BAB
6
“Nanti
kau duduk mana?” Farizzam pandang Tengku Ian.
Runsing
betul hati nak tinggalkan abang angkatnya tu sorang-sorang. Esok dia akan
berangkat ke Tokyo atas urusan kerja. Tiba-tiba pula kena ganti juruterbang
lain yang terpaksa ambil cuti kecemasan.
Tapi
masalahnya, bila dia keluar rumah, Tengku Ian pun terpaksa keluar sama. Kerana
apa? Kerana Tengku Ian tak mungkin ditinggalkan berdua dengan ibunya. Mereka tak
punya ikatan sah walau betapa rapat hubungan mereka. Walau hubungan mereka cuma
sekadar ibu dan anak.
Tengku
Ian pun dah maklum akan hal itu. Sebab itulah dia pun dah punya perancangan
sendiri sementara tunggu buah hati sebelah ni balik Malaysia balik.
“Aku?
Aku koreklah mana-mana jambatan kat Malaysia ni. Buat berteduh sehari dua
sementara nak tunggu kau balik. Kalau tak, celah batu pun boleh. Sedangkan ulat
boleh hidup kat celah batu. Inikan pulak Tengku Ian.” Kemudian Tengku Ian
sengih bila nampak mata Farizzam dah macam ala-ala nak sula dia.
“Itu
ulat. Kau tu ulat ke? Serius la weh.”
Tengku
Ian sengih lagi. Nak bergurau pun tak boleh abang pilot ni.
“Kau
ni, nak gurau manja pun tak boleh. Dahlah lepas ni nak tinggal aku jauh-jauh.
Penat-penat aku balik Malaysia. Tak sampai seminggu aku duduk sini, dah nak
kena tinggal.” Tengku Ian karang ayat sedih.
Tapi
Farizzam memang dah immune dengan
ayat dramatis kalau keluar dari mulut Tengku Ian.
“Takyah
nak manja sangat la. Geli anak tekak aku dengar.”
Tengku
Ian ketawa pula.
“Aku
duduk rumah aku la. Nak duduk mana lagi?” Akhirnya Tengku Ian jawab soalan
Farizzam.
Rumah
yang ayahnya beli. Wujudnya dah lama. Cuma dia jarang balik ke rumah itu. Lebih
suka dan selesa menumpang di rumah Farizzam dan Ayana kerana merekalah
satu-satunya orang terdekat dengannya kat Malaysia ni. Lagipun, buat apa balik
rumah besar tu? Bosan tak tahu nak buat apa. Bukannya ada orang pun. Nanti hari-hari
kerja cakap dengan almari. Tak seronok langsung.
Tapi,
untuk satu minggu akan datang, dia terpaksa tinggal sendirian di sana. Ada
hikmah juga sebenarnya. Kalau tak, memang tak berpenghuni la rumah tu. Hanya
ada tukang kebun yang rajin uruskan kawasan rumah tu. Dan juga penjaga rumah
yang sudi menjaga rumah itu semasa ketiadaannya.
“Nanti
kau pakailah kereta aku kalau kau nak ke mana-mana,” pesan Farizzam lagi.
“Ya.”
“Kenapa?”
soal Tengku Ian pula. Baru perasan Farizzam tengah tenung dia.
“Risau
pulak aku nak tinggal kau sorang-sorang kat sini.”
Tengku
Ian ketawa. Haha.. Apa gaya dah macam nak tinggalkan marka ni? Kalaulah
Farizzam ni ada awek, rasanya mahu dia kena sembur dengan awek Farizzam sebab
cemburu dengan sikap terlebih caring Farizzam
terhadapnya.
“Aku
ni bukan kecik lagi la. Aku ni abang, okey? Tahulah aku nak jaga diri nanti.”
Macam
la dia ni budak dua tahun. Lagipun, Ayana kan ada. Mestilah dia akan laporkan
pada Ayana setiap aktiviti dia lakukan. Sebab Ayana pun kena siapkan laporan
untuk dihantar ke pihak berwajib di LA sana.
“Jogging jangan sampai sesat.”
Kali
ni Tengku Ian serius gelak dengan pesanan Farizzam. Kelakarnya rasa! Dengar
macam koleksi lawak antarabangsa, tapi itulah yang betul-betul terjadi. Jogging pun boleh sesat. Apa daa..
“Ya..
ya.. tak sesat dah kalau aku jogging,”
jawab Tengku Ian sambil tersengih.
“Ada
apa-apa lagi pesanan ke adikku sayang?” sambung Tengku Ian lagi. Macam
berkajang-kajang lagi pesanan si adik kepadanya.
“Jaga
diri, jaga ibu.”
“Ya.
Semestinya.”
-----------------
Sunyi!
Itu yang Tengku Ian rasakan sekarang ni. Baru tiga hari Farizzam tinggalkan
dia, dia dah mati kutu. Tak tahu nak buat apa dalam rumah besarnya ni. Sangat
besar untuk dia yang tinggal bersendirian.
Nak
kerja, tiada kerja. Nak jumpa kawan, tiada kawan. Sebatang kara dia di sini
kalau bukan ada Farizzam dan Ayana. Baru pagi tadi jumpa Ayana dan bersarapan
bersama di luar. Nasib baik ada Ayana.
Dan
dia bukanlah jenis yang terlalu sosial. Memang dia terdedah dengan pelbagai
jenis budaya di LA dulu, tapi tak bermakna dia pun terikut-ikut sama. Bonda dan
ayahnya mengawal ketat pergaulannya di sana. Apa yang tak boleh, tetap tak
boleh.
Kelab
malam, arak, perempuan dan seks. Semua itu perkara biasa. Dia terdedah. Tapi
Alhamdulillah dia tak pernah mencuba. Mungkin ada orang tak percaya bila
melihat cara hidupnya di sana, tapi itulah realitinya. Dia bersih dari segala
dosa-dosa itu.
Tengah-tengah
bosan tak tahu nak buat apa ni, kalau lelaki lain mungkin dah mencari hiburan
duniawi. Pantang matahari jatuh, mesti ke kelab malam atau pub untuk berseronok.
Atau mencari perempuan. Tapi Tengku Ian tak rasa nak buat semua itu.
Make some friends!
Itu nasihat ayah dan bondanya. Ya.. dia tahu. Tapi dia kena berhati-hati dalam
memilih kawan. Sebab di Malaysia ni, orang patut kenal dia sebagai Ian. Bukan
Ku Zam. Sekurang-kurangnya bukan dalam masa terdekat semuanya terbongkar. Sebab
itulah dia kena berhati-hati.
Haila..
daripada termenung kat sini, ada baiknya juga dia keluar bersiar-siar. Kalau lagi
lama dia bersendirian dalam rumah ni, agaknya memang betul-betul bercakap
dengan almari dia nanti.
Petang-petang
macam ni ada bagus juga kalau berjoging.
“Jogging jangan sampai sesat.”
Tiba-tiba
teringat pesanan Farizzam. Terus bibir tersenyum lucu. Kalau kali ni dia jogging sampai sesat, memang tak tahulah
dia nak cakap apa. Haha.
----------
Bertalu-talu
pintu bilik Medina diketuk tapi Medina masih belum membukannya. Bukannya sebab
apa. Sebab dia malas. Tengok je cara ketuk pintu macam nak dirobohnya pintu tu,
dia dah boleh agak siapa dan apa motifnya.
Bila
dah rasa tangan si tukang ketuk tu dah lenguh nak mengetuk, baru Medina
malas-malas bangun untuk membukanya.
Macam
diagak, Puteri berdiri depan biliknya macam warden tengah lawat banduan. Muka
macam tengah tahan geram.
“Nak
apa?” soal Medina.
“Kau
ni pekak eh? Sakit tangan aku nak ketuk pintu ni, kau tahu?”
“Tak
tahu.” Selamba Medina jawab.
Geram
Puteri yang tengok.
“Nak
aku report kat mama?” ugut Puteri.
Medina
mencebik dalam hati. Dah dua puluh dua tahun dia hidup, tu la ayat wajib minah
ni bila jadi tukang pacak depan bilik dia.
“Kau
nak apa?” soal Medina malas. Layankan je kakak tirinya yang sorang ni supaya
cepat-cepat dia berambus.
Puteri
senyum jahat. Huh.. tahu takut! Gembira bila Medina kalah.
“Ni!”
Puteri tolak sesuatu dengan kakinya.
Medina
pandang bawah. Ada satu bakul yang menempatkan pakaian kotor. Boleh tahan
banyak juga. Macam sebulan tak basuh baju pun ada. Yang dia letak sini kenapa? Ingat
mesen basuh dalam bilik dia ke?
Ni
tak lain tak bukan, nak suruh dia basuh la ni.
“So?”
“Basuh.”
“Tadi
masa Mak Jah mintak, kenapa kau tak bagi?” Medina tak puas hati.
Pagi
tadi rasanya baru Mak Jah basuh semua pakaian. Yang minah ni mengada tak bagi
kenapa?
“Tadi
aku tak rasa nak basuh. Sekarang baru aku rasa nak basuh. Aku nak baju-baju ni
kering sebelum besok.”
“Kejap
lagi la aku basuh.” Medina akhirnya mengalah. Malas nak berperang petang-petang
macam ni dengan Puteri yang tak berapa matang ni.
Macam
tak biasa. Basuh baju je pun. Bukannya susah. Sumbat dalam mesen basuh, buka
paip air, letak sabun, tekan butang start.
Bukannya dia hidup zaman jepun dulu. Nak basuh baju kena berkemban pergi tepi
sungai.
“And, satu lagi.”
Apa
lagi budak terencat ni nak?
Belum
apa-apa lagi, Puteri menerjah masuk bilik Medina. Selamba buka pintu almari
Medina dan geledah baju-baju milik Medina.
“Kau
ni dah kenapa?” Kuat suara Medina. Pantang betul orang sentuh barang-barangnya.
Badan
Puteri ditolak kasar. Nasib baik kepala tak kena bucu almari dengan tolakan kuat
Medina.
Kali
ni Medina hilang sabar. Tajam mata jeling Puteri. Muka Puteri macam mintak nak
kaki dan dia rasa bila-bila masa dia boleh bagi sekarang ni.
Kecut
perut juga Puteri bila Medina dah bertukar.
“Kau
keluar sekarang,” halau Medina. Suara perlahan tapi berbaur arahan. Berani ingkar, memang kepala
Puteri betul-betul cium bucu almari rasanya.
Kemudian
Puteri tiba-tiba jatuh terduduk di atas lantai. Medina tayang muka bosan. Huh..
dah mula dah drama dia!
1,
2, 3, action!
“Ma..
ma.. mama!!” laung Puteri kuat.
Kejap
lagi, mesti mak tiri dia datang.
Macam
yang Medina agak, tak sampai seminit kena seru, dah terpacak mak tirinya di depan
pintu biliknya. Muka bengis.
“Apa
yang kamu jerit-jerit ni, Puteri? Tak senang mama nak berehat,” bebel Datin
Mawar. Bila nampak Puteri terjelopok atas lantai, cepat-cepat kaki Datin Mawar
melangkah ke arah anak kesayangannya itu.
“Puteri,
kamu kenapa?” soal Datin Mawar risau. “Apa kau dah buat dengan anak aku?”
Mencerlung mata pandang muka selamba Medina pula.
Medina
cuma diam. Tak rasa dia perlu bersuara kalau si tukang mengadu bakal mencipta
cerita dongeng beberapa saat lagi.
“Mama.. Medina.. dia.. dia.. tolak Puteri.
Sakit, mama,” adu Puteri. Muka berkerut habis macam sakit sangat je gayanya.
Entah kat mana sakitnya, Medina pun tak tahu.
Dengar
je perkataan ‘tolak’, laju je tangan Datin Mawar naik ke pipi Medina. Medina
terkejut dan tak sempat mengelak. Cuma mampu memegang pipinya yang rasa
berbirat tiba-tiba.
“Berani
kau tolak anak aku? Dasar budak tak guna,” maki Datin Mawar. Kemudian kepala
Medina ditonjol beberapa kali.
Puteri
bersorak dalam hati bila melihat Medina diperlakukan seperti itu. Tak pernah
rasa seseronok ini.
“Sakitlah!”
Medina menepis tangan ibu tirinya. Sakit di badan dan hati bergabung. Nyaris-nyaris ibu tirinya pun ditolak macam Puteri.
“Oo..
sekarang kau berani nak kurang ajar dengan aku, ya? Makin besar, makin pandai
melawan!” Datin Mawar panas hati bila Medina berani melawannya.
Medina
beristighfar dalam hati. Hati memujuknya supaya bersabar. Ikutkan darah muda ni, memang dia akan sekurang-kurang ajar dengan ibu tirinya. Astaghfirullahalazim!
“Benci
aku nak tengok muka kau ni. Dari kecik hidup tak pernah nak senangkan hati aku.
Dah, Puteri. Baik kita keluar dari bilik dia. Rimas mama rasa.” Datin Mawar
kipas-kipaskan mukanya. Dari kecil sampai besar dia benci tengok muka Medina.
“Mama..
tunggulah kejap. Puteri nak tengok baju yang papa beli untuk dia.” Puteri tahan mamanya yang nak berlalu dari bilik Medina.
“Baju
yang mana?” selamba Datin Mawar tolak Medina yang tengah berdiri depan
almarinya. Pintu almari dikuak besar-besar.
Medina
tahan rasa. Geram, tapi tak boleh nak buat
apa-apa. Ikutkan hati, nak je dihumbannya kedua-dua orang yang tengah seronok
menyelongkar hak miliknya itu masuk almari lepas tu kunci dari luar. Biar
mereput dalam tu! Nak sangat tengok barang aku!
Apa
yang dicari Puteri jumpa. Blouse
warna merah jambu yang dihadiahkan papanya untuknya berada dalam tangan Puteri.
Baju itu adalah ole-ole dari papanya yang baru balik dari luar negara beberapa
hari lepas.
“Tengok,
ma. Papa tak adil betul. Kat dia ni, papa bagi cantik. Puteri punya tak cantik
pun. Mama, Puteri nak yang ni.”
Hati
Medina yang baru nak sejuk tadi kembali panas.
“Woi,
tu papa bagi aku, kan?” Tak faham betul Medina. Bukannya papa bagi dia sorang.
Puteri pun dapat juga.
Medina
rampas balik baju itu. Nampak macam keanak-anakan tapi dia tak peduli. Walaupun
dia tak sukakan warna merah jambu, tapi sebab papa yang hadiahkan dia sayangkan
baju tu. Sekurang-kurangnya baju itu adalah satu tanda yang papa ingatkan dia.
“Mama,
Puteri nak baju tu!” Puteri mula merengek bila baju tu kembali ke tangan
Medina. Nak rampas lagi sekali, dia tak berani. Mungkin penampar Medina singgah
ke mukanya kalau dia cuba rampas balik. Sebab tu Puteri gunakan mamanya pula.
Datin
Mawar pula yang rampas baju itu dari tangan Medina. Kali ni, Medina tak boleh
berbuat apa-apa bila ibu tirinya ikut campur. Benci betul dia melihat senyuman kejayaan Puteri.
“Kau
ni, pasal baju pun nak gaduh. Bagi je la baju ni kat Puteri. Puteri kan kakak.
Cuba hati tu jangan busuk. Macam mak kau.”
“Jangan
nak libatkan nama arwah mama saya dalam hal ni.” Kuat suara Medina. Benci betul
Medina dengar bila nama mamanya ditarik sama.
“Apa?
Kau tahu apa? Kau bukannya kenal mak kau pun.”
Walaupun
aku tak pernah kenal mak aku, tapi yang aku pasti perangai dia tak buruk macam
kau la! Medina tahan mulut daripada cakap macam tu.
“Yay..
cantikkan, mama? Kalau Puteri yang pakai, mesti lagi cantik.” Puteri
tayang-tayang baju kat tubuhnya. Sengaja nak bikin hati Medina makin panas.
Makin seronok bila tengok muka masam Medina yang mengalahkan asid sulfurik.
Menang lagi!
Ini
Puteri la. Semua benda yang dia nak, mesti dapat!
“Ya,
anak mama pakai apa-apa mesti cantik,” puji Datin Mawar. Puas hati bila anak
tunggal kesayangannya itu gembira.
“Dah.
Basuh dulu baju ni sebelum pakai. Karang melekat pulak kuman-kuman orang lain
kat kulit anak mama ni.” Sempat dijeling Medina.
Puteri
letakkan baju itu ke dalam bakul pakaian kotornya.
“Apa
kau tengok-tengok? Basuhlah!” Bakul di atas lantai itu ditolak guna kaki ke
arah Medina.
Medina
terus angkat bakul pakaian itu dengan hati yang panas. Penampar dah dapat, baju
kena rampas, siap tolong cuci lagi. Huh.. kehidupan ni memang sangat adil, kan?
Medina
campak baju-baju kotor Puteri ke dalam mesen basuh besar itu dengan hati yang
sebal. Nampak baju warna merah jambu, terus tangan mengambilnya. Baju yang dah
berpindah milik. Entah kenapa rasa sangat sedih walaupun dia tak pernah pakai
pun lagi. Hampir menitis air matanya tapi nasib baik Medina tahan.
Cuma
sekejap. Bertukar pula dengan rasa benci dan marah meluap-luap. Oo..
kuman-kuman orang lain ya? Teringat balik apa yang mak tiri dia cakap tadi.
Meh
sini aku bersihkan kuman-kuman ni!
Medina
buka pili air dan tekan butang on.
Kemudian dia masukkan hampir setengah botol cecair pencuci. Huh.. tak cukup
bersih kuman lagi ni!
Tangan
capai satu botol yang tertulis CLOROX. Tak fikir dua kali dah. Selamba tangan
tuang masuk mesen basuh. Adalah nak dekat setengah botol juga. Ini adalah cara
paling berkesan nak hapuskan kuman. Terus tekan butang start.
Medina
sengih jahat. Apa nak jadi-jadi la. Aku peduli apa. Penampar pun dah dapat,
kira adillah. Penampar advance. Dapat
penampar dulu, baru buat salah.
Malas
Medina nak fikir panjang-panjang, baik dia keluar rumah. Tenangkan fikiran dan
hati. Biar semua sejuk dulu.
----------------------
Medina
duduk di atas sebuah bangku panjang. Nak tenangkan fikiran. Taman yang cantik inilah
dia selalu lepak bila hati tengah sedih. Rasa tenang walaupun cuma pandang
tasik buatan manusia di depannya. Takdelah cantik sangat, tapi dia suka.
Tiap-tiap
kali dia sakit hati dengan ibu dan kakak tirinya, mesti dia akan datang sini. Taman
rekreasi yang terdekat dengan kawasan rumahnya. Orang pun ramai yang jogging petang-petang macam ni.
Balik
rumah lepas ni, mesti kena. Kalau papa ada, rasanya berganda dia kena marah. Entah-entah
nanti kena kurung dalam bilik sebagai hukuman. Yang salah dia juga. Yang tak
salah pun akan jadi salah kalau dua orang manusia tu yang buka mulut.
Kenapa
papa tak pernah percayakan dia? Sampaikan satu tahap, dia iakan semua yang
salah sebab malas nak bertekak. Sebab tahu kalau dia menidakkan pun, bukannya
papa nak percaya.
Sekarang ni musykil. Dia ke Puteri yang anak
tiri papa? Kenapa papa sayang Puteri lebih dari dia? Padahal kat dunia ni, dia
cuma ada papa. Dia takde sesiapa pun lagi selain papa. Sebab itulah dia telan
saja semuanya sebab papa adalah satu-satunya darah dagingnya.
Kalaulah
mama dia masih hidup lagi. Medina mengeluh. Sedih tiba-tiba. Dia tahu mamanya
dah lama meninggal dunia. Tapi, dia tak pernah sesedih ini bila teringatkan
mamanya. Tiba-tiba rasa rindu yang amat.
Kalaulah
dalam dunia ni, ada orang yang sudi faham apa yang dia rasa dan percayakannya…
Hmmmm....
ReplyDeleteyeay ntry baru..best sgt!! next anjell...pleaseee..
ReplyDeleteSempoi je Medina ni.... tapi kesian pulak dengan nasib die...
ReplyDeleteterus jadikan cerite ni daboom macam cerita lain Kak Anjell
n_n
sedihnya......
ReplyDeletebest..hehhehe sempoi giler medina klorox setengah botol
ReplyDeleteKatanya Medina tu brutal..takkanlaa dgn betina tua dan puteri gilatu pun takut...macam xlogik je dik anjell oiiii...buatlaa ganas sikit Medina ni
ReplyDeleteMaybe medina dy x melawan sbb dy ad rasa hormat kpd org tua..sya rasa la..tapi kalau kita tgk..medina ad jgk melawan dgn puteri sbb puteri sama umur..
DeleteNak brutal pon agak agaklah. Takkan dengan orang sebaya mak pun nak kurang ajo sekali pon xsuka. orang yang tengok atau baca mesti rasa slek due to that bad behavior. Sejahat-jahat mana pon orang, kalo dah berpangkat mak tiri, bila anak tiri ada sikap kurang ajo or biadap or sama waktu dengannya, rasa macam pelik sikitlah. Itu pendapat sayalah.
DeleteSaya rasa Anjell tak nak heroin dia rosak dengan perangai biadap kepada orang tua??
This is not about logic. This is about respect. Perhaps as daughter, she's silent because of respect towards a woman she called stepmother. Well, in real life when it comes to argument, people will see the rudeness of a child rather than the mistake of a mom.
DeleteAgreed...lg x logic orang muda sgt kurang ajar dgn orang tua sampai gelarkan betina tua bagai walaupun realitynya ada..itu lagi tak boleh diterima..
DeleteLagi pun, dye bawak imej islam. Memang islam suruh yg muda hormat yg tua. Betul lah ape yg Anjel buat tu.
Deletemedina tu xsuka tapi pndam,,smpai satu masa nnti mesti dia meletup gila2,,dia diam sb mgkin dia hormat lg mak tiri dia kot,,hahaha rasanya la,,sb tu dia xmelawan..xsabaq nak tunggu next entry :D
ReplyDeleteOwh!:sgt best tapi cam pendek je anjell...sambung lg. ..lama tunggu ni. ..
ReplyDeletebest!!
ReplyDeletenice~~~
ReplyDeleteAnjell 'mesin'
ReplyDeleteBagus medina. Jgn tewas mcm citer cinderella org puteh tu. Balas. Jgn tak balas. Buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat.
ReplyDeleteJadilah macam pokok buah. Walaupun dibaling batu, yg dibalas buah. Jangan fikir buah rosak pulak. Fikir positif
DeleteBetul tu.. orang bagi tahi kita balas bunga.. tapi bunga tu kita baling sekali dgn pasu pasunya.. hihi
DeleteSedih pulak baca bab ni.. Medina mgkn brutal tp dia masih punya rasa hormat. Sbb tu dia tak melawan mak tiri dia. Kenapa laa ayah dia buta sampai tak nampak kejahatan mak tiri dia ntah? Haihh geram btol! Kesian Medina..
ReplyDeleteBetulkan ixora riana...dr kecik medina diperlakukan sebegitu. Tak kan sekali pun tak tahu nasib medina kan...
Deletebest...watak medina mungkin mcm selalu ceter ad kwaq..teraniya tapi tetap best wlaau kdang sama tapi jln ceter yg dibawa penulis itu yg berbeza...sila siapkan enrty ni byk2...jatuh cinta dgn watak tengku ian
ReplyDeleteEh,Ya Allah! Kita yang baca pun geram >< Kalau takde kesabaran dah lama kena sepak terajang dah dua-dua sekali. -FH-
ReplyDeleteK arrr tu..best Laaa..next an jell...saya tunggu...
ReplyDeleteSetuju dgn pendapat di atas..walaupn medina tu brutal tp jgn di createkan wataknya kurang ajar..yg pasti buat baik di balas baik..yg jahat tu insyaallah akan terima balasannya..
ReplyDeleteMmmm.. not bad 4 d beginning..wait 4 new n3..enjell pasti menjanjikn kejutan
ReplyDeleteBle part tengku ian n farizzam, sengeh2 je bace.. Ble smpai part medina n si tiri2 tu, krikk...krikk..krikk jerr -.-"
ReplyDeletekenape rase mama medina hidup lg ye...hmm 'sweet' betol Ian ngan farizzam..hehehe..dekat big bad wolf nnt ade novel akak x?
ReplyDeleteSaya pun rasa macam tu.. Mungkin ayana tu mak medina, n medina tu adik beradik farizzam kot.. kot la.. tak mampu nak predict story line dlm kepala writer.. ;)
DeleteKalo ayh dia prihatin psal medina nape ayh dia lgsung xtau yg mak tiri dia slalu dera n x suke kat dia yek..??
ReplyDeleteKalau betul2 baca cerita ni, mak tiri n kakak tiri dia tu pandai berlakun n bermuka2..hipokrit sgt bila bapa medina ni ada n bila tiada..manakala medina ni jenis lepas je..dia bknnya kira kalau bapak dia ada pn dia tunjuk je perangai dia tu..biasa budak gini mmg kuat memberontak..moral of the story yg bapak dia nampak jahat medina le..
Delete