Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 30 May 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 5)

BAB 5

Izz menghantar aku ke klinik terlebih dahulu untuk diperiksa. Puas aku menolak, dia pun puas memaksa. Akhirnya aku mengalah bila Aunty Fatmah masuk campur. Aunty Fatmah pun membebel jugak. Membebel sayang. Tapi bebelannya takdelah sampai sepanjang kereta api macam mama.

     Bila ke klinik, macam yang aku agak, aku cuma terseliuh kaki. Hafiy pun ikut sama. Nasib baik jugak ada Hafiy. Takdelah canggung sangat aku dengan Izz. Izz dan Hafiy ikut sekali aku ke bilik rawatan. Aku dah halang, tapi Izz selamba menjawab yang tak gentlemen tinggalkan orang sakit sorang-sorang. Aku malas nak layan akhirnya membiarkannya sahaja. Sakit kaki je pun.

     “Macam mana boleh jadi macam ni?” selidik doktor muda itu. Hai.. aku nak cakap pun segan!

     “Kakak jatuh pokok. Nasib baik daddy ada. Kakak jatuh atas daddy.” Tu dia.. Saksi dah beri keterangan! Malunya aku rasa. Apatah lagi doktor itu tersenyum sedikit. Pehallah si Hafiy ni terlebih mesra pulak ni?

     “Kaki dia macam mana?” kali ini Izz pulak bertanya.

     “Ankle sprain. Dalam beberapa hari nanti boleh sembuh. Tapi, kalau dah sembuh, jangan biarkan dia panjat pokok lagi, ya?” sempat doktor tu bergurau. Aku rasa kata-kata itu semacam khas ditujukan untuk Izz je. Izz ketawa. Geramnya aku! Doktor ni tak tahu lagi agaknya aku ni macam mana orangnya. Kalau nak ankle sprain, cakap je. Bila-bila masa aku boleh bagi la. Sabo.. sabo..

     “Nothing serious, right?” Kali ni baru aku bersuara. Doktor itu senyum.

     “Nope. Tapi.. kalau puan mengandung, parah jugak. Boleh sebabkan keguguran.” Aku terlopong mendengarnya. Puan? Mengandung? Wei.. sejak bila pulak aku dah ada suami ni? Kalaupun aku mengandung, takdelah gila sangat aku nak panjat pokok. Tak sayang nyawa namanya tu! Lagi, perempuan gila mana yang nak meroyan panjat pokok? Aku pandang Izz di sebelah. Sahlah doktor ni salah faham. Nampak gayanya Izz pun tercengang-cengang.

     “Saya bukan suami dia, doktor.” Izz jelaskan perkara sebenar. Doktor tu nampak macam terkejut.

     “Oh, ya ke? Maaf.. Maaf.”

     Doktor ni pekak agaknya. Tak dengar ke Hafiy panggil aku kakak, panggil Izz, daddy? Kalau datang dengan lelaki memang disalah sangka suami isteri ke? Kenapalah bukan diangggap adik abang? Tapi kalau orang tengok aku dan Izz memang konfom la takkan dianggap adik-beradi. Tengok mata pun dah tahu.

     Aku keluar daripada klinik dengan kaki yang berbalut. Izz akan menghantarku pulang ke rumah. Balik awal lagi aku hari ni. Hmm.. telinga aku dah bersedia dengan apa yang bakal mama bebelkan nanti.

     -----------

“Assalamualaikum, mama, papa.” Aku tegur mama dan papa yang sedang berehat di kerusi taman. Sedang minum petang. Awal pulak papa balik hari ni. Aku sengih selebar mungkin kat mama dan papa. Nak tutup kesalahanla kononnya.

     Izz salam papa.

    “Kaki kamu kenapa, Sya?” Mama lebih cekap. Mama dah bangun meluru ke arah aku. Kaki yang berbalut dibelek-belek.

     “Kakak jatuh pokok, nek. Kitorang nak panjat pokok jambu. Lepas tu, kakak jatuh.” Hafiy sekali lagi menjadi tukang cerita.

     “Jatuh pokok?” suara mama agak kuat. Terkejut semestinya. Dia menjelingku. Aku tahu maksudnya. Maksudnya, bersedialah aku lepas ni nak dibebel dan dimarah!

    “Saya dah hantar Sya pergi klinik tadi. Takde apa-apa yang teruk, aunty. Ankle sprain je.” Izz yang berdiam diri sejak tadi akhirnya bersuara.

     “Anak ni saper?” soal papa. Izz senyum.

     “Saya Izz, daddy Hafiy.” Izz memperkenalkan diri.

     “Ooo.. ni rupanya anak Fatmah. Baru sekarang sempat nak jumpa. Ni yang sulung tu, ya?” Mood mama dah berubah sebaik sahaja tahu siapa Izz. Aku menarik nafas lega. Lega untuk sekarang.

     “Bukan, aunty. Saya yang tengah.”

     “Kalau macam tu, duduklah dulu. Kita minum petang dulu,” pelawa papa.

     Dalam hati aku berdoa Izz bersetuju. Sekurang-kurangnya masa untuk aku dibebel mama dapat ditangguhkan dulu. Izz pandang jam sebelum pandang aku.

     “Hmm… kalau kita duduk kejap kat sini, Hafiy nak tak?” Izz mintak pandangan anaknya.

     “Nak.. nak.. Boleh Hafiy main dengan kakak.”

     ---------------

Macam yang  aku cakap, membebel panjang mama bila dapat tahu yang aku jatuh pokok. Ni semuanya gara-gara mulut Hafiy yang bercerita dengan becoknya. Banyak cakap pulak dia bercerita itu dan ini. Macam tak percaya, dalam masa dua hari je aku boleh rapat dengan Hafiy.

     “Apa Sya ni? Bagi pengaruh buruk kat budak-budak. Ada ke patut ajar budak macam mana nak panjat pokok. Bukannya nak ajar ABC atau 123. Kalau si Hafiy tu ikut, macam mana? Dahlah budak tu dah memang jenis lasak.” Mama menggeleng kepala.

     “Ala, ma.. Sya tahu apa yang Sya buat ma. Risiko pun Sya sanggup tanggung. Sya nak ajar dia je la, mama.” Aku membela diri. Tak sukanya aku kena  bebel ni. Kaki sakit. Telinga pulak, nak taknak kena tahan sakit.

     “Budak ni.. orang suruh jaga si Hafiy, bukannya suruh ikut kepala budak tu.”
     “Mama ingat senang ke nak dekat dengan Hafiy tu? Kira berbaloi la jatuh pokok boleh dekat dengan Hafiy,” balasku.

     “Hish.. peninglah cakap dengan budak ni. Orang cakap macam ni, dia cakap macam tu.” Mama dah naik angin.

     “Awak tu sudah-sudahlah marahkan si Sya tu. Orang tengah sakit, awak tambah pulak sakit dia tu.” Papa dah mula bersuara.

     “Saya bukannya apa, bang. Geram sangat. Malu saya bila orang tahu anak dara saya jatuh pokok. Tak padan dengan perempuan nak tunjuk stunt. Kalau orang tahu ni, kempunan saya nak ada menantu lelaki, tahu tak?”

     Apa mama ni. Sampai hal menantu pun dikaitkan. Kalau nak menantu, suruhlah abang kahwin dulu. Abang ni pulak, bukannya reti nak balik bela adinda dia. Dah malam pun tak sampai-sampai rumah lagi. Keluar dating la tu. Ni semua idea falsampah dia la ni. Huhu.. aku salahkan abang pulak.

     “Anak awak ni ikut awak la, Nisah oi. Awak tak ingat ke masa awak merajuk sebab salah sangka saya nak dijodohkan dengan sepupu awak dulu. Awak lari atas pokok rambutan. Jenuh saya nak pujuk awak turun. Awak tak ingat ke? Asal merajuk, pokok rambutan yang dicari. Mentang-mentang saya tak reti panjat pokok masa tu.” Papa membuka cerita.

     “Hish.. abang ni!” Mama malu bila tersingkapnya kisah lamanya. Aku pulak tergelak sama. Caya ah mama! Otai jugak ek zaman muda-muda dulu. Baru aku tahu daripada siapa aku warisi sikap macam ni.

     “Lepas tu papa? Apa jadi? Bila mama merajuk apa yang papa buat?” Aku nak korek rahsia. Cerita kat abang ni memang tergolek-golek dia ketawa. Kenapalah abang boleh terlepas cerita sensasi macam ni?

     “Sayang punya pasal, papa pujuklah dia. Dia cabar papa suruh panjat pokok. Bukannya dia tak tahu papa gayat kalau di tempat tinggi. Papa sahut cabaran. Papa try panjat pokok. Thanks to mama Sya. Kalau bukan sebab dia, mesti sampai sekarang papa tak reti panjat pokok. Sampai sekarang agaknya rasa gayat papa tak hilang-hilang,” cerita papa lagi.

    “Abang ni… ada ke patut bukak cerita lama. Malulah saya. Apalah abang ni,” mama pura-pura marah papa. Aku dan papa tergelak sama.

     “Dah, Sya. Pergi naik berehat. Tak payahlah Sya pergi rumah Aunty Fatmah beberapa hari ni. Berehat.” Mama keluarkan arahan.

     “Tapi, ma.. saper nak ganti tempat Sya? Kesian Aunty Fatmah pulak.” Aku berat hati. Dulu bukan main susah nak bersetuju, sekarang ni macam liat je nak lepaskan semuanya.
     “Takpe.. nanti mak suruh Mak Su gantikan kejap. Rumah ni, mamakan ada. insyaAllah mama larat. Bukannya ada apa-apa sangat kat rumah ni.”

     “Hafiy macam mana? Kesian mak su nanti.” Bukan aku tak tahu perangai Hafiy macam mana. Bertahan ke mak su?

     “Nak buat macam mana. Dah terpaksa.”

     -----------

Pintu bilikku diketuk beberapa kali. Setelah aku mengizinkan, baru abang Qairul masuk. Hai.. sopan pulak kakandaku hari ni. Biasanya main redah je. Aku terbaring sambil membaca majalah Mangga. Abang duduk di tepi katil.

     “Mama cakap Sya jatuh pokok, betul ke?” soal abang.

      “Hmm.. nak bukti? Tu ha..” aku memuncungkan mulut pada kaki kanan aku. Tengok gaya balut nampak macam aku nak hilang kaki je. Abang ketawa. Masam muka aku bila kena gelak. Sejak kaki terseliuh ni, hati makin sensitif ni.

     “Dah puas ketawa?” Abang sengih.

     “Dah. Sorry. Tak boleh tahan.”

     “Orang sakit, dia boleh gelak pulak. Kecik pancrease ni, tahu tak?” Aku buat-buat merajuk.

     “Ala busuk-busuk.. merajuk pulak adinda ni. Kakanda cuma pelik. Macam mana adinda ni boleh terjatuh? Bukanke kalau bab-bab memanjat, beruk pun boleh tabik hormat. Monyet pun segan nak lalu.”

     Kurang asam betul! Ada ke panggil bandingkan aku dengan monyet dan beruk. Tak comel lansung. Bagila haiwan comel yang reti memanjat yang lain. Tupai ke. Kucing ke.

     “Sya plan nak buat-buat jatuh je. Kasi Hafiy serik sikit. Nak bagi pengajaran la konon-kononya. Tapi lain pulak jadinya. Tengah nak turun pokok, masa tu la daddy Hafiy sergah. Mana tak terkejut? Lepas tu jatuhla.” Aku menceritakan balik semuanya. Cuma tak masukkan kisah aku jatuh atas dada daddy Hafiy je. Tak penting pun. Paling tak pun mati aku kena gelak dengan abang.

     “Tinggi tak masa jatuh tu?” soal abang lagi.

     “Tinggi.. nasib baik tak jadi arwah adik abang ni.” Bersungguh-sungguh aku bercerita.
      Abang berkerut kening.

     “Ya ke ni? Tak patah kaki tangan pun?”

     Eee.. abang ni! Ada ke patut cakap macam tu. Nak sangat aku patah tangan.

     “Melampau la dia ni. Bukannya bersyukur orang tak hilang kaki tangan. Sya tak tipulah. Memang tinggilah Sya jatuh lepas daddy Hafiy tu sergah. Kira bersyukur la dapat kaki terseliuh je. Ni namanya Allah nak lindung.”

     “Daddy Hafiy. Hmm.. handsome tak? Macam mana orangnya?” tanya abang tiba-tiba. Apa abang ni. Orang tengah bersungguh-sungguh bercerita, dia boleh tanya macam tu.

     “Dia adalah salah satu spesis homo sapien yang ada dua mata, satu hidung, dua ulas bibir dan satu muka.” Aku berloyar buruk dengan abang.

      “Dan dia juga ada dua tangan, dua kaki, satu badan dan rambut tak sempat nak kira berapa helai?” Abang pulak menambah. Aku ketawa. Aku memang kalahlah kalau nak lawan loyar buruk abang ni. Memang angkat bendera putihlah.

     “Cakaplah betul-betul.” Abang berminat nak tahu.

     Betullah apa yang aku cakap tadi. Punya dua mata yang lembut dan boleh mencairkan hati semua gadis. Punya satu hidung yang cukup mancung, warisan daripada Uncle Manaf. Punya dua ulas bibir yang merah mungkin sebagai petanda yang dia tidak merokok. Dan punya satu raut wajah yang tampan. Ecehh.. sempat pulak aku usha mamat tu. Nak mati cakap macam ni kat abang? Setahun aku menderita sebab kena gula dek abang. Takpun sebab kena cop minah sastera.

     “Hmm.. you must see Hafiy first. Then, you can conclude how Hafiy’s daddy looks like.” Jawapan paling selamat aku berikan.

     “Since I had seen Hafiy before, I can conclude that his father is absolutely handsome?” Abang keluarkan andaiannya. Aku malas nak puja-puja orang sangat. Lelaki pulak tu.

     “Abang tengoklah sendiri nanti.” Aku putuskan.

     “Dia umur berapa?” soal abang.

     “Entah. Dia cakap kat mama tadi dia yang tengah.”

     “Oo.. kalau yang kedua, rasanya sama umur dengan abang la kan?” Aku angkat bahu.

     “Ke yang sorang lagi, ek?” Kali ni abang macam bercakap sendiri.

     “Manalah Sya tahu. Hari ni baru jumpa. Takkanlah Sya nak tanya umur pulak?”

     “Rasanya mama ada cakap yang anak kawan dia ada tiga orang. Tiga puluh lebih something sorang, sama tua dengan abang sorang, tua setahun daripada Sya sorang.” Abang macam cuba mengingat.

     Sama umur dengan abang? Abang baru berumur 27 tahun. Takkanlah Izz berumur 27 tahun juga? Hafiy dah besar. Mesti umur dia dah masuk tiga puluhan. Haa.. mesti Izz yang umur tiga puluh lebih tu. Tapi, bukanke Izz cakap dia yang kedua? Takkanlah dia nak menipu mama? Lagipun aku tengok dia pun macam tak sampai tiga puluh lagi. Ke dia kahwin awal masa study dulu? Aku dah buat andaiaan sendiri.

     Abang cakap ada sorang lagi umur setahun lebih tua daripada aku. Takkan Izz kot? Tak logic.. tak logic.. Adik Izz? Tapi, kenapa aku tak pernah nampak orang lain pun? Hish.. banyak rahsia betul. Kena korek ni.

     Jadi, misi aku bila naik kerja nanti adalah, mengorek rahsia tentang keluarga Aunty Fatmah. Nak korek daripada saper, ek? Mestilah Bik Santi. Allah.. lupa pulak Bik Santi dah balik dah esok. Sepatutnya aku korek lagi awal. Dah terlambat. Kena aturkan plan B pulak ni!

     ------

Bosannya. Laptop depan mata dah tak menarik. Layan game facebook pun dah hilang keseronokannya. Nak stalk wall facebook orang pun rasa macam takde mood. Nak layan Running Man pun malas. Arghh.. rindu betul nak berkejaran dengan Hafiy. Tiba-tiba aku teringat wajah comel Hafiy. Apalah yang Hafiy tengah buat sekarang ni? Tengah main PSIII agaknya. Rindu betul. Padahal baru dua hari je tak jumpa Hafiy.

     “Mama.. boringla pulak!” aduku pada mama yang sedang mencantas pokok bunga kertas. Aku duduk di atas kerusi di taman. Kakiku makin sembuh, tapi pergerakanku masih terhad. Masih rasa sakitnya.

     “Habis tu nak buat apa? Nak panjat pokok delima depan rumah tu? Nak seliuhkan kaki sebelah kiri pulak?” sindir mama. Muncung aku seketika.

     Okeh.. dalam rumah aku ni, kalau bab loyar buruk, bagi kat abang. Kalau bab menyindir, mama memang jaguh. Papa? Neutral kot. Tapi, kalau dah datang angin monsoon tropika dia, memang menikus semuanya.

     “Rendah sangat la, mama. Tak cukup syarat buat panjat,” jawabku.

     Dan dalam rumah ni, akulah yang paling terror menjawab. Haha..

     “Tak syok aa. Nak keluar pun tak boleh,” rungutku. Kalau kakiku tak sakit ni, memang aku dah ajak Syuk keluar ronda KL. Syuk adalah bestfriend aku. Nama dia Syukriah. Perempuan, okey. Mak su pun takde buat teman berbual.

     “Awak tu sakit. Cubalah  dok diam-diam sikit. Berehat kat rumah,” mama membebel.

     Lambatnya kau sembuh wahai kaki. Aku dengar telefon rumah berbunyi. Dengan kaki yang terhincut-hincut aku ke ruang tamu untuk mengangkat telefon.

     “Hello, assalamualaikum,” sapaku.

     “Waalaikummussalam, Sya.” Aku dengar macam suara mak su. Mak su call?

     “Nak cakap dengan kakak. Nak cakap dengan kakak. Cepatlah..” sayup-sayup aku dengar suara Hafiy di sebelah Mak su.

     “Hello, kakak. Hafiy ni,” riang Hafiy menegurku.

     “Hello, Hafiy. Hafiy sihat?” soalku. Terlerai rindu aku padanya.

     “Kakak.. bila kakak nak datang? Hafiy boringlah kakak takde. Nek su tak best la,” rungut Hafiy. Aku ketawa. Kau tu memang semua tak best, Hafiy.

     “Kaki kakak sakit lagi. Kakak tak boleh nak main dengan Hafiy. Nanti kaki kakak dah tak sakit, kakak promise akan main dengan Hafiy lagi.”

     “Kakak.. nanti kita nak main apa? Kita main bola sepak nak?”

     Aku ketawa. Kaki kakak belum sembuh lagi, Hafiy oi. Nak kena parang dengan mama kakak ke kalau kakak main bola sepak?

     “Ya.. nanti kita main bola sepak.” Aku berjanji. Tapi bukan dalam masa terdekat.

     “Hafiy jangan nakal-nakal, ya? Kesian nenek dengan Nek su,” aku beri nasihat.

     “Hafiy tak nakal la kakak. Hafiy budak baik.”

     Aku ketawa lagi. Tak nakal sangat la kan sampai-sampai mak su mengeluh panjang jaga dia kelmarin. Dengar-dengar pinggan antic Aunty Fatmah pecah bila Hafiy buat pinggan tu ala-ala piring terbang. Terkejut aku mendengarnya. Entah dari mana pulak dia tengok benda tu.

     “Ya la tu.”

     “Bye, kakak. Hafiy nak main PS lepas ni.”

      “Bye..”

     Talian diputuskan. Aku tersenyum sendiri. Sedikit sebanyak hari aku dihiburkan oleh Hafiy. Tak sabarnya aku nak jumpa Hafiy balik.

Sunday 27 May 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 4)

BAB 4

“Hoorey… boleh belajar panjat pokok. Cepatlah, kakak.” Hafiy semakin excited.

     “Kejaplah.. kakak nak ready dulu. Pertama, nak panjat pokok, you must get ready.” Entah petua mana yang mengarut aku turunkan pada Hafiy.  Haha..

     “I’m ready. I’m ready.” Hafiy dah melompat-lompat kegembiraan. Aku membetul-betulkan tudungku, baju dan seluar. Tak kena gayanya, mahu terselak semuanya. Nasib baik jugaklah rumah jiran takde orang. Kalau tak, mahu dapat heart attack diorang tengok gadis betudung panjat pokok jambu.

     “Kakak.. lambat lagi ke?” Hafiy dah tak sabar-sabar.

     “Sabarla dulu. Bersabarkan separuh daripada iman.” Aku sengaja melengah-lengahkan masa. Di samping itu, boleh jugak aku nak berkenal mesra dengan Hafiy.

     “Hafiy.. nak panjat pokok ni, daddy Hafiy tak marah ke?” Aku cuba menggertak Hafiy. Manalah tahu kot-kot dah beralih hati lepas dengar nama daddynya.

     “Mummy kakak tak marah ke kakak panjat pokok?” soal Hafiy balik. Nasib baik aku tak panjat pokok lagi. Kalau tak dah sembah bumi dah aku. Tak pasal-pasal rancangan aku terlaksana belum masanya.

     Aku sengih kat Hafiy. Mahu aku kena kejar dengan parang kalau mama tahu aku panjat pokok. Tak cukup dengan tu, mungkin mahkamah dalam rumah turut mengambil tindakan.

     “Kakak dah besar. Mestilah mama kakak tak marah. Hafiy tu kecik lagi.”

     “Kakak ni bisinglah. Cepatlah kakak,” gesa Hafiy lagi.

     “Yalah.. yalah..” aku menurut. Karang budak ni boring, lain pulak jadinya.

     “Hafiy, kalau akak tanya Hafiy jawab tau. Jangan diam pulak,” pesanku. Hafiy buat tanda okay dengan jarinya. Comel betul!

     Ada sebab aku nak dia jawab semua persoalanku. Sebab aku taknak dia diam. Bila seseorang budak diam, maknanya dia sedang fokuskan sesuatu. Sebab aku taknak dia fokuslah aku nak dia jawab soalan aku. Hehe.. bijak jugak rancangan aku.

    “Hafiy, are you ready?” soalku gembira.

     “I’m ready.”

     “Ala.. excited la sikit Hafiy. Kuat lagi. Are you ready?”

     “Yeah.. I’m ready!” Hafiy melompat-lompat gembira.

     “Sure ready?” jeritku.

     “Sure ready!” Hafiy jerit sama.

     “Okey.. let’s go!” Aku tergelak sendiri. Sejak bila la aku terlebih makan gula ni? Haha.. sengal betul!

     Aku mula memanjat. Pokok jambu air ni boleh tahan tingginya.

     “Hafiy, cuba Hafiy tengok ada tak buah jambu.”

     Bila aku melihat mata Hafiy melilau mencari jambu, aku terus memanjat secepat mungkin.

     “Takde, kakak,” jawab Hafiy. Ketika Hafiy kembali berpaling pada aku, aku dah hampir ke atas pokok. Memanglah takde sebab sekarang ni bukan musim jambu. Haha.. sengaja aku nak auta Hafiy.

     “Dah sampai atas. Macam tulah caranya nak panjat pokok.” Aku sengih kat Hafiy.

     “Wah.. kakak betul-betul pandailah. Hafiy nak panjat jugak. Hafi nak panjat jugak.” Hafiy menepuk tangan beberapa kali. Gembira benar dia.

     “Nampak tak macam mana kakak panjat tadi?” soalku. Dia diam.

     “Tak ingatlah, kakak. Kakak suruh Hafiy cari jambu tadi.” Muka Hafiy dah masam.

     “Ala.. Hafiy ni. Penat kakak panjat, tahu tak? Masa cari jambu, masa tu pun boleh tengok kakak.” Aku pura-pura marah.

     “Jangan marah Hafiy. Sorry. Kakak tunjuk sekali lagi, boleh tak? Boleh la.. boleh la..” Hafiy cuba membodekku dengan gaya comelnya. Alahai.. comelnya budak ni! Nak cubit-cubit je rasanya pipi dia.

     “Kakak tunjuk sekali lagi. Tapi, kali ni kalau Hafiy pandang tempat lain, kakak merajuk. Taknak ajar Hafiy lagi.”

     Aku turun daripada pokok. Nampak gayanya semuanya berjalan dengan lancar kali ni. Tinggal misi last je iaitu buat-buat jatuh dari pokok. Sebab bak kata abang, 

    “….Kalau kita taknak kucing kecing merata, kita kena ajar dia macam mana nak kencing dalam toilet. Baru kucing tu belajar.”

      Maksudnya, kalau aku taknak Hafiy panjat pokok dan membahayakan diri sendiri, aku kena tunjukkan bagaimana panjat pokok boleh membahayakan. Baru Hafiy boleh belajar. Kanak-kanak harus belajar daripada pengalaman.

     “Kakak start ni,” kataku. Kali ni Hafiy betul-betul focus. Aku kena buat sesuatu yang mengganggu focus dia.

     “Hafiy, Hafiy tak takut daddy marah ke panjat pokok?” soalku balik.

     “Tak. Sebab Hafiy dah call daddy.” Aku terkejut. Boleh pakai ke kata-kata Hafiy ni? Entah-entah dia sengaja nak auta aku. Orang cakap kanak-kanak tak reti menipu, ya ke?

     “Habis, daddy tak marah?” selidikku. Gila sporting kalau tak marah anak kecil dia nak panjat pokok.

     Aku dah sampai atas sambil bertenggek atas dahan pokok. Penat!

     “Tak.. daddy cakap dia nak balik tengok Hafiy panjat pokok. Daddy suruh tunggu dia.” Aku ketawa. Waras ke tak daddy Hafiy ni. Entah-entah ni pun satu peperangan psikologi. Hafiy takkan panjat pokok kalau daddy dia takde. So, selagi daddy Hafiy tak balik, selagi tulah Hafiy takkan panjat pokok. Macam tulah agaknya. Biar Hafiy terus menunggu sampai malam. Betul jugak. Takkanlah dia nak balik.

     “Hafiy nak tunggu daddy Hafiy balik dulu ke?” soalku.

     “Mestilah. Daddykan nak tengok Hafiy panjat pokok.”

     “Kalau macam tu, kakak turun dulu. Kita tunggu daddy Hafiy sama-sama.” Aku mula memanjat turun. Masa untuk jalankan misi! Kenalah sampai kat tempat rendah dulu, baru buat-buat jatuh. Kalau tak, mahu patah aku kalau tak kena gayanya. Tak pasal-pasal dikelasifikasikan sebagai bunuh diri.

     “Hafiy!”

     Suara asing yang garau itu membuatkan aku betul-betul terkejut. Malaun mana pulak yang buat aku terkejut sakan ni? Setahu aku abang je yang selalu buat aku macam tu. Terkejut punya pasal, keseimbangan badan aku mula hilang. Tangan yang menggenggam dahan pokok tak sempat berpaut balik. Gravity bagaikan menarik aku.

     “Mama..” aku menjerit ketika jatuh.

     “Hey, watch out!” Pada masa yang sama suara garau itu menjerit.

     Terasa badan melayang-layang sebelum jatuh ke bumi. Bukan! Ada tangan asing yang cuba menyambutku. Tapi tindakannya sedikit terlambat sebab akhirnya kedua-duanya turut sama terjatuh. Aku jatuh terhempap atas dada lelaki itu.

     “Daddy.. kakak..” Aku mendengar Hafiy memanggil.

     “Are you alright?” soal lelaki itu.

     Aku angkat muka. Perkara pertama yang aku nampak. Matanya! Terpanah seketika dengan tusukan lembut anak mata hijau-birunya. Cantiknya mata dia! Begitu secocok dengan raut tampannya. Aku terus mengalihkan pandangan mata. Baru tersedar yang aku masih di atas dadanya. Bila cuba bangun, tangannya masih memeluk pinggangku.

     Ewah, sedara! Best peluk pinggang anak dara orang? Segera aku berdehem sebelum dia cepat-cepat mengalihkam tangannya. Aku terus duduk atas tanah.

     “I’m okay.”

     Dia turut bangun sambil menepuk-nepuk baju kemeja ungu mudanya dan seluar slack hitamnya yang dah kotor.

     “Kakak.. kakak okey? Kakak sakit?” Hafiy tanya aku. Terharu aku dengan keprihatinan Hafiy.

     “Kakak okey.”

     Shit! Hancur ana punya program. Patutnya aku jatuh masa nak sampai tanah dah. Lepas tu buat berkerut-kerut muka macam menahan sakit yang melampau untuk buatkan Hafiy takut untuk panjat pokok. Hancur.. hancur.. memang aku jatuh, tapi tak seperti yang aku rencanakan. Aku pandang atas pokok. Gila tinggi masa aku jatuh. Nasib baik tak jadi arwah je aku tadi. Semuanya daddy Hafiy punya pasal.

     Aku cuba bangun. Arghh.. kaki aku! Aku kembali terjatuh.

      “Kakak..” Hafiy memanggilku.

     “Kaki kakak sakit, Hafiy. Aduh..” aduku. Serius sakit! Berkerut-kerut mukaku menahan sakit. Kali ni bukan lakonan drama queen.

     “Jom saya bawa awak masuk.” Daddy Hafiy menawar budi. Dia cuba mendukungku sebelum aku mengelak.

     “Takpe.. Hafiy, panggilkan Bik Santi,” arahku. Cuba menolak budi. Ee.. taknak la aku kena dukung. Selagi ada cara lain, selagi tulah aku takkan benarkan dia dukung aku. Dia ingat dia tu abang aku ke?

     Hafiy patuh. Terkocoh-kocoh dia berlari memasuki rumah. Maka, tinggallah aku dan daddy Hafiy berdua. Terasa suasana agak tegang.

     “Awak ni takde kerja lain ke nak buat selain ajar anak saya panjat pokok? Nasib baik saya cepat sampai, kalau tak memang nasib anak saya sama macam ni.” Dia memarahi aku.

     Rasa nak cekik je mamat ni. Dia yang datang tersalah timing. Kalau tak mesti dah lancar semua rancangan aku.

     “Saya tahu apa yang saya buat, sedara. And you, spoil my plan,” balasku geram. Oleh sebab aku tak tahu nak panggil apa, aku bahasakan dia sebagai sedara je.

     “My mom gave me a very beautiful name. Izz Haikal. My name is Izz Haikal. And not sedara. Do call me Izz. I’m Hafiy’s daddy.” Dia memperkenalkan diri.

     Aku senyum. Kalau dah daddy Hafiy begini kacak, no wonderlah Hafiy comel sangat. Tapi, kenapa aku nampak muka Hafiy dengan daddynya tak sama? Oo.. mungkin Hafiy ikut mummy dia. Mesti mummy Hafiy juga cantik orangnya. Tapi aku tertanya-tanya. Mummy Hafiy ni sebenarnya masih hidup atau dah meninggal? Kalau hidup lagi, kenapa bercerai? Suami bukan main handsome, kalau aku jadi isteri dia, nak lepas pun sayang. Entah-entah daddy Hafiy ni curang tak? Dah macam-macam persepsi buruk aku tanamkan dalam kepala.

     “Kalau anak saya jatuh masa panjat pokok nanti, tahulah saya nak buat apa.” Lelaki bernama Izz itu mengugutku. Rasa gerun? Haha.. sikit pun tak. Bukan akulah wei..

     “Don’t worry. Hafiy takkan panjat pokok. Percayalah.” Aku menjawab yakin. Overconfident betul aku ni.

     “Awak belum kenal macam mana sikap Hafiy. Dua hari awak kenal dia tak cukup.” Izz membalas.

     “I promise you that Hafiy will never talk about climbing up the tree soon. Trust me.”
     “Yakin sangat kenapa?” soal dia dengan dahi berkerut.

     Ketika itulah Hafiy bersama Bik Santi datang.  Lega betul rasanya. Nasib baik ada Bik Santi. Kalau tak menangis aku kalau ada mamat tu je. Aku lebih rela call abang daripada didukung Izz.

     “Waduh.. gimana bisa jatuh, non?” Bik Santi membebel panjang.

     “Kakak.. sakit lagi ke? Mesti sakitkan kalau jatuh?” Hafiy menyoal siasat.

     “Memang sakit, Hafiy. Tiap kali panjat pokok, memang selalu jatuh. Sakit sangat. Hafiy nak belajar panjat pokok, kan? Daddy Hafiy dah sampai. Hafiy pulak panjat pokok, ya?” Aku makin mengaduh kesakitan. Sengaja.

     Bulat mata Izz mendengar kata-kataku. Pastinya tak senang duduk kalau Hafiy bersetuju. Memang kena bersedia untuk menyambut Hafiy yang konfem akan terjatuh.

     “Taknak.. Hafiy taknak jatuh. Sakit. Hafiy taknak sakit macam kakak. Kesian kakak. Taknak belajar panjat pokok dah. Nanti jatuh.” Hafiy menggeleng-geleng kepala.

     Aku senyum. Tak sia-sia aku jatuh. Penakut jugak budak ni rupa-rupanya. Nasib baik jugak dia takut sakit. Kalau tak? Memang matilah aku kena kapak dengan daddy Hafiy. Aku nampak wajah Izz kelegaan.

     “Memang sakit. Lain kali, jangan nak cuba panjat pokok,” nasihatku.
     Bik Santi menolongku bangun. Sebelum melangkah pergi, sempat aku berpaling ke arah Izz.

     “Because he learnt something precious,” kataku. Hanya kami berdua yang faham. 

Suamiku Paling Sweet (BAB 3)

BAB 3

Aku tenung kertas bersaiz A4 di atas meja studyku sambil mengetuk-ngetuk pen biruku. Masa untuk menganalisis jadual kerja.

     6.30 pagi-sediakan breakfast

     Yang ni memang aku dah dikecualikan sebab aku tak tidur situ. Aunty Fatmah dah cakap yang ni adalah tugasnya sendiri untuk sediakan keluarga dia makan.

     8.00 pagi- kemas bilik tidur. Kalau ada laundry, basuh dulu.

     Yang ni Bik Santi cakap kena kemas bilik Hafiy je. Sebab mengikut apa yang Bik Santi cakap, hanya tiga bilik je yang selalu digunakan. Bilik Aunty Fatmah dan Uncle Manaf, bilik Hafiy dan juga bilik daddy Hafiy. Mengikut apa yang dikata Bik Santi lagi, Aunty Fatmah biasanya mengemas sendiri kamarnya. Daddy Hafiy pun sama.

     Apalah.. seharian dok dengan Bik Santi, dah jadi minah indon dah aku. Haha.. So, it means that aku cuma kena kemaskan bilik budak nakal tu je. Awal pulak budak tu bangun. Aku sambung menganalisis.

     8.30 pagi- kemas rumah dan dapur

     Kemas rumah bermaksud sapu lantai, mop lantai, lap semua perkakas dalam rumah. Ada masa kena vacuum. Letak dalam bracket sikit. Kalau rajin. Haha.. Masa ni kalau Aunty Fatmah larat, dia tolong sebab dia pagi-pagi dah berperang dengan cucunya. Sebenarnya ni la part agak penat sebab rumah Aunty Fatmah besar.

     10.00 pagi- siram pokok bunga.

     Yang ni wajib. Sebab Aunty Fatmah sayang sangat dengan taman dia tu. Mengikut cerita Bik Santi tadi, Aunty Fatmah pernah menangis senyap-senyap bila dulu Hafiy pernah karate pokok bonsai kesayangannya. Tinggal akar je yang selamat dalam pasu. Macam mana Bik Santi boleh tahu? Wallahualam.. Tapi, kalau mengikut cerita ni, aku boleh nampak yang Aunty Fatmah taknak cucu dia tahu dia sedih dengan perangai cucunya.

     10.30 pagi- Masa rehat.

     Yang ni pulak, kata je rehat. Tapi, sebenarnya masa nilah kena jadi body guard Hafiy. Kena kejar Hafiy ke mana dia pergi sebab Hafiy ni suka buat kerja yang menyusahkan orang. Dah banyak menda yang ranap gara-gara Hafiy. Kalau sehari takde barang jahanam, maksudnya ada something wrong dengan Hafiy. So, mendengar barang pecah adalah salah satu petanda yang Hafiy dalam keadaan normal.

     11.30 pagi- Masak untuk lunch.

     Haa.. ni yang aku lemah. Tengah hari tadi adalah pengalaman pertamaku memasak. Waa.. terkial-kial aku. Nak siang ikan naik loya tekak aku. Nasib baik berjaya jugak misi aku. Bik Santi dah seronok gelakkan aku. Aunty Fatmah juga yang sabar menolongku. Ahh.. malu gila aku! Apa punya perempuanla tak reti kerja-kerja dapur macam tu? Tak boleh jadi ni. Aku mesti belajar.

     1.00 petang- serve for lunch.

     Kata Bik Santi, kalau lunch biasanya Uncle Manaf dan anaknya akan pulang untuk makan tengah hari. Tapi petang tadi, hanya Uncle Manaf yang pulang. Anaknya kena melawat tempat projek. Baru aku kenal siapa Uncle Manaf. Sikapnya sama dengan Aunty Fatmah. Peramah. Dan betullah tanggapanku. Rupa-rupanya Hafiy mewarisi mata hijau-birunya daripada datuknya. Uncle Manaf seorang muallaf rupa-rupanya (hasil daripada cerita yang aku korek daripada Bik Santi).

     1.30 petang sampai masa nak balik rumah- layan karenah Hafiy, tidurkan Hafiy, bila petang masakkan diner.

     Yang ni paling mencabar stamina. Sebab dekat rumah tiada orang lain. Hanya ada aku dan Hafiy. Aunty Fatmah ke butiknya lepas Zohor dan lusa pulak Bik Santi dah nak balik ke kampung halamannya. Kalau tadi, Hafiy mengamuk nak ikut Aunty Fatmah ke butiknya. Resah betul Aunty Fatmah sebab takut cucunya buat hal kat butik. Akhirnya, Aunty Fatmah mengalah tapi aku ikut sama.

     Melayan perangai budak tu, betul-betul buat aku rasa macam nak humban je budak tu dalam lombong. Tak pernah nak dengar cakap. Semua cakap aku dia buat tak endah je. Sepak-menyepak aku tu dah biasa dah. Nasib baik la aku dah belajar tae kwon do. Tahu jugak macam mana nak mengelak. Hehe..

     Sebelum maghrib, Aunty Fatmah menghantarku pulang. Hari pertama pun dah penat. Macam mana la esok dan seterusnya? Tugas aku ni bukannya susah sangat sebenarnya kalau tak perlu layan karenah Hafiy. Jadi, secara kesimpulannya semua masalah adalah berpunca daripada Hafiy. Kalau aku baik dengan Hafiy, semuanya selesai.

     Hmm.. jadi sekarang ni, tugas aku adalah mencari cara macam mana nak dekat dengan Hafiy. Kena buat strategi ni. Cara-cara nak mengeratkan hubungan dengan Hafiy. Mesti boleh punya sebab Mak Mah boleh je rapat dengan Hafiy. Mesti boleh punya. Kena yakin! Aku mengangguk-angguk sendiri.

     -------

“Angguk-angguk macam burung belatuk nak tebuk pokok ni pehal?” tanpa salam Abang Qairul menegur. Terkejut beruk aku. Aku mengurut dada.

     “Abang ni! Masuk bilik orang bukannya reti nak cakap assalamualaikum. Tak lumpuh mulut tu kalau bagi salam,” marahku geram. Abang gelak sebelum duduk di atas katilku.

     “Apa ni?” soal abang Qairul. Aku terkejut bila kertas di tanganku ditarik. Sepanjang-panjang alam abang gelakkan aku selepas dia membacanya. Gelak lagi. Gelak..

     “Oh.. jadual kerja rupanya. Ecehh… dah macam jadual lecture dah.” Abang serahkan balik kertasku.

     “Dah puas gelak?” sindirku.

     “Dah.” Abang pula jawab dengan selamba.

     “Macam mana first day?” soal abang pula.

     “Penat. Tak senang nak buat kerja ni. Sya lebih rela berkurung dalam bilik study untuk dapat 4 flat daripada jadi orang gaji. Penatla bang layan cucu Aunty Fatmah,” aduku.

     “Apa yang budak tu dah buat?”

     “Dia nakal sangat. Nakal sangat-sangat. No wonder la bibik sekarang ni nak berhenti,” aku bercerita.

     “Nakal budak apalah sangat.”

     “Tak sangat ke kalau hari-hari ada barang pecah?” Kali ni kening abang terangkat.

     “Mungkin bila dah pecah semua barang dia duduk diam?” Abang sengih. Di samping kariernya sebagai lawyer sedang nak naik, loyar buruk pun turut sama naiknya.

     “Abang!” Dia gelak.

     “Dia bosan kot. Sebab takde orang nak main dengan dia?” Abang buat andaiaan.

    “Entahlah, bang. Maybe kot. Tapi, bila Sya nak main dengan dia, dia asyik nak menyepak Sya je kerjanya. Susah nak didekatilah budak tu. Entah doktor mana la yang bagi ubat allergic orang kat budak tu.”

     “Dia kurang kasih sayang mak dan ayah dia?” Abang mengutarakan andaiannya yang kedua.

     “Wallahualam. Sya baru first day. Kalau ikut mama cakap, Hafiy tu takde mak. Ayahnya pulak Sya tak kenal lagi.” Memang aku tak kenal siapa ayah Hafiy. Namanya pun aku tak tahu.

    “Budak sedang membesar ni memang banyak dugaannya. Apatah lagi dia sekarang ni dah boleh nak fikir tentang sedih, disayangi dan menyayangi. Sya tak tahu ke mak dia ke mana? Syakan jaguh kalau bab-bab mengorek rahsia orang.”

     “Tak berkesempatan. Melampau la kalau Sya dah menyibuk masa hari first. Nanti-nantilah Sya korek.”

     “Oh.. dah ada niatlah ni nak jadi kaki sibuk?” Aku sengih.

     “Niat tu memang ada. Sya tak bolehla kalau dalam tertanya-tanya ni. Tak tenang selagi tak tahu semua benda.”

     “Huh.. memang tu la Sya yang abang kenal. Mana pernah makan saman dengan Curiosity kills the cat,” sindir abang. Aku sengih.

     “Ala.. demi kebaikan semua orang. Bang.. kalau abang jadi Sya, what should you do?” soalku.

     “I come with a conclusion that ‘Hafi feels desolated’. Then, I’ll ask myself, ‘what should I do to cope with this problem?’. Jadi, kalau abang jadi Sya, abang cuma perlu lakukan sesuatu untuk jawab soalan tu.” Aku hanya mendengar.

     “Kalau nak kawan dengan kucing, kita mesti pandai mengiau. Kalau kita tahu kucing suka ikan, kita kena bagi ikan baru kucing sayangkan kita. Kalau kita taknak kucing kecing merata, kita kena ajar dia macam mana nak kencing dalam toilet. Baru kucing tu belajar.”

     Aku ternganga sebelum ketawa. Falsampah dia dah keluar dah. Entah apa yang dia membebel. Ada ke bagi nasihat macam tu. Mengarut tak habislah abang ni!

     ------

Abang betul. Idea abang memang boleh dipakai bila aku perlukannya. Aku pun rasa sesuatu yang sama. Hafiy sebenarnya kesunyian. Dia selalu berkelakuan macam tu sebab dia sunyi dan perlukan kawan. Dia nak orang lain beri perhatian pada dia. Kalau dia nak kawan, kenapa Hafiy tak pergi sekolah? Kalau nak kawan, kenapa aku ke, orang lain ke, nak dekat semeter pun asyik nak naik penyepak je? Tak faham betul aku.

     Ke macam ni? Sebenarnya Hafiy ni kena penyakit keturunan. Penyakit hyperactive yang diwarisi. Entah-entah perangai daddy Hafiy sama masa dia kecik-kecik dulu. Sebab tu Aunty Fatmah immune dah. Aku buat kesimpulan sendiri. Tak baik betul. Selamba iguana je nak tuduh daddy Hafiy. Kenal pun tak.

     Senang cerita macam ni. Esok aku cuba dekati Hafiy. Okeh.. misi kita esok hari adalah ‘Mencari Peribadi Hafiy’.

     ----------

“Hafiy, Hafiy nak Cadbury tak? Kakak ada bawak ni.” Aku melancarkan misiku. Ketika tu Hafiy sedang berperang dengan PSIIInya. Nak melayang aku tengok controller di tangannya. Mentang-mentang wireless, sampai berdiri-diri main game Yakuza. Agaknya sebab tu la perangai ganas. Terpengaruh dengan game.

     Hafiy buat tak endah dengan kata-kataku.

     “Hafiy!” aku panggil kuat. Kesabaran cuba ditebalkan lagi. Sejak kenal spesis bernama Hafiy ni, aku dah jadi makin penyabar.

     “Bising la kakak ni. Hafiy nak lawan game la!” Hafiy marah aku. Ee.. aku tutup jugak game tu baru tahu. Sabar.. sabar..

     “Kakak bawak coklat ni. Sedap tau. Nak tak?” umpanku lagi.

     “Daddy cakap kalau makan coklat, nanti gigi kena makan dengan ulat. Nanti gigi rosak. Cikgu dulu pun cakap macam tu. Kakak ni tak pergi sekolah ke?”

     Grr.. nak cekik je rasanya si Hafiy ni! Mulut menjawab boleh tahan. Selamba je kutuk aku tak pergi sekolah. Dalam rasa geram yang membara, aku rasa gembira. Sekurang-kurangnya ada respon jugak daripada dia buat aku ni macam bercakap dengan lantai.

     Budak ni.. cakap daddy dia boleh pulak dia ikut. Jadi anak yang patuh pulak. Entah-entah Hafiy takut dengan daddy dia sebab daddy dia garang. Aku terus terbayangkan daddy Hafiy bermuka ketat dengan misai bergulung tiga lapis. Hih.. ngerinya! Tak sanggup aku nak apa-apakan Hafiy kalau macam ni.

     Aku tertarik dengan ayat kedua terakhir Hafiy. Cikgu dulu pun cakap macam tu? Hmm.. maksudnya dia pernah pergi sekolah. Tapi, kenapa dia taknak sekolah sekarang ni? Aura misteri betul budak ni.

     “Saper cakap kakak tak sekolah? Kakak sekolah, okey. Sebab tu kakak bijak.” Aku dah berlagak sebelum ketawa.

     “Not funny,” selamba dia bidas. Terus terdiam aku.

     “Sedapnya coklat ni. Emm.. yummy!” Aku sambung makan coklat dengan penuh nikmat sambil cuba memancingnya. Manalah tahu kot-kot dia jeling aku. Kononnya jual mahal. Tapi gagal!

     “Betul taknak ni? Kakak habiskan, ya?” soalku sambil memegang coklat sebesar ibu jariku. Sekali ngap, memang terus hilang dalam mulut.

     Dia tak jawab. Aku rasa aku dah macam halimunan depan Hafiy. Nampak gayanya usahaku sia-sia. Dia betul-betul tak berminat dengan coklat. Padahal coklat la paling diminati semua kanak-kanak.

     Usaha pertama, gagal dengan sedikit perkembangan. Keputusannya kali ini, Hafiy tak sukakan coklat.

     -------

Selepas Zohor, macam biasa Aunty Fatmah mahu keluar ke butiknya. Seperti hari semalam, Hafiy menegamuk lagi. Meronta-ronta dia nak ikut neneknya. Aunty Fatmah resah sendiri. Dia tak boleh bawa Hafiy kerana dia ingin berjumpa dengan client pentingnya. Masakan mahu dibawa Hafiy yang tak kenal erti tak tu? Nak bawak aku sekali? Macam semalamlah jadinya. Berkejar-kejaran dengan Hafiy depan pelanggannya.

     “Hafiy duduk dengan Kak Sya, ya? Nenek keluar kejap je,” pujuk Aunty Fatmah lagi.

     “Taknak.. Hafiy nak ikut. Hafiy boring dok rumah. Hafiy tak suka.” Hafiy mengamuk lagi.

     “Hafiy..”

     “Semua tak sayang Hafiy. Daddy pun sama. Daddy promise nak balik temankan Hafiy makan tadi. Daddy tipu.” Hafiy dah mula menangis. Pertama kali aku tengok Hafiy nangis.

     Ooo.. baru aku tahu kenapa muka Hafiy masam mencuka masa makan tengah hari tadi. Semua makanan dia taknak. Rupa-rupanya tengah marahkan daddynya yang memungkiri janji.

     “Hafiy, nenek sayang Hafiy. Semua sayang Hafiy. Nenek keluar kejap je. Nenek janji nenek balik awal.” Aunty Fatmah tak habis-habis memujuk cucunya.

     “Hafiy, Hafiy tinggal dengan kakak, ya?” pujukku pula. Tak reti sungguh kalau bab pujuk anak orang ni.

     “Taknak. Hafiy taknak tinggal dengan kakak. Kakak tak best. Kakak tak seronok macam Nek Mah.”

     Apalah aku nak pujuk budak ni? Aku mencari akal. Kalau budak lain, boleh jugak aku sogok dengan gula-gula atau mainan. Masalahnya budak Hafiy ni lain sikit. Hafiy budak ganas. Aku pandang sekeliling rumah.

     “Tak best duduk dengan kakak kat rumah. Kakak tak reti main,” kutuk Hafiy lagi.

     Tiba-tiba aku teringat kata-kata abang semalam.

     “Kalau nak kawan dengan kucing, kita mesti pandai mengiau…” Aku rasa aku faham apa abang nak cakap. Kalau aku nak kawan dengan Hafiy, aku mesti ikut kepala dia.

     Masa tu la idea gila datang!

     “Saper cakap tak best duduk dengan kakak? Kalau Hafiy duduk dengan kakak, kakak boleh ajar Hafiy macam mana nak panjat pokok jambu depan rumah tu,” kataku selamba.

     Kalau kita tahu kucing suka ikan, kita kena bagi ikan. Baru kucing sayangkan kita. Apa yang abang maksudkan, kalau Hafiy suka sesuatu yang mencabar, aku mesti bagi dia rasa sesuatu yang mencabar jugak. Baru kena dengan jiwa Hafiy.

     Thanks, abang. Abang selalu je jadi penyelamatku. Kata-kata abang memang berguna.

     Aunty Fatmah tak percaya dengan apa yang aku cakap. Aku cuma tenang. Aku tahu apa yang aku lakukan. Kali ni, Hafiy memandangku dengan pandangan berminat.

     “Tipu.. kakak tak reti panjat pokok.”

     “Kakak reti la. Kalau nak tengok kakak panjat pokok, kenalah duduk ngan kakak kat rumah,” umpanku lagi.

     “Kalau Hafiy duduk rumah, kakak promise ajar Hafiy panjat pokok?” Umpan dah mengena.

     “Iya, kakak promise.”

     Berjaya jugak akhirnya aku memujuk Hafiy untuk tinggal di rumah. Beginilah perangai budak-budak. Tadi bukan main mengamuk nak ikut Aunty Fatmah. Tapi sebab nak memanjat punya pasal, begitu seronok dia melambai-lambai neneknya supaya cepat pergi. Nak tergelak aku.

     Aku menghantar Aunty Fatmah ke keretanya.

     “Biar betul, Sya ni?” Aunty Fatmah masih tak percaya.

     “Don’t worry, Aunty. Sya tahu nak buat apa. Takkanlah Sya ni gila sangat nak ajar budak lima tahun panjat pokok.”

     Hehe.. sebenarnya aku ada strategi sendiri.