BAB 17
Nurin basuh mukanya dengan air paip yang
deras mengalir. Kalau ada Clorox, nak je disapu ke mata biar luntur terus semua
yang dilihatnya tadi. Biar suci pandangannya. Tak pun hantuk kepala ke sinki.
Biar dia amnesia, lupa segala-galanya yang dilihat. Kenapa la dia kena saksikan
semua tadi?
Mata ni yang jadi saksi dan mata ni
jugalah yang menangis tadi. Cari tandas sebab nak menangis? Bodoh la kau ni,
Nurin! Kenapa kau menangis? Nurin belek wajahnya di balik cermin. Matanya dah tak
merah. Test hidung. Okey.. tiada
hingus dah! Nurin pastikan tiada kesan yang dia baru lepas menangis.
Yang pasti, Nurin kesal. Kesal sebab dia
rasa dia lemah. Tiga cara untuk mencegah kemungkaran. Pertama, dengan tangan
atau bahasa lainnya adalah kuasa. Tapi dia tak mampu kerana dia tak berkuasa.
Kedua, mencegah dengan lidah. Ini pun dia tak mampu sedangkan dia boleh. Kenapa
tadi dia rasa lemah dan tawar hati? Kesudahannya, dia mampu mencegah dengan
cara yang terakhir iaitu mencegah dengan hati. Sesungguhnya itu adalah
selemah-lemah iman.
Mungkin sebab Harraz dah selamatkannya,
Nurin tak mampu untuk menegurnya. Adakah semua ni sebab termakan budi? Arghh… kau tak patut Nurin! Lemahnya
kau! Nurin mengutuk diri sendiri lagi.
Mereka tak takut dosa ke? Senangnya
mereka lakukan dosa. Tak takut azab Allah ke? Tak takut andaikata mereka mati
masa buat maksiat? Inilah salah satu sebab kenapa dia menangis. Sebab dia sedih
dengan maksiat yang berlaku. Apatah lagi Elfira, kawannya. Dia sedih sebab
Elfira kawannya. Kalau Harraz bersama orang lain, mungkin dia tak sesedih ni.
Sekarang ni, dia rasa dia turut
bersubahat sama dengan mereka yang lakukan maksiat. Stres betul Nurin. Bukan ni
yang dia nak! Dalam hati Nurin berdoa semoga Allah mengampuni dosanya.
---------------
“Kau memang sengaja tadi, kan?” Nurin
terkejut bila tiba-tiba ada orang menolak pintu tandas dengan kasar. Bila
angkat muka, nampak muka menyinga Elfira. Nampaknya Elfira bengang dengan
Nurin.
Nurin yang nampak muka Elfira sikit pun
tak rasa gerun. Sebaliknya hatinya pula rasa marah. Terbayang balik adegan tak
sampai lima belas minit tadi.
Menggelegak rasa darah.
“Kau nak apa ni?” soal Nurin walaupun
dah tahu. Mesti pasal dia yang baik punya timing
datang redah adegan mesra yang bakal berlangsung tadi.
“Kau cemburu tengok aku dengan Harrazkan?”
tuduh Elfira.
Nurin tak faham. Aku cemburu? Cemburu
sebab Harraz Naufal? Hotak dia! Aku ni walaupun dah hampir dua bulan kat sini,
sekelumit hati kuman sampai keturunan ketujuh pun takde perasaan kat Harraz. Daripada
aku suka mamat tu, baik aku suka Farhan, sepupu dia. Kenapa Harraz tak sama
macam sepupunya itu?
“Apa kau mengarut ni? Aku cemburu? Kau
salah target ni. Kau nak kahwin dengan dia ke, nak mati dengan dia ke, sikit
pun aku tak kisah, faham?” jawab Nurin tegas. Tak suka dirinya dikaitkan dengan
Harraz. Rasa macam tak logik pun ada.
“Dahlah, El. Aku nak keluar. Nak sambung
kerja.” Malas Nurin nak layan Elfira. Daripada melayan Elfira, baik dia
bercakap dengan meja.
“Aku tak habis cakap lagi!” Elfira rentap
tangan Nurin. Menghalang Nurin yang melintasinya.
Terkejut Nurin dengan tindakan kasar
Elfira. Nasib baik sempat pegang dinding kat tepi. Kalau tak, dah sembah bumi
dia kalau hilang keseimbangan tadi. Nurin pegang pergelangan tangannya. Merah
dan sakit.
Hai.. nasib baik kawan! Kalau tak,
memang aku dah bagi dah kepala tu bagi salam kat sinki. Nurin cuba bersabar.
“Jiwa kau dah sesat, El. Kau tak rasa
malu ke lepas kau buat macam tu? Kau tak takut azab Allah ke apa? Dah banyak
dah pahala kau nak jamin kau kat akhirat sana?” balas Nurin.
Muka Elfira makin merah. Cukup tak suka
Nurin menegurnya. Dia tahu apa yang dia buat. Dosa dia, biar dia yang tanggung.
Nurin peduli apa!
“Kau tak payah sibuk. Aku tahulah apa
aku buat! Semuanya sebab aku cintakan Harraz.” Elfira panas hati.
Nurin senyum sinis. Sebab lelaki
seorang, perempuan sanggup gadaikan apa saja. Nampaknya depan matanya ni adalah
contoh terbaik. Itu ke yang dimaksudkan dengan cinta?
“Cinta? Itu bukan cinta. Tapi bodoh,”
selamba Nurin balas. Merah muka Elfira.
“Kalau sekali pun aku suka Harraz, aku
akan pastikan dia yang akan ikut cara aku. Bukan aku yang ikut dia. Kita
manusia ni, jangan jadi macam lalang. Takde pendirian hidup. Ditiup angin,
bising je lebih. Tapi tetap meliuk-lintuk. Gedik.” Macam kaulah!
“Kau jangan nak suka Harraz, Nurin!”
Elfrira bengang lagi.
Minah ni pekak agaknya. Tak dengar ke
aku cakap ‘kalau’ kat depan ayat aku tadi? Api dengan api. Baik dia padamkan
api sendiri sebelum padam api orang lain. Nurin beristighfar dalam hati. Biarlah
dia mengalah. Nak gaduh pun gaduh dalam tandas. Ada ke patut? Dahlah tandas ni
rumah setan. Sekarang ni mesti banyak setan yang bersorak mengapi-apikan
keadaan.
“Aku bagi amaran kat kau, Nurin. Harraz
hak aku!”
“Hmm..
yalah. Hak kau. Boleh aku keluar sekarang?”
Tak tunggu banyak masa, Nurin angkat
kaki. Kenapalah nasib dia macam ni? Tak pasal-pasal kena amaran. Entah bila la
aku dengan Harraz bercinta? Bagi amaran pada orang tak patut. Elfira.. Elfira..
----------------
Senyap antara mereka. Nurin berdiri
didepan Harraz dengan pandangan kosong. Kalau tangan pegang obor, rasanya dah
jadi Statue of Liberty versi Malaysia. Namun Nurin tiada niat untuk bertanya
Harraz. Dia malas. Bukan ke hobi mamat tu panggil aku menghadap dia? Dia yang
panggil aku, biar dia yang cakap! Nurin nekad untuk terus berdiam.
Harraz pula tak lepas pandang Nurin.
Seminit dah berlalu, tapi hanya bunyi aircond
kedengaran. Harraz pula sengaja malas mulakan bicara. Sebab biasanya Nurin yang
akan bertanya, “Ada apa encik nak jumpa saya?”
Tapi kali ni lain. Nurin selesa senyap.
Mata pula lebih selesa pandang cermin besar di belakangnya. Pandangan Nurin
sama macam semalam. Beku. Kenapa? Masih marahkan pasal semalam ke? Tapi kenapa
dia nak marah?
“Kau okey ke? Muka kau nampak macam ada
masalah.” Harraz akhirnya bersuara. Tunggu Nurin buka mulut macam tunggu lembu
bertelur je.
Dia nak tanya tu je? Hai.. sejak bila
pulak habis menuntut ilmu baca air muka orang ni? Dan sejak bila pulak ambik
tahu pasal aku? Ke bimbang aku sebarkan apa yang aku nampak semalam? Kalau
ikutkan, apa yang dilihat semalam memang sensasi. Rakam kasi kat Astro Awani,
memang satu Malaysia meletup. Skandal CEO Harraz Holdings entah kali keberapa
juta. Patut dipertimbangkan. Untung-untung boleh buat business!
“Saya okey, Encik Harraz. Alhamdulillah
masih dipanjangkan nyawa untuk melihat bumi dan masih diberikan izin oleh Allah
untuk bertaubat. InsyaAllah.” Berkias Nurin berkata.
Sama macam semalam. Tak bernada, tapi
kedengaran sinis di telinga Harraz. Tapi hairan bila Harraz tak rasa marah
dengan apa yang dikatakan Nurin.
“Tapi muka kau tak cakap macam tu. Kau
bengang pasal semalam ke?” soal Harraz lagi. Tak senang hati selagi pandangan
Nurin padanya tak berubah.
Pantang dia pejam mata, pasti terbayang
panahan mata Nurin yang kaku dan beku itu. Harraz tak senang hati dan sebab
itulah dia nekad untuk berjumpa Nurin.
Nurin yang dengar cuma senyap. Dalam
hati senyum sinis. Huh.. aku bengang? Motifnya apa?
“Siapa saya untuk bengang, Encik Harraz?
Ni syarikat Encik Harraz. Hak Encik Harraz. Suka hati Encik Harraz nak buat apa
pun,” balas Nurin mendatar.
“Hmm..
baguslah kalau kau sedar.” Kedengaran agak angkuh pada telinga Nurin. Nurin
buat muka selamba. Marah tak. Buat muka tak suka pun tak. Dah memang kenyataan.
“Saya tahu, Encik. Dan mulai hari ni,
saya akan kawal tingkah laku saya,” jawab Nurin. Ya.. mulai hari ni, dia akan
berubah menjadi Nurin yang patuh kalau itu yang Harraz nak.
“Ada apa-apa lagi encik nak cakap?” soal
Nurin balik. Terus terdiam Harraz.
“Nampak gaya macam takde. Kalau macam
tu, saya keluar dulu. Assalamualaikum.”
-------------
“Apa ni? Silly sketching.” Kertas
A4 putih itu digumpal sebelum dicampak ke muka Nurin. Tepat kena tulang pipi
kanan Nurin.
Hati menggelegak tapi Nurin hanya diam
dan tenang. Hai.. nasib baik kertas! Kalau batu, rasanya dah merekah agaknya
tulang pipi. Sebab balingan Harraz boleh tahan kuatnya.
“Aku mintak draft. Yang kau bagi aku lukisan bodoh macam budak tadika ni
kenapa?” Harraz marah lagi. Mencari modal untuk menaikkan darah Nurin. Campak
kertas ke muka budak ni pun dah tak jalan. Limbic
system budak ni tersumbat ke apa
sampai-sampai tak tahu nak tunjuk rasa marah?
Laa.. kata draft. Tu draft la.
Lukisan bodoh dia cakap? Bengang tak bengang, tapi Nurin bertekad untuk diam.
Nekad untuk terima kutukan daripada mulut puaka Harraz itu.
“Aku bagi peluang, bukannya reti nak
guna. Tak bersyukur langsung. Pemalas.”
Auchh.. pedasnya! Mulut Harraz sekarang makin
menjadi-jadi. Istighfar, Nurin. Istighfar.
“Maafkan saya, Encik Harraz. Saya akan
siapkan balik,” jawab Nurin.
Bukan tu yang Harraz nak dengar! Harraz
raup rambut pacaknya sebelum mata pandang Nurin dari atas sampai bawah. Stres
jiwa dengan perubahan Nurin. Apa kena dengan budak ni? Demam ke? Sakit ke?
Pelik betul. Mana Nurin yang lama?
“Huh.. petang ni aku nak tengok!” Cuba
menguji Nurin.
Petang ni? Nurin agak terkejut.
Yes.. ada reaksi nampaknya! Hati Harraz dah
teruja. Menunggu Nurin luahkan rasa tak puas hati dan lepas tu mereka akan
bergaduh. Nurin akan buat muka tak puas hatinya tapi akan terus bersetuju lepas
kena cabar. Macam yang selalu dia buat pada Nurin sebelum ni.
Tapi, semuanya meleset sama sekali.
“Okey.” Nurin setuju tanpa syarat.
Entah kenapa, Harraz rasa kecewa yang
amat. Raut tenang Nurin dipandang. Tak tahu nak cakap apa dia rasa sekarang ni.
Rasa nak cekik budak tu pun ada!
“Dah.. kau keluar sekarang!” halau
Harraz. Makin dia tengok muka Nurin, makin dia sakit hati.
Nurin cuma mengikut. Sempat dia ambil
kertas yang digumpal Harraz dulu. Tutup je pintu bilik Harraz, baru Nurin buat
muka tak puas hati.
“Kurang asam betul! Kata nak minggu
depan. Memang macam ni je la hasilnya. Semalam baru bagi, hari ni dah nak
tengok draft? Encik Yaziz sendiri pun
bagi aku tiga hari nak siapkan draft.
Dia ingat melukis pelan ni macam lukis orang lidi?” bebel Nurin.
Gumpalan kertas di tangannya dibuka.
Renyuk habis. Sakit betul hati bila lihat hasil kerjanya dibuat sebegitu.
Dahlah bukan senang ilham tu nak datang. Bila dah datang, dia renyuk aku punya?
“Silly
sketching? Macam budak tadika?” Grr…
Nurin genggam penumbuk. Kertas tu kembali renyuk. Patutnya dia baling balik
kertas ni masuk kerongkong mamat tu tadi!
Huh.. baik buat kerja sekarang ni!
Petang ni, si Rimau Lamborgh tu nak tengok.
--------
Harraz termenung sendiri. Kepala masih
fikirkan Nurin. Sejak bila pulak dia mula fikirkan budak tu pun Harraz tak
tahu. Yang pasti, dia cukup tak suka dengan Nurin yang sekarang ni. Nurin yang
patuh, Nurin yang lembut. Tapi pada wajahnya tiada keceriaan macam dulu.
Pandangan Nurin beku. Reaksi wajah Nurin acuh tak acuh.
Kenapa Nurin berubah? Dia perasan, dah
hampir seminggu macam ni. Sesak rasa jiwa, tak tahu kenapa. Semuanya bermula
lepas peristiwa dia tertangkap dengan Elfira hari tu. Dan lepas tu, wujudlah
Nurin yang sekarang.
Mana Nurin yang suka membangkang bila
dia bagi arahan tak cukup logik? Mana Nurin yang sanggup pertahankan hujahnya
bila dia tak bersalah? Mana Nurin yang selalu buat dia kagum dengan keberaniannya?
Patutnya dia suka Nurin yang sekarang.
Bukan ke dia memang nak Nurin yang patuh? Sebab itulah yang akan buatkan Harraz
nampak berkuasa dan hebat. Tapi, sayangnya Harraz langsung tak gembira. Malah
rasa macam tercekik rasa jiwa bila bertentang dengan mata Nurin yang tiada
kemesraan itu.
Puas dia cuba naikkan darah Nurin.
Macam-macam akal dah digunanya. Tapi semuanya tak berjaya. Nurin hanya terima
sekalipun dengan tugas yang tak masuk akal. Dan bila Nurin gagal, Nurin hanya akan
terima kemarahannya tanpa niat membela diri.
Tak macam dulu. Entah kenapa, Harraz
rindukan Nurin yang dulu.
Dia ada masalah kut. Hati Harraz
terdetik. Mungkin juga. Yalah.. mungkin dia ada masalah sendiri sampai
terbawa-bawa ke tempat kerja. Dia pun bukannya pernah ambil tahu macam mana
Nurin kat pejabat.
--------------
Gamat suasana bilik itu dengan gelak
ketawa. Semua orang yang mendengar cerita yang dibawa Ash itu terbahak-bahak
ketawa. Kelakar betul. Nurin pun tak kurang galak ketawa. Apa-apa cerita yang
keluar dari mulut si Ash memang kelakar. Itu yang dapat dia putuskan lepas
kenal dengan Ash.
Ketawa yang kuat tadi makin mereda. Tapi
yang pelik bila ketawa yang kuat itu tiba-tiba mati terus. Macam terkejutkan
sesuatu. Nurin nampak Eddie menyiku Ash suruh berhenti bercerita sambil
menunjukkan ke arah pintu bilik itu.
Nurin turut sama pandang ke arah itu.
Patutlah semua ketawa terbantut. Big boss
turun padang rupanya. Nurin turut sama berlagak macam tiada apa-apa berlaku.
Wajah selamba ditayang.
“Seronok betul I dengar you semua ketawa
tadi. Ada cerita lucu ke?” soal Harraz.
Wajah satu persatu stafnya itu
diperhatikan. Bila tiba giliran Nurin, matanya berhenti di situ. Nurin nampak
ceria tadi. Gelak pun bukan main kuat. Tak nampak pulak macam ada apa-apa
masalah. Hah.. tu dia! Reaksi Nurin dah berubah beku bila nampak dia.
Nurin pula buat tak tahu bila Harraz
pandang dia. Apa dia nak ni? Tak pernah-pernah Harraz turun padang sepanjang
dua bulan dia kerja kat sini. Takut orang ponteng kerja ke apa?
“Eh, takdelah lucu sangat, bos. Si Ash
ni la. Entah apa-apa cerita yang dia bawak. Cerita kena ayat dengan bapok pun
nak cerita,” jawab Eddie.
Semua ketawa kecuali Nurin. Sikit pun
tak rasa lucu lepas nampak muka Harraz. Muka Harraz tu macam ada virus yang boleh meenyebabkan saraf ketawa dia tersumbat. Harraz
pun turut sama tersenyum mendengar jawapan Eddie itu. Sempat mata kerling Nurin.
Dan-dan la masa ni tangan nak bergerak atas kertas putih itu. Petanda awal
Nurin malas masuk campur.
“Bos ada apa datang sini? Nak jumpa
sesiapa ke?” Eriq bertanya. Sangat pelik Harraz menjejak kaki ke tempat mereka.
“Nothing.
I’m just feeling stressed. Saja jalan-jalan,” jawab Harraz.
Nothing? Saja jalan-jalan? Berpandangan semua
orang dalam bilik itu. It’s so not
Harraz! Harraz yang mereka kenal mana kenal erti jalan-jalan masa pejabat.
“Oo..
ingatkan ada rindukan orang kat sini,” giat Ash pula. Mata jeling Elfira.
Gamat seketika bilik itu dengan usikan.
Elfira pun senyum malu. Yalah.. rasanya semua orang tahu yang Harraz rapat
dengan Elfira.
Nurin pulak, bila melibatkan Harraz dan
Elfira, terus terbayang apa yang jadi minggu lepas. Hai.. sakit pulak rasa
hati! Buat berkusta mata je la! Maksiat semua ni!
Nurin bangun dari duduknya. Rimas betul
rasa sekarang ni. Oksigen pun rasa tak cukup lepas terpaksa kongsi dengan
Harraz.
“Nurin, you nak pergi mana?” Eriq
bertanya.
“Cari oksigen.” Hanya itu yang Nurin
jawab. Cukup selamba. Mana-manalah asalkan bukan tempat yang ada Harraz.
Menyampah betul.
Nurin terus berlalu. Buat tak nampak
dengan Harraz yang tengah berdiri.
------------------
Nurin mengacau air milo 3 in 1 panas itu dengan sudu. Menanti
air itu agak sejuk sikit sebelum minum. Minum panas-panas macam ni, mahu masak
anak tekak. Buat apa nak cepat-cepat? Balik ke tempat dia pun, entah-entah
Harraz ada lagi.
Entah apa yang tak kena dengan si Rimau
Lamborgh tu. Dah keluar sarang nampaknya hari ni. Entah-entah bila Harraz nampak
dia, entah kerja apa-apa pulak yang diberi lelaki itu.
Sejak peristiwa Harraz kantoi hari tu,
Nurin semaksima mungkin cuba mengurangkan kadar pertembungan dengan Harraz.
Entah kenapa dia tak suka bila tengok muka Harraz. Rasa sangat marah dengan
diri sendiri sebab tak mampu nak tolak kemungkaran depan mata.
Nurin rasa, makin dia kenal Harraz,
makin banyak sisi gelap mamat itu yang terbongkar. Sebab tu la kalau boleh dia
taknak dekat dengan Harraz. Supaya dia tak perlu bersubahat lagi.
Bunyi orang berdehem buatkan Nurin
berpaling ke belakang. Terkejut betul bila dia yang seorang diri itu tiba-tiba
ada yang datang terjah.
Harraz Naufal.
Tiba-tiba rasa macam dah jadi tugu
Negara. Tak bergerak, tak berkelip. Nasib baik bernafas.
“Do
me a favour. Make me a cup of hot coffee, could you?”
Ewah, mengorder? Kau ingat ni kedai mamak? Mengada-ngada! Buat sendiri la! Baru
je Nurin nak buat tak layan, Harraz bersuara.
“Auchh… Oh,
my six centimetres wound!” Harraz mengaduh kesakitan. Tempat
lukanya digosok perlahan sambil mata jeling Nurin
sekali.
Mengungkit! Nurin gigit bibir. Tak
pernah lupa perkara itu. Adanya dia di sini adalah kerana Harraz. Dia takkan
lupa yang dia punya hutang dengan Harraz. Hutang nyawa. Untuk yang satu itu,
hati Nurin agak lembut sedikit.
Tanpa suara, Nurin cuma mengikut arahan Harraz.
Dia mencapai paket kopi 3 in 1 yang
ada di situ.
“And
I don’t drink 3 in 1.”
Terus tangan berhenti. Kepala
dipusingkan pandang Harraz. Amboi.. kau ingat ni Coffee Bean? Manalah dia tahu
citarasa Harraz macam mana.
“Habis Encik nak yang macam mana? Boleh listkan tak prosedurnya?” soal Nurin
menyinis. Manalah tahu ada cara khas untuk hidangkan kopi untuk Encik CEO ni. Manalah
tahu kut-kut kena bakar kopi sendiri. Takpun kena sukat suhu air panas pakai
termometer dulu sebelum tuang ke dalam cawan.
Melebar senyum Harraz. Ha… itu dia!
Keluar jugak suara. Payah betul mulut tu nak bersuara. Takdela pulak nampak
jongkong emas keluar daripada mulut Nurin.
“Ask
Eves. Dia tahu macam mana caranya.
Lepas siap, hantar masuk bilik aku, okey?” Sesuka hati Harraz mengarah Nurin.
Kalau macam tu, baik aku suruh Eves je
yang buat. Bukan tu kerja Eves ke?
“Remember,
Nurin. It must be you. Not Eves,” sambung Harraz lagi. Bagaikan dapat membaca
fikiran Nurin.
Ada beza ke? Nurin tak faham. Bezanya
cuma satu. Mamat ni memang sengaja nak susahkan hidup dia. Huh.. Nurin
mengeluh. Menyesal pulak datang ke pantri ni. Mana pulak la mamat ni tahu dia
kat sini? Biasanya pantri ni kawasan bebas Harraz. Yalah.. mana pernah bos dia
tu nak kotorkan kaki pergi pantri. Tekan interkom, order, tak sampai lima minit sampai depan mata.
“Ah,
my throat is thirsting of coffee! If and only if my arm doesn’t hurt, I’m
certainly able to make it on my own now. Auchh… my arm! Tolong cepat sikit
ya?” Harraz mengaduh kesakitan lagi seraya
mengusap tempat lukanya sebelum meninggalkan pantri. Muka pun berkerut habis.
Nurin yang tengok hanya mampu tahan geram. Drama
sangat! Entah ya, entah tak. Dah seminggu berlalu. Takkanlah lukanya tak
sembuh-sembuh lagi kut? Apalah yang si Harraz nak sebenarnya?
hahhaha, harraz dah mula jatuh..hihii...
ReplyDeleteThumb up! TQ... Tak sabar nak baca sambungan;;;
ReplyDeleteGood job Nurin... buat sampai Harraz jadi tak tentu hala.. :)
hahahaha.. sis, entry ni best la, cpt2 post entry baru yerr... tq
ReplyDeletewahhh....gedik plak harraz ni.....
ReplyDelete-nur-
xsabar nak baca next entry....best sangat2....terasa mcm pendek je entry ni....
ReplyDeletemintak okigen jugak. best nanti cepat-cepat bukukan. can be your second baby. Can't wait to get a copy
ReplyDeletehahaha..padan muka harraz
ReplyDeletekeep it up anjell
tak sabar nak tunggu next entry
Awesome sis !!!
ReplyDeleteBilalh nk dibukukan ek ?
X sbar nk golek2 atas katil dgn novel nie xD
'my six centimetres wound!'
ReplyDeleteHahahahaha xD harraz ukur ea luka dia?
Aptb :D
Masa pergi klinik doktor tu ada cakap rasanya. Try baca kat previous entry hahaha.
DeleteByl tu...
DeleteI LIKE ANJELL! Baru keluar watak hero sebenar si Harraz tuh. Nak lg! huhu.
ReplyDeleteBTW mana Farhan? patah hati sgt tu. haha
Harraz nak u lah Nurin.
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeleteHahaha...mengada tul la si harraz ni..
ReplyDeleteHaha..harraz dh mula nk manja manja ngan nurin..x sabar nk baca next entry :D..
ReplyDeleteNk cita Nurin ngan Harraz ja..x mau elfira ngan farhan masuk campur..
Suka pula entry kali ni..Padan muka harraz! Sentap ye ngn perubahan nurin..ihikss!
ReplyDeleteSabar ye nurin, layankn aje harraz tu, redha je la ape yg die nk! Biar harraz xsng ati xsng duduk n sume2 la yg xsng yg swaktu dgnnya!
Harraz mengade ekk
ReplyDeleteX leh ke update setiap hari.. best la x sabar nk tunggu
ReplyDeleteHarraz dah mula rindu sisi Nurin yang sinis, melawan, bergaduh...rindu tandanya hati dah terpikat...bila agaknya Harraz nak perasan mata Nurin ni...
ReplyDeletePadan muka Harraz, haha. Nurin mmg the best. Elfira Tu gedik2 je.. X sbar tnggu entry strusnya.. 😊😊
ReplyDeleteAdui..siannya nurin..nak kena ngadap 2 makhluk tu..elfira n harraz..mana farhan pergi..biar harraz makin meracau nak tarik perhatian nurin..thanks anjell..terbaekkk.
ReplyDeleteAlahai.....harraz luka hang tu dh seminggu la.....dh lega.....hihihihi, selama ni pompuan yg dok ngada lt hang....lani, hang plak yg dok mengada kt nurin ;)
ReplyDeleteOmgg...! Bestnyaa entry baru. Tak sabar tunggu next entry. Goodjod sis... :D
ReplyDeleteBolayan jer harraz tu lg, biar terasa kehilangan, mngada ja lebih...hehe tetapkan hati Nurin...
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteElfira minah perasan..yo2 je dia ingat harraz carik dia bila mamat tu round2 kt station kerja derang..helloooo perempuan..ko cuma stok geli2 je..lelaki kalau nak buat bini macam si nurin..tahniah anjell..selain menghiburkan kita semua..terselit pengajaran di situ..mmg ada spesis elfira di alam nyata ni..sanggup berbuat apa saja..
ReplyDeleteFarhan...tolong lah muncul bg panass..bg si playboy tu x tido mlm...
ReplyDeleteYeay yeay. Munculkan farhan pula. Bg panas lg hati tu
ReplyDeletehahahahahahahaha….good choice of words used Anjell…mummy suka sgt..superb n3
ReplyDeleteSorry harraz..7 keturunan pun nurin takkan syok dgn u..lawak..lawak..kena kerja keras lagi kalau nak tarik perhatian nurin..harap2 nurin kekal mendinginkan diri dia sampai farhan datang..tercabar tak bang haraz...
ReplyDeleteBest :)
ReplyDeleteSuperb....I need more...ASAP
ReplyDeletebest2
ReplyDeleteTaktau kenapa rasa best gila sampai tahap rasa kenyang walau waktu berbuka lg setengah jam bila baca part ni. Suka sgt bila Nurin jd dingin cmtu. Baru padan muka Harraz. Good job Anjel! Luv u la. Haha
ReplyDelete..Sikap dingin beku Nurin mmberi nur hidayah pd Harraz.....x sabar for the next n3.....congrate anjell....
ReplyDeleteMati kutu Harraz. Padan muka ko. Nak lagi.....
ReplyDeleteAdakah kak anjell akn update n3 baru stiap hari 'khamis dan ahad'?? Hmm curious
ReplyDeleteNurin dah buat harraz mati kutu ye...bagus nurin..
ReplyDeleteterbaiklah anjell...
Yeehaa..... Bagus Nurin, mabbless la, teruskan lagi.... Errkss.... Harrazzzz.... Pepura sakit ehh... Sudah terseksa jiwa raga kah?.. Baru hang tau..... Tu baru bunga, belum buahnya lagi.... Kah kah kah (gelak jahat nih...)
ReplyDeleteBaca n3, harraz belum lagi jatuh cinta dgn nurin..yg ada cuma ego dia yg perasan jejaka terhangat semua perempuan akan melutut pada dia kecuali nurin..tu yg membuat dia rasa tercabar n cuba mengejar nurin n cuba membuat hidup nurin kelam kabut..tak seperti farhan mmg ternyata jatuh cinta dgn nurin..betul tak cik penulis...
ReplyDeleteAdoyai harazz dah jatuh tp still x ssdr lg hehehe
ReplyDeleteKlu pun nurin suka kat farhan byk jg rintanganya..girlfriend farhan x kan diam diri..entah2 lebih teruk dr el gedik..mungkin harazz akan berubah mcm tengku aaron shah ..x sabar nak tunggu hala tuju penulis..apa yg bakal terjadi...
ReplyDeleteKenapa ntah. Hati ni suka jugak kat Farhan. Nak jumpa perempuan yang boleh bawak hati terdetik utk berubah ke arah kebaikan susahhh...Sedangkan Salmiang boleh Damia tepis... inikan pulak gf Farhan dan Nurin. Nurin mcm lagi ganazzz dari Damia.. XD.
DeleteBest giler!
ReplyDeleteOho...dh nape plak si harraz nih...kerinduan ngan peel lama nurin..nk kata dh jatuh suker...cam tak..nk kata tk suker pn cam tak gak...so pegi kat tengah2 that mean harraz dlm konflk...jiwa kacau...bab kena telan ego sendiri...rase2 lh luka kat tangan tk sakit dah...cuma tercabar ngan bakal2 terluka kat hati milik sendiri...hehe.. rase kn harraz..tepuk2 lh dada..rase2 lh sendiri...
ReplyDeleteHopefully Nurin akan terangkan panjang lebar kat Harraz kenapa dia panas hati... Harraz ni blur sebab tak kenal dosa agaknyer
ReplyDeleteSeminggu lepas kejadian masih takder Farhan. Miss Farhan
ReplyDeleteHahaha..harraz da stat sengal..next3 n3 please..
ReplyDeleteBest
ReplyDeletewalaweeiii.. i like this kind of conversation..hahaha..harraz dah terasa!!!please Farhan make a move on...buat Harraz jeless tahap petala..barulah Harraz akan terasa..Kak Angell next entry...
ReplyDeleteFuyoooo. Best best nak oksigen jugak. Tadi buat eksperimen dlm kelas aluminium n besi tak ada tindak balas bila bkr dgn oksigen. Skrg sy tau mana semua pegi oksigen saya tu.....
ReplyDeleteAnjel...best sgt..x sabar nak tunggu next entry...selamat berpuasa & mudahan2 cuti raya nanti byk lagi idea u..yg mencabar & mendebarkan yg bikin harraz panass..anjel rindu pulak kat farhan bila agaknya dia nak masuk line..
ReplyDeletefarhan pon layboy jgkkan? go go go harraz..btw best dow kak anjell punya story!! n3 ni best!!
ReplyDeletenext please,,hehe.. sis, u're the best
ReplyDelete“Remember, Nurin. It must be you. Not Eves,”
ReplyDeleteHaha terbaik!
Go harraz! #Teamharraz
yeyeh! tak sabo pulak nak tunggu next entry....
ReplyDeleteGo harazz! ,,teamharazz 100%
ReplyDeleteBest..
ReplyDeletebestttttt!
ReplyDeletesuka3x .... tk sbr nk tggu new n3 ... huhuhuhu ... best citer ne .. thumbs up! cik writer ....
ReplyDeleteCik writer bila nk update n3 baru
ReplyDelete