BAB 28
Huh! Esok dah hari
isnin. Malasnya aku! Bermula sudah kehidupanku yang sangat sibuk. Esok kena
pergi kerja kat pejabat Izz. Tension
betul!
“Sya
buat apa?” Izz tegur aku.
Dia
nampak aku khusyuk tenung laptop. Ingat
aku tengok movie la tu! Tak pun
sebagai salam nak join kalau-kalau
aku tengok Running Man. Nak-nak aku nampak ketara benar betapa bosannya muka
Izz malam ni. Atau sebab stres kerja?
Maaf
le sedara. Saya tengah sibuk sekarang ni.
“Tengah
siapkan report. Jumaat ni nak kena
hantar.”
Aku
tengok Izz. Apa yang sedang dia buat? Ooo..
Izz pun tengah tenung laptop
kesayangannya itu. Tengah meniarap di atas toto. Sejak jadi roommate baru aku ni, memang situlah
tempat dia beradu malam-malam.
Ooo..
lupa nak cakap. Sekarang ni aku dan Izz dah tidur sebilik. Jangan teruja
sangat! Nama je sebilik. Tapi bukan sekatil. Ni semua sebab Hafiy.
Hampir-hampir je kantoi masa kat rumah ibu dulu.
Teringat
balik macam mana aku boleh setuju dengan idea ni.
-----------
“Sya, we need to talk,” bicara Izz sebaik
sahaja dia heret aku masuk bilik. Siap heret aku masuk bilik senyap-senyap ni,
ada konspirasi besar la tu!
“About what?” soalku balik.
“Pasal
kita.” Aku diam.
“Kenapa?”
Buat-buat tak tahu.
“Abang
rasa mulai sekarang, kita kena fikirkan sesuatu. Abang tak sanggup nak tanggung
risiko macam tadi,” katanya. Mengeluh kejap.
Bila
teringatkan apa yang jadi pagi tadi, memang aku pun nak mengeluh berat-berat.
Tadi..
masa tengah breakfast ramai-ramai kat
ruang makan, Hafiy turun dengan cerianya macam biasa. Yang luar biasanya bila
Hafiy mula bukak mulut. Nasib jantung aku tak melompat kat situ jugak.
“Nenek..
semalam Hafiy tidur dengan mummy,
dengan daddy dalam bilik daddy..”
Tu
tak kisah.
“..Kalau
kat rumah..” Bila Hafiy mula sambung ayatnya, laju je tangan aku tutup mulut
Hafiy. Tak boleh jadi ni! Rasa macam tak selamat. Rasa macam ada tanda seru
besar jatuh di depanku. Awas!
Lambat
sesaat aku rasa mati aku hari ni. Aku
rasa yang Hafiy bermurah hati nak cerita kat semua orang yang aku tidur
dalam bilik lain.
Semua
mata pandang aku bila aku tiba-tiba tutup mulut Hafiy. Sengih je aku mampu nak
kawal keadaan. Aku pandang Izz. Rasanya Izz pun boleh agak apa yang bakal Hafiy
cakap.
“Emm.. rasa segar je suasana pagi ni. Kat
luar pun nampak cantik Apa kata kita breakfast
kat tepi kolam renang hari ni, nak? Bosanlah asyik breakfast kat sini je. Lama betul tak makan ramai-ramai kat luar
rumah. Pagi-pagi macam ni, udara pun segar. Hafiy mesti suka makan kat tepi
kolam, kan?” Izz selamatkan keadaaan.
“Nak..
nak..” Dan macam tu je, apa yang Hafiy nak cakap tadi terus lupa. Orang lain
pun bagaikan lupa.
Fuh!
Aku memang tarik nafas lega. Lega sebab Hafiy tak terlepas cakap. Lega sebab
orang lain tak syak apa-apa. Terima kasih pada Izz yang selamatkan keaadan.
Terlepas. Tapi, terlepas kali ni tak bermakna boleh terlepas untuk kali kedua.
Tu yang Izz maksudkan agaknya. Kena lakukan sesuatu sebelum kantoi.
Tapi..
apa je yang boleh dilakukan sekarang ni?
“Fikirkan
apa?” Aku kembali ke dunia realiti. Wajah Izz dipandang.
“Fikirkan
apa yang kita berdua kena lakukan sebelum Hafiy cerita semuanya. Abang tak tahu
apa ibu akan cakap kalau tahu kita berdua tak tidur sebilik.” Izz bagaikan cuba
menakut-nakutkan aku.
Tapi,
kenyataannya memang menakutkan pun. Suami isteri, tapi tak tidur sebilik?
Memang menantu kena caci agaknya aku ni. Ibu tahu, mungkin tak berapa nak
gerun. Tapi, kalau sampai kat rumah satu lagi tu macam mana? Kalau mama tahu,
tak tahu la apa nak jadi. Tak boleh nak bayang! Aku rasa mahu mama berkampung
kat rumah kami sana. Jadi spy.
Yang
tahu rahsia kami sekarang ni cuma Mak Mah dan Hafiy. Mak Mah aku boleh percaya.
Tapi, kalau Hafiy..
“Habis,
nak buat apa? Takkan nak tidur sebilik, kot?” Izz pandang aku. Wait.. jangan cakap tu la yang dia fikir
sekarang ni?
“No.. saya taknak tidur sebilik dengan
awak,” tegasku sebelum dia bukak mulut. Jawapan muktamad!
“Pindah
bilik abang. Abang bukannya nak paksa Sya atau nak ambik kesempatan. Tapi,
abang rasa dah tiba masanya kita tinggal sebilik macam pasangan suami isteri
yang lain.”
“Tu
suami isteri yang lain. Kita ni masalahnya lain daripada yang lain. Saya
taknaklah. Awakkan dah setuju kita tidur bilik lain-lain dulu?” Aku tak puas
hati.
“Situasi
dah berubah. Apa abang boleh buat?”
“Awak
lelaki. Saya perempuan. Kalau jadi apa-apa kat saya, macam mana?” Bimbang aku
fikirkan itu.
“Syakan
ada tae kwon do. Sya tendang je la abang. Apa susah?” Ewah! Mudahnya dia cakap.
Tendang dia? Tak sayang nyawa ke apa. Dia ingat kena tendang ni sedap macam
makan kek ke apa?
“InsyaAllah dah tak kantoi kut. Lagipun kat
rumah tu, bukannya ada orang tahu.” Aku masih enggan.
“Hafiy
makin besar. Dia bukannya bodoh. Kita sama-sama sibuk. Memang banyak masa dia
habis kat rumah ibu. Potensi untuk ibu korek rahsia daripada Hafiy memang besar.
Yang tu kalau ibu yang tanya. Kalau mama?”
Bila
dengar nama mama, anti-gravity jugak semua bulu roma aku.
Meremang. Tapi aku buat selamba.
“Hafiykan
tak tahu apa-apa.” Masih berdegil. Nampak tak betapa taknaknya aku tidur
sebilik dengan dia?
“Memang
dia tak tahu apa-apa. Tapi, rasanya dia tahu nak cakap, mummy tidur bilik lain dan daddy
tidur bilik lain kat rumah. Atau, mummy
dengan daddy tak tidur sekali kat
rumah.”
Aku
diam bila dia cakap macam tu. Mengiakan. Tapi, hati masih berat. Kalau sebilik
dengan dia, privasi aku terganggu. Macam mana nak tukar baju? Macam mana nak
mandi? Lecehlah.
“Abang
janji abang tidur bawah, Sya tidur atas katil.” Mudah Izz mengalah.
“Tidur
bawah? Takpe ke?” soalku tak selesa. Dahlah ceroboh bilik dia. Tuan bilik pulak
yang kena tidur bawah.
“Better daripada kena tendang sampai
jatuh katil.” Nak sindir aku la tu!
“Abang
janji takkan usik Sya.” Izz berjanji lagi. Janji tak janji. Boleh jalan ke tak
masalahnya.
“Boleh
percaya ke tak?” Aku ragu-ragu.
“Ingat
abang ni apa?” Suara Izz dah naik. Marah la tu aku dah fikir bukan-bukan.
“Tapi…”
Aku masih berat hati.
“Please..” Aku pandang mata dia. Jelas
mengharap aku bersetuju. Huh.. keluhan berat dilepaskan.
“Okaylah kalau macam tu.” Dengan berat
hati aku bersetuju. Takpelah. Anggap ni caranya mahu ringankan beban Izz.
“Okay.. deal.” Izz senyum puas hati.
“Awak
tak kisah ke tidur kat bawah? Tak sakit ke badan awak nanti?” soalku. Nak dia
fikirkan balik.
Izz
geleng kepala. Tak kisah. “Takkan abang nak suruh Sya tidur bawah. Abang yang
ajak Sya. Mestilah abang kena mengalah. Takpe. Abang kuat.”
“Sampai
bila?”
“Sampai
Sya boleh terima abang dan izinkan abang tidur bersama.” Dia pandang aku.
Dan
aku terus senyap. Tak tahu nak cakap apa. Sampai aku boleh terima dia? Bila?
------
Bilik yang tiba-tiba
gelap buatkan aku kembali ke dunia nyata. Terus hilang apa yang jadi minggu
lepas. Terkejut jugak aku bila bilik yang terang-benderang tadi tiba-tiba
menjadi gelap-gelita. Takdela gelita sangat kalau dah kena suluh dengan dua
buah cahaya laptop.
“Allah..
Kenapa ni?” Aku dengar suara Izz bagaikan bersungut sendiri.
Aku
nampak dia bangkit dari tempat dia bertapa tadi. Aku turut sama bangun.
Tiba-tiba panas bila aircond dah tak
berfungsi. Izz berjalan ke tepi tingkap. Langsir diselak. Ingin melihat
sekeliling kut.
“Satu
taman ni blackout,” komen Izz. Aku
turut sama melihat rumah-rumah jiran. Semua dah gelap. Lampu jalan pun turut
padam.
“Ada
torchlight?” soalku.
Dalam
kegelapan, aku nampak Izz geleng kepala. Adohai.. memang laptop la jadi torchlight
malam ni.
“Haikal..
Sya..” Aku dengar suara Mak Mah memanggil kami. Pintu turut sama diketuk.
Aku
berjalan ke arah pintu untuk membuka pintu. Nasib baik jugak ada cahaya
daripada skrin laptop yang bantu aku
jalan dengan yakinnya keluar bilik. Kalau tak, memang ada je yang patah hidung
tak pun benjol kepala sebab tersadung jatuh. Sebaik buka pintu, aku nampak Mak
Mah sedang memegang lilin di luar bilik.
“Blackout, Mak Mah,” kataku sebaik sahaja
buka pintu. Tu pun nak cakap padahal dah terang lagi bersuluh lilin lagi yang
rumah ni gelap.
“Mak
Mah tahu tak kenapa tiba-tiba blackout?
Mak Mah ada dengar apa-apa pasal blackout
ke sebelum ni?” soal Izz pula. Bila pulak dia datang sini. Tiba-tiba je rasa
dia terpacak belakang aku ni.
“Entahlah.
Rasanya takde pulak Mak Mah dengar apa-apa pasal nak blackout. Notis pun tak dapat,” jawab Mak Mah.
Aku
mengeluh. Tak dapat notis ni maksudnya memang tak tahulah sampai bila nak blackout. Aku harap kejap je. Buatnya
sampai pagi besok macam mana? Berkhemah jugak aku tepi swimming pool malam ni.
Mana tahan dowh nak tidur dalam bilik.
Panas. Tambah nyamuk lagi. Memang berpesta sakanlah kalau panas macam ni. Ni
pun dah rasa bahang-bahang kepansan mula menyerang. Padahal tak sampai beberapa
minit aircond mati.
“Hafiy
macam mana, Mak Mah?” soal Izz.
“Mak
Mah nak pergi tengok dia la ni. Takut jugak kalau-kalau dah terjaga. Menangis
pulak dia tak pasal-pasal. Mak Mah cuma nak cakap, kalau nak lilin ada kat
dalam kabinet dapur.”
“Awak
pergilah cari lilin kat dapur. Takkan nak guna laptop buat lampu suluh kut? Bateri laptop saya pun dah nak nazak tu. Saya nak tengok Hafiy kejap,”
kataku pada Izz.
“Hmm.. yalah.”
Izz
turun ke dapur. Aku masuk bilik kejap untuk tutup laptop sebelum pergi ke bilik Hafiy.
------
“Panasnya..” Tak
habis-habis aku merungut. Dah nak dekat setengah jam dah. Blackout lagi!
Panas
punya pasal, aku akhirnya turun lepak kat taman rumah. Jam dah pukul dua belas
lebih. Berani ke aku keluar rumah tengah-tengah malam macam ni? Mestilah berani
kalau berteman. Ya tak? Saper lagi kalau bukan cik abang Izz.
“Sabar
je la, Sya. Kejap lagi ada la tu.” Dia macam cuba memujukku.
“Tapi,
panas sangat,” rungutku lagi. Benci betul. Majalah business Izz dah selamat aku jadikan kipas untuk mengibas mukaku.
Tu pun masih panas. Ikutkan hati, nak je aku terjun ala-ala penerjun
profesional ke dalam kolam ikan koi depanku sekarang ni. Biar hilang panas.
“Api
neraka lagi panas. Apalah sangat panas malam ni kalau nak dibandingkan dengan
api neraka?”
Aku
diam. Tak tahu nak balas apa. Aku pandang Izz. Dia pun turut mengibas-ngibas
wajahnya. Tapi takdelah sekerap aku.
“Awak
tak panas ke?” soalku padanya. Tak pernah lagi rasanya aku dengar dia merungut.
“Panas.
Tapi tahan je la. Nak buat macam mana?” selamba dia jawab.
Dahlah
panas, bosan pulak tu. Sunyi je rasa malam ni. Nak tengok bintang pun,
bintangnya takde. Bulan pulak purnama penuh. Seram je aku tengok. Nak tengok
ikan koi pun gelap. Tak nampak apa-apa. Semuanya agaknya dah tidur. Apa yang
aku boleh buat sekarang ni, duduk di atas buaian berdua dengan Izz ditemani
dengan bunyi cengkerik yang dah macam-macam pitch
dah aku dengar.
“Bosannya.”
Aku mengeluh. Lepas satu, satu lagi aku merungut. Patutnya sekarang ni aku dah
tidur sebab esok kena bangun awal. Nak pergi kerja. Cewah.. macam kerja bebetul
je gayanya.
“Ngantuknya.”
Aku menguap pulak.
“Nak
tidur ke?” Dia tanya aku.
“Kalau
boleh tidur.”
Izz
tepuk pahanya.
“Meh,
tidur atas paha abang.”
Aku
gelak. Segar kejap.
“Buat
lawak la tu. Ingat saya ni Hafiy ke?” Tak tahu sama ada dia serius ataupun tak.
Kadang-kadang aku rasa dia layan aku macam Hafiy.
“Sya
dengan Hafiy sama je.”
Aku
dengan Hafiy sama? Apa yang sama?
“Apa
yang sama?” soalku. Nak jugak aku tahu persamaan aku dengan Hafiy.
“Emm…” Izz bagaikan sedang berfikir.
“Dua-dua
suka cheese cake.”
“Lagi?”
Takkan tu je kut. Aku rasa yang tu semua orang pun tahu.
“Dua-dua
kuat merajuk.”
“Bila
masa saya kuat merajuk?” Naik jugak darah aku bila dengar dia cakap macam tu.
Boleh aku buat-buat tanya? Saja taknak mengaku yang aku ni kuat merajuk.
“Ada
pen dan kertas? Boleh abang listkan,”
sindirnya.
“Tak
payah. Lagi?” Tak makan hati pun aku dengar. Biasa je. Lumrah apa perempuan
merajuk?
“Dua-dua
boleh mencabar kesabaran abang.” Senyap. Taknak pulak aku tanya tang mana pulak
aku cabar kesabaran dia. Terlalu banyak rasanya. Yang ni aku sedar.
“Dan
yang paling penting, dua-dua abang sayang. Kadang-kadang abang rasa abang kena
layan Sya macam abang layan Hafiy.” Aku mencebik bila dengar perkataan sayang.
“Ya
la tu. Minggu lepas ada orang cakap kat saya yang awak nak bertunang dengan
Maya. Betul ke?” sindirku.
Memang
berita hot kat pejabat minggu lepas.
Ada khabar angin entah dari benua mana tiba-tiba melanda. Cakap Izz dan Maya
nak bertunang. Terkejut jugak aku dengar berita tu daripada Syuk. Dari mana
entah dia korek rahsia tu. Syuk memang hebat kalau bab-bab mengorek rahsia
orang. Tak sampai sebulan dok kat pejabat tu, rahsia big boss pun boleh
dikoreknya. Tabik spring aku dengan
Syuk. Nasib baik la dia tak tahu lagi yang Izz dah kahwin. Dengan siapa? Kalau
tahu dengan aku, tak boleh nak bayang reaksi Syuk nanti.
Aku
memang lama dah nak tanya pasal benda ni. Tapi takde masa yang sesuai. Malam ni
nampaknya masa yang paling sesuai meskipun tengah-tengah blackout campur pulak dengan bunyi cengkerik dan nyamuk berduet
buat konsert.
“Siapa
yang cakap?” Tajam hujung mata pandang aku.
“Adalah.
Mana boleh cakap.” Aku sendiri pun tak tahu siapa yang mulakan.
“Betullah
tu.” Aku sengaja memprovok Izz.
“Abang
dah kahwin dengan Sya. Gila apa nak bertunang dengan perempuan lain.”
“Tapi,
Maya suka awak, kan?” tekaku. Dah dua minggu aku kerja kat sana. Aku boleh
nampak yang Maya suka Izz. Mungkin sebab aku dah setkan kepala aku yang Maya suka Izz, jadi apa yang Maya buat semua
aku nampak Maya suka Izz. Tapi, kalau Syuk pun nampak benda yang sama, aku rasa
memang bukan sekadar firasat. Maksudnya Maya memang sukakan Izz la kan?
“Mana
Sya tahu?”
Mana
Sya tahu? Maksudnya memang betullah! Ha.. kan aku dah agak!
Bila
aku tengok lain macam kat dia, dia bersuara, “Maya memang suka abang. Tapi
abang anggap dia sebagai kawan je.”
“Lepas
tu saya dengar satu benda lagi. Masa dekat UK dulu, Encik Haikal adalah bekas
kekasih Cik Maya. Kalaulah Encik Haikal tak balik Malaysia, mesti sekarang ni
mereka dah sah jadi pasangan kekasih tak pun dah kahwin.”
Yang
cerita pasal kat UK tu, memang aku ada dengar jugak. Tapi, bila part balik Malaysia tu, yang tu aku
sendiri yang menambah cerita.
“Mana
dapat cerita-cerita macam ni? Hai.. abang kena cari ni siapa yang rajin sangat
jadi reporter tak bertauliah ni. Masa
kerja dok sibuk bergosip ya?”
“Abang
tak pernah bercinta dengan Maya. Kami cuma rapat je kat UK dulu. Bukannya ada
apa-apa pun.” Izz menafikan cerita tu.
“Abang
pun ada dengar gosip jugak kat pejabat.”
“Apa
dia?”
“Abang
dengar ada sorang budak ni minat dekat Sya. Lepas habis projek Sya, budak tu
nak ajak Sya couple. Betul ke?” Dia
macam nak balas dendam.
“Siapa
cakap? Haish.. saper jugak yang tak
sayang nyawa ni! Nak masuk ICU agaknya,” kataku geram. Siapa punya kerja la ni!
“Betullah
ni, kan? Siapa nama budak kesian tu?”
“Mana
adalah. Saya tak pernah layan si Helmi tu. Orang lain je yang lebih-lebih.” Nak
ajak couple bagai pulak dah! Bentang
jambatan emas dari kutub utara ke kutub selatan dulu la wei baru aku terima.
“Oo.. Helmi, ya?” Dia macam bercakap
dengan dirinya sendiri. Macam tengah fikirkan strategi macam mana nak ajar si
Helmi tu. Haish.. takkan la Izz fikir
macam tu kut. Tak matang namanya kalau fikir macam tu. Izzkan profesional.
“Cerita
orang bawah. Mana nak hot kalau
dibandingkan dengan cerita skandal terhangat penolong pengarah. Entah-entah
memang betul. Mayakan punya ciri-ciri perempuan idaman lelaki. Cantik, menarik,
kau memang kebaboom,” bidasku balik. Cuba
mengapi-apikan keadaan.
“Abang
ada ciri-ciri perempuan idaman abang sendiri la. Tak semua taste lelaki tu sama.”
“Yak
ke? Apa dia? Kita tengok. Ada tak yang Maya takde.”
“Abang suka perempuan yang yang belajar tae
kwon do.” Aku ketawa. Betul ke tak kepala Izz ni?
“Hantar
je la si Maya tu ke kelas tae kwon do. Nak saya tolong ajarkan pun boleh.” Tae
kwon do, semua orang boleh belajar.
“Abang
suka perempuan rambut panjang dan lurus.” Aku mencebik.
“Suruhlah
Maya rebondingkan rambut ikal dia tu.”
“Abang
suka perempuan bertudung.”
“Kalau
macam tu, suruhlah si Maya tu pakai tudung.” Selamba je aku cakap. Macam nak
sangat kalau Izz tu suka Maya.
“Abang
suka perempuan cantik…” Huh! Dasar lelaki. Cantik jugak yang dipilihnya. Habis
yang tak cantik macam mana? Tak adil betul!
“Maya
pun cantik. Kenapa la semua lelaki tengok kecantikan luaran je? Habis, kalaulah
saya ni cacat, macam mana?”
“Abang
suka perempuan cacat.” Eh, dia ni! Nak cakap semua ciri-ciri perempuan dia suka
tu ada pada aku ke?
“Kalau
saya buta?”
“Abang
suka perempuan buta.”
“Kalau
saya ni bisu?”
“Abang
suka perempuan bisu.”
“Huh..
cakap bolehlah,” ejekku. Kalau aku betul-betul cacat ke, bisu ke, buta ke,
memang dia akan setia dengan aku ke?
“Kalau
sebab perempuan bernama Qisya Iris, apa-apa pun boleh.”
“Kalau
macam tu, suruhlah Maya tukar nama jadi Qisya Iris.”
Aku
kipas mukaku yang panas. Senyap. Pelik bila Izz tak balas apa-apa. Aku berpaling
ke arahnya. Meskipun hanya bercahayakan sebatang lilin yang hanya tinggal
separuh je lagi, aku dapat melihat dengan jelas matanya yang tepat merenungku.
Lain
macam. Kenapa ni?
“Sya
memang nak abang betul-betul perg dekat Maya ke?” Soalan maut keluar daripada
mulutnya.
Dia
marah ke? Dia kecil hati ke? Tiba-tiba rasa bersalah sehingga sebabkan dia
keluarkan ayat macam tu. Aku tak bermaksud apa-apa pun. Aku betul-betul nak dia
pergi pada Maya ke?
Bila
melihat aku masih berdiam diri, dia menyambung kata.
“Sya
nak tengok abang dengan Maya bercinta ke?” Soalan maut yang lain keluar
daripada mulutnya.
Aku
serba-salah. Tapi masih diam. Dalam hati aku dah menjerit taknak. Tak rela
rasanya hatiku melihat Izz dengan Maya.
“Saya
tak bemaksud macam tu..”
Habis,
maksud macam mana? Entahlah.. aku pun tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Arghh.. kusutnya kepala tiba-tiba. Tension bila bab hati dan perasaan
dibangkitkan.
“Sya
memang langsung takde perasaan pada abang ke?” Soalan maut yang ketiga keluar
daripada mulutnya.
Hish..
tak boleh jadi ni! Sebelum banyak lagi soalan maut yang keluar, baik aku blah
cepat-cepat. Tu je jalan paling senang yang aku nampak sekarang ni.
“Nak
masuklah. Banyak nyamuk la kat sini.” Aku bangun. Nak berlalu daripada tempat
ni. Pergerakanku terhenti bila Izz turut bangun daripada buaian dan memegang
tanganku.
Aku
dah macam patung. Bila dia pusingkan tubuhku menghadapnya, aku hanya mengikut. Jarak
kami dirapatkan sebelum dia memegang kedua-dua belah bahuku. Daguku didongakkan
supaya memandangnya. Aku masih hanya mampu mengikut.
“Qisya..”
Dia seru namaku. Aku senyap. Dia pun turut senyap. Mata je ralit merenungku.
Cakaplah
weh.. apa dia? Jangan tenung aku macam sepuluh hari tak jumpa macam ni.
“Siapa
abang pada Sya?” soalnya lembut.
Dadaku
tiba-tiba berdebar sebaik sahaja mendengar soalannya itu. Bibir bagaikan lumpuh
sebab aku takde jawapan untuk soalannya itu. Hanya mampu memandang matanya yang
macam mengharapkan sesuatu daripadaku.
“A friend? A brother? Or even worse a
stranger?” soalnya lagi.
Aku
rasa nak lari sekarang ni. Tapi kaki macam dah kena gam gajah kat sini. Tak sanggup
nak jawab soalan yang aku tak sedia nak jawab tu. Don’t ask me anymore, please! Because I just can give no answer! Nak
je aku jerit macam tu.
“Or a
husband?” Izz mula mengusap pipiku. Lembut
sehingga buatkan aku terbuai sekejap. Beralih pada bibirku, tangannya berhenti
di situ.
Bila
Izz mendekatkan jarak wajah antara kami, makin hebat jantung berdegup. Aku tahu
apa yang cuba Izz lakukan sekarang ni, tapi aku tak tahu nak buat apa sekarang
ni. Otak macam dah hilang data apa yang perlu dilakukan kalau berdepan dengan
keadaan macam ni.
Nak
side kick? Turning kick? Back kick? Double punch? Dah
keluar habis dah segala-gala yang aku
belajar dalam tae kwon do. Tapi, tetap jugak aku keras kat situ. Nak lari? Nak terajang?
Nak tolak Izz? Satu pun tak aku buat. Otak dah bagi arahan, tapi jasad aku
pulak yang enggan mengikut.
Sehinggalah
Izz betul-betul dekat dengan wajahku, sehinggakan dapatku rasa nafas hangatnya
menyentuh hidungku. Aku pejam mata. Tawakal.
Tidakk..
akhirnya aku palingkan wajahku sedikit, buatkan bibir Izz jatuh pada pipi
kiriku. Rasa merah mukaku sekarang ni. Malu yang amat.
“Siapa
abang pada Sya?” Perlahan sekali suaranya mengulang soalan yang sama. Bibirnya
betul-betul dekat dengan telinga kiriku.
Dan
ketika itulah rumah yang gelap-gelita tadi tiba-tiba menjadi terang-benderang. Aku
bagaikan turut tersedar. Izz yang begitu dekat denganku ditolak kasar. Terundur
dia dua tapak gara-gara tolakanku.
“Sya..
Abang..” Izz juga bagaikan baru tersedar.
Tak
sanggup dah aku nak mengadap dia sekarang ni. Macam-macam rasa ada. Malu. Bengang
pun ada. Bengang dengan tindakan berani Izz dan juga bengang dengan kebodohan
diri. Tanpa memandang wajah Izz, aku terus berjalan dengan lajunya masuk ke
dalam rumah.
Arghh..
bodoh kau, Qisya! Rasa macam nak hantuk-hantuk je kepala kat sinki sekarang ni.
Nasib baik aku palingkan muka tadi. Kalau tak? Tak boleh bayang! Menyesali kebodohan
diri. Kenapa aku boleh terbuai kejap tadi? Kenapa Izz begitu romantis malam ni?
nak lagi hahaha..
ReplyDeleteayoyoyo klau tdakkkk....
ReplyDeletewe want more. . . . . luv it >_<
ReplyDeleteQisya still keliru dgn perasaan dia pada Izz....
ReplyDeleteKesian pula pada Izz.... -_-#
Hai bosan pulak dgn Sya yg masih x blh terima kenyataan dah jadi isteri org...x suka perempuan yg berciri muslimah tp hakikatnya x terima qada' & qadar yg ditentukan...tak redha dan x tau nak jadi isteri sebenar smpi sanggup derhaka kepada suami tanpa disedari....
ReplyDeleteBila agaknya Sya ni nak sedar....jgn suka mencabar lelaki nnt kalau dia dah bosan ...baru padan muka Sya ni.....
ahhhh swettnyeeee... boleh kne diabetes lepas ni... hahahhaa... takpe anjell!! kalau lambat post cite, it's okay.. asalkan sekali post,, kebaboom!! hahaha.. sweet!
ReplyDeleteHiii
ReplyDelete.sweet nye....nape la sya ni blur sgt dgn perasan sendiri...klu izz layan maya kang.cemburu..tp tak nk ngaku suka..ishhh..geram jugak kt sya ni...cpt smbg lg anjell...
Sigh.... Hehh... Sikit lg izz. Lembab btul ko ni. Lain kali ngap sj
ReplyDeleteCpt ar bg sya lembut ati kt izz...
ReplyDeletesambung lagi...
ReplyDeleteksian izz...teruskan usaha.org mcam Sya ni kena ajar sket sbenanya..ego je yg lbih
ReplyDelete>>k<<
Sian izz... Cptla sikit sya sedar
ReplyDeletealah sya ni la hai... knp keras sgt hati tu... bukak la hati tu utk izz...
ReplyDeletebila nak keluar versi cetak? huhu cepat2 sambung
ReplyDeleteNak lagii... update cepat2 yee..
ReplyDeleteqisya..qisya kalau tak nak izz terlepas ,cepat2lah ubah sikap tu dan terima dia sebagai suami dgn hati terbuka
ReplyDeletenak lg please selalu lah update ya tq.
ReplyDeleteAlaa qisya knp ckap kat izz mcm tu? Lpas ni hafiy kena msuk cmpur la, tolong mummy dgn daddy..
ReplyDeleteAlahai Qisya Iris...
ReplyDeleteOwh sya..please la jgn layan izz mcm tu.. klu x nak,,,bg kat saya!! Kak anjell,, SPS xnk keluar versi cetak ke??best Sgt ;D
ReplyDelete-Athirah -
Bila nk sampai masa sya nk terima izz ni? Hrp2 cpt la skt yer
ReplyDeleteBila laa Qisya nak sedar diri nih. adessss. sikit punya baik laa Izz tuh. betul couple dgn Maya baru gigit jari. nyesal tak sudah plak.
ReplyDeleteapa la qisya ni... sakit jiwa pulak baca.. syg tp x ngaku.. btl2 izz layan maya nnt meroyan abis pulak! sabar je la izz, tp lelaki blh sabar sampai bila? qisya cepat le sedar kn diri awak tuuuuu!!!!!!
ReplyDeletehish..spoil betul lh,ala sya rase di ati leh peram ker lelama...soal hati nih leh wat sendri meroyan sya so layan lh suami tuh yg seharus nyer.tk takut dosa ker sya...kena kebas ngan maya hah nangis tk de lagu dah...
ReplyDeleteIzz niii.....slow motion la pulak.biasa tangkas dan tuntas. Hai laaa...kan nk kena ulang lg sekali babak ni. Hahahaha. Well, hafiy & paksu, sila mainkan peranan anda. Heheeh
ReplyDeleteyeay yeay yeay dah ada sambungan!!!!! keep it uppp ^o^
ReplyDeletep/s: cepat2 lah habiskan SPS ni hehehe
Berdebar-debar baca entry nie....nk lagi cik writer! Btw, you're really good.
ReplyDeleteQisya ni jeles sbnr nyer tp x nk ngaku
ReplyDeletenk lgi!!!!!!
ReplyDeletewau!!!
tk sbr rsa.....
waaaaaaaaaaaaaaa............... nk part izz yg romantika de amour lagi.... hahahhha... asal cpat sngat ad lampu??? klau x msti smpt tggu sya ckp dia suka jgak dkt izz... :D hahhahaha...
ReplyDelete-Syira Azmi-
alahai qisya . please la faham hati sendiri . sayang tapi tanak ngaku . sya , please terima izz [syira_apple]
ReplyDeleteHmmm...izz..lain kali..ngap terus..jgn le slow sgt..qisya tu mahu tapi malu2. ..ego...anjell tq..nk lagi dan lagi.. (hazalina)
ReplyDeletesemua orang ada kelemahan termasuk sya ngan izz,tapi x bleh la kalo camni,x terima qada dan qadar...tapi memei tajuk tu agak sesuai dgn citer...i luv it.....X PROPA OK
ReplyDeletepls qisya... buka mata hati.. iz luv u. jgn smpi iz berubah hati.. nak lagi...
ReplyDeletenak nak lagi....bestnyee
ReplyDeleteQisya sayang cuba fikir dangan tenang fikiran terbuka dan buat solat siapa Izz dihati Qisya .... Izz terlalu sayangkan Qisya...
ReplyDeleteIzz pun kena tegas juga dipejabat dan berterus terang dengan Maya yang Izz betul-betul x ada hati pada Maya.... dan x lah Maya mengharapkan Izz selamanya.... IZZ demi rumahtangga juga serta hati Qisya yang terlalu muda... hehehe
steadylah...
ReplyDeletememang tidak menghampakan, tak rugi tggu n3.
bila nak sambung lagi ni...
sweet....sweet....sweet.....
ReplyDeletebest nye......
sambung plzzz.....
wahhh......best2...
ReplyDeletex sbar nk tnggu rn3 baru..
next plzz... :D
ReplyDeleteSo sweet.. Xnak buat novel ke? Kalau dah ad kat pasaran memang ramai yang beli punya.. Syok giler laa!
ReplyDeletegelak cinta baca mmg sweet la...sesgt
ReplyDeletee-novel ni dh ad d psrn ke ?
ReplyDeleteEmm mane bab 29 ?? X de ke ???
ReplyDeleteCik writer, Pls terbitkan novel SPS :(
ReplyDeletex sbr nk tau next story lovely married couple ni...pls miss anjell terbitkn novel ni...
ReplyDeletewow, daebak
ReplyDeleteBab 29 ? :/
ReplyDeleteBila nak sambung bab 29
ReplyDeletedh ada dipasaran lom? rindu niiiii
ReplyDeletesambung laa bab strusnye kak anjell,, nk lagii
ReplyDeleteMana bab29?? Please.. tak sbo nak baca ni.
ReplyDeletethis part mcm ada iras2 aa+bb hlovate, addin shah and benz alif. coincidence maybe. but, nvrmind. i love it anjell ! how sweet... i tak sabar nak beli novel ni
ReplyDeleteBab 29 pls.... :')
ReplyDeleteMne smbgn....smbg lh lgi..bab29 xbest bc separuh2..hrp2 cpt2 lh ye wat bab 29 ni..novel ni best sgttt2
ReplyDeleteNk sambungan...
DeleteBab 29 xde ke????best sgt cerita nie....kalau ade sape2 yg sudi nk bagi saya pinjam novel nie????x seronok baca separuh jalan
ReplyDeleteYer...saya sokong👍👍
DeleteHi thu tk mna boleh baca bab 29?
DeleteAssalamualaikum saya Diana asal Indonesia, saya minat sangat dengan novel ini, bisa diinfokan ke saya dimana saya bisa beli novel ini?
ReplyDeleteSaya banyak suka dengan novel-novel Malaysia tapi saya tak tahu dimana dapat saya beli novel-novel tersebut, bisa bantu saya?
Terima kasih
☺😊
Akak mencari bab 29 ni..uhuhu..sama mcm akak baca novel hero seorang Cinderella separuh jalan je...drama kat tv tak sama baca dlm novel,tu yg tak syokk nyee..pleaseeeee bab 29
ReplyDeleteANNOYING BETUL SI QISHA NI... SEKALI SI IZZ TU LARI TERUS DARI KAU BARU NK MENYESAL!!!!
ReplyDeleteSalam semua. Sudah lama. Kiliki novel ini. Memang amat menarik sekali. Dah baca berulang kali. Salam👌👍
ReplyDeleteHi anjell.. Boleh smbung bab 29 tk? Pleaseee😢 nk sngt tau ape jadi..
ReplyDelete