BAB
6
“Ti amo, Rose..”
Aku
tersedar. Keadaan sekeliling dipandang. Gelap seperti selalu. Tepi katil diraba
untuk mencari telefon pintar.
5:30 AM.
Lima
setengah pagi? Sesuatu yang baru. Ini kali pertama aku tersedar bukan pukul
tiga pagi. Petanda apakah ini? Adakah ini petanda bahawa daya ingatanku sudah
mula ada perkembangan? Atau sekadar perubahan gara-gara gaya tidurku yang dah
berubah sejak ayah meninggal dunia?
Aku
mengeluh lemah. Selimut tebal diselak sebelum aku bangkit dari tidur. Dah
bersedia untuk memulakan hari baru.
Mandi.
Solat subuh. Kemudian mula bersiap untuk ke Hotel La Prince. Hari ni merupakan
hari pertama aku mula berkerja di situ. Aku cuma mengenakan seluar slack hitam
dan blouse berwarna biru. Tudung biru gelap dililit di kepala. Wajah dikenakan
mekap yang nipis. Cuma bedak asas dan lip
balm.
Usai
menilik diri sendiri di depan cermin, aku tenung diri sendiri dalam-dalam. Cuba
bagi motivasi diri awal-awal pagi. Tangan kanan di bawa ke dada. Diletak kemas
betul-betul di bahagian jantung. Berdegup kencang. Mungkin sebab nervous.
Kaki
belum pun keluar rumah, tapi jantung dah macam guna kuasa kuda. Relaks,
Nurissa! Relaks! Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.
Kau
boleh, Nurissa! Kau boleh. Allah takkan bagi sesuatu di luar kemampuan manusia.
Kau kena yakin kau mampu untuk buat semua ni. Ni cuma kerja. Walaupun kerja
pertama.
Ya…
ini merupakan kali pertama aku bekerja. Atau kerja pertama untuk hayatku
selepas aku hilang ingatan. Ini kali pertama aku akan berdikari. Sebelum ini,
aku anak manja. Segala-galanya disuap ayah. Semua pergerakanku dikawal ketat.
Mungkin ayah risau sebab secara teknikalnya aku masih sakit. Sebab itulah aku
dah terbiasa dengan hidup bergantung dengan ayah.
Tapi
sekarang ayah dah tiada. Dah tentulah aku rasa sangat lain. Hidup berubah
seratus lapan puluh darjah. Tapi aku kena reda. Dah ketentuan. Mengingatkan
tentang arwah ayah, mata mula rasa berair.
Cepat-cepat
aku tarik nafas panjang. Tahan benteng mata daripada pecah. Hidup mesti
diteruskan. Aku yakin aku boleh! Lebar-lebar aku senyum depan cermin sebelum
menyambar beg sandangku.
---------
Aku
pegun di depan pintu rumah. Berkira-kira. Macam mana aku nak pergi ke Hotel La
Prince? Lalu aku pandang ke arah garaj rumah. Keretaku. Atau patut aku cakap
kereta milik Dheo Han juga?
Ikutkan
hati, mahu sahaja aku naik kereta itu untuk ke sana. Tapi, aku masih punya
maruah. Aku takkan menggunakan sesuatu yang bukan milikku tanpa pengetahuan
tuannya. Agak sedih ketika aku memandang ke arah keretaku. Tapi apa boleh buat?
Bukan hak aku lagi.
Aku
geleng kepala beberapa kali. Tepis kesedihan tu jauh-jauh. Sesuatu bukan
milikku lagi, usah aku tangisi lagi. Kereta itu cuma satu kemahuan, bukan
keperluan. Aku yakin Allah pasti permudahkan urusanku hari ini.
Aku
terus ke pintu pagar rumah. Kunci pintu pagar rumah rapat-rapat. Pastikan semua
dalam keadaan selamat sebelum aku tinggalkan rumah itu. Rumah orang. Selalu
dalam kepalaku yang rumah tu bukan rumahku lagi. Tapi kalau ada apa-apa
berlaku, akulah yang bertanggungjawab. Lagi berat tanggungjawab itu sebab rumah
itu amanah orang untukku.
Nak
naik teksi atau Uber ya? Yang mana lebih selamat? Yang mana lebih murah? Aku
pun tak tahu memandangkan aku tak pernah naik teksi atau Uber. Ini kali pertama
aku cuba untuk menggunakan khidmat itu.
Sedang
aku memikirkannya, tiba-tiba kedengaran hon kereta ditekan. Nasib baik tak
melompat aku dibuatnya. Sempat tangan urut dada sebelum kepala ditolehkan ke
arah si tukang hon itu. Ada satu kereta Range Rover hitam berkilat berhenti
betul-betul di depanku. Berkerut dahiku memikirkan gerangan pemilik kereta mewah
itu. Bila cermin gelap itu diturunkan, automatik bibirku tersenyum.
“See.. we meet again, signora.”
“Lucca!”
Suaraku penuh keterujaan. Mata pun bulat bersinar.
Lucca
keluar dari tempat duduknya. Dia berdiri di sebelahku. Pagi ini dia segak macam
selalu.
“Are you that happy to see me, signora?” Lucca
gelak macho.
Laju
aku angguk. Serius aku gembira berjumpa dengannya. Entah kenapa, aku senang
dengan Lucca.
“Saya
pun gembira jumpa awak,” kata Lucca. Wajahnya jelas menunjukkan kejujuran
kata-katanya itu.
“Tapi,
apa awak buat kat sini?” Kali ini berkerut keningku bertanya.
Pelik.
Jumpa dia di Hotel La Prince, aku tak pelik. Tapi, berhai-babai di depan pintu
pagar rumahku, itu agak pelik.
“Well.. Doing my job, of course. I’m a driver.” Kata-katanya buatkan aku tersedar
sesuatu. Mataku terus membulat.
“Jangan
cakap Encik Han ada di dalam!” kataku sambil mata merenung ke arah kereta itu.
Gara-gara cermin gelap, aku hanya nampak pantulan wajahku. Dada tiba-tiba
berdebar.
“Don’t worry. Dheo takde di dalam.”
Aku
hela nafas lega. Tapi.. entah kenapa, separuh hatiku rasa kecewa bila
mendengarnya.
“Habis
tu awak buat apa kat sini?” soalku lagi.
Lucca
senyum dulu. Kemudian dia berlalu ke tempat duduk penumpang bahagian hadapan.
Lebar-lebar dia buka pintu kereta.
“I’m your driver for today. Masuklah.”
Lucca mempelawa.
Sekali
lagi mataku membulat tak percaya. Aku pandang wajah Lucca yang tengah senyum
manis itu.
“Eh,
tak payahlah!” Aku menolak secara halus. Seganlah aku.
“Arahan
big boss.”
“Tapi..”
“Please. Don’t make me lose my job today.”
Dia buat muka kesian.
Aku
teguk liur. Kalau dia dah cakap macam tu, aku tahu Dheo Han memang tak
teragak-agak nak pecat Lucca mandatori. Hanya kerana Lucca tak menjalankan
amanah yang diberi. Dan aku tak sanggup nak jadi penyebab Lucca hilang kerja.
Separuh
hati, aku mengangguk. Tapi itu dah cukup untuk buat Lucca sengih selebar
mungkin. Habis nampak susunan gigi putihnya.
“Come, principessa!” pelawa Lucca.
“I’m not a princess.” Lagi perkataan
Itali yang aku faham tanpa sedar. Aku rasa, sebelum aku hilang ingatan, mungkin
aku pernah tahu beberapa patah perkataan Itali. Tak pun pernah belajar bahasa
Itali.
Makin
lebar senyuman Lucca bila aku cakap macam tu. Lambat-lambat aku masuk ke dalaam
perut kereta.
“Every beautiful lady deserves to be treated
like a princess.” Dia kenyit mata sekali sebelum pintu kereta ditutup.
Amboi,
ayat tak menahan! Mesti dah ramai perempuan tersungkur gara-gara ayat gulanya
itu.
Lucca
masuk ke tempat duduk bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan sebelum kami
memulakan perjalanan.
“Kalau
awak ambil saya, Encik Han pergi kerja dengan siapa?” soalku.
“Semalam
dia tak balik rumah. Dia stay di penthouse La Prince. Lepas tu dia
arahkan saya untuk ambil awak,” jelas Lucca. Sekarang ni, aku musykil. Lucca ni
pemandu Dheo Han atau aku?
Macam
mana Lucca boleh tahu rumah aku? Oh, lupa! Rumah Dheo Han. Lucca bekerja dengan
tuan rumah tu, jadi tak peliklah kalau dia tahu rumah tu.
“Kenapa
awak kena ambil saya?” soalku lagi.
“Big boss cakap awak takde transport untuk ke hotel. Dia taknak
awak lambat pada hari pertama awak kerja. Awak ada kereta, tapi dia tahu awak
takkan guna kereta tu. Nak ambil grab car
or uber, semuanya akan ada complication.
Sebab tu la dia suruh saya ambil awak.”
“Macam
mana dia boleh tahu?” Aku musykil. Seram sejuk pun ada. Sebab dia tahu apa yang
aku fikir.
Lucca
cuma angkat bahu.
“Because he’s Dheo Han. Everything is on his
fingertips.” Mudah jawapan Lucca.
“Kesian
awak, kan? Tak pasal-pasal tambah kerja, kena ambil saya.”
Lucca
cuma gelak.
“Nope. It’s my pleasure. I love spending time
with you, signora.” Kata-katanya ikhlas. Wajah bercahaya dia tu
membuktikannya. Tanpa sedar, aku turut senyum. Aku pun suka luangkan masa
dengannya.
“Kenapa?”
“I like you, signora.” Nak tercekik aku
mendengar pengakuan selambanya itu. Baru tiga kali jumpa, dia dah cakap macam
tu? Wow!
“Not in a pervert way. Never in a pervert
way. Dheo will have my head first if I even touch your hair. I mean, I like you
like a sister I never have,” sambungnya lagi.
Oo..
macam adik. Kira okeylah sebab aku pun rasa Lucca macam abang. Aku suka kawan
dengan dia walaupun kami baru kenal. Aku rasa macam dah lama kenal dia.
“Kenapa
Dheo nak buat macam tu?” Punyalah panjang ayat dia, hanya tu yang mampu menarik
minatku.
“Sebab awak perkerja dia,” jawab Lucca.
Kira
baguslah Dheo Han tu. Jaga kebajikan para pekerjanya. Baik jugak. Muka ais
ketul pun, hati baik. Entah kenapa hati rasa teruja untuk tatap wajah kacak
Dheo Han hari ni.
-------------
Perlahan-lahan
langkah diatur untuk merentasi lobi besar itu. Rasa macam semua kepala menoleh
ke arahku. Mungkin ada yang ingat muka aku. Yang semalam datang aci redah, tak
pandang kiri kanan. Tapi hari ni, rasa malu la pulak.
Tapi,
macam biasalah. Buat tak nampak. Aku terus mencari lif untuk ke pejabat Dheo
Han. Itu yang dipesannya semalam. Pergi ke pejabat Dheo Han dulu untuk melapor
diri. Biasalah tu. Hari pertama kerja. Mesti banyak amanat nak diturunkan bos
kepada anak buahnya. Pantang larang kena ikut.
Kaki
berhenti di hadapan sebuah lif. Kalau tak salah, ni lif semalam. Haa.. lagi
senang! Kalau naik lif ni, bila dah sampai di atas, grenti ingat jalan nak ke
bilik Dheo Han. Aku terus tekan butang lif. Automatik terus terbuka. Kaki terus
melangkah masuk.
Dinding
lif dipandang. Cuma ada dua butang. P dan G. P untuk apa? Pejabatlah kut. Lalu
aku tekan P dan masukkan passwords
yang Lucca bagitahu semalam. Cuma beberapa saat, kedengaran bunyi ting menandakan aku dah sampai di
tingkat P. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku terus menapak keluar.
Bila
aku muncul di balik lif, beberapa orang yang berada di situ ternganga
melihatku. Tak kurang juga ada yang saling berpandangan. Macam tengah
berkomunikasi pakai bahasa minda. Aku pandang tubuhku. Kenapa? Seluar terbalik
ke? Atau kasut sebelah hijau, sebelah merah?
Tapi
semuanya normal. Mungkin mereka cuma terkejut sebab nampak muka baru. Mungkin hotel ni dah lama tak dapat staf baru.
Aku tayang muka selamba sebelum kaki mengorak langkah ke arah pejabat Dheo Han.
“Hai,
Cik Nurissa yang datang semalam, kan?” Seseorang menegurku.
Ada
wanita anggun berambut pendek separas bahu sedang berdiri di depanku. Kemas
dengan kemeja berwarna biru lembut dan pencil skirt separas lutut. Sedang
senyum mesra ke arahku.
Aku
turut membalas senyumannya. Kepala dianggukkan. Mengiakan. Maksudnya dia juga
tahu aku datang serang bos dia semalam. Nasib baiklah hari ni dia alu-alukan
aku.
“Nama
akak, Tina. Boleh panggil Kak Tina. Akak memang penyambut tetamu aras ni. Encik
Han ada bagitahu tentang kedatangan Nurissa hari ni.” Panjang lebar Kak Tina
memperkenalkan diri. Tangan dihulurkan untuk berjabat. Aku menyambutnya dengan
senyuman.
“Jom,
Kak Tina bawakan jumpa Encik Han.”
Aku
cuma mengangguk. Bila ada orang iring, rasa lega juga. Sekurang-kurangnya
takdelah aku termangu sendirian. Nampak jugalah hala tuju kalau ada orang
tunjukkan walaupun semalam aku dah datang.
“Kak
Tina, kenapa semua orang tengok pelik kat saya? Saya ada buat salah apa-apa
ke?” soalku perlahan. Takut juga kalau tanpa sengaja aku dah sebabkan orang tak
sukakan aku. Kerja pun belum mula lagi. Aku taknak cari pasal.
Kak
Tina senyum.
“Mungkin
diorang pelik.”
“Pelik?
Kenapa? Pakaian saya dah langgar etika ke?” soalku cepat. Sekali lagi tenung
tubuh sendiri.
“Bukan.
Pelik sebab Nurissa tertanya-tanya macam mana Nurissa boleh sampai ke tingkat
ni.”
“Saya
pakai lif?” Aku berkata keliru. Pelik ke kalau naik lif? Ke semua orang di sini
panjat tangga untuk ke tingkat lima puluh lima ni?
“Tapi
lif tu lif Encik Han. Exclusively his.”
Kali
ini aku terlopong. Lif tu khas untuk Dheo Han je? Dan aku dengan selamba segala
badak je pergi guna. Tapi aku tak tahu!
“Saya
tak tahu, Kak Tina. Semalam pun Lucca yang suruh saya pakai lif tu. Saya tak
tahu pun lif tu khas untuk Encik Han je.” Aku telan liur laju-laju sesudah
berbicara.
Aku
ni memang suka cari pasal, kan? Semalam tersalah masuk kawasan larangan. Hari
ni, guna lif bos. Esok apa agaknya jenayah aku akan buat?
“Semua
pelik sebab nak access lif tu kena
ada passwords. Cuma Encik Han dan
orang-orang kepercayaan dia je yang tahu. Mungkin sebab Nurissa bakal jadi personal housekeeper dia, jadi tak pelik
kalau Nurissa tahu.”
“Personal housekeeper? Encik Han?” Sekali
lagi aku telan liur. Entah kenapa rasa seram dengan kenyataan itu.
Kak
Tina angguk.
“Kenapa
saya?” Aku agak cuak. Punyalah ramai staf hotel kelas lima bintang dia ni,
kenapa aku juga yang dipilihnya?
Pertama,
ini kali pertama aku kerja. Kedua, aku dahlah tak tahu skop kerja macam mana.
Ketiga, menghadap Dheo Han hari-hari? Gerun. Tapi pada masa yang sama, rasa
teruja. Dan aku sebenarnya lagi gerun sebab aku rasa teruja.
No good, Nurissa! No good.
“Pilihan
bos. Tiada siapa yang boleh sangkal kalau Encik Han dah keluarkan arahan.” Itu
jawapan Kak Tina. Sempat dihadiahkan satu pandangan simpati kepadaku.
Buatkan
aku rasa macam anak tekak dah hilang terus. Laju je liur masuk dan keluar.
Apatah lagi ketika itu kaki kami berdiri di depan pintu masuk pejabat Dheo. Kak
Tina melayangkan tangan untuk mengetuk pintu beberapa kali. Sebaik sahaja
kedengaran suara Dheo mengizinkan masuk, Kak Tina tarik tombol sebelum
dibukakan sedikit pintu untukku melangkah masuk.
“Good luck.” Sempat Kak Tina berkata
perlahan.
Aku
telan liur dulu. Nafas ditarik dalam-dalam. Baca bismillah sekali, barulah kaki
kanan menapak masuk ke dalam bilik.
Seram
sejuk.
Dua
kepala menoleh ke arahku. Dheo dan perempuan cina semalam. Dheo tengah duduk
dan perempuan itu tengah berdiri di sebelahnya. Sedang memegang beberapa buah
fail. Dheo kembali menyambung tugasnya. Laju aku melihat tangannya menurunkan
tandatangannya.
Aku
pula hanya berdiri tanpa banyak bunyi. Rasa canggung dan berdebar. Hati
banyakkan berzikir untuk menenangkan diri. Tepis segala hasutan syaitan yang
sengaja nak menggundah-gulanakan hatiku.
“Dheo,
tengah hari nanti you ada lunch business
dengan wakil Topazz Corporation. Ingat tu.” Aku dengar perempuan itu berkata.
Dheo
cuma mengangguk sekali. Matanya dihalakan ke arahku. Jantung makin
bersenamrobik ketika menerima tujahan matanya.
“You.. come and sit here.”
Aku
terus patuh. Langkah diatur untuk duduk di depan meja Dheo. Berhati-hati. Sebab
kalau ikutkan lutut yang dah macam hilang skru, tak kena gaya memang sujud aku
dibuatnya.
Diam.
Hanya kedengaran bunyi mata pen tajam Dheo dilarikan di atas dokumen di depan
mata. Kemudian, Dheo menutup fail terakhir yang ditandatanganinya. Perempuan di
sebelahnya itu terus melakukan tugasnya. Ditundukkan sedikit tubuhnya untuk
mengutip fail-fail itu.
Aku
nampak perempuan itu pegun.
“You
pakai minyak wangi lain ke hari ni? Wangi.” Hidungnya didekatkan ke arah leher
Dheo. Sedut bau dalam-dalam.
Aku
yang menjadi saksi menahan rasa. Kedua-dua tangan erat menggenggam tali beg
yang berada di atas ribaku. Tahan nafas yang mula rasa tersekat-sekat. Entah
kenapa, aku tak suka melihatnya! Rasa macam hati dicakar-cakar. Nak je aku tolak
dia jauh-jauh daripada Dheo.
Astaghfirullahalazim!
Aku istighfar dalam hati. Terkejut dengan pemikiranku sendiri. Apa kena dengan
aku ni? Astaghfirullahalazim.
Aku
tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri. Tapi yang masuk hidung bukan
setakat oksigen. Tapi sekali dengan bau minyak wangi Dheo. Perempuan itu betul.
Minyak wangi hari ini tak sama dengan semalam. Minyak wangi hari ni macam
pernah kukenal. Wanginya punya aura sendiri. Macam jenama..
“You
pakai minyak wangi jenama apa?”
“Creed
Aventus.”
Dua
kepala tenung aku. Err.. suara aku ke tadi?
“You know?” Perempuan itu tanya aku.
Sah
suara aku!
Err..
aku terkelu! Kelip-kelip mata pandang mereka. Memang aku tak tahu nak jawab
apa. Kalau aku cakap aku tembak, dia percaya tak agaknya?
“Nancy, you may go. I got things to discuss
with her.” Dheo menjadi penyelamat.
Pandangan
Nancy teralih kepada Dheo. Dia patuh. Maka, macam semalam, tinggallah kami
berdua.
Dheo
tegakkan tubuhnya dulu. Aku pula tepat memandang ke arahnya. Maklumlah, bos!
Nak cakap kena ada eye contact. Nanti
cakap biadap pulak.
Tapi..
lama-lama tenung anak mata dia tu, makin cantik la pulak! Nak-nak lagi bulu
mata dia lebat. Kenapa bulu mata dia lagi lebat daripada aku yang perempuan ni?
Dahlah aku rasa dia hari ni lagi handsome
dari semalam.
“Ehem.. done staring at me?”
Aku
kembali ke alam nyata. Wajah Dheo dipandang. Sedang mengangkat kedua-dua
keningnya ke arahku. Mungkin sedang menunggu aku menjawab soalannya itu.
Muka
tiba-tiba rasa kembang. Malunya! Alamak.. terkantoi la pulak! Apa masalah aku
ni? Sebelum ni jumpa lelaki, mana pernah aku macam ni! Aku berlagak biasa.
Wajah ditundukkan sedikit.
Dheo
berdehem lagi sekali. Back to the
business.
“So, Rose!”
Automatik
aku angkat wajah.
Rose!
Jeng jeng jengggggg . He call nurissa, rose ! Tertanya tanya betul . Thank you for update kak 😍
ReplyDeleteGrrrrrr dheoooooooo
ReplyDeleteOmg..seronok je jalan cerite dye...
ReplyDeleteCair😍. HAHHAHHAHAHAJA
ReplyDeleteMisteri sungguh...sape dheo & lucca pd nurissa
ReplyDeleteSeronoknya... Makin berdebar2 nak tahu cete selanjutnya.....
ReplyDeleteBestnya.. mcm dheo dah kenal lama je..
ReplyDeleteCepatla bab 7.. Huhu.. Xsabar nak bc lg.. Bestnyerr
ReplyDeleteOnaigoddd.....meltinggg😍😍
ReplyDeleteX sabar nak tunggu seterusnya..dheo n rose..
ReplyDeleteerr,has nurissa been married or engaged to dheo?#just my instict only..
ReplyDeleteBile nak klua buku ni... X sabar
ReplyDeleteAdussssss....kak anjel saye baca hati dedorr je...saya dah angaukan dheo...nak nangiss dah ni😣😣😣😣😣😣😣
ReplyDeleteAdoiii... Xpuas nak baca... Bile bole beli novel ni... Karya anjell mmg terbaikk.. I love it.
ReplyDeleteBetul pye Alpha Male 2.0 ni
ReplyDeleteSome thoughts of mine:
ReplyDelete(1) Rissa ada hubungan dgn Dheo.. mgkn kepunyaa Dheo (Dheo's).
(2) Rissa pernah pergi atau selalu pergi ke La Prince sblm hilang ingatan. That's why staff kat situ dok pandang pelik kat dia.
(3) Lucca ada hubungan tertentu ataupun kenal dgn Rissa sblm hilang ingatan.
Wahh, mode detective dah on dah.. hahahaha
adoiiii pls pls pls keluarkan novel cepat².. tak sabar nak tahu cerita yang sebenar.. jadi ppenasaran ni...
ReplyDeletei need oxygen!!!!please!!!...Dheo dah jadi one of my fav Tsundere!!! mintak2 la novel ni release mase PBAKL2018
ReplyDeleteCan't wait to have this novel . Keep it up sis. Nnti bile nak terbit bgtau .
ReplyDeleteTak sabar tunggu novel ni keluar 😘😍
ReplyDeleteNak tanya, kat mana saya boleh beli buku akak dalam bentuk pdf ya ��
ReplyDeleteSaya dah jatuh cinta dengan anjell . Boleh jumpa tak ?
ReplyDeleteTi amo anjell
ReplyDeletejatuh cinta lagi.. lagi lagi ku jatuh cintaaaa.... ha ha ha.. kali ni dheo pulak yg jadi pemenuh hatiku... hua ha hah(gelak jahat boleh) :)
ReplyDeleteAduhai dheo ni belum apa2 lagi sis dag melt omg tak sabar nk tunggu novel keluar ❤❤❤ good job kak anjell
ReplyDeleteInteresting! Cant wait for the hardcopy. I hope it will publish really soon
ReplyDeleteEntah entah dheo ni ada hubungan dgn rissa sebelum dia amnesia. Ke.... Mereka ni pasangan suami istri ke? 😆😆😆😆
ReplyDeleteAdoi mengarut pulak tekaan saya ni
so,rose...its like someone close to u call u that..and surely that will bother nurissa...hahahha
ReplyDeletemelalui tajuk novel pun dah tahu..DHEO's..
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم