BAB
22
Aku
cuma diam bila doktor lelaki muda itu memeriksa kakiku. Doktor ni la yang rawat
aku masa aku kena rompak hari tu. Tak sampai dua hari, dia nampak muka aku lagi.
Sabar je ek, doktor sebab kena layan kerenah pesakit macam saya ni. Huhu..
Malu jugaklah aku kalau dia tahu kenapa
aku datang kali kedua ni. Nasib baik Izz temankan aku. Takdelah nak segan sangat
aku bila kena periksa dengan doktor ni. Sebab tu la aku tak suka ubat ke,
hospital ke, atau apa-apa yang berkaitan dengan kedoktoran ni. Kalau tak,
sekarang ni dah bergelar Doktor Qisya dah aku.
“Macam
mana kaki isteri saya, doktor?” Izz bertanya lepas doktor tu habis periksa
kakiku. Aku yang sedang berbaring di atas plinth
rawatan terus duduk. Izz bantu papah aku untuk duduk di atas kerusi yang
disediakan.
“Hmm…
sepatutnya bengkak dah surut. Tapi, bila saya periksa tadi, saya nampak macam
makin teruk pulak.” Itu yang doktor muda tu komen.
Hai, doktor ni! Sebab bengkak ni makin
teruklah Izz paksa aku datang sini. Kalau sebab tak teruk, takdelah aku nak
gigihkan hati datang klinik dia untuk kali kedua ni. Aku bersungut dalam hati.
Malas pulak nak bukak mulut.
“Boleh saya tahu kenapa kaki nampak makin
bengkak?” soal doktor tu lagi.
Aku senyap. Malas pulak nak cakap. Malu
sebenarnya. Takkanlah aku nak cakap yang aku lompat dari kerusi sebab lipas
kejar aku. Err.. lipas kejar aku ke? Okay, tu cumalah ilusi aku sebab aku
takut binatang kecik tu. Tapi, memang haramlah aku nak cerita macam tu dekat
doktor ni. Mahu dia guling-guling gelakkan aku. Memalukan diri je. Lipas pun
takut ke? Apa daa..
“Dia jatuh tangga, doktor. Tertindih pulak
atas kaki dia yang sakit ni. Sebab tu la saya bawak dia pergi klinik hari ni.
Takut jadi makin teruk pulak.” Izz auta apa entah. Jatuh tangga pun boleh,
Izz..
“Kenapa boleh jatuh tangga, Puan Qisya?
Puan Qisya ni, boleh pulak dia cuai tengah-tengah sakit macam ni. Tak sabar nak
jalan sendiri ya? Lain kali hati-hati ya, Puan.”
Banyak cakap pulak doktor ni. Aku lempang
karang, baru tahu. Aku tahu la. Aku pun tak tahu kenapa emosi aku tak berapa
stabil. Nak mengamuk je aku rasa. Tapi aku tetap sabar. Tapi, tak sukanya aku
bila dia panggil aku Puan Qisya. Buruk je bunyinya kat telinga aku.
“Takde apa-apa yang terukkan, doktor?”
soal Izz lagi. Nasib baik jugak ada Izz yang jadi jurucakap tak bergaji aku. Kalau
tak, memang jadi filem bisu untuk tontonan umum la kami berdua. Aku pun tak
tahu sejak aku sakit ni, aku malas nak bercakap banyak. Buat penat mulut je. Err.. ya ke? Ahh, pedulilah! Aku ni kalau nak jadi pendiam, senang je. Hantar
pergi jumpa doktor. Pendiamlah aku jadinya. Sebab aku tak suka jumpa doktor.
“Tak ada.. nasib baik takde internal bleeding or bruise. Tapi, bengkak
yang sepatutnya dah surut takkan baik lagi. Sepatutnya kaki Puan Qisya ni kena
kurangkan movement kalau nak cepat
sembuh. Apatah lagi kalau vigorous
movement. Should be avoided. Lompat
ke, lari ke, tu dah dikira vigorous movement la tu..”
Aku rasa macam doktor tu nak sindir aku
padahal doktor tu tak tahu apa-apa pun. Aku je yang perasan sendiri.
“Mungkin beberapa hari lagi surutlah
bengkak tu. Tapi, lepas ni, Encik Haikal jangan biarkan isteri encik jatuh
lagi. Mungkin akan jadi lebih teruk. Sebab bila jatuh, healing process terganggu. Bila lama-lama, saya takut ada infection pulak. Bahaya jugak. Makin
lambat kaki puan nak baik.” Doktor tu terangkan kesan dan akibat kalau aku
jatuh lagi sekali.
Aku cuma tadah telinga.
“Baiklah, doktor. Saya akan pastikan benda
ni tak berulang,” kata Izz.
Emm..
yalah tu. Tinggalkan aku sorang-sorang lagi kat dapur tu. Jumpa lipas lagi
sekali, bukan setakat lompat dari kerusi, pecut seratus meter pun mungkin akan
terjadi. Dah involuntary reflex. Manalah otak mampu kawal?
Semuanya angkara makhluk perosak rumah tangga tu!
“Saya akan berikan ubat baru kepada puan
Qisya. Nanti ambik kat luar, ya?” kata doktor tu lagi. Tangannya lincah menulis
sesuatu di atas sekeping kertas. Lalu dikoyakkan dan diserahkan kepada Izz.
“Terima kasih, doktor,” ucap Izz.
“Hmm..
thanks, doc.” Akhirnya aku juga turut bersuara. Mentang-mentang nak blah
dari sini kan? Haha..
“Sama-sama. Hati-hati ya, Puan Qisya. Bila
saya kata no vigorous movements on
affected foot, doesn’t mean no movements at all. A little movement is important
to avoid joint stiffness and to promote healing process. Bila ada movement,
jangan sampai sakit. Kalau sakit, stop
the movement. Sebab sakit tu salah satu muscle
reflex to protect the healing process.” Sempat doktor tu bagi nasihat kat
aku.
Aku cuma angguk. Dah keluar dah bahasa
doktor dia tu.
Izz papah aku keluar daripada bilik doktor
itu. Ramai jugak yang menunggu giliran di ruangan menunggu. Tak heranlah kalau
ramai yang datang klinik ni sebab doktor kat sini memang kacak. Haha.. Sempat
aku usha. Baik diam dalam hati dahlah. Nak kena lempang dengan orang sebelah ni
ke?
Izz
dudukkan aku di salah sebuah kerusi.
“Sya duduk sini dulu. Abang pergi ambil
ubat, ya? Jangan pergi mana-mana pulak. Tunggu abang,” katanya. Aku cuma
angguk.
Aku hanya melihat Izz yang berlalu ke
kaunter ubat. Kaki yang sakit diperiksa. Nampaknya makin lambat la kaki aku nak
baik. Nasib baik jugak tangan dah tak berapa nak sakit dah. Huh! Makin bertambah ubat yang aku kena makan. Ee.. bencinya aku! Boleh tak aku nak skip makan ubat? Mana mungkin kalau dah
ada Izz jadi nurse tak bergaji aku.
Dia tu.. serba-serbi nak jadi orang tak bergaji aku.
Pandanganku beralih pada orang sebelah.
Seorang perempuan muda, rasanya dalam peringkat tiga puluhan kot. Tengah tunggu
giliran diperiksa. Aku senyum padanya.
“Terjatuh ke?” ramah wanita itu menegurku.
Pasti sebab nampak kaki aku ni. Aku senyum lagi.
“A’aa.. cuai sikit kat rumah. Ni la
jadinya. Akak datang klinik ni kenapa?” giliran aku pulak bertanya.
Kakak tu senyum.
“Demam sikit. Kerja kuat sangat kut. Sebab
tu la boleh demam. Rasanya kalau jumpa doktor, mesti dia cakap tak cukup rehat
dan macam-macam lagi,” cerita kakak tu lagi. Aku cuma senyum. Memang pun. Tapi,
kena gigihkan hati datang jumpa doktor sebab nak MC. Ala.. macam student jugak. MC tu sangat penting kalau
taknak kena tuduh ponteng. Bila rasa kepala macam malas sangat nak ambik test,
memang MC la benda pertama orang akan fikir nak skip test.
“Student
UKM ke?” Kakak tu bertanya. Aku angguk. Tak pelik kalau dia boleh agak. Sebab
memang UKM la yang paling dekat dengan kawasan ni.
“Ambik course
apa? Semester berapa dah?”
“Civil
and structural engineering. Dah sem
tujuh.”
“Oo..
bakal engineer la ni. Kakak suka
tengok perempuan ambik civil engeneering.”
Aku senyum dengan komennya. Memang ramai
perempuan yang ambil kejuruteraan awam ni. Sebab ni je aku rasa bidang
kejuruteraan yang paling sesuai dengan perempuan.
“Hmm..
datang dengan abang, ya?” soal kakak tu lagi.
Abang? Adakah Izz yang dia maksudkan?
Kenapa kakak tu cakap Izz abang aku? Bukan muka kami memang jauh beza ke?
Tengok mata dan rambut hitam perang Izz dah cukup nak bezakan aku ni orang apa,
Izz tu orang apa. Atau kakak ni taknak tuduh yang pelik-pelik, jadi abanglah
yang paling selamat. Boleh jadi jugak. Lagipun,
abang tak semestinya abang kandung, kan? Abang angkat pun boleh. Abang
tiri pun boleh. Abang ipar pun boleh. Mungkin jugak sebab dia dengar Izz
bahasakan diri dia abang taadi. Mesti kakak ni nak aku sambung abang apa Izz
pada aku.
Tapi.. masalahnya, none of the above la..
“Suami saya, kak.” Aku mengaku. Aku tak
tahu kenapa aku masih berat hati nak mengaku yang Izz suami aku. Belum biasa
lagi kut. Berat hati, tak berat hati, sekurang-kurangnya aku mengaku.
Kakak tu nampak terkejut dengan
kenyataanku. Tak sangka aku dah kahwin kut. Aku tayang muka gembira. Takkanlah
nak tunjuk kat orang yang aku ni kena paksa kahwin.
“Dah lama kahwin?” tanyanya.
“Baru lagi, kak. Tak sampai sebulan pun
lagi.”
“Oo..
pengantin baru la ni?”
Aku cuma senyum. Orang baru kahwinkan,
kenalah tunjuk muka bahagia.
“Sekarang ni ramai yang kahwin muda.
Sepupu akak pun ada yang kahwin masa belajar. Tak kisah la. Janji bahagia. Kan,
dik?” Aku angguk lagi. Hmm.. bahagia
sangat la.
“Suami adik pun nampak baik je orangnya. Caring dan bertanggungjawab.” Dia puji
Izz. Dia yang baru nampak Izz pun dah cakap Izz caring dan bertanggungjawab tu. Kakak ni memang betul-betul judge the book by its cover ni. Okay.. aku setuju jugak la lapan puluh
peratus dengan kata-kata kakak tu.
Bila sebut pasal Izz, baru aku teringat
sesuatu. Mana pulak si Izz ni? Lama pulak dia ambik ubat. Ambik ubat ke, jual
ubat dia ni? Dah pukul berapa ni? Nak ambik Hafiy kat sekolah lagi.
Macam tahu-tahu aku seru dia, Izz datang
menghampiriku. Ada satu beg plastik di tangannya.
“Jom,” ajak Izz. Bila matabya dan kakak
sebelah ni berlaga, mereka saling berbalas senyuman. Masa tu jugaklah, seorang
jururawat keluar memanggil kakak tu.
“Nama akak dah dipanggil. Seronok
berbual-bual dengan adik. Rasanya masih belum terlambat akak nak ucapkan
selamat pengantin baru.”
“Terima kasih,” hanya tu yang mampu aku
cakap. Aku perasan mata Izz yang melirik ke arah aku. Tapi aku buat tak nampak.
Mesti dia pelik bila kakak tu ucap selamat pengantin baru kepadaku. Untuk dia
jugak kut.
Kemudian, dia masuk ke dalam bilik doktor
dan Izz pula papah aku keluar dari klinik.
“Siapa kakak tu?” Izz tanya aku ketika
kami berjalan keluar.
“Entah. Baru kenal tadi,” jawabku. Baru
aku perasan. Sepanjang kami bercakap tadi, aku tak tahu nama dia dan dia pun
tak tahu nama aku. Nak jadi peramah, siapa cakap kena kenal nama, kan? Tulah Malaysia.
“Dia tanya siapa awak. So, saya cakap la awak suami saya.” Aku
menambah lagi. Sebelum dia tanya atau salah sangka, baik aku cakap terlebih
dahulu.
Izz senyum. Buatkan aku rasa pelik.
“Kenapa senyum?” soalku. Masa tu kami dah
berada dalam kereta. Dan aku pulak, kenapa tiap kali dia senyum, aku akan tanya
soalan yang sama? Kenapa senyum? Orang nak senyum pun salah ke, Qisya? Suka
hati akulah!
“Nothing.
I’m just glad. Sya sudi jugak mengaku abang suami Sya.”
Aku terkedu. Err.. kenapa jugak ya aku mengaku dia suami aku? Sebab.. Malaslah
nak menipu. Bukannya aku kenal kakak tu. Lepas ni pun bukannya jumpa lagi.
“Dah tu nak cakap apa? Cakap abang
bukannya orang percaya.” Aku cakap dengan muka selamba. Kawal ego wei.
Aku kemudiannya mengeluh. Sambil tangan
memegang kaki yang sakit.
“Kenapa, Sya?” Izz soal lembut.
“Kaki macam ni, apa nak cakap kat mama
ngan papa?”
“Don’t
worry. Abang takkan cakap pasal malam tu. Sya jangan bimbang. Biar abang
yang handle.”
Bukan tu je. Aku rasa berat hati. Tak
tahu kenapa.
“Saya macam tak sedia lagi nak balik
rumah. Saya takut papa marahkan saya.” Aku luahkan yang terbuku dalam hati.
“Sya jangan fikir macam tu. Mama dengan
papa sangat rindukan Sya. Sya percayalah. Papa dah tak marah Sya dah. Sepanjang
Sya menghilang ni, papa diam tak bermakna papa tak pedulikan Sya. Semuanya
sebab abang yang dah janji nak bawak Sya balik. Hari ni, izinkan abang tunaikan
janji abang. Kita balik. Any bad thing
will not happen. Trust me.”
“Sya jangan bimbang. Abang selalu ada di
samping Sya. In whatever condition,”
janji Izz lagi. Tangan kananku digenggam kemas. Bagaikan ingin mengalirkan
semangat untukku. Yang anehnya, tak pulak keluar tae kwon do aku nak tepis
pegangannya. Aku biarkannya, sehinggalah dia sendiri yang mengalihkan
tangannya.
“Sekarang ni, jangan fikir apa-apa yang
negatif lagi. Kita ambik Hafiy, kita balik Shah Alam. Okay, Sya?” Suara Izz seakan-akan memujukku.
Aku angguk. Izz senyum melihat anggukanku.
Tali pinggang ditarik. Izz
mengundurkan keretanya. Destinasi kami terlebih
dahulu adalah, ke sekolah Hafiy.
-----------
Bukan
main seronok Hafiy bila melihat kami berdua yang menjemputnya pulang dari
sekolah. Makin berganda rasa seronoknya sebab kami nak balik rumah nenek mummynya.
Hafiy dah terlelap kat tempat duduk
belakang. Kami dah nak sampai kat rumah banglo milik orang tuaku. Makin
berdebar dadaku. Macam nak pergi rumah mak mentua pulak. Padahal nak balik
rumah sendiri.
Rumah banglo dua tingkat itu makin hampir
pada pandanganku. Sesungguhnya aku amat rindukan rumah ni. Halaman rumah yang
selalu kami sekeluarga melepak. Taman bunga kesayangan mama. Rindunya aku!
Aku nampak kereta papa dan abang ada di
halaman rumah. Mereka tak pergi kerja ke hari ni? Oh, lupa! Hari ni hari
jumaat. Sekarang pun dah tengah hari. Lepas ni solat jumaat. Tak pelik la kalau
papa dan abang ada di rumah. Memang kebiasaannya mereka akan pulang ke rumah
dulu sebelum keluar solat Jumaat.
Dada rasa berdebar. Apatah lagi bila aku
nampak mama keluar. Rindunya aku dengan mama. Pastinya mama terkejut dengan
kepulangan Izz yang tiba-tiba ni. Mungkin sebab Izz parking kereta membelakangi rumah, mungkin mama tak perasan
kewujudan aku.
“Hafiy, bangun, sayang. Kita dah sampai
rumah nenek.” Izz kejutkan Hafiy.
Terpisat-pisat Hafiy bangun sambil menggosok
kedua-dua belah matanya. Terus segar matanya bila melihat di mana kami
sekarang. Hafiy terus buka pintu kereta dan meluru ke arah mama.
“Nenek..” gembira Hafiy menegur mama.
Kemudian, aku tak dengar dah apa yang mereka berbual.
“Jom, Sya.” Izz ajak aku.
Izz keluar terlebih dahulu.
“Assalamualaikum, mama.” Izz menegur. Aku nampak
dari cermin sisi Izz salam tangan mama.
“Waalaikumussalam. Izz, kenapa tak cakap
nak balik?”
“Nenek.. nenek... Hafiy bawak balik mummy. Mummykan.. diakan dah baik dengan daddy.” Aku dengar Hafiy becok bercerita.
“Hah? Mana mummy Hafiy?” soal mama.
“Tu mummy..”
Hafiy tunjuk padaku yang baru lepas tutup pintu kereta.
Mama
pandang aku. Aku pandang mama. Tiba-tiba kakiku rasa macam dipaku. Pegun.
“Sya? Sya?” Mama bagaikan tak percaya aku
berdiri depan dia.
“Mama..” Sesungguhnya aku sangat rindu nak
ucap perkataan tu.
Mama terus meluru ke arahku. Tubuhku
dipeluk. Kemas sangat-sangat macam aku ni taknak dilepaskan lagi. Buatkan aku
rasa sangat bersalah pada mama. Aku turut balas pelukan mama. Juga kemas.
“Mana Sya pergi? Kenapa tinggalkan rumah
ni? Mama rindukan Sya sangat-sangat. Sya buat mama risau sangat-sangat dengan
Sya. Jangan buat macam ni lagi, sayang.” Mama dah menangis.
“Sya mintak maaf sangat-sangat mama. Semua
salah Sya. Tak sepatutnya Sya lari rumah. Sya mintak maaf sangat-sangat. Sya
berdosa dengan mama, papa dan abang,” pohonku. Air mata dah keluar
meleleh-leleh.
“Mama pun mintak maaf andaikata mama dah
memaksa Sya sebelum ni.” Mama berkata lagi.
“Mama tak salah. Sya yang salah sebab
terikutkan darah muda Sya. Sya janji Sya takkan buat mama sedih lagi,” janjiku.
Aku menangis lagi dalam pelukan mama.
Mama
leraikan pelukan kami.
“Kaki Sya ni kenapa lagi? Izz.. apa dah
jadi dengan anak mama?” Mama baru perasan kakiku yang berbalut.
Tiba-tiba rasa keras lidah nak cakap.
“Sya terjatuh, mama. Masa kat universiti.
Maafkan Izz sebab tak dapat jaga anak mama dengan baik.” Izz menjawab bagi
pihakku.
“Macam mana pulak boleh jatuh? Sya ni buat
mama risau je. Teruk tak?” Mama bersuara lagi. Nadanya penuh dengan kerisauan.
“Mama jangan risau. Tak teruk pun. Doktor
cakap dalam beberapa hari ni, okaylah
tu.”
“Kenapa tercegat kat luar ni? Kenapa awak
tak ajak menantu dengan cucu kita ni masuk?” Aku dengar pula suara papa.
Papa..
“Bang, Sya dah balik. Sya dah balik.” Mama
beritahu papa.
Aku yang nampak papa terus berjalan
terhincut-hincut ke arah papa. Aku peluk papa.
“Papa.. Sya mintak maaf. Sya mintak ampun
atas segala salah Sya kat papa sebelum ni. Sya dah malukan papa. Maafkan Sya.”
Aku menangis meminta keampunan daripada papa. Tangan papa aku salam dan cium.
“Dah.. dah.. Sya. Papa tak pernah marahkan
Sya. Takde apa yang perlu dimaafkan. Sya tak salah dengan papa. Papa yang
mintak maaf sebab dah bertindak tanpa izin Sya. Papa dah paksa Sya. Papa nak
Sya tahu yang papa lakukan ni sebab nak jaga nama baik keluarga kita.”
Papa gosok kepalaku. Mata memandang
kakiku.
“Kaki Sya ni kenapa?” soal papa pulak.
“Dia jatuh, bang.”
“Dah pergi klinik ke?”
“Dah, papa. Izz dah bawak Sya pergi
klinik.”
“Dah.. jom masuk. Kaki kamu tu kena
rehat, Sya. Hafiy dengan Izz pun kesian. Tengah-tengah panas ni la terpaksa
tonton drama swasta. Kalau tercalon dalam anugerah skrin tu takpelah jugak.”
Papa berlawak. Aku tergelak. Semua ketawa kecuali Hafiy. Lawak orang dewasa,
mana la budak-budak nak faham?
Papa lepaskan aku daripada pelukannya. Sewaktu
nak masuk rumah, aku rasa macam lupakan sesuatu. Oh, abang Qairul!
“Abang.. Sya nak mintak maaf dengan
abang.” Aku mintak maaf dengan abang pulak.
“Dahlah.. tak payah nak fikir dah. Benda
dah lepas. Cuma..”
“Cuma apa?” soalku balik.
“Cuma… mari sini kejap.” Abang panggil
aku.
Aku patuh. Aku berjalan dekat dengan
abang.
“Cuma rasa nak luku kepala orang. Ee.. sengajakan buat onar? Sengajakan
nak buat orang risau? Nak lari rumah segala bagai. Ingat ni slot samarinda ke
apa?” Abang peluk leher aku macam yang biasa dia buat kat aku. Nak lemas aku
rasa.
“Adoi, sakit la.” Aku meronta lepaskan
diri. Boleh pulak dua penonton setia gelakkan aku. Siapa lagi kalau bukan Hafiy
dan Izz. Like father like son
betullah. Izz ni.. bagi pulak abang dera isteri dia. Cis!
Abang lepaskan aku.
“Sakitlah. Habis senget tudung. Adik dia
balik buat macam tu pulak. Bukannya nak bentang karpet merah ke, buat pulut
kuning ke apa.”Aku membebel. Muka aku dah masam. Tudung aku betul-betulkan.
“Oo..
tahu pun sakit ya? Yang terajang abang hari tu ingat tak sakit ke? Senak perut ni,
tahu tak?” Abang mengungkit. Baru aku ingat pasal aku terajang dia hari tu. Aku
tersengih sendiri. Siapa dulu yang cari nahas?
“Err..
sakit sangat ke?”
“Mestilah.. sakit, tahu tak?” Abang pegang
perutnya. Konon-kononnya nak cakap effect
kena hari tu masih lagi terasa sakitnya. Trauma la kononnya.
“Kena sembelit seminggu, tahu tak?” tambah
abang lagi. Nak auta aku la tu! Geramnya!
“Hih.. mengarut la tu. Nak kena lagi sekali?
Kut-kut sebulan pulak sembelit, sekali package
dengan buasir. Nak?” Aku gertak abang. Tak padan dengan kaki sakit. Bila dengan
abang, yang sakit pun boleh jadi tak sakit. Layan perangai tak matang dia tu,
buat penat jiwa je. Agaknya sebab tu la tak kahwin-kahwin lagi dengan Kak
Hanum. Kak Hanum pulak, boleh dia tahan layan karenah tiga suku abang aku ni. Kalau
aku, memang dah lama dah tinggal.
“Wife
kau ni garang sangat la. Tak padan dengan kaki sakit. Macam mana la kau nak
hidup dengan dia nanti? Aku rasa kau kena start
cari cara nak jinakkan dia.” Abang berbisik pada Izz. Berbisik sangat la, kan?
Sengaja dia kuatkan suara supaya aku dengar sekali. Kurang asam betul!
Izz cuma gelak. Aku malas layan. Bila
lelaki bertemu lelaki, aku yang perempuan ni memang kalah. Baik aku masuk
rumah. Berehat lagi bagus.
--------
Seharian
meluangkan masa bersama keluarga memang menyeronokkan. Baru aku sedar yang aku
sangat betuntung sebab ada keluarga yang harmoni dan bahagia. Dua minggu tanpa
keluarga buatkan aku rasa sangat sunyi. Sesungguhnya semua yang terjadi tu ada
hikmahnya.
Tapi, bila malam menjelma, akulah manusia
yang paling runsing. Satu sebab aku sangat runsing. Kena sebilik dengan Izz!
Pada mulanya lega jugaklah sebab Hafiy tidur sekali dengan kami.
Sekurang-kurangnya Hafiy boleh jadi orang ketiga antara kami. Tapi, bila abang
masuk campur, sudah! Hancur ana punya program!
“Hafiy, jom tidur bilik Pak Long. Pak Long
ada beli mini i-pad untuk Hafiy. Ada banyak game.
Pak Long tunjukkan cara-cara nak main, nak?” Dengan ayat tu je abang gunakan,
Hafiy terus angkat bantal dan selimutnya ke bilik abang.
Aku memang geram sangat dengan abang.
Abang macam sengaja nak biarkan aku tidur berdua dengan Izz. Hii… bencinya aku.
Akhirnya, jadi macam ni la! Dia di hujung
sana, aku di hujung sana. Izz baca buku entah apa kat atas katil, aku pulak
mengadap laptop kat meja jepunku.
Senyap antara kami. Aku buat-buat tak nampak kewujudannya. Wei.. manalah aku
biasa sebilik dengan lelaki! Siapa tak terkena kejutan budaya? Gundah di hati
tak siapa yang tahu. Sebab tu la aku tayang muka tenang je.
Aku pandang jam kat atas meja kecil tepi
katil. Dah pukul 12.03 tengah malam dah. Mata dah rasa aura mengantuk. Tapi aku
gigihkan hati untuk pertahankan 360 darjah mata aku. Aku pandang Izz. Izz, awat
hang dok atas katil? Takde port lain
ke nak lepak? Waa.. aku nak tidur.
Tapi aku taknak tidur sebelah dia. Rasa nak jerit je kat semua orang yang aku
taknak tidur sekatil dengan Izz. Izz memang takkan lakukan apa-apa padaku. Aku
rasa aku boleh percayakan dia pasal tu. Tapi, masalahnya aku tak selesa. Faham
tak? Tak selesa.
“Hmm…
Sya tak ngantuk lagi?” Tiba-tiba Izz bersuara. Dia tutup bukunya. Dah nak tidur
ke? Wei.. janganlah! Aku nak tidur mana kalau dia tidur atas katil? Takkanlah
nak merayap kat bilik tetamu yang lain? Bilik yang lain semua kat tingkat atas.
Lagipun, nak kena penampar mama kalau tahu aku buat macam ni kat suami?
Huhu.. tak tidurlah aku malam ni. Maaf ya,
mata. Nasib kaulah!
“Belum ngantuk lagi. Tak boleh nak adapt dengan bilik baru lagi kut.” Aku
beralasan padahal mata dah mengantuk nak mati. Harap-haraplah dia tak nampak
aku yang dah menguap beberapa kali sebelum ni.
Lagipun, alasan aku memang kena. Sebab aku
sekarang memang bukan berada dalam bilik aku. Bilik aku kat tingkat atas.
Mamalah beria-ia nak aku tidur tingkat bawah sebab kaki aku sakit. Akhirnya,
terpaksalah aku tidur bilik tetamu tingkat bawah ni.
Aku sempat tangkap Izz senyum. Entah
kenapa, aku rasa dia senyum sebab tak percaya dengan kata-kataku. Huh! Suka
hati kau la.
“Betul ke tak ngantuk lagi ni?” Haa.. kan
aku dah cakap. Dia macam tak percaya kata-kataku tadi. Huh! Okay.. aku akan buktikan yang aku tak
ngantuk lagi! Nak jugak aku pertahankan ego.
“Betullah.. saya memang susah nak lena
kalau kat tempat baru.” Aku auta lagi.
Aku kena lakukan sesuatu supaya aku tak
ngantuk. Kena gelak. Apa ya yang kelakar? Mestilah layan Running Man. Layan benda
tu, memang gelak tak henti. Makan putu mayam pun boleh tersembur keluar.
Aku pasang external hard disk pada laptopku. Nekad nak layan Running Man. Aku pilih
episod dua puluh tujuh. Dalam episod ni, ahli DBSK jadi artis jemputan dalam
Running Man. U-know Yunho dan Max Changmin. Dah berapa kali layan. Tapi, setiap
kali layan, aku mesti gelak gila-gila. Tak pernah nak bosan.
“Sya tengah buat apa?” soal Izz. Pasti dia
dengar muzik pembukaan cerita Running Man.
“Layan Running Man. Bosanlah.. Tak tahu
nak buat apa tengah-tengah tak ngantuk macam ni,” kataku. Nak jugak aku cakap
pasal ‘tak ngantuk’. Haha..
“Awak dah ngantuk ke?” Aku bertanya kepada
Izz. Aku nampak mata dia masih segar. Alah.. diakan kaki tidur lambat. Apa
sangat la pukul dua belas lebih tu? Malam masih muda..
“Abang belum ngantuklah. Bosan jugak. Hmm… boleh abang tengok Running Man
sekali? Macam yang Sya cakap. Tak tahu apa yang nak buat apa tengah-tengah tak
ngantuk macam ni,” pinta Izz.
Hampir ternganga aku dengar permintaannya
tu. Belum sempat aku bagi jawapan, dia dah datang menghampiriku. Aku terpaksa
mengensot sedikit, beri ruang padanya untuk duduk di sebelahku.
Kami duduk bersandar pada dinding sambil
melunjurkan kaki di bawah meja jepunku. Kedudukan kami agak rapat. Sampai bahu
kami bersentuhan. Aku rasa agak tak selesa, tapi macam biasa, muka cool
wajib kena tayang.
“Running Man ni cerita apa?” soalnya.
“Korea. Ni bukan movie. Running Man ni TV
shows.”
“Hmm..
kenapalah perempuan minat korea?”
“Sebab.. artis diorang memang
cantik-cantik dan handsome-handsome. Lagipun,
orang korea takdelah seksi melampau macam artis barat.” Aku bela hujahku sebagai
fanatik cerita korea.
“Cerita ni seronok sangat ke?” Izz
bertanya sambil mata menala ke arah skrin laptopku.
Ni mesti kali pertama dia menonton Running Man. Tak up to date la dia ni. Sekarang ni semua kenal Running Man la. Abang
Qairul pun layan Running Man, tahu?
“Sangat seronok. Boleh buat kita gelak
gila-gila. Sangat kelakar.”
Kami layan Running Man. Tiba part draw
in rows, aku gelak gila-gila. Ada ke patut bila mula lukis kangaru,
akhirnya teka Mona Lisa? Mahu tak gelak aku. Nasib baik tak terbalik meja jepun ni. Kenapa lawak
sangat ni? Izz kat sebelah pun ketawa bukan main.
“Kelakar la diorang ni,” komen Izz sambil
tahan ketawa.
Kami terus layan, akhirnya tamat satu episod.
Aku pasang episod yang seterusnya. Kelakar. Tapi, mata dah mengantuk
sangat-sangat. Aku dengar Izz gelak. Tapi
aku dah takde mood nak gelak. Aku gagahkan
jugak mata walaupun dah berat sangat.
Aku menguap.
“Sya dah nak tidur ke? Pergilah tidur,”
suruh Izz.
“Saya nak tengok episod ni sampai habis.” Aku
berdegil.
Aku bersandar pada dinding sambil
bersilang tangan di dada. Dengan mata separuh terbukak aku tengok cerita tu. Aku
menguap lagi.
Hmm..
pejam mata kejaplah! Mulut menguap lagi. Kemudian, aku tak ingat apa-apa dah
lepas tu.
Hahahha sya...sya... X ngantukla sangat kan?
ReplyDeleterindunya kat budak nakal ni hehehehe sib baik lappy org tu dah ok bleh sambung cerita .... tq tq tq tq angle... heheheh :) best
ReplyDeletehaha :D lawak....tido kat bahu izz la hahaha :D
ReplyDeleteNak lagi!!!!
ReplyDeletebest sngat..
ReplyDeleteRunning man episode bigbang best,,, ekeke,,,,
ReplyDeleteSambung la lagi...
Haha sy pon tak up to date la kannn... Coz sy pon tak tau pa benda running man tu. Jap lg nak google la
ReplyDeleteharus google...sbab sgt kelakar,haha...takdelah..maybe ikut orang kut..huhu
DeleteSaya pun enjoy running man gak.. Dah download sampai ep. 100 tp x leh nak layan coz baru lps operate perut so x leh nak gelak, sakit!! Hehehehehe.. Suka Joong-Kuk si Harimau..
Deleteyey!!!ade pun n3 br...mmg kelakar la sya ni..tp bgs la dia dh bleh xcept izz tu...so sweet...
ReplyDeleteEgo betul sya ni. Izz cepat cari 'ubat' utk 'jinakkan' sya ni.
ReplyDeleteSalam. Tak nagntuk sgt laa tuu. Bila laa nak cair Qisya Nie.
ReplyDeleteHahaha.......nak jaga ego punye pasal sanggup tahan ngantuk......mesti sha lentok kat bahu izz kan....nal lg ye anjel...rindu lorh...
ReplyDeleteanjel tlg la siapkan cpt2 cite ni then leh kuar novel.. teruja sgt2 nak baca smpi abis...
ReplyDeletehuhuhu lawak lah sha nih...
ReplyDeletenk lg....
ReplyDeletetp kali ni cpat la.....
tgh lyan nie
Betul macam Abang Q cakap... Izz kena cari cara untuk jinakkan Sya ....
ReplyDeletehehehe.... so sweet Izz dan Sya...
sekurang-kurangnya sekarang Sya dah kurang meninggikan suara pada Izz...
Sya boleh buka hati sedikit-sedikit... kena ada yang menyedarkan Sya tentang hati Izz yang ada pada Sya selama ini....
best
ReplyDeletelepas ni kena la izz angkat sha...
apa kata sha kalo izz peluk sha eak..
tgk running man sampai terlelap si sya.. mesti nnt izz yg tlg dukongkan ke atas katil.. he he he
ReplyDeleterunning man dah tunjuk kat astro channel 391.. mmg klakar giler...
ya Allah xsabarnye nk tggu novel ni. setiap episod best2 sweet sgt. bila la sya ni nk suka kt izz
ReplyDeletewah!!!!! saya da tgok yg epi yunho n changmin hahahhaha..... lwak gler.... yu ho si comel....hahhah (tetiba melalut dkt cni heheheh) anyway best... hehehhe trtunggu2 ble nk start part yg romantika de amour hahhaha :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
Sukanya......
ReplyDeletesuka Abang Q ~
ReplyDeletenak lagi :(
ReplyDeletebile nk sambung lagi...nk lagiiiii...hehehe..
ReplyDeletecepat lahh smbungg
ReplyDeletedah rindu kat iz, sha & haffiy... anjell plsssss...
ReplyDeleteSambunglah lagikk
ReplyDeletehari-hari buka nk tgk..tapi bab baru belom sambung lagi..
ReplyDeletenice.. i luv it..
ReplyDeletebila nak sambung ?? tertunggu tunggu bab seterusnye..
ReplyDeleteBila nk kuo kan versi cetak ye?.......penat hati menunggu new n3..hehe
ReplyDeleteBerlagak x ngantuk..skali ha...lelap
ReplyDelete