Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 10)

BAB 10

“Pukul berapa kekasih kamu nak datang?” soal Puan Solehah kepada anak gadisnya itu.

     Damia diam. Fikiran entah ke mana. Tak sangka pulak keluarganya excited bukan main lepas tahu yang dia ada ‘boyfriend’. Kenapala abahnya tak bangkang keputusannya untuk membawa Tengku Aaron pulang ke rumah? Sangkanya abah akan melarang atau memaksanya untuk memutuskan hubungan ‘cinta’ dengan Tengku Aaron macam yang selalu abah lakukan ketika dia masih belajar dulu. Adoi.. lupa pulak yang dia dah layak untuk menjadi isteri orang.

     Fikiran mula melayang. Membayangkan bagaimana abahnya menentang hubungannya dengan Tengku Aaron. Mesti best..

     Puan Solehah berpaling bila Damia yang tengah kacau gulai ayam tu tak memberi sebarang respon. Bila berpaling, nampak Damia yang tengah berangan sambil memandang ke luar jendela. Puan Solehah tersenyum sendiri.

     “Eh, budak ni. Dah jadi Mat Jenin pulak ke? Tengah tunggu buah hati sampai?” bebel Puan Solehah lagi. “ Damia Farisha..,” panggilnya lagi.

     Kali itu barulah Damia tersedar.

     “Ada apa, umi?”

     “Berangan je kerjanya. Umi tanya, bila kekasih kamu tu nak datang?”

     Betapa buruknya bunyi ‘kekasih’ pada telinganya. Nasib baik tak rosak je tympanic membranenya.

     “Entah.. On the way agaknya. Pukul dua belas lebih kot,” jawab Damia malas. Dalam hati, dia berdoa biar Tengku Aaron sesat mencari rumahnya. Tak pun biar keretanya rosak di tengah-tengah jalan. Nak doa Tengku Aaron kena rompak tengah-tengah jalan, macam kejam sangat je bunyinya, kan?

     “Angah dah sampai?” soal Puan Solehah lagi.

     “Pun entah jawapannya. Sampai la tu kot kejap-kejap lagi.” Damia membasuh pinggan yang ada dalam singki. Nak harapkan anak dara sorang lagi, memang tak boleh nak diharap. Asyik bagi alasan nak siapkan homework. Padahal kalau terjah biliknya, tengah online agaknya.

     “Umi pun satu. Aaron nak datang lunch je. Bukan nak masuk meminang. Kesian along, angah dan achik. Tak pasal-pasal kena balik.”

     “Mestilah.. Tu kan adik ipar lelaki pertama dorang,” jawab Puan Solehah lagi. Tak sabar rasanya nak jumpa lelaki yang dah berjaya ikat anak daranya yang degil ni.

     Memang Damia anak perempuan pertama setelah tiga abangnya. Anak keempat daripada lima beradik. Tak hairan la kalau nanti Tengku Aaron akan jadi menantu lelaki kesayangan keluarganya. Tu pun kalau mereka kahwin la.. Sebab, kalau nak tunggu adiknya, Alia mungkin lambat lagi. SPM tak lepas lagi.
------
Tepat pukul 12.11 tengah hari, telefon Damia berdering. Tanpa melihat siapa pemanggilnya pun dia dah boleh agak. Tengku Aaron..

     “Hello..” lunak suara seorang perempuan menjawab telefon.

     “Aku dah sampai depan rumah kau ni,” lapor Tengku Aaron setelah dipastikan si penjawab adalah Damia. Kalau tak, mahunya dihalau keluar dengan penyapu oleh umi dan abah Damia. Tu kalau nasib baik guna penyapu!

     “Okey, tunggu kejap. Saya datang.”

     “Aaron dah sampai, Umi.” Sempat Damia berkata sebelum berlalu ke biliknya untuk memakai tudung.

    Tengku Aaron bersandar pada kereta Audi silvernya sambil mengerling jam Rolex di tangan. Lima minit kemudian, barulah nampak Damia yang berjalan ke arahnya. Sempoi je gaya Damia dengan t-shirt biru berlengan panjang dan track suit hitam. Macam biasa, senyuman versi pencair hati dihadiahkan untuk Damia.

     “Sorry kalau lama menunggu.”

     Damia menilik Tengku Aaron atas bawah. Kut dia tersalah orang. Dan kut orang tu tersalah rumah ke? Tengku Aaron ke yang tegak berdiri di depannya ni? Mana rambut perangnya? Dia tampil sebagai lelaki tulen hari ni. Tanpa rantai dan subang. Kat telinga, tiada kesan bertindik. Cis, clip on earing je rupa-rupanya! Memang takde la kesan bertindik! Begini ke rupa sebenar Tengku Aaron? Mak oii… Macam jejaka Malaya terakhir dah. Serius kacak! Berubah betul lepas kena scrub ni!

     “Tak nak bagi aku masuk ke?” Kata-kata Tengku Aaron memecahkan lamunan seminitnya itu.

     Pandangan berlaga dengan mata kelabu lelaki itu. Ayoyo.. Kantoi.. Tu la.. Bukan main asyik usha anak teruna orang. Malas dah nak tengok senyuman Tengku Aaron yang dah mula bertukar sinis yang seakan-akan menyindirnya itu. Pasti perasan nak mati. Jangan ingat dia dah jatuh cinta pada lelaki itu sudahlah!
------
“Abah.. Umi… ni la Aaron yang Mia ceritakan.” Dengan senyum plastik yang menghiasi bibir, Damia memperkenalkan Tengku Aaron kepada keluarganya.

     “Apa khabar pak cik, mak cik?” Betulla macam jejaka Melayu terakhir bila melihat Tengku Aaron bersalam dengan abah. Langsung tenggelam perangai setannya.

     “Ni saya ada bawakan sedikit buah. Tak tau nak bawa apa. Boleh la kalau nak dibuat dessert tu,” kata Tengku Aaron lagi. Macam biasa juga, senyuman manis tak lekang di bibir.

     “Terima kasih la. Buat susah-susah je..” Plastik bertukar tangan.

     “Mummy dan daddy kirim salam.”

     “Waalaikumussalam.. Eh, jemput la masuk,” pelawa abah pula.

     “Ni adik beradik saya. Tu along, ni kakak ipar saya. Yang ni, angah, achik dan Alia.”

     “Kakak, abang ipar Lia ni handsome la,” puji Alia selamba. Bulat mata Damia mendengarnya. Dasar nak jatuhkan air muka kakak betulla! Eee.. kalau tiada tetamu, memang dah dikejar Alia dengan parang.

     Damia tersenyum bila Alia mengaduh kesakitan dicubit umi. Padan muka! Memang dah sedia maklum mulut adiknya sorang tu memang macam kereta api. Laju takde brek!
------
Kenapa semua orang suka Tengku Aaron ni? Damia tak puas hati. Betulla macam yang Tengku Aaron cakap. Dalam masa lima belas minit je, semua hati ahli keluarganya dicuri. Termasuk la anak saudaranya, Mimi yang memang tak pernah nak dekat dengan orang luar. Pakai minyak pengasih ke dia ni?

     “Saya dan Damia ni dah bercinta hampir setahun dah, pak cik.. mak cik..” Damia hanya mendengar. Umi dan abah aku pun ditipunya? Tapi, kalau cerita hal sebenar rasa-rasanya dengan dia sekali dicincang buat kari. Ni la agaknya yang orang panggil bohong sunat.

     “Eh, Damia tak pernah cerita pun sebelum ni? Pandai betul kamu sorokkan, ya?” celah Encik Razak.

     “Kami tunggu masa yang sesuai nak declare kat parents. Alhamdulillah… Mummy ngan daddy pun terima keputusan saya.”

     Damia hanya mendengar skrip yang dikarang oleh Tengku Aaron. Berkisahkan kisah ‘cinta’ mereka. Kalau dah berbakat jadi director, memang tak leh buat apa dah! Pandai betul dibikin jalan cerita kisah mereka. Huh! Kalau dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka ni, grenti dibukukan jadi komsas form three!

     “Eh… makanlah banyak-banyak. Jangan segan.. maaflah kalau masakan mak cik ni tak sedap sangat,” Puan Solehah mempelawa.

     “Eh.. sedap mak cik. Betul!” puji Tengku Aaron ikhlas.

     “Haa.. Mia! Ambilkan Aaron lauk,” arah Encik Razak pula. Damia mengangguk malas.

     “Sayang.. tolong ambilkan abang kari ayam.”

     Kata-kata Tengku Aaron hampir membuat Damia tertelan sudu. Saat mata bertentang, dapat ditangkap senyuman sinis Tengku Aaron. Lesung pipit kiri itu… sangat-sangat benci Damia melihatnya! Damia memandang abahnya. Gilak! Depan abah pun berani buat macam tu? Kut-kut la abah meletup macam gunung berapi kat Indon, barulah padan muka! Barulah dia yang kena cincang jadi kari!

     Tapi, abah hanya tersenyum lucu. Bagaikan tak dengar apa-apa.

     “Sebelum kahwin, memang dah kena biasakan diri dengan sayang abang. Kan, Mia?”

     Eh? Umi pun sama ke? Damia geram. Tambah lagi bila abang-abangnya mula bersorak, mengusik-ngusiknya. Apasal la semua masuk pakatan Axis hari ni? Damia tahan rasa. Kalau ikutkan hati, nak je dia humban mangkuk kari ayam atas kepala Tengku Aaron. Barulah betul rambutnya dulu kena dengan istilah, ‘rambut macam kena kari tumpah’.

     “Aaron tu mengada je..” balas Damia geram. Sampai mati menda mustahil tu takkan terjadi! Ee.. boleh terbelah dua kotak suara aku!
------
Betul-betul dengar azan berkumandang bila makan tengah hari mereka habis. Zohor dah masuk.

     “Zohor pun dah masuk. Eloklah kalau solat dulu. Aaron.. jom jemaah sama-sama,” ajak Encik Razak.

     Damia hanya mendengar. Sekilas kemudian, Tengku Aaron mengerling ke arah jam di tangan.

     Haa.. nak mengelak la tu! Sembahyang ke tak budak ni? Macam ni ke nak jadi suami aku? boleh ke nak bimbing aku ni? Sembahyang sendiri pun tak terjaga! Jelik hati Damia.

      “Hmm.. bagus jugak! Lagi pun lepas ni saya ada meeting. Baik solat awal-awal.”

      Astaghfirullah.. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Terasa bersalah pula sebab memperkecilkan lelaki itu. Dah macam fitnah lelaki tu pun ada! Betulla don’t judge a book by its cover.

      “Boleh kamu jadi imam?” soal Encik Razak lagi.

      Damia dah tak senang duduk. Adoi.. boleh ke budak tu jadi imam? Tengok gaya dulu bukan main lagi western. Macam tak pernah kisah hukum-hakam Islam. Namun Damia nampak Tengku Aaron hanya tenang.

     “Hmmm.. InsyaAllah boleh, pak cik.”

     Damia bulat mata. Biar betul! Kang tak pasal-pasal solat semua orang tak sah. Buatnya Tengku Aaron hanya nak tunjuk bagus macam mana? Ni pasal menunaikan rukun Islam yang kedua ni. Mana boleh dibuat main. Tolong jangan nak berlagakla Aaron kalau awak tak boleh!

      Laju je mulut Damia nak membangkang saat Tengku Aaron dah melangkah ke bilik air untuk berwuduk. Tapi, memandangkan dia takut untuk menfitnah lelaki itu untuk kali kedua, Damia hanya membiarkan sahaja. Kalau betul Tengku Aaron tak boleh menjadi imam, mesti terbongkar lepas ni.

       Damia ingat Tengku Aaron hanya bergurau untuk menjadi imam. Tapi, betul-betul dia tak sangka bila mendengar suara lunak Tengku Aaron melaungkan iqamat. Sehinggalah di akhir solat, suara Tengku Aaron jugaklah yang membacakan doa..Lancar sekali…

    Dia takde la teruk sangat. Tanpa sedar, hati Damia dah lembut sedikit… Yakin yang Tengku Aaron boleh untuk mengemudikan sesebuah rumah tangga suatu masa nanti. Kalaupun bukan dengannya, pasti dengan isteri yang betul-betul dicintainya nanti.

5 comments:

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )