia.

     Damia tak sempat nak tafsirkan senyuman itu. Bila dirasakan ada sesuatu di balik senyuman itu, Damia sudah terlambat. Tindakan Tengku Aaron lebih cepat. Sedar-sedar tubuhnya ditarik masuk ke dalam kolam renang bersama lelaki itu.

     “Aaron!!” Jeritan Damia antara geram dan cuak. Geram Tengku Aaron yang ketawa seronok sebab dah berjaya kenakannya. Cuak kerana dia tak pandai berenang.

     “Saya tak pandai berenang!” Terkapai-kapai tangannya di permukaan air.

     Damia cemas. Hanya satu dalam kepalanya. Dia akan mati lemas! Terasa kakinya tak memijak apa-apa. Beberapa kali dia tengelam timbul di permukaan air. Ada ketika dia tertelan air dan air masuk ke dalam hidungnya ketika dia cuba mencari nafas. Pedih sekali!

     “Wei.. wei.. rileks la! Aku bukannya nak bunuh kau pun!”

     Tengku Aaron cepat-cepat memaut pinggang Damia dekat dengannya. Menghalang Damia  daripada terus tenggelam. Damia berpaut pada leher Tengku Aaron. Kemas sekali terasa pautan Damia pada lehernya membuatkan Tengku Aaron yakin yang gadis itu betul-betul ketakutan. Cuak juga dia melihatnya. Bimbang terjadi apa-apa pada Damia.

     Damia terbatuk-batuk kecil akibat tertelan air. Laju nafasnya ditarik. Terasa macam paru-paru dah tak cukup oksigen. Damia betul-betul takut. Rasa macam maut sedang menanti. Tak semena-mena Damia menangis ketakutan.

     “Shh.. dah takde apa-apa,” pujuk Tengku Aaron dengan rasa bersalah. Cuba tenangkan Damia yang laju nafasnya. Damia makin kuat menangis. Apa yang terjadi, makin kejap pelukan Damia pada tubuhnya.

     Melihat Damia yang betul-betul takut membuatkan Tengku Aaron makin rasa bersalah. Sumpah dia tiada niat nak apa-apakan Damia. Dia cuma ingin kenakan Damia. Tak sangka Damia tak pandai berenang. Tak sangka pula ini yang terjadi. Nasib baik dia cepat tadi. Kalau tak memang tak mustahil Damia lemas.

     Air mata Damia tak berhenti mengalir. Tengku Aaron yang cuba memujuknya langsung tak diendahkan. Akhirnya, Tengku Aaron membiarkan Damia terus menangis dan melepaskan semua rasa takutnya. Diam antara mereka. Hanya kedengaran esakan Damia. Sepanjang perkahwinan mereka, itulah kali pertama dia melihat Damia menangis beria-ia. Dua minit Damia menangis di dada Tengku Aaron.

     Damia mengusap air matanya. Nasib baik tak lemas. Nasib baik dia sempat memeluk seseorang. Aku peluk siapa? Damia bagaikan baru tersedar. Jangan cakap aku sedang peluk…. Gulp! Damia telan liur. Tak berani memandang empunya diri yang begitu rapat dengannya. Cepat-cepat tangan yang sedang melingkari leher dan pinggang manusia di depannya dirungkaikan.

     “Kau dah okey ke?”

     Suara yang cukup dikenali Damia. Datangya daripada insan di depannya itu. Oh, tidak!! Damia angkat muka. Merah mukanya.

     “Apa awak buat ni? Nak bunuh saya ke?” marah Damia sekadar ingin menutup malunya. Pertama kali dia meninggikan suara pada Tengku Aaron.

     “Lepaslah!” Damia menolak dada Tengku Aaron yang dekat dengannya.

     Tengku Aaron diam. Tangan kirinya masih utuh pada pinggang Damia.

     “Lepaslah..” Damia makin bengang. Buat bodoh pulak dia lepas lancarkan misi nak bunuh aku?

     “Diamlah. Kalau aku lepas, memang lemas la kau. Nak ke?” ugut Tengku Aaron. Dia lepaskan pinggang Damia. Sengaja nak mengacah. Damia terasa dia mula tenggelam. Terus dipeluk Tengku Aaron di depannya. Kemas.

     “Kita dah lepaskan dia, dia pula taknak lepaskan kita?” Merah muka Damia mendengar kata-kata Tengku Aaron. Kurang asam kau!

     “Tu la.. ingat aku nak sangat peluk kau ke? Degil. Kalau tak reti berenang jangan banyak cakap,” sindir Tengku Aaron.

     “Saya nak naik la. Cepat bawak saya naik.”

     Tengku Aaron berenang ke tepi kolam. Membuatkan jarak antara mereka makin dekat. Damia makin tak senang duduk. Jantung yang berdegup laju kerana cemas tadi dah bertukar laju kerana jarak yang begitu dekat dengan Tengku Aaron. Debaran itu muncul lagi. Apatah lagi dia tak pernah sebegitu dekat dengan mana-mana lelaki.

     Damia cepat-cepat meninggalkan Tengku Aaron selepas dia naik ke tepi kolam. Dah tak dipedulikan lagi tubuhnya yang basah lencun tanpa dilapkan terlebih dahulu. Lagipun, nak lap dengan apa? Tuala yang dibawa untuk Tengku Aaron tadi pun dah turut sama berendam dalam kolam. Damia tak pandang belakang dah. Rasa segan nak memandang Tengku Aaron.

     Tengku Aaron pula hanya memandang Damia yang sudah jauh meninggalkannya. Rambutnya diraup ke belakang. Jantungnya yang turut berdebar hebat tadi cuba ditenangkan. Apa yang aku buat ni? Kata nak jauhi Damia. Tapi makin kuat rasa untuk mendekati Damia. Tengku Aaron mengeluh sebelum turut naik ke tepi kolam

     -------

Gila punya manusia! Nak bunuh aku ke? Damia betul-betul bengang dengan tindakan Tengku Aaron sebentar tadi. Habis basah lantai dari kolam hingga ke biliknya. Yang kena lap lepas ni siapa lagi kalau bukan dia.

     Kalau aku mati tadi macam mana? Free je dia jadi duda hot. Aku ni bukannya reti berenang. Setakat pakai pelampung itik tu bolehla. Damia membebel sendiri. Yang dia paling geram teramat sangat macam mana dia seriang kanak-kanak ribena boleh peluk Tengku Aaron. Lama pulak tu! Mesti dia ingat aku sengaja nak ambil kesempatan. Malunya! Rasa macam taknak lagi melihat wajah Tengku Aaron. Bayang pun taknak tengok! Tapi.. memang mustahil. Malam ni kena jumpa lagi sebab mereka dah janji dengan Mak Su Tengku Aaron untuk makan malam di sana. Makan malam dibuat sempena anaknya yang baru pulang dari Amerika.

     Lupakan dan buat-buat biasa je, Damia! Macam takde apa-apa je. Setakat peluk-peluk macam tu, bagi Tengku Aaron yang buaya tu macam dah biasa la. Dia tak kisah. Percayalah, Damia! Damia cuba pujuk diri sendiri.

     --------

Tengku Aaron menutup pintu biliknya. Ingin ke dapur. Tiba-tiba tekaknya rasa dahaga pula. Sewaktu berada di anak tangga paling bawah, ketika itulah dia melihat Damia yang sedang mengemop lantai ruang tamu rumah mereka. Semestinya mengemop lantai yang basah sebab tadi. Niat nak ke dapur terus dilupakan. Kakinya merapati Damia.

     “Jangan pijak situ. Saya baru mop!” sempat Damia beri amaran pada Tengku Aaron sebelum lelaki itu mendekatinya.

     Kaki Tengku Aaron terus pegun di depan sofa berangkai tiga. Damia yang memegang batang mop turut berhenti. Dipandangnya Tengku Aaron. Segan semacam. Tapi lelaki itu nampak macam biasa je. Haa.. kan aku dah dah cakap. Dia takkan rasa apa-apa la kalau setakat peluk-peluk macam tu. Kata hati Damia bersuara lagi. Damia cuba berlagak biasa juga.

     “Ada apa, Tengku Aaron?” soal Damia. Damia menggeliatkan tangannya. Lenguh terasa tubuhnya. Padahal baru mengelap bahagian yang boleh dikatakan suku rumah. Hai.. kalau dimop seluruh rumah agaknya tak boleh bangun terus dia esok. Macam mana la Mak Som boleh kemaskan rumah besar ni?

     Kemudian dipandangnya Tengku Aaron yang dah duduk bersila atas sofa. Sengaja dia duduk bersila sebab tak nak bagi lantai yang baru dimop Damia kembali kotor. Damia dah boleh agak. Kalau Tengku Aaron mencarinya semestinya ada sesuatu yang nak disampaikan lelaki itu. Kalau setakat nak berbual-bual kosong, buat lawak lepas tu gelak-gelak manja tu memang kirim salam awal-awal la.

     “Aku…” Kata-kata Tengku Aaron terhenti. Damia menanti lagi.

     Aku nak mintak maaf pasal tadi. Hanya hati Tengku Aaron yang berbicara. Sedangkan lidah rasa macam tergeliat nak minta maaf daripada Damia. Nak mintak maaf ke? Nanti apa pulak yang dia fikir? Mesti dia pandang rendah kat aku. Antara hati yang betul-betul nak minta maaf dengan ego yang menghalang, mana satu harus didahulukan?

     “Aku rasa sebelum kita ke rumah Mak Su, kita perlu ikut plan A.” Akhirnya ego yang dituruti Tengku Aaron.

     Ingat ke apa tadi! Muka nampak macam nak cakap benda penting sangat. Kut la nak tolong aku mopkan lantai ke, ada jugak pekdahnya. Kecil tapak tangan, rumah besar ni aku tadahkan. Damia membebel dalam hati. Bazirkan masa aku je. Kerja mengemop lantai yang tergendala tadi kembali disambung.

     “Apa dia? Saya dengar sambil-sambil mop lantai,” jawab Damia.

     Kembali mendengar pada kata-kata Tengku Aaron. Ikut plan A,ya? Ya.. A untuk Aaron. Sebab segala rancangan memang lelaki itu yang aturkan. Dia hanyalah mak turut je.

     “Depan family Mak Su nanti, aku taknak orang lain syak yang perkahwinan kita ni tak macam orang lain..”

     “So, nak suruh saya buat apa tuan director? Jadi Erra Fazira pulak malam ni?” sempat Damia menyindir.

     Ingat aku ni macam dia ke? Hipokrit tahap konkrit. Bukan Damia tak tahu lakonan Tengku Aaron yang grenti tercalon dalam Oscar Awards. Nampak gayanya Malaysia telah melahirkan bintang lakonan yang bergemerlapan terang umpama bulan mengambang tak cukup hari!

     “Takde apa-apa. Just jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri depan dorang.”

     Hmm.. kerja mudah! Kerja yang biasa je. Sekalipun Tengku Aaron tidak menyuruhnya, memang dia sedar tanggungjawabnya yang berstatus isteri. Huh.. ingatkan apa la tadi. Kut-kut disuruhnya aku cium dia depan orang ramai. Damia melihat Tengku Aaron. Nampak macam ada lagi benda yang ingin disampaikan.

     “Termasuklah depan orang kau kena respect aku,” sambung Tengku Aaron.

     “Respect?” soal Damia kurang mengerti. Respect macam mana maksudnya tu? Rasa-rasanya sepanjang perkahwinan mereka, sekali pun dia tak pernah berkurang ajar dengan Tengku Aaron. Kalau tak puas hati pun kutuk dalam hati je la. Tapi tak pernah diceritakan pada orang lain. Tinggikan suara pada Tengku Aaron pun tak pernah. Oh.. lupa pasal tadi! Itulah kali pertama dia tinggi suara dengan Tengku Aaron.

     “Yalah.. depan orang kau kenala panggil aku…”

     “Panggil apa?” Kerja mengemop Dami turut terhenti. Rasanya Damia dah dapat agak.

     “Abang.”

     Senyuman sarkastik Tengku Aaron betul-betul menyakitkan mata Damia. Punyalah sinis 40°C! Nampak sangat Tengku Aaron sendiri pun tak mengharapkan Damia memanggilnya sebegitu.

     “Huh. Never!” jawab Damia. Tengku Aaron angkat bahu. Tanda tak kisah.

     “Tunggu tiga wayar dalam kepala saya putus dulu la…” sambung Damia sebelum mengangkat baldi ke dapur.

     Abang? Huh! Rasanya boleh kejang lidahnya kalau memanggil Tengku Aaron sebegitu. Ee.. tak nak la! Boleh tertelan anak tekak dibuatnya.

Monday 20 February 2012

Eksperimen Cinta (BAB 26)

BAB 26

“Baskin Robbins wei.. jom pergi Baskin Robbins. Betul mengidam ni.” Tangan Suraya ditarik ke arah restoran aiskrim terkenal itu.

     Mid Valley Megamall yang menjadi pilihan mereka. Ramai betul manusia pada hari itu. Mungkin juga sebab hujung minggu ataupun baru gaji. Ke sebab ada jualan murah dan PC Fair?

     “Eee.. minah ni! Penat aku nak layan. Gaya hidup, kalah aku yang bujang ni,” sempat Suraya mengomel sebelum menggeleng kepala. Kaki mengikut Damia.

     “Waa.. sedapnya!” Berselera Damia melihat Caramel Chocholate Waffle Sundae yang dipesannya. Suraya pula memesan Banana split. Dia hanya mengikut kemahuan Damia yang beria-ia nak makan aiskrim itu.

     “Mengidam macam ni. Dah pregnant ke?” Suraya sengih mengusik. Damia buat tak dengar. Malas nak layan. Makan sundae ni lagi best. Disuap sesudu.

     “A’a.. sepuluh bulan.” Akhirnya Damia jawab juga pertanyaan Suraya. Sengaja nak loyar buruk. Biar Suraya berhenti mengusiknya.

     Suraya hanya ketawa.

     “Tengku Aaron pergi mana masa kau keluar?” tanya Suraya.

     “Entah. Dia tak cakap. Nak tanya pun malas,” selamba Damia jawab.

     “Entah-entah dia keluar dengan perempuan lain.” Suraya cuba bakar hati kawannya itu.

     Damia angkat bahu. Tanda tak kisah. Lantak dia la nak dating dengan perempuan lain ke.. apa ke.. ada aku kisah? Jangan susahkan hidupnya sudah. Nak jelous pulak jauh sekali.

     Suraya yang melihat pula yang naik geram. Ni dah muncul balik Damia versi lama. Damia yang takde perasaan. Apa nak jadi dengan member aku sorang ni? Suraya pandang tepi.

     “Wei.. aku nampak Aaron jalan dengan perempuan lain la!” Suraya terkejut.

     “Mana?” Cepat Damia berpaling ke arah yang dipandang Suraya. Tercari-cari dia mana Tengku Aaron. Takde pun? Hanya orang-orang yang langsung tak dikenalinya lalu di situ.

     Suraya ketawa.

     “Haa.. tahu pun nak jelous. Gelabah la tu.”

     Damia mencebik. Jelous? Serius! Secubit ajinomoto pun dia tak cemburu. Menggelabah jauh sekali. Cuma.. dia ingin mengumpulkan senarai wanita malang yang pernah mendampingi lelaki itu. Heh! Siapa ya? Mula-mula Salmy, lepas tu Lysda, Sara dan dua orang perempuan yang tak tahu siapa nama yang rebutkan Tengku Aaron kat Resoran Nasi Kandar Pelita. Kesian betul. Dan pemenang carta tempat pertama yang tersangatlah malang semestinya tak lain dan tak bukan, Damia Farisha. Dan dia yakin ramai lagi yang bertebaran di serata Kuala Lumpur ni. Perghh.. gila hebat punya playboya darat ni! Dahsyat.. dahsyat..

     “Ada hati nak test aku. Karang aku doa Izzat jalan dengan perempuan lain baru tahu. Barulah ada pembikinan filem The Kung Fu Suraya,” balas Damia.

     “Hei.. kejam punya kawan!”

     Damia hanya ketawa.

     Dan betul-betul tak percaya. Tertoleh ke kiri, Damia melihat Izzat berjalan dengan seorang perempuan. Mesra berpegang tangan sambil ketawa seriang kanak-kanak ribena umpama Mid Valley ni mereka yang punya.

     “Allah.. Izzat.” Damia betul-betul terkejut. Jangan cakap doa aku makbul pulak!

     “Kenapa? Nak prank aku ke?” Suraya ketawa melihat muka Damia yang macam terkejut itu. Bagus sungguh kalau nak berlakon.

     Damia pula tak tahu nak angguk, atau nak geleng. Atau nak dibiarkan sahaja? Sudahnya, Suraya turut berpaling ke kiri belakangnya. Terus mati senyumnya. Hanya mampu melihat.

          ---------

“Izzat!” memetir suara Suraya di tengah-tengah tingkat satu Mid Valley itu. Semestinya ramai yang berpaling. Ramai pula yang mengaku sebagai Izzat! Laju langkah Suraya mendekati Izzat. Damia turut laju menyaingi Suraya.

     “Su.. jangan nak cari gaduh kat sini. Malulah..” nasihat Damia. Tapi, waktu takat didih tengah mendidih, syaitan lebih hebat menggoda. Tak dipedulikan Damia. Apa yang ada dalam kepalanya sekarang, Izzat harus diajar!

     “Err.. Su..” Izzat serba salah.

     “Siapa ni, Iz?” wanita di sebelah Izzat bertanya.

     “Kawan,” jawab Izzat. Makin menggelegak Suraya. Selama ini lelaki itu hanya menganggapnya sebagai kawan? Dasar lelaki tak guna.

     “Siapa perempuan ni?” soal Suraya. Damia di sisi dah tak senang duduk. Malu bila ramai yang memerhatikan mereka. Adoi… pesal la asyik aku je yang tersepit di tengah-tengah time orang tengah gaduh?

     “Ni tunang I. Kami dah bertunang dekat setahun,” jawab Izzat.

     “Dekat setahun? Habis yang kau dok cakap I love you dekat aku selama ni tu apa? Sengaja nak hilangkan bosan sebab tunang kau takde? Dasar lelaki tak guna! Tak reti nak setia” Suraya tahan rasa. Ikutkan hati nak je ditumbuk-tumbuk wajah Izzat. Biar muka tak handsome tu jadi makin tak handsome.

     “Iz.. apa makna semua ni? You curang dengan I?” suara perempuan sebelah Izzat tu dah tinggi.

     “Ya, Cik saya tak tahu nama. Kalau cik nak tahu selama ni kami bercinta,” cerita Suraya.

     “Woi.. Su. Dahlah tu. Orang tengoklah!” bisik Damia. Dah tak tahu nak sorok mana dah mukanya.

     “Untuk pengetahuan you, I sangat sayangkan tunang I. Sayang.. ni salah faham je.” Izzat cuba menenangkan tunangnya yang bila-bila masa boleh naik angin.

     “Dasar jantan tak guna!” Suraya genggam penumbuk. Kali ini dia memilih untuk mengikut perasaan. Lantas dilepaskan satu das penumbuk tepat pada pipi kanan lelaki itu. Puas hati bila Izzat tersungkur ke lantai. Kalau hilang gigi lagi bagus! Tak peduli dah dengan orang yang melihat. Damia yang tengok pun terkejut habis.

     “Iz…” tunang Izzat mendapatkan Izzat yang mengerang kesakitan.

     “Hey.. apa yang you buat ni?” marah perempuan itu pada Suraya.

     “Tu salam tahniah atas pertunangan dia. Cik, tolong ajar tunang cik cara-cara nak setia. Tu kalau cik rasa taknak diduakan lepas kahwin la..” sempat Suraya berpesan.

     “Dah.. jom pergi!” ajak Suraya kepada Damia.

     Damia menyaingi Suraya yang laju itu. Apa yang dikatanya betul. Tamat sudah pembikinan filem The Kung Fu Suraya. Sekian..

     --------

Suraya yang berada di kerusi pemandu hanya memandang stereng keretanya. Damia diam. Dan kemudiannya, air mata Suraya yang sedari tadi ditahan akhirnya jatuh jua. Kini.. hubungan cintanya bersama Izzat lebur di tengah jalan. Damia yang memandang terus berdiam. Membiarkan sahabatnya itu menangis sehingga dia bertenang.

     Suraya melihat kekasihnya bersama perempuan lain dan dia bersedih. Tapi, aku dah berapa kali tengok Aaron dengan dengan perempuan lain, tapi aku tak rasa apa-apa. Normal ke aku ni? Normal.. sebab beza antara aku dan Suraya ialah cinta! Bagus juga takde cinta ni. Takdelah sakit hati tengok orang curang!

     “Sorry.. rasa macam salah aku pulak,” akhirnya Damia bersuara bila tangis Suraya mereda.

     “Apasal aku nangis ni? Aaa.. mesti tak cantik dah! Buat penat kilang air mata aku je nangis untuk mamat tak guna tu. Bodoh pulak rasanya. Haa.. tengok. Dah merah dah muka aku.” Suraya membebel sendiri. Ditilik-tilik wajahnya dengan cermin pandang belakang.

     Damia hanya memandang. Sihat ke tak kawan aku sorang ni? Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Bimbang jugak Damia. Orang putus cinta ni jarang yang betul.

     “Aku normal la. Tak payah la nak tayang muka macam tu. Aku dengar kau cakap tadi. Kau tak payahla rasa bersalah. Betul bukan salah kau la. Aku patut berterima kasih. Sebab kalau ka tak doa macam tu, mesti sampai sekarang si cicak tak cukup zat tu dok tipu aku.”

     Damia tergelak. Dalam bersedih, sempat Suraya buat lawak. Mentang-mentang dah putus cinta,selamba badak Afrika je dia panggil Izzat cicak tak cukup zat. Yang sememangnya kena dengan kurus-keringnya itu.

     “Pedulilah mamat tu. Kau cantik Su. Kena dapat yang lebih handsome. Mesti!” Damia buat gaya thumbs up dengan kedua-dua belah tangannya. Suraya ketawa.

     “Ingat aku bodoh ke nak terus menangis sebab lelaki tak guna tu? Baik aku cari yang lebih handsome, kaya, anak tan sri ke.. datuk ke.. anak raja ke.. hidup aku pun mewah.”

     Damia ketawa. Teringat sesuatu. Betul-betul penuhi ciri-ciri Tengku Aaron.

“Tengku Aaron, nak?” soal Damia.

     “Gila..”

     Gelak pecah.

     “Jom balik,” ajak Suraya. Kereta diundurkan.

     Damia mengangguk. Dia tersenyum sendiri. Melihat Suraya yang dah ceria tu, Damia berasa lega. Kau hebat Suraya. Tak merana kerana cinta. Kalau orang lain yang bercinta setengah mati, mesti berbulan-bulan meratap. Tapi kau dalam masa tak sampai sejam. Aku harap apa yang aku nampak, tu lah perasaan kau yang sebenar-benarnya.

     Sakit ke putus cinta? Entah.. sebab dia tak pernah mengalaminya. Damia tertanya-tanya sendiri.

     --------

Pada malamnya pula, Damia menggosok baju untuk dipakai pergi kerja esok. Bimbang pula terlambat macam minggu lepas. Sempat fikirannya berkhayal. Macam-macam jadi hari ni. Jumpa Seri dan Tengku Andrean. Lepas tu dia menjadi saksi putus cinta Suraya dan Izzat. Dua situasi yang betul-betul kontra. Satu pasangan yang bahagia, satu lagi pasangan yang dah musnah kebahagiaannya. Esok dah nak mula kerja dah.

     Lepas menggosok, Damia pergi ke bilik Tengku Aaron. Pintu kayu jati itu diketuk. Tak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam. Terjengul Tengku Aaron yang hanya berseluar pendek tak berbaju itu. Damia yang melihat dah rasa kebal. Sebab dah hari-hari dah dia melihat perkara sama. Dah hilang dah rasa malu seperti masa pertama kali dia melihat Tengku Aaron sebegitu.

     “Nah.. baju awak.” Damia menunjukkan baju-baju kemeja Tengku Aaron yang dah siap bergosok.

     Tengku Aaron melebarkan daun pintunya. Membenarkan Damia masuk. Damia merapati almari lelaki itu sebelum membukanya. Tengku Aaron pula hanya melihat gelagat Damia dari hujung katil.

     “Ni saya dah gosok lima baju kemeja awak. Sekali dengan seluar slack. Cukup untuk seminggu,” kata Damia sambil menyangkut pakaian lelaki itu. Sengaja dia menggosok untuk seminggu sebab dia malas dah nak gosok tiap-tiap pagi. Kalau terbangun lambat pun dah tak kelam-kabut fikirkan baju. Bajunya sendiri pun digosok untuk seminggu. Senang sikit kerjanya. Tengku Aaron hanya mendengar.

     “Tie aku mana? Aku nak yang matching dengan baju aku.”

     “Awak kan tahu selera awak macam mana. So, awak pilih la sendiri,” balas Damia malas. Dah muncul kembali Tengku Aaron yang suka menyusahkan hidupnya.

     “Masalahnya aku taknak.”

     Kali ini dia tak balas kata-kata Tengku Aaron. Hanya patuh dengan arahan lelaki itu. Tiada guna bertikam lidah kalau dah tahu akhirnya dia yang kalah. Satu-persatu tali leher itu diperhatikannya. Dipadankan pula dengan baju-baju kemeja lelaki itu. Makin banyak pula kerjanya. Kononnya gosok baju itu untuk seminggu sebab nak senangkan kerja. Dah menyusahkan kerjanya pulak sebab nak padankan tali leher dengan lima baju kemeja berlainan warna itu.

     Tengku Aaron yang melihat gelagat Damia pula rasa nak tergelak. Kelakar rasanya bila melihat Damia yang padankan satu persatu tali leher dengan baju.

     “Apa kau ni? Matching tie dengan baju pun tak reti ke?” Tengku Aaron dah tak boleh berdiam diri lagi. Penat rasanya melihat Damia yang asyik padan-buang padan-buang tu. Sampai besok takkan habis sebab tali leher dia tu nak dekat satu almari. Dia merapati Damia.

     Damia pula garu-garu kepala. Manalah dia reti. Dia bukannya lelaki. Kalau abang-abangnya dulu pun dia tak pernah nak ambil tahu. Lebih kurang nak padankan tudung dengan baju ke?

     “Kau tengokla warna baju ni. Kalau baju tak terang, cari tie yang colour terang. Baru cantik. Tak semestinya sama warna. Asal nampak sesuai dahlah. Tapi janganlah terlebih kontra. Orang lain aku tak tahulah macam mana, tapi kalau aku, aku tak suka. Faham tak?” Tengku Aaron membebel. Akhirnya dia sendiri yang tolong padankan tali leher dengan bajunya. Tak sampai seminit, selesai dia memilih.

     “Mana la saya tahu.”

     “Nak matchingkan tie pun tak reti, nak simpulkan tie lagilah tak reti, kan?” sempat Tengku Aaaron sindir. Damia yang terkena hanya mampu berdiam. Memang dia tak reti pun.

     “Apalah kau ni. Fail rumah tangga betul! Macam mana kau nak ikatkan tie untuk suami kau nanti? Malang betul siapa yang jadi suami kau,” bebel Tengku Aaron lagi.

     “Awaklah..” selamba Damia jawab sebelum tersengih. Gembira sebab dah berjaya kenakan lelaki itu.

     Tengku Aaron pula menepuk dahi. Lupa pulak yang dia memang dah jadi suami Damia. Macam mana boleh terlupa ni? Dia menggeleng sendiri. Kemudian, Tengku Aaron mencapai dua tali leher dalam almari. Disuakan satu kepada Damia. Berkerut dahi Damia. Tak mengerti. Tapi disambut juga.

     “Tusyen free cara-cara nak simpulkan tali leher.” Damia terkejut.

     “Tak payahla..” Damia mengelak.

     “Kalau tak, jangan harap kau boleh keluar dari bilik ni!” sempat diugutnya Damia. Damia mendengus kecil. Nak tak nak diikut juga. Damia mengalah.

     “Macam mana nak buat?” Damia menilik tali leher berwarna ungu gelap yang berada dalam tangannya itu.

     Tengku Aaron senyum puas. Menang!

     “Patutnya kau berterima kasih pada aku sebab sudi bagi kelas malam free.” Damia tak menjawab. Ingat dia suka sangat ke kalau bukan Tengku Aaron yang memaksa? Hanya menanti apa yang akan dikatakan lelaki itu.

     “Banyak cara nak ikat menda alah ni. Tapi aku tunjuk kau yang paling senang. Ni namanya Four-in-Hand tie knot. Sesuai untuk oramg tinggi macam aku ni. Mula-mula macam ni..”

     Tengku Aaron meletakkan tali leher di tangannya pada leher Damia. Diheret Damia agar rapat dengannya. Terkejut Damia dibuatnya. Nak cekik aku ke? Nasib baik tak melatah tadi.

     “Hii.. pendekla kau ni. Lenguh aku nak tunduk,” rungut Tengku Aaron sebelum merendahkan dirinya agar sama tinggi dengan Damia.

     Damia yang mendengar tak pula membalas kata. Hanya simpan semuanya dalam hati. Suka hati je nak cakap orang pendek. Dia tu yang terlebih calcium. Minum setin susu sehari agaknya masa baby dulu.

     Mata Damia memandang pada tangan Tengku Aaron yang lincah di lehernya. Tak sampai tiga puluh saat simpulan dah siap. Eh, dah habis?

     “Dah siap ke? Saya tak nampak la. Ajarlah slow-slow sikit.” Damia naik angin.

     “Eii.. kau ni. Penat aku tunjuk skill aku tadi. Lain kali pay attention,” bebel Tengku Aaron sebelum merungkaikan tali leher yang berada di leher Damia.

     “Tengok betul-betul..” Kali ni mata Damia khusyuk pada tangan Tengku Aaron.

     “Mula-mula buat macam ni. Yang kecik ni pendek, yang besar ni panjang..” ajar Tengku Aaron lagi. Hujung tali leher yang besar itu ditarik sedikit biar sesuai panjangnya.

     Damia mengangguk-angguk. Faham!

     “Lepas tu, buat macam ni..” kali ini Tengku Aaron meletakkan hujung yang lebih panjang atas yang lebih pendek sebelum diputar dua kali pada saiz yang lebih pendek itu.

     “Letak jari kau macam ni supaya senang nak masukkan hujung tie tu,” ajarya lagi. Damia angguk lagi. Asyik dia melihat tangan Tengku Aaron.

     Tengku Aaron kemudiannya memasukkan hujung tali leher yang besar itu ke dalam lubang yang dibuat dengan jarinya tadi.

     “Dah siap. Adjust sikit kasi cun.” Tali leher itu diketatkan pada leher Damia. Dibetul-betulkan agar terletak cantik. Damia mengangguk-angguk lagi.

     “Aku tengok kau dari tadi lagi dok angguk-angguk. Faham tak?” soal Tengku Aaron.

     “Faham.” Dengan penuh yakin Damia menjawab.

     “Kalau macam tu, start tutorial sekarang,” kata Tengku Aaaron lagi. Tali leher di tangan Damia diletak pada lehernya.

     “Sekarang?” tanya Damia pula.

     “Yup. Right now!”

     “Kat awak?”

     “Kau nak aku panggilkan orang rumah sebelah ke?”

     Damia teragak-agak. Baru perasan jarak dia dan Tengku Aaron agak rapat. Dia tak perasan tadi sebab begitu khusyuk dia memberi perhatian pada tunjuk ajar Tengku Aaron. Segannya.. dahlah lelaki itu tak berbaju! Lambat-lambat tangannya memegang tali leher di leher Tengku Aaron itu. Dipendekkan sebelah dan dipanjangkan sebelah.

     “Kau buat apa ni?” Tengku Aaron bersuara.

     Tangan Damia dipegangnya. Damia macam terkena renjatan elektrik rasanya. Terkejut dengan tindakan Tengku Aaron. Dia tahu kenapa Tengku Aaron memegang tangannya. Gelabah punya pasal, Damia main pusing je tadi. Terus hilang entah ke mana apa yang Tengku Aaron ajar tadi.

     “Ops.. salah! Saya ingat dah. Buat macam ni.” Damia buat-buat selamba. Cepat-cepat ditarik tangannya. Dada berdebar bukan main.

     Damia cepat-cepat simpulkan macam Tengku Aaron buat. Tapi jiwa dah tak tenteram. Rasa Tengku Aaron didepannya betul-betul mengganggu ketenteramannya. Kenapa dengannya ni? Kenapa rasa jarak antaranya dan Tengku Aaron makin dekat ni? Arghh.. tak boleh jadi ni!

     “Aduh.. sakit perut! Nak pergi tandas.” Damia memegang perutnya tiba-tiba.

     “Dah tak tahan dah. Nak pergi toilet. Nanti saya belajar sendiri. K, bye..” belum sempat Tengku Aaron buka mulut, Damia dah meninggalkannya.

     Laju Damia menyelinap masuk ke dalam biliknya. Dada yang berdebar sedikit mereda. Aci redah je dia cari jalan nak lepaskan diri tadi. Tak peduli dah apa yang difikirkan oleh Tengku Aaron. Janji dia lepas! Kenapa dengan aku ni? Damia hilang punca.

     Baru dia perasan. Tali leher Tengku Aaron masih terikat kemas di lehernya. Adoi.. nak cepat punya pasal, sampai-sampai tak perasan tali leher belum diserahkan pada Tengku Aaron. Pulangkan lain kali je la. Tapi bukan malam ni!

     -------

Entah pukul berapa baru Damia dapat lelapkan matanya. Semuanya gara-gara Tengku Aaron. Tak pasal-pasal kena insomnia semalam. Sebab tak tahu nak buat apa semalam, Damia berlatih cara-cara mengikat tali leher yang diajar Tengku Aaron. Sampai-sampai dah phD dah nak ikat tali leher.

     Bunyi kerusi ditarik di sebelah membuatkan Damia sedikit terkejut. Tengku Aaron turun bersarapan pagi itu. Pelik dia melihat penampilan lelaki itu. Nak cepat sangat ke sampai-sampai tak sempat nak ikat tali leher? Tapi kan sekarang masih awal?

     “Ni…” Tengku Aaron tunjukkan pada lehernya selepas Damia siap kemaskan meja. Damia tak faham.

     “Exam,” kata Tengku Aaron sepatah. Damia tak faham.

     “Exam?” soal Damia balik. Lepas dia lihat tali leher berbelang itu, rasanya dia faham.

     “Aku nak tengok kau dah pandai ke tak.”

     Damia hanya akur. Malas nak berdebat. Kalau Tengku Aaron nak, memang takkan boleh jadi taknak. Dia merapati Tengku Aaron yang berdiri itu. Tali leher itu dibetul-betulkan. Kali ini debaran sekencang semalam dah tiada. Tenang je dia menyimpulkan tali leher itu. Kenapa semalam berdebar bukan main? Ni mesti kerja setan semalam yang menghasut! Tak sampai seminit, Damia dah siap. Dikemas-kemas tali leher yang bergantung pada leher lelaki itu.

     “Hmm.. not bad!” puji Tengku Aaron. Berpuas hati dengan kerja Damia.

     Well.. tengok jemari runcing ni la! Damia berlagak dalam hati. Tak sia-sia dia belajar semalam. Hoorey.. dia dah tahu macam mana nak ikat tali leher! Ilmu baru. Terima kasih pada sifunya.

     Sedang Damia tengah seronok dalam diam, dia tak sedar bila tiba-tiba Tengku Aaron menundukkan wajahnya. Terasa hangat dahinya dicium lelaki itu. Terpaku Damia sekejap. Tak percaya! Dipandang wajah lelaki itu yang tersenyum. Damia sendiri tak tahu nak tafsirkan senyuman itu. Ikhlas atau sinis.

     “Hadiah.” Tengku Aaron senyum lagi sebelum melangkah pergi.

     Damia pula terkedu tak hilang-hilang. Disentuh dahinya. Biar betul! Sihat ke tak suaminya itu? Tapi.. yang lebih penting ialah debaran seperti semalam kembali muncul. Argh… kena insomnia pulak dia malam ni! Konfem!

Sunday 19 February 2012

Eksperimen Cinta (BAB 25)

BAB 25

     Bosannya hujung minggu macam ni!! Damia merungut. Awal-awal pagi lagi biasanya Tengku Aron dah lesap. Pergi main badminton kot sebab dia terserempak dengan Tengku Aaron pagi tadi. Tengku Aaron berpakaian sukan dan membawa satu beg raket badminton. Malas dia nak bertanya kalau bukan lelaki itu sendiri yang memberitahunya. Bimbang kena cop penyibuk pulak. Pandailah Tengku Aaron nak jaga diri.

     Nak lepak dengan Suraya pun kena tunggu petang nanti. Entah urusan penting apa yang sangat nak diselesaikan. Dah lama dia tak keluar bersama Suraya. Maka, untuk mengisi masa lapangnya, Damia membuat keputusan untuk membeli barang-barang dapur. Nak harapkan Tengku Aaron, memang takkan berasap punya dapur tu. Dia pun taknak menyusahkan Mak Som, orang gaji separuh masa yang diupah Tengku Aaron.

     Shopping sorang-sorang memang tak best. Itulah yang Damia rasakan bila membeli-belah sendirian di Tesco Mutiara Damansara. Sengaja Tesco itu yang menjadi pilihannya memandangkan pasar raya itulah yang paling dekat dengan rumahnya. Selesai membeli barang, Damia meletakkan semua barang yang dibelinya dalam bonet kereta. Dia terpandangkan seorang wanita yang sepertinya menunggu seseorang. Tunggu suaminya kot sebab Damia nampak perempuan itu mengandung. Hai.. bahagianya hidup orang lain! Rasa jelous pulak lihat kehidupan pasangan lain yang bahagia. Tak macam dirinya!

     Damia ingin masuk ke dalam perut keretanya. Namun dibatal niatnya bila melihat wanita tadi bagaikan ingin tumbang. Nasib baik wanita itu sempat berpaut pada tiang. Atas dasar kemanusian, Damia merapati wanita mengandung itu. Bimbang terjadi apa-apa pada bakal ibu itu. Kesian.. nampak macam penat.

     “Assalamualaikum. Puan.. puan tak apa-apa?” tegur Damia. Dilihatnya wanita itu mengusap perutnya. Bimbang juga kalau apa-apa terjadi pada kandungannya.

     “Tak.. saya tak apa-apa…” Wanita itu mengangkat wajah. Ingin melihat siapa yang menegurnya. Namun, sebaik dia melihat perempuan yang sedang tersenyum ke arahnya itu, dia sedikit terkejut.

     “ Eh.. Damia?”

     Damia pula yang terkejut. Dia kenal aku ke? Damia pandang wanita itu. Rasanya dia tak kenal. Tapi kenapa macam pernah dilihatnya?

     “Puan kenal saya?” Damia bertanya.

     “Mestilah akak kenal. Akak, Seri. Isteri abang Andrean. Panggil Kak Seri je.” Seri tersenyum.

     Andrean? Macam pernah dengar. Damia cuba mengingat. Allah.. lupa pulak! Tengku Andrean, adik kembar Tengku Aaron la..

     “Sorry, kak. Tak cam.” Damia sengih. Agak rasa bersalah.

     Alahai.. free je dapat malu. Apa jahil sangat aku ni? Biras sendiri pun tak kenal ke? Apalah.. Nasib baiik jumpa hari ni, kalau tak sampai mati agaknya aku tak kenal. Damia kutuk diri sendiri. Kenapa masa majlis perkahwinannya dulu Damia rasa macam tak pernah nampak pun Seri? Kalau nampak pun, rasanya tak sempat nak cam sebab dia asyik melayan semua tetamu. Tapi.. sepatutnya dia kenal Seri sebab Seri kan keluarga paling dekat dengan Tengku Aaron. Adik ipar Tengku Aaron. Haish.. kenapa boleh tak perasan ni? Damia musykil.

     “Tak pe.. Kak Seri faham.” Seri senyum perit. Makin pelik Damia.

     Baru dia teringat peristiwa pertama kali dia bertemu dengan Seri. Ketika itu, Tengku Andrean pun ada. Saat Tengku Andrean dan Seri bertentang mata dengan Tengku Aaron, terus merah wajah Tengku Aaron. Terus dilanda mood monsoon tropika. Ketika itu, dah dapat diagak sesuatu yang tak kena dengan perhubungan antara tiga orang itu. Tambah-tambah lagi Tengku Aaron sendiri menafikan yang dia ada kembar. Mereka bergaduh ke?

     “Datang sorang ke? Mana Aaron?” soalan Seri membuatkan lamunan Damia melayang entah ke mana. Wajah penat Seri dipandang.

     “Datang sorang je, kak. Aaron keluar,” jawab Damia pendek. Berharap agar Seri tak dapat mengesan hubungan dia dan Tengku Aaron yang tak macam pasangan suami isteri yang lain.

     “Kak Seri tunggu siapa? Tunggu Tengku Andrean, ya?” Damia teka.

     “Tunggu teksi. Nak balik rumah. Kak Seri dah call abang Rean tadi, tapi dia tak boleh nak datang sebab ada kerja,” cerita Seri.

     “Alang-alang Mia dah ada kat sini, apa kata kalau Mia yang hantarkan Kak Seri balik?” Damia mempelawa.

     “Eh.. tak payah la. Nanti menyusahkan Mia pulak. Kak Seri taknak menyusahkan Mia.” Seri menolak budi. Damia senyum.

     “Apa yang menyusahkannya? Bukannya Kak Seri duduk London. Setakat area sini, kira boleh je. Kitakan keluarga. Apa salahnya? Bolehlah Mia kenal rumah Kak Seri.”

     “Mia tak kisah ke?”

     “Mestilah tak. Mesti Kak Seri nak cepat sampai rumah, kan? So, kalau nak cepat, biar Mia yang hantar. Mia nampak Kak Seri macam nak pengsan je tadi. Muka pun pucat macam tak larat. Kejam yang amat kalau Mia biarkan Kak Seri macam tu je. Dah.. jom! Kesian baby. Panas..”

     Damia berkeras. Beberapa beg plastic yang berada di tepi Seri diangkat. Akan dipaksa juga Seri supaya mengikutnya. Dia ingin mengenali Seri dengan lebih dekat. Sambil-sambil itu, dia akan cuba mengorek apa yang berlaku antara Tengku Aaron, Tengku Andrean dan Seri.

     Seri mengeluh. Akhirnya dia mengalah dengan kedegilan Damia yang tak mahu kalah tu. Dia hanya mengikut Damia ke kereta. Boleh tahan keras kepala isteri si Aaron ni. Memang sesuai dengan Tengku Aaron yang sama degilnya. Sempat Seri menilai Damia dalam diam.

     -------

“Mana satu rumah Kak Seri?” Damia bertanya ketika dia hampir tiba di depan dua buah rumah banglo dua tingkat semi-D. Rumah Seri terletak di Taman Desa di Mont Kiara. Takdelah jauh sangat dengan rumah Damia.

     “Yang sebelah kanan. Yang pintu pagar warna hitam tu.”

     Damia mengangguk faham. Keretanya dipandu mendekati pintu pagar besar yang berwarna hitam itu. Bila pintu pagar automatic itu terbuka, Damia memarkir keretanya di belakang sebuah kereta Honda Accord silver.

     “Cantik rumah Kak Seri.” Damia memuji sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kereta. Tertarik dia dengan taman yang nampak macam hutan mini itu.

     “Takdelah. Biasa-biasa je.” Seri merendah diri.

     “Eh.. jemputlah masuk, Mia,” ajak Seri. Lupa pulak dia ingin menjemput wanita itu masuk ke dalam.

     Damia senyum.

     “Biar Mia yang tolong bawa.” Damia menyambar beg plastic di tangan Seri. Nampak macam susah Seri nak buka kunci rumahnya.

     “Terima kasih, Mia.”

     Damia letak barang-barang yang dibeli oleh Seri di cabinet dapur. Mereka berdua duduk di kerusi meja makan di dapur.

     “Mia nak air apa?” soal Seri. Dia tak tahu selera Damia. Bimbang pula tak kena dengan selera Damia jika dia main hidang. Damia bangun.

     “Kali ni Mia tak boleh tolong Kak Seri sebab Mia tetamu..” belum apa-apa Seri dah beri amaran. Damia sengih. Macam tahu-tahu je niatnya. Dia kembali duduk.

     “Air yang tak susahkan Kak Seri. Mia minum semua. Jangan hidang air paip sudah. Banyak klorin. Nanti tak pasal-pasal kena penyakit,” sempat Damia berlawak. Seri ketawa. Siapa sangka sekali bertegur-sapa dia sudah boleh beramah-mesra dengan birasnya itu.

     “Air anggur je la Mia..” Seri menuang air anggur ke dalam satu gelas. Disuakan kepada Damia.

     “Tak kisah. Thank you.”

     Damia meneguk air itu. Dahaganya.. Bak kata orang pucuk dicita, ulam mendatang. Lega rasa tekak bila air melepasi tekaknya.

     “Sunyi rumah Kak Seri. Takde orang ke? Anak Kak Seri mana?” laju Damia bertanya. Seri ketawa.

     “Kak Seri baru kahwin dua tahun. Ni baru yang first,” kata Seri sambil menggosok-gosok perutnya.

     “Oo.. ya ke? Mia tak tahu..”

     Damia sengih lagi. Sekali lagi rasa macam orang teramat bodoh. Rasa macam dia tak tahu apa-apa pun pasal keluarga Tengku Aaron ni! Adoi.. payah! Takpelah.. pandailah dia nak korek serba-sedikit nanti. Ada banyak masa lagi dia nak buat semua tu.

     “Macam mana hidup lepas kahwin ni? Seronok tak?” Seri bertanya sambil mengusik. Tapi, dalam kepalanya hanya dia sahaja yang tahu. Ingin juga dia tahu sikap Tengku Aaron di rumah.

     “Seronok? Hmm…” Damia berfikir sejenak. Memang jauh pluto dari matahari la jawapannya. Tapi, mana mungkin diceritakan kepada Seri.

     Damia gelak. Macam bahagia sangat la bunyinya.

     “Kak Seri seronok tak rasa lepas kahwin? Haa.. macam tu lah yang Mia rasa,” kelentong Damia. Jawapan yang dia rasakan paling selamat. Air dalam gelas diteguk sedikit.

     “Assalamualaikum…” ucap seseorang. Damia turut berpaling.

     “Waalaikumussalam. Abang.. dah habis kerja?”

     Seri menyambut riang suaminya yang baru pulang. Tangan Tengku Andrean disalam dan dicium. Kemudian, Tengku Andrean pula mencium lembut dahi isterinya. Sedangkan Damia yang melihat pulak yang naik segan. Romantiknya dua orang ni.. Untung Kak Seri.

     “Dah.. Sorry sangat sebab abang tak boleh ambik tadi.”

     “Takpe.. Mia yang tolong hantarkan Seri tadi. Kebetulan kami jumpa tadi,” kata Seri sambil menunjukkan ke arah Damia. Senyuman manis diberikan kepada wanita itu.

     Tengku Andrean memandang gadis bertudung itu. Sudah diagak siapa yang datang bila melihat kereta Audi yang cukup dikenali nombor platnya di laman rumahnya tadi. Tapi, masakan tuan punya kereta itu yang datang. Kalau bukan dia, sudah pasti isterinya.

     “Abang nak air?” tanya Seri.

     “Boleh jugak.”

     Tengku Andrean mengambil tempat di sebelah kerusi Seri. Seri pula bangun untuk mengambil gelas baru untuk dihidangkan air kepada suaminya. Damia lebih selesa mendiamkan diri. Suka dia melihat pasangan bahagia itu. Nak tunggu semunya berlaku antara dia dengan Tengku Aaron? Huh.. tunggu beruk bertanduk dulu agaknya.

     “Mia apa khabar? Sihat?” Soalan ditujukan kepada Damia.

     “Alhamdulillah.. sihat,” jawab Damia. Agak canggung dia dengan Tengku Andrean. Sebab dia rasa macam Tengku Aaron yang berada di depannya. Lagi, ini adalah pertama kali dia bercakap dengan Tengku Andrean.

     “Err.. sorry, Tengku. Saya tak sempat nak kenal sangat Tengku sebelum ni,” jujur Damia berkata.

     Kata-kata itu mengundang gelak nipis lelaki itu. Seri yang duduk di sebelah Tengku Andrean pun turut tersenyum.

     “Apalah Mia ni. Tak payah nak bertengku-tengku. Abang bukan anak Sultan Selangor la. Kita bukannya orang lain. Dah jadi keluarga pun. Panggil Abang Rean je,” kata Tengku Andrean sambil tersenyum manis.

     Damia mengangguk-angguk sambil tersenyum malu. Malu ditegur sebegitu. Serius dia lupa Tengku Andrean adik iparnya. Dia sama tua dengan Aaron. Maksudnya dia lebih tua daripada aku meskipun aku ni kakak ipar dia. Jadi, patutlah kalau aku panggil dia abang. Sempat Damia menimbang kata-kata Tengku Andrean.

     Dipandangnya wajah Tengku Andrean yang sedang tersenyum manis itu. Perghh.. sebijik muka macam Tengku Aaron! Kalau Tengku Aaron yang senyum gula macam tu, kut cair aku tiga saat. Ini tak.. senyum punyalah sinis. Sampai nak tengok pun bernanah kornea mata! Tengok Tengku Andrean yang senyum macam tu, serius boleh sampai takat lebur.

     Haish.. apa yang aku mengarut ni? Kat rumah tu nak campak mana? Bukan sama ke dua orang ni? Lupa pulak yang aku pun dah ada sorang la. Damia rasa nak tergelak sendiri. Kalau Tengku Aaron tahu ni, memang tak lihat bumi dia esok.

      Damia mula buat perbandingan antara kembar itu. Sempat dia melihat penampilan Tengku Andrean. Perbezaan yang ketara sekali ialah gaya rambut. Kalau Tengku Andrean buat gaya pacak, memang dia ingat Tengku Aaron yang berada di depannya. Bila Tengku Andrean tersenyum pula, letak lesung pipit yang membezakan mereka. Tengku Aaron mempunyai lesung pipit di sebelah kiri manakala Tengku Andrean sebaliknya.

     Damia tersedar sesuatu. Perghh.. mantap mata aku! Sempat usha sampai lesung pipit. Siap compare dengan Aaron pulak tu! Air muka diorang pun lain. Kalau tengok Aaron, aku boleh nampak ego yang tinggi kalah bangunan Burj al-Arab tu. Tapi, abang Rean pulak nampak lebih matang dan lebih tenang. Kontra betul kembar dua orang ni! Tapi.. kalau dipandang betul-betul, bagi aku Aaron lagi handsome. Haish.. apa aku demam ke? Tetiba je terpuji mamat tu?

     Tiba-tiba Damia teringat janji dengan Suraya. Dah tiba masanya dia balik. Dah puas dah buat perbandingan dua kembar itu. Banyak betul dosa aku dok puji suami orang. Damia cepat-cepat istighfar. Ampunkan dosaku..

     “Mia rasa Mia kena balik dulu.” Damia meminta diri.

     “Takut Aaron bimbang, ya?” Suara Seri seakan mengusik. Damia hanya mampu tersenyum. Angguk tak, geleng pun tak.

     “Ada janji dengan kawan lepas ni,” jawab Damia.

     “Mia balik dulu, Kak Seri, Abang Rean.” Damia bersalam dengan Seri.

     “Nanti kalau ada masa lapang, datang la lagi,” tambah Tengku Andrean pula.

     “InsyaAllah.. Assalamualaikum,” ucap Damia sebelum dia berlalu. Dihantar oleh pasangan itu ke kereta.

     Dari dalam kereta sempat Damia balas lambaian Seri dan Tengku Andrean. Sempat dia berkhayal sekejap. Bahagia je dia melihat hidup pasangan itu. Macam tu rupanya pasangan bahagia. Tambah pula cahaya mata yang bakal menyinari rumah tangga mereka nanti. Dah jadi bahagia kuasa dua dah.

     Teringat pula Tengku Andrean. Takdelah pulak perangai macam keturunan jin tanah. Baik je dia tengok. Kut berbeza bebenor dengan Tengku Aaron. Dan dia masih tertanya-tanya. Kenapa Tengku Aaron cukup pantang dengan pasangan itu..

     --------------

“Waa… Myvi baru! Beli kereta tak cakap kat aku.” Damia membebel setibanya di depan rumah Suraya. Keluar dari kereta, terus Suraya disemburnya.

     “Surprise..” Suraya ketawa.

     “Banyak la kau punya surprise. Patutlah cakap ada hal tadi. Kau pergi ambik kereta, ek?” soal Damia. Kereta Myvi yang berwarna pink berkilat itu ditilik.

     “A’a..” jawab Suraya pendek.

     “Patutlah bau kedai lagi,” usik Damia sebelum ketawa. Sakit lengannya bila dipukul Suraya.

     “ Sakit, ngeng…” Damia mengelak.

     “Tahulah sayang kereta lebih daripada aku. Tapi tak payah la nak dera aku macam ni. Report Aaron karang.” Damia tak habis-habis mengusik Suraya.

     “Menjadi-jadi nakal kau ni, ya? Aaron ajar kau ke?” giliran Suraya pula membalas. Damia buat muka. Cukup tak senang bila dengar nama Tengku Aaron.

     “Dah.. jom pergi. Tak sabar aku nak rasmi Myvi baru. Baru gaji, kan? Bolehlah belanja aku makan ni,” kata Damia.

     “Adoi.. pokai la aku lepas ni. Tiap-tiap bulan kena bayar ansuran kereta. Sewa rumah lagi. Kena berjimat-cermat ni..” Suraya dah fikir masa depan.

     “Ala.. nak berjimat pun lepas kau belanja aku la.” Damia sengih.

     “Untung le orang tu. Tak payah pening kepala fikirkan semua tu. Hidup dah macam tuan puteri. Kereta Audi. Free pulak tu. Manalah kita mampu nak beli kereta yang harganya dah macam boleh beli sepuluh buah Myvi kita ni. Duduk pulak rumah banglo. Tak layan dah rumah buruk kita ni…” Suraya buat-buat sedih.

     Damia yang mendengar pula yang sakit hati. Ada je buah fikiran Suraya nak kenakan dia.

     “Nak aku sign kereta kau guna kunci kereta ni?” ugut Damia sambil tunjuk kunci kereta dalam genggamannya.

     “Woi.. aku sayang ni! Dah penat aku kerja nak dapatkan Myvi sebuah. Ingat senang ke?” Suraya dah berapi. Tangan Damia ditolak cepat. Damia ketawa.

     “Tau pun takut. Aku pun cadang nak beli kereta la,” kata Damia tiba-tiba.

     “Tamak betul. Dah ada Audi pun nak rembat baru ke? Bagi aku la kalau kau taknak.”

     “Audi ke, apa ke.. Ni Aaron punya la. Dia bagi aku pinjam je,” balas Damia.

     Ada betul apa yang dikatanya. Kereta itu kereta Tengku Aaron. Macam mana kalau mereka bercerai nanti? Mestilah dia harus pulangkan semula. Baik dia beli kereta baru. Yang sesuai dengan jawatannya sekarang. Bawa kereta Audi, orang nak tumpang pun segan. CEO macam Tengku Aaron tu layak la! Tapi, nak buat sesuatu Tengku Aaron harus dipentingkan dahulu. Kena minta izin dulu.

     Kalau dia tak izinkan macam mana? Mesti dia izinkan la.. Atas sebab apa dia tak izinkan? Aku nak beli guna duit aku. Bukan duit dia. Lagi pun, dia bagi kereta ni sebab dia taknak aku pergi kerja dengan teksi. Jadi, mesti dia setuju punya!

     “Oit.. berangan pulak!” Suraya petik jari. Terus hilang apa yang difikirkannya.

     “Baru je berpisah dengan Tengku Aaron. Takkan dah rindu kot?” usik Suraya.

     Naik geram Damia dengan Suraya yang sengaja cari penyakit tu. Rasa nak hentak je Suraya. Takde maknanya nak rindu mamat tu. Jumpa pun belum hari ni. Dia pulang ke rumah tadi untuk menghantar barang-barang dapur yang dibelinya sebelum keluar balik. Itu pun Tengku Aaron tak balik-balik lagi.

     “Saper cakap aku berangan. Aku tengah fikir ni, nak soh kau belanja McD ke pizza, ek?”

     “Amboi..banyak cantik!” Damia ketawa.

     “Dah.. jom pergi!” ajak Damia.

     “Naik kereta saper?” soal Suraya.

     “Apa punya soalan ni? Of course la kereta kau. Tak sabar nak naik Myvi baru ni..”

     Damia pula yang terlebih gembira.

Tuesday 14 February 2012

Eksperimen Cinta (BAB 24)

BAB 24

“Pengantin baru.. Apa khabar?” Adam yang melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Aaron menegur. Tapi Tengku Aaron yang khusyuk merenung laptop Applenya sedikit pun tak terusik. Tekun dengan kerjanya.

     Adam tergelak sendiri melihat Tengku Aaron sebelum dia geleng kepala. Adoi.. penat! Mamat ni kalau dah masuk gear kerja dia, memang serius mayat. Workaholic cap Horlicks betullah. Agaknya kalau letak Miss Universe kat sebelah pun boleh say her goodbye je. Adam duduk di kerusi bertetangan dengan Tengku Aaron.

     “Kau tak honeymoon ke?” soal Adam. Saja nak kanakan kawannya itu meskipun tahu apa jawapan Tengku Aaron.

     “Buat apa? Buat habis masa aku je. Baik aku siapkan kerja aku yang melambak-lambak kat atas meja ni,” balas Tengku Aaron. Mata tetap tepat pada laptopnya.

     Adam ketawa. Jawapan yang dah diagak skemanya.

     “Manalah aku tahu. Kan biasanya orang baru kahwin pergi honeymoon?”

     “Tu orang selain Tengku Aaron Shah la.”

     “Kau tak teringin ke? Syarikat kita tengah buat promosi honeymoon package ni. Bali? Paris? Diskaun 50 peratus.” Adam dah gaya ala-ala promoter. Tengku Aaron ketawa.

     “Cha kueh teaw kau. Promote kat bos sendiri, ya?” Adam sengih.

     “Tak nak la. Tak teringin langsung. Takde maknanya aku nak terperap berdua je dengan perempuan tu. Tak sampai dua hari aku terbang balik Malaysia.”

     Terbayang macam mana kalau dia honeymoon bersama Damia. Boleh sesak dadanya kalau asyik berdua dengan Damia. Hish.. tak boleh jadi! Jatuh cinta tak pasal-pasal free je merana. Tengku Aaron geleng-geleng kepala tanpa sedar.

     “Apa yang kau geleng-geleng tu?” Adam yang pelik bertanya. Sihat tak kawan aku sorang ni?

     “Impossible.” Tengku Aaron geleng lagi. Adam tak faham.

     “Apa yang impossible? Impossible korang jatuh cinta?” teka Adam.

     “Impossible pergi honeymoon la. Apa kait-mengait dengan cinta pulak?” Tengku Aaron dah bengang. Cakap pasal honeymoon tiba-tiba keluar pasal cinta. Apa kes? Adam ni memang. Suka sangat nak menyibuk hal orang. Yang aku taknak tu la yang dia doakan.

     “Lek a.. pengantin baru tak boleh marah. Nanti cepat botak.” kata-kata Adam akhirnya membuatkan Tengku Aaron tersenyum lucu.

     “Ada je pantang larang merapu kau tu,” bebel Tengku Aaron. Ada ke macam tu pulak. Tak pernah pulak dia dengar sepanjang dia menghuni bumi Allah ni. Adam ni memang la nak kena.

     “Anyway.. apa hajatnya datang bilik aku ni?” Tengku Aaron angkat muka daripada laptopnya. Fail kelabu yang berada di atas rak belakangnya diambil dan dibelek-belek. Masih menanti jawapan Adam. Biasanya jarang Adam melepak di biliknya kalau tiada urusan.

     Belum sempat Adam menjawab, kedengaran telefon Tengku Aaron berbunyi. Tapi Adam hairan melihat Tengku Aaron yang masih selamba membelek dokumen ditangannya tanpa langsung menghiraukan bunyi telefonnya. Macam gaya orang pekak pun ada.

     “Wei.. phone bunyi kenapa tak angkat?” soal Adam. Kot-kot kawannya itu ada sakit pekak, dia nak tolong beritahu.

     “Malas. Biarlah,” senang Tengku Aaron jawab.

     Sekali lagi telefon itu berbunyi.

     “Kau tak serabut ke? Bingit telinga aku dengar lagu In The Shadow tu,” rungut Adam.

     “Alah.. sekali-sekala nak kasi kau dengar konsert The Rasmus free, apa salahnya?” Tengku Aaron sengih.

     “Siapa call? Kot-kot Damia ke? Kesian dia kalau kau tak angkat.” Adam dah mula bagi ceramah free.

     “Sebab aku tahu bukan dia la aku tak angkat.”

     “Pulak.. habis, saper call?” Adam nak tahu.

     “Fifi.. Malas la aku nak angkat. Mesti nak ajak aku shopping. Ingat aku ni ATM machine ke?” bebel Tengku Aaron.

     “Pelik.. dulu kau layan je?” Adam dah teruja dengan perubahan sahabatnya itu.

     “Entah.. dah boring dah rasanya dikejar. Buat nafas aku macam tercekik je. Rimas!” jawab Tengku Aaron.

     Serius dia cakap. Dia mula rasa bosan dengan kehidupan lamanya yang pantang ada masa terluang, pasti perempuan yang dicari. Pantang malam hujung minggu, pasti disko yang ditujunya. Entahlah.. dia pun tak tahu sejak bila dia mula rasa semua itu membosankan. Adakah sebab dia rasa dirinya makin tua atau sebab dia dah kahwin?

     “And maybe dah tiba masanya kau jadi pengejar.” Adam sengih. Tengku Aaron pandang Adam.

     “Whatever. Anyway, kau belum jawab lagi soalan aku. Hajat kau bertandang kat bilik aku ni atas urusan apa?” Tengku Aaron bertanya sekali lagi.

     “Saja.. nak lawat kawan yang dah lupakan aku sejak dia kahwin ni..”

     “Main-main pulak dia. Bagi makan fail ni baru tahu!”

     Adam sengih. Gurau pun dah terangkat. Emo..

     “Takde.. saja nak ajak kau lunch. Aku belanja. Anggap sebagai ucapan tahniah sebab dah kahwin.”

     Lunch? Tengku Aaron pandang jam. Sibuk merapu dengan si Adam ni sampai-sampai tak sedar dah waktu makan tengah hari. Nasib baik dia tiada janji dengan sesiapa hari ni, jadi dapatlah mereka berdua makan bersama.

     “Baguslah.. aku dah rasa lapar ni. Jom.. belanja aku makan.”

     Tengku Aaron bangun. Laptopnya terus dilipat. Tali leher yang mencekik lehernya pula dilonggarkan dan di campak atas meja. Laju sahaja kakinya melangkah.

     “Cepatlah.. aku dah lapar ni.” Tengku Aaron menarik Adam yang liat nak bangun.

     “Dasar perut belanga. Pantang dengar aku nak belanja makan, cepat je kau, kan? Kerja pun sanggup tinggal.” Tengku Aaron ketawa.

     “Perut belanga ke periuk ke.. kata orang, kalau ada rezeki jangan ditolak. Aku rasa macam nak makan nasi kandar la hari ni..” Tengku Aaron dah tahu restoran mana yang nak ditujunya.

     “Kat Bangsar? Orang cakap Restoran Nasi Kandar Pelita best.”

     “Aku ikut je..” Adam tak kisah.

     “Kereta aku ke kereta kau?”

     “Sebab aku pengantin baru, so naik kereta kau. Jimat minyak kereta aku.” Adam ketawa.

     “Pulak..”

     ---------

Dah jadi lumrah lunch hour, memang restoran Nasi Kandar Pelita penuh dengan pelanggan. Nak parking kereta pun susah. Tiga kali pusing barulah jumpa. Itu pun sebab kebetulan ada kereta yang nak keluar. Tapi, sebab kawannya mengidam nasi kandar punya pasal, pusing sepuluh kali pun dia sanggup.

     Suasana yang agak riuh-rendah di dalam restoran itu tak di pedulikan. Nak penuhkan erut yang dah lapar. Menu di depan mata betul-betul buatkan liur kecur. Lama betul tak makan nasi kandar.

     “Aaron, aku nak pergi toilet jap.” Adam yang dah habis makan bangun meninggalkan Tengku Aaron bersendirian di meja makan.

     Tengku Aaron menghabiskan suapan terakhir. Sambil menunggu Adam, Tengku Aaron menghirup jus tembikainya yang dah hampir nak habis tu.

     “Aaron sayang..” suara yang lembut dan manja itu membuatkan Tengku Aaron angkat muka. Berkerut keningnya mengecam gadis seksi yang berdiri di hadapannya. Siapa pulak ni? Waitress ke?

     “Aaron..” suara manja itu dah naik. Macam merajuk bunyinya bila Tengku Aaron tak pedulikannya. “You tak dengar ke I panggil you ni?” Tanpa dipelawa gadis itu duduk di kerusi kosong sebelah Tengku Aaron.

     “Sorry.. I lupa. Mona, kan?” Tengku Aaron main tembak. Muka perempuan itu terus masam mengalahkan ethanoic acid 6 mol.

     “Apa you ni… I Ruby la. Siapa Mona?!”

     “Oo.. Ruby.” Tak dipedulikan pertanyaan Ruby. Nak tergelak Tengku Aaron melihat wajah asam jawa Ruby. Macam cipan tertelan penadol.

     “I tahulah kita couple dulu dua hari je. Tapi, tak payah la buat-buat lupa I pulak,” bebel Ruby lagi.

     Buat-buat lupa? Serius aku lupa! Kalau Ruby tak sebut namanya tadi, memang Tengku Aaron sendiri takkan pernah ingat yang perempuan bernama Ruby itu pernah wujud dalam hidupnya.

     “Dah lama kita tak keluar sama-sama, kan? Kita keluar malam ni, nak?” Ruby cuba menggoda. Lengan Tengku Aaron dipaut.

     Ee.. harulah minah ni sorang! Tak tahu ke aku ni dah jadi laki orang? Bertemu dengan Damia, agaknya terus keluar aura Jackie Chan Damia. Tak pasal-pasal terlerai gigi dari gusi aku. Eh, sejak bila pulak aku berlagak suami mithali ni?

     “Err.. I sibuk.” Tengku Aaron dah mula bosan. Lehernya memanjang bagaikan mencari seseorang. Mana pulak si Adam ni? Pergi tandas ke cuci tandas? Nak blah takut Adam pulak mencari.

     “I pergi dulu..” Tengku Aaron bangun. Dah rimas dengan Ruby. Nantilah dia telefon Adam mengatakan yang dia tunggu di kereta. Malas dah nak layan Ruby.

     “Aaron!!”

     Suara 70watt itu menggegarkan restoran itu. Jangankan Tengku Aaron, semua orang dalam restoran itu turut berpaling. Fifi? Allah.. apa malang nasib aku hari ni? Tengku Aaron meraup wajah. Fifi yang dah merah wajahnya meluru ke arah Tengku Aaron dan Ruby.

     “Oo.. patutlah you tak jawab call I. You keluar dengan betina ni, ya?” suara Fifi memetir. Belum sempat Tengku Aaron buka mulut, Ruby dah membalas.

     “Hoi.. perempuan! Jaga mulut kau tu. Dasar perempuan tak sedar diri!”

     Tengku Aaron dah tension wajahnya. Malu terasa bila semua orang memandang ke arah mereka. Jatuh kelelakiannya. Jatuh maruahnya. Jatuh segala menda! Kenapalah semua ni berlaku? Dahlah kedua-duanya perempuan yang langsung tiada tempat dalam hatinya. Apalah persepsi semua orang lepas tengok benda ni?

     “Dahlah.. jangan malukan diri sendiri. Tak malu ke semua orang tengok?” Tengku Aaron mengawal suaranya.

     “You diam, Aaron!” serentak mereka berdua berkata.

     Aku pulak yang kena?

     “Dah.. jangan ganggu Aaron aku.” Fifi tarik tangan kiri Tengku Aaron. Ruby yang melihat tak tinggal diam.

     “Aaron hak aku la!” Tangan kanan Tengku Aaron ditarik.

       Tengku Aaron tersepit di tengah-tengah. Mana maruah mereka sebagai perempuan ni? Rebutkan lelaki di tengah-tengah khalayak ramai. Tak malu ke? Tengku Aaron geleng kepala kesal. Perempuan zaman sekarang..

     Adam.. mana kau ni?! Tengku Aaron gelisah sendiri. Kalaulah Damia ada. Kalaulah Damia ada. Kenapa Damia tak ada? Kalaulah keajaiban berlaku. Tengku Aaron berdoa. Berharap sangat Damia muncul. Angkat muka, betul-betul tak sangka apa yang dilihatnya.

     “Damia!” terasa doanya bagaikan dikabulkan.

     Damia berpaling bila dengar namanya dipanggil. Tergamam dia melihat kejadian di depan matanya. Tengku Aaron? Damia bagaikan tak percaya berjumpa Tengku Aaron di restoran itu. Apa terlalu kuat sangat ke jodoh mereka sehinggakan boleh bertemu secara tidak sengaja seperti itu. Baru dia perasan. Tengku Aaron tak keseorangan. Ada dua gadis yang tak pernah dilihatnya sedang menarik tangan suaminya sebelum suaminya melepaskan diri.

     Aaron.. Aaron.. tak sampai seminggu kita kahwin, kau dah pasang skandal ke? Damia pandang wajah tegang Tengku Aaron. Nak mintak tolong la tu! Damia mengeluh. Nak tak nak, kakinya merapati suaminya. Hmm.. agaknya betullah aku ni memang dilahirkan sebagai First Aid dia!

     “Apa yang kecoh-kecoh ni?” soal Damia tenang. Selamba sahaja dia mencapai tangan kanan Tengku Aaron. Disalam dan diciumnya bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

     “Kau siapa?” naik bengang suara Fifi melihat adegan mesra itu.

     “Perempuan kampung mana pulak ni?” mencerun mata Rubi memandang Damia.

     Tapi Damia tetap selamba. Dia geleng-geleng kepala. Kesal. Malu melihat the making of ‘Cinta Tak Kesampaian’ dihadapannya. Adoyai.. free dapat tonton babak filem. Cik kak.. cik kak.. kesian betul! Apa gaya rebut suami orang depan isteri ni? Penat nak layan.

     “Meet my wife, Damia.”

     Damia senyum. “Hye! Bekas kekasih awak, ya?” soal Damia selamba. Ruby dan Fifi yang mendengar pula yang sakit hati.

     “You dah berubah, Aaron. Kalau dulu I ajak you pergi disko, you on je.”

     Damia terlopong mendengar kata-kata Fifi. Disko? Bulat mata memandang Tengku Aaron di sebelahnya. Teruknya perangai sebelum kahwin! Damia tahan mulutnya yang rasa macam nak sembur Yengku Aaron.

     “Tu dulu la. Sekarang I dah tak layan dah benda-benda mengarut macam tu.” Tengku Aaron menjelaskan. Dia tak nak Damia berfikiran buruk tentangnya.

     Damia pandang pula Ruby dan Fifi yang dah macam nak telannya hidup-hidup. Cantik dan seksi. Kedua-duanya pakai dress mendedahkan dada. Adoyai.. aku yang tengok pulak yang penat! Apa gaya fesyen berkemban tengah-tengah Bandar ni? Nak pergi mandi sungai Kelang ke? Dan mekap muka, punyalah setebal dinding. Entah berapa kilo bedak ditampal. Kalau cair, agaknya banjir KL ni! Aaron.. Aaron.. mesti bangga direbut dua wanita!

     “Jom balik. Saya dah kenyang la.” Tangan Tengku Aaron ditarik macam tiada apa-apa berlaku. Dia nak cepat-cepat blah dari situ. Malas dah nak bertikam lidah dengan mereka.

     “Aku belum settle lagi dengan kau la!” tangan Ruby dah naik. Hampir mengenai pipi Damia. Nasib baik Tengku Aaron cepat menghalang.

     “Hand off! Never touch my wife!” suara Tengku Aaron bergetar amaran. Tangan Ruby ditolak kasar. Tengku Aaron menjeling tajam. Membuatkan Ruby dan Fifi berfikir dua kali untuk kembali membalas. Sudahnya, Tengku Aaron dan Damia meninggalkan mereka.

     -------

“Kau buat apa kat sini?” soal Tengku Aaron di luar restoran. Betul-betul tak sangka terserempak dengan Damia. Dan dia betul-betul bersyukur.

     “Jumpa client dekat-dekat kawasan ni tadi.”

     “Sorang?” soal Tengku Aaron lagi.

     “Dengan kawan. Tapi, dia dah balik,” jawab Damia. Banyak tanya pulak dia ni! Hati masih sebal dengan kejadiaan sebentar tadi. Jelous ke? Huh! Bagi masa setahun nak berfikir dulu la.

     “Saya balik dulu.” Damia meminta izin. Tangan dihulurkan kepada Tengku Aaron.

     “Nak apa lagi?”

     “Salam.”

     Oo.. salam! Tengku Aaron teragak-agak menghulurkan tangannya. Terasa janggal yang amat sedangkan Damia hanya selamba. Macam dah biasa dah buat macam tu. Tengku Aaron melihat Damia yang meninggalkannya. Kali ini Tengku Aaron tak berkata apa-apa dengan tindakan Damia. Tak laagi membebel seperti pagi tadi. Serius dia rasa janggal. Tangan yang disalam dan dicium Damia dipandang.

     “Lama-lama biasalah tu.”

     Tengku Aaron angguk sendiri. Betul tu! Lama-lama biasalah nanti. Bagaikan tersedar sesuatu, Tengku Aaron berpaling ke arah suara itu. Adam tersengih-sengih memandangnya.

     “Mangkuk kau! Mana kau pergi? Pergi toilet kat Kedah ke?” bebel Tengku Aaron. Punyalah lama.

     “Sorry, beb. Kakak aku call tadi. Tu yang lama,” cerita Adam.

     “Sejak bila kau ada kat sini?” Adam ketawa.

     “Sejak kau tanya Damia nak apa, lepas tu dia jawab nak salam. Then, kau hulur tangan kat dia, dia pun salam. Lepas tu macam kasi tembus kau tenung tangan kau tu..” Adam bercerita segala-galanya yang dia nampak sebelum ketawa.

     “Dahlah.. jom balik office!” tengku Aaron cuba mengelak. Free kantoi dengan Adam hari ni. Memang terpaksa tadah telinga je la.

     “Wah.. makin maju ya sekarang? Jumpa kat sini secara kebetulan. Adakah ini yang dinamakan jodoh?” Adam tergelak lagi.

     Tengku Aaron buat pekak. Layan si Adam ni memang takkan habis.