BAB 21
Pukul dua pagi, mata Harraz rasa agak
letih. Mana tak letih kalau lebih tiga jam asyik menghadap macbook
Apple depan mata. Gigih dia menyiapkan semua slide untuk perbentangan besok. Meeting
besok sangat penting. Syarikatnya tak boleh hilang projek besar itu. Sangat
rugi.
Harraz menggeliatkan tubuhnya. Tegak
sembilan puluh darjah atas kerusi lama-lama, mahu bercantum semua tulang
belakangnya. Tak pasal-pasal kena ankylosing
spondilotis. Harraz bangun untuk ke dapur. Pekena kopi panas sedap juga.
Tubuhnya sekarang sangat memerlukan bantuan kafien untuk bertahan lebih lama.
Harraz duduk di atas sebuah kerusi. Kopi
buatannya dihirup perlahan. Tiba-tiba teringat rasa kopi yang pernah dibuat Nurin.
Sedap. Apa rahsianya ya? Bila ditanya, sempat Nurin kenakan dia pula.
Haish.. kenapa aku fikir dia sekarang ni?
Harraz bagaikan baru tersedar. Otak dah penat sangat agaknya. Sambung kerja,
Harraz. Harraz hirup sampai habis sebelum membasuh mug biru itu.
Kepala kembali fikirkan kerja. Besok dia
tahu ramai pesaingnya yang akan cuba rampas projek yang diberi nama ‘Nature City’ itu. Harraz sendiri pun
terlibat secara serius. Dia akan pastikan Harraz Holdings akan menang kali ini.
Macam biasa.
Besok Datuk Khalil akan memilih design bagunan yang terbaik untuk Nature City. Semua yang bersaing dibenarkan untuk menghantar maksimum tiga
lukisan. Tapi Harraz Holdings cuma menghantar dua. Dua pun dah cukup hebat. Dia
yakin Harraz Holdings akan menang. Sebab yang melukisnya Eriq dan Ash.
Kedua-duanya arkitek hebat yang menarik minat semua musuh Harraz Holdings.
Ramai yang cuba memancing mereka tapi mereka berdua tetap setia dengan Harraz.
Pandangan Harraz beralih pada beberapa
gulungan kertas di tepi meja kerjanya. Dah lama berada di situ tapi masih belum
ada peluang untuk melihat isinya.
Apa ni? Harraz cuba ingat balik. Dia ada
minta lukisan baru ke? Untuk projek yang mana? Dicapai satu sebelum dibuka.
Design untuk Nature City? Siapa punya?
Kenapa dia tak pernah perasan sekali pun? Nampak satu tulisan kecil yang
ditulis dengan pensil di penjuru kertas itu.
Nurin Areesa? Nurin punya? Bila Nurin
lukis benda ni? Harraz teringatkan sesuatu. Masa interview Nurin. Diperhatikan keseluruhan lukisan itu. Satu je yang
dapat diputuskan. Boleh tahan!
Kenapa tak pernah dia perasan sekali
pun? Rasanya dulu dia pernah suruh Eves buang semuanya. Tapi kenapa boleh ada
dalam biliknya sekarang? Harraz bingung. Mungkin Tuhan nak tunjukkan sesuatu.
Harraz tahu nak buat apa.
-----------------
Bunyi loceng ditekan. Harraz terus buka
pintu. Nampak Eriq dan Ash, lalu dia membiarkan mereka berdua masuk.
“Sorry
kacau awal pagi macam ni,” ucap Harraz.
“It’s
okay, boss. Kami pun bukannya tidur lagi,” jawab Ash. Padahal dalam kereta
Eriq tadi, dah disumpah-sumpah Harraz yang mengacau waktu rehat mereka. Nasib
baik bos. Nasib baik juga Harraz dah minta maaf.
Tapi dia tahu, bila Harraz panggil
mengejut macam ni, mesti ada sesuatu yang penting.
“Ada apa, bos?” soal Eriq.
“I’ve
found something. And I need both of you to decide this.”
“Apa dia?” soal Ash balik.
“What
do you think?” Kertas yang dijumpa itu dibuka dan diletakkan atas meja.
Mata Eriq dan Ash menala ke arah kertas itu. Kedua-duanya diam menganalisa.
“Hmm…
not bad. Brilliant idea,” komen Ash.
“I
like the way he expresses his idea. Anyway,
siapa punya ni?” soal Eriq pula.
“Nurin.”
“Nurin? Hmm.. no wonder la. But still,
memang hebat untuk seseorang yang masih baru macam dia,” kata Ash pula. Kagum
sekejap.
“Couple
of things to be fixed, and then it’ll be perfect,” tambah Eriq.
“Sebab tu I panggil both of you. You berdua boleh tolong I? Kali ni, Harraz Holdings
akan hantar tiga lukisan. I harap semuanya siap sebelum pagi besok.”
Nak pagi besok? Alahai.. pulun habislah
lepas ni. Bos dah minta tolong. Apa lagi pilihan yang ada?
“Okay.
We’ll try our best.” Eriq setuju.
“But,
who will be presenting this tomorrow?” soal Ash pula.
“Tuan punya lukisan la. Siapa lagi?”
jawab Harraz.
--------------
“Ikut aku sekarang,” arah Harraz kepada
Nurin.
Ikut dia lagi? Pergi mana pulak dah?
Tapi Nurin tetap patuh. Bangun juga sambil mengikut langkah bergaya Harraz.
Bila nampak Harraz ke lif, dah boleh diagak mereka akan keluar lagi. Tapi kali
ni pergi mana?
“Kali ni kita nak ke mana, encik?” soal
Nurin.
“Meeting.
Prepare mental dan fizikal kau.”
Aku pulak? Kenapa aku? Nurin tak faham.
“Kenapa?” soal Nurin balik. Kaki
melangkah ke arah kereta. Ketika itulah dia nampak Eriq dan Ash turut ada
bersama. Kali ni mereka berempat.
Eh, kenapa Eriq dan Ash ada sekali?
Bukan ke mereka hari ni ada meeting?
Kata mereka projek besar. Kalau tak salah pasal Nature City. Bila sebut Nature
City, masa tu la dia ingatkan pasal kena gula dengan Harraz. Bengkak jugak
hati. Bengkak tak bengkak, semuanya dah lepas. Ingat balik pun buat sakit hati
je. Entah apa la nasib lukisan-lukisan dia tu? Kalaulah masa boleh diulang,
memang dia takkan bagi Harraz.
“Hai, Nurin! Congratulation,” ucap Ash.
Kenapa pulak ni? Lagi Nurin bingung.
“Err..
bos belum cakap lagi ke?” Ash soal Harraz bila tengok muka blur Nurin.
“Hari ni, kita semua ada presentation untuk projek Nature City. Kau ingatkan lukisan yang
kau bagi aku dulu? One of them is chosen.
Dan hari ni, kau kena bentangkan pasal lukisan kau tu depan semua orang nanti.”
Nurin ternganga dulu.
“Hah? Eh.. kenapa pulak macam tu? Saya
tak tahu apa-apa.” Nurin dah gelabah. Kepala rasa kosong. Gila apa tiba-tiba
nak pergi bentang. Ingat macam bentang sejadah ke?
Ash dan Eriq ketawa dengan reaksi Nurin.
“Jangan risau, Nurin. You boleh punya. I
yakin you boleh,” sokong Eriq.
“Tapi saya tak tahu apa-apa.” Gelabah
balik. Nurin kalau dah gelabah, mulalah rasa nak ke tandas je kerjanya. Aktif
pulak buah pinggang bekerja bila tengah gelabah.
“Simple
je, Nurin. Macam present masa zaman U
dulu je. Bukak slide, baca. Tak pun cerita
apa yang ingat. Tu lukisan you. Mesti you tahu. You kena sampaikan idea tu pada
orang lain. Tu je.” Ash beri tunjuk ajar.
Simple dia cakap? Dia dah otai, memanglah.
Pejam mata pun boleh cakap. Present
macam zaman U? Dulu mana pernah dia bersedia. Main bantai apa dalam kepala je
sebab dia tak suka hafal. Sekarang ni masih boleh pakai ke? Tak berani ambil
risiko sebab kali ni memang besar.
“Tapi, mana ada slide.”
“Don’t
worry. Semua dah settle. Tak
tidur malam tau kami buat slide untuk
you. Sebab kami nak tolong you. This is
your chance. I harap you jangan musnahkan usaha murni kami ni,” balas Eriq
pula.
Waa.. terharu pulak dengar! Baiknya
mereka.
“Thanks,
Eriq, Ash.”
“Don’t
thank us. Thank boss. It’s his idea. Kami ni cuma tolong je,” jawab Ash
pula.
Sebab Harraz? Nurin pandang Harraz yang
lebih selesa berdiam diri dari tadi. Harraz tengah sibuk memeriksa tablet di
tangannya. Buat tak dengar dengan perbualan mereka. Dia sendiri tak tahu kenapa
dia baik hati sangat untuk menolong Nurin. Mungkin ini cara berkesan untuk
baikpulihkan hubungan mereka? Atau pun semua ni untuk kembalikan Nurin yang
lama? Atau sememangnya dia taknak sia-siakan bakat Nurin yang memang berbakat
itu?
“Thanks,
boss,” ucap Nurin ikhlas. Kali
pertama dia nampak Harraz baik sangat. Lagi sekali dia hutang budi dengan
Harraz.
“Just
don’t ruin my trust. Pay it by doing your best in this presentation,” balas
Harraz dengan mata masih tepat pada tablet di tangan.
--------------
Pertama kali membuat perbentangan di
depan orang ramai sangat mendebarkan. Kerja lebih masa sekejap jantungnya. Selagi
tak habis, selagi itulah detak jantung tak normal. Tangan pun rasa sejuk habis.
Kali terakhir Nurin rasa macam ni adalah ketika Lee paksa dia jadi model dulu.
“Kau ni kenapa? Macam kucing nak beranak
dah aku tengok. Cuba relaks sikit. Turn
kau lepas ni,” bisik Harraz. Mata pandang depan. Ash tengah membentangkan hasil
kerjanya.
“Saya takut, encik,” akui Nurin. Harraz
pandang Nurin. Muka perempuan itu nampak tak senang duduk. Ni bukan macam
kucing nak beranak normal ni. Ni dah macam kucing nak beranak caesarean.
“Everyone
has his or her own first time. You too, Nurin. But it doesn’t mean that you
can’t do your best. Nervous can kill your mind, Nurin. Manage it.” Harraz
bagi kata-kata semangat.
“Kalau saya malukan Harraz Holdings
macam mana?” Itu yang Nurin takutkan sebenarnya. Malukan Harraz. Mampu ke dia
bertanggungjawab?
Serius rasa tak yakin. Dia pun
ingat-ingat lupa hasil tangannya. Tadi pun sempat scan sikit-sikit slide
yang disediakan oleh Eriq dan Ash. Nasib baik mereka berdua yang banyak tolong.
“Present
like you are telling a story. Express your idea. Kenapa kau rasa design kau sesuai untuk Nature City ni,” tambah Harraz lagi.
Bila lihat Ash berlalu ke meja mereka,
Nurin tahu gilirannya telah tiba sekarang ni. Nurin bangun dari tempat
duduknya.
“And
I trust you, Nurin. All the best,”
sempat Harraz berpesan.
Ketakutan Nurin bagaikan hilang lepas
dengar pesanan Harraz. Dirasakan itu kata-kata yang paling indah yang pernah keluar
dari mulut Harraz. Bunyinya ikhlas. Harraz yang selalu menyinisnya
percayakannya hari ni. Dia yakin dia boleh.
Yakin pada diri kau, Nurin. Usaha dan
tinggalkan segalanya kepada Allah. Jangan nervous,
jangan gabra. Bak kata Harraz, nervous
can kill your mind. Manage it.
Harraz kata, present like you are telling a story. Macam bercerita, Nurin. Luahkan
semua idea kau.
----------------
Lima lukisan terbaik dipilih untuk
diteliti. Yang tak disangka-sangka, ketiga-tiga lukisan daripada Harraz
Holdings terpilih. Dan sekejap lagi keputusan akan diumumkan untuk menentukan
syarikat mana yang akan terpilih.
Nurin sendiri tak percaya bila
lukisannya terpilih. Gembira bukan main dia. Tak kisahlah kalau tak terpilih
pun lepas ni. Berjaya terpilih sebagai lima terbaik pun dah rasa bersyukur yang
amat.
Keputusan diumumkan sendiri oleh Datuk
Khalil. Dan bila nama Harraz Holdings naik, Nurin tak percaya bila replika 3D
dipaparkan di skrin besar depan itu adalah miliknya. Bersorak semua wakil
Harraz Holdings.
“Nurin,
you did it. You did it.” Eriq tumpang gembira. Beria-ia dia tepuk tangan.
Siapa pun yang terpilih, tak kisah. Janji tetap Harraz Holdings.
“Waa.. too awesome for first timer. You hebat, Nurin.” Ash tak kurang
memuji Nurin. Kagum.
Harraz turut berpuas hati. Matanya tak
pernah salah. Firasatnya memang kuat mengatakan lukisan Nurin bakal terpilih.
Walaupun kali pertama, tapi satu perkataan yang pasti dan dia akuinya. Nurin
hebat.
“No,
it’s ours. Eriq dan Ash yang banyak perbaiki lukisan saya. It’s ours,” kata Nurin.
Itu hakikat. Lukisannya diubah sedikit
supaya nampak lagi teratur dan halus. Itu semua bantuan Eriq dan Ash. Mereka
berdua yang hasilkan replika 3D dan menyediakan slide perbentangan yang dia sendiri belum mampu lakukannya dalam
satu malam. Jadi, memang wajarlah hasil kerja mereka semua. Bukan dia seorang.
Dan yang pasti satu orang ni yang dia
sangat berterima kasih. Harraz.
“Thanks,
encik. Saya berterima kasih sangat-sangat.”
Harraz cuma senyum. Tak sinis macam
selalu. Tapi cukup manis.
“You
worth it. Congratulation,” ucap Harraz.
Kali pertama dia dengar Harraz ucapkan
tahniah padanya. Sedap la pulak telinga dengar suara dia. Gila kau Nurin!
Tengah kecoh-kecoh macam ni, telinga sempat menganalis suara mamat tu.
--------------
“Harraz Naufal. Congratulation,” ucap Datuk Khalil. Dia berjabat tangan dengan
Harraz.
“Thanks,
Datuk. Datuk pilih kami dan kami takkan hampakan datuk.”
“Macam mana Harraz Holdings yang propose dua cadangan tiba-tiba hari ni
jadi tiga. Is it a tactic? If it is, you
are great then. I pun boleh impress.
Anyway, I tak pernah nampak Cik Nurin
Areesa ni?” Pandangan Datuk Khalil beralih pada Nurin yang berdiri sebelah Harraz.
Nurin hanya senyum pandang Datuk Khalil.
Tapi cukup tak senang dengan pandangan dari atas sampai bawah orang tua tu.
“Dia arkitek baru syarikat I. Hari ni
cuba nasib dengan projek besar. And glad,
she satisfied me.”
“Berbakat. Dan cantik. Hmm.. you dah kahwin, Nurin?” Soalan
yang tak disangka-sangka itu buatkan Nurin terkedu. Sempat dia pandang Harraz.
Apa kena dengan datuk ni? Penting ke dia kahwin ke tak?
“Err..
belum, datuk.”
“Tapi dah tunang. Beberapa bulan lagi
nak kahwin,” selamba Harraz tambah. Cukup tak senang bila Datuk Khalil
seolah-olah pasang niat yang tak baik pada Nurin.
Nurin pandang Harraz. Selamba betul
mukanya. Suka hati je nak cop orang dah bertunang. Banyaklah tunang. Dengan
siapa? Kau? Mentang-mentang dulu Harraz selamba jaja cerita dia ni tunang
Harraz.
Tapi bagus juga. Sebab dia kurang senang
dengan pandangan Datuk Khalil padanya.
“We
got to go, Datuk. Kalau takde apa-apa lagi, kami balik dulu. Terima kasih
sekali lagi sebab pilih kami,” kata Harraz.
Kalau boleh dia nak cepat-cepat
berambus. Tak suka betul bila tengok cara Datuk Khalil pandang Nurin. Orang tua
tu pun boleh tahan miangnya. Harraz ada dengar. Tapi demi projek besar ini,
Harraz butakan mata dan pekakkan telinga je.
“Kenapa encik cakap saya dah tunang?
Kalau dia tahu hal sebenar, macam mana? Mesti dia marah.”
“Kalau aku cakap hal sebenar, kau tu dua
hari dah dingap datuk tu. Kau tak nampak ke dia dah pandang kau lain macam? Kau
tak kenal dia siapa. Tak kira perempuan nak disambarnya. Kira kau kena
bersyukur sebab aku dah selamatkan kau dari dia tahu?” balas Harraz balik.
“Dah.. cepat jalan. Eriq dan Ash dah
lama tunggu kita. Rimas aku lama-lama kat tempat ni,” sambung Harraz lagi.
hati harraz dh da nama nurin ehh
ReplyDeleteBest sangat...ingat ari khamis n3..berbaloi juga jeling2 kat blog u...sekali lagi harraz penyelamat nurin...tq anjel
ReplyDeleteSama la.. Ingatkan Khamis jugak. Hihi. Sayangggg Anjel ketat2!! Hehe
Deletebest 3x.
ReplyDeleteharraz jelessss la tuuu....
ReplyDeletealololo, so sweett harraz..
ReplyDeletenurin ni bakal2 nak jatuh cinta ni...
ahahahahah
tq sis..hilang ngantokk..
ReplyDeleteBentang sejadah itu lawak hihi best mula dah haraz dah terpikat dgn nurin
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. Thanks Anjell <3 <3 <3 u alots for the new entry...
ReplyDeleteTerasa macam saya pun terlibat dalam situasi mengejut ni. (^_^) thumbs up
sukanyeeee....
ReplyDeleteMakin suka Pulak kat harraz Senggal ni...protective sgguh kat zurin. Nape x ngaku dia tunang zurin. X sbr tggu mereka berindu2an .....cepat2 smbg lagi
ReplyDeleteMne dtg zurin ni?? Nurin la..
DeleteHe..he....kak eijan....kak eijan...typo kot....
DeleteBest!!!
ReplyDeleteHoyehhhhh..ada n3 baru..mekasih anjell..tau harraz takut bila nurin dah x pedulikan dia..pandai amek hati nurin eh..tu la lukisan yg nak di bakul sampahkan dulu terpilih..tahniah nurin..
ReplyDeleteOne word: awesome!!! ;)
ReplyDeletehappynya..akak..at last..Harraz dpt menerima Nurin seadanya..
ReplyDeleteAlololo..comelnya cara harraz caring kat nurin..best la..nk lagi..hehe..
ReplyDeleteSelalulah rajin anjell .. nah muah muah huhuu
ReplyDeleteSekali lagi..harraz jadi penyelamat nurin
ReplyDeleteBest betul cerita ni..nurin yg sempoi..harraz yg kerek
ReplyDeleteaigoo nak lagi kak anjell!! xoxo ;)
ReplyDeleteAi suka..ai suka..tertiba tingat puan sri..tundukkan dia..tundukkan harraz nurin..skrg nurin dah jd asset co..ha time ni bole le nurin jual mahal sikit bg harraz tunduk kt dia..tarik rega nurin..biar harraz merayu2..
ReplyDeleteHaha slmt lgi lukisan dlu ms intrvw erk... Thanks to eve... Hehehe...wah wah i can smell jelousy is in the air....
ReplyDeleteWow....wow.....wow....no wording..great anjel......hi....hi.... next n3 please..
ReplyDeleteHuhuhu. ... dah 2 kali si harraz ni citer pasal tunang. Kalo masuk kali ke3 kira jadi jer lah XD
ReplyDeleteTerima kasih Cik Anjell
Harraz ni..sebenarnya dah tangkap cintan dgn nurin..saje je nak buat garang2..bila la si farhan nak muncul lg..biar bg harraz tergugat..
ReplyDeleteBest sgt..tq anjell
ReplyDeletebest!!
ReplyDeleteNice n3... Xsbar nk bce next n3... Hehehehe
ReplyDeleteBest sgt..nk lg...x sbar nk bca next n3 ni....
ReplyDeleteJatuh chenta ngn story ni..gud writer..thanks so much
ReplyDeleteBest bab 21!! tp sedih... sbbnya tggl lg 4 bab je... :(
ReplyDeleteWaaaa..xsbr nk tggu next chapter....huhuhuhu...nice..
ReplyDeleteWaaa best bestttt cepat cik anjelll next n3 trus kuar novel la x sabar ni....
ReplyDeletehehehe...dalam hati ada taman...
ReplyDeletedah 2 kali harraz ckp nurin dah bertunang...dan harraz semakin sejuk..hehe
ReplyDeleteBest sgt2!
ReplyDeleteGreat....*****....(^^)
ReplyDeleteoh yeah! harraz backup nurin....apepun another great n3 :)
ReplyDeleteHarrza cemburu ke?? bunga-bunga baru nak tumbuh kat taman hati tu... cepat sambunggg
ReplyDeleteakhirnya, nurin berjaya buktikan kemahirannya..... harraz dah nampak talent yg ada pada nurin.....
ReplyDeleteDari pagi dok ulang alik kat sini..teori anjell upload n3 hari khamis n ahad dah x leh pakai dah..tak sabar nak tgk reaksi harraz sebenarnya kalau dia tau sape tuan punya mata yg dicari2 tu..
ReplyDeleteKikiki.. Awk ke yg mula2 bt teori tu cik Anon? Sbb xpasal2 sy pn dok rajin ulang alik sini esp tiap khamis n ahad. Hihihi
DeleteHahaha bkn saya tp anon lain..lepas tu saya perati mmg betul anjell upload samada hari khamis atau ahad.. tp lepas raya ni harinya dah lari..jenuh nak kejar tp x dpt..adeiii cik anjell..hati x pokus nak bunuh setan mlm ni sbb n3 ilek..kuikuikui
DeleteBest.
ReplyDelete