BAB
25
“Kakak ipar? Siapa
kakak ipar?” Aku dengar suara Syuk. Dia pandang aku. Secara logiknya memang la
Syuk akan pandang aku sebab Hakimi tegur kami berdua. Takkan Syuk kot? Mereka
jumpa pun tak pernah. Ya tak?
Aku
macam biasa tetap tayang muka selamba. Macam tak dengar apa-apa je gayanya.
Tayang muka takut terkantoi pun tak. Tapi yang pasti, aku tak sanggup nak
pandang Izz. Bimbang pulak meletus gunung berapi.
“Fitri..
ikut saya sekarang. Saya ada hal nak bincang pasal students ni.” Aku tengok muka Izz selamba je keluarkan arahan.
Macam tadi, langsung tak dijelingnya aku.
Encik
Fitri angguk.
Izz
memang buat pilihan yang paling tepat. Diheretnya Encik Fitri mengikutinya
tanpa menghiraukan kata-kata adiknya itu. Mata mengekori langkah mereka
sehinggalah mereka menghilang di balik pintu kaca lut cahaya yang besar. Hmm… agaknya tu la bilik Izz kut. Yalah…
nikan pertama kali aku datang syarikat ni. Dan pertama kali jugak aku tahu yang
ni syarikat Izz.
Sedikit
sebanyak aku lega. Sekurang-kurangnya aku tak payah menghadap Izz sekarang.
Terkejut pun tak hilang-hilang lagi, tahu? Sangat terkejut bila tahu aku
sebenarnya sekarang ni tengah berdiri dalam syarikat kepunyaan Izz. Suami aku
sendiri. Geram betul hati ni. Kalau ikutkan darah muda aku ni, sekarang jugak
aku nak berdepan dengan Izz. Menghamburkan segala rasa tak puas hati dan minta
penjelasan!
Tapi
masalahnya sekarang ni, aku kena mengahadap pulak soalan luar syllabus yang Hakimi tinggalkan
sorang-sorang. Kalau takde orang lain, memang sekarang ni jugak aku kejar
Hakimi yang tersengih-sengih tu. Bikin kontroversi betul!
“Kakak
ipar? Siapa kakak ipar, Qisya?” Lagi sekali Syuk bertanya.
Tengok…
tak habis-habis lagi rupanya isu kakak ipar. Arghh.. tensionnya aku!
Minah ni pun, selagi tak jawab soalan dia, selagi tu la dia akan tanya. Bukan
aku tak kenal si Syukriah ni!
Aku
buat tak tahu lagi. Tapi mata dah jeling maut si Hakimi. Dia tayang muka tak
bersalah.
Hati Allah saja yang tahu betapa sekarang ni, nak jugak
aku baling kasut bot kat muka kacak Hakimi yang seriang kanak-kanak ribena
tempah maut. Tak pun bagi penampar jepun. Kut terus sampai jepun betul-betul
jadinya! Geram betul!
“Who’s kakak
ipar?” Entah dari ceruk mana datang pulak si Maya. Berdiri di tepi aku.
“Hye, Kak
Maya.. Long time no see.” Aku tegur Maya sambil mengangkat
tangan kanan. Sengaja malas nak layan persolalan Syuk. Aku pun satu. Masa ni la
nak bertegur sapa bagai, kan? Macam tak wujud je manusia-manusia lain di
keliling kami.
“Oh, hye! Baru
I perasan. You.. Qisya, right?” teka Maya selepas cuba mengecam
aku. Aku cuma senyum seraya mengangguk.
“Ni kawan Qisya, Syuk. Kami students yang masuk hari ni.” Aku perkenalkan Syuk pulak. Mereka
saling berbalas senyuman.
“Now I faham
maksud Kimi. Kimi.. you ni suka sangat kenakan oranglah. I faham Qisya kalau
keluar daripada mulut si Kimi ni. Dia pun pernah jugak panggil I kakak ipar.”
Hakimi gelak dan aku pulak hanya mampu senyum tawar. Hakimi
pun pernah panggil Maya kakak ipar? Agaknya memang betul kut yang Izz dengan Maya
bukan sekadar kawan. Tapi kali ni lain.
Faham
ya? Dia tak tahu yang Hakimi memang maksudkan yang sebenar. Kalau tahu yang
sebenar, mahu berjoget inang Maya kat sini. Apatah lagi kalau keluar daripada
mulut Izz. Tak tahu kenapa, tapi aku yakin yang Maya punya hati dekat Izz.
“Bukan semua perempuan I panggil kakak ipar. Kan, Qisya?”
Hakimi pandang aku. Dia senyum nakal.
Serius aku rasa nak terajang si Kimi ni! Sabar.. sabar..
sabar separuh daripada iman, Qisya. Ingat tu! Adik ipar kau sorang tu memang
tak pernah tak sengal. Namanya bukan Hakimi kalau tak sengal, Qisya. Aku cuba
sedapkan hati sendiri.
“Yalah… you tu memang suka sangat sakat abang ngah you
tu, kan? Pantang tengok perempuan dekat dengan abang ngah you, mulalah nak
panggil kakak ipar,” celah Maya.
Hakimi cuma senyum sebelum pandang aku. Macam mengiakan
kata-kata Maya.
“Ada-ada je dia ni. Nak gaduh ke?” Aku balas kata-kata
Hakimi. Sengaja muka garang ditayang. Lama aku tak bertekak dengan mamat ni.
Hakimi sengih. “Garangnya.. takut Kak Maya,” balas
Hakimi. Suka hati je nak heret nama Maya.
“You jangan layan sangat si Kimi ni. Semua orang kat office ni dah immune dah dengan dia.” Maya bagi nasihat yang aku rasa memang
sangat berguna.
“I masuk office
I dulu. Nice meeting you and kawan
you, Qisya.” Maya meminta diri.
Maka tinggallah aku, Syuk dan Hakimi. Tersengih-sengih
mamat tu pandang aku. Lama tak jumpa. Kali terakhir rasanya masa malam sejarah
hitam tu. Taknak ingat la aku kalau pasal malam tu!
Tak
berubah pun mamat ni.
“Lama tak jumpa awak, Qisya. Tak sangka awak student yang akan masuk hari ni.”
“Dan saya pun tak sangka akan masuk syarikat ni.”
Aku
harap dia faham yang abang ngah dia tu sepatah haram pun tak ceritakan pasal
syarikat ni. Memang nak kena si Izz ni! Memang aku lancarkan mogok la balik
nanti.
---------
Aku menutup mulut yang
menguap menggunakan belakang telapak tangan kananku. Mata tiba-tiba rasa
mengantuk bila menghadap PC Dell. Aku dan Syuk sedang menjalankan kerja pertama
kami daripada Encik Fitri. Kami ditempatkan di satu bilik kosong bersama-sama.
Aku pandang sebelah. Khusyuk je si Syuk buat kerja. Aku
mengeluh tiba-tiba bila kenangkan Izz. Betapa mood aku dah patah. Hilang terus rasa teruja hari pertama datang
pejabat gah ni. Semuanya sebab kewujudan Izz.
“Masuk kali ni aku rasa dah lima kali kau mengeluh, Qisya.
Kau kenapa? Nampak muram je?” Syuk tegur aku.
Syuk pun perasan ke? Tapi mana mungkin aku cerita hal
sebenar.
“Takdelah.. saja bosan mengahadap PC ni.” Aku beralasan.
“Ke sebab abang Haikal kau tu?” Syuk senyum mengusik.
“Abang Haikal aku? Takde kena-mengena la,” nafiku. Nak
lempang jugak si Syuk ni. Suka hati dia je nak letak ‘kau’ lepas abang Haikal
tu.
“Adik dia handsome
la.” Syuk gelak. Memang aku setuju. Aku turut sengih. Dah sangkut ke?
“Kimia? Nampak je macam player mamat tu. Dah ada kekasih hati tu, tahu?” Sengaja aku
patahkan mood Syuk.
“Ala… melepas aku! Dahlah abang Haikal pun kau dah sapu!”
Spontan aku tepuk lengan Syuk yang tengah memegang
tetikus di sebelahku. Menjerit kesakitan dia bila kena tampar macam tu.
“Tu baru namanya aku sapu. Suka hati je kau ni. Dengar
dek staf lain, tak ke haru? Lebih-lebih lagi kalau si Haikal tu dengar. Apa aku
nak cakap? Malu wei..”
“Nak cakap apa? Entah-entah dia pun memang minat kau.
Yala.. anak dia pun dah panggil kau mummy.
Apa lagi yang tak cukup pada kau? No
wonderlah kalau Encik Hakimi tadi panggil kau kakak ipar. Entah-entah
memang abang Haikal kau tu ada hati kat kau.”
Tengok.. dia letak lagi ‘kau’! Tension aku bercakap dengan si Syuk ni! Tak habis-habis dok
kenankan aku dengan Izz. Kami dah kahwin, Syuk! Tak payah nak sibuk jodohkan
kami.
“Setakat panggilan kakak ipar tu, apalah sangat? Kau tak
dengar ke yang Maya cakap Kimi tu pernah panggil dia kakak ipar?”
“A’a.. ya tak ya jugak, kan? Maya tu jawatan dia apa,
wei?” soal Syuk.
“PA
Iz.. Izz Haikal.” Nyaris-nyaris aku tersasul panggil Izz. Nasib baik sempat
sambung. Kat pejabat ni takde yang panggil Izz kecuali Maya.
“Oo.. PA. Hmm.. patutlah.” Syuk senyum sendiri. Musykil aku!
“Apa
yang patut?”
“Entah-entah
Haikal dengan Maya tu bercinta. Tapi, takde orang tahu sebab hubungan bos dan
pekerja. Betul tak?” komen Syuk lagi. Dah mula dah karier detektif tak
bertauliah Syuk. Agaknya dah sign
kontrak dengan pengarah Detective Conan kut!
Tak tahu kenapa panas hati pulak aku dengar Syuk cakap
macam tu. Kalau betul Izz dan Maya bercinta, memang kenalah Izz dengan aku.
Sepatutnya aku kena selidik sejauh mana hubungan mereka. Aku rasa ada hikmahnya
jugak aku tercampak kat sini. Aku boleh tengok dengan mata aku sendiri macam
mana hubungan dorang.
“Lagipun
aku tengok dorang sama cantik sama padan. Kan, Sya?”
“Hmm..” Aku jawab malas.
“Anak
dia boleh terima dia macam kau tak? Dia panggil mummy jugak ke?” soal Syuk lagi. Malas nak jawab. Tension aku! Hanya aku mummy Hafiy, okay?
Aku
bangun.
“Nak
pergi mana?” soal Syuk.
“Bosan
aku layan topik kau tu. Tak mengembangkan otak langsung. Ada ke sibukkan hal si
Haikal dengan Maya tu? Aku nak pergi pantri. Nak segarkan mata dan hilangkan mengantuk.
Tiba-tiba pulak rasa dahaga,” jawabku.
Baik
aku blah sebelum terpecah habis segala-galanya. Nyaris-nyaris nak kantoi hari
ni. Bahaya betul!
----------
Aku layan perasaan di
pantri. Tak faham betul aku. Pantri kat tingkat sepuluh. Jauh betul! Terpaksa
aku turun lima tingkat semata-mata nak cari segelas air? Merungut lagi kau,
Qisya! Dahlah baru datang syarikat orang. Nak kritik-kritik segala bagai pulak.
Kau kena la faham yang syarikat ni bukannya syarikat kecik. Bukannya ada dua
orang staf je. Kena la adil letak pantri yang besar ni.
Tangan mengacau air nescafe original 3 in 1 dalam mug
merah tapi fikiran melayang entah ke mana. Perlahan-lahan air dalam mug itu
dihirup. Lambatnya nak berlalu hari ni! Baru hari pertama tapi serius aku dah
hilang seronok nak kerja. Kenapa dalam banyak-banyak syarikat, syarikat ni
jugak yang aku dapat?
“Kenapalah dalam beatus-ratus syarikat kat KL ni,
syarikat mamat tu jugak aku sangkut?” bebelku sendiri. Tak puas hati betul!
Ni semua tangan Syuk punya pasal. Dah hilang tuah dah,
Syuk! Adoyai.. kuat sangat ke jodoh aku dengan Izz sampai boleh duduk satu
pejabat pulak tu? Dan aku pulak, kenapalah tak pernah ambil tahu Izz kerja kat
mana? Syarikat apa? Bodohlah aku ni! Nak je aku hantuk-hantuk kepala ni kat
dinding.
Sabar, Qisya. Sebulan je. Sebulan je aku terpaksa
bertahan untuk menghadap Izz di pejabat.
Lawrence’s Lands and Properties.. Tiba-tiba teringat
sesuatu. Aku tepuk dahi. Adoi.. Kenapalah aku boleh lupa yang nama papa Manaf
sebelum peluk islam adalah James Lawrence? Keluarga Lawrence. Kan mama dah
cakap dulu. Bodohnya..
“Bodohlah kau ni, Qisya. Kan dah jadi macam ni. Saper
suruh kau tak ambik tahu apa-apa pasal Izz? Tengok sekarang ni..” bebelku lagi.
Dan Izz pulak bukannya reti-reti nak cakap yang ni
syarikat dia awal-awal dulu. Takde la aku terkejut bapak beruk macam ni. Kalau
mamat tu depan aku sekarang ni, tahulah aku nak buat apa! Sengaja nak naikkan
tekanan darah aku.
Tiba-tiba aku rasa macam ada manusia lain selain aku kat
pantri ni. Lantas aku berpaling ke belakang.
Izz.
Aku sedikit tergamam namun cepat-cepat aku kawalnya. Cepat
betul doa aku dikabulkan. Dah terpacak Izz depan aku. Aku nampak Izz tenang je
di muka pintu masuk pantri. Hanya kami berdua kat sini. Buat apa mamat ni
datang sini? Kenapa masa ni jugak dia nak datang kat pantri? Ikut aku ke?
Err.. dia
dengar ke aku membebel sorang-sorang tadi?
Terus aku atur langkah untuk tinggalkan pantri ni. Malas
pulak mengahadap Izz sekarang. Aku tengah marah ni, tahu? Tak hilang-hilang
lagi. Kalau aku berbincang dengan dia sekarang, memang satu bangunan agaknya boleh
dengar suara aku. Baik perang kat rumah!
Izz halang aku. Tangannya didepakan untuk menghalang
laluanku. Bila aku ke kanan, dia ke
kanan. Bila aku ke kiri, dia turut ke kiri. Haish.. geramnya aku! Ingat tengah
main galah panjang ke apa?
Bila
dapat peluang, tangan aku ditarik rapat ke arahnya.
“Apa awak ni? Nak peluk-peluk orang pulak,” marahku bila
Izz peluk aku. Bergabung dengan marah pagi tadi sebenarnya. Bergabung juga
dengan kemarahan daripada kata-kata Syuk yang Izz bercinta dengan Maya.
Aku
tolak tubuh Izz yang dekat denganku. Tapi Izz masih tak lepaskanku. Makin
menggelegak darah. Weh.. cukuplah pagi tadi je kau peluk aku! Melampau! Ingat
aku ni bantal peluk kau ke?
“Sya isteri abang.”
Huh! Tak menjawab persoalan langsung! Aku tanya lain,
sengaja auta jawapan lain. Takde kaitan pulak tu. Nak je aku jawab macam ni.
Isteri ke, nenek ke, tapi saya tak suka awak peluk saya, faham?
“Kita kat tempat awam, Izz,” kali ni aku macam merayu. Cuba
ingatkan dia yang kami bukannya kat rumah.
Mana la tahu dia lupa. Cakap dengannya memang kena berlembut. Berkeras
sangat karang makin dia berkeras jugak.
“But still Sya
isteri abang.” Bengang aku dengar jawapan dia.
“Kalau staf lain nampak macam mana?”
Aku
jeling di belakang Izz. Manalah tahu kalau-kalau ada staf lain yang datang
sini. Free je kantoi. Nasib baik
jugak tingkat ni memang jarang ada staf sebab tingkat ni menempatkan bilik
besar mesyuarat, pantri dan juga surau. Tapi.. bimbang jugak. Sebab apa nak
jadi takde siapa yang boleh jangka, kan?
“Kimi tengah jaga line.”
Dia menjawab selamba. Geramnya hati! Aku gigit bibir bawah.
Kimi… aku rasa memang betul la dia nak kena terajang
sampai jepun. Ke nak ke pluto, biar hilang terus dari bumi. Geramnya aku! Boleh
pulak adik-beradik ni bersekongkol? Masa ni pulak la si Kimi tu nak tunjuk
perangai adik mithali dia!
“Tapi kat sini ada CCTV.” Aku dapat idea bila
terpandangkan sesuatu di bucu pantri.
Izz turut pandang CCTV tu dan mendengus geram. Baru Izz
longgarkan pelukannya sebelum lepaskanku. Aku tarik nafas lega. Hari-hari macam
ni boleh semput aku. Memang aku kena
pastikan ada CCTV ke baru aku selamat?
Izz pandang aku. Aku pandang Izz. Arghh… sampai subuh lusa pun memang takkan habis kalau dok saling
pandang-memandang macam ni. Tension
aku!
“Encik Haikal.. tak payah nak adakan pertandingan siapa
pandang siapa paling lama kat sini. Saya nak sambung kerja.” Sengaja aku sabdu
cukup-cukup namanya tu. Sengaja nak letakkan formaliti. Nak tunjuk jugak yang
aku ni tengah bengang sekarang ni.
Aku cuba melepasinya. Sekali lagi dia halang dengan
tangannya.
“Nak apa lagi?” bengang suaraku bertanya.
“Sya marah abang ke?” soalnya.
“Memang marah. Kenapa tak cakap yang ni company awak?” Meledak habis amarah aku.
Siapa suruh tanya. Ya tak? Tambah-tambah lagi memang aku tengah pendam amarahku
padanya. Sekali meledak keluar, memang nasib la.
“Sya tak tanya pun,” jawabnya. Sakit hati aku dengar.
“Kan saya dah tanya hari tu!”
“Sya tanya abang kenal ke tak. So, abang jawab la abang kenal. Abang tak menipu, kan?” Oh..
menjawab pulak! Pandai ya sekarang mentang-mentang ni syarikat dia.
“Malas la saya nak cakap dengan awak ni. Saya tak suka
kena tipu, tahu?” bengang suaraku.
“Okay.. okay..
abang minta maaf, okay?” pintanya.
Dia pegang tangan aku, tapi aku cepat tepis. Nak pegang
tangan aku pulak! Nak kena tendang sampai parking
lot kat basement agaknya! Ke nak
sampai rooftop kut ya nak lebih
tinggi?
“Dahlah awak tipu saya hidup-hidup lepas tu bila jumpa
pagi tadi buat muka tak bersalah pulak. Geram, tahu?” Aku mula singsing lengan
baju sampai ke siku.
Haa..
kan dah mula singsing lengan baju ni! Baru best
nak marah. Marah aku tak hilang-hilang lagi. Lebih-lebih lagi bila dia buat tak
kenal aku pagi tadi. Makin sakit hati aku.
“I’m sorry.
Abang mengaku tu salah abang. Tapi abang buat macam tu sebab abang taknak
ganggu Sya. Lagipun Sya taknak orang lain tahu yang kita dah kahwin, kan? So, abang terpaksa berlakon yang abang
bukan siapa-siapa dengan Sya. Abang akan ikut Sya kalau tu yang Sya nak,”
terangnya panjang lebar.
Betul jugak katanya. Aku memang taknak orang lain tahu
kalau boleh. Nyaris-nyaris kantoi tadi pun nasib baik sempat diselamatkan oleh
Izz dan Maya secara tak langsung.
“Kenapa Sya tak suka satu pejabat dengan abang? Sya malu
ke kalau orang tahu yang abang suami Sya? Sya malu bila orang tahu yang Sya dah
kahwin?” soalnya.
Aku pandang matanya bila dia cakap macam tu. Tajam
pandangan matanya buatkan aku terkelu jugak. Dia fikir macam tu ke? Malu ke aku
kalau orang tahu dia suami aku? Sebelum aku jawab, ada satu soalan yang bermain
dalam kepalaku. Perempuan mana yang malu kalau punya suami yang sempurna macam
Izz? Faham-fahamlah jawapan aku bila aku cakap macam tu.
Dan
malu ke aku kalau orang tahu aku dah kahwin? Entahlah.. aku keliru untuk jawab
soalan tu. Malu ke aku?
“Awak jangan nak mengarut sampai ke situ pulak. Saya cuma
tak suka. Saya tak selesa. Saya rasa pergerakan saya terbatas. Saya akan rasa
tingkah laku saya kat sini selalu diperhatikan awak,” luahku. Yang tu aku tak
tipu.
“Abang janji abang akan ikut apa yang Sya nak. Abang akan
anggap Sya sebagai anak kawan ibu. Abang akan rahsiakan perkahwinan kita
sampailah Sya sendiri yang sedia nak orang lain tahu. Kalau itu yang buat Sya
bahagia, abang akan ikut. Okay?”
“Apa-apa la, Encik Haikal. Dekat office, kita bos dan pekerja, okay?
Jangan nak berabang-abang dengan saya pulak depan orang lain.” Aku ingatkannya.
“Okay.. abang
tak kisah.” Dia setuju.
“Tapi tak bermaksud abang tak boleh nak tunjuk minat
abang kat Sya, kan?” Dia senyum.
“Jangan nak mengarutlah!” marahku.
“Salah ke? Rasanya tak salah kalau perlahan-lahan abang tunjukkan
kat orang lain yang abang sememangnya dah jatuh cinta pada Sya,” hujahnya.
Terus keras lidah aku.
“Saya nak sambung kerja la, Izz. Lama sangat kat pantri
ni. Apa pulak kata Syuk. Takut pulak kalau Encik Fitri cari saya.” Aku minta
diri.
“Hmm.. yalah.”
“Jangan ingat saya dah tak marah kat awak, tahu? Saya
masih marah ni!” sempat pulak aku berkata sebelum tinggalkannya.
Err.. perlu ke
aku cakap macam tu? Pedulilah!
Tiba
di sofa hitam di tengah-tengah tingkat ni, aku nampak Hakimi tengah melayan
iPhonenya. Oh.. kat sini ya si tukang jaga line
duduk. Ni sorang yang aku nak sekeh je kalau dapat peluang.
Tersengih-sengih dia pandang aku.
“Apa
tengok-tengok?” marahku sebelum berlalu pergi.
---------
Penat betul hari ni.
Baru hari pertama dah jadi macam-macam. Bukan setakat tubuh dan otak je penat.
Jantung aku pun rasanya dah penat mengepam darah ke seluruh badan sebab
macam-macam kejutan aku dapat hari ni. Nasib baik tak berhenti je jantung aku
ni.
Sedar tak sedar dah pukul lima petang. Menandakan dah
berlalunya hari pertama aku di pejabat ni. Balik ni kena siapkan report pulak. Adoi.. penatnya! Sangat
lega bila dah berlalu hari ni.
“Kau balik dengan apa, Sya?” soal Syuk.
Seperti yang dijanjikan, aku datang dengan Syuk dan akan
pulang sendiri. Sebab aku taknak susahkan Syuk untuk menghantarku pulang. Dia
pun penat jugak. Tambah-tambah lagi aku
memang taknak Syuk tahu kat mana rumah aku.
Daripada
aku susahkan Syuk, baik aku susahkan suami sendiri. Betul tak? Bukanke tugas
isteri adalah untuk menyusahkan suaminya? Ahaks…
falsampah mana pulak kau pakai ni, Qisya? Ajaran sesat betul!
“Ada orang datang jemput,” jawabku. Ya.. aku dah telefon
Pak Ayub dan Pak Ayub dalam perjalanan untuk menjemputku.
Tiba-tiba teringatkan kata-kata Pak Ayub pagi tadi. Baru
aku faham maksud Pak Ayub yang tanya aku kenapa aku tak pergi kerja dengan Izz.
“Kau taknak tumpang aku ke?” Syuk menawar budi.
“Tak payahlah. Aku taknak susahkan kau. Kau bolehlah
terus balik kolej.”
“Apa yang susahnya? Nak balik Bangi jugak, kan?”
“Nanti kau kena hantar aku. Kesian kau. Penat pulak kau
nanti. Tengah peak hour ni. Memang jam.” Aku beralasan lagi.
“Takpe ke kau tunggu sorang-sorang?” Syuk bagaikan bimbangkan
aku. Aku senyum.
“Okay je la.
Bukannya lama pun. Kejap lagi sampai la tu. Kan ramai lagi staf yang tak balik
lagi. Pak guard kat sni pun ada. Don’t
worry.. Aku ada tae kwon do, okay.”
Aku gelak.
“Kalau macam tu, aku balik dulu la.” Syuk meminta diri.
“Bye.. jumpa
besok.” Aku lambai pada Syuk yang dah menghilang dalam perut keretanya.
Aku duduk di atas kerusi batu sorang-sorang. Jam di
tangan dikerling sekilas. Hampir lima setengah petang. Pak Ayub tengah on the way. Tengah sangkut dalam jam kot? Reda je la, Qisya kalau balik
lambat.
Aku pandang jalan pulak. Macam tengah tunggu marka je
gayanya. Tak lama selepas itu, sebuah kereta berwarna silver yang cukup aku kenal berhenti betul-betul depan tempatku
duduk. Hmph.. memang marka la yang
sampai!
Izz keluar daripada perut keretanya dan berjalan ke
arahku.
“ Sorry.. abang
lambat. Jom, Sya.”
“Mana Pak Ayub?” soalku. Bukan tadi aku nampak Izz keluar
awal ke? Aku ingat dia dah balik dulu ataupun ke tempat lain dulu sebelum balik
rumah. Kan lepas kejadian kat pantri tadi kami sama-sama setuju yang aku ni
cuma anak kawan ibunya.
“Hari ni Sya balik dengan abang.”
“Tapi Pak Ayub..”
“Abang dah call
Pak Ayub. Hari ni balik dengan abang. Okay,
sayang?” Dia senyum.
Sayang! Kali pertama dia panggil aku macam tu. Buatkan
jantung aku berdegup pantas jugak. Apa demam ke Izz ni sampai-sampai nak
bersayang-sayang dengan aku? Tengah-tengah jalan keluar pulak tu.
Eleh.. entah-entah dia nak pujuk kau, Qisya. Diakan tahu
kau tengah marah sekarang ni. Hatiku bersuara.
“Nanti orang lain nampak.” Aku enggan.
“Dah habis waktu pejabat, Qisya. Sekarang ni yang berdiri
depan Sya ni bukannya Encik Haikal, bos Sya. Tapi Izz, suami Sya.” Dia senyum
lagi.
“Jomlah.. hari dah makin gelap ni. Nak abang dukung ke?”
sempat pulak dia bergurau. Nak kena baling batu agaknya dia ni. Biar betul
sikit!
Aku bangun mengekorinya. Memang dah takde jalan lain dah
selain balik dengan dia. Malas dah nak bertekak dengan dia kat tengah-tengah
jalan ni. Baik aku cepat-cepat blah sebelum orang lain nampak.
“Bukan ke awak keluar awal tadi?” soalku ketika kami dah
masuk ke dalam kereta.
“A’a.. abang pergi cari ni.” Dia mencapai sesuatu di
tempat duduk belakang. Entah apa yang dicarinya, tak pulak aku ambil tahu. Aku
kenakan tali pinggang kaledar.
Aku terkejut bila tiba-tiba dia suakan sejambak bunga ros
merah kepadaku. Tergamam aku dua saat.
“Just for my
beloved wife, Qisya Iris,” ucapnya lembut dan romantis.
“Apa ni?” soalku sekadar cuba menutup rasa hati yang
terharu. Aku betul-betul tak sangka yang Izz akan bagi aku bunga.
Izz senyum paling manis.
“Abang dah buat Sya marah hari ni. I’m sorry? Abang tahu tak cukup tapi, abang betul-betul minta
maaf,” ucapnya lagi.
Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Aku rasa
aku kena belajar sesuatu daripada Izz. Selalu minta maaf bila dah buat salah.
“Kalau saya ambik bunga ni, kira saya dah maafkan awak
ke?” soalku.
Izz angguk. Aku pandang pulak mata cantik dia. Macam mana
tak lembut hati bila mata dia betul-betul redup dan ikhlas? Huh! Akhirnya aku
mengalah. Perlahan-lahan aku menerima bunga ros itu.
Izz senyum lega. Sukalah tu aku dah tak marah!
“Dengan syarat jangan tipu saya lagi.” Sempat aku
bersyarat.
“Ya.. abang janji.”
“Tak cukup lagi. Malam ni belanja saya makan sedap-sedap..”
“Baik, Puan Qisya.”
“Lepas tu…”
“Ada lagi?” Izz potong percakapanku.
“Awak nak saya maafkan awak, tak?” Aku kembali naik
angin. Tangan dicekak ke pinggang.
“Okay.. apa
dia?” Izz bersabar melayan karenahku. Aku senyum dalam hati. Menang!
“Esok belikan saya cheese
cake.” Terbayang-bayang cheese cake
depan mata. Yummy.. boleh meleleh
jugak air liur setengah liter.
Izz tergelak.
“Sejak bila jadi macam Hafiy ni?” soalnya. Aku baru
perasan sesuatu. A’aa la.. sejak bila pulak aku jadi macam Hafiy?
“Hmm.. sejak
saya jadi mummy Hafiy.”
Izz senyum. Berpuas hati dengan jawapan aku kot.
“Boleh ke tak?” soalku lagi.
“Anything for you,
sayang..” kata Izz. Gear kereta ditukar. Baru nak mulakan perjalanan pulang ke
rumah.
** SO SORRY LAMA XDE ENTRY..MACAM-MACAM DAH JADI KAT SAYA BULAN NI..HUHU... HARAP ENTRY NI CUKUP TOK KALIAN SEMUA..
ahhh...izz yang sweet..izz yang manis...jiwaku melayang2 ***lol...mood sengal
ReplyDeletehehe..sronok bla da kluaq en3 bru..tq anjell :D
ReplyDelete##sbar ye..smua yg brlaku msti ad hikmahnya.. :D :D
OHMAII!!! SERIOUSLYY DH FALL IN LOVE DGN HAIQAL PLAK <3. SUKEEEEEE + BESSSTTTT GILE KOT BACE NOVEL NIE!!! :D CPT2 LAH POST NEXT N3 EH :D AJA2 FIGHTING!!!! :D
ReplyDelete***huh huh..oksigen~~oksigen~~..alahai sweet nye izz...:3
ReplyDeleteBest! Tak sangka Izz bg bunga...sesuai dgn tajuk crita ni.Sweeeeettttt sgt!
ReplyDeleteYeay sya dah mula blembut ngn izz
ReplyDeleteBest. Sweet betul izz
ReplyDeleteoh my!!!! so sweet izz... alah qisya jgn la garang sgt... best best best... tq anjell :)
ReplyDeletewaaaa. bestnyer. best laa Izz leh sama2 dgn Qisya. dpn mata selalu.
ReplyDeletewah sweet la izz..tpi kan kimi memang sengal haha
ReplyDeletehaha..memang sweet sgt..hrp2 thn br nnt n3 nya xde sangkut lama sgt yea....all the best...hepi new year...
ReplyDeleteAduh..romantika nye izz ni....cpt la siapkan novel anjell..taksabar dah ni...
ReplyDeleteAduh..romantika nye izz ni....cpt la siapkan novel anjell..taksabar dah ni...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekencing manis!!
ReplyDeleteThanks anjel..bestt...frm hazalina
ReplyDeleteBestnya qisha dah mula terima izz...
ReplyDeleteDah lama tunggu n3 baru..akhirnye keluar jugak..hehe..best3..rindu kat hafiy
ReplyDeleteAnjell, skrg dah masuk thn baru kan? Any good news about EC? X sabar dah nak beli n baca, ehehehek..
ReplyDeletePenat senyum sorg2 baca n3 ni.. Mmg berbaloi2 tunggu..
-Novelaholic-
agaknya anda blom tahu ap yg tjadi dgn sy baru2 ni..lappy sy hilang n manuskrip sy was also gone..huhu...perlukan masa yg lama untuk sy siapkan balik ec..
Deletesabar ye anjell.....ada hikmah utk semua yg berlaku
DeleteSo sorry to hear about it.. Betul kata kiki, sabar n ada hikmah disebaliknya.. Stay cool, ya..
Delete-novelaholic-
yeke? smoga ttap trus kuat smgt eh. f ada msa free try la bwt blik EC tu kat sini kan ada bab2 terawal.lpastu, bru smbung blik. mungkin allah nk bg ilham yg lbih baik kot.. *cheer up!
Deletehohoho... hadiah tahun baharu.. terima kasih Anjell..
ReplyDeletemcm biasa, terbaik and gud job.. nak n3 bru cpat2 yer
x sbar nk tau cmne la prkembangan sya n izz nie bile dh keje 1 office..kowt2 la de pape yg jdik mase dorng keje 1 office yg boleh rpatkan hubungan dorng ke...x sbar tnggu next n3..
ReplyDeletehappy new year...
ReplyDeletebest sgt...
x sabar nak tunggu versi novel..
E.C biler nak kuar versi novel??
sya nie dlu dia ckp xnk org tw psal dorang lps 2 nk mrah izz plak..pape pn izz mmang best siap bg bunga lgi
ReplyDeletejust knew about what happened to you...
ReplyDeletebe strong sis... you can do it...
verily, after each difficulty, there is a relief -- al-Insyirah
Waaaa... I love you akakkk.. Best sangat
ReplyDelete<3 izzah.. ^_^
waaaa.... bestnya.
ReplyDeletesweet sgt izz ni.. xsabar tggu novel siap! :)
Mintak n3 baru....hehe kalau dbukukan terus lg bagus
ReplyDeleteAnjel bwa brsabaq byk2 ye... tu smua ujian Allah trhdp kte... maybe ada hikmah d sblik smua ni...
ReplyDeletebtul 2......bnykkan bersabar...
Deletejgn fikir snggat....
past is past
agak2 bla blh siap ek?....xsbar nk baca
Tak sabar tunggu novel siap !!!!!!!! Bile nak siap novel ni ye? Cepatlah update part baru. Tak sabar sangat2 ni :)
ReplyDeleteSalam dan Selamat Tahun Baru. Kesihannya dengan musibah yang berlaku. Diharapkan Cik Anjel tabah dengan dugaan yang datang dan saya sentiasa sabar tunggu setiap entri dari Anjel. Harap tahun 2013 ni dapatlah kami memeluk Eksperimen Cinta ya.
ReplyDeleteBestnye..x sbr2 nk tgu n3 strusnye..u are the best anjell :)
ReplyDeleteLike like like......
ReplyDeletebestnya... x sabar tunggu n3 seterusnya...
ReplyDeletemoga anjell terus bertabah....
ReplyDeletechayo chayo anjell...
X sabo nk tunggu episod izz ngayat qisya...go izz go..kasi cairr sama itu qisya ;p
ReplyDeletewahhh...bestnye....congrats writer
ReplyDeleteIzz masa ni lah nak buat Qisya jatuh hati pada U.... ambil hati betul-betul dan buat sampai satu offis tahu yang Izz dah jatuh hati pada Qisya dan biar Maya pun tahu hanya Izz sayang Qisya seorang sahaja...
ReplyDeleteni baru besttt Suamiku paling sweet....
Bestnya....x sbar nk tggu n3 seterusnya....emmm...hrap2 cepat la..kluar
ReplyDeletehehehehheeh... i love u sooooo much kak eve... thanks for the entry.... nie bru mathing gler dgn title cter nie..... mmg sweet pon.... haahhaha.... thanks kak anjell for this lovely entry ^^
ReplyDeletesweet kiss from ur reader... ^^
-Song Hyun Sun
Wah memang betul2 suamiku paling sweet hahahaha
ReplyDeleteMelting betol la dengar izz cakap macam tu kat qisya. sweet sangat sangat. best. sambung lagi ya. ^__^
ReplyDeletenak lagi nak lagi !!!
ReplyDeletebest...nak lagi..please!!!
ReplyDelete1
sweet sangat2.wow, kejutan izz dengan bunga ros. so...sweet. sy suka dengan gaya penulisan.
ReplyDeletemmg suami dia sweet.. hahahah.. sukee~
ReplyDeleteah so suwittt...tangkap leleh dpt asben cam izz.. ader x asben2 cam ni
ReplyDeleteNak lagi!!!! PLEASE.....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteanjell bila nak kasi n3 lagi??? rindu la kat diaorg..
ReplyDeletehope Anjell bnyk bsabar dng musibah y mnimpa,turut simpati...ujian thn bru...jng patah semngt..jng lupe msk entry baru..
ReplyDeleteara
hope anjell sabar n dapat siapkan novel ni. saya tak sabar nak beli n baca novel nie. cayok2 k....
ReplyDeletejangan lupa post kalau dah kluar nanti
kak ,, hope akak sabar dgn dugaan tu eh.. first time komen kat sini *sebelum ni silent reader je,,byk komen kt fb,,* ouhh,, izz sgt sweet,, rindu hafiy sgt2.. :)
ReplyDelete-athirah-
Anjel cepat2 la update 3n.. x sabar nak tau citer seterusnya..
ReplyDeleteAnjelll....where r uuuuuu????...n3 baru plzzzz...
ReplyDeleteFrm hazalina
Bnyk dah komen, mn n3 baru?!
ReplyDeleteAlaa lceh blogger cmni, n3 baru tkde dh dkt 3 bulan...
ReplyDeletersenye tk smpai seblan lgi tkde entry. klo lceh tkyah la dtg sni. anjell kan bru hilang lappy. kesian la dy. haishh~ tk mmahami sunggohh!
DeleteEh sibuk la aQIS whatever ni, mn la org tau lappy ilang, nak bgtaulah elok2, nonsense je cr kmen... Anyway ANJELL smoga cpt dpt laptop baru..
Deleteand for u aQisssss, jgn MENYIBUK!
anjell... plsssss dah rindu kat hubby ku....
ReplyDeleteDear,
ReplyDeletePlease I need the new entry Suamiku Paling Sweet! seriously I dah rindu budak Hafiy yang adorable! I realy enjoy it that story.. hope you can continue that story.
eiyla nur fadhilah...
erm nak tanya ...bab 25 nie last entry ker atau ada entry lagi ...
ReplyDeleteBest.....Izz sangat2 sweet..... #^_^
ReplyDeleteCant wait for the next entry.....
ble new n3???
ReplyDeletedh sebln menunggu.....
ReplyDeleteKenapa lama tak up date............???
ReplyDeleteKesian kami peminat qisya dan izz
Smbg lah cepat.......ya
Anjell suka menyiksa peminatnya huhu. Tak aci ni..
ReplyDeleteno komen....bosan...
ReplyDeleteNak entry baru..please..kalau blh cepatkan sikit ek...
ReplyDeleteBest n3 ni.. Baca sambil tersenyum2 :) thanks anjel :)
ReplyDeletemana anjel ni????
ReplyDeleteAnjel, are u medical student?
ReplyDeletex cetak keluaran ker...nak miliki novel nie...tlg la cetak...nk beli......pleaseeeeee
ReplyDeleteAssalamualaikum. apa khabar Anjell. lama dah takde n3. windu woo .
ReplyDeleteAlahai , nak gugur jantung setiap kali bce novel nie . Sweet sangat lah !!
ReplyDeletecik anjell yg sweet....
ReplyDeletebila nk n3 baru ni, x sabo dh ni,
ari2 bukak blog, x de kesinambungan nye....
plzzz.....
assalamu'alaikum.anjell~~hari2 saya visit blog u lbih dri dua x.crita ni dah xde update ke smpy diterbitkan nnti?seriously i love to read ur karya~~
ReplyDeleteWahai miss writer... Harap2 lap top yg hilang dapat ditemui kembali n sambung Cerita ini. Huhu cian deh gue
ReplyDeletecite ni mmg best.. cube try tgk applehimalaya.blogspot.com pulak.. newbie..
ReplyDeletePlak...hakimi ni...nyaris2 kantoi
ReplyDeleteAda berapa Bab eh semua?? :)
ReplyDeletebest laa..bace citer ni wat saye leka..
ReplyDeleteBila nk keluarkan novel dye.. Da dekat 20 Kali saya bace bab 25 nie..cepatla kluar novel... Please!!!!
ReplyDeleteangel nk ckp ni..novel dr alpha male mmg teboik..karya angel x prnah mngecewrkan
ReplyDelete