Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 9)

BAB 9

“Saya setuju. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi awak. Saya sayang awak,”ungkit Tengku Aaron lagi. Benar-benar menyakitkan hati Damia. Kalau bukan mereka berada di sebuah restoran mewah yang dia tak pernah masuk seumur hidupnya ni, memang dah keluar habis magma yang tengah menggelegak ni! Rasa nak layang je buku lima. Biar berterabur sebatang dua gigi. Barulah gambar Tengku Aaron yang dilukisnya tadi jadi kenyataan!

     Damia hanya selamba melihat Tengku Aaron yang sakan seronok macam dapat cabutan bertuah. Malas nak layan. Nasib baik la hanya dia, Tengku Aaron dan Encik Raffi yang berada di kawasan pembikinan drama tadi. Kalau tak, malu besar dia.

     “Saya terpaksa tau!” Damia akhirnya bersuara.

     Huh! Dia ingat aku ni nak sangat cakap macam tu? Tunggu rimau makan sayur dulu la. Tapi, Damia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, nyawa syarikat dah dapat diselamatkan. Kalau orang lain yang rasional yang berada di tempatnya pun pasti dilakukan hal yang sama. Ya ke?

     “Tak kira lah. Janji kau dah cakap dulu kau sayang aku.” Tengku Aaron senyum mengusik.

     Damia mencebik dalam hati. Blah la kau! Dulu cakap guna ‘I’ dan ‘You’. Lepas tu guna ‘Saya’ dan ‘awak’. Sekarang ni dah jadi ‘aku’ dan ‘engkau’? Jangan cakap lepas ni guna ‘ana’ dan ‘ente’ pulak! Jenuh aku nak belek kamus arab.

     Satu hal lagi. Pelik dia lihat mood Tengku Aaron yang tadinya bukan main macam taufan Katrina tiba-tiba dah ceria seriang kanak-kanak Ribena. Mood berubah macam tukar speed kipas je!

     “Sekarang kita bincang pasal kita.” Tegas bunyi ayat Damia. Dia dah terlanjur bersetuju. Memang no turning back la. Terlajak perahu boleh nak diundur, terlajak kata inilah padahnya. Masa depannya musnah. Honey dew ice-blended dalam gelas tinggi tu diteguk rakus.

     “Sure.” Tengku Aaron mendepang tangan.

      Dia memang betul-betul pasrah untuk serahkan hidupnya pada Tengku Aaron. Kalaulah dia tak lukis lukisan tadi, mesti Tengku Aaron takkan semarah ini dan dia pun takdelah terdesak nak bersetuju. Pasti masih ada masa nak tangguhkan atau nak batalkan terus. Jadi… adakah sebenarnya dia sendiri yang jadi puncanya?? Waa.. bodohlah kau Damia Farisha!!

     “Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Saya tak kenal pun awak. Awak pun tak kenal saya. Kenapa tak kahwin dengan Salmy? Lysda ke?” bertubi-bertubi soalan keluar.

     “Entah. Dah aku nak kahwin nak buat macam mana?”

     Amboi, mudahnya? Nampak gaya pun dah tau yang Tengku Aaron tak serius pun nak kahwin. Macam mana la nasib dia nanti? Dah lah dia perempuan!

     “Lagi satu, aku nak kahwin dengan kau sebab aku tak nak kahwin dengan dorang la.”

     “Awak tau tak yang awak dah hancurkan masa depan saya?” kali ni Damia dah mula bengang. Nasib baik Tengku Aaron pilih kawasan yang agak lengang. Nak mengamuk pun takde orang nak dengar.

     “Kau sendiri yang cakap takde boyfriend, kan? Alah.. kalau ada pun, bukannya tak boleh putus,” senang Tengku Aaron menjawab. “Kau ni kira beruntung, tau. Aku dah bagi can untuk kau hidup senang. Bila lagi kau nak jumpa lelaki yang macam aku ni? Dah la kacak, kaya, bijak.. apa lagi?”

     Tengku Aaron yang dah angkat bakul sendiri betul-betul membuat dia menyampah. Dia ingat aku ni mata, hidung, mulut duitan ke? Kalau dapat semua tu tapi hidup sengsara buat apa? Selama ni hidup aku biasa-biasa je. Bahagia jugak! Tetap jadi orang!

     “Those are not the issues. Hidup saya sebelum ni sangat bahagia, tau. Kenapa saya? Saya tak cantik dan bergaya macam Salmy dan Lysda?” Entah.. pakaian pun takde la macam nak pergi Phuket! Kut kontra 360 darjah dengan mereka.

     “Sebab kau tak cantik la aku pilih kau. Dah kau sorang je perempuan yang aku kenal layak dibuat bini.”

     Damia dah mula tension. Aku tanya macam ni, dia jawab macam ni jugak! Kurniakanlah aku kesabaran yang melangit untuk mengatasi spesis yang jarang ditemui ini.

     “Saya baru je kerja. Ekonomi pun tak berapa nak kukuh lagi. Saya bukannya kaya macam awak. Kahwin ni perlukan duit yang banyak.”

     “Tentang tu, kau jangan bimbang. Semuanya aku tanggung. Kau tak payah nak keluarkan satu sen pun pasal majlis perkahwinan. Sebab aku dah planning macam mana majlis kahwin aku. Kau hanya perlu setuju nak jadi pasangan aku je.”

     Damia betul-betul tak faham dengan perangai Tengku Aaron ni. Terdesak sangat ke nak kahwin? Takde kekasih ke? Kalau takde, dua orang yang dia jumpa sebelum ni apa? Spare part je? Kalau takde kekasih, alasannya apa? Nak kata tak kacak, tunding je jari kat perempuan mana pun, grenti setuju nak jadi isteri lelaki itu (tolak dia je..). Pelik…

     “Oleh sebab awak suka-suka je nak kahwin ni, jadi kita kahwin setahun je, setuju?” cadang Damia.

     “Haa.. yang tu aku tak boleh janji..” Naik bengang Damia mendengarnya.

     “Habis tu nak saya terseksa seumur hidup, macam tu?” marah Damia.

     “Aku tak boleh nak janji la sebab tak mustahil dua bulan lepas kahwin aku ceraikan kau,” sambung Tengku Aaron.

     Damia malas layan dah. Buat sakit hati je. Okey.. Lagi cepat, lagi bagus! Tapi, sanggupkah dia bergelar janda dalam usia yang muda? Arghh.. susahnya! Tapi dia rela daripada kena hidup terseksa dengan mamat berlagak tu. Macam mana pulak pandangan masyarakat? Damia dah malas fikir.

      Kemudian, makan tengah hari berjalan dengan senyapnya buat beberapa minit. Damia memandang sekeliling Tosca Italian Restaurant yang menjadi salah satu restoran popular di Hilton, Kuala Lumpur. Turun pada menu makanan tengah harinya. Rotisserie Cacciatore yang langsung tak terusik itu benar-benar tak membuka seleranya. Makanan Itali yang tak pernah dicubanya sebelum ini. Apala makanan yang dipesan Tengku Aaron ni? Nak sebut pun boleh tergeliat lidahnya. Dia hanya memandang Tengku Aaron yang menjamu selera dengan Spinosini Pasta with Truffle and Butter Sauce tu. Macam sedap sangat je gayanya!

      “Bila fikir-fikir balik, betul la apa yang awak cakap… bila lagi nak jadi menantu orang kaya, kan? Nanti dapat banyak duit, hidup pun mewah. Lepas tu, bolehla saya kikis harta awak. Awak jangan menyesal pulak kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur.,” tiba-tiba terlintas idea itu dalam benaknya. Kut Tengku Aaron akan tarik balik niatnya itu. Tak kisahlah kalau kena tuduh perempuan mata duitan sekali pun.

     “Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikisla banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun.”

      Idea pertama gagal.

     “Awak tau tak saya ni cerewet sikit? Oleh sebab saya ni perempuan sulong dalam keluarga, so saya tak layan la hantaran barang Malaysia ni. Saya nak barang hantaran dari oversea. Macam mana?” Tengku Aaron angkat kening.

     “Okey. No hal. Small matter. Disebabkan kau dah setuju nak kahwin dengan aku, kalau kau cakap nak cincin kahwin guna batu permata dari Zuhal pun aku akan ikut.”

      Arghh.. idea kedua juga gagal. Siap kena sindir pulak tu!

     “Saya nak duit hantaran RM99999.” Muncul idea baru. Sengaja letakkan nilai setinggi itu. Manala tau kali ni Tengku Aaron ingat dia betul-betul tamak.

     “Kalau kau nak dua juta pun aku sanggup bagi,” selamba Tengku Aaron jawab.

     “Saya ni mudah jatuh cinta. Nanti saya curang. Tak takut ke?”

     Tengku Aaron yang baru ingin menyuap Cod Carpaccio terhenti. Sudu kembali diletakkan di atas pinggan.Kali ini mata Tengku Aaron tajam mencerun ke arahnya. Takut Damia melihatnya. Seakan-akan memberi makna, “Cubalah kalau rasa tak nak hidup lama!” Hih.. ngeri!

     “Aku benci pengkhianat. Cubala kalau berani!” Dingin semacam air batu je kata-kata Tengku Aaron. Seperti mendendami sesuatu. Err.. terkelu sekejap Damia. Betul-betul tak sangka reaksi Tengku Aaron sedahsyat itu. Aku gurau je, ngeng!!!

     “Saya ni masih ada mak bapak. Kalau nak kahwin, kena mintak restu orang tua. So, awak kena jumpa parents saya. Abah saya tak terima sembarangan orang jadi menantu dia. Jangan terkejut kalau abah saya tak terima awak.”

     Damia ubah topik. Perlu alihkan mood monsoon tropika Tengku Aaron kalau nak rasa selamat.

     “Kalau abah kau terima?”

     “Hmm.. kalau abah terima, saya janji saya akan turut segala kemahuan awak. Tapi, kalau abah tak setuju, we off. Okey? Pendek kata, semuanya dalam tangan abah.”

     Tengku Aaron senyum. Kerja mudah!

     “Okey je. And.. I’m really really sure in fifteen minutes, I can win them,” balas Tengku Aaron dengan yakin.

     “Jangan yakin sangat..”

     “Mestila aku yakin. Kau belum kenal lagi siapa Tengku Aaron Shah..”

     Damia malas nak cakap banyak. Dia ingat abah aku ni macam mana? Gaya western macam dia ke? Tak pun ala-ala gaya Amy Search ke? Heh! Kirim salam sikit la.. Dengan rambut celup tak berapa nak celup. Macam mandi air terlebih karat pun ada. Pakai pulak rantai dan subang, paling ringan abah kapak je dia ni.

     Tapi, Damia tak bersuara. Kalau abahnya tak bersetuju, memang dia bersyukur yang teramat la!

     “So, hujung minggu ni, aku datang rumah kau.”

4 comments:

  1. Tbaek wok! congrat cik writer. Best.

    ReplyDelete
  2. Bapak ah... dia punya hantaran... haha godd job anjell.. dh baca kt blog ni nant nk gi beli lah XD

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )