BAB 2
Lepas makan malam, Tan Sri Mukhriz dan isteri
seperti biasa, berehat di ruang tamu. Harraz juga turut sama menyertai mereka
malam ni. Dah lama mereka sekeluarga tak berkumpul bersama sejak Harraz buat
keputusan untuk tinggal sendiri. Malam ni pun, kalau bukan Puan Sri Rosell yang
turun padang jemput anaknya pulang tadi, agaknya entah bila si Harraz tu nak
jejak rumah. Special betul sampai
kena berjemput dulu baru nak balik? Kalau tak, katanya nak balik hujung minggu
ni. Boleh percaya ke tak?
Harraz ambil remote controller TV Plasma itu. Siaran sukan ditekan. Manalah tahu
kot-kot ada perlawanan bola malam ni. Eh, sejak bila pulak dia ambil tahu pasal
bola ni? Musim piala apa entah sekarang ni, dia pun tak tahu. Dia memang minat
bola. Cuma sekarang dah jarang tengok. Tapi, kalau bola datang seiring dengan
perempuan, mestilah perempuan yang dia pilih.
Harraz tengok jam. Huh.. baru pukul 9.15
malam. Mengantuk pun belum lagi. Macam mana nak mengantuk? Dia ni kan spesis vampire. Merayau cari mangsa
malam-malam. Kalau kebiasaannya, masa-masa macam ni memang dia dah jadi
pengunjung setia mana-mana kelab malam di ibu kota. Ditemani pulak dengan
perempuan cantik-cantik yang selalu tersenyum sampai telinga kalau dia ajak
keluar.
Cuma malam ni, terpaksalah dia mengekang
masa. Ikat kaki ketat-ketat supaya duduk kat rumah diam-diam kalau taknak
dengar mummy buka kuliah perdana.
Mahu sejam mummy berceramah kalau dia
keluar. Telefon bimbit pun memang sengaja ditinggalkan dalam bilik. Memang dia
tahu akan memekak je malam ni kalau dibawa bersama. Bosannya. Tak betah rasanya
dok rumah. Pintu keluar rumah tu bagaikan mengamit-gamit dan cakap, “Keluarlah,
Harraz. Keluarlah..”
Haish.. tak boleh! Kena duduk rumah. Kalau tak mesti mummy bising. Cakap aku tak sayang dia
sebab tu selalu nak keluar je. Malam ni je, Harraz. Malam ni je. Kau sabarlah.
“Hmm…
company okay, Harraz?” Tan Sri Mukhriz memulakan perbualan dengan anaknya itu.
“Okay,”
jawab sepatah sambil mata tengok skrin TV. Tak pelik kalau daddynya tanya pasal syarikatnya. Daddynya memang selalu ambil peduli tentang perkembangan syarikat
tu. Dia pun tak pernah segan berkongsi masalah dengan daddynya sebab kalau ada apa-apa masalah, daddynyalah orang pertama yang dirujuk. Sebab Harraz sedar
pengalaman Tan Sri Mukhriz jauh lebih banyak daripadanya meskipun dalam business yang berbeza. Masih banyak lagi
yang dia kena belajar.
“Oh, ya! Mummy cakap daddy ada
benda nak cakap kat Harraz. Pasal apa?” Tiba-tiba Harraz ingat sebab dia kena
seru balik malam ni. Tak sempat-menyempat nak tunggu hujung minggu ni padahal
dia memang bercadang nak balik hujung minggu ni.
“Oo..
pasal tu. Ada sorang anak kawan daddy
ni. Dia tengah cari kerja sekarang ni. Daddy
nak kamu ambik anak kawan daddy tu
kerja dengan kamu. Jawatan arkitek.”
“Arkitek? Tapi, company Harraz takde pulak rasanya perlukan arkitek baru. Dah cukup
dah. Bukannya tak boleh ambil baru. Tapi rasa macam membazir.”
“Bukan ke Encik Yaziz tu dah nak pencen
ke? Carilah yang baru dari sekarang ni. Tak salahkan? Masa ni la nak train pekerja baru so that bila Encik Yaziz keluar, takdelah rasa kehilangan sangat
nanti,” jawab Tan Sri Mukhriz.
Sememangnya Tan Sri Mukhriz cekap.
Terlalu teliti dengan perkembangan syarikat anaknya tu. Setiap seorang pekerja
syarikat tu rasanya dia boleh kenal macam mana dia kenal setiap pekerja di
syarikatnya sendiri.
Eh, mana daddy tahu ni? Aku memang tak boleh nak menipulah kalau bab
syarikat dengan daddy ni. Harraz garu
pelipisnya yang memang tak gatal. Memang kena berguru dengan daddynya lagi. Cekap betul daddynya. Dia sendiri pun tak ingat yang
Encik Yaziz nak bersara nanti kalau bukan Tan Sri Mukhriz yang cakap.
“Alah.. tu kan lambat lagi. Nantilah
Harraz cari lain. Banyak masa lagi, kan?” Harraz macam enggan untuk terima
cadangan daddynya. Lain macam je
bunyi permintaan Tan Sri Mukhriz kali ni? Permintaan ke sedangkan Harraz rasa
kata-kata daddynya tu dah macam satu
perintah. Makin musykil Harraz sebab mana pernah daddy masuk campur dalam pengambilan kakitangan syarikatnya. Pelik!
“Kamu ambiklah dia kerja, Harraz. Daddy dah janji dengan dia nak bagi
jawatan tu kat dia.”
Harraz terkejut. Geram pun ada. Suka
hati je nak tentukan siapa para pekerjanya. Ingat syarikat dia terima sesiapa
je ke? Tak puas hati tapi tak mungkin Harraz lepaskan. Tapi, serius pelik sebab
daddy tak pernah cakap macam ni kat
dia. Macam hebat sangat je anak kawan daddy
tu?
“Siapa dia tu? Berapa tahun dah
pengalaman kerja? Kerja kat mana sebelum ni?” Harraz nak tahu.
“Dia baru je grad.”
“Baru je grad? Boleh harap ke budak tu?”
Harraz kurang percaya. Kalau bayangkan budak baru lepas universiti, rasa macam
tak boleh percaya je. Jawatan arkitek pulak tu. Mampu ke nak setanding
senior-senior yang dah lama dalam bidang tu? Kalau pun dia nak cari arkitek
baru, memang dia dah pasang niat nak cari yang dah berpengalaman kerja. Tak
kisahlah kalau kena bayar mahal sekalipun. Sebab rasa berbaloi.
“Dia baru je nak belajar. Tak salahkan kalau
kamu train dia? Entah-entah jadi lebih
hebat daripada senior-senior kat company
tu. Manalah kita nak tahu?” Tan Sri Mukhriz menangkan anak kawannya.
Wah, daddy
bela budak tu! Macam yakin je daddy ni. Hebat sangat ke budaknya.
“Lelaki ke perempuan?”
“Perempuan.”
“Perempuan?” Hmm.. patutlah. Betul ke anak kawan ni? Musykil pulak Harraz rasa.
Jangan cakap tu calon mak tiri aku dah la! Daddy
ni pun bukannya boleh percaya sangat. Kalau tak, takkanlah daddy dan mummynya
hampir-hampir nak bercerai masa tinggal di New York dulu. Betapa tertekannya
Harraz tujuh tahun dulu. Sampai-sampai dia lari balik Malaysia kejap. Nasib
baiklah jodoh mereka masih panjang.
“Ya.. perempuan. Kamukan suka
perempuan.” Tan Sri Mukhriz sindir sedas. Tahu perangai anaknya yang sangat
sukakan perempuan. Antara syarat nak kerja syarikat dia, kena cantik. Tak faham
betul. Polisi syarikat manalah yang dia ikut? Pentingkan rupa paras?
“Cantik tak?”
“Cantik.” Yakin je Tan Sri Mukhriz
menjawab. Perasan juga jelingan tajam isterinya yang sedari tadi menjadi
pendengar setia.
“Seksi tak?”
Kali ni Tan Sri Mukhriz pulak yang bagi
jelingan tajam. Nak kena budak ni! Ingat dia tengah rekomenkan model bikini ke
apa? Dia tengah rekomenkan orang untuk jawatan arkitek, tahu?
“Kamu ingat seksi tu syarat wajib nak
dapat jawatan tu ke?” soal Tan Sri Mukhriz geram. Harraz ni memang tak pernah
serik. Rasa macam nak hempuk anaknya tu pun ada.
“Mestilah kalau kat syarikat Harraz.”
Selamba pula Harraz menjawab dengan muka tak bersalah. Daddy ni buat-buat tak tahu pula.
Haish.. boleh sakit jantung kalau bercakap dengan Harraz
ni! Tan Sri Mukhriz menggeleng kepala. Apa nak jadi dengan anak aku sorang ni? Adakah
ini balasan Allah terhadapnya yang lalai sebelum ni?
Sebab tu la dia akan pastikan Nurin
dapat jawatan kat syarikat tu. Makin bersemangat pulak dia nak pastikan Nurin
bekerja dengan Harraz. Sekurang-kurangnya dia tahu juga yang Harraz punya kawan
perempuan yang senonoh walaupun sorang.
“Daddy
tak kira. Pokoknya daddy nak kamu interview Nurin tu.”
Terangkat sebelah kening Harraz bila
dengar Tan Sri Mukhriz cakap macam tu. So,
budak tu nama Nurin. Nama yang sangat biasa. Harraz tiba-tiba dapat idea.
“Okaylah
kalau macam tu. Harraz akan interview
dia. Nak tengok layak ke tak budak tu dapat jawatan tu. Nak jugak Harraz kenal
sehebat mana budak tu sampai-sampai Tan Sri Mukhriz sendiri yang rekomenkan
dia. Tapi, kalau Harraz rasa tak sesuai, tak payahlah terimakan?”
Harraz akhirnya bersetuju. Sebab dah
malas nak berdebat dengan daddynya.
Macam-macam dah dirancang dalam kepalanya. Yang pasti, memang dia takkan pernah
terima budak tu. Melainkan memenuhi kriteria yang dikehendakinya. Kalau tak,
memang say goodbye la. Yang penting sekarang ni, jalankan interview tu, lepas tu reject.
So, daddy tak boleh cakap apa-apa sebab aku dah lakukan ikutkan procedure. Betul tak?
“Tapi, dengan syarat Harraz nak dia design satu pelan berkonsepkan Nature City sebab projek company Harraz yang seterusnya pasal Nature City. Kalau dia boleh puaskan
hati Harraz dengan lukisan tu, Harraz akan terima dia.” Harraz kemukakan
helahnya lagi.
------------
“Amboi, abang! Beria-ia nampaknya rekomenkan anak
kawan abang tu dekat Harraz. Ada apa-apa ke abang ni?” Puan Sri Rosell bersuara
lepas dia tinggal berdua dengan suaminya di ruang tamu. Curiga.
“Saja nak tolong anak kawan abang, tak
boleh ke?”
“Saya bukannya apa. Tak pernah-pernah
saya tengok abang masuk campur dalam syarikat Harraz tu. Kenapa kali ni
tiba-tiba? Cantik sangat ke budak nama Nurin tu?” Puan Sri Rosell curiga lagi.
Tak pernah-pernah dia dengar suaminya puji perempuan lain cantik. Siap bertekak
dengan Harraz sebab nak bela budak nama Nurin tu lagi.
Kali ni Tan Sri Mukhriz ketawa. Ni dah
kes cemburu. Haha.. isterinya cemburu la!
“Memanglah cantik. Cantik sangat. Sejuk
hati kalau jadi isteri,” jawab Tan Sri Mukhriz. Sengaja nak kenakan isterinya.
Mencuka wajah Puan Sri Rosell. Sakit
hati bila suaminya puji perempuan lain. Entah-entah Nurin tu calon madunya tak?
Hai.. tak sayang nyawa la tu orang sebelah ni!
“Abang jangan nak pasang niat nak duakan
saya lagi, ya? Abang jangan nak ulang kisah lama. Ingat saya nak duduk diam
je?” Puan Sri Rosell dah mula keluarkan belang harimaunya. Marah betul kalau
sejarah kembali berulang.
Tan Sri Mukhriz yang tengok sikit pun
tak takut. Malah dia siap gelak lagi. Tahu.. mesti isterinya takkan duduk diam.
Kalau tak dia yang masuk ICU, calon madunya yang masuk bawah tanah. Dapat
isteri garang macam ni, suami pun takkan berani nak cari pasal. Tapi,
garang-garang Puan Sri Rosell, dia tetap sayang dulu, kini dan selamanya.
“Apa awak ni? Takkanlah abang nak duakan
awak pulak? Semua tu dah kisah lama. Janganlah awak ungkit lagi. Masa tu abang
salah.” Tan Sri Mukhriz sedar kesalahannya dulu.
“Abang ni dah tua. Perempuan tengok pun
dah tak selera.” Puan Sri Rosell mencebik.
Tak selera konon. Kalau tahu poket
tebal, tu dah jadi ubat pembah selera. Perempuan zaman sekarang ni mana pernah
kisah dah. Lelaki takde hidung pun sanggup dia sambar, janji ada wang. Harta
lebih penting. Tambah pulak suaminya memang ada sejarah silam. Kalau dulu boleh
buat, takkan sekarang ni tak boleh?
“Abang dah berubah la. Abang sayang awak
je. Nurin tu cuma anak kawan abang. Awak kenalkan kawan abang, Pian? Nurin tu
anak dia dengan Seha.”
“Oh, ya ke? Lamanya tak jumpa mereka.
Nurin anak mereka rupanya.” Puan Sri Rosell tiba-tiba teringatkan kawan suaminya
tu. Terus sejuk api kemarahannya.
“Kita tengok Nurin dulu kecik lagi.
Sekarang ni dah besar panjang. Cantik. Sejuk hati abang bila tengok wajah
tenangnya. Sebab tu abang cakap tadi sesiapa yang jadi suami Nurin, mesti rasa
sejuk hati. Kalau jadi menantu abang, tak ke seronok?”
Puan Sri Rosell pandang suaminya bila
dia cakap macam tu. Macam pasang niat nak jadikan menantu je? Menantu takpe.
Jangan isteri sudah! Kalau jadi menantu tu, tak ke sama maksud dengan kahwinkan
dengan Harraz? Sebab itu je satu-satunya anak yang mereka ada. Nak jodohkan
Harraz dengan Nurin ke apa? Teringin pulak nak kenal dengan Nurin ni. Suatu
hari nanti, dia mesti jumpa Nurin!
“Masalahnya, bang, nak ke budak Nurin tu
dengan anak kita yang perangai macam tu?”
Tan Sri Mukhriz mengeluh. Faham maksud
isterinya. Nak ke Nurin dengan anaknya? Dia pun rasanya boleh bagi jawapan
lepas tahu perangai Harraz macam mana.
“Sebab tu la saya nak sangat Nurin kerja
dengan Harraz. Sekurang-kurangnya ada probability
untuk dia ubah Harraz. Abang teringin tengok Harraz berubah. Kalau tak banyak,
sikit pun jadilah. Paling tak pun, dia tinggalkan perangai kasanova dia tu.”
“Mampu ke, bang?” Puan Sri Rosell kurang
yakin. Sedangkan mereka sebagai orang tua Harraz pun hanya mampu tengok je,
inikan pulak orang luar? Harraz tu bukan macam orang lain. Ego tinggi melangit.
Tegas dalam semua perkara. Punyai sifat yang tak terjangka.
Boleh jadi paling
kelakar, paling baik, paling hebat dan juga paling garang. Kalau dia tak suka,
maka jangan harap nak jadi suka. Itulah Harraz, anak yang mereka bentuk. Huh! Mengeluh lagi.
Salah mereka juga Harraz jadi macam tu.
Dari lahir sampai besar dibesarkan di negara orang, macam tu la jadinya. Mereka
terlalu kejar harta dunia sampai lupa ilmu akhirat. Selalu mengajar Harraz
tentang kemewahan sehingga anaknya tu tak tahu apa makna susah dan kecewa.
Semua permintaan Harraz, mereka turutkan. Anak tunggal la katakan. Dan
akhirnya, rebung dah jadi buluh. Itulah Harraz sekarang.
Sejak akhir-akhir ni je mereka baru
insaf dan mendekatkan diri dengan Allah. Sedar harta dunia tak ke mana. Mungkin
sebab mereka dah tua, rasa insaf itu datang dengan sendirinya. Tapi cuma Harraz
je yang masih sama. Mungkin sebab merasakan diri masih muda dan masih ada
banyak masa lagi nak bertaubat.
“Sebab tu la saya akan pastikan walau
apa pun jadi, Harraz kena terima Nurin kerja kat syarikat dia tu.”
Ya… walau macam mana sekali pun!
----------
Nurin cuma memakai baju kurung hijau lembut bercorak
dipadankan dengan kain sarung kosong, juga berwarna hijau. Selendang kosong
berwarna hijau turut dipadankan di kepala. Wajahnya pula hanya disapu dengan
bedak asas dan bibirnya pula cuma dicalitkan dengan lip gloss yang
menyerlahkan warna asli bibirnya. Tak perlu berlebih-lebih kalau nak cantik.
Jangan sampai hilang yang aslinya. Nurin pandang lagi imej di depannya. Cuba
mencari kekurangan diri di depan cermin besar dalam biliknya.
Hari ni merupakan hari amat bermakna
baginya. Tan Sri Mukhriz menelefonnya semalam dan membawa satu berita gembira.
Kata Tan Sri Mukhriz, anaknya sudah bersetuju untuk jalankan satu sesi interview untuk mengambilnya kerja.
Alhamdulillah.. bersyukur rasanya bila
dipanggil interview.
Sekurang-kurangnya, peluangnya cerah untuk diterima kerja. Ya Allah,
minta-mintalah dia dapat kerja kali ni!
Penampilan melambangkan keyakinan. Sebab
tu la dia kena tampil tanpa sebarang kelemahan hari ni. Dia mahu bagi persepsi
positif kepada orang atasan yang bakal interview
dia nanti. Segala persediaan dah disiapkan. Terutama sekali design Nature City yang dimahukan
oleh Harraz Naufal. Semalaman dia bersengkang mata semata-mata nak pastikan
tiada kecacatan pada lukisan itu. Segala ideanya dicurahkan demi menghasilkan
satu pelan yang sempurna.
Berdebar-debar rasanya. Diterima atau direject nanti? Tapi, dia cuba bertenang.
Semoga semuanya lancar nanti. Serahkan semuanya kepada Allah.
“Umi.. Abah.. pergi dulu.” Nurin meminta
diri. Juga restu daripada orang tuanya. Tangan orang tuanya disalam.
“Hati-hati drive, Ayong. Abah doakan semoga Ayong berjaya kali ni. Doa abah
selalu bersama Ayong.” Encik Sufian memberi semangat kepada puteri sulungnya
itu.
“Baca doa tenangkan hati. Jangan cepat
melatah kalau kena marah nanti. Kita kalau datang tempat orang, kena pandai
suaikan diri. Kuatkan pegangan. Biar kita yang ubah orang, jangan orang yang
ubah kita nanti.” Panjang lebar pula uminya memberi nasihat.
“Yalah.. terima kasih, umi, abah sebab
selalu bagi semangat kat Ayong.”
Lepas dengar kata-kata semangat serta
sokongan daripada orang tuanya, terus naik semangat Nurin. Hilang separuh rasa
gundahnya.
Ya Allah.. kuatkanlah semangatku! Nurin
berdoa dalam hati.
-------------
Rasanya dah tak salah. Kalau ikutkan alamat yang Tan
Sri Mukhriz bagi, memang ni la yang bangunan yang dimaksudkannya. Kata Tan Sri
Mukhriz, bangunan ni ada lapan belas tingkat. Tak sempat pulak Nurin nak kira
berapa lapis syarikat ni memandangkan ni kali pertama dia datang.
Nurin menapak masuk ke dalam lobi
syarikat tu. Tak salah lagi bila lihat terpampang besar tulisan Harraz Holdings
di dinding belakang dua orang penyambut tetamu yang sedang berkerja di kaunter.
“Assalamualaikum, cik.” Nurin menyapa.
Tak tahu pada siapa sebab sorang perempuan yang berambut sanggul tu, tengah
menelefon orang dan sorang lagi perempuaan berambut panjang separas pinggang tu
tengah gilap kuku.
Takde orang layan.
“Assalamualaikum, cik.” Kali ni Nurin
kuatkan suara. Manalah tahu dua orang tu tak dengar. Tapi, kalau ikut logik,
memang pekak tahap tak ingat la kalau tak dengar. Memang dah tahap kena pergi
hospital, pergi sedut semua tahi telinga. Sekali pun tak dengar, Nurin rasa
minah dua orang tu nampak dia yang tengah terpacak mengalahkan tiang bendera
kat depan kaunter penyambut tetamu tu.
Nurin panas hati bila dia tak dilayan.
Bila Nurin tekan loceng yang ada atas kaunter tu, baru perempuan yang tengah
asah gilap kuku tu angkat muka. Ni la agaknya fungsi loceng ni!
“You.. nak apa?” soal perempuan tu
dengan suara ikhlas tak ikhlas. Tu pun lepas satu round dok usha Nurin dari atas sampai bawah.
“Saya hari ni ada appointment dengan Encik Harraz. Saya kena pergi mana, ya?” Nurin
masih cuba berhemah. Sabar.. sabar.. teringat kata-kata uminya. Kita kat tempat
orang! Kita kat tempat orang!
“Tunngu kejap. I call PA dia.” Hanya tu je yang perempuan tu balas. Sempat Nurin
usha nama perempuan kurang adab tu. Namanya Suzila.
Lepas tu Nurin hanya jadi pemerhati.
Melihat Suzila menelefon seseorang dan bercakap-cakap tentang apa.
“Nama apa?” Dia tanya Nurin.
“Nurin Areesa bt Ahmad Sufian.”
Lepas tu Suzila sambung cakap balik. Tak
sampai setengah minit, dia kembali pandang Nurin.
“You boleh naik tingkat 18 sekarang.
Nanti you jumpa Cik Eves, PA Encik Harraz.”
“Okay..
terima kasih.”
Nurin cepat-cepat berlalu ke depan lif.
Apalah syarikat ni. Besar bukan main, tapi penyambut tetamu tak lepas tadika
rupanya. Kalau lepas, takkanlah perangai macam tu. Rasanya dari tadika lagi dah
ajar cara-cara hormatkan orang. Dahlah salam aku tak reti nak jawab! Adoi,
sakit hati! Tak pasal-pasal dapat dosa pagi ni.
Ada beberapa staf lalu-lalang di
depannya. Semua macam tengok pelik padanya seolah-olah dia tak berbaju. Nurin
kurang senang, tapi dia cuma berlagak tenang. Dia tak kacau orang, jadi
tolonglah jangan kacau dia! Mungkin sebab orang tak pernah tengok muka dia kut.
Sebab tu semua orang tertanya-tanya. Sedapkan hati sendiri lagi.
Nurin pandang lif depannya. Lambat la
pulak nak terbuka. Ada seorang lelaki muncul berdiri di sebelahnya. Turut sama
menunggu lif. Nurin buat tak endah. Tapi, dari ekor matanya dia dapat rasa yang
mata lelaki tu tengah pandang dia dari atas sampai bawah. Hai.. pelik sangat ke
dia pakai sampai semua orang pandang macam tu. Rasanya dia dah pakai baju rasmi
Malaysia. Semua orang kenal. Bukannya dia pakai daun kering ke apa. Nak je dia
tanya lelaki tu, “Apa yang tak kena dengan saya sampai-sampai semua orang kat company ni tengok pelik kat saya?”
Nurin yakin dia bukannya syok sendiri. Okay.. kita tengok betul ke tak teori
Nurin. Nurin pandang lelaki tu. Haa… kan dah cakap! Tepat matanya pandang anak
mata lelaki tu. Macam yang Nurin agak, lelaki tu dah terkantoi mengusha Nurin.
Lelaki tu senyum. Nak cover la tu
sebab dah kantoi. Nurin cuma balas senyuman lelaki tu. Senyum tu sedekah. Nasib
baiklah mamat sebelah ni bukan main handsome.
Tinggi, putih pulak tu. Bila senyum, nampak lesung pipit kat pipi kanan dia.
Tengok.. sampai lesung pipit Nurin sempat perasan.
Pintu lif terbuka. Dengan lagak gentleman, lelaki tu mempersilakan Nurin
masuk dulu sebelum dia menerobos masuk. Kedua-duanya nak pergi tingkat 18. Satu
je dalam kepala Nurin. Lelaki ni pun salah satu staf syarikat ni ke? Tapi
kenapa pakaiannya santai macam nak pergi lepak dengan kawan je? Pakai t-shirt merah dan seluar geans lusuh je?
“Hai.. awak ni pekerja baru ke? Tak
pernah nampak pun sebelum ni?” tegur lelaki tu.
Nurin cuma senyum. “Tak. Hari ni saya
ada interview kat syarikat ni.”
Lelaki tu mengangguk. Oo.. patutlah dia nampak kat tangan
Nurin ada satu fail. Fail resume kut. Dan ada satu beg yang ada beberapa
gulungan kertas.
“Arkitek?” teka lelaki tu lagi.
Nurin senyum lagi sebelum angguk. Dah
boleh agak kalau tengok gayanya.
“Yes..
saya betul. Sebab saya betul, bagitahu la saya nama awak.”
Ewah.. ni taktik baru lelaki nak
mengorat ke apa? Sendiri bagi soalan, sendiri jawab? Lepas tu yang tukang bagi
hadiah, perempuan? Amboi.. Entah apa-apa mamat ni. Makhluk dari planet mana
entah. Takkanlah semudah tu dia nak bagitahu namanya. Bukannya nak sombong,
tapi kalau rasa tak perlu tu, tak payahlah kut. Lagi pun dia tak kenal lelaki
tu. Melainkan lelaki tu cakap apa jawatan dia dalam syarikat ni.
“Saya Farhan.” Lelaki tu memperkenalkan
dirinya lepas Nurin buat tak layan dengannya. Tangan dihulurkan untuk bersalam
dengan Nurin.
Dalam hati Nurin, ada aku kesah kalau
sekali pun kau tu Robert Pattinson? Tapi Nurin cuma senyum sambil menundukkan
sedikit tubuhnya. Menunjukkan dia menghargai Farhan yang memberitahu namanya.
Salam Farhan dibiarkan sepi sebab memang dia tak bersalam dengan lelaki.
Masa tu la pintu lif terbuka.
Cepat-cepat Nurin menapak keluar. Farhan turut sama melajukan kakinya mengejar
Nurin. Gadis tu dia rasa macam unik. Sampaikan boleh buatkan dia, Farhan Badriz
bin Datuk Mohsin mengejar?
“Cik Arkitek. Tunggu!” panggil Farhan.
Kaki Nurin berhenti betul depan pintu lut sinar kawasan pejabat untuk aras 18.
Cik Arkitek dia panggil aku?
“Kita nak jumpa orang sama, Cik Arkitek.
Harraz Naufal, am I right?”
Farhan senyum. Daripada apa yang Nurin dengar, lelaki depannya sekarang ni
macam rapat dengan Harraz. Adik ke abang? Tapi, kata umi Harraz anak tunggal.
Kawan dia kut.
“Sebelum menapak masuk, saya cuma nak
bagi pesanan penaja sikit. All the best
and good luck. Kuatkan hati dan jiwa. Because
you will be meeting a very charming guy. Harraz takkan lepaskan perempuan
cantik macam awak ni. Jangan cair dengan si Harraz tu pulak. Nanti saya
cemburu.” Farhan senyum lagi dan kenyit sebelah mata sebelum dia terlebih dulu
menarik pintu lut sinar itu.
Nurin ternganga kejap. Kuatkan hati dan
jiwa. Because you will be meeting a very
charming guy? Handsome sangat ke
mamat tu kalau sampai tahap kena kuatkan hati dan jiwa. Ingat iman aku ni
senang nak luntur ke kalau menghadap lelaki sehandsome mana pun?
Jangan cair dengan si Harraz tu pulak.
Nanti saya cemburu? Haa.. what the…?? Cemburu? Kalau aku cakap mamat tu
gila pun rasanya ada logik jugak. Kenal seminit dalam lif pun dah mampu
keluarkan ayat macam tu. Nampak bebenor
kaki perempuan. Dasar Crocodylus niloticus punya spesis.
Lelaki tu memang pelik. Bukan.. syarikat
ni memang pelik.
haha... tak sabar nak tunggu next entry. ;)
ReplyDeletehehe...betul tuh farhan,kite tengok lu sape yg cair...jgn u yg tergigit hati sendri dh....hehe
ReplyDeleteHaha jeng jeng jeng.... Mcmne ye keadaan ms intrvw.... Msti harraz tekezut... Anjel x sbrny nk bc next n3
ReplyDelete- sweetheart87-
U r the best dear!!!
ReplyDeleteSeronok baca story ni...
Next entry plz... #^_^
Cam Harraz jer yg akan tercair ngan Nurin
ReplyDeleteAaaaaaa beeeesuto ! Next n3 cpt2 eh, pleaseee !!! :3
ReplyDeleteSatu fenomena akan tercipta. . .xx. sabar nk bacs next n3. . .
ReplyDeleteBest...nk...nk lgi...plz...
ReplyDeleteNext entry pleaseeeee....
ReplyDeleteBest!!!
-nuyrah-
alah, nak lagi. :)
ReplyDeleteCpt smbg next n3..... tak sabar tau apa akn jdi...
ReplyDeleteterbaiklah ,,, tak sabar tunggu nurin jumpa harraz....
ReplyDelete-afzan sahahida-
Oh yes!!!!best2......nk lagi hhe
ReplyDeleteBEST...
ReplyDeleteOhhooo!!! Tak sbar next entry :D
ReplyDeleteWah ! Tak sabar next entry :)
ReplyDeleteHaha. Mmg best..
ReplyDeleteBezzzz..xsabar tgu seterusny..raseny harraz yg yg akn cair
ReplyDeleteBest2.......nk lg...x sbr nk th epi strusnya.....
ReplyDeletetak sabar nk tau tggu next n3..
ReplyDeletebest best...nak lagi cik writer!! :D
ReplyDeletewah... tak sabar nak tahu reaksi harraz ni.... macam mana yea....
ReplyDeletehndsome sgt kew harraz 2??hehe,tak sbar nk tggu next entry..
ReplyDeleteanjell...u re the bestttt
ReplyDeleteshidahalim
best..
ReplyDeleteHarraz..Harraz..mesti hensem kan?
vampire? hahaha...
selamba je dia ckp dgn bapa dia
BEst ni..haha
ReplyDeleteHarap drama die gempak dan tak mengecewakan mcm novel ni!
ReplyDelete