BAB
20
Bosan
terkurung di dalam rumah akhirnya dapat jugak aku keluar. Tercapai jugak niat
aku nak jalan-jalan keliling rumah besar ni. Tak padan dengan kaki macam ni,
aku masih nak jalan jugak. Aku pandang keliling rumah ni. Cantik semestinya. Ada
satu kolam ikan koi. Air kolam sangat jernih sampai-sampai boleh nampak batu
kecil kat dasar kolam. Berdepan dengan kolam tu pulak ada satu buaian kayu yang
cantik. Aku duduk di atas buaian yang ada kat situ. Angin petang memang best je bertiup, buatkan anak-anak
rambut yang bebas daripada ikatan ekor kudaku meliuk-lintuk.
“Kat sini rupanya Sya. Puas abang cari
Sya.”
Aku terkejut bila ditegur oleh Izz. Nasib
baik tak join ikan-ikan koi tu berenang
dalam kolam. Dia cari aku? Aku cuma pandang dia yang berjalan ke arahku. Dia
duduk di tepi aku, di atas buaian yang sama. Tapi masih ada ruang yang boleh
seorang lagi duduk antara kami. Maknanya jarak aku dengan dia, takdelah rapat
sangat.
Kacau privasi aku betullah dia ni. Suka
hati dia je nak duduk tepi aku. Tapi, memandangkan ni rumah dia, aku redha je
la. Apa boleh buat? Akukan menumpang. Tapi.. bukanke Izz marah bila aku cakap
aku menumpang? Apa-apalah.. bagi aku, aku rasa yang aku masih menumpang rumah
dia dan Hafiy.
“Awak cari saya?” Macam orang bodoh aku
bertanya. Aku rasa dalam kepala Izz sekarang ni dia cakap, ‘Nak ulang ayat tadi
ke, nak kena sepak minah ni?’
“A’a.. abang cari Sya.” Dia jawab jugak
soalan bodoh aku.
“Kenapa? Takut saya lari rumah ke?”
selamba aku tanya. Mana la tau kan. Aku ni bukannya boleh dipercayai sangat.
Kut-kut dia tak percaya dengan janji aku semalam. Siapa tahu, kan?
“Kalau Sya orangnya, memang tak mustahil.”
Perlahan je suaranya tapi sempat masuk ke gegendang telingaku.
“Apa dia?” Nak mengamuk jugak hati bila
dengar.
Dia geleng kepala. Aku angkat bahu. Aku
pun malas nak panjangkan hal tak penting ni. Kaki sakit, tangan sakit, aku
taknak sakitkan mulut dan hati pulak. Baik aku diam.
Baru aku perasan kat tangan Izz ada satu
beg kertas. Dia letak atas paha aku. Berkerut kening aku pandang beg kertas
itu. Dalamnya macam ada isi kotak.
“Apa dia ni?” Aku tanya pelik.
“Kotak.” Nak kena lempang jugak mamat ni.
Aku tahulah kotak kalau dah empat segi macam ni. Nasib baik jugak dia tak jawab
beg kertas. Kalau tak, ada je yang nak masuk kolam ikan koi petang ni.
“Tahulah kotak. Kotak apa?”
“Bukalah.” Dia buat suspens.
Aku keluarkan kotak itu. Kotak telefon
Blackberry Torch 9800. Aku pegang kotak tu. Manalah tahu kot-kot kotak kosong.
Tapi kotak tu berat. Tapi bangang jugak aku. Takkanlah orang nak tunjuk kotak
kosong, kan? Aku buka kotak. Manalah tahukan, kotak kat luar Blackberry Torch.
Tapi dalam benda lain, kan? Tapi, bila aku bukak kotak tu, isinya sama macam kat depan kotak, ada telefon Blackberry
Torch berwarna putih berserta dengan kad sim Celcom.
“Siapa punya ni?” soalku blur. Aku pandang dia sekejap sebelum
belek handphone canggih tu. Dia beli smartphone baru ke?
“Sya punyalah. Handphone Sya hilang, kan? Sebab tu abang belikan yang baru. Siap
dengan nombor sekali. Abang daftarkan atas nama abang. Tiap-tiap bulan bil,
abang bayar. Sya tak payah bimbang.”
Aku terlopong. Tak percaya. Tak sampai
dua puluh empat jam handphone aku
hilang, dah dapat yang baru. Blackberry Torch kau! Kau ada? Bila pulak dia beli
ni? Dah tu siap dengan nombor sekali. Daftar atas nama dia? Tiap-tiap bulan dia
yang bayar bil. Heaven giler. Kalau
tak pokai aku tiap-tiap bulan nak kena top
up.
Tiba-tiba rasa segan. Dahlah menumpang.
Dapat telefon baru pulak tu.
“Hish… saya tak boleh terima la, Izz.”
Aku tolak kotak itu kepada Izz. Kalau
orang lain mungkin dah menari tarian agogo dah kalau dapat hadiah Blackberry
Torch. Tapi, bukan aku. Apatah lagi kalau Izz yang bagi. Kalau abang Q yang
bagi aku tak kisah. Aku pun tak tahu kenapa.
Tapi, Izz buat bodoh. Langsung tak terima
penolakanku.
“Kenapa pulak?”
“Entahlah… Tapi saya tak boleh terima la.
Tak layak.” Aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh terima. Rasa macam aku dah
membebankannya.
“Hadiah tu abang bagi Sya.”
“Tapi saya tak boleh terima.”
“Kenapa? Sebab Sya tak suka abang?” Kali
ni ayatnya tegas. Tajam hujung matanya jeling aku.
Terus terkelu aku tiga saat. Gerun wei
kalau dia dah jeling macam tu dengan mata mengancam dia tu. Bukan tu la maksud
aku! Touching pulak mamat ni.
“Bukan tu maksud saya la!”
“Habis tu, kenapa? Sebab hadiah ni
datangnya daripada abang, sebab tu Sya tak boleh nak terima?” tembaknya lagi.
Aku diam. Sebab kali ni memang betul pun
andaiannya.
“Abang ikhlas bagi telefon ni. Sya kenalah
terima. Lagipun ni adalah tanggungjawab abang sebagai suami jugak untuk
menyediakan segala keperluan Sya. Dan sekarang ni, Sya perlukan telefon sebab
banyak benda yang Sya kena settlekan as a
student. Am I right?”
Ya.. dia betul. Aku perlukan telefon sebab
nak hubungi kawan-kawanku. Dahlah aku ni special
case sikit. Tinggal kat luar. Orang lain dok kat kolej kediaman. Kalau ajak
jumpa nak bincang, semua on je. Tapi
aku ni lain. Bimbang jugak termiss
kapal terbang. Tak pasal-pasal semua
orang ingat aku tak bagi kerjasama pulak.
Tapi, memang kena Blacberry Torch ke?
Tahulah sekarang zaman BB, iPhone dan Samsung Galaxy. Tapi, tak payahlah
hadiahkan aku benda tu. Setahu aku, Izz pun pakai Blacbery Torch jugak. Tapi
warna hitam. Couple smartphone ke apa
ni?
“Sya?” Izz bersuara lagi bila aku masih
diam.
Aku pandang dia. Err.. sekarang ni, kena
terima atau tak? Akhirnya aku ambil jugak. Izz senyum puas.
“Biar abang masukkan sim.” Belum sempat
keluar apa-apa dari mulut aku, dia dah
ambil telefon di tanganku. Dia masukkan kad sim. Sekejap je dah on. Aku hanya memerhati. Entah apa yang
dia tekan pun aku ak tahu.
“Dah.. abang dah savekan nombor abang.” Dia serahkan balik kepadaku. Macam biasa,
senyuman tak lekang di bibir. Ala… sweetnya.
Janganlah macam ni. Aku reti la nak pasang sendiri.
“Thanks.”
Hanya tu yang mampu aku cakap.
---------
“Hafiy
mana?” Aku pecahkan rasa janggal antara kami.
Tadi, masing-masing senyap. Masing-masing
lebih selesa tengok ikan koi yang tengah berenang. Macam menarik sangat
sampai-sampai kami tak bersuara. Buatkan aku rasa makin janggal. Janggal yang
sama pernah aku rasa masa aku mula-mula kenal dia. Kenapa boleh rasa macam ni?
Sebab status kami dah berubah ke?
“Hafiy tidur. Baru je tidur tadi.”
Oo.. Hafiy tidur. Lupa pulak. Masa-masa
macam ni biasanya memang Hafiy akan tidur petang.
Diam lagi. Dia ni takde cerita nak cerita
kat aku ke? Awkward dowh! Kalau takde, masuklah rumah. Pergi
tidur. Tidur petang ni memang seronok. Janganlah duduk sini. Nak berangan pun
terbantut.
“Mak Mah mana?” Aku tanya lagi.
“Tengah temankan Hafiy tidur.”
Oo.. Mak Mah tengah temankan Hafiy tidur
rupanya. Lupa pulak. Kalau Hafiy tidur, memang Mak Mah akan temankan dia sebab
bahaya kalau tinggalkan Hafiy sorang-sorang dalam bilik. Buatnya terjun tangga,
siapa mahu bertanggungjawab?
“Abang tengah ambil angin tepi Sya dan Sya
pulak duduk tepi abang. Nak tanya saper lagi? Dalam rumah ni cuma ada empat orang je.” Belum
sempat aku bukak mulut, dia dah bidas.
Aku mencebik. Nak menyindir aku la tu!
Suka hati akulah. Dia tak tahu ke aku tanya banyak-banyak ni sebab aku canggung
dengan dia? Nak diamlah macam ni. Anggap je satu batu kapur yang duduk
sebelahku sekarang ni. Melampau ke kalau bandingkan Izz dengan batu kapur?
Err.. tak kut kalau dia tak tahu. Heh!
Angin bertiup agak kuat buatkan pokok
buluh yang ditanam mengeluarkan bunyi bila dedaunnya bergeselan sesama sendiri.
Nasib baik tengah siang. Kalau malam, mahu pecut seratus meter aku sebab takut.
Tu kalau lari. Kalau tak lari, silap-silap hari bulan, boleh terpeluk orang sebelah.
Involuntary reflex la katakan. Seram
wei.
“Ada daun kat rambut Sya.” Serentak dengan
itu, tangan Izz naik ke atas kepalaku. Aku kaget. Terus laju jantung mengepam
darah. Tak sangka dengan tindakan spontannya.
“Kuat sangat agakya angin tadi sampai-sampai
daun pun boleh terbang atas rambut Sya,” komennya sambil menguis-nguis
rerambutku lembut.
Aku cuma diam. Beberapa ketika kemudian,
dia larikan tangannya.
“Thanks.” Aku ucap sambil pandang daun
bertuah yang singgah atas rambutku tadi. Haramlah aku nak tengok dia
tengah-tengah emosi tak berapa nak stabil ni.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
“Err.. Izz! Kenapa awak cakap rumah ni
rumah Hafiy?” soalku berlagak selamba. Cuba buang rasa segan dan malu tadi. Aku
nak tahu daripada mulut Izz. Tak seronokla buat andaian sendiri ni.
“Sebab ni rumah abang Long dengan Kak
Long. Papa hadiahkan sempena perkahwinan mereka.”
“Cantik dan unik.” Dari semalam aku dok
puji rumah ni.
“Mestilah. Rumah ni satu dalam dunia.
Arwah Abang Long dulu seorang arkitek. Sebelum abang Long kahwin, dia selalu
cakap nak design rumah sendiri untuk
isteri dan anak-anak dia. Papa pun tahu. Sebab tu la papa hadiahkan rumah ni.
Abang ingat lagi masa mula-mula abang Long dengan Kak Long bertunang. Beberapa
malam abang Long tak cukup tidur semata-mata nak siapkan pelan rumah. Yang jadi
mangsa, abanglah. Selalu je dia call
buat teman tak bagi mengantuk. Nasib baiklah kat Cambridge masa tu siang. Kalau
tak nak kena jugak abang Long masa tu.”
Aku yang dengar pun rasa kagum. Seronoknya
kalau suami hadiahkan rumah yang direka sendiri. Pastinya rumah tu jadi lebih
bermakna. Untung betul Kak Long Haslinda. Tapi sayangnya.. aku tak sempat nak
kenal mereka berdua.
Muka Izz berubah sedih tiba-tiba.
“Tapi, sayang. Kejap je mereka sempat duduk
dalam rumah ni. Allah lebih sayangkan mereka. Lepas mereka meninggal, abang
Long wasiatkan segala hartanya termasuk rumah ni atas nama Hafiy. Tapi abang
yang jaga semuanya sampai Hafiy cukup dewasa untuk uruskan semuanya sendiri.”
“Tapi, kenapa awak tak duduk sini sebelum
ni?” tanyaku lagi.
“I
was only 22, Sya. Zaman remaja
belum habis lagi. Macam mana nak jaga anak? Abang memang perlukan ibu untuk
jaga Hafiy. Sebab tu abang bawak Hafiy tinggal rumah ibu. Abang tengah study masa tu. So, abang duduk rumah ni sebab sini lebih dekat dengan kampus.
Hujung minggu abang balik rumah ibu sebab nak tengok Hafiy. Tapi, ada masanya
Mak Mah akan datang sini dengan Hafiy sebab nak bagi Hafiy kenal rumah dia.”
Aku baru perasan sesuatu. Umur Izz masa
jadi daddy Hafiy sama dengan umur aku
jadi mummy Hafiy. Wah, kebetulan
sungguh!
“Sekarang ni, macam tu jugak ke?”
“Sekarang ni, abang memang menetap kat
sini.”
“Kenapa?”
Dia pandang aku sekejap. Lepas tu raup
rambut coklat perangnya yang jatuh ke dahi ke belakang bila angin bertiup lagi.
Nampak lembut je rambut dia. Nak je aku pegang, rasa sendiri lembut ke tak.
Arghh.. buat gila kau, Qisya!
“Sebab, dah tiba masanya untuk abang hidup
dengan keluarga sendiri. Sebab, sekarang ni abang dah ada isteri. Lagipun,
rumah ni dekat dengan universiti Sya, kan?”
Erk.. macam tu pulak? Pasal aku jugak ke?
Tapi.. memang betul pun. Rumah ni dekat sikit dengan kampus aku. Nak je aku
tanya dia, ‘Saya ni menyusahkan awak, kan?’
“Emm… Aunty
Fatmah dengan Uncle Manaf sihat?”
soalku. Sejak krisis hari tu, tak pernah lagi aku jumpa mereka. Bimbang jugak aku kalau-kalau diorang dah
benci aku.
Dia pandang aku. Lama. Macam aku buat
salah je. Apa? Salah ke aku tanya? Ke marah sebab baru sekarang aku ingatkan
mereka?
“Ibu dengan papa sihat.”
Bila dengar dia tekankan ibu dengan papa
tu, aku rasa aku faham kenapa dia pandang aku macam tu. Lupa dowh yang Aunty Fatmah dan Uncle
Manaf tu dah jadi mentua aku. Err.. sorry
ya Izz. Serius tak ingat la.
“Diorang marah dan benci dengan saya ke?”
Takut aku bertanya. Manalah tahukan? Sebab
peangai aku, aku akui memang teruk pun. Dahlah nak tendang anak teruna mereka
depan mereka hari tu. Tak cukup dengan tu, tuduh anak diorang macam-macam.
Lepas tu, siap lari daripada anak diorang lagi. Chantek sangat la perangai aku.
“Ibu dan papa tak pernah marah dan benci
Sya. Mereka faham keadaan Sya masa tu. Mereka nak sangat jumpa Sya.”
Aku terdiam.
“Mama dan papa pun nak sangat jumpa Sya.”
Dia pandang aku. Aku terus tunduk. Rasa
bersalah. Aku pun nak jumpa dengan mama dan papa. Tapi aku belum bersedia. Aku
cuma diam.
“Diorang rindu dengan Sya sangat-sangat.
Sya tak rindu mama dengan papa ke? Abang Q?” Dia bersuara lagi.
Makin aku menunduk. Muka aku dah suram.
Mestilah aku rindu. Rindu sangat-sangat sampai-sampai aku pernah menangis sebab
rindukan mama.
“Saya nak jumpa mama, papa dengan abang Q.
Tapi saya takut nak jumpa mereka.”
“Kenapa nak takut?” Err.. aku takut ke
sebenarnya?
“Saya takut diorang marah saya sebab lari
rumah. Saya belum bersedia lagi.”
“Mana tahu belum bersedia, Qisya, selagi
belum jumpa mereka. They are your
parents, Sya. Mestilah diorang tak marahkan Sya.”
Aku tak tahu nak cakap apa.
“…Atau, sebenarnya Sya yang masih marahkan
diorang sebab terpaksa kahwin dengan abang. Sya masih lagi tak boleh terima
keputusan papa yang paksa Sya kahwin dengan abang? Sya masih tak boleh lupa
pasal apa yang jadi kat hotel hari tu?”
Tiba-tiba hati rasa panas.
“Kan saya dah cakap jangan sebut pasal
hotel tu kalau taknak saya lari rumah lagi sekali!” tegasku. Ada aura mengugut
dalam ayat aku. Muka rasanya dah merah sebab tahan marah yang tiba-tiba muncul.
Pantang aku sebut pasal hotel tu, nak mengamuk je rasanya.
“Okay..
abang mintak maaf. Sya janganlah cakap macam tu.” Suara dia seakan-akan memujuk
aku. Lembut.
Aku jeling dia bila dia cakap macam tu.
Muka cukup tenang buatkan hati yang marah pun terus sejuk. Okay.. kali ni aku maafkan dia. Tapi, lagi sekali keluarkan pasal
isu hotel tu, memang hi-hi, bye-bye
la dengan aku! On the spot jugak aku blah daripada rumah ni. Tak percaya,
cubalah!
“Abang cuma nak Sya fikir pasal mama dan
papa. Selama ni mereka dah hormati keputusan Sya untuk tenangkan fikiran.
Mereka tak cari Sya. Tak cukup ke dua minggu Sya cari ketenangan diri Sya?”
lembut Izz bersuara lagi.
Dua minggu. Bukan dua bulan. Kejap je la
dua minggu tu. Tapi, kalau dua bulan, sanggup ke aku tahan rindu aku kepada
keluarga aku?
Semuanya Izz punya pasal. Ayat dia buatkan
aku macam anak derhaka. Tapi, memang dah boleh kategorikan derhaka pun. Buat
aku rasa sedih. Buat air mata aku rasa macam berlumba-lumba nak keluar. Tak
pasal-pasal aku menangis. Kepala makin menunduk. Aku gigit bibir. Cuba menahan
esakan daripada berbunyi. Nak je sekarang ni aku lari cari port yang paling sesuai untuk menangis. Tapi, kakiku enggan.
Aku tak bermaksud pun nak jadi anak
derhaka. Aku sayang mama. Sayang papa. Sayang abang Q. Rindunya!!
“Sya…
are you crying?”
Soalannya buatkan aku makin kuat menangis.
Daripada teresak-esak, terus jadi tangisan panjang. Alang-alang dia dah nampak,
buat apa nak sorok lagi? Terhinjut-hinjut bahu aku menangis. Kenapa aku
menangis ni? Apa yang pasti, aku sangat sedih!
“Shhh..
please don’t cry.”
Muka Izz dah cuak. Mesti tak sangka aku
akan menangis macam ni. Tak pun dia terkejut sebab aku dah menangis mengalahkan
Hafiy. Aku rasa malu aku padanya bagaikan hilang buat masa sekarang.
Izz tak tahu nak buat apa. Akhirnya, dia
mengensot ke arahku. Teragak-agak tangannya cuba menyentuhku. Takut kena
terajang sampai masuk kolam ikan koi agaknya. Akhirnya, aku ditarik ke dalam
pelukannya. Aku diam. Tak pulak keluar bunga-bunga tae kwon do aku bila dia
peluk aku. Dan aku, boleh pulak aku tenang kena peluk padahal sebelum ni mana
ada lelaki pernah peluk aku.
“Abang tak tahu macam mana nak pujuk
perempuan. Abang mungkin fail kalau
nak pujuk Sya dengan ayat-ayat jiwang karat empat belas...” Apa punya ayat nak
pujuk aku daa? Kalau yang nak merajuk, boleh terus tawar hati agaknya.
“.. But,
if you want to cry, my shoulder will always
be the best place ever.”
Kali ni aku terkelu. Terharu dengan ayat
yang baru diungkapkan. Aku tak tahu mana dia kutip ayat tu, tapi buatkan hatiku
rasa sesuatu. Terus aku lepaskan semua punca yang buatkan aku menangis ni
walaupun aku sendiri tak tahu puncanya.
“Saya rindu dengan mama, papa dan abang Q.
Saya nak sangat jumpa mereka.” Serius aku rasa sangat-sangat rindu dengan
keluarga aku.
“Shh…
you better don’t say anything. Just
let everything out today.” Dia bagaikan memujukku. Menghalang aku
memikirkan apa yang buatkan aku sedih. Mengharap air mata yang keluar dapat
mencuci hati yang tengah berduka. Rasa tangannya mengusap lembut belakang
tubuhku. Kemudian, diam antara kami. Lebih sepuluh minit kut aku nangis kat
bahu dia.
Tangisan aku dah makin surut. Rasa lega
dadaku. Dia renggangkan jarak antara kami. Daguku ditolak menghadap mukanya.
Dia senyum. Kedua-dua ibu jarinya mengusap air mataku.
“Dah lega?” soalnya. Mata kami bertentang.
Buatkan aku bagaikan tersedar. Err.. apa dah jadi tadi? Kami berpelukan?
Tiba-tiba aku rasa malu. Panas muka sebab
menangis dah hilang, berganti pulak dengan panas muka sebab malu. Terus aku
jauhkan tubuhku daripadanya. Malunya! Aku pandang t-shirtnya. Dah lencun dengan
air mataku. Agaknya hingus aku pun ada yang meleleh kat baju dia. Arghh…
lantaklah! Kira halallah.
“Mummy..
Daddy.. Here you are.”
Aku dengar suara Hafiy. Aku dan Izz
berpaling ke arah Hafiy serentak. Dia mengusap-usap matanya macam baru lepas
bangun tidur. Kaki terus berlari ke arah kami. Hafiy duduk di antara kami.
Ruang yang tadi ada, dah dipenuhi.
“Hafiy dah bangun?” mesra aku bertanya
kepada Hafiy. Jangan pulaklah dia nampak mata aku yang merah lepas nangis.
“Dah. Puas Hafiy cari mummy ngan daddy tadi.
Hafiy ingat mummy dah tinggalkan
Hafiy lagi.”
Aku cuma senyum. Hafiy datang pada masa
yang tepat. Takdelah aku nak malu sangat pasal perkara tadi.
“Mummykan
dah janji dengan Hafiy. Takkanlah mummy
nak tinggalkan Hafiy.” Aku legakan hati Hafiy.
Hafiy tersengih lebar, menyerlahkan
kecomelan asli miliknya. Kemudian, dia tepuk tangan.
“Hoorey.. mummy takkan tinggalkan Hafiy. Mummy
dengan daddy pun dah baik, sebab tu
la daddy peluk mummy.” Hafiy bersorak riang.
Terkejut jugak aku dengar. Hafiy nampak
Izz peluk aku? Malunya! Aku rasa muka aku kembali panas, tapi aku buat selamba.
Buat tak nampak dengan susuk tubuh Izz yang duduk sebelah Hafiy. Walaupun
sekarang ni aku rasa dia tengah tenung aku.
“Daddy..
kenapa baju daddy basah?” Mata Hafiy
merenung ke arah kesan air mataku pada baju Izz. Aku diam. Dia tanya Izz, bukan
aku, kan?
“Oo.. tadi daddy ngan mummy
main-main dengan ikan dalam kolam tu. Mummy
ni la, nakal sangat macam Hafiy percikkan air kat baju daddy. Habis basah baju daddy.”
Izz mengarang cerita. Bulat mata aku yang mendengarnya. Suka hati je nak karang
cerita. Tapi, better daripada dia
cakap aku menangis kat bahu dia. Aku lebih selesa diam.
“Oh, mummy
kacau Tod dengan Tompok Hafiy, ek?”
Tod dengan Tompok? Apa kejadah pulak ni?
“Tod dengan Tompok tu apa?”
“Apa la mummy ni. Tod ngan Tompok pun tak kenal. Yang tu Tompok, yang tengah
berenang tu, Tod,” kata Hafiy sambil tunjukkan ke arah kolam.
Ooo.. Tod dan Tompok tu ikan ke? Aku pandang
kolam ikan. Mana pulak la budak ni bagi nama? Dahlah ada berbelas-belas ekor. Macam
mana la dia boleh bagi nama kat dua ekor ikan je? Sama je aku tengok.
“Sama je mummy tengok.”
“Tak sama la mummy. Tod ada oren kat kepala. Tompok ada banyak tompok.” Hafiy marah
aku bila aku komen ikan-ikannya.
Aku gelak. Kelakar.
“Hafiy ada Tod ngan Tompok, ya? Mummy nak jugaklah kalau macam tu.”
“Boleh.. boleh.. mummy ambik Lily dengan Rock.”
Allah.. mana satu pulak Lily dengan Rock
ni? Tak faham betul aku!
“Kenapa bagi nama Lily dengan Rock?”
“Sebab… Lily tu suka sangat dok bawah daun
lily tu. Rock pulak sebab dia suka
dok celah batu. Haa.. tengok. Kan Hafiy dah cakap.”
Dia tunjukkan ke arah dua ekor ikan yang
sedang berada di bwah daun teratai dan juga di celah batu. Aku tergelak. Kelakarnya
Hafiy ni. Sedikit-sebanyak kehadiran Hafiy buatkan hati aku gembira. Aura budak-budak.
Oh, my little angel!
“Bincang pasal ikan dengan Hafiy ni,
sampai besok pun ak habis. Hafiy.. Hafiy..” Izz yang dari tadi diam akhirnya
bersuara. Bibir menguntum senyuman. Aku angguk. Setuju!
“Hafiy, kalau esok kita balik rumah nenek mummy nak?” Izz berkata lagi buatkan aku
rasa terkejut. Nenek mummy tu
maksudnya rumah mamaku.
Aku pandang Izz. Bila masa pulak dia buat
keputusan ni? Muka Hafiy makin ceria.
“Ya ke, daddy? Yey.. boleh main dengan Pak
Long Q.” Hafiy bersorak lagi. Tubuhku terus dipeluknya. Aku hanya mampu senyum.
Aku membalas pelukan Hafiy.
“Daddy..
peluklah mummy macam tadi.” Selamba
budak tu mengarah. Terkejut semestinya! Aku dah tak senang duduk.
Aku pandang Izz, Izz pandang aku. Boleh tak
mata aku nak bagi amaran, ‘Kalau rasa nak hidup lama, jangan cuba-cuba nak
peluk aku.’? Tak boleh.. hakikatnya kalau dia peluk aku, takkanlah aku nak
terajang dia depan Hafiy?
“Daddy…”
gesa Hafiy lagi.
“Ya, sayang.”
Akhirnya, tangan kekar Izz melingkar ke
tubuhku. Aku pulak, nak taknak terpaksa tayang muka redha. Demi Hafiy. Aku
ditarik makin rapat ke dadanya buatkan jantung aku turut berdegup pantas.
“Hoorey..
sayang mummy. Sayang daddy.” Rasa tangan Hafiy makin kejap di
pinggangku. Tangan Izz juga makin erat memelukku buatkan wajah aku betul-betul
melekap pada dada bidangnya. Aku dapat dengar rentak jantung Izz. Tak stabil
macam aku.
“Daddy
pun sangat sayangkan Hafiy, sayangkan mummy..”
Dan aku dengar jantungnya berdegup makin laju.
Err.. kenapa jantung dia berdegup sangat
pantas?
*** SORRY FOR KEEPING YOU GUYS WAITING. GOMENNE..
rase nk peluk Hafiy ketat2...
ReplyDeletepndainye Izz pujuk Sya...
sweet sesangat...
ara
worth waiting...
ReplyDeletedon't worry cik writer :)
tq for the wait... : )
DeleteBetul2 sweet..
ReplyDeletePenat bukak-tutup-bukak-tutup . And tadaaaa , dah ada . Sangat best .
ReplyDeleteSme la kte.. 3sept ke 14sept dan hr seterusnya.. Diakhiri dgn penantian yg memuaskan..
Deletetakkan lari gunong dkejar...haha
Deletebesh la anjell! :)sweet memang sweet.. bertambah la kencing manis ni:D
ReplyDeleteGreat! I like this entry! Keep up your good world Angel!
ReplyDelete*work nor world.. Oh android!
Deleteokeh...understand..hehe..
DeleteSb yg ni lmbt,nx n3 kene cpt plak ye..haha ..best...moga izz lebih cnfiden nk menunjukan aura romantisnya dlm memikat sha
ReplyDeletebetul,btul,btul.....
Deletehaha...kcepatan entry tu mmg xdpt djamin la sbab hdup dh buzy...jarang ad msa nk tlis nov la..hidup dh bbeza ngan bbrapa blan lpas.. : (
Deletewaaa syok ngat kne peluk ngan izz keke (muka gatal),.
ReplyDeleteKamon izz...pikat sya abes abesan....caiyok! ;p
ReplyDeletebetul2 sweet la...
ReplyDeleteso sweet Sya dan Izz....
ReplyDeletepandai Izz pujuk si Sya...
alahai lama bonar menantinya
ReplyDeletetapi sweet le.. nak lagi
rindunye izz ngan sya..bestnye. happy family. sya jgnle majuk2 lg. Penat izz nak pujuk tau. tapi izz pandai memujuklah...hihihihi
ReplyDeletehehe.. bahagianya family ni...
ReplyDeleteBila ya rahsia hati Izz pada Sya akan terbongkar.... biar Sya tahu yang sebenarnya dalam hati Izz dari dahulu hanya ada Sya, bukan ada nama lainnn... mana adik ipar Sya yang baik hati tu... bagi dia dan abang Q yang buat kantoinya rahsia hati Izz ..... seronokkkk.... sebab Sya pun suka juga dengan Izz kan...
ReplyDeletebetul3... biar abg Q & adk izz tu story morry kat sya or secara kebetulan sya terdengar... then parents diaorg plan wedding besar2an & gilang gemilang.. hahaha..
Deletemmg sy jdikan si q n kimi 2 sbg the bigest helpers dlm ni...selain hafiy yg comel of coz..haha..
DeleteLamanyer takde entry utk suamiku paling sweet nie.. Dpt baca asyik tersenyum2 (tgh tulis comment nie pun still tersenyum2)... Pandai Izz pujuk Sya..Sila la sambung cik writer..
ReplyDeleteinsyaAllah sy akn smbg bler ada msa free..jgn syum bnyk sgat.smpan snyum tok next entries..hehe
Deletetiap2 hri dok intai2 blog ni.. & hari ni happy sesangat ada n3 baru yg sweet ala ala lolipop.. bestnye.... biar la sya tu tau cpt2 apa yg b'laku kat hotel tu... nak tau jugak ni rancangan abg Q ke or memang ada yg dengki kat sya.. next n3 pls..
ReplyDeletecurious to know ya??tgu nrxt entries ya..hehe
Deletehuhuh berjanggut saya menunggu new entry ni akhirnya dpt juga baca. so next entry bila tahun pulak nak post? hehehehe jgn marah rrr!!!......
ReplyDeletetgok kalau ada kat blog, adala tu..n xmstahil update thn dpn jgak...hehe..
Deletesoooooooooo sweetttttttttt:) love it!
ReplyDeleteHaaaaaa nk abg izzz peluk gak.....sweet sangt22222
ReplyDeleteso sweet..lame sngt tnggu..khirnyer dpt jgak n3 bru..thanx
ReplyDeletebest...tk sabar nak tggu next n3...hehehe
ReplyDeleteNk lg
ReplyDeleteBest3x do continue
ReplyDeleteinsyaAllah..
DeleteSo sweet... nak lagi
ReplyDeletealololo...sweetnyewwwwwwwwwwwww.....<3
ReplyDeletelove love love..knp jntung ni bertukar rentak jugak???
ReplyDelete>>k<<
Oh my!hafiy kena selalu suruh daddy peluk mummy. Hehe. Hafiy yg sporting! Cepat2 bg next entry ye. Can't wait!
ReplyDeleteOMG! novel ni sangat2 best. *thumbs up
ReplyDeletetq...xdelah sangat2. nov ni biasa2 aje
DeleteAkhirnya!!! Penantian mmg satu pnyiksaan...
ReplyDeleten patience is part of Faith .. : )
Deletebetul3. novel ni tersangatlah best! lama menanti smpai xingt cite. tp bila dh bca SPS 20 ni terus ingt balik dh. nak lagi please :)
ReplyDeleteBEST! izz sweet gilerr! :D
ReplyDeleteSWEET GILER......=D
ReplyDeleteBest..sweetnya. hafiy kena byk mainkn peranan satukn mummy dgn daddy...cepatle next entry..x sabor.
ReplyDeletetu la yg bkal tjadi.. : )
DeleteOh my god!!!! Sweet ya amat oi!!!
ReplyDeletesweet sgt².... next entry cepatka yer...
ReplyDeletesweet sgt..nak ag33.....
ReplyDeleteterubat rindu kat hafiy... alahaiii... sweetnyer izz dgn qisya... :)
ReplyDeletethanks anjell sya anggap entry kali nie sebagai hadiah sempena hari lahir saya hari nie yg ke18 ..thanks anjell hadiah nie amt bermkna sbb dh lma tunggu =) nak lagi
ReplyDeleteoh ya ke??sy trut gmbira tok anda WAHAI BDAY GURLZ...sy arap msih blum trlmba tok sy ucapkan HAPPY 18TH BIRTHDAY..MAY ALLAH BLESS YOU.. : )
DeleteTQ..
weet nye....tod, tompok, lily and rock tgk je 3 beranak ni peluk2...hehe...
ReplyDeletebest2.. smbung
ReplyDeleterindunya dengan izz, sya n haffiy.
ReplyDeleteAura bhgia dh mai~alhamdulillah
ReplyDeleteamboi pjuk2 pn dpat pluk ag..suka la izz dpt mnja dgn sya kn..hati sya x bdegup mcm izz ke berdetak lebih kencang ke??
ReplyDeletesweetnye..sebab hafiy,izz dapat peluk qisya buat kali kedua..smbunglh cpt,xsbr nie
ReplyDeletehaaaaaaaaaaaaaa....... comel >_< ble la sya nk sker dkt izz?? msti sweetkn?? tetiba rindu la plak dkt abg Q yg suka mngusik.... hihi best..... nk lgi aci x?? XD
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
akhirnya ada jgk entry baru. sgt sweet la izz. sya pulak punya la slamber giler. keep it up, writer. :D
ReplyDeleteermm..terubat juga hati ni... sedikit sebanyak hafiy jd org tgh antara sya & izz. suka-suka!!!!!!!!senyum je ble baca n3 ni. teruskan usaha awk ye cik Anjell!!!
ReplyDeleteHafiy sangat comel!
ReplyDeleteBest..... #^_^
ReplyDeleteomg!!!!!!it would be heaven in the sky if i'm Sya......
ReplyDeleteOmaii..! this is so sweet! rasa nak cubit2 je pipi hafiy.. keep it up anjell
ReplyDeletethe best...Anjell bila exsperimen cinta publish?
ReplyDeleteexp cinta publish maybe awal thndpan kut sbab sy blum pun anto manuskrip tu lg..sy mahu anto bln nov ni..
DeleteOkayy. AT LASTTTTTT!
ReplyDeleteAkhirnya.... Suka izz x sbr nk tunggu bab yg sha bls cinta izz
ReplyDeletetq angel...terubat rasa rindu di hati...
ReplyDeletewelcome.. : )
Deleteakhirnya setelah lama tunggu , thank anjell
ReplyDeletenak macam familly bahagia je diorang ni
salam cik anjell,
ReplyDeletecerita ni memang menarik. saya sgt tertarik dgn gaya penulisan awak dan penggunaan bahasa inggeris juga adalah baik. walau bagaimanapun, saya ada sedikit komen yang saya rasakan perlu untuk menambah baik jalan cerita dalam novel awak ni.
untuk makluman cik anjell, post majistret adalah merupakan jawatan yang dipegang oleh pegawai undang-undang gred 41-48. bagi mengekalkan kelogikan cerita dan supaya pembaca tak rasa irritating dgn fakta yang kurang tepat berkenaan majistret, saya sarankan agar cik anjell menukar "majistret" kepada "hakim", untuk bagi lebih menarik mungkin boleh create watak papa sya sebagai hakim mahkamah tinggi. then, baru la sesuai jika beliau adalah seorang tan sri, kaya dan mempunyai driver.
untuk makluman lanjut cik anjell, majistret adalah pegawai undang-undang dari kumpulan pengurusan dan profesional nak kesemuanya terdiri daripada pegawai-pegawai muda. majistret tak mungkin dapat gelaran tan sri dan tak mungkin kaya raya.
jangan ambil hati dengan teguran saya ye. hal ini saya rasakan perlu dan penting terutamanya jika novel ini berjaya dibukukan. kita taknak pembaca dibekalkan dengan makluman yang tidak betul.
terima kasih! harap cik anjell boleh ambil kira saranan saya ni ye...bye
Salam...first of all, tq for your comments. (i think you were the same person who dropped comment on BAB 10, n if youre not, then i apologize)..dont wory..sy xamek aty pon pasal komen2 mcm tu.but, ill try my bes to improve my writing style. n in fact,sy dh pernah dpt komen yg lg mencabar.that sort of comments are nothing to me, n ill take them as challenges.sy jg bterima ksih coz dgn komen sbegitu, sy tau mana yg sy perlu perbaiki n kkurangan sy dlm bidang pnulisan yg rasanya jagung pun lebih tua.
Deletesy nk mntak maaf kat smua pmbaca kalau dah bg salah info.sbab, sy mngaku yg sy ni xde la tau sgt pasal laws ni coz ,im not a law student.sy cma tau psal anatomy n physiology specifically for homo sapien species.everyday in my life is just for patients..for your information, i already changed Sya's papa's profession to Hakim after a friend of mine did mention the same like yours.tp,smuanya ad dlam sy pnya manuskrip yg sbenar-benarnya n sy cma mlas nk update at sini.people will notice the change when this novel is published (insyaAllah n tak tau taon bila..haha..)
knapa sy xtukar kat sini?sbab sy malas nk update n update mengaupdate ni leceh.n also, i got a lot of things to do instead of updating this blog.one thing that i think all readers must know, when i did any correction or adding anything to my novels, i didnt change anything here bcoz all of you can read it in my printed novels.. (insyaAllah)..n i think some of you might not read twice on my karya n if i do any changes, perhaps nobody will notice.
n again,thanx for the comment..to all my readers, im really really sorry for the doubt..n to those yg comment on my english stle, again i apologize because im used to use the same english when talking to my friends. maybe ad yg xikut grammar,as long s people understand, then for me it doesnt matter.or maybe its a serious matter if you guys TESL students read my novels.im sorry then.kpd yg mbaca komen ni, sy harap anda semua dah mklum.n maaf la...pnjg pulak komen kali ni.bkn nk marah or apa.cuma nak jelaskan apa yg patut, ketika sy ada masa ni. Harap maklum..tq..Assalamualaikum : )
Dear Anjell,
Deletewriting a novel is not like you write a book. Novel boleh dibaca w/pun guna bahasa yg santai. So, don't worry coz as long reader understand the plot of the story then you already successfully. Mmg tak mudah nak puaskan hati semua pihak, tapi kita tulis apa yg kita suka dan biarlah pembaca nak komen apa-2 pun. Komen yg membina amatlah perlu, tp kalu komen yg menyakitkan terimalah seadanya. Wish you all the best..
suke sangat bace karya akak , sempoiii je .. btw , bile EC boley terbit ye ? tak sabar nk beli ..
ReplyDeletethanks...:)..sy mmg ska yg smpoi2 pya.hehe..EC tu,klau xde aral melitntg,mmg insyaAllah sharp anta dlm bln november nanti.phak pnerbit ckp maybe publish awal thn dpn..
Deleteseronok membaca n tak sabar n3 baru hihih...
ReplyDeleteMmg sesuai lah dgn tjuk novel ni suami aku paling sweet.mmg sweet!! Trasa melting jiwa I mmbacanya:p
ReplyDeletememang best cerita ni... tk sabar nak baca next n3... kl dibukukan, saya mesti beli
ReplyDeletebagi saya yang nie pown dah terbaikkk.....anjell layan harap novel nie ada dipasaran secepat yg mungkin...please.... daebak!!!!!!
ReplyDeleteanjell.. bila nak kasi n3 baru??? dah rindu gila kat hafiy & my sweet iz... pls anjell, up new bab soon..
ReplyDeletelamenye nk update n3 baru tuk sps....uhuhu....cepat2 la hasilkan novel...xsabar nk beli ni
ReplyDeleteanjell bler nak hasilkan novel..cpt2 hasilkan novel..xsb nak beli..sweet sgt cter ni..huhu
ReplyDeleteBest dan sweet sangat ceriter ni. Tak pernah jemu. Di baca.Everytime baca,rasa tak puas.Kaeep it up Anjell.
ReplyDeletebest sgt2.. saya terbukak je blog ni.. tapi penulis entri ni mmg berbakat...teruskn usaha anda...huhuhu chaiyok2 :)
ReplyDeleteMujur ada hafiy klau x gaduh je
ReplyDeleteIzz sweet giler..
ReplyDeleteyg last tu best..berdebar giler izz..
anyway, crt ni best sgt2..terbaik lah..
tp masih nak tahu crt sebenar dkt hotel tu..izz mesti x buat mcm tu..dia baik..baik sgt2
Salam Anjell. Ada tak novel terbaru dari Anjell selain Hero Seornag Cindrell. Terima kasih. Salam
ReplyDeleteSalam Anjell. Apa novel terbaru Anjell. Terima kasih dan Salam :)
ReplyDelete