Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 2 March 2015

Hero Seorang Cinderella (BAB 13)


BAB 13

Jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang. Cuaca yang sangat sesuai untuk orang ramai berjalan-jalan di tepi pantai yang cantik itu. Hanya bealaskan selipar jepunnya, Medina duduk bersendirian menghadap pantai. Zuyyin entah ke mana perginya. Puteri? Malas dia nak ambil tahu.

“Eh, Medina?” Ada suara menegur Medina. Medina terus berpaling.

 Beberapa meter dari tempatnya duduk, nampak Farizzam tengah tersenyum manis memandangnya. Wajah lelaki itu pun nampak macam terkejut bila terserempak dengan dia. Alah.. apa nak pelik? Tempat kecik. Pusing-pusing, jumpa muka sama jugak.

Tak lama lepas tu, lelaki itu turut menghampiri Medina. Dia duduk di sebelah Medina tanpa dipelawa. Sama macam Medina, seliparnya turut dijadikan alas punggung.

“Sorang je? Mana yang lain?” ramah Farizzam bertanya. Dia perasan juga yang Medina ni suka sangat bersendirian. Tengku Ian pun selalu cakap benda yang sama.

“Saja nak bercinta dengan alam petang ni. Taknak orang lain kacau,” jawab Medina.

“Alamak.. saya dah jadi orang ketiga dalam percintaan Medina dengan alam ke?”

“Eh, mana adalah! Tak kacau pun,” jawab Medina sambil cuba menahan gelak. Entah kenapa dia rasa lucu dengan kata-kata Farizzam itu.

“Ku Zam pun sorang ke?” soal Medina pula. Mana lagi dua orang dayang? Selalunya nampak mereka selalu bersama. Pagi tadi pun sempat nampak mereka di kaunter depan. Bila ditanya, kata mereka mahu mencuba scuba diving.

Dia pun dipelawa. Cuma Medina yang malas nak pergi. Pergi buat apa? Bukannya dia ada lesen menyelam. Kalau pergi setakat tukang jaga bot atau hai-hai bai-bai dengan air laut, baik dia bercinta dengan katil dalam bilik.

Yup, cuma sorang. Dua lagi dah ke dunia lain. Penat sangat agaknya,” cerita Farizzam pula. Memang Tengku Ian dan Luke awal-awal lagi dah cari katil. Stamina mereka dah habis selepas aktiviti menyelam pagi tadi.

“Ku Zam tak penat ke?” soal Medina lagi.

Farizzam senyum dulu.

“Saya tak menyelam pun tadi. Takde lesen. Cuma temankan Ian dan Luke menyelam. Medina pagi tadi buat apa?”

“Takde buat apa-apa. Berehat dalam bilik. Malas nak keluar. Buat apa nak cepat-cepat cuba semua? Masih ada banyak masa lagi,” balas Medina.

Betul tu. Terkurung di pulau ni selama sebulan lagi. Kalau dah cuba semuanya sekarang, silap-silap bercakap dengan bot dia nanti sebab bosan.

“Ku Zam dah beberapa hari kat sini. Macam mana? Rasa seronok tak?” tanya Medina pula. Nak juga tahu pandangan orang hebat macam Ku Zam tentang pulau ni.

“Seronok. Boleh buat itu, boleh buat ini. Macam-macam boleh cuba. Rasanya kalau ikut pakej yang dah ditetapkan memang tak cukup nak buat semua. Pantai pun cantik. Tempat snorkeling pun cantik,” jawab Farizzam. Itu yang dia rasa.

Sebut pasal bersnorkel, terus Medina ingat sesuatu.

“Ku Zam, pasal snorkeling tu, saya nak minta maaf bagi pihak Puteri. Saya tahu Puteri agak melampau hari tu.” Medina minta maaf. Sebab dia tahu perangai Puteri hari tu macam mintak nak cium kaki. Mengada tahap tak ingat. Rasa nak selam laut je kepala Puteri lama-lama tiap kali dengar suara merengek Puteri dekat Ku Zam. Entah apalah Ku Zam fikir nanti.

Farizzam cuma senyum.

It’s okay. Saya faham kalau Puteri takut masa nak cuba snorkeling. Itukan kali pertama dia.”


Saya faham kalau Puteri takut masa nak cuba snorkeling? Alahai.. Ku Zam ni memang ingat Puteri menggedik tu sebab takut? Atau sebenarnya dia pun suka Puteri mengada-ngada kat dia? Maklumlah… lelaki! Lagi perempuan bagi, lagi dia suka.

Tapi bila melihat wajah Farizzam yang nampak jujur itu, rasanya dia memang maksudkan kata-katanya. Kenapa suci sangat hati mamat ni? Wahai Ku Zam yang baik hati, Puteri gedik bukan sebab takut. Tapi tu perangai semula jadi dia.

“Tak rasa nak bagi kaki ke bila dia peluk-peluk macam tu?” selamba Medina tanya. Geram! Bila nampak Farizzam agak terkejut dengan soalannya, Medina tahu yang dia dah terlepas cakap. Ah, lantaklah!

“Saya pun tak suka dia peluk saya. Tapi, kalau nak bagi kaki tu, belum rasa lagi rasanya. Saya anggap je la dia tak sengaja hari tu.,” jawab Farizzam sebelum ketawa. Sempat bergurau dalam ayatnya. Medina cuma selamba.

Tak sengaja? Huh! Medina mencebik. Sempat mata Farizzam menangkap cebikan Medina itu.

“Medina memang tak suka Puteri ke?”

Erk! Soalan apakah itu? Medina terkejut. Kalau dengan Tengku Ian rasanya dia memang iakan je. Tapi dengan Farizzam, rasanya tak mungkin dia jaja cerita macam-macam. Sekali sampai ke telinga papa dia, mahu kena sula dia. Lagipun dia memang tak tahu Ku Zam ni macam mana orangnya.

“Biasalah.. adik-beradik tiri. Tak berapa nak ngam.” Hanya itu yang Medina jawab. Nak-nak lagi memang takde ikatan darah langsung.

“Hai.. lain macam je bunyi ayatnya. Selalu kena marah ke?” teka Farizzam.

“Biasalah. Saya memang budak nakal. Suka melawan.” Medina seakan mengiakan.

“Saya tanya ni, Medina jangan marah ya?”

“Apa dia?”

“Ibu kandung Medina kat mana sekarang?”

“Mama saya dah lama meninggal dunia.”

“Oh, sorry. Saya tak tahu.” Farizzam minta maaf.

Medina senyum pahit. “It’s okay. Dah kenyataannya,” balas Medina lagi.

“Medina takde adik-beradik lain ke? Abang ke, kakak ke?” korek Farizzam lagi. Medina geleng kepala.

“Saya memang tak punya sesiapa pun lagi kecuali papa,” cerita Medina lagi. Aneh. Hati melarang, tapi kenapa mulutnya tetap terus bercerita tentang perkara sebenar? Seolah-olah selesa dengan lelaki itu.

Entah kenapa bila melihat wajah sedih Medina, Farizzam turut rasa sedih. Mungkin sebab dia pun macam Medina. Kalau Medina tak punya ibu, dia pula tak punya ayah. Ayah kandung yang sampai sekarang dia tak tahu siapa. Samar-samar ingatannya tentang ayah kandungnya. Tapi dia ingat dengan jelas apa yang dah berlaku beberapa tahun dulu.

“Saya faham perasaan Medina. Macam mana rasa bila kita tak punya orang tua.”

“Eh, bukan mak dan ayah Ku Zam ada lagi ke?” soal Medina pelik. Farizzam tersedar sesuatu. Kau, Ku Zam! Nasib baik dia tak terlepas cerita tadi.

“Saya maksudkan anak angkat Ku Is.”

“Ian?”

Farizzam cuma senyum. Tak mengiakan, tak menidakkan. Sekurang-kurangnya dia tak menipu.

“Berbeza macam Medina, dia tak punya ayah. Dia cuma ada ibu yang besarkan dia. Sebab tu dia selalu rasa terhutang budi dengan ayah sekeluarga yang banyak tolong mereka. Sebab tu dia sangat sayangkan keluarga angkatnya itu,” cerita Farizzam. Pelik betul bila dia berkongsi cerita sedih itu dengan Medina sedangkan ni pertama kali mereka berbual berdua.

Medina cuba mendengar. Ian pun sama macam dia? Tapi muka dia tak nampak macam ada masalah. Selalu ketawa dan senyum. Atau semua tu sebab nak tutup kesedihan sendiri?

Macam yang selalu kau buat, Dee. Bezanya kau tutup semua dengan keras hati kau dan dia tutup semua dengan wajah gembiranya.

“Takpe ke Ku Zam cerita semua ni kat saya?” soal Medina. Takut juga kalau Tengku Ian marah nanti. Farizzam cuma senyum. Kisah diri sendiri yang dah terkongsi dengan Medina.

“Dia tak kisah pun. Tapi, kalau boleh jangan cerita kat orang lain apa yang saya cerita kat Medina ni. Dia tak suka orang lain tahu pasal hidup dia. Tapi dengan Medina, saya rasa dia tak kisah.”

“Ya, saya janji saya tak cerita kat orang lain.” Medina berjanji. Dia memang boleh diharap kalau bab menjaga rahsia.

Kemudian senyap antara mereka. Kedua-duanya lebih selesa pandang air laut yang cantik depan mata.

“Oh, ya! Malam ni apa aktiviti Medina?” Farizzam tukar topik. 

“Entahlah. Tak tahu apa yang seronok untuk dibuat waktu malam. Ku Zam tahu ke apa-apa yang seronok malam ni?”

“Saya ada dengar yang ada pertunjukan api kat pulau kecil. Dekat Long Beach. Cuma tak pernah ada peluang lagi nak pergi sebab penat. Kalau Medina nak pergi, boleh naik water taxy ke sana. Biasanya memang ramai yang suka pergi sana,” cerita Farizzam.

“Oh, ya ke? Macam menarik.” Suara Medina seakan-akan berminat.

“Nak pergi sana berapa ringgit?”

“RM15 untuk sehala. Rasanya la.” Farizzam sendiri tidak pasti. Bila pandang muka Medina, perempuan itu nampak macam berminat.

“Medina nak pergi ke malam ni?”

Medina cuma senyum.

“Tengoklah. Ikut mood.”

    ------------

“Seronok dating?”

Farizzam terkejut bila dengar suara tu. Tak payah tanya siapa. Macam manalah mamat tu boleh menceroboh bilik dia, dia pun tak tahu.

“Kau ni.. terkejut aku!”

Tengku Ian yang tengah baring di atas katil Farizzam ketawa. Kemudian dia bangkit dari pembaringannya.

“Amboi, kau! Bukan main sekarang ni. Sejak bila mendaftar jadi ahli baru persatuan kasanova antarabangsa ni?”

“Kau cakap apa ni?” Farizzam tak faham.

“Hari tu mengayat kakak. Hari ni mengurat adik. Tamak betul.”

Baru Farizzam dapat tangkap maksud kata-kata Tengku Ian. La.. pasal anak dara Datuk Azizan ke? Tamak betul? Haha. Farizzam ketawa. Ada-ada je la abang angkatnya tu. Malas nak tanya macam mana dia boleh tahu. Sah-sah la Tengku Ian sendiri yang nampak tadi.

“Kau nampak kitorang ke tadi? Kenapa tak join? Lepas tu sengaja nak fitnah aku yang suci ni.”

Tengku Ian ketawa lagi. Ya.. dia nampak Farizzam di tepi pantai tadi. Kedua-duanya tengah duduk walaupun jarak mareka tak terlalu rapat. Sekali tengok macam orang tengah bercinta.

Dia cuma selesa memerhati dari jauh. Kenapa dia tak ikut serta? Sebab dia malas nak kacau daun. Mungkin dia kena mula biarkan dua orang tu berbual mesra. Cuma mereka berdua. Dan sebab itulah Tengku Ian terus balik bilik.

“Saja, malas. Takut pulak aku jadi perosak ketenangan korang berdua.”

“Hai, jealous ke?” Farizzam gelak.

Tengku Ian tak jawab apa-apa. Dia tak cemburu kalau dengan Farizzam. Dia tak nampak atas alasan apa dia kena cemburu.

“Aku layan dia level adik-adik je. So, Ku Zam jangan risau ya?” Farizzam ketawa lagi.

“Adik? Hmm.. Zam, kau teringin nak ada adik macam dia ke?” duga Tengku Ian.

“Medina?”

Tengku Ian angguk. Kemudian nampak Farizzam macam berfikir sekejap.

“Kalau ikutkan umur, memang layaklah dia jadi adik aku. Aku pun teringin ada adik perempuan. Dapat adik perempuan cantik macam tu, siapa taknak weh?” Sempat Farizzam bergurau di hujung ayatnya.

Tiba-tiba terfikir benda yang sama. Cuba membayangkan dia punya seorang adik. Pasti seronok. Tapi.. jadikan anak Datuk Azizan tu jadi adik dia memang benda mustahil. Takde istilah adik angkat, abang angkat. Tak pasal-pasal terangkat pulak.

“Kalau aku ada adik, mesti dia dah besar, kan?”

“Kau tanyalah ibu. Entah-entah kau memang ada adik sebenarnya.” Berhati-hati Tengku Ian berkata. Takut Farizzam sensitif.

Farizzam senyum tawar.

“Aku kalau boleh taknak ingatkan ibu pasal benda tu. Kau pun tahu macam mana ibu dulu, kan? Aku takut dia trauma lagi walaupun dah lebih dua puluh tahun lamanya.”

Tengku Ian senyap. Faham. Dia pun masih ingat walaupun ketika itu dia masih kecil. Sebaya dengan Farizzam. Walaupun dia tahu apa-apa dulu, tapi dia masih ingat macam mana keadaan ibu dan Farizzam sebelum ayahnya membawa mereka pulang ke villa mereka.

“Nak mandilah. Panas betul.” Farizzam tukar topik. Tuala yang berada di penyidai disambar. Maghrib pun dah nak masuk. Badan pula rasa melekit-lekit. Langkah mula diatur ke bilik mandi.

“Oh, ya! Malam ni ada pertunjukan api kat Long Beach. Aku rasa jiran kita tu macam berminat nak pergi. Aku dah pesan kat dia kalau nak pergi malam ni jangan pergi sorang-sorang. Tapi kalau tengok gaya dia, aku tak rasa jiran kita tu jenis yang dengar cakap.” Farizzam buka mulut. Rasanya Tengku Ian dah maklum siapa ‘jiran kita’ tu.

“Arghh.. badan aku pulak penat semacam. Kalau tak penat, memang aku dah temankan dia malam ni. Aku haraplah sangat ada orang lain yang sudi temankan dia. Risau pulak kalau ada apa-apa jadi kat dia. Maklumlah.. diakan perempuan,” tambah Farizzam lagi sebelum mengeluh. Kononnya berharap sangat ada yang sudi temankan ‘jiran kita’ tu malam ni.

Kemudian pandang Tengku Ian di depannya. “Kan?”

Tengku Ian senyap. Cuma mata melihat Farizzam yang selamba menutup pintu bilik air.

    -------------

Gara-gara kata-kata Farizzam petang tadi, Tengku Ian tak senang duduk bila mengenangkan malam ni mungkin Medina akan ke pulau kecil untuk melihat pertunjukan api. Ikutkan hati, memang malas nak keluar malam ni sebab badan penat. Tapi, dia takkan rasa senang hati kalau Medina ke sana sendirian.

Haish.. si Zam ni sengaja nak buat aku serba-salah. Sengaja nak berkias-kias dengan aku pulak. Macam la aku tak tahu niat dia tu apa! Tengku Ian membebel dalam hati. Dia tahu Farizzam sengaja cakap macam tu kat dia petang tadi.

Tak pasal-pasal tak tenang hidup dia. Dia risau Medina pergi sendirian. Macam yang Farizzam cakap petang tadi. “Kalau tengok gaya dia, aku tak rasa jiran kita tu jenis yang dengar cakap.” Ya.. memang Medina budak degil. Tak mustahil dia pergi sendirian.

Dari tadi lagi Tengku Ian berdiri di depan pintu biliknya. Menunggu bunyi pintu dari jirannya, dan Tengku Ian akan turut sama buka pintu dari dalam. Dia cuma nak pastikan Medina pergi berteman. Sekurang-kurangnya dengan Zuyyin. Tapi, kalau Medina pergi sendirian, memang dia putuskan untuk mengikut.

Bila dengar pintu bilik dibuka, Tengku Ian terus buka pintu biliknya. Macam yang dia agak, Medina baru lepas keluar dari biliknya. Tergamam juga Medina bila nampak dia. Tengku Ian cuma senyum. Berlagak selamba.

“Eh, kebetulan pulak kita keluar sama-sama malam ni.” Tengku Ian sengih. Medina buat tak tahu. Malas nak layan. Terus berjalan meninggalkan biliknya. Tengku Ian mengikutnya.

“Awak nak ke mana?” Tengku Ian menyibuk.

“Cari marka.”

“Marka dah di sini. Buat apa cari jauh-jauh?” Tengku Ian ketawa.

Grrr… serius Medina rasa nak cekik lelaki tu!

“Nak pergi tengok pertunjukan api,” jawab Medina.

“Dengan siapa?”

Dengan siapa? Sepatutnya dengan Zuyyin. Tapi boleh pulak si Zuyyin ni sakit perut malam ni. Tak mungkinlah nak diajak Puteri. Nak taknak memang pergi sorang la dia. Dia bukannya takut nak pergi sorang. Cuma takut bosan sebab takde teman berbual. Dia pula bukan jenis yang cepat mesra dengan orang lain.

“Dengan bayang-bayang,” jawab Medina selamba. Dia ada nampak orang lain ke dengan aku sekarang ni?

Ketawa Tengku Ian terus lepas.

“Daripada pergi dengan bayang-bayang, baik pergi dengan saya. Saya pun nak ke sana. Lagipun bayang-bayang akan tinggalkan awak masa gelap. Tapi saya tetap ada.”

Medina pandang pelik kat Tengku Ian. Mamat ni baru lepas tersalah baca buku sastera ke apa ni? Agaknya lepas scuba diving pagi tadi, otak pun tenggelam ke dasar laut kut!

“Bahaya tahu pergi sorang-sorang? Awak tu perempuan.”

“Apa ingat perempuan tu lemah ke? Tahu tak tangan wanita yang menghayun buaian tu, mampu untuk menggoncang dunia?” Tak suka betul kalau orang perkecilkan kuasa wanita.

Hah.. tu dia! Goncang dunia pulak dah. Tengku Ian ukir sengih.

“Bukan tu maksud saya. Sekurang-kurangnya kalau pergi dengan lelaki, rasa selamat sikit.”

Medina senyum sinis.

“Tak lagi bahaya ke? Orang kata kuasa lelaki sepuluh kali ganda kuasa perempuan. Kalau lelaki tu cuba nak buat apa-apa macam mana? Sekurang-kurangnya kalau pergi sendirian dah tak perlu lawan kuasa lelaki kuasa sepuluh tu,” bidas Medina balik.

Jangan sampai tangan yang boleh goncang dunia ni naik laju-laju kat pipi lelaki berkuasa sepuluh kali ganda tu!

“Tapi saya  tak macam tu la. Pernah ke saya ambil kesempatan tiap kali kita berdua?” balas Tengku Ian balik. Medina diam. Memanglah takde.

“Sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa jadi kat awak, saya boleh lindungi awak.”

Medina pandang Tengku Ian. Terharu? Tak langsung! Menyampah adalah! Penat nak layan.

“Bercakap dengan awak ni, entah-entah boleh terlepas water taxy malam ni. Tak pasal-pasal kena berenang pergi Long Beach.” Medina malas nak berdebat dengan Tengku Ian.

Buat apa nak dihalang? Destinasi mereka pun sama. Long Beach tu bukan milik dia sorang. Tapi bagus juga ada Tengku Ian. Adalah juga modal nak dibuat gaduh sepanjang perjalanan nanti.

  -------------------

THIS IS THE LAST ENTRY. Rasanya rakan-rakan di facebook saya dah tahu kenapa. Kalau tak tahu, entry ni adalah entry last sebelum saya berhenti menulis untuk seketika. Seketika saya tu tak tahu bila. Huhu.. maklumlah.. saya tengah nak pay full concentration on study. Maklumlah.. dah final year. Jangan risau.. saya bukan berhenti terus. Bila ada masa nak menulis, saya akan menulis juga.

Sebelum ada yang salah sangka, HERO SEORANG CINDERELLA belum tamat di blog lagi. Saya cuma berhenti seketika. Lepas tamat rehat, saya akan sambung di blog. Kalau ramai yang request hard copies, then entry last di blog macam TPI kut, Bab 25. Perhaps..

Saya ucapkan HAPPY READING n maafkan segala kekurangan karya ini dan karya2 saya sebelum ni. Assalamualaikum.. J