Kaki aku yang terseliuh
sudah sembuh sepenuhnya. Tak sabar rasanya aku nak sambung jadi orang gaji di
rumah Aunty Fatmah. Yang paling lega mestilah Mak su. Mak su dah pening dah nak
jaga Hafiy. Katanya nakal mengalahkan abang Qairul masa kecik dulu. Haha..
“Yey.. kakak datang.” Hafiy bersorak riang
menyambut kedatanganku. Rindu betul aku dengan Hafiy. Hafiy datang memelukku
membuatkan aku agak terkejut.
“Kakak.. Hafiy misses kakak.”
Aku senyum sendiri.
“Kakak also misses Hafiy,” ucapku ikhlas.
Sambil mengosok rambut hitam perang aslinya.
“Kakak.. jom kita main. Kakak janji nak
main bola sepak. Jom..” Hafiy menarik tanganku.
Aku geleng kepala. Apalah Hafiy ni. Aku
baru je sampai, terus diajak main bola sepak? Hafiy.. Hafiy..
“Hafiy.. not today, please?” Aku buat muka
kesian pada Hafiy.
“Ala.. nak main football. Nak main
football.” Muka Hafiy dah masam. Merajuk bila aku enggan melayan kerenahnya.
Bukan kakak taknak layan, Hafiy. Kaki kakak ni dalam quarantine lagi.
“Kakak lies to Hafiy,” Hafiy dah merajuk. Apa
aku nak buat ni?
Kalau dulu, Hafiy merajuk aku pujuk dengan
panjat pokok. Takkanlah nak panjat pokok lagi kut? Mana boleh! Tak sayang nyawa
namanya tu.
“Hafiy, menipu tu kan berdosa. Takkanlah
kakak nak tipu Hafiy. Kakak taknak buat dosa,” kataku lembut.
“Habis tu. Kakak cakap dulu nak main bola
sepak dengan Hafiy,” Hafiy berkata dengan muka merajuknya.
“Memang kakak nak main. Tapi, kaki kakak
sakit lagi. Kalau main bola sepak, nanti kaki kakak jadi makin sakit. Kalau sakit,
mama kakak tak bagi kakak datang sini. Nanti Nek su pulak yang datang sini. Hafiy
nak main dengan Nek su?” soaku cuba mengumpan.
“Taknak. Nek su tak best. Nek su garang.”
Hafiy geleng kepala.
Aku ketawa. Bila masa pulak Mak Su garang
pun aku tak tahu.
“Kalau taknak Nek su datang, Hafiy kena
ikut cakap kakak.”
“Ala.. boringlah tak main football.”
“Kakak janji, minggu depan kita main bola
sepak. Promise,” janjiku siap dengan gayanya lagi.
“Selalu promise, lepas tu tak ingat. Macam
yang selalu daddy buat,” bebel Hafiy. Aku sengih.
“Hafiy kenala ingatkan kakak nanti. Pernah
ke kakak menipu?” soalku lagi. Hafiy geleng kepala.
“Habis tu, nak main apa?” soal Hafiy. Aku geleng
kepala. Asyik nak main je budak ni.
“Hmm… nak main apa, ya?” Aku berfikir
seketika.
--------
“Main cikgu-cikgu? Tak bestlah,
kakak. Ni mainan budak kecik.” Hafiy tak berpuas hati. Aku tergelak sendiri. Sejak
bila pulak kau besar, Hafiy oi?
Memang tak best kalau aku yang jadi cikgu,
dia yang jadi murid. Kenalah sebaliknya. Barulah seronok. Kanak-kanak biasanya
selalu ingin menjadi orang besar. Bila diberikan peluang, pastinya mereka
seronok.
“Bestlah.. Hafiy jadi cikgu, kakak jadi
murid.”
Hafiy ketawa menampakkan kedua-dua lesung
pipit di pipinya. Entah apa yang kelakar, aku pun tak tahu.
“Hafiy keciklah, kakak. Mana boleh jadi
cikgu.”
“Laa.. tadi kata taknak yang budak kecik. Kakak
bagi yang budak besar, taknak pulak.” Aku sengih.
“Hafiy mana reti jadi cikgu.”
“Hafiy try la. Apa kata Hafiy ajar kakak
macam mana cikgu sekolah Hafiy ajar Hafiy dulu,” cadangku.
Ada sebab aku nak dia jadi cikgu. Kalau orang
tengok aku mesti dia cakap aku ni otak tak center sebab layan perangai budak. Tapi,
sebenarnya aku cuma nak uji daya ingatan Hafiy terhadap pembelajarannya. Aku dapat
rasakan yang Hafiy bukan sembarangan budak.
“Kejap lagi kakak jadi cikgu, okay?” soal
Hafiy dengan gaya ‘okey’nya yang sangat comel. Geram aku tengok. Aku tergelak. Aku
jadi cikgu? Huh.. boleh terberak agaknya budak-budak dengan aku. Sebab aku ni
garang sangat. Haha.
“Okey..” Aku turut buat gaya okey.
“Kakak.. nama kakak apa?” soal Hafiy. Aku sengih.
Main dengan aku bukan main, nama aku pun tak kenal?
“Qisya.”
“Hafiy tahuah nama tu. Nama penuh apa? Nak
tulis dalam buku kehadiran ni,” omel Hafiy.
“Cakaplah nama penuh. Nama penuh kakak,
Qisya Iris bt Khalid,” sebutku. Kau ejalah sendiri nama aku. Haha..
Nama penuh.. Sebut pasal nama, aku terus
teringatkan misiku. Aku angkat tangan.
“Cikgu.. nama penuh cikgu apa?” soalku.
“Nama cikgu.. Iqmal Hafiy bin Izzul Hanif,”
sebut Hafiy dengan gembiranya.
“Janganlah tipu kakak. Cakaplah betul-betul.”
“Hafiy tak tipulah. Memang nama Hafiy, Iqmal
Hafiy bin Izzul Hanif.” Hafiy agak bengang bila aku tuduh dia menipu.
Izzul Hanif.. aku dapat tahu sesuatu hari
ni. Izz Haikal bukan ayah kandung Hafiy. Mungkin Izz tolong jagakan Hafiy?
“Selamat pagi, murid-murid,” ucap Hafiy. Kelas
sudah bermula. Banyaklah murid-murid. Padahal aku sorang je. Haha.. ni mesti
Hafiy copy and paste daripada sekolah dia ni.
Kami bermain di meja makan memandangkan di
situ je tempat ada kerusi dan meja. Sempat aku sengih pada Aunty Fatmah yang
menggeleng kepala ketika melintasi meja makan. Pastinya tak percaya aku boleh
layan perangai Hafiy.
“Cikgu.. kita nak belajar apa hari ni?”
Aku dah macam budak terencat menepuk tangan beberapa kali. Gaya budak-budak la
kononnya. Nasib baiklah takde orang yang tengok perangai tiga suku aku ni.
“Kita belajar matematik. Nah soalannya.” Hafiy
menyerahkan sekeping kertas yang ditulis tangan. Tulisan Hafiy. Boleh tahan
cantiknya. Cantiklah ni kalau level kanak-kanak.
Aku pandang soalan yang ditulis Hafiy.
1. 5+3
2. 3-2
3. 5+10
4. 3x5
5. 2x0
Aku tertarik pada dua soalan terakhirnya. Hhmm..
darab. Dah belajar ke? Aku angkat tangan.
“Cikgu, soalan nombor 4 ngan 5 tak reti
la,” kataku.
Hafiy panjat kerusi untuk duduk di sisiku.
“Darab ni senang je la. Tunggu kejap, ek.”
Hafiy menghilang entah ke mana. Hafiy datang semula dengan beberapa biji anak
batu. Kutip kat mana pulak la budak ni!
“Macam ni..” Hafiy letak tiga biji batu di
depanku. Aku perhatikan dia. Nampak macam dia sedang mengingat semula.
“3x5 ni macam ni. Ada tiga biji batu, dia
ada lima kumpulan.” Hafiy bagaikan bercakap sendiri. Aku memerhatikan gelagat
Hafiy yang meletakkan tiga biji batu sekolompok sebanyak empat tempat lagi.
“Lepas tu kira. Satu.. dua.. tiga.. lima
belas. Jawapan dia lima belas.” Hafiy seronok sendiri. Tangannya ditepuk
beberapa kali. Buatkan aku tersenyum sendiri.
“Cikgu pandai. Patutlah kakak tak boleh
buat. Cikgu tak bagi batu,” kataku.
“Kalau 5x3?” Aku putar-belitkan soalan. Sengaja
menguji.
“Apalah kakak ni. Sama je la. 5x3. 3x5.” Aku
sengih. Aku tanya sebab biasanya kalau budak, terbalikkan soalan terus blur. Padahal
sama je. Tapi, Hafiy ni nampaknya memang bijak.
“Yang ni macam mana? Kalau kosong?” Aku
macam orang dungu bertanya lagi.
“Daddy cakap, apa-apa yang darab dengan
kosong, jawapan dia kosong,” jawab Hafiy.
Ooo.. maksudnya, darab ni daddy dia yang
ajar la ya?
“Waa.. cikgu bijak!” puji aku lagi.
----------
Aku menunggu abang
Qairul di kerusi taman bersama Hafiy. Hari ni abang yang ambil aku untuk
pulang. Hari dah menginjak senja. Penat rasanya seharian melayan kerenah Hafiy.
Sampai aku nak masak untuk makan malam pun dikut Hafiy.
“Hafiy tunggu saper?” soalku bila melihat
Hafiy bagaikan menjengah-jengah kepalanya melihat pintu pagar.
“Hafiy tunggu daddy. Daddy janji nak makan
malam dengan Hafiy,” jawab Hafiy.
Aku tersenyum sendirian. Kata Aunty
Fatmah, senakal macam mana sekalipun si Hafiy ni, tapi dengan daddynya sahaja
dia boleh tunduk. Sayang benar Hafiy dengan daddynya. Tapi, siapa Izz
sebenarnya?
“Kejap lagi daddy sampai la tu.” Aaku cuba
sedapkan hati Hafiy.
“Kakak pulak tunggu saper? Tunggu mama
kakak ek?” Hafiy pula bertanya.
“Taklah. Hari ni boyfriend kakak datang
ambik.” Aku sengih.
Kami terus menunggu. Tak lama kemudian,
sebuah kereta Mercedes-Benz model CL class berwarna silver meluncur masuk ke
perkarangan rumah. Bukan abang. Kalau dah bukan abang, memang daddy Izzlah
gerangannya.
“Daddy..” terus meluru Hafiy sebaik sahaja
daddynya keluar daripada kereta. Badan Izz dipeluk sayang.
“Hai, anak daddy! Nakal tak hari ni?” soal
Izz sebelum mendukung Hafiy.
“Hafiy tak nakallah. Hafiy budak baik, kan
kakak?” soal Hafiy kapadaku. Aku senyum. Angguk je la.
“Sebab Hafiy budak baik, daddy ada belikan
cheese cake untuk Hafiy,” kata Izz sambil mengeluarkan sebuah kotak dari
belakangnya. Hafiy bertepuk tangan seronok. Nampaknya cheese cake adalah
kegemaran Hafiy. Sama macam aku.
Aku lebih selesa menjadi pemerhati dari
tempat dudukku. Suka aku melihat gelagat kedua-duanya. Aku memerhatikan Izz
yang sikit pun tak kekok melayan Hafiy. Kalau bukan Hafiy yang beritahu nama
penuhnya tadi, memang aku tak syak langsung mereka bukan anak-baranak kandung. Izz
ni dah kahwin ke belum sebenarnya?
“Hoorey.. dapat cheese cake. I love you,
daddy.” Hafiy mencium pipi Izz.
“Hai.. pipi kanan je?” soal Izz.
“Malulah, daddy. Kakak tengok. Hilang macho,”
jawab Hafiy. Izz ketawa. Aku pun nak tergelak mendengarnya. Dari mana pulaklah
dia dengar ayat macam tu. Hilang macho..
Izz turunkan Hafiy. Mereka berdua berjalan
ke arahku sebelum duduk di atas kerusi.
“Kakak.. jom makan cheese cake.” Bukan main
semangat Hafiy membuka kotak cheese cake di hadapanku.
“Hafiy pergi ambik sudu dan piring,” arah Izz.
Hafiy patuh. Maka tinggallah aku dan Izz
berdua. Canggungnya aku. Kalau depan orang aku tak rapat, memang pendiam tahap
apa dah aku ni.
“Kaki dah baik?” soal Izz.
“Alhamdulillah dah,” jawabku.
Dan senyap.
“Daddy.. Hafiy nak banyak.” Aku lega bila
Hafiy dah muncul.
Izz memotong cheese cake dan diletakkan di
atas piring Hafiy. Bersorak Hafiy gembira. Kemudian Izz menyuakan pula padaku. Ketika
menjamu selera, ketika itulah kereta abang muncul.
“Kakak.. boyfriend kakak dah datang,” kata
Hafiy. Aku cepat-cepat habiskan cheese cake.
“Letak je situ. Nanti saya basuh,” kata
Izz bila melihat aku mengangkat piring. Bagaikan tahu-tahu niatku. Aku letak
balik piring atas meja.
“Bye
semua. Hafiy, kakak balik dulu.” Aku minta diri.
Aku melambai-lambai tangan pada Hafiy. Bila
mataku memandang Izz, aku perasan matanya bagaikan mengekori langkahku. Atau aku
je yang terlebih perasan?
Haha aura cemburu dah tmbl ker?? :-)
ReplyDeletehahaha... hep! da orang jeles lah.. :)
ReplyDeletegudboy hafiy.. jngn nakal2 ekh..
la igt kn da kwin rpe2 nye ank sdare je..pkwe la sgt kn pdhal abg sje je kn
ReplyDeletemakin seronok la
ReplyDeleteB.I.N.G.O
ReplyDeleteMy guess about daddy Izz betul!
Yeahhh!! Ai like! Gudboy la hafiy ni.. Tp awat dia xmo p skolah?
ReplyDeleteIzz cemburru ke ape? Hehe
Hafiy ni comellah...hehehe...
ReplyDeleteCumellll......
ReplyDeleteSmbg lgi...
hahahahah ....nak gelak part main cikgu2 2..hahahah aura jeles dah mai dah..huuuu
ReplyDeletehaha terbaik r izz jeles..smbg ag plezzz..apakah tindakan izz lepas ni?..x sabar ai nk tng0k..hehehe
ReplyDeleteizzku paling sweet :)
ReplyDeleteGo go! Tak sabar nak baca lagi.
ReplyDeletesuke2...sgt comel la hafiy...izz jeles ke dgn 'boyfriend' qisya...hehe...
ReplyDeleteizz da mle ske qisya.. jeles la 2... :P
ReplyDeletesambung bab 7, bab 8, bab 9, bab 10 waahahaha demandnya..heheheh dah cerita tu menarikkan....jangan marah cik writer...
ReplyDeletebile nk smbg nh?smggu da tggu..hukhuk.
ReplyDeleteLove the story
ReplyDeletebila nk smbng???hehhe
ReplyDelete<3 <3 <3...bila nk smbung nie???xsbar2 da nie...huhuhu
ReplyDeletecik penulis,
ReplyDeletememang purposely tulis misses ke kat mula2 tu?bukan patut miss ke?kalau tak sengaja takpe :)
hoho.. makin best!
ReplyDeletewahhhhh exited nk bca bab sterusnya...
ReplyDeleteizz dah mula suke, yeehay
ReplyDeleteoh..hafiy ni ank buah dia kut?
ReplyDeletehahahaa .. "hilang macho" excellent betol la bagi budak umo 5 tahun mcm hafiy tu .. hhahaha.. ade ade je .. :D
ReplyDeleteSiapa papa HAFIY yg sebenarnye ye???...
ReplyDelete