Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday, 16 October 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 21)

BAB 21

Hoorey.. esok balik rumah nenek mummy.” Hafiy bersorak lagi sambil tersengih pandang aku. Hafiy dah berbungkus dalam gebar, bersedia nak tidur. Dah tak sabar sangat nak balik rumah  mama aku kot. Aku temankan Hafiy tidur.

     Aku cuma senyum. Satu soalan dalam kepala aku. Cara Hafiy cakap macam dia selalu je balik rumah mama aku.

     “Emm… Hafiy betul-betul seronok nak balik rumah nenek mummy ke?” soalku.

      “Mestilah.. Seronok balik rumah nenek mummy. Ada Pak Long. Pak Long tu baik. Selalu bagi hadiah kat Hafiy. Baik macam Pak Su jugak.”

     Aku tergelak. Budak-budak. Pantang beli hadiah, mesti seronok punya. Abang memang suka budak-budak. Apatah lagi yang comel macam Hafiy ni. Berbeza betul dengan aku. Aku dengan budak-budak susah sikit nak ngam. Sebab kalau budak-budak ni nakal sangat, nak je aku lempang sebijik. Teruk betul perangai aku. Mungkin sebab aku anak bongsu kot.

      Tapi, lepas kenal Hafiy, aku dah berubah. Lebih banyak bersabar nak layan karenah budak-budak. Sekarang aku rasa dah macam jadi abang dah. Tiba-tiba teringatkan abang Qairul. Abang.. Abang… rindu sangat-sangat dengan abang.

     “Hmm.. Pak Long ada bagi hadiah apa?” Aku cuba korek rahsia.

     “Hari tu, masa balik rumah nenek mummy Pak Long bagi Hafiy patung boboiboy baru..” bukan main excited Hafiy bercerita. Aku nak tegelak. Budak ni dah obses sangat dengan kartun tu. Abang pun layan je budak ni.

     “Bila Hafiy jumpa Pak Long? Pak Long datang sini, ya?” Aku korek lagi.

     “Taklah. Hari tu balik rumah nenek. Daddy cakap, nenek mummy sekarang ni dah jadi family Hafiy, sebab tu daddy kena selalu balik rumah nenek mummy. Daddy cakap, sekarang ni Hafiy kena sayang family nenek mummy sama macam Hafiy sayang family nenek daddy.”

     Aku diam bila Hafiy cakap macam tu. Argghh.. baiknya Izz! Dia selalu jenguk mama dan papa aku ke? Aku pulak macam mana? Teruk betul. Jangankan nak jenguk ibu dan papa dia, mama dan papa aku sendiri aku tak tahu khabarnya macam mana. Siap lari rumah lagi. Macam orang takde otak. 
Teruknya! Baru aku rasa bodoh dengan tindakan aku sendiri.

     “Emmm.. Hafiy sayang family nenek mummy?” soalku lagi. Saja nak uji Hafiy. Orang cakap kanak-kanak tak reti menipu.

     “Sayang.”

     “Sayang sikit ke banyak?”

     “Mestilah sayang banyak. Sebab family nenek mummy pun sayang Hafiy.” Hafiy senyum. Dan aku pun turut senyum.

     “Hafiy sayang nenek, atuk dengan Pak Long banyak-banyak. Tapi, Hafiy sayang mummy lagi banyak-banyak.” Aku tergelak.

     “Banyak macam mana?”

     “Banyak sangat-sangat. Hafiy sayang mummy, sama macam Hafiy sayang daddy. Sama macam Hafiy sayang papa ngan mummy Hafiy.” Hafiy peluk aku yang sedang baring di tepinya. Aku terharu yang teramat sangat. Aku balas pelukannya.

     “Nenek mummy ngan atuk mummy sihat tak?” Aku bertanya khabar orang tuaku melalui Hafiy. Mana la tau kot-kot dapat tahu sesuatu, kan?

     “Sihat. Tapi, kadang-kadang Hafiy nampak nenek macam sedih. Hafiy tanya daddy kenapa, daddy cakap sebab rindukan mummy. Daddy cakap mummy marah atuk dengan nenek, sebab tu la mummy tak balik rumah. Sebab tu la mummy tinggalkan daddy ngan Hafiy.” Hafiy berceloteh lagi.

     “Betul ke mummy marahkan atuk ngan nenek?” Hafiy pandang aku dengan mata cantiknya. Keras lidah aku tak tahu nak auta apa. Malu pulak nak mengaku.

     “Ustazah Hafiy cakap, kita tak boleh marah mak ngan ayah kita, sebab nanti jadi anak derhaka. Mummy janganlah marah atuk ngan nenek lagi. Hafiy taknak mummy jadi anak derhaka.” Hafiy berkata lagi. Memang kau kena la dengan Hafiy hari ni, Qisya.

     Mungkin Hafiy masih kanak-kanak, dia tak faham masalah aku. Aku berjiwa remaja. Kadang-kadang remaja memang suka lakukan sesuatu sesuka hati. Kadang-kadang, ada jugak masa aku akan terikutkan hasutan syaitan sebab aku ni manusia.

     “Mummy dah tak marahkan atuk ngan nenek. Mummy nak sangat jumpa dorang besok.” Aku balas jujur. Sdikit sebanyak nasihat Hafiy melekat dalam kepalaku. Malulah jugak. Budak-budak pun tahu hukum Islam.

     Hafiy menguap sekali.

     “Hafiy dah mengantuk. Tidurlah. Besok kita nak balik rumah nenek mummy. Mummy temankan sampai Hafiy tidur, okay?” soalku.

     Hafiy angguk sebelum sengih lebar.

     “Dah, tidur.”

     “Night, mummy.”

     “Night je? Doa taknak baca ke?” Aku tegur Hafiy. Dah macam gaya mama pun ada.

     Hafiy ketawa sebelum tepuk dahinya. Gaya comel Hafiy bila dia lupa sesuatu.

     “Alamak… lupa la mummy. Kalau daddy tahu ni, mesti dia marah,” omel Hafiy lagi.

     “Haa.. tahu pun. Cepat baca doa,” arahku lagi.

     Hafiy tadah tangan. Aku turut menadah tangan. Hafiy mula membaca doa. Kami sama-sama mengaminkan doa.

     “Okay, sleep now.” Hafiy pejam mata.

     Aku betulkan gebar supaya Hafiy tak sejuk malam nanti. Hafiy mula tidur. Tangannya masih memeluk aku.

     --------

Aku bukak mata. Nak tidurkan Hafiy konon. Sampai-sampai aku sendiri dah boleh syahid. Entah pukul berapa sekarang ni. Aku pandang jam di tepi meja kecil Hafiy. Dah pukul dua lebih. Sebab bangun secara mengejut, habis hilang mengantuk aku. Masa untuk balik ke bilik aku.

     Perlahan-lahan aku alihkan tangan Hafiy yang sedang peluk pinggang aku. Taknak bagi Hafiy terjaga. Aku betulkan gebarnya sekali lagi sebelum bangkit. Tenang aku nampak muka Hafiy tidur. Muka kanak-kanak memang polos.

    Aku berlalu ke pintu. Pintu ditutup dari luar dengan cukup perlahan supaya Hafiy tak terkejut. Juga taknak kejutkan oang lain yang sah-sah dah tidur masa ni. Masa tu la pintu bilik Izz terbuka. Tergamam jugak aku bila dah kena menghadap dia secara tiba-tiba ni. Eh, dia ni! Tak tidur lagi ke?

     Izz tutup pintu biliknya dari luar. Dia pakai baju pajama berwarna perang. Terpukau jugak aku tengok. Handsome. Arghhh.. otak aku ni dah sewel agaknya. Tiba-tiba je nak puji mamat tu tengah-tengah nak tenung-merenung ni. Tak payah cakap pun orang lain dah tahu la yang mamat  tu memang handsome kalau pakai apa pun.

     Kalau Izz tahu ni, buat malu je. Sengal la kau, Qisya.

     “Hafiy dah tidur?” Izz tanya aku. Memecahkan filem bisu antara kami.

     “Aa’a.. dah tidur..”

     “Sya belum tidur lagi ke?” lembut dia bertanya.

     “Baru lepas terlelap dalam bilik Hafiy tadi.”

     Senyap. Kalau ada cengkerik ni, memang dah habis beberapa buah lagu dah cengkerik tu berdendang.

     “Err… awak tak tidur lagi?” soalku balik. Tak tahu nak tanya apa. Bukannya aku tak nak nampak mata Izz yang bulat 360 darjah tu.

     “Belum lagi..”

     “Belum lagi. Tapi ni kan dah lewat sangat?”

     “Abang ada kerja sikit nak buat. Nak buat macam mana? Maybe abang tak tidur kut malam ni.”

     Aku yang dengar sedikit terkejut.

     “Kerja, kerja jugak. Tapi jangan sampai tak tidur. Tidur tu penting untuk rehatkan badan. Kalau awak jatuh sakit, macam mana? Plus, you need to drive tomorrow. Remember?” Aku membebel.

     Dia ni macam abang je la. Suka sangat stay up malam-malam sebab kerja. Aku pun kadang-kadang stay up malam-malam jugak sebab nak siapkan assignment punya pasal. Tak pun sebab nak exam. Tapi takde la sampai tahap tak tidur malam.

     Izz senyum. Haish.. aku tengah panas ni, dia boleh senyum? Kelakar sangat ke cara aku cakap ni?

     “Sya bimbangkan abang ke?”

     Gulp! Terkedu. Baru aku perasan. Err.. kenapa aku membebel tadi? Aku risaukan dia ke? Aku diam. Muka dah rasa macam panas semacam je. Apa yang aku tahu, aku rasa macam aku tengah membebel kat abang tadi. Kalau cakap kat Izz, belum tentu dia percaya, baik aku senyap.

     “Saya bagi nasihat je,” kataku dengan muka selamba.

     Dia senyum lagi.

     “Ya la.. ya la.. abang akan dengar nasihat Sya tu. Malam ni abang tidur. Tapi, sebelum tu abang nak turun ke dapur dulu sebab abang sangatlah dahaga sekarang ni.”

     Kemudian Izz berlalu ke arah tangga.

     “Err.. Izz!” panggilku. Izz yang baru nak turun tangga berhenti. Dia pandang aku.

     Aku berjalan ke arah Izz dengan kaki yang tehincut-hincut.

     “Ada apa?”

     “Saya nak turun. Sebab saya pun dahaga jugak,” kataku jujur. Memang tekak aku dah rasa kering semacam dah. Aku memang nak turun ke dapur tadi. Tapi, mengenangkan kaki aku yang tak berapa nak normal ni, aku batalkan niat. Sekarang ni, alang-alang dah ada peluang, baik ikut je daripada aku mati kehausan malam ni.

     Dia tak membantah.

     “Tak payah dukung saya la..” kataku ketika dia cuba mendukungku. Izz pandang aku.

     “Saya nak cuba guna kaki saya, boleh? Awak papah saya je.” Aku cuba pujuk Izz. Harap-harap la dia setuju. Sebab aku nak cuba guna kaki aku sendiri.  

     Izz angguk. Nasib baik dia setuju.

     “Kalau Sya sakit sangat-sangat, cakap,” pesannya. Aku angguk.

     Izz berdiri sebelah kanan aku. Sebab dia tinggi sangat dan aku pulak memang dah pendek, Izz terpaksa bongkokkan sedikit badannya agar dia boleh papah aku. Tangan kananku dilingkarkan pada leher Izz dan tangan kiri Izz pula memeluk pinggang aku. Tarik rapat aku ke tubuhnya.

     Nak melompat aku bila dia peluk aku. Terkejut bila kedudukan aku dan dia sangat-sangat rapat. Sehinggakan bila aku palingkan wajahku ke arah Izz, hampir-hampir je bibirku mencecah pipi kirinya. Nasib baik la aku sempat larikan wajah tadi.

     “Turun perlahan-lahan, tahu?” pesan Izz. Aku angguk.

     Aku meletakkan kaki kiriku di anak tangga bawah. Izz peluk aku makin kuat, buatkan aku rasa makin tak selesa. Nak je aku terajang dia sampai tingkat bawah. Suka hati dia je nak peluk aku. Tapi, memandangkan aku fikir balik, siapa yang suruh papah siapa ni?, buatkan aku batalkan niatku.

     Perlahan-lahan kami turun sehinggalah ke anak tangga paling bawah, barulah Izz lepaskan aku. Aku duduk di atas kerusi di dapur. Izz letakkan hanphonenya di atas meja makan sebelum buka peti. Air masak dituangkan ke dalam dua biji gelas. Satu daripadanya di hulurkan kepadaku. Izz duduk di depanku

     “Thanks,” ucapku. Dia cuma senyum.

     Izz teguk airnya. Bunyi lagu Lighters daripada Bruno Mars dan Emineem memecahkan ruang dapur yang sepi tu. Telefon Izz berbunyi. Sempat aku jeling skrin telefon yang tak sampai semeter daripada aku tu. Maya!

     Izz yang perasan mata aku terus mengangkat telefon tu.

     “Hello..” Izz bangun dan terus tinggalkan aku sorang-sorang. Taknak bagi aku dengar la tu apa yang dorang cakap. Entah-entah nak melepas rindu. Huh.. menyampah! Aku mencebik sendiri.

     Tak tahu kenapa hati ni rasa bengkak jugak. Huh! Patutlah tak boleh berenggang dengan telefon dia tu. Tunggu buah hati telefon rupa-rupanya. Tak boleh tunggu besok agaknya sampai-sampai awal pagi macam ni pun nak telefon. Owh.. lupa! Esokkan Izz balik rumah aku. Mana la sempat nak bergayut dengan Maya, kan? Patutlah kena bergayut pagi-pagi macam ni kan? Satu persoalan dalam kepala aku. Maya dah tahu ke yang Izz dah kahwin?

     Aku teguk air dalam gelas tu cepat-cepat. Nak naik tidur la. Nak naik sendiri. Taknak kacau Izz yang tengah bergayut entah kat mana-mana tu. Kacau daun karang, jenuh pulak Izz nak pujuk yang sorang lagi. Betul ke dorang takde apa-apa? Musykil aku! Entah-entah memang dia bercinta dengan Maya. Tapi sebab tanggungjawab dia terhadapku, terpaksalah dia pilih aku. Macam mana dengan ucapan cinta dan sayang dia padaku? Arghh.. lelaki! Ingat aku percaya ke?

    Aku bangun daripada dudukku. Nak basuh gelas. Baru je aku berdiri, aku nampak sesuatu yang berwarna coklat tua sedang merayap di atas lantai dapur. Hanya kecil, tapi dah cukup buatkan bulu romaku meremang habis. Lipas!

     “Arghh… mama!” jeritku kuat.

     Aku memang takut dengan lipas. Tak tahu kenapa. Terus aku lompat naik atas kerusi sebab takut. Sampai-sampai aku lupa yang kaki aku tengah sakit sekarang ni. Nak menangis aku tengok lipas yang seronok berjalan-jalan atas lantai rumah. Aku rasa macam lipas tu sengaja nak ejek aku. Boleh pulak lipas tu berjalan, buat dua round keliling meja makan ni. Kurang asam kau!

     Pergilah bodoh! Aku sumpah-seranah lipas tu dalam hati. Macam tahu-tahu je arahanku, lipas tu terus menyelinap ke belakang kabinet dapur. Aku pun apa lagi? Terus aku lompat turun. Rasa ngilu yang amat pada kaki kananku bila aku lompat macam tu. Sakit, tak sakit memang aku tak peduli dah. Yang penting aku nak keluar dari tempat ni.

     Terus aku lari dengan kaki yang sakit. Kaki yang terhincut-hincut aku tak peduli dah. Rasa macam nak nangis pun ada sebab takut dan sakit. Abang... aku nak abang sekarang ni. Mana abang?

     Sampai di ruang masuk ke dapur, aku terlanggar dada seseorang. Hampir-hampir buatkan aku terjatuh. Nasib baik dia sempat halang dengan tangannya. Aku hanya fikirkan abang Qairul dalam kepalaku.

     “Kenapa, Sya?” Suara itu agak cemas.

     Aku rasa macam abang Qairul berdiri di depanku sekarang ni. Terus aku peluk manusia yang berdiri depanku ni kuat-kuat. Sebab aku sangat takut. Aku betul-betul harapkan abang Qairul untuk melindungi aku.

     “Abang, Sya takut! Ada lipas.” Aku mengadu. Makin kejap aku peluk dia. Berharap sangat dia faham ketakutanku yang tahap maksima ni.

     Dia balas pelukanku. Cuba redakan ketakutanku.

     “Syyy… jangan takut. Abang ada,” lembut dia memujukku. Tangan kanannya menggosok belakang tubuhku. Buatkan aku rasa selamat yang amat.

    Diam antara kami.

     “Haikal, Sya, kenapa ni?” Mak Mah menegur dengan mata mengantuk. Terkejut dengan jeritanku kot.

     Aku bagaikan tersedar sesuatu. Haikal? Aku angkat muka. Terkejut semestinya bila lihat wajah tenang Izz. Apatah lagi dengan posisi kami sedang berpelukan ni. Terus aku lepaskan pelukanku. Malunya! Serius aku ingat aku 
tengah peluk abang Q tadi.

     Aku diam dan tunduk. Enggan pandang muka Izz. Apatah lagi nak jawab soalan Mak Mah. Malu dan malu. Tambah-tambah lagi bila Mak Mah jadi penonton setia.

     “Takde apa-apa, Mak Mah. Qisya ni takut lipas. Ada lipas merayap tadi. Sebab tu dia jerit tadi,” jawab Izz.

     Makin merah mukaku. Tak pasal-pasal dia tahu aku dengan lipas ni memang tak ngam. Buat malu je. Besar panjang macam ni tapi takut lipas. Semua ni lipas tak guna tu punya pasal. Entah-entah nanti Izz ejek aku. Entah-entah nanti dia bela lipas banyak-banyak sebab nak takutkan aku. Tak pun sebab nak aku tunduk dengan keputusannya.

     “Owh.. ingatkan kenapa tadi. Mak Mah ingatkan masuk pencuri ke apa.” Aku nampak muka Mak Mah lega.

     “Sorry ya, Mak Mah. Mengganggu Mak Mah pulak.” Izz meminta maaf. Aku cuma diam.

     “Kalau macam tu, Mak Mah sambung tidur la.” Mak Mah menguap lagi sambil tangan kanan menutup mulutnya. Kesian Mak Mah. Tak pasal-pasal terjaga sebab aku.

     Mak Mah berlalu tinggalkan kami berdua. Buatkan aku rasa segan yang amat dengan Izz bila kenangkan aku dengan rela hati peluk dia tadi. Aku rasa nak blah masa ni jugak. Nak pandang muka dia jauh sekali. Malu! Hari ni je dah berapa kali adegan peluk-memeluk berlaku.

     “Saya nak naik.” Aku terus melangkah. Tubuh tingginya yang menghalang jalanku ditolak.

     “Sya..” Izz pegang tanganku, menghalang aku daripada melepasinya.

     “Saya nak naiklah.” Suara aku agak kuat. Sedikit bengang bila keinginanku dihalang. Tangannya yang masih kuat memegang pergelanganku cuba dileraikan.

     “Tunggu abang. Kaki Syakan sakit..” Suara dia berubah tegas. Tapi aku tak peduli. Aku tetap lepaskan pegangan tangan kami.

     Aku berjalan setapak. Tapi sakitnya maha hebat. Ni semua sebab aku dah lompat daripada kerusi tadi. Hampir-hampir aku jatuh, tapi Izz sempat menghalangku. Aku mengerang kesakitan.

     “Kan abang dah cakap tadi. Degil lagi! Terjun kerusi lagi.” Izz marah aku. Kecik hati aku dengar suara tingginya tu. Dengan Maya boleh pulak cakap lembut-lembut. Menyampah aku! Ingat aku nak sangat ke lompat dari kerusi tu kalau tak kenangkan fobia aku dengan lipas tahap kronik tu?

     “Lepaslah. Tak payah pedulikan saya. Pergi bergayut dengan Maya awak tu. Pandailah saya nak jaga diri. Sakit kaki je pun. Bukannya sakit nak mati,” jawabku lantang sambil meronta minta dilepaskan.

     Izz nampak macam tergamam dengan kata-kataku. Tambah pulak dengan aku yang meronta monta dilepaskan. Haa.. tengok! Kan dah keluar dah aura tak matang aku. Yang aku ni pun bodoh. Keluarkan nama Maya sekali. Mesti dia ingat aku cemburu.

     “Degil!” hanya itu yang Izz cakap sebelum mendukungku. Terkejut semestinya bila kaki tiba-tiba tak cecah lantai.

     Izz mendukungku ke ruang tamu sebelum meletakkanku di atas sofa. Lampu dibuka. Ruang tamu yang gelap tadi terus jadi terang-benderang.

     “Bagi abang tengok kaki tu.”

     Izz tarik kaki kananku. Belum sempat aku cakap apa-apa, dia dah selak seluar panjangku ke paras betis. Suka hati  dia je nak buat macam tu. Ingat tengah selak surat khabar ke? Nasob baiklah kaki aku ni licin tak berparut. Aku nampak bengkak kakiku makin besar. San dah berwarna biru. Dia pegang kakiku.

     “Auchh.. sakit,” rintihku. Terus aku tepis tangannya.

     “Abang pergi cari minyak panas kejap. Jangan pergi mana-mana.” Sempat Izz bagi amaran.

     Aku cuma diam bila dia tinggalkan aku. Malas pulak nak lari dengan kaki yang sakit macam ni. Menyusahkan diri je. Tak lama kemudian, Izz datang bersama minyak urut panas berwarna merah. Entah mana dirembatnya, tak pulak aku tahu.

     “Biar abang urut sikit. Biar karang, makin teruk pulak.” Izz menyapu sedikit minyak panas itu pada kakiku. Bila tangannya mula menyentuh kawasan bengkakku, terus aku mengaduh kesakitan. Sakit yang teramat!

     “Tu la.. yang suruh terjun kerusi tu kenapa? Nak sangat jadi superman? Tengok dah jadi makin teruk dah.” Izz memebebel.

     Panas telinga yang mendengar. Ingat aku ni seriang kanak-kanak ribena ke nak lompat dari kerusi macam tu? Tengah darurat, terjun tingkap pun aku sanggup asalkan tak nampak binatang tak guna tu. Yang dia pergi tinggalkan aku sorang-sorang tu kenapa? Pergilah kat Maya kau tu. Nak je aku jawab macam tu.

     “Kaki saya tengah sakit. Kalau awak nak marah saya, tak payah nak urut la. Ingat saya nak sangat ke kaki sakit macam ni? Nak naik bilik la kalau macam ni.” Aku tiba-tiba dah emo.

     Aku nak bangun, tapi Izz halang aku.

     “Okay.. okay.. abang minta maaf kalau abang dah berkasar dengan Sya. Abang cuma bimbangkan Sya je. Abang taknak  Sya cedera lagi.” Suara Izz berubah lembut. Nak pujuk aku. Aku yang nak melangkah pun tak jadi bila dia dah keluarkan suara macam tu.

     Akhirnya, aku biarkan saja tangan Izz yang mula mengurut kakiku. Sakit! Nasib je aku tak tertendang Izz. Aku menggigit bibir bawahku untuk menghalang rasa sakit yang melampau.

     “Sakit..” Aku merintih kesakitan. Keluar air mataku setitik sebab sakit yang amat. Tanpa sedar, aku cengkam bahu Izz yang dekat denganku.

     “Sakit sangat ke?” Dia bertanya lembut. Aku angguk. Memang sangat sakit. Izz berhenti mengurut.

     “Esok sebelum balik rumah mama, kita pergi klinik dulu,” katanya lagi.

     Aku diam. Angguk ke, geleng, yang aku tahu kalau arahan keluar daripada mulut Izz, mana boleh aku tak patuh, kan?

     “Saya nak naik bilik.”

     Aku bangun. Dia cuba menolongku. Kemudian, telefon Izz kembali berdering. Mata aku memang power. Sempat aku nampak nama Maya bila dia keluarkan telefon tu daripada poket baju. Huh, buah hati dah panggil dah. Hati tiba-tiba jadi tawar.

     “Jawablah phone tu. Lambat jawab karang, saya taknak bertanggungjawab kalau ada yang merajuk besok,” mendatar aku bersuara.

     Terus aku tinggalkan Izz dan menuju ke arah tangga dengan kaki yang terhuncut-hincut. Malas aku nak tunggu Izz habis berbual dengan Maya. Buat habis tenaga je. Baik aku naik tidur. Mata dapat berehat, hati pun tak sakit. Err.. kenapa hati aku nak sakit?

     “Hello, Maya. I’ll call you back.” Aku dengar suara Izz.

     “Sya.. tunggu abang.”

     Izz mengejarku. Tak sampai seminit, dia dah berdiri sebelah aku. Tangannya yang tiba-tiba memelukku buatkan aku hampir melatah. Bagilah salam dulu kalau ya pun nak tolong aku. Dia membantuku menaiki tangga. Izz hantar aku hingga ke dalam bilik. Perlahan-lahan dia dudukkan aku di atas tilam empukku.

     “Maya call abang sebab kerja,” kata Izz tiba-tiba. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba dia terangkan perkara sebenar.

     Huh! Ingat aku percaya ke? Tengah-tengah awal pagi ni cakap pasal kerja? Macam takde besok je. Patutlah si Izz ni bersemangat nak stay up malam-malam. Ada peneman rupanya. Betul-betul PA sejati macam ni.

     “Tak kisahlah. Saya taknak tahu apa-apa. Saya nak tidur,” jawabku. Ikutkan hati, nak je aku jawab, ‘Ada aku kisah?’

     Aku berbaring di atas katil. Gebar ditarik hingga menutup separuh tubuhku. Aku membelakangi dia, berharap dia keluar daripada bilikku.

     “Abang taknak Sya salah sangka.”

     “Saya takkan salah sangka sebab saya sedar status saya apa. Saya tak kisah. Saya takde hak nak marah kalau pun awak nak bercinta dengan dia,” selamba aku cakap macam orang takde jiwa. Aku pejam mata. Nak tidur!

     Namun, aku terkejut bila tiba-tiba tubuhku yang sedang mengiring ditarik dari belakang, buatkan aku terlentang. Izz pegang kedua-dua belah bahuku. Mukanya betul-betul menghadap mukaku. Aku terkelu bila mata kami bertentang.

    “Tapi abang kisah. Sebab satu-satunya perempuan yang abang sayang adalah Qisya Iris. Hanya Qisya Iris,” ucapnya. Seraya itu, ubun-ubunku dikucup sekali.

     Izz keluar dari bilikku. Aku masih tergamam. Masih terasa kucupannya di ubun-ubunku. Dada pun masih hebat berdetak. Arghh… lagi-lagi testing heartbeat aku. Tak sukanya! Siapa entah yang bagi izin kat dia cium ubun-ubun aku? suka hati dia je! Benci.



**** MAAF SEMUA...LAMBAT ENTRY KALI NI SEBAB MASA XMENGIZINKAN SY.HUHU...

52 comments:

  1. heheheheeeeee Qisya sudah ada nada nada jeles...jual mahal konon kat izz..sekali haaa maya call..hamik kau Sya..heheheeee..
    sweet sweet.. hehehee :D

    ReplyDelete
  2. Yess..sya dah pandai jeles. suka2!!

    ReplyDelete
  3. yeah...taw pun jeles..bila la nk hilgkn syak wasangka sya tu..

    ReplyDelete
  4. Suka izz sweet je. ....tp nape pulak keje smpi mlm2?

    ReplyDelete
  5. Sweet . Memang sabar je izz tu bestnye dpt hbn mcm dia

    ReplyDelete
  6. Besttttt...sambung la lg

    ReplyDelete
  7. hahahahahahha... qisya jeles la plak ye..heheheh

    ReplyDelete
  8. dah terubat rindu kat Sya, Izz & hafiy...

    ReplyDelete
  9. Alahai Qisya perangai macam bebudak....

    ReplyDelete
  10. hihi,....qisya dah ader bunga2 jeles kat izz ye.hamek ko qisya..dapat hubby hensem takmo layan...kikiki....kan dah kena marah..
    keep it up izz..sayang hafiy...

    ReplyDelete
  11. best la... hai qisya dah pandai merajuk la..
    tu dah ada bibit cayang pada izz..
    izz usaha lebih baru qisya sayang lebih..

    ReplyDelete
  12. thanks kak Anjell. memang sweet! :)

    ReplyDelete
  13. dah ada peningkatan bila Qisya pandai merajuk dan cemburu...
    Izz pun dah boleh tahan juga pandai memujuk dengan cara yang sweettttt..
    Izz teruskan usaha demi cinta pada Qisya... yang penting Izz dah halal kan... nak buat apa-apa pun boleh tapi kalau nak yang lebih tu kena sama-sama rela dan ikhlas ok... ambil hati dulu...

    ReplyDelete
  14. Lamanyer tggu baru ada n3 baru. Tp xpe asalkan berbaloi. Rasa-nyer bila blh dpt update bab 22 pula?

    ReplyDelete
  15. sweet ja.... rasa n3 ni mcm pendek ja...huhuhu...tk sabar nk tggu next n3...

    ReplyDelete
  16. OMG... so sweetttttt..... berballoi hari2 buka blog anjell.. hari mcm dpt bonus lak rasanya.. next n3 jgn lama sgt ye dik...

    ReplyDelete
  17. Aduh, kalau mcm nie mmg cair la si sya tu... next entry please cik writer...

    ReplyDelete
  18. woooo...sweetnye izz ni..bgla izz plak yg jeles tau kak anjell..

    ReplyDelete
  19. wahhhh!!!! best nyer.... tq cik penulis... qisya,.. jgn la keras sgt hati tu... kan izz ckp dia syg awak sorang ajer... eerrmm.. so sweet izz... ;)

    ReplyDelete
  20. Anjel, thanks buat pelepas rindu, Izz so sweet dan nak lagiiii....

    ReplyDelete
  21. Sudah ada bunga bunga cinta nampalnya Qisya ni ya.... And Izz, sweetnya. Tapi workaholic sangat kot....padanlah Qisya jeles pun.

    ReplyDelete
  22. perh..da terubat rindu kt Sya,Izz n Hafiy.. nk lg taw!!!yuhuuu

    ReplyDelete
  23. OMO2!!! SWEETTT GILEEE IZZ!!! Cair lah plak dgn characterr mamat nie <3 Hee :D. Good job kak writter <3

    ReplyDelete
  24. SUKE SUKE SUKE...HILANG TENSYEN KERJA BILE BACA N3 NI..sweet laa...rindu pd si dia..hihihi..next...Niza

    ReplyDelete
  25. best! sangat best. :D

    ReplyDelete
  26. best....qisya dah pandai merajuk,pandai cemburu....sabar nye si Izz melayan.....

    ReplyDelete
  27. Maaf anda diterima kak anjel... hehe... best sgt2 en3 ney... keep it up... xsia2 hari2 jguk blog akak nk nengok next en3... klau boley nk next en3 eps 22 cpt2 ckit ekk akak...
    Izz mmg so sweet... =)

    ReplyDelete
  28. Ya Allah sya ni, x nmpk lg ke yg izz 2 syg awk sbnrnya

    ReplyDelete
  29. Thanx writer! Thanx a bunch! Nice & sweet entry.seronok bila tgk sya jelaous.dia syg izz tp dia tak sedar.bak kat izz, degil! Haha. Keep it up! See ya with ur next entry! :-)

    ReplyDelete
  30. TENGKIU...Best dah lepas rindu ni

    ReplyDelete
  31. wahh...rasa nk melompt je ble tgk de n3 br...sgt suke..sya dh stat jeles....hehe

    ReplyDelete
  32. thank u anjell..lama tgu entry kali ni.

    glad sya tunjuk jealous2 gitu.

    ReplyDelete
  33. Hilang bosan tunggu train xsampai2 ni..gud job dear..keep it up

    ReplyDelete
  34. yeayyy .. lps tggu dgn sabar akhirnye dpt jugak smbgn ... jual mahal lagi qisya !

    ReplyDelete
  35. cepat bg entry sterusnya ya cik pnulis...
    citer mkin besttt...
    sukeee sgt....

    ReplyDelete
  36. memang best sesangat,walau pun kes kawin terpaksa but aura cinta romantik n sya yang teramat manja nye ngalah kan hafiy..leh terbuai ati sanubari ngan couple ne!!nak g dek laju2 ye teramat nye best...

    ReplyDelete
  37. Bila nk samb lg ni? EC apa kabar ,dah hantar ke manuscript nye??

    ReplyDelete
  38. Anjell! Ceriter tak menjemukan.kalau baca rasa tak nak berhenti dan ada rasa tak cukup panjang .Seronok tengok Izz sabar dengan Qisha. Qisha tu budak-budak lagi, Izz kena sabar banyak.Anjell bila nak sambung lagi.

    ReplyDelete
  39. please post some more. terbaca dh episod berapa. boleh tahan menarik. keep digging smpai episod satu. yeahhh, tolong laaaaaaaaa habis kn! T.T

    ReplyDelete
  40. bla nk smbung citer nie.....
    arie2 bka x der pn bab baru......
    dh rndu kat hafiy dah....

    ReplyDelete
  41. cerita ni mmg best, sorry coz saya mmg jrg drop comment but for this story I'm giving you 5star *****.truskan usaha, hasilkan karya yg mantap...I know you can do better than this..

    ReplyDelete
  42. next ntry pless...lma sesangt tnggu..tiap2 hr bukak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la... Hari2 singgah sini... He he

      Delete
  43. yes!!! Qisya da jealous....rindu la plak dkt abg qisya yg kuat mngusik hehehhe...anyway good job writer :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )