Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 10 March 2012

Eksperimen Cinta (BAB 30)

BAB 30

Nak dekat pukul 6.30 petang barulah Damia tiba di rumah. Agak lambat dia tiba di rumah. Semuanya sebab Leo yang banyak soalan tadi. Tak pasal-pasal khatam bab mahram! Tadi pun ditinggalnya Leo tanpa sempat dijawab soalan Leo. Apa maksud Iman? Sempat disuruhnya Leo google maksud iman. Konon la kalau Leo rajin sangat nak cari maksud iman. Kalaulah Leo lupakan hal itu, dia pun takkan bangkitkan. Tapi, kalau kalau Leo masih bertanya pasal itu, dia lagilah tak kisah. Akan dijawab soalan itu nanti.

     Gembira bukan main Damia bila Tengku Aaron mengajaknya balik rumah orang tuanya yang terletak di Puchong. Nak dekat tiga bulan berkahwin, inilah kali pertama dia akan balik ke rumah orang tuanya. Teruknya dia! Rasa bersalah pula sebab dah lama tak balik. Bukan dia taknak balik. Tapi, dia tak berani balik tanpa Tengku Aaron. Bimbang uminya dapat kesan sesuatu yang tak kena. Baru je niatnya nak minta izin Tengku Aaron untuk balik minggu ni. Tak sangka Tengku Aaron yang terlebih dahulu mengajaknya.

     Tapi, bila sampai rumah, yang kecewanya Tengku Aaron belum balik! Ingat ke tak dia ni nak balik rumah umi? Damia pandang jam. Dah pukul 6.45 petang. Bukan main dia teruja, tapi lelaki itu belum balik lagi rupanya. Jadi ke tak ni? Sambil-sambil menunggu, Damia mengemaskan bajunya dan Tengku Aaron. Dia tak payah bawa banyak baju sebab masih banyak bajunya di rumahnya. Kalau dah takde pun, Alia punya pun boleh rembat.

     Tak lama kemudian, kedengaran bunyi enjen kereta masuk rumah. Tengku Aaron dah balik. Nampak lesu je Tengku Aaron membuatkan Damia serba-salah untuk bertanya. Jadi ke tak mereka balik rumah orang tua Damia.

     “Dah siap packing ke? Jom..” ajakan Tengku Aaron membuat mata Damia bersinar-sinar. Hoorey.. balik kampung. Gayanya macam jauh je jarak rumahnya dengan rumah umi.

     Tapi…

     “Awak nampak penat je. Kalau awak tak larat, kita balik esok je la.” Damia pandang Tengku Aaron. Serius suaminya nampak macam penat gila. Tapi, kalau Tengku Aaron nak balik esok, memang sedihlah dia.

     “Kita balik hari ni. Aku dah janji dengan abah nak balik hari ni. Kau nak aku mungkir janji ke? Mesti umi dah masak banyak. Bukannya jauh sangat Puchong dari sini. Lagipun, muka kau tu tak berapa nak ikhlas nak ajak aku balik esok,” jawab Tengku Aaron. Sempat pulak menyindir Damia.

     Damia sengih bersalah. Memang pun. Sebab dia dah rindu gila dengan umi. Tapi, apa pun keputusan suaminya dia kena terima, sekali pun hati tak berapa nak rela.

     “Dah.. jom. Bawa sekali bagasi aku. Aku bertolak ke airport dari rumah abah,” pesan Tengku Aaron. Damia akur.

     Tentu bagasi yang akan dibawa ke Kanada yang dimaksudkan Tengku Aaron. Tengku Aaron akan ke Kanada selama seminggu. Dan seminggu itu jugalah Damia diberi izin oleh suaminya untuk tinggal di rumah orang tuanya. Hari ahad ni dia akan berangkat.

     “Kita balik naik kereta kau la. Sebab nanti aku nak kau hantarkan aku ke KLIA. Aku malas nak bawak kereta aku. Mana kunci?” soal Tengku Aaron.

     Damia mencari-cari dalam beg tangannya. Kunci kereta diserahkan kepada Tengku Aaron. Selepas Tengku Aaron meletakkan beg mereka dalam bonet kereta, Tengku Aaron memulakan perjalanan.

     -----------

“Hoorey.. Mak Lang dah balik. Mak Lang ngan Pak Lang dah balik.” Bukan main seronok Hafi, anak saudara sulungnya bersorak. Maksudnya Along pun balik jugak la ni? Punyalah best rasa hati Damia. Dapat berkumpul sekeluarga.

     “Tok Mi mana?” soal Damia sambil memeluk anak saudaranya. Rindunya pada budak ni. Tambah pulak si kecil Mimi tu.

     “Umi.. Kak Mia dah balik,”suara Alia menjerit memanggil Puan Solehah.

     Ketika itulah Puan Solehah datang menjenguk. Gembira bukan main hati bila anak perempuan sulungnya dah balik. Rindu betul. Bagaimana la hidupnya lepas bersuami ni?

     “Assalamualaikum, umi.” Damia salam dan peluk umi. Rindunya dengan umi. Nak nangis rasanya.

     “Waalaikummussalam. Anak umi dah balik. Rindunya anak umi ni.” Pipi Damia diciumnya.

     Tengku Aaron yang melihat rasa terharu dan bersalah. Apalah aku ni. Ambik anak orang tak reti nak pulangkan ke? Rasa bersalah pula sebab nak tak pernah melawat sepanjang perkahwinan mereka. Dia lupa yang Damia masih ada orang tua. Orang tua Damia adalah orang tuanya juga. Nasib baik terlintas di fikirannya semalam nak balik sini bila mengenangkan Damia yang akan ditinggalkan lama nanti. Sememangnya sepanjang dia seminggu di Kanada nanti, Damia akan tinggal di rumah orang tuanya.

     “Apa khabar umi?” Tengku Aaron pula salam dan cium tangan Puan Solehah.

     “Alhamdulillah, sihat. Aaron?” soal Puan Solehah tanya Tengku Aaron balik. Tengku Aaron senyum.

     “Macam yang umi tengok sekarang ni la. Anak umi jaga Aaron dengan baik,” jawab Tengku Aaron. Sempat dicuit hidung Damia. Terkejut Damia dengannya. Buang tabiat ke hapa mamat ni? Oo.. lupa! Umi ada. Nak tunjuk bahagia depan umi la ni? Damia cuma senyum.

     Puan Solehah tergelak melihat pasangan itu. Dia geleng kepala. Nampak bahagia betul.

     “Aaron pun jaga anak umi dengan baik. Nampak Mia makin berisi sekarang ni. Kuat makan ya?”

     Damia terkejut. Dia makin berisi ke? Arghh.. aku dah gemuk!! Tapi, rasa macam biasa je. Ke sebab uminya dah lama tak jumpanya? Nasib baik umi tembak, ‘kuat makan ya?’. Kalau tembak, ‘nak terima orang baru ke?’, apalah aku nak auta? Tapi.. memang dia kuat makan pun. Yalah.. stress dengan Tengku Aaron, makan. Geram dengan Tengku Aaron, makan. Tak puas hati dengan Tengku Aaron, makan. Asyik makan je kerjanya. Semuanya sebab Tengku Aaron.

     “Sorry, umi. Kami baru tunjuk muka sekarang. Dah lama Aaron ambik Mia baru sekarang nak bawak dia jumpa umi.” Tengku Aaron meminta maaf dengan ikhlas.

     “Takpe.. umi faham. Aaron dengan Mia sama-sama sibuk. Umi tak kecil hati pun. Janji kamu berdua bahagia.” Puan Solehah tersenyum sambil memandang wajah menantunya itu.

     “Abah mana, umi? Senyap je rumah ni?” soal Damia. Nampak sunyi rumah itu. Macam takde orang.

     “Abah kamu macam biasa la. Solat maghrib kat masjid, tak balik-balik lagi. Along pulak pergi ambik satay yang abah tempah. Malam ni makan satay la kita.” kata Puan Solehah, menjawab soalan Damia.

     “Wah.. lamanya tak makan satay. Satay Pak Husin ke?” soal Damia balik.

     “Yalah.. abah kamu tu, satay Pak Husin je la yang dia makan.”

     “Sedapnya…” Damia dah boleh bayang kelazatan satay Pak Husin. Kalah kajang punya oo..

     Satay? Sedap ke satay kat sini? Mesti murah. Kalau murah, sedap ke? Bersih ke? Banyak persoalan timbul dalam benak Tengku Aaron. Ragu-ragu hatinya. Boleh ke ditelannya lepas ni?

     “Aaron makan ke satay?” soal Puan Solehah. Membuatkan Tengku Aaron agak tersentak.

     “Err.. makan... Makan…” jawab Tengku Aaron tergagap-gagap. Damia menjadi pemerhati. Dapat ditangkap sesuatu yang mengganggu fikiran Tengku Aaron. Susahlah orang kaya kat sebelah ni…

     “Dah solat maghrib ke?”

     “Belum, umi.”

     “Pergi solat dulu. Sebelum habis waktu maghrib ni. Suami kamu nak berehat tu. Pakai bilik Alia. Biar dia guna bilik Angah ngan Achik. Biar budak dua orang tu tidur luar je malam ni.”

     “Okey..” Damia akur. Bila umi depan mata, suami kat sebelah pun boleh lupa. Apalah aku ni..

     “Jom, bang.” Tangan Tengku Aaron ditarik. Bila berdepan dengan orang lain, memang automatik panggilan bertukar.

     Damia membawa Tengku Aaron ke bilik Alia. Biar suaminya itu berehat sementara nak tunggu makan malam. Nasib baik la mereka balik hari ni. Kalau tak, memang membazir la satay-satay yang ditempah abahnya tu. Betul apa yang dikatakan suaminya itu.

     -----

     “Kakak.. umi panggil makan satay.” Kedengaran Alia memanggil Damia sambil mengetuk pintu.

     “Kejap..” Damia menyahut.

     Dipandangnya Tengku Aaron yang tengah bersandar di kepala katil. Lelaki itu hanya mengenakan baju t-shirt putih bersama kain pelekat yang dipinjamkan oleh angahnya. Selesa ke tak mamat tu kat rumah aku ni? Damia agak bimbang. Tengku Aaron mana pernah hidup gaya bersederhana. Rumah ni pun memang jauh lebih kecil dari rumahnya. Bilik air pun bukannya ada dalam setiap bilik. Kena kongsi-kongsi. Bathtub pun takde. Boleh tahan ke mamat tu?

     “Jom.. umi dah panggil tu,” ajak Damia.

     “Satay murah sedap ke?” soal Tengku Aaron. Damia ketap bibir. Dah agak dah apa dalam kepala Tengku Aaron. Pasti memandang rendah dengan satay yang tak berkelas itu. Jangan dibuat hal depan umi dan abah aku sudah!

     “Abah saya tu cerewet sikit orangnya. Kalau menda tak sedap, haramlah nak dibelinya. Saya tahulah satay ni satay murah, bukan jenis lima bintang ke, sepuluh bintang ke, seratus bintang ke.. tapi saya boleh jamin yang satay tu memang sedap. Apa yang penting, satay tu halal. Sedap satay tu sampai menjilat jari. Kalau boleh, dengan jari-jari kaki awak nak jilat,” bukan main Damia berkata.

     “Ya ke? Boleh percaya ke kau ni?” Tengku Aaron nampak ragu-ragu.

     “Betullah. Awak kena la selesakan diri kat sini. Memangla rumah ni jauh lebih kecik daripada rumah awak tu. Tapi, bila awak kat sini, awak bukan lagi Tengku Aaron Shah, CEO Triumph Air. Tapi awak adalah Tengku Aaron Shah, menantu Razak.”

     “Apa kau membebel ni? Tahulah aku nak buat macam mana. Dah.. jom keluar. Nanti umi datang panggil lagi,” ajak Tengku Aaron. Entah apa yang Damia mencarut tu. Dia terlebih dahulu membuka langkah.

     Memang.. Tengku Aaron tahu yang rumah itu tak sebesar rumahnya. Tak semewah gayanya. Tapi tak bermaksud dia macam rusa masuk kampung. Macam mana dia ambil hati keluarga Damia ketika dicabar wanita itu dulu, begitulah yang akan dilakukan kali ni. Ni Tengku Aaron Shah la..

     Sewaktu keluar bilik, semua ahli keluarga Damia berkumpul. Cukup lengkap. Malah Risyam dan Hidayat yang selalu jarang di rumah pun turut ada malam itu. Tapi, Tengku Aaron cukup pelik melihat mereka semua yang duduk bersila membentuk satu bulatan besar atas tikar di ruang tamu. Berkerut dahi melihat suasana itu.

     “Kenapa tak makan kat meja makan?” sempat Tengku Aaron berbisik pada Damia.

     Nak tergelak Damia mendengarnya. Damia geleng kepala. Dasar budak bandar betullah! Tak pernah makan cara kampung ke? Duduk bersila bersimpuh atas tikar? Baru best..

     “Tak pernah tengok ke?” Tengku Aaron geleng kepala.

     Alahai.. innocentnya muka masa Tengku Aaron geleng kepala. Nampak cute betul. Apa kau mengarut ni, Damia? Baru pukul sembilan dah mengigau ke? Huhu..

     “Ni namanya makan gaya kampung. Lagipun makan satay, tak best makan kat meja. Meja sempit. Tak boleh nak makan ramai-ramai. Ni bukan macam kat rumah awak yang meja panjang macam kereta api tu.” Damia turut berbisik.

     “Meh duduk, Aaron. Buat apa tercegat kat situ lagi. Duduk sebelah Achik tu. Jangan malu-malu. Mia, ajak suami kamu tu,” ajak Encik Razak sambil menunjukkan tempat di tepi Hidayat.

     “Dah.. jom duduk,” ajak Damia.

     “Duduk, Aaron. Cepat.. aku dah lapar ni,” kata Hidayat pula sambil menganjak sikit. Memberi ruang pada adik iparnya itu. Tengku Aaron hanya akur. Damia duduk di sebelahnya.

     Sedap betul nampak makanan malam ni. Satay ayam dan daging, kuah kacang, nasi himpit dan roti. Ada jugak ayam pusing. Mak oi.. memang tersandar kenyang la malam ni! Damia mencapai satu pinggan.

     “Abang nak satay ayam ke satay daging? Berapa cucuk?” soal Damia.

     “Tak kisah,” jawab Tengku Aaron. Bau satay meluap-luap menusuk hidung. Boleh tahan sedap baunya.

     Damia mencapai kedua-duanya. Nak dekat sepuluh batang dia ambil. Bagi mamat bandar tu rasa. Hehe.. grenti nak lagi.

     “Nasi himpit?” soal Damia lagi.

     “Bolehlah..”

     Damia menyerahkan pinggan kepada Tengku Aaron. Pertama kali rasa seronok melayan Tengku Aaron. Mungkin sebab Tengku Aaron yang bagaikan tidak tahu apa-apa tu. Sengaja nak kasi Tengku Aaron kenal sikit hidup cara biasa. Bukan semua orang hidup mewah macam dia.

     Tengku Aaron menyuap satu cucuk satay ayam ke dalam mulut. Hmm.. sedap betul!

     “Macam mana, bang. Sedap tak? Rasa macam hotel sepuluh bintang punya tak?” sempat Damia menyindir.

     “Hmm.. sedap. Abang tak pernah rasa satay sedap macam ni,” puji Tengku Aaron tanpa pedulikan sindiran Damia. Serius. Dia tak pernah rasa satay sesedap ini. Cukup rasa manis masinnya. Memang kalah hotel punya. Habis sepuluh cucuk.

     “Makan banyak-banyak, Aaron. Abah beli banyak tu.” Senang hati Encik Razak melihat selera menantunya itu.

     “Abang nak lagi?” Tanpa menunggu jawapan Tengku Aaron, Damia dah letakkan satay ayam dan daging dalam pinggan Tengku Aaron. Kan aku cakap sedap. Haha.. senang hati Damia.

     “Hai.. abang tu je layan? Abang ni taknak layan?” Risyam mengusik. Damia buat muka.

     “Mengada je Angah ni. Sini je kawasan khidmat pelanggan..” Damia membuat bulatan dikelilingnya dan Tengku Aaron.

     “…sana pulak zon layan diri,” kata Damia lagi sambil menunjukkan kawasan di sebelah Tengku Aaron. Ketawa Risyam mendengarnya.

     “Oo.. kiranya ada tiga je la kawasan khidmat pelanggan?” soal Hidayat pulak.

     Damia sengih. Memang pun. Umi dan abah. Along dan Kak Rita. Dia dan Tengku Aaron.

     “Kejam betul. Kesian kat kita kan Ngah. Takde orang nak layan. Untung kau, Aaron.” Hidayat buat-buat sedih. Tengku Aaron pulak ketawa.

     “Biasa la, bro. Akukan VVVIP. Special service la sikit..” Tengku Aaron buat muka berlagak. Memang gayanya dan semua abang iparnya macam dah lama kenal walaupun sebenarnya mereka jarang berjumpa.

     “Senang je kalau nak rasa jugak. Kahwinla dulu. Grenti superb layanan wife kau,” sambung Tengku Aaron.

     “Entah dua orang ni. Bila la nak kahwin? Umur dah lanjut.” Puan Solehah yang dari tadi hanya melihat gelagat mereka menyampuk.

     Risyam dan Hidayat garu kepala yang tak gatal. Ni dah masuk bab yang mereka tak suka. Bila umi dah membebel. Huhu.. tadah telinga je la.

     “Ala, umi. Apa yang lanjutnya? Kitorang muda lagi la. Lebih kurang Aaron je. Achik ni lagi la.. muda daripada Aaron. Kalau Mia yang tak ajak Aaron kahwin dulu, mesti Aaron tak kahwin lagi sekarang ni. Kan, Aaron?” Tengku Aaron ketawa mendengarnya.

     Damia yang mendengar kata-kata Hidayat terus rasa nak tercekik nasi himpit yang melepasi tekak. Nasib baik Tengku Aaron cepat-cepat hulurkan air. Nak penampar agaknya Achik ni. Bila masa pulak dia yang ajak Tengku Aaron kahwin? Macam dia gatal nak berlaki pulak bunyinya.

     “Ewah.. tarik nama orang pulak? Sesedap satay Pak Husin ni je nak tuduh Mia ajak Aaron kahwin?” Damia dah terangkat. Tengku Aaron di sebelah hanya senyum lucu. Macam mengiakan kata-kata Hidayat. Makin bengang Damia rasa.

     “Lek aa.. cakap sikit dah terangkat. Betullah tu. Macam Achik cakap, kalau Mia tak ajak kahwin, mesti Aaron bujang lagi sekarang ni,”sokong Risyam menyokong pakatan Achik. Seronok pulak kacau adik perempuannya itu.

     “Memang aku bujang lagi sekarang ni kalau tak kahwin dengan adik kau ni..” mendatar Tengku Aaron jawab. Diberi jelingan maut oleh Damia.

     Geramnya dengan suaminya itu! Lantak kau la nak membujang sampai mati kalau tak kahwin dengan aku pun. Ada aku kisah ke? Kau yang nak kahwin dengan aku apa ke hal? Bunyi ayat Tengku Aaron tu macam dia pun sebenarnya taknak kahwin dengan Damia. Geram betul Damia dengan Tengku Aaron yang sokong abang-abangnya itu.

     “..sebab aku takkan kahwin dengan perempuan selain adik kau ni..” sambung Tengku Aaron membuatkan Damia menunduk malu.

     Aaron... tengah-tengah makan boleh keluarkan ayat jiwang karat pulak! Damia sendiri tak tahu kenapa dia harus rasa malu mendengar kata-kata itu, sedangkan sebelum ini dia tak pernah kisah pun walau ayat kembang berbunga macam mana sekali pun yang Tengku Aaron ucapkan. Depan keluarganya pulak tu! Rasa dah merah dah muka.

     “Ecehh….” Seronok Risyam dan Hidayat mengusik. Belum dicampur lagi suara Ameer dan Alia yang turut menyokong. Puan Solehah pun hanya tesenyum. Encik Razak pula simpan rasa bahagia dalam hati. Yakin dengan kebahagian Damia.

     “Abang nak air masak, tak? Kejap Mia ambil kat dapur.” Damia terus bangun. Panas punggung rasanya.

     “Malu la tu..” usik Ameer.

     Damia buat tak dengar.

18 comments:

  1. haha. comel je aaron kena sirvive cara kampung mcm tuu. :)

    ReplyDelete
  2. comel je damia ,,haha

    ReplyDelete
  3. sye pung malu.... ahahaha sweet giler aaron ni. bila la nk kuar novel ni

    ReplyDelete
  4. bestnyer......

    ReplyDelete
  5. hehee .... comfortable je damia called aaron 'abang'!
    yesss ... aaron oso comfortbale with kampong style service n tat 'kawasan khidmat pelanggan' was really comical & humorous.. really luv damia charater!
    respect aaron for his non-arrogance attitude in front of his in-laws! pandai bawak diri!

    -jazmeen

    ReplyDelete
  6. bestlah...update lg ye...cpt2...

    ReplyDelete
  7. lawak!lawak!lawak.You know what?I baca sambil senyum sorang2.Cepat update ekh..

    ReplyDelete
  8. hihi , cepat lah sambung . tak sabar gilar nak baca . =D

    ReplyDelete
  9. alalala..sweetnye..best

    ReplyDelete
  10. best sesangat x sabar nak tunggu n3 baru... i agree with u jazmeen

    ReplyDelete
  11. Amboiiii.. Chumell nyer.. Mulut manis sungguh aaron ni! Stilll currious pasai hbgn die n kembar die tu.. Pape pon suke kapel ni.. Suwitt jer!

    ReplyDelete
  12. best.. sweet je dania & aaron nih.. :)

    ReplyDelete
  13. bile nk smbung lagii...
    syok da nie bce..so sweet la tgk aaron n damia..huhu

    ReplyDelete
  14. Anjell..sy da gile n taksub ngn watak Aaron.. Pls terbitkn novel ni.. cte ni mmg best giler..keep it up!

    ReplyDelete
  15. wahhh bille bace cite ni wajah aaron aziz pon ade muncul haha so sweet

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )