Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 8 April 2017

Dr. Alpha Male (TEASER)

TEASER

Pagi itu, aku menyimpan segala barangku ke dalam kereta untuk dibawa balik ke rumah sewaku. Hampir seminggu aku habiskan masa di kampung, berfikir tanpa gangguan. Sekarang tengah cuti semester. Tapi cuti kali ini aku tak boleh nak bercuti sangat. Aku punya Mathematical Project yang perlu disiapkan. Itu adalah untuk subjek semester depan. Tapi memang semua bertungkus-lumus bermula dari semester lima lagi.

“Kakak..” Aku nampak umi di muka pintu. Kemudian berlari-lari anak turun anak tangga menuju ke arahku. Riak wajahnya agak cemas. Sebenarnya, aku sudah jangkakan reaksi umi itu. Tapi aku cuma berdiam diri.

Umi merapatiku yang berdiri di bahagian bonet kereta. Ada satu kotak kecil jernih dalam genggaman umi. Terbuka dan menunjukkan isinya yang kosong.

“Kenapa, umi?” soalku.

“Kakak, cincin Hilman hilang. Kotak..” Kata-kata umi tergantung di situ sebaik sahaja matanya menangkap kilauan pada jari manisku. Matanya sedikit meluas sebelum senyum menjadi lebar. Hilang segala rasa cemasnya tadi.

“Ya, umi. Cincin yang umi cari tu ada pada jari kakak,” kataku sebelum umi buka mulut. Aku tunjukkan jari manisku yang tersarung cincin Hilman. Senyap-senyap aku seludup masuk bilik umi. Saja nak bikin havoc, curi cincin tunang sendiri. Haha.

“Kakak terima Hilman?” soal umi teruja. Masih tak percaya agaknya.

Aku cuma angguk seraya senyum kecil.

“Alhamdulillah. Umi dah agak dah. Kakak pasti akan terima Hilman. Umi gembira sangat-sangat.”

Tubuhku terus dipeluk erat-erat. Umi betul-betul gembira nampaknya. Masa aku bertunang dengan Iwan pun, senyuman umi tak selebar ini. Mungkin kerana tercapai juga hasratnya mahu bermenantukan Hilman dan berbesan dengan kawan baiknya itu.

Umi rungkaikan pelukannya.

“Kakak yakin?” Umi minta kepastian. Mungkin dia takut aku akan menyesal. Hakikatnya aku sendiri takut aku akan menyesal. Jauhkanlah syaitan yang berbisik segala keraguan ke dalam hatiku. Aku berdoa.

“ Insya-Allah yakin,” jawabku. Pasrah.

Aku tunduk pandang cincin emas itu. Sangat ringkas. Cincin yang menggantikan cincin Iwan yang dulu. Betul-betul muat dengan jari runcingku. Tertanya-tanya juga aku macam mana Hilman boleh tahu saiz jariku?

Sekali lagi aku bergelar tunangan orang. Aku harap inilah kali terakhir.

“Umi yakin Hilman adalah yang terbaik untuk kakak dan boleh bahagiakan kakak. Tak sabarnya nak beritahu Lyn.” Umi teruja lagi.

“Umi, tolong jangan bagi tahu Hilman. Kakak sendiri nak cakap kat dia,” pintaku kepada umi. Salah satu sebab aku mahu pulang awal ke kampus adalah kerana Hilman. Kali terakhir kami berhubung adalah ketika di pantai dulu. Setelah itu, dia betul-betul beri masa kepadaku untuk berfikir. Dia hormatkan permintaanku.

Dan untuk itu, aku rasa selayaknya aku sendiri yang mengkhabarkan berita ini. Sekurang-kurangnya semuanya berbaloi dengan usaha dan penantiannya.

“Okey. Umi takkan cakap pada Hilman. Nanti umi suruh Lyn rahsiakan daripada Hilman.” Dengan senyuman lebar yang tak hilang-hilang lagi, umi menjawab.

“Kakak dah nak balik ke?” soal umi lagi apabila menjenguk ke dalam bonet kereta yang terisi beg komputer ribaku.

Aku angguk. Bonet kereta terus ditutup rapat. Dah tiada barang untuk diangkut lagi.

“Haah umi. Kakak balik dulu. Kalau kakak tak ada apa-apa, lusa kakak balik sini.”

Aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan umi. Terasa malas sebenarnya nak balik ke rumah sewaku. Tapi demi projek tahun akhirku, terpaksalah aku berkorban.

“Hati-hati drive. Jangan lupa baca doa naik kenderaan.” Pesanan wajib umi setiap kali aku mahu pulang ke rumah sewaku.

    -----------

Jari telunjuk mengetuk-ngetuk bekas plastik berlambangkan Starbucks itu. Espresso. Kalau dah namanya espresso, tentu sajalah bukan untukku. Aku memang tak suka kopi. Pahit! Ini adalah untuk Hilman. Patutkah aku cakap, tunangku?

Tunang. Rasa janggal pula rasanya. Padahal hampir setahun aku memegang status itu kerana Iwan. Dan apabila bertukar orang, rasa semacam la pulak. Entahlah. Aku cuba tepis jauh-jauh perasaan itu. Mungkin lama-kelamaan aku akan biasa.

Setelah hampir dua minit menunggu, pintu lif terbuka. Ruangan lobi bangunan pejabat pensyarah itu agak sepi. Cuma aku seorang yang berada di dalam kotak besi itu. Aku ke sini pun sebenarnya bukan mahu berjumpa Hilman semata. Aku mahu bertemu Dr. Rina untuk berbincang tentang projek tahun akhirku.

Alang-alang satu aras dengan Hilman, aku membuat keputusan untuk bertemu Hilman dahulu. Mahu bertanya khabar. Seminggu lebih terputus hubungan dengannya, jujur aku rasa rindu untuk dengar suaranya. Kalau aku dah bersedia, mungkin juga aku akan mengkhabarkan tentang berita itu.

Dada rasa rancak berdetak sebaik kaki makin menghampiri bilik Hilman. Lama tak berjumpa dia, entah kenapa boleh rasa nervous pulak. Tapi aku cuba bertenang. Berlagak selamba. Tayang muka selamba.

Beberapa meter sebelum aku tiba di depan bilik Hilman, aku nampak pintu biliknya sedikit terkuak. Apa yang aku nampak buatkan aku rasa nak baling espresso masuk tong sampah. Oh, silap! Buatkan aku rasa nak simbah ke muka Hilman. Dan Nayla.

Ya.. sekarang ni, Hilman sedang duduk berdua dengan si salmonella tu! Aku tak dengar apa yang mereka bualkan dan aku tak lalu nak dengar. Entah kenapa juga aku rasa macam ada sesuatu yang mencengkam dadaku kuat-kuat. Sakit.

Kemudian tersedar sesuatu. Bodoh kau, Hazel! Aku tahu yang semuanya terlalu sempurna untuk menjadi satu kenyataan. Hilman tipu aku! Dia cakap dia dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Nayla, tapi sekarang ni apa? Dasar lelaki!

Dengan wajah yang masam, aku tarik cincin di jari manisku dengan kasar. Berbirat juga rasa. Tapi tak sesakit hatiku sekarang ni. Aku pandang cincin itu lama-lama. Menyesal aku setuju. Kalau ikutkan hati marahku, memang aku buang terus. Tapi aku ada niat lagi murni. Aku nak jual. Nanti dapat duit. Barulah rasa puas hati sikit!

Lagi lama aku berdiri, lagi rasa darah mendidih. Malas aku nak sakit hati sendiri, aku mula mengatur langkah untuk ke bilik Dr. Rina. Huh.. rosak mood baik aku hari ni. Ikutkan hati, nak terus balik rumah. Tapi, aku dah janji dengan Dr. Rina.

Ketika aku berjalan ke bilik Dr. Rina, tiba-tiba aku bertembung dengan seorang lelaki. Aku pernah nampak dia ketika aku temankan Sabiha ke mesyuarat persatuan. Dia adalah pelajar diploma. Kalau tak salah, Naim namanya. Timbalan presiden aka orang kanan Sabiha.

Lalu kusekat langkahnya. Aku rasa aku tahu tujuannya ke aras ini.

“Naimkan?” tegurku.

“Ya, saya. Kak Hazel?” tekanya. Aku angguk.

“Nak pergi mana?”

“Nak jumpa Dr. Hilman. Nak minta dia signkan surat penting.” Macam yang aku agak, mesti nak jumpa Dr. Hilman. Sebab sekarang Dr. Hilman dah dilantik menjadi penasihat persatuan yang baru.

Bagus sangatlah kalau si Naim ni nak jumpa Hilman.

Good. Ni.. bagi ni kat Dr. Hilman. Kalau dia tanya siapa bagi, jangan cakap akak yang bagi. Cakap jatuh dari langit,” kataku dengan suara ditahan-tahan.

Naim pandang aku macam aku ni makhluk Zuhal yang baru menjelma jadi manusia. Aku buat tak tahu.

“Terima kasih,” kataku sebelum buka langkah.

  ------------

Hampir sejam aku bertemu dengan Dr. Rina, akhirnya supervisorku itu melepaskanku pulang. Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku selepas perkataan keramat itu keluar dari mulutnya. Dengan mood yang merudum gara-gara Hilman tadi, tambah pulak sejam bersengkang mata di depan jurnal hard copies milik Dr. Rina, serius aku rasa nak cari katil sekarang ni. Tak pun cari askrim Magnum Almond. Nak turunkan kadar stres.

Aku simpan komputer riba di dalam beg galasku terlebih dahulu. Kemudian aku bersalam dan berterima kasih kepada Dr. Rina. Pertemuan kami sudah tentu diakhiri dengan set tarikh temu janji untuk sesi seterusnya.

Aku capai telefon pintar dari poket seluar jeansku. Mahu melihat jam. Tepat-tepat pukul tiga petang. Aku mengeluh kecil. Malas-malas aku mengatur langkah ke tengah-tengah aras di mana terletaknya lif. Cuma aku sendirian yang menunggu di tingkat sepuluh itu. Bangunan pejabat pensyarah memang sunyi. Apatah lagi sekarang ni pelajar ijazah sedang bercuti semester. Sememangnya pelajar ijazah lebih ramai daripada pelajar diploma.

Ting! Bunyi lif terbuka. Cepat pula lif sampai kali ini. Terus aku mengatur langkah untuk masuk ke dalam lif. Punat bulat yang tertera huruf G ditekan. Menunggu pintu lif untuk terkatup. Kepala disandar pada dinding lif. Penat.

Hold the elevator!” Aku dengar ada suara dari luar. Terus tegak tubuhku. Tangan automatik tekan butang buka supaya orang di luar sempat untuk masuk ke dalam lif ini.

Namun apabila pemilik suara itu menerobos masuk, rasa menyesal tak sudah-sudah! Menyumpah tangan sendiri yang gatal menekan butang buka tadi. Juga geram sebab tak cam awal-awal suara machonya. Tak pasal-pasal aku terperangkap berdua dengannya.

“Helo, Hazel! Terima kasih sebab tolong tahan lif tadi.” Suara yang aku rindui. Tapi aku juga masih marah. Buat tak endah dengan kehadirannya. Cepatlah sampai ke tingkat G.

Dia berdiri di sebelahku. Kakiku automatik berundur beberapa langkah menjauhinya. Enggan dekat dengannya.

Sabarlah, Hazel. Kejap aje. Tak sampai seminit nanti, sampailah ke tingkat G. Aku cuba memujuk diri sendiri.

Namun apa yang aku impikan itu terbang ke laut semuanya bila jari Hilman dengan rasa tak bersalahnya menekan butang 9 8 7 6 5 4 3 2 1. Hampir terkeluar mataku melihatnya. Aku mendengus kecil. Jenuhlah aku nak tunggu kalau dah tiap-tiap aras lif nak berhenti!

“Kenapa tekan semua tu?” marahku geram. Dahlah masuk tanpa diundang. Apa motif dia tekan semua punat tu?

Dia cuma mengangkat sebelah bahu. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar slack hitamnya.

“Saya nak duduk lama-lama dengan awak dalam ni,” jawabnya.

Sekali lagi aku mendengus. Lebih kuat. Sihat ke tak mamat ni?

“Nak apa?” soalku malas. Tawar hati dengan Hilman.

Ting! Tingkat tujuh. Aku berdoa semoga ada sesiapa yang masuk. Malah.. tiap kali lif berhenti pada setiap aras, aku berdoa supaya ada orang masuk. Tapi hampa bila pintu kembali tertutup.

Hilman cuma diam. Matanya merayap pada tanganku. Terusku berpeluk tubuh.

“Mana cincin saya?” Soalannya hampir buatkan aku rebah. Macam mana dia tahu?

Wajah selamba ditayang.

“Entah. Manalah saya tahu. Tengah bergimrama dalam tasik agaknya. Awak nak apa ni?” soalku sekali lagi.

“Nak jumpa tunang saya.”

Aku mendengus lagi. Tunang? Malasnya aku nak layan.

Ting! Tingkat empat. Tak adalah penat sangat kalau aku turun ke tingkat G pakai tangga. Baik aku cepat-cepat keluar sebelum pintu lif kembali tertutup.

Namun Hilman lebih bijak membacaku. Belum sempat aku nak lari keluar, dia tegak berdiri di depanku. Kedua-dua kening diangkat untuk mencabarku supaya melepasinya. Aku telan liur. Sudahnya, pintu lif kembali terkatup.

“Siapa nak jadi tunang awak? Bila masa saya setuju?” Aku agak marah. Marah sebab dia berjaya buatkan aku tunduk dengan kemahuannya.

“Awak datang nak jumpa saya. Mesti awak nak cakap yang awak terima lamaran saya.”

Aku hamburkan ketawa. Dibuat-buat. Kenapa senang sangat dia baca aku?

That confident, huh?”

Of course!”

Aku pulak yang sakit hati mendengar keyakinan Hilman itu.

Ting! Tingkat G. Alhamdulillah. Akhirnya! Berkobar-kobar semangat aku nak keluar dari tempat sempit ni. Sesak nafas aku terperangkap dengan Hilman ni. Baru sahaja aku mahu keluar, sekali lagi Hilman bertindak lebih cepat. Tegak dia berdiri di depan pintu lif, lalu butang tutup lif ditekan beberapa kali. Dan bila pintu lif kembali rapat, punat 18 ditekan. Tingkat paling atas.

Sekali lagi aku ternganga bila terasa lif mula kembali naik.

“Hilman! Saya nak balik. Awak ni kenapa? Dah tak ada kerja ke main naik turun lif ni? Dah nak tukar profesyen jadi lift boy pulak ke?” marahku kegeraman. Nak main, main sorang-sorang. Tak payah ajak aku!

Answer me, Hazel. Awak nak jumpa saya, tapi kenapa awak tak datang jumpa saya?” Suaranya penuh authority, mahukan jawapan. Bersandar pada dinding lif sambil tepat memandangku.

“Bila masa saya nak jumpa awak? Awak ada bukti?” cabarku pula.

“Ada orang hantar espresso kepada saya.”

So, kalau awak dapat espresso, sayalah orangnya? Manalah tahu, entah-entah espresso tu sebenarnya jatuh dari langit.” Marah! Sepatutnya aku letak salmonella sesudu dalam espresso tu dulu, barulah penat dia nak bermaraton ke tandas.

Hilman senyum lucu. “Well.. that was what Naim said. Jatuh dari langit. So, it was really you.”

Aku gigit bibir bawah. Dalam hati rasa nak lempang muka sendiri yang tak berapa cerdik bila berhujah dengan Hilman. Kantoi tak pasal-pasal.

“Lagipun sweetheart, hanya seorang saja yang saya pernah bagi tahu yang saya suka espresso. Dan orang itu adalah tunang kesayangan saya, Hazel.”

“Iya? Bukan salmonella?”

Niat asal nak menyindir. Tapi sudahnya sekali lagi aku rasa nak lempang muka sendiri. Apatah lagi melihat senyuman nakal yang memekar di bibir Hilman. Sekali lagi kantoi.

You saw it.” Bukan satu soalan tapi satu kenyataan.

Aku angkat kedua-dua bahu. Kononnya tak kisah. “Well.. benda free nak tonton, siapa tak nak tengok?”

Are you jealous, Hazel?” usik Hilman.

Tapi aku rasa marah. Mukaku menjeruk.

I’m not jealous. I’m rethinking. Mata saya tiba-tiba terbuka,” ujarku serius. Wajah juga serius.

Dan dengan itu, luntur terus segala senyuman Hilman. Puas hati juga aku melihatnya. Apatah lagi matanya terbias sesuatu. Takut. Namun cepat saja semuanya dikaburi dengan muka berkeyakinannya. Dia memang pakar kalau bab-bab menyorok rahsia hati.

Diam.

Ting! Tingkat lapan belas. Apabila pintu kembali rapat, sekali lagi Hilman tekan semua butang bermula dari 17 hingga ke G. Aku julingkan mata ke atas. Betul ke pensyarahku yang berstatus doktor falsafah berdiri di depanku ni? Macam budak-budak!

“Dia datang jumpa saya hari ni. Dia mahu sambung hubungan kami. She was so persistent. But I said no. Saya cakap saya dah bertunang,” cerita Hilman.

Aku pandang dalam-dalam anak matanya. Mahu mengesan kalau dia menipu. Tapi dia nampak yakin dan jujur.

So?” Acuh tak acuh soalanku.

So, I’m telling you the truth. I don’t want her. I want you.” Jantung terus berdetak laju gara-gara Hilman terlajak jujur. Hampir saja aku tersengih sebab gembira. Nasib baik aku cepat kawal.

“Macam mana saya nak tahu awak tak tipu saya?”

“Saya takkan menipu orang yang penting dalam hidup saya. Pernah ke saya menipu awak?” soalnya balik.

Terdiam. Kalau ikutkan, memang tak pernah. Dia selalu jujur denganku. Itulah orang kata, berkata benarlah walaupun pahit. Pahit sangat sampaikan kadang-kadang kejujurannya buatkan aku mahu layang penampar sebiji.

“Jadi, betullah awak datang jumpa saya sebab awak dah terima saya?” Dia bertanya lagi bila aku senyap.

Jujur aje la, Hazel!

Muka tiba-tiba rasa macam dipanggang. Entah kenapa rasa segan pula. Kemudian, lambat-lambat kepala diangguk. Tak berani aku nak bersuara. Takut tergagap, bikin malu aje.

Dari hujung mata, aku nampak Hilman tersenyum lebar. Melihat dia gembira, entah kenapa hatiku turut berasa senang.

“Mana cincinnya? Saya nak tengok awak pakai cincin tu.”

Aku seluk poket seluar sebelah kiri. Nasib baiklah aku tak baling betul-betul masuk tong sampah tadi. Aku tarik balik keputusanku. Tak jadi nak jual. Pakai di jariku, lagi cantik rasanya. Terus aku sarungkan pada jari manisku.

“Puas hati?” sindirku seraya tayang jemariku di depannya.

Dengan Iwan dulu, bukan main ikut adat. Rombongan mengalahkan nak kahwin. Barang hantaran berbalas-balas. Baju siap ditempah. Pelamin dah macam akad nikah. Bergambar berkeping-keping semasa mama Iwan sarungkan cincin. Last-last putus juga.

Dengan Hilman kali ini, aku sarung sendiri. Dalam lif pulak tu. Tiada saksi melainkan pak guard agaknya sebab di dalam lif ini ada CCTV. Tak perlu membazir banyak-banyak. Ringkas. Mudah. Dan aku dah tak kisah.

“Awak dah jadi tunang saya. And one day, you’ll be mine completely.”

Teguk liur aku mendengarnya. Bagaikan satu janji yang bakal dilaksanakan. Bakal menjadi nyata dalam lebih kurang empat bulan lagi. Itu adalah pelan asalku dan Iwan.

OMG! Empat bulan aje lagi kami bakal berkahwin. Tiba-tiba rasa berdebar.

“Awak gembira?” soalku pelik. Lagaknya macam lepas duit sepuluh juta jatuh gedebuk atas muka.

Senyum Hilman makin lebar.

Of course I’m happy. I’m engaged now.” Itu jawapannya.

Aku geleng-geleng kepala. Tak faham kenapa dia gembira sangat.

“Jangan nak gembira dulu. Apa-apa boleh jadi lepas ni.” Aku ingatkan dia. Takut sejarah kembali berulang.

“Saya bukan Iwan. Apa-apa pun yang terjadi pada awak, saya takkan berundur. Itu janji saya. Unless death does us apart.” Suaranya nekad.

Dan aku percaya.

“Iwan-Hazel. Haa.. kan tak sedap tu. Tulis dalam kad kahwin pun tak cantik. Cuba Hilman-Hazel. Baru sebut huruf pertama pun orang dah rasa macam pinang dibelah dua. Sangat serasi.”

“Iya? Kalau Hilman-Salmonella jadi apa? Macam pinang kene gelek kereta kebal?” sinisku balik. Sakit hati lagi dengan kemunculan Nayla.

Hilman ketawa mendengarnya. Dibiarkan bersepi tanpa jawapan.

“Saya tak nak kahwin dengan orang yang saya tak cinta.”

Oh, don’t worry, sweetheart! Four months are more than enough to charm you. I’m good at charming women.” Dia kenyit mata. “Dan  bila kita dah nikah, jangan terkejut pulak kalau hanya saya aje dalam kepala awak,” sambungnya lagi.

“Mana aci. Kalau saya sorang yang gila bayang tapi awak tak pun, kesian la saya nanti.” Suara tak puas hati.

Hilman senyum senget. Tegakkan tubuhnya dan melangkah setapak ke arahku. Automatik kakiku berundur. Pap! Beg galasku kena dinding besi itu. Dah tak boleh lari.

Haa.. nak buat apa ni! Aku paling tak suka kalau dia dah senyum spesis cenggitu. Dada mula berdebar. Nafas mula tersekat.

Well.. I told you before. It’s your job to make me fall in love with you.” Hilman tundukkan kepala sehingga bibirnya berada beberapa inci dari telinga kananku.

Seduce me,” bisiknya.

Ting! Hilman terus tegakkan tubuhnya dan berundur beberapa langkah. Berjaga-jaga andai ada orang lain yang sedia menunggu di luar pintu lif. Aku juga turut menghela nafas panjang-panjang. Lega.

Pintu lif mula melebar. Kosong. Tapi dah sampai tingkat G. Akhirnya! Dah boleh bernafas dengan normal. Dah tak payah senaman jantung depan Hilman. Aku mula mengatur langkah untuk keluar. Kali ini Hilman tak lagi menghalangku.

Be careful, sweetheart!” Aku dengar dia melaung dari dalam lif.

Aku geleng kepala. Cakap tak pandang-pandang. Nasib baik tak ada orang. Tapi kalau ada orang dengar pun, anggap aje la Hilman cakap dengan telefon!

Friday 24 March 2017

Dr. Alpha Male (BAB 25)


BAB 25

Selepas solat Subuh, aku terus berjaga. Bersihkan diri sebelum kembali baring di atas katil bersaiz King itu sambil tenung sekeliling bilik besar itu. Bilik tetamu, kata Hilman. Berdindingkan biru lembut dan besarnya mengalahkan dua bilik rumahku yang digabungkan.

Katil empuk. Bilik berhawa dingin. Bilik air siap berjacuzzi. Lengkap dengan TV LCD lagi. Pendek kata, sangat selesa. Tapi.. terlalu selesa buatkan aku jadi tak selesa. Aku tak tahulah kedatanganku ni diketahui oleh ahli keluarga Hilman atau tak. Sebab semasa Hilman seludup aku masuk semalam, rumah sunyi sepi walaupun meriah berlampu.

Hilman pun semalam cuma tunjukkan bilik ini. Turunkan beberapa pesanan seperti ucapan selamat malam, selamat beristirahat dan segera memberitahunya kalau perlukan apa-apa pertolongan. Dan setelah itu, dia berlalu ke biliknya yang terletak selang dua bilik dari bilik ini. Dan sampai sekarang, aku dah tak dengar apa-apa dari Hilman.

Bosan berbaring, aku mengiring ke kiri. Bantal empuk berbulu burung itu dipeluk. Memang kebiasaanku. Aku tak boleh tidur kalau aku tak peluk sesuatu. Tak kiralah apapun asalkan boleh dibuat peluk. Tabiat tidurku memang pelik sikit.

Apalah aku nak buat sekarang ni? Hilman ni pulak, ingat ke tak yang aku ni ada di dalam rumahnya. Karang kalau aku tiba-tiba muncul di depan ahli keluarganya, mahu disalahanggap sebagai pencuri.

Kriukk… Perut mula bagi salam nak berdangdut. Laparnya! Kali terakhir aku makan, tengah hari semalam. Gara-gara kejadian semalam, aku lupa untuk makan. Badan pula memang terlalu penat, hanya katil yang aku ingat.

Resah aku menunggu Hilman. Perlu ke aku WhatsApp dia? Kalau dia tak bangun lagi macam mana? Sengsaralah kau wahai sel-sel perut. Selamat berperang dengan asid hidroklorik dalam perut tu.

Man.. saya lapar.

Aku tenung apa yang kutulis dalam chat WhatsApp itu. Serius kau Hazel nak hantar mesej tu? Bagilah salam dulu.

Salam. Man.. saya lapar.

Macam pelik aje? Kau ingat dia babu kau? Sediakan makanan kau? Aku mula berfikir ayat baru. Apa kata aku tambah soalan ‘Bila awak nak hantar saya balik?’ kat tengah-tengah. Nampaklah yang aku ni tak nak menyusahkan dia.

Aku angguk-angguk kepala. Setuju dengan pemikiran sendiri. Jari ditekan selepas perkataan ‘Man’. Mahu padam perkataan itu dan menggantikan dengan soalan ‘Bila awak nak hantar saya balik?’ Sedang jari ketuk-ketuk skrin, entah macam mana silapnya, tiba-tiba aku tertekan butang send.

Apa yang aku lihat setelah itu buatkan aku hampir jatuh katil. Terusku terjerit kecil. Oh, tidak!

Salam. Bi.. Saya lapar.

Bi? Weh.. lain macam ni! Grenti tersalah faham. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak WhatsApp, kau tunggulah dia datang ketuk bertalu-talu pintu bilik kau.

Macam apa yang aku agak, tak sampai setengah minit, pintu bilikku ini diketuk bertalu-talu. Menggelabah aku mencari tudung untuk menutup kepalaku. Langkah diatur ke pintu. Walaupun aku takut untuk bersemuka dengan Hilman, tapi aku tetap harap orang di luar bilik ini adalah Hilman, bukan orang lain.

Pintu bilik perlahan-lahan dibuka. Hilman. Lega aku rasa. Dia segak dengan seluar jeans gelap dan baju t-shirt berwarna hitam-kelabu. Rambutnya agak basah. Mungkin baru lepas mandi. Sebaik sahaja aku melihat iPhone dalam genggamannya, ringan rasa tangan mahu kembali hempas pintu.

“Bi?”

Dan sekarang aku rasa macam nak terjun masuk ke dalam almari pula. Malu! Maksudnya dia memang dah baca. Dalam hati, berbakul sumpah-seranah khas untuk diri sendiri yang cuai.

Somehow, actually I think you really want to call me baby,” katanya lagi. Ada senyuman mengusik terhias di bibirnya. Makin berbahang kulit wajahku.

“Saya tersalah hantar,” terangku laju.

Dan setelah itu, sirna terus riak nakalnya tadi. Tajam matanya mencerun ke arahku.

“Awak nak hantar kat siapa?” Suara penuh syak wasangka.

“Saya nak hantar kat awak. Tapi mesej tu tak sempat habis lagi. Saya nak tulis ‘Bila’ tapi tertekan butang send. Saya nak tanya awak bila awak nak hantar saya balik?” Beria-ia aku jelaskan kepadanya. Tak nak dia salah sangka yang aku ni nak menggatal dengan dia atau dengan lelaki lain. Kalau tak mesti dia berfikiran buruk tentangku. Dahlah aku ni baru putus tunang.

Wajah Hilman sedikit tenang selepas aku terangkan kepadanya. Kemudian sekali lagi aku ditanya.

“Awak lapar?”

Kepala diangguk. Jujur. Itulah yang tertulis dalam mesej tak sudahku tadi.

“Bila kali terakhir awak makan?” Dah macam pegawai pemakanan pula cara dia bertanya kepadaku. Serius.

Hmm.. lunch semalam?”

Lunch semalam? Habis awak tak makan malam? Kenapa tak cakap yang awak belum makan semalam? Kalau tak, saya boleh berhenti beli sesuatu semalam.” Dia marah.

It’s okay. Saya..”

No. It’s not okay. Kalau awak sakit, siapa susah?”

Terkebil-kebil aku pandang dia. Yang dia nak marah sangat ni kenapa? Kalau aku sakit, siapa susah? Oh, jangan risau! Yang pasti aku takkan susahkan dia.

“Jangan cakap saya nak terlebih caring kan awak pulak. It’s because you are with me. So you are my responsibility.”

Sekali lagi aku cuma mampu pandang dia. Hei.. Aku tak cakap apa-apa pun! Aku nak bidas balik, siapa yang paksa aku datang sini? Tapi, aku batalkan saja. Semuanya gara-gara perutku tiba-tiba isytihar genjatan senjata dengan Hilman. Berkeriuk tengah-tengah sunyi antara kami.

Terus tangan melekap ke perutku. Memalukan! No good, perut! No good.

Hilman mengeluh sekejap.

“Dah. Jom turun makan. Ibu dan Mak Ja dah siapkan sarapan. Semua orang tengah tunggu awak,” ajak Hilman.

“Semua orang?” Aku teguk liur. Maksudnya semua dah tahu Hilman bawa balik aku semalam. Nak pengsan, boleh?

“Ya. Famili saya.”

“Saya seganlah. Saya nak balik.”

“Kita makan dulu. Lepas tu saya hantar awak balik. Jangan risau, family members saya semua baik.” Dia cuba menenangkanku.

Itu katanya. Kurang percaya aku dibuatnya. Mana ada orang cakap ahli keluarga dia jahat. Akhirnya aku cuma diam sambil mengikut langkahnya. Berdebar-debar. Takut ada yang tak sukakanku.

    --------

Makin kaki mendekati ruang makan, makin rasa jantung aktif bersenamrobik. Aku dapat mendengar bunyi yang agak meriah di meja makan. Ada suara garau melarang. Ada suara kanak-kanak yang bergembira. Kanak-kanak? Anak saudara Hilman agaknya.

Suasana riuh-rendah tadi terus terhenti selepas aku muncul dari belakang Hilman. Entah berapa pasang mata tertumpu kepadaku. Yang pasti agak ramai. Hampir penuh meja panjang itu. Tanganku mula memintal-mintal hujung tudung. Kurang selesa.

Sehinggalah Hilman berdehem, semua mata teralih daripada wajahku. Nafas yang kutahan tadi dihela panjang-panjang. Lega walaupun sedikit.

“Semua, ni Hazel. Hazel, ni family members saya. Itu daddy saya, itu ibu saya. Yang lain, adik-beradik saya.” Hilman perkenalkan secara ringkas.

Aku senyum kepada semua walaupun aku dapat rasakan senyumanku sedikit kaku. Aku pandang daddy Hilman. Walaupun dah dimamah usia, aura seorang yang disegani itu tetap terserlah. Aku pandang pula ibu Hilman. Ekspresi muka dikawal supaya tidak menunjukkan betapa aku terkejut. Sebab ibu Hilman nampak macam lebih kurang sebaya Hilman. Muda gila.

“Duduklah, Hazel! Nanti aunty cedokkan nasi goreng untuk Hazel, ya?” Ramah ibu Hilman berkata. Macam pelik bila dia bahasakan dirinya aunty denganku. Tapi aku cuma angguk kepala.

Aku menarik kerusi di sebelah Hilman. Kalau dalam situasi macam ni, sungguh aku tak nak duduk jauh-jauh dari Hilman.

“Helo, Smurf!” Aku angkat kepala.

Hariz duduk betul-betul bertentangan denganku. Senyum manis dihulurkan. Aku membalasnya sekadar cukup syarat. Lupa pula yang Hariz ni adik Hilman. Tak perasan pula tadi. Sekurang-kurangnya Hilman dan Hariz buatkan aku rasa lebih selesa.

Aku berkalih pandang ke arah budak perempuan yang duduk di sebelah Hariz pula. Dalam lingkungan lima tahun mungkin. Siapa dia? Tak berkelip dia pandang aku. Ada apa di mukaku ini?

“Abang Hariz, kenapa mata dia pelik? Nampak macam mata Kak Nisya, tapi mata Kak Nisya macam mata kucing.” Suara yang kononnya berbisik itu didengari oleh semua ahli meja. Dan aku tahu budak tu adalah adik Hilman juga.

Tuan punya mata kucing tu terangkat selepas dengar komen adiknya itu sebelum ditegur oleh Dato’ Uzair. Mengatakan tak matang perempuan berumur tiga puluh tahun cari pasal dengan budak lima tahun. Hariz dan seorang lelaki yang nampak lebih tua dari Hilman bantai gelak. Hilman sendiri tersenyum lucu. Dan aku pula cuma diam.

“Mata dia tak pelik. Cuma lain daripada kita. Mata dia tak payah pakai buang macam mata kucing Kak Nisya.” Bagus betul penjelasan Hariz. Kak Nisya pula dari jauh macam nak dicekiknya Hariz.

Seketika kemudian, Hilman letakkan pinggan berisi nasi goreng beruap yang baru disenduk oleh ibunya di hadapanku. Sedut baunya. Mak ai.. mahu meleleh air liur tanpa sengaja. Lapar aku dah tahap kronik.

You should eat a lot,” kata Hilman kepadaku.

Seketul ayam goreng diletakkan di atas pinggan nasi gorengku. Kemudian Hilman capai piring kecil untuk diisi dua biji sardine roll, juga diletakkan di depanku. Cawan yang berisi teh panas pula diletakkan di sebelah pingganku. Seakan-akan tahu aku mencarinya, Hilman menyerahkan sudu dan garfu kepadaku. Aku menyambutnya sebelum senyum dan ucapkan terima kasih kepadanya. Mula makan.

Bagaikan terasa diriku diperhatikan, aku angkat kepala. Semua mata tertumpu kepadaku. Kenapa semua pandang aku macam aku lepas kunyah kepala zirafah ni? Bermacam-macam emosi terpancar pada wajah masing-masing. Terkejut. Tak percaya. Gembira pun ada.

Hariz di depanku pun bagaikan sedang tersenyum lucu sambil bergilir-gilir pandang aku dan abangnya. Kenapa? Ada nasi goreng sesat masuk lubang hidung aku ke?

Aku pandang Hilman di sebelah. Dia cuma selamba. Suap sudu ke mulut macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Makanlah, Hazel! Kalau biar lama-lama, sejuk nanti,” pelawa ibu Hilman. Memecahkan segala pandangan yang tertumpu kepadaku. Semua kembali makan.

Aku masih tak faham. Kenapa semua pandang aku? Keluarga dia memang macam ni ke? Suka tenung tetamu lama-lama?

    --------

So, Hazel! Macam mana boleh kenal Hilman?” Soalan tiba-tiba itu buatkan aku hampir tercekik nasi goreng.

Abang Hardy. Dia memperkenalkan dirinya sebagai abang Hilman. Berbeza dengan personaliti Hilman, abangnya itu nampak peramah. Murah dengan senyuman. Wajahnya lebih kurang Hilman tetapi tubuhnya lebih berisi daripada Hilman. Dah berkahwin. Isterinya sedang duduk di sebelahnya. Namanya Mazlinda.

“Hilman ni..”

“Hazel anak jiran mummy.”

Dan semua sunyi. Sunyi yang sangat menjanggalkan. Sampaikan bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan pun tak kedengaran. Aku dapat rasakan semuanya adalah kerana nama Mak Cik Lyn yang tiba-tiba disebut. Mungkin ini isu sensitif.

“Oh, ya ke? Patutlah rapat dengan Hilman. Kamu berdua ada apa-apa ke?” Dato’ Uzair pula bersuara. Kalau tadi cuma janggal, sekarang janggal kuasa dua. Itu ke yang semua orang nampak? Aku ada apa-apa dengan Hilman? Haruslah semua berfikiran sebegitu. Sebab Hilman dah bawa aku balik ke sini.

Aku perlu jelaskan segala kesalahfahaman ini. Aku harus memberitahu mereka yang aku ni cumalah anak didik Hilman selain jiran mummynya.

“Sebenarnya, saya ni..”

It doesn’t concern you, daddy.” Sekali lagi Hilman menyampuk.

Oh, yeah? It doesn’t concern me? Just like how I sent you to MIT for engineering but you came back with mathematical degree instead?” Suara Dato’ Uzair seakan marah.

Aku nampak rahang Hilman diketap kuat. Kulit wajahnya bertukar merah. Hilman marah!

Daddy dah janji takkan ungkit lagi. Man sambung engineering macam yang daddy nak. I finished it excellently. I got you the scroll. Cuma Man sambung PhD dalam math. You always know how I love mathematics. Daddy dah janji yang daddy akan tunaikan permintaan Man provided that I took engineering. Daddy tak boleh paksa Man ikut langkah daddy. Daddy dah ada abang Hardy dan Kak Nisya. I want to be a lecturer. Teaching is my passion. I’ve done my part. And now it’s your time to keep your promise, daddy.” Suara Hilman juga tinggi tapi tegas.

Sepi meja makan. Aku di tengah-tengah makin kurang senang. Kenapalah aku boleh berada di tengah-tengah drama keluarga ni? Jadi, inilah yang terjadi di sebalik pintu besar banglo mewah keluarga Dato’ Uzair?

Hilman jeling ke arahku. Muka tegangnya tadi jadi sedikit lembut.

Are you done, Hazel?”

Aku angguk. Memang aku dah habis makan.

Good. Jom, saya hantar awak balik.” Dia terus bangun dari kerusi sebaik sahaja habis berkata. Nampak tak sabar-sabar betul nak keluar dari rumah ni.

Aku turut bangun. Apa aku nak cakap ni? Nak terus berlalu, macam biadap sangat. Walaupun aku tak berapa kenal mereka semua, tapi aku sekurang-kurangnya perlu mengucapkan terima kasih walaupun aku tak tahu sama ada kedatanganku ini benar-benar dialukankan atau tak.

“Saya minta diri dulu, Dato’, Datin dan semua. Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya semalam dan untuk breakfast ni.”

“Tak payahlah nak berdato’-datin dengan kami. Panggil uncle dan aunty aje, Hazel. Aunty minta maaf la dengan sikap Hilman tadi. Dia memang macam tu, agak panas baran sikit. Kalau perlu, nanti Hazel cubalah pujuk dia, biar dia cepat sejuk.”

Hampir ternganga aku mendengar ayat terakhir Datin Shafa itu. Aku pujuk Hilman? Aku? Belum sempat aku nak buka mulut, entah-entah hilang kepala dingapnya. Sayang nyawa lagi la! Namun tak pula aku jawab macam tu.

“Err..  Insya-Allah, aunty,” jawabku sebelum memulakan langkah untuk mencari Hilman.

    ---------

Sunyi menyampuk lima minit pertama perjalanan kami, sebelum Hilman membuka mulut.

Sorry for my outburst and family drama.”

It’s okay. Dalam hubungan kekeluargaan, salah faham tu perkara biasa. Kadang-kadang itu yang membuatkan kita lebih sayangkan ahli keluarga kita,” balasku walaupun aku tak mengharapkan kata-kata maaf dari mulutnya. Aku pun tak tahu kenapa dia meminta maaf.

Yeah.. that’s true. I love all of them,” akuinya.

“Saya sebenarnya tadi tak sangka Aunty Shafa tu ibu awak. Awet muda betul dia ya?”

Hilman mengeluh panjang.

“Itu sebab dia memang muda. Sebaya abang Hardy. Tiga puluh tiga tahun,” jelas Hilman.

Aku ternganga.

“Biar betul? Habis tu bila masa dia lahirkan Hariz?” soalku pelik. Aku masih ingat lagi yang Hariz pernah memberitahuku dahulu. Dia dan Hilman merupakan adik-beradik sebapa.

Sekali lagi Hilman mengeluh.

“Dia bukan mak Hariz. Senang ceritalah, daddy saya ni dah empat kali kahwin. Pertama, dengan mummy. Kedua, daddy kahwin dengan perempuan nama Salina. Yang ni kaki kikis. Tak sampai setahun, daddy ceraikan. Lepas tu, dengan Ibu Zawiyah, mak Hariz. Tapi ibu Za meninggal akibat kanser masa Hariz darjah empat. Dan sekarang, daddy kahwin dengan Ibu Shafa. Haraplah yang ni kekal,” cerita Hilman.

Aku tak tahu nak cakap apa.

“Kenapa diam? Speechless dengar sejarah perkahwinan daddy saya? Sebab daddy saya kahwin ramai?”

“Eh, mana ada saya fikir macam tu,” nafiku.

Mummy dan daddy bercerai. Dan dari tiga beradik, terus adik-beradik kami berkembang. Dari daddy, ada Hariz, Erika, Ilyas dan Humaira. Dari mummy pulak, ada Nana. The good thing is I love all of them equally.”

Maybe sesetengah orang akan berasa malu bila beributirikan wanita separuh usia ayahnya dan punya adik yang boleh dianggap sebagai anak. But I never felt ashamed of that. I don’t care how others look at them. It is how I look at them. Because that is what we call family.”

Terdiam aku dibuatnya. Sisi Hilman yang selama ini tak pernah kulihat. Betapa protectivenya dia terhadap ahli keluarganya. Walaupun tak sampai lima belas minit yang lepas, dia bertegang leher dengan daddynya.

Wait a minute. Kenapa saya ceritakan tentang keluarga saya pada awak?” soal Hilman tiba-tiba. Aku dipandangnya.

Eh, tanya aku pulak! Baru sahaja aku mahu menjawab, terasa telefon pintar di dalam tas tanganku bergetar. Nada deringan Growl memenuhi ruangan kereta Hilman.

“K-Pop?” cebik Hilman. Bibir tersungging sinis. “Perempuan dengan K-Pop memang tak boleh nak berpisah.”

Tanpa mempedulikannya, aku terus gesek ikon hijau. Panggilan dari umi. Ada apa?


AT LAST.. THIS IS THE LAST CHAPTER OF DR. ALPHA MALE IN HERE. UNTUK TAHU KISAH HAZEL DAN HILMAN, MOHON DAPATKAN NOVELNYA. MANUSKRIP NOVEL NI DALAM PENILAIAN PENERBIT. DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK NOVEL NI. SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR. TERIMA KASIH...