BAB
10
Bunyi
loceng ditekan membuatkan konsentrasi Tengku Ian pada skrin laptop terganggu seketika. Memandangkan
dia satu-satunya yang berada di ruang tamu, Tengku Ian bangun untuk membukakan
pintu rumah.
Siapa
yang datang? Yang pasti bukan kenalannya. Mana ada orang yang dia kenal di
Malaysia ni. Mesti kawan-kawan Farizzam, tak pun Ayana sendiri.
Saat
pintu rumah dibuka, dilihat seorang jejaka bercermin mata Ray Ban tengah
tersengih di depan pintu. Tengok sajalah gaya pemakaian lelaki itu, pasti
datangnya dari luar negara. Bila nampak muka dia, makin melebar sengih lelaki
itu.
Belum
sempat berkata apa-apa, tubuh Tengku Ian dipeluk kemas.
“Ku Zam! How I miss you.”
“Kau?”
Tengku Ian masih terkejut. Bagai tak percaya bila tengok manusia di depannya
itu. Mimpikah? Atau mengigau? Atau halusinasi? Dipejamcelikkan mata beberapa
kali. Manusia di depannya tak hilang-hilang.
Sah
bukan mimpi!
“Macam
mana kau tahu rumah ni?” Terkejut!
Tersengih-sengih
lelaki itu tanpa berniat untuk menjawab. Pelukan mereka dileraikan.
“Ian,
siapa datang?” Farizzam datang menegur bila melihat Tengku Ian masih tegak di
depan pintu rumah.
Nampak
seorang lelaki yang tersenyum memandangnya. Farizzam turut membalasnya walaupun
dia tak kenal gerangannya siapa.
“Luqman.
Tapi orang panggil Luke.” Lelaki itu memperkenalkan diri. Dia menghulurkan
tangan untuk disalam Farizzam.
“Farizzam.”
“Oo..
you anak angkat Ku Is tu kan? Teruja I nak kenal. Wow, handsome!”
Terus tersenyum Farizzam mendengarnya. Sah diimport terus dari Los Angeles mamat ni! Habislah Tengku Ian.
“Kau..
kenapa kau datang sini?” Soalan Tengku Ian macam tak sukakan tetamunya itu.
Haish..
kenapa mamat ni boleh ada kat sini ni? Tengku Ian garu pelipisnya yang tak
gatal. Dipandang Luke depan mata. Siap bagasi besar di sebelah. Ni memang nekad
nak berkampung kat sini ni! Ikutkan hati, nak je ditendang tetamunya itu balik
Los Angeles balik.
“Eh,
kau ni! Kut ya pun jemputlah masuk dulu.” Farizzam menegur. Muka abang
angkatnya dah nampak sangat bunga-bunga nak menghalau tetamu mereka tu. Farizzam
dah tahu alasannya. Jadi, sebelum tetamu mereka itu ditendang keluar, baik dia
ajak masuk cepat-cepat.
“Siapa
datang?” Datang pula Ayana dari dapur.
Luke
senyum.
“Hai,
aunty.”
“Apa
hai-hai. Tak reti nak bagi salam ke?” bidas Tengku Ian.
Tersengih
terus Luke bila kena tegur macam tu. Alamak, lupalah! Dia dah berada di
Malaysia.
“Assalamualaikum,
aunty. Saya Luke. Maaf la kalau
datang tak berjemput. Tapi saya datang ni atas arahan orang.”
Kata-kata
itu mengundang jelingan tajam Tengku Ian. Aku dah agak dah! Tak perlu tanya
arahan siapa, dia dah tahu. Alahai, bondaku!
“Waalaikumussalam.
Oo, kawan Ian. Masuklah. Jangan tercegat kat depan pintu tu. Jauh-jauh tetamu
tu datang.” Ayana senang hati mempelawa tetamunya masuk rumah.
“Ya
ke, terima kasih, aunty.” Luke terus
masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan riak wajah tak senang hati Tengku Ian.
-----------
“Bonda
hantar kau, kan?” selidik Tengku Ian. Mahu mengesahkan lagi andaiannya. Kalau tak,
macam mana Luke boleh tahu rumah Farizzam ni?
Luke
sengih lagi. Lama betul tak menghadap Tengku Ian versi beruang nak beranak ni.
Kan dah hilang semua senyum manisnya tu. Sekarang ni, salah jawab, grenti kena
halau balik Los Angeles. Tapi, kalau jawab betul pun rasanya kena tendang juga.
Ada beza ke?
“Memang
betul pun, Ku Zam.”
Tengku
Ian mendengus.
“Hih..
bonda ni!” bebel Tengku Ian. Tak puas hati. Tapi tak tahu pada siapa.
Dia
tahu kenapa Luke dihantar ke Malaysia. Macam biasa, jadi baby sitter dia la. Apa lagi?
“Kenapa
dia hantar kau?” soal Tengku Ian lagi.
Alahai,
Ku Zam ni! Tanya soalan yang dah tahu jawapan buat apa? Bukannya tak pernah
jadi macam ni sebelum ni.
“Dah,
tak payah auta jawapan apa-apa kat aku,” potong Tengku Ian sebelum Luke buka hikayat.
Si Luke ni kalau dah bercerita boleh tahan dramatisnya.
Tak
suka betul dengan kehadiran Luke tapi dia tahu semuanya bukan salah Luke. Luke
memang pekerja mithali. Selalu ikut telunjuk bondanya. Sememangnya Luke adalah
orang paling dipercayai keluarganya. Dia pun memang rapat dengan Luke sebab Luke
jenis seorang yang setia.
Dah
tak boleh buat apa-apa dah. Orangnya pun dah selamat sampai depan matanya. Ni
kalau dia hantar balik Luke ni, silap-silap bondanya sendiri turun Malaysia. Lagi
haru!
Tapi,
dengan kehadiran Luke ni, mahu rosak rancangannya kalau tak kena cara.
“Ayah
tahu kau datang sini?”
“Tahu,
Ku Zam.”
Oo..
ayah pun tahu! Baguslah.
“Kat
sini kau nak duduk mana?” tanya Tengku Ian.
Tak
puas hati belakang kira. Nak taknak kena layan orang depan mata ni. Kebajikan
Luke wajib dijaga. Apatah lagi Luke pun dah lama tak jejak kaki ke Malaysia.
Luke memang anak yatim piatu. Sebab itulah kut bonda sayang sangat dengan budak
ni.
“Tak
tahu lagi, Ku Zam. Tapi Ku Is kata dia akan uruskan semua tu.”
“Tak
payah. Kau duduk rumah aku.”
“Hah?”
“You’ll be staying in my mansion,” ulang
Tengku Ian dalam bahasa Inggeris pula.
“Tak
faham lagi? Nak aku cakap French tak?” sambung Tengku Ian lagi berbaur
sindiran.
Luke
sengih lagi sebelum angguk. Bagus juga. Tak payah la dia merayau-rayau cari
hotel di Kuala Lumpur ni. Dia pun ingat-ingat lupa Kuala Lumpur ni. Dalam perjalanan
dari KLIA ke sini tadi pun dah macam-macam bangunan tumbuh. Berbeza betul
dengan Kuala Lumpur yang ditinggalkannya lebih sepuluh tahun dulu.
“Nanti
aku hantar kau ke rumah tu.”
Ada
bagusnya juga kedatangan Luke ni. Rumahnya nanti pun takdelah tak berpenghuni
kalau dia duduk dengan Ayana dan Farizzam. Takdelah dia sepi kalau Farizzam
bekerja nanti. Boleh juga bergelak bergurau dengan Luke.
“Anyway,
apa lagi amanat ayah dan bonda?” siasat Tengku Ian lagi. Dia yakin Luke datang
ke sini bukan dengan tangan kosong. Entah-entah berkajang-kajang amanat orang tuanya untuknya.
“Ku
Is cakap I kena tolong Ku Zam. Tak kiralah dalam apa-apa pun. Lagi, dia lantik
I jadi PA Ku Zam kat sini. Ku Sha pula pesan suruh jaga Ku Zam elok-elok.”
Jaga
aku? Betul-betul baby sitter ni!
“Ayah
dan bonda sihat?”
“Sihat.
Mereka rindukan Ku Zam. Ku Sha terutamanya.”
Tengku
Ian terdiam. Dia pun rindukan ayah dan bondanya. Dia tahu bonda risaukan dia
yang beribu-ribu batu ni. Memang patutlah hantar sorang bodyguard ni.
Tapi,
dengan kehadiran Luke, agak leceh sikit. Salah sikit, memamg mengalahkan pos
laju maklumat sampai ke LA. Tak mustahil kena seru balik mandatori. Tak pun
orang LA turun melawat kawasan.
Tak
lama lagi nak ke Pulau Perhentian. Baru beberapa hari lepas dia dan Farizzam berbincang
pasal siapa yang harus berurusan tentang penempahan tiket dan seangkatan
dengannya. Dia dan Farizzam kena berhati-hati dalam urusan yang melibatkan
nama. Kalau tak, memang terbongkar segalanya. Kalau libatkan syarikat pula,
entah-entah sampai ke pengetahuan ayah dan bonda pula.
Dan
sekarang, kehadiran Luke bagaikan memberi jawapan kepada semua masalah itu. Dia
boleh gunakan nama Luke sebagai wakil untuk berurusan. Lagipun Luke adalah
orang kepercayaan syarikatnya. Lagi senang sebenarnya. Tiada yang bakal syak
kalau Luke yang campur tangan.
Yes!
Dah settle satu masalah. Sayang kaulah, Luke!
Tapi,
sebelum tu, kena jalankan satu misi. Misi diamkan Luke!
“Kat
LA, ya.. kau kena ikut cakap bonda dan ayah. Tapi, sini bukan LA. Kat sini, aku
nak kau ikut cakap aku. Faham?” arah Tengku Ian.
Luke
serba-salah. Lain macam je arahan Ku Zam ni? Kalau geleng, kena tendang tak?
“Faham,
Ku Zam,” jawab Luke.
“Disebabkan
kau akan ikut aku ke mana-mana nanti, aku nak kau janji dengan aku, kau akan
jaga rahsia aku.” Arahan Tengku Ian jadi lebih tegas.
Luke
angguk. Sememangnya menjaga amanah itu adalah satu kewajipannya.
“Rahsia
apa, Ku Zam?”
“Jangan
panggil aku Ku Zam. Kat sini, orang tak tahu aku Ku Zam.”
“Hah?”
Luke ternganga. Tak percaya. Masakan orang hebat macam Ku Zam ni tak dikenali
orang kat sini? Padahal kalau di Los Angeles lelaki itu boleh dikatakan memang
popular.
“Jangan
nak nganga luas sangat. Aku lastik cicak masuk mulut kau, baru tahu!”
Terus
Luke tutup mulutnya. Kemudian sambung mendengar arahan ketuanya itu. Tengku Ian
pula pandang sekeliling. Takut Ayana dengar. Line clear!
“Kat
sini, orang kenal aku sebagai Ian, anak angkat Tengku Ismadi dan orang ingat
Farizzam adalah Ku Zam. Even staf company
pun tak tahu aku ni Ku Zam. So, aku
taknak orang syak aku ni anak kandung Tengku Ismadi. Dan aku nak kau pastikan
yang takde orang yang syak aku ni Ku Zam..”
“Eh,
kenapa macam tu?” Luke pelik.
“Jangan
tanya banyak benda. Ikut je apa yang aku buat.” Tengku Ian memberi amaran. Luke
angguk.
“Selain
depan ibu aku, panggil aku Ian. Faham?” arah Tengku Ian lagi.
“Tapi,
I dah terbiasa panggil Ku Zam. Tersasul nanti, susah.”
“Biasakan
dari sekarang. Dan ingat panggil Farizzam, Ku Zam depan orang lain. Dan lagi
satu, ibu tak tahu pasal ni. Jangan tersasul depan ibu pulak.”
Alahai..
banyak betul pantang-larangnya! Depan orang tu kena panggil lain, depan orang
ni kena panggil lain. Grenti tersasul nanti. Kenapalah Tengku Ian ni nak
susahkan keadaan? Luke tak faham.
“Tapi
Ku Zam, kalau Ku Is dan Ku Sha tahu benda ni, jadi masak lemak cili api la I.”
Muka Luke rela tak rela. Gerun kalau pihak berwajib di Los Angeles tahu.
“Dan
kalau kau berani pecahkan rahsia ni, jadi daging Burger King kau aku kerjakan.”
Suara Tengku Ian seakan-akan bergetar amaran.
Haa..
yang tu lagi gerun! Luke garu kepala yang memang tak gatal. Adoi… salah ke keputusan
aku balik Malaysia ni?
“Okeylah
kalau macam tu. I akan ikut semuanya.” Dalam dilema sebenarnya. Terpaksa
jalankan amanah dua pihak serentak. Dari LA dan juga di sini.
“Dan
lagi satu, beberapa hari lagi kita akan ke Perhentian
Island. Kau ikut aku,” arah Tengku Ian lagi.
Alahai..
baru je mendarat dari penerbangan yang memakan masa hampir satu hari, dah kena
mulakan perjalanan baru untuk bercuti?
“Ya,
Ku Zam!” Luke patuh.
Tengku
Ian lega. Dia tahu Luke akan ikut semua kata-katanya.
“Ku
Zam ni.. I datang sini bukannya nak sambut elok-elok. Penat tau perjalanan dari
LA ke KL ni,” adu Luke.
Tengku
Ian mencebik.
“Ada
aku suruh kau datang?” bidas Tengku Ian.
“I
datang sebab rindukan Ku Zam. Ku Zam tak rindukan I ke?” Luke tayang muka tak
puas hati. Tak menghargai pengorbanan orang langsung la mamat ni!
Tengku
Ian ketawa.
“Ya..
ya.. aku pun rindukan kau juga,” jawab Tengku Ian jujur.
Sebenarnya
dia memang gembira melihat Luke di depan matanya. Sekurang-kurangnya dia punya
kawan yang dia kenal. Yang boleh dipercayai selain Farizzam. Yang dia ada
sebelum dia mulakan hidup sebagai Ku Zam sebenar di Malaysia ni.
Tapi
sebab terkejut campur geram punya pasal, tak pasal-pasal dimarahnya Luke yang
tak bersalah tu. Mana tak terkejut bila orang yang beria-ia nak ikut dia balik Malaysia
dulu tiba-tiba ada depan mata. Dulu dia tak izinkan Luke ikut dia memandangkan Luke
terikat kerja dengan syarikat ayahnya. Lagipun, masa tu dia balik tanpa pengetahuan
sesiapa.
“Dahlah.
Sekarang ni, kau dah makan belum ni?” Suara Tengku Ian berubah lembut. Kesian pula
pada Luke yang baru mendarat dari penerbangan jauh. Muka lelaki itu pun nampak
lesu.
Luke
geleng kepala. Hanya Tengku Ian dalam kepala tadi. Perut sendiri pun terabai. Bila
Tengku Ian tanya macam tu, baru rasa lapar.
“Jom
kita makan,” ajak Tengku Ian.
Luke
pantas angguk. Lapar gila ni! Dah bermacam-macam lagu dah perutnya melalak. Makan
makanan Malaysia. Seronoknya!
------------
“Kota
Bharu?” Medina pelik saat terpandangkan tiket kapal terbang MAS di dalam
genggamannya. Kenapa Kota Bharu bukan Kuala Terengganu?
“Change of destination. Papa nak Dee
pergi ke Pulau Perhentian kali ni.”
Pulau
Perhentian? Medina tak percaya. Baru beberapa hari lepas rasa kecewa sebab tak
dapat ke pulau itu. Dan hari ini bagaikan dimakbulkan pula permintaannya. Bulan
jatuh ke ribakah?
“Kenapa
bukan Redang?” soal Medina lagi. Serius pelik.
Tapi
papanya itu cuma senyum.
“Papa
nak Dee kenal resort kita di Perhentian pula. Dee tak pernah kenal lagi kan?”
Medina
pandang tiket di tangannya itu. Tiga? Namanya, nama Zuyyin dan satu lagi? Saat
terpandangkan nama Puteri, lama mata Medina di situ.
“Puteri
ikut?” soal Medina balik. Terus patah keinginan nak ke Pulau Perhentian. Kenapa
masalah tu nak ikut?
“Yup.
Ni first time Puteri setuju nak pergi
pulau. Dee dah biasa. Sebab tu papa nak Dee pergi sekali dengan Puteri.
Tengok-tengokkan Puteri.”
Oo..
itulah rupa-rupanya alasan kenapa papa arahkan dia ke Pulau Perhentian? Sebab Puteri
Langsuir tu rupanya. Huh! Entah kenapa rasa kecewa. Ni bukan bulan jatuh ke
riba. Ni namanya bulan jatuh dalam longkang!
Kerana
Puteri, dia yang kena mengalah? Walaupun sebenarnya dia memang teringin sangat
nak kenal dengan Pulau Perhentian sebab dia belum pernah jejak kaki lagi ke
sana.
“Kenapa
Dee kena jaga dia, papa?” soal Medina. Tak puas hati. Kirim salam awal-awal la
aku nak jaga si langsuir tu!
“Puterikan
anak manja. Tak tahu sangat pasal pulau-pulau ni. Mana pernah dia keluar
melancong sendirian tanpa mama dan papa. Dee lain. Dee dah biasa dengan
benda-benda mencabar ni. Sebab tu papa tak bimbangkan Dee.”
Pujiankah
itu? Medina pun tak tahu.
“Dia
mimpi apa? Tiba-tiba je nak ikut?” Lagi Medina
pelik. Dulu bukan main bergunung alasananya. Mabuk laut la. Mabuk kepayang la. Apa
dah jadi ni? Musykil!
Lagi
musykil sebab ibu tirinya izinkan anak emasnya tu pergi. Berani pula lepaskan
anak dia pergi. Dengan aku pulak tu! Tak takut ke aku bagi lanun culik anak dia
tu nanti? Anyway, idea tu boleh tahan
menarik juga! Akan dipertimbangkan lagi.
“Mungkin
dia pun nak belajar selok-belok resort kita. Dia pun dah makin matang.”
Huh..
malas aku nak cakap apa-apa. Diam lebih baik daripada dia bersuara yang sah-sah
kutip dosa kering. Kita iyakan aje kata-kata papa tu.
“Lagipun
Ku Zam nanti akan bercuti di resort kita..”
Hah!
Itu dia yang dia cari. Kunci kepada alasan kenapa seorang Puteri boleh jejak tanah
pulau. Ku Zam lagi!
“Jadi
papa nak Dee temankan Ku Zam. Tunjukkan kelebihan resort kita. Dia penting bagi
syarikat kita, Dee. Ingat tu,” sambung Datuk Azizan lagi.
Medina
mengeluh dalam diam. Papa ni bercakap macam tak lama lagi syarikat tu jatuh ke
tangan aku. Papa ni tak faham ke yang aku ni tak minat langsung dalam tolak
tambah dunia perniagaan ni?
Orang
kata untung jadi orang kaya. Orang kaya lain mungkin, tapi bukan dia. Kerana makin
kaya seseorang, makin tinggi tanggungjawabnya. Tengoklah dia. Umur baru dua
puluh dua. Tapi dah dipaksa ambil tahu perihal syarikat macam usia dia dah nak
cecah tiga puluh tahun.
Dan
yang paling dia tak puas hati, kenapa dia, bukan Puteri? Dia yang
bersusah-payah, mengalah apabila disuruh papa tapi Puteri goyang kaki? Cukup bulan
minta duit elaun. Nak beli barang, zrapp
sana, zrapp sini guna kad kredit tanpa
had papa. Senangnya hidup, kan?
“Kenapa
Dee, papa? Dee perempuan. Ku Zam lelaki. Papa tak takut ke kalau apa-apa yang
pelik jadi kat kami nanti?” soal Medina lagi. Saja takut-takutkan papa. Berani pula
papa nak dia temankan Ku Zam. Jauh dari keluarga pula tu! Macam-macam boleh
jadi.
“Sebab
papa yakin Dee bukan jenis perempuan macam tu. Dee seorang yang jaga batasan
pergaulan. Sebab tu papa hantarkan Dee sekali. Papa nak Dee tengok-tengokkan Puteri
kat sana.”
Nampak
sangat papa tak percayakan Puteri. Salah siapakah ini?
“Kalau
papa cakap macam tu, apa lagi yang Dee boleh cakap.” Mengalah.
Nak
taknak, ke Pulau Perhentianlah dia. Dalam kegembiraan untuk ke sana, Medina turut
rasa malas nak pergi. Semuanya sebab Puteri yang ikut serta dan juga
tanggungjawab menjadi dayang tak rasmi Ku Zam setibanya di Pulau Perhentian
nanti.
Waahh..lmanya nk wait..akhirnya berbaloi..mkin x sbr nk bca sambungnnya..plis sis..cepat2 kuarkn novel lain eh..hii
ReplyDeleteWahhh...i love it...thankz anjell 4 the new n3...xsbar lak rsanya nk tgu HSC ni dnovelkn...huhuhu...😍😍😍
ReplyDeleteBest...best...thanks anjell...nak lg...
ReplyDeleteBest...best...thanks anjell...nak lg...
ReplyDeletebest
ReplyDeleteBest³,next n3 please !! 😃😁
ReplyDeleteAkhirnya..cinderella ke pulau perhentian..
ReplyDeleteAkhirnya..cinderella ke pulau perhentian..
ReplyDeletebest..akhirnye jumpe gak gan ku zam..
ReplyDeletebest ileps
ReplyDeleteMel dapat g p.perhentian mesti idea Ian...
ReplyDeletebest2...tapi kenapa puteri tu ikut...kacau daun je...
baby sitter Ian dah sampai...agak2 apa rancangan Ian untuk gunakan Luke...thumbs up sis...
<3 <3 <3 :-) :-)
u know what anjell... u ni ada powerlah.. hahah.. power seorang novelis yang takde pada novelis lain sampai buat i cair bace u punya novel. even baru bace sikit i dah dapat auranya tahu.. bahasanya yang santai dan dapat memikat hati sesipa sahaja yang bace.. tau tak.. kekadang i bace novel even novel tu nipis..tapi ppayah beno nak habiskan satu buku. but novel u i bace sekejap je dah beratus2 page tau.. itu yg i kata u ni ada power..hahah..btw..gudluck ek dalam berkarya..even kita tak pernah berjumpa i sentiasa salute u...hahaha..
ReplyDeletebest...best...best....nak lagi sis anjel.....menyebok aje si puteri langsuir tu....huhuhuhu...bile nak kuar novel baru sis???x sabar nak beli wat koleksi...heeee....
ReplyDeletebest...best..sangat2! bila nk keluarkan novel ni... tak sabar2 nie.... update lah cepat skit..please..~~
ReplyDeleteHai kak anjell! Adik minat sangat sangat saaaaaaaangaattttt dengan novel akak! Setakat ni, adik dah ada eksperimen cinta eeii sumpah best gila kak! Adik harap novel yg ni pulak cepat2 keluar aih tashabarnyaaaa! LOVEYOU KAK ANJELL !
ReplyDelete